Download - Model Shulman Power Point
![Page 1: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/1.jpg)
KPD 5046 – KAEDAH MENGAJAR
DISEDIAKAN OLEH:
RAHIMAH BINTI MOHD ISA L20092003354SUHAILA BINTI HAMDAN L20092003372RAFIZAH BINTI SALLEH L20092003373
![Page 2: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/2.jpg)
MODEL MODEL SHULMANSHULMANMODEL MODEL
SHULMANSHULMAN
LEE S. SHULMANPresiden Yayasan “Carnegie”
![Page 3: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/3.jpg)
LATAR BELAKANG SHULMAN L.S
Merupakan Presiden Yayasan “Carnegie” untuk Perkembangan Pengajaran. Beliau merupakan Profesor Emeritus Pendidikan di Universiti Stanford dan merupakan bekas presiden bagi Persatuan Penyelidikan Pendidikan Amerika dan juga Akademi Pendidikan Negara.
Teori Pengetahuan Pedagogi Isi kandungan yang mula diperkenalkan oleh beliau pada tahun 1986 telah merangsang banyak penyelidikan berhubung dengan pengkhususan domain
pengajaran dan pembelajaran.
![Page 4: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/4.jpg)
LATAR BELAKANG SHULMAN L.S
Tahun 1987, beliau dalam artikelnya yang bertajuk “Pengajaran dan Pengetahuan: Asas Pembaharuan”. Harvard Educational Review 57(1): 1-22 telah menyatakan bahawa:
“Idea pengajaran menekankan konsep berhubung kefahaman, tranformasi dan
refleksi”.
![Page 5: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/5.jpg)
MODEL SHULMAN Shulman (1986) telah memperkembangkan satu
kerangka baru untuk pendidikan guru dengan memperkenalkan konsep pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK). PPIK yang dicadangkan oleh Shulman (1986) telah dikembangkan dalam projek “Knowledge Growth in Teaching” sebagai satu model perspektif yang lebih luas untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran.
Projek ini mengkaji bagaimana guru-guru memperoleh kefahaman baru tentang isi kandungan dan bagaimana kefahaman baru ini mempengaruhi amalan pengajaran mereka.
![Page 6: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/6.jpg)
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK)
DEFINISI :PPIK ialah satu jenis pengetahuan yang unik
bagi seseorang guru dan ia berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan
pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan
isi kandungan (apa yang perlu diajar). Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan
tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan.
![Page 7: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/7.jpg)
CIRI-CIRI PPIK
(a) analogi, contoh, penerangan dan demontrasi yang efektif,
(b) kefahaman tentang aspek-aspek yang membuatkan pembelajaran topik itu senang atau susah,
(c) kesilapan konsep pelajar tentang sesuatu topik dan
(d) pengetahuan tentang strategi pengajaran yang efektif.
![Page 8: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/8.jpg)
Kategori asas pengetahuan
Pengetahuan kandungan pedagogi ialah idea yang mantap: Ia digunakan sepenuhnya oleh sebilangan pendidik yang mengasimilasikannya, menunjukkan kepentingannya kepada pengajaran, merumuskannya semula dan mengkritiknya. Shulman mengemukakan tujuh kategori asas pengetahuan bagi pengajaran.
![Page 9: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/9.jpg)
7 KATEGORI ASAS PENGETAHUAN
pengetahuan isi kandungan (content knowledge) pengetahuan pedagogi am (general pedagogical
knowledge) pengetahuan kurikulum (curriculum knowledge) pengetahuan kandungan pedagogi (pedagogical
content knowledge) pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar
(knowledge of learners and their characteristics) pengetahuan tentang konteks pendidikan (knowledge
of educational contexts) pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan
(knowledge of educational ends)
![Page 10: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/10.jpg)
Model penaakulan pedagogi shulman
Konsep penaakulan pedagogi ini bermaksud bagaimana guru boleh
memberikan sebab-sebab atau alasan ke atas tindakan-tindakannya dalam proses
pengajaran. Setiap tindakan guru mestilah berasaskan kepada pengetahuan asas yang perlu dimilikinya. Shulman(1987)
telah kemukakan satu model penaakulan pedagogi yang melibatkan 6 aspek
penting.
![Page 11: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/11.jpg)
MODEL PENAAKULAN PEDAGOGI SHULMAN – 6
aspekKEFAHAMAN (COMPREHENSION)TRANSFORMASI (TRANSFORMATION)INSTRUKSI (INSTRUCTION)PENILAIAN (EVALUATION)REFLEKSI (REFLECTION)KEFAHAMAN BARU (NEW
COMPREHENSIONS)
![Page 12: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/12.jpg)
KATEGORI ASAS KATEGORI ASAS PENGETAHUANPENGETAHUAN
KATEGORI ASAS KATEGORI ASAS PENGETAHUANPENGETAHUAN
![Page 13: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/13.jpg)
KATEGORI ASAS PENGETAHUAN
1. Pengetahuan kandungan
2. Pengetahuan pedagogi am
3. Pengetahuan Kurikulum4. Pengetahuan
kandungan pedagogi5. Pengatahuan tentang
pelajar6. Pengetahuan tentang
konteks pendidikan7. Pengetahuan tentang
matlamat tujuan dan nilai pendidikan
![Page 14: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/14.jpg)
PENGETAHUAN KANDUNGAN (MATA
PELAJARAN) Merangkumi aspek pengetahuan substantif dan pengetahuan sintaktik.
Pengetahuan substantif merupakan bahagian paling penting dalam sesuatu disiplin di mana merangkumi fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran. Ia juga merujuk kepada kerangka yang digunakan untuk menyusun semua konsep dan fakta sesuatu mata pelajaran.
Pengetahuan sintaktik merujuk kepada kaedah yang melaluinya pengetahuan usulan dihasilkan dan dimantapkan, kaedah di mana pengetahuan baru diterima melalui beberapa prosedur uji kaji dan
pengesahan.
![Page 15: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/15.jpg)
PENGETAHUAN PEDAGOGI AM
Merujuk kepada pengetahuan am mengenai pengajaran yang diperoleh melalui amalan, sebagai contoh, tentang cara mengawal dan mengurus bilik darjah dan cara menarik dan mengekalkan minat pelajar.
Kebanyakan pengetahuan mengajar yang diperolehi daripada pengalaman persekolahan guru itu sendiri akan membentuk pandangan dan pemahaman guru tentang mengajar dan dengan itu juga membentuk perkembangan mereka sendiri.
Dalam kes ketiadaan model dan pemahaman tentang P&P yang jelas, guru banyak bergantung kepada apa
yang mereka ketahui.
![Page 16: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/16.jpg)
PENGETAHUAN KURIKULUM
Digambarkan sebagai “alat” oleh Shulman, iaitu, bahan serta program pengajian yang tersedia bagi setiap mata pelajaran.
Pengetahuan kurikulum ialah pengetahuan tentang kurikulum dalam pengertiannya yang luas, mengenai program pengajian dan jenis bahan kurikulum yang digunakan untuk sesi pengajaran.
Bahan kurikulum tidak terhad kepada apa yang ada dipasaran atau ditentukan oleh kerajaan malah bahan itu mungkin dibuat sendiri, dirangka
mengikut konteks atau pelajar yang tertentu.
![Page 17: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/17.jpg)
PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI
Menjelaskan apa yang berlaku apabila pelbagai jenis pengetahuan pengajaran disatukan dalam pelbagai gabungan.
Penggabungan ini merangkumi pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kurikulum.
![Page 18: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/18.jpg)
PENGETAHUAN TENTANG PELAJAR
Merupakan pengetahuan tentang sifat pelajar dalam julat umur tententu, sifat sosial mereka, tingkah laku mereka dalam bilik darjah dan di sekolah, budaya hidup serta minat dan kecenderungan mereka.
Daripada pengetahuan ini, muncul kemahiran dan proses mengadaptasikan aktiviti serta gambaran tentang pelajar atau tentang proses membezakan kebolehan yang berlainan.
![Page 19: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/19.jpg)
PENGETAHUAN TENTANG KONTEKS PENDIDIKAN
Pengetahuan ini adalah tentang semua latar di mana pembelajaran berlangsung: sekolah, bilik darjah dan konteks pendidikan yang lebih luas bagi komuniti dan masyarakat.
Konteks boleh berubah sepenuhnya. Konteks mempunyai kesan yang besar ke atas
prestasi mengajar dan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan guru dan prestasi bilik darjah.
Meliputi tahap sosioekonomi kawasan, jenis dan saiz sekolah, saiz kelas, kualiti sokongan rakan sejawat dan kualiti hubungan guru di sekolah.
![Page 20: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/20.jpg)
PENGETAHUAN TENTANG MATLAMAT, TUJUAN DAN NILAI
PENDIDIKAN Mengajar adalah aktiviti yang mempunyai
tujuan: guru mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang bagi pelajaran atau sesi pengajaran.
Pengajaran juga adalah usaha menerapkan nilai-nilai dimensi moral ke arah melahirkan warga bermoral tinggi dan bertanggungjawab.
![Page 21: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/21.jpg)
MODEL PENAAKULAN MODEL PENAAKULAN PEDAGOGIPEDAGOGI
MODEL PENAAKULAN MODEL PENAAKULAN PEDAGOGIPEDAGOGI
![Page 22: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/22.jpg)
MODEL PENAAKULAN PEDAGOGI
KEFAHAMAN TRANSFORMASI INSTRUKSI
PENILAIANKEFAHAMAN BARU
REFLEKSI
![Page 23: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/23.jpg)
KEFAHAMAN
Untuk mengajar, kita perlu memahami isi kandungan dan pelajar. Guru-guru dikehendaki memahami apa yang perlu diajar, jika boleh memahami isi kandungan dengan beberapa cara. Guru juga perlu memahami bagaimana aras perkembangan pelajar mempengaruhi kebolehannya untuk belajar.
![Page 24: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/24.jpg)
TRANSFORMASIIdea-idea yang telah difahami mesti ditukar
dalam beberapa cara agar ia boleh diajar kepada pelajar. Penalaran melalui pengajaran melibatkan pengalihan dari pemikiran tentang mata pelajaran seperti yang difahami oleh guru ke minda dan motivasi pelajar.
Transformasi isi kandungan ke dalam bentuk yang boleh diajar memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana pelajar menunjukkan apa yang ia telah pelajari.
![Page 25: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/25.jpg)
INSTRUKSI
Instruksi (pengajaran) merupakan aspek pedagogi yang terpenting: organisasi dan mengurusan bilik darjah, persembahan penerangan dan huraian yang jelas, memberi dan menyemak tugasan, berinteraksi dengan pelajar secara berkesan dengan soalan, jawapan dan tindak balas, serta pujian dan kritikan.
![Page 26: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/26.jpg)
PENILAIAN
Proses ini merangkumi semakan formal pemahaman pelajar tentang isi kandungan yang telah diajar berdasarkan objektif dan hasil pembelajarn yang telah ditetapkan.
![Page 27: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/27.jpg)
REFLEKSIProses ini dilakukan oleh guru apabila ia
merenung kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku lalu membina semula, melakonkan semula, atau mengingatkan semula peristiwa, emosi dan pencapaiannya.
Proses ini menjadi landasan bagi seseorang profesional belajar daripada pengalaman. Usaha-usaha analitik dalam proses ini digunakan untuk memperbaiki pengetahuan kandungan pedagogi seseorang.
![Page 28: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/28.jpg)
KEFAHAMAN BARU
Ini berupakan satu permulaan baru. Melalui langkah-langkah KEFAHAMAN, TRANSFORMASI, INSTRUKSI, PENILAIAN, DAN REFLEKSI, guru mencapai pemahaman yang lebih jelas tentang isi kandungan dan pelajar.
![Page 29: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/29.jpg)
RUMUSAN
Seorang guru yang baik dan berkesan bukan hanya perlu menguasai isi
kandungan atau pedagogi sahaja. Tetapi guru tersebut perlu seimbangkan kedua-
duanya dan seterusnya menyesuaikannya dengan persekitaran dan keadaan bilik
darjah.
![Page 30: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/30.jpg)
RUJUKAN
• Mohd Fauzi Yaacob (2004). Pengajaran Pakar/ Rosie Turner – Bisset. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
• Shulman, L.S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review 57: 1-22.
• Shulman, L.S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher 15(2): 4-14.
• Shulman, L.S. (2000). Teacher Development: Roles of Domain Expertise and Pedagogical Knowledge. Journal of Applied Developmental Psychology 21(1): 129-135.
![Page 31: Model Shulman Power Point](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012307/5571f84949795991698d1314/html5/thumbnails/31.jpg)
SEKIAN, TERIMA KASIHSEKIAN, TERIMA KASIHSEKIAN, TERIMA KASIHSEKIAN, TERIMA KASIH