Transcript
Page 1: Minit Mesyuarat Panita Sivik Kali Ke 4 Tahun 2013

Sekolah Kebangsaan Manjoi Satu

Jalan Masjid, 30020 Ipoh, Perak.

Minit Mesyuarat Panitia Sivik Dan Kewarganegaraan Kali Keempat Tahun 2013

Tarikh : 14 November 2013

Hari : Khamis

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Bilik Guru Besar

Kehadiran :

1. En. Yusof b. Yeop Yunus (Guru Besar)2. En. Mior Affendi b. Samsudin3. Pn. Nurmanja bt. Abdul Rahman4. Pn. Noor Azira bt. Mohd Basri

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi2. Ucapan Penasihat3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu4. Perkara Berbangkit5. Post Mortem dan Analisis Keseluruhan PKSR 26. Perancangan Aktiviti Tahun 20147. Hal-hal Lain

Page 2: Minit Mesyuarat Panita Sivik Kali Ke 4 Tahun 2013

1. Ucapan Pengerusi1.1 En. Mior Affendi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.1.2 Pengerusi juga berharap agar guru-guru PSK telah selesai mengajar semua topik

dalam buku teks.

Tindakan: Makluman

2. Ucapan Penasihat2.1 En. Yusof mengucapkan terima kasih di atas kerjasama guru-guru PSK sepanjang

tahun ini.2.2 Beliau meminta guru-guru PSK menerapkan nilai-nilai murni sepanjang pengajaran.

Tindakan: Makluman

3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu3.1 Minit mesyuarat yang lalu telah disahkan oleh Pn. Noor Azira dan disokong oleh Pn.

Nurmanja.

4. Perkara-perkara Berbangkit4.1 Perkara 7.1 – Peruntukan panitia telah digunapakai dengan pembelian bahan bantu

belajar bagi matapelajaran PSK dan juga untuk kegunaan aktiviti yang melibatkan murid-murid.

Tindakan: Makluman

5. Post Mortem dan Analisis Keseluruhan PKSR 2.5.1 Telah dibentangkan oleh En. Mior Affendi. Keseluruhannya mencapai sasaran yang

ditetapkan iaitu melebihi 90%.5.2 En. Mior menjelaskan masih terdapat yang gagal kerana tidak memahami kehendak

soalan terutamanya bahagian esei.

Tindakan: Makluman

6. Perancangan Aktiviti Tahun 20146.1 Pn. Nurmanja mencadangkan agar diadakan bulan PSK dan menjalankan aktiviti

yang berkaitan dengan PSK bagi memantapkan nilai-nilai murni yang sedia ada dalam diri murid-murid.

6.2 Pn. Noor Azira juga mencadangkan agar murid-murid didedahkan dengan penghasilan folio yang mudah yang berkaitan dengan topik.

Tindakan: Makluman

.

Page 3: Minit Mesyuarat Panita Sivik Kali Ke 4 Tahun 2013

7. Hal-hal Lain7.1 En. Mior memaklumkan bahawa guru-guru PSK boleh memohon alatan/bahan yang

diperlukan bagi tahun 2014 melalui ketua panitia.7.2 Beliau juga memaklumkan buku stok telah dikemaskini setakat ini.7.3 En. Yusof mengharapkan supaya guru-guru PSK mengajar sambil menerapkan nilai-

nilai sivik dalam diri murid-murid yang bertujuan untuk meningkatkan rasa sayang dan cinta mereka terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, sekolah dan Negara.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh,

…………………………………..

(Pn. Nurmanja bt. Abdul Rahman)

Setiausaha Panitia PSK

Disahkan oleh,

………………………………

(En. Mior Affendi b. Samsudin)

Ketua Panitia PSK


Top Related