Transcript
Page 1: Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 1

ttΑΑ$$ ss%% uuρρ tt ÏÏ%% ©©!! $$## ((##ρρ ãã�� xx�� xx.. öö≅≅ yyδδ ööΝΝ ää33 ——99 ß߉‰ ttΡΡ 44’’ nn?? ttãã 99≅≅ ãã__ uu‘‘ ööΝΝ ää33 ãã∞∞ ÎÎ mm77 tt⊥⊥ ãッ ## ssŒŒ ÎÎ)) óóΟΟ ççFF øø%% ÌÌ hh““ ããΒΒ ¨¨≅≅ ää.. AA−− ¨¨““ yyϑϑ ããΒΒ ööΝΝ ää33 ¯¯ΡΡ ÎÎ)) ’’ ÅÅ∀∀ ss99 99,, ùù== yyzz >>‰‰ƒƒ Ïω‰ yy__ ∩∩∪∪

DDaann oorraanngg--oorraanngg yyaanngg KKaaffiirr ppuullaa bbeerrkkaattaa sseessaammaa sseennddiirrii sseeccaarraa mmeennggeejjeekk--eejjeekk,, ““MMaahhuukkaahh kkaammii ttuunnjjuukkkkaann

kkeeppaaddaa kkaammuu sseeoorraanngg lleellaakkii yyaanngg mmeemmbbeerriittaakkaann kkeeppaaddaa kkaammuu bbaahhaawwaa aappaabbiillaa kkaammuu ddiihhaannccuurrkkaann sseehhaannccuurr--

hhaannuurrnnyyaa sseessuuddaahh mmaattii,, sseessuunngggguuhhnnyyaa kkaammuu aakkaann ddiihhiidduuppkkaann sseemmuullaa ddaallaamm bbeennttuukk kkeejjaaddiiaann yyaanngg bbaarruu??”” [[3344::77]]

@ýí�@´ïÙÍjØ@ôuíÜì†ínïà@ýí�@´ïÙÍjØ@ôuíÜì†ínïà@ýí�@´ïÙÍjØ@ôuíÜì†ínïà @@@

������ �� �������� �� �������� �� �� ������אאאאאאאאאאאא�������������������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������א����������א����������א����������א����������א����������א����������א����������א����������א����������א����������א����������א��������������������� ������������

MMMeeetttooodddooolllooogggiii KKKeeebbbaaannngggkkkiiitttaaannn SSSeeemmmuuulllaaa

SSSyyyaaaiiikkkhhh AAAhhhmmmaaaddd SSSiiirrrhhhiiinnndddiii PPPaaannndddaaannngggaaannn KKKooommmppprrreeehhheeennnsssiiifff TTTeeerrrhhhaaadddaaappp

UUUsssaaahhhaaa MMMuuujjjaaaddddddiiiddd MMMiiilllllleeennnnnniiiuuummm KKKeeeddduuuaaa

Penulis: MMMuuussstttaaafffaaa UUUmmmaaarrr

Pensyarah: DDDrrr... AAAtttaaauuullllllaaahhh SSSiiiddddddiiiqqquuuiii

Penterjemah: MMMaaauuulllaaawwwiii JJJaaalllaaalllllluuuddddddiiinnn AAAhhhmmmaaaddd AAArrr---RRRooowwwiii

Terbitan Edaran:

Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits Markazi Khanqah Abul-Khaliliyyah Naqsyabandiyyah Mujaddidiyyah

Akademi Khanqah Ruhani Bazi, Madrasah Ulul Azmi Batu Caves, Gombak, Selangor Darul Ehsan

1436H/2015M

Page 2: Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 2

ýí�@´ïÙÍjØ@ôuíÜì†ínïàýí�@´ïÙÍjØ@ôuíÜì†ínïà@@ @@

������ �� �������� �� �� ������אאאאאאאא�������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������������� ���������������������א����������א����������א����������א����������א����������א����������א����������א����������������� ��������

MMeettooddoollooggii KKeebbaannggkkiittaann SSeemmuullaa

SSyyaaiikkhh AAhhmmaadd SSiirrhhiinnddii PPaannddaannggaann KKoommpprreehheennssiiff TTeerrhhaaddaapp UUssaahhaa MMuujjaaddddiidd MMiilllleennnniiuumm KKeedduuaa

Penulis: Mustafa Umar Pensyarah: Dr. Ataullah Siddiqui Penterjemah: Hadhrat Maulawi Jalalludin Ahmad Ar-Rowi Terbitan: Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits Edaran: Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits Alamat: Madrasah Ulul Azmi, Kg. Sepakat Jaya, Wira Damai, Batu Caves, Selangor Tahun Terbit: 1436H/2015M

Page 3: Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 3

Kandungan

Pengenalan 5

India Dan Dunia Islam Di Abad Ke-10 Hijrah 6

Asuhan Dan Awal Kehidupan Sirhindī 7

Nukleus Usaha Pembaharuan Sirhindī 9

Mengesahkan Wahyu Dan Kenabian 9

Kritikan Terhadap Sebab 10

Kritikan Terhadap Pengalaman Mistik 11

Menyokong Kenabian Ke Atas Kewalian 12

Mencabut Bida’ah Ikhlas 12

Kesimpulan 13

Bibliografi 14

Page 4: Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 4

Page 5: Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 5

Pengenalan

abi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص dilaporkan sebagai telah bersabda, “Allah akan menghantar seseorang untuk menghidupkan semula Agama masyarakat Umat Islam ini di akhir setiap abad.” Sepanjang sejarah,

ramai orang Islam yang berpengaruh telah dikenalpasti sebagai Mujaddid yang membangkitkan semula Agama Islam pada abad ini atau abad sebelumnya bahawa laporan itu dinyatakan menerusi Kenabian. Beberapa orang telah mendakwa keistimewaan tersebut untuk diri mereka sendiri, tidak kira sama ada sumbangan gerakan kebangkitan semula mereka berjaya dalam apa jua cara atau tidak. Walau bagaimanapun, hanya ada seorang di sepanjang sejarah Islam yang dikenali dengan sebutan yang mengandungi perkataan Mujaddid iaitu Syaikh Ahmad Sirhindi semasa kerajaan Mughal di India [m.1034H/1624M]. Syaikh Ahmad Sirhindi begitu dikenali baik di tanah airnya di India dan juga di seluruh kawasan-kawasan lain di dunia Islam sebagai Mujaddid Alf Tsani, penggerak yang membangkitkan semula Agama Islam di alaf ke-2 Hijrah. Gelaran kehormat ini menunjukkan bahawa beliau berjaya menghidupkan semula Agama Islam pada abad ke-11 Hijrah, tetapi ia tidak memberikan gambaran tepat bagaimana keadaan Islam pada zaman beliau yang memerlukan gerakan kebangkitan pembaharuan semula tersebut. Tambahan pula, penilaian deskriptif tentang apakah pembaharuan yang telah berjaya Sirhindi gubalkan akan menjadi lebih berguna jika cara yang telah dibawanya dapat diketengahkan dan dianalisa.

Sepanjang sejarah Islam, beberapa orang Islam yang berpengaruh telah menganjurkan dan melaksanakan pergerakan bersifat memperbaiki pada zaman mereka, beberapa di kalangan mereka agak berjaya manakala yang lain gagal dalam objektif utama mereka. Sama ada sedar atau tidak, apa-apa kebangkitan semula secara aktif berkenaan istilah Mujaddid yang terdapat dalam laporan Kenabian, keinginan mereka adalah untuk menyelamatkan Islam dari apa yang mereka anggap sebagai suatu Bida’ah yang bukan dari ajaran Islam telah mencapai kesan yang jauh. Dengan menumpahkan cahaya perhatian pada salah satu usaha bersifat perbaikan yang utama pada abad ke-11 Hijrah, gerakan kebangkitan semula Islam boleh menimbang-ukur diri mereka dalam skala sejarah untuk menentukan sejauh mana unsur-unsur teras sasaran utama pembaharuan mereka bertepatan dengan usaha bersifat memperbaiki sesuatu seorang Mujaddid yang berjaya dengan ketara. Selain itu, dengan menganalisa pelbagai aspek metodologi yang digunakan dalam usaha itu, pergerakan itu mungkin boleh mengasah atau menyesuaikan tumpuan gerakan kebangkitan semula mereka.

Kaedah yang digunakan dalam esei ini adalah untuk pertamanya menganalisa kedudukan di Dunia Islam pada abad ke-10 Hijrah, khususnya di India di mana Sirhindi menumpukan gerakan kebangkitannya. Ini akan diikuti dengan penilaian awal kehidupannya dan pendidikan yang diilhamkan kepada beliau untuk menjalankan apa-apa usaha yang bersifat memperbaiki. Selepas itu, aspek-aspek teras yang membentuk nukleus pergerakan bersifat memperbaiki Sirhindi hendaklah diekstrak daripada tulisan-tulisan beliau sendiri dan bukannya daripada kerja-kerja tangan Para Muridnya yang mungkin dituduh sama ada pengagungan berlebihan idea Mujaddid atau pengubahsuaian ikhlas menurut pandangan sebenar.

NN

Page 6: Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 6

India dan Dunia Islam di abad ke-10 Hijrah

Untuk mengenal pasti sepenuhnya dorongan di sebalik panggilan revolusi Sirhindi itu, kita perlu mengenal pasti keadaan sosial, politik, intelektual, agama dan moral di medan usaha pada zamannya. Tulisan Sirhindi yang menangani semua aspek-aspek dalam pelbagai ragam kehidupan, yang bermaksud bahawa dia sedar akan pengaruh sekelilingnya dan mereka sekurang-kurangnya mendapat kesan yang tersirat atas kesedaran beliau. Sirhindi membesar dalam era di mana beliau menyaksikan banyak trend budaya yang dalam satu cara atau cara yang lain telah bertentangan kepada kepercayaan Ortodoks Sunni Islam sebagaimana beliau telah dibesarkan dengan melalui asuhan peribadi ayahandanya. Dalam kerajaan Mughal India, Maharaja Akbar naik takhta pada tahun 963H/1556M, sebelum Sirhindi dilahirkan. Dalam masa dua dekad dia mampu untuk memantapkan kuasa dan membawa pelbagai kawasan dalam utara dan tengah India di bawah kawalan terus daripada baginda. Pengaruh Akbar di Benua Kecil India secara keseluruhan menunjukkan dirinya menerusi polisi Totalitarian, beliau menindas amalan Islam dan kehidupan harian Muslim menjadi terjejas. Pergerakan Nuqṭawi Iran telah berjaya menghasut Akbar untuk merumuskan agama baru dan mengambil peranan atas dirinya sebagai seorang Maharaja dan Nabi. Ideologi Eklektik Liberal beliau melemahkan keperluan kepercayaan Kenabian Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص, satu konsep yang mungkin telah berkhidmat untuk suatu tujuan pada masa lalu tetapi kini dianggap sebagai ketinggalan zaman. Dari Hindu kepada orang Kristian, semuanya mesti dialu-alukan dan dihormati dalam masyarakat baru dengan penuh semangat sebagaimana yang dilaungkan oleh Akbar dan penasihat setianya. Banyak ‘Ulama Islam dengan kecenderungan Duniawi telah disangga atas justifikasi bahawa amalan mereka adalah tidak Islamik, justeru mengelirukan orang ramai di kalangan Umat Islam mengenai siapa yang benar-benar mewakili Islam. Adapun orang-orang Islam yang masih mempunyai takluk dengan Islam, atas kehendak mereka sendiri terhadap doktrin Heterodoks tertentu yang cenderung untuk menjauhkan mereka dari apa-apa dan mana-mana kemiripan untuk Islam yang Ortodoks. Para pemikir rasionalis di satu pihak cenderung ke arah falsafah Yunani Aristoteles dan berkepercayaan penuh dalam kapasiti Intelektual mereka sendiri untuk mengesahkan semua aspek Wahyu. Ini menjumlahkan penolakan kod Syari’at undang-undang Islam yang dilingkungi oleh Al-Quran untuk menyediakan set peraturan yang bahawa setiap Muslim adalah bertanggungjawab untuk mengikutinya. Di sisi lain, Shufi Mistik Esoterik meninggikan jalan peribadi, ‘Ibadah yang berlebihan dan pengasingan, sementara memperkecilkan cara hidup yang dipimpin oleh Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص. Tambahan pula, doktrin Wahdatul-Wujud yakni Kesatuan Kewujudan yang dikemukakan oleh Ahli Shufi abad ke-7H iaitu Muhyiddin Ibnu ‘Arabi [m.638H/1240M] telah menjadi doktrin utama Tashawwuf. Ia mengemukakan idea bahawa semua realiti Haqiqat hanyalah serpihan yang dipinjam dari makhluk Allah. Idea itu sendiri mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi ia mengelirukan manusia biasa yang awam untuk memulakan pada satu Liberalisme berlebihan yang kadang-kadang agak bersempadan pada kekufuran dalam Islam. Selain semua ini, banyak Inovasi baru telah diperkenalkan ke dalam Agama Islam di bawah panji-panji Bida’ah Hasanah. Sirhindi perlu membersihkan Islam bukan sahaja daripada ancaman luar tetapi juga dari dalam.

Page 7: Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 7

Asuhan dan Kehidupan Awal Sirhindi

Ahmad Sirhindi dilahirkan pada tahun 971H/1564M di kawasan utara India yang dikenali sebagai Sirhind. Beliau menghafal Al-Quran semenjak kanak-kanak yang merupakan suatu amalan biasa di kalangan anak-anak yang membesar dalam keluarga ‘Ulama. Ahmad Sirhindi memulakan pendidikan Islam awalnya daripada ayahanda beliau iaitu Syaikh ‘Abdul Aḥad [m.1007H/1598M] yang juga telah membai’atkan beliau ke dalam Thariqat Suhrwardiyyah dan Chisytiyyah. Akhirnya, beliau telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Sialkot, tempat yang terkenal dengan merit pendidikannya. Semasa tinggal di sana, beliau mempelajari ilmu pengetahuan Islam klasik yang biasa di masa itu seperti Nahwu tatabahasa Arab, Fiqh perundangan, Tafsir, Hadits dan lain-lain. Beliau mula mengajar dan menulis pada usia yang muda, sehinggalah apabila lawatannya ke Delhi telah mengubah arah kehidupannya. Syaikh ‘Abdul Baqi Kabuli yang dikenali sebagai Khwajah Baqi Billah [m.1012H/1603M] merupakan Mahaguru Keruhanian Thariqat Shufiyyah Naqsyabandiyyah. Beliau berpindah ke Delhi dan dalam masa yang singkat selama 3 - 4 tahun, beliau mampu untuk menyebarkan Thariqat Shufiyyah kepada suatu tahap yang besar sehingga ia menjadi Thariqat Shufiyyah yang paling lazim di seluruh negara. Sirhindī pergi ke Delhi untuk melawat Khwajah dan meluangkan masa dalam mendampinginya. Dikatakan bahawa Khwajah telah menanggapi sesuatu yang istimewa ada dalam diri Sirhindi yang masih muda dan bertanya kepadanya untuk tinggal lebih lama dalam perdampingannya, suatu permintaan yang luar biasa untuk seseorang tuan guru keruhanian lakukan terhadap orang baru seperti beliau. Sirhindi menceritakan bahawa dia begitu kagum dengan perdampingan bersama Khwajah, bahawa dia segera mendaftar sebagai seorang muridnya. Selepas beberapa ketika, semasa lawatan kedua beliau ke Delhi untuk menemui tuan gurunya, Sirhindi telah diberi kebenaran untuk mengajar beberapa murid Khwajah sendiri. Dengan lawatan ketiga dan terakhir, dalam masa hanya beberapa tahun, Khwajah mengarahkan muridnya untuk mengikuti Sirhindi dalam semua nasihat Ruhani dan telah mengulas mengenai statusnya, “Saya yakin sepenuhnya terhadap kesempurnaan Ruhani beliau.”

Latihan Keruhanian Sirhindi dan kesetiaannya kepada seorang guru Shufi adalah pra-syarat yang perlu bagi apa-apa pembaharuan yang dia mungkin boleh bayangkan pada abad ke-11 di India. Dengan mengenepikan faedah peribadi yang beliau mungkin dapat perolehi, kedua-dua golongan pemimpin dan orang biasa telah mempunyai kecenderungan ke arah disiplin Tashawwuf, bahawa ianya adalah sangat sukar untuk menggubal apa-apa pembaharuan tanpa diiktiraf sebagai salah seorang yang mahir dalam ‘Ilmu Keruhanian. Selepas pemergian gurunya, beliau kembali ke rumahnya dan masuk ke pengasingan diri untuk memberi tumpuan kepada ‘Ibadat Ruhani sendiri. Beliau kekal dalam pengasingan Ruhani walaupun desakan pelajarnya yang berpusu-pusu di sekitarnya siang dan malam. Mereka akhirnya berjaya mendapatkan beliau untuk meneruskan pengajaran dan pendidikan Ruhani, yang kemudian diteruskan sepanjang hidupnya. Kebanyakan pengasingan ini berlaku semasa pemerintahan Akbar, yang mungkin dikatakan bahawa ia telah didorong oleh sifat malu dari menggubal apa-apa perubahan di hadapan pemimpin yang kuat dan menindas.

Page 8: Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 8

Walau bagaimanapun, keengganan Sirhindi walaupun untuk mengajar murid-murid sendiri memberatkan kepada tanggapan bahawa dia lebih berminat untuk mengangkat Ruhani sendiri pada masa itu. Tambahan pula, sikap beliau yang teguh dan Ortodoks Agama dan tidak teragak-agak untuk bercakap tentang fikirannya, walaupun dalam tahun-tahun awal beliau boleh dilihat dalam lawatannya ke Allahabad di mana beliau menemui Mullah Faidhzi [m.1004H/1595M] dan Abul-Fadhzal [m.1011H/1602M], kedua-duanya adalah penasihat kepada Maharaja Akbar. Sirhindi tidak kagum dengan salah seorang pun daripada dua ‘Ulama Mahkamah ini dan juga memboikot Abul-Fadhzal disebabkan kekufurannya. Adalah dicatatkan bahawa Sirhindi enggan walaupun berkata-kata dengannya untuk sepanjang hidupnya, walaupun terdapat desakan Abul-Fadhzal agar dia berbuat demikian.

Selepas kematian Akbar, Jahangir naik takhta pada 1014H/1605M. Beliau mempunyai kepentingan kecil dalam semangat mempromosikan dasar Agama Akbar, atau membenarkan mereka untuk meneruskannya. Kecuali beberapa perkara yang ditujukan kepada Maharaja baru melalui beberapa penyokong beliau, terdapat sedikit bukti bahawa Sirhindi secara khusus cuba untuk mereformasikan Jahangir semasa dekad pertama pemerintahannya, yang sekali lagi mencemarkan tanggapan bahawa Sirhindi hanya menunggu Akbar meninggal dunia sebelum beliau boleh menyerukan suatu revolusi. Walau bagaimanapun, dengan peralihan dari cengkaman ketat Akbar, ditambah dengan kepuasan Sirhindi sendiri di ketinggian Ruhani, beliau mula menghantar muridnya ke pelbagai bahagian dunia.

Sehingga tahun 1026H/1617M, beliau telah menghantar pelajarnya yang terlatih ke hampir semua tempat di India dan di luar untuk menggubal suatu program pembaharuan Moral dan Ruhani. Sebahagian daripada murid-muridnya telah dihantar pulang ke kampung-kampung dan bandar-bandar dari mana mereka datang sementara yang lain telah diberikan tempat tertentu untuk bermastautin. Murid-murid ini bertindak sebagai pendakwah yang mampu berjaya memberi kesan kepada penduduk tempatan di tempat-tempat seperti Agra, Burhanpur, Lahore, Patna, Bengal, Jaunpur, Allahabad, dan beberapa bandar lain di seluruh Benua Kecil India.

Para Muridnya begitu berjaya dalam menarik perhatian pendengar mereka, bahawa salah seorang muridnya telah menjadi sebagai pendakwah di pangkalan tentera Agra di mana beribu-ribu lelaki daripada tentera empayar kerap menghadiri ceramah-ceramah beliau. Malah, Sirhindi tidak menghadkan usaha beliau hanya ke India bahkan telah menghantar tujuh puluh Murid-muridnya ke Turkistan, empat puluh ke Timur Tengah, sepuluh ke Kabul, dan tiga puluh ke Asia Tengah. Beliau telah berjaya menubuhkan rangkaian antarabangsa dan mengekalkan hubungan dengan Murid-muridnya menerusi surat yang ditulis, banyak yang telah disusun ke dalam bentuk buku semasa hayatnya sendiri dan di bawah pengawasan beliau. Menjelang tahun 1027H/1618M, kemasyhuran Sirhindi ini telah tersebar luas, kedua-dua di India dan di luar negara, dan peminat beliau akan datang kepadanya dari berbagai belahan dunia Islam. Ia adalah pada kemuncak populariti Sirhindi bahawa suatu peristiwa telah berlaku yang akan mengubah arah usaha beliau.

Page 9: Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 9

Pada 1028H/1619M, Jahangir memerintahkan Sirhindi dipenjarakan di Gwalior Fort. Apabila dia telah dipanggil menghadap Maharaja, beliau enggan sujud di hadapannya, sepertimana adat sejak zaman Akbar. Kalaulah dia berbuat demikian, mungkin Jahangir akan mengampunkan beliau atas apa jua kesalahan yang kononnya dilakukan, tetapi Sirhindi melihat perbuatan sujud di hadapan orang lain selain daripada Allah sebagai sesuatu yang dilarang oleh Islam. Kejadian ringkas ini menjelaskan bahawa dasar Mujaddid ini tidak pernah masuk sebarang kompromi apabila ia datang kepada prinsip dan peraturan Islam. Semasa dipenjarakan, beliau mula mengajar kepada penghuni penjara, kebanyakannya kepada mereka yang bukan Islam. Di bawah pengaruh Sirhindi, beratus-ratus banduan menerima Islam dan menukar cara hidup mereka. Dalam surat ringkas kepada seorang Muridnya, menyatakan yang Mujaddid tidak menyesal sepanjang masa yang dia telah habiskan di dalam penjara dan merasakan bahawa pengasingan itu telah menambah kepada pencerahan Ruhaninya. Selepas menghabiskan lebih setahun di dalam penjara, Jahangir mengeluarkan Sirhindi setelah yakin bahawa dia tidak mempunyai apa-apa kecenderungan politik untuk merebut kuasa daripada Maharaja. Sirhindi telah dijemput untuk tinggal dengan tentera diraja supaya mereka boleh mendapat manfaat daripada perdampingan dan kebijaksanaannya.

Ketika menggambarkan penginapannya kepada dua orang pengikutnya, beliau berterima kasih kepada Tuhan kerana tidak membuat sebarang kompromi sedikitpun dalam mana-mana ajaran Islam kepada tentera. Sirhindi menyatakan bahawa semua perkara-perkara yang diajar kepada mereka telah diterima dan dibawa ke jantung hati. Selepas tinggal di Ajmer dengan tentera diraja selama kira-kira dua tahun, Sirhindi kembali ke kampung halamannya di mana beliau menghabiskan tahun terakhir hidupnya dalam pengasingan. Beliau enggan bertemu sesiapa kecuali anak-anaknya sendiri dan beberapa murid beliau yang terdekat. Dia hanya akan keluar dari rumahnya untuk Shalat berjemaah dan kemudian pulang ke rumah untuk terus menyembah Allah dan melaksanakan latihan kebaktian lain. Nampaknya Sirhindi tahu hidupnya hampir berakhir, dan mungkin dia berasa bahawa dia telah melakukan apa sahaja kerja bersifat memperbaiki yang perlu bagi melakukan latihan Ruhani, moral dan intelektual Murid-muridnya yang akan menjalankan tugas menghidupkan semula Islam.

Nukleus Usaha Pembaharuan Sirhindi: Mengesahkan Wahyu Dan Kenabian

Antara idea-idea teras yang terdapat dalam surat Mujaddid kepada murid-muridnya adalah ikrar yang tanpa teragak-agak terhadap keperluan Wahyu pada setiap era melalui cara-cara Kenabian. Salah satu karya terawal beliau “Itsbat An-Nubuwwah” yang bermaksud Kepastian Kenabian, yang ditulis dalam bahasa Arab sewaktu beliau berusia lapan belas tahun. Ini adalah suatu aspek penting dalam pembaharuan Sirhindi terhadap idea-idea falsafah Yunani telah menjadi meluas di kedua-dua India dan Iran menjelang abad ke-10 Hijrah. Pengaruh Plato dan Aristoteles dalam bentuk Mistik Neoplatonisme dan kecenderungan Rasionalis membuka jalan kepada idea bahawa Wahyu Kenabian boleh diketepikan dan dilihat sebagai sesuatu yang baik tetapi tidak penting.

Page 10: Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 10

Sirhindi berhujah bahawa orang-orang yang mengaku beriman kepada Islam dan mengikuti Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص perlu sedar bahawa tidak akan ada sebarang keperluan bagi Allah untuk menghantar sebarang Nabi di tempat pertama jika minda manusia mampu mencapai realiti Haqiqat ini. Tambahan pula, beliau mencabar bahawa sesiapa yang menimbang semua aspek Syari’at dalam skala sebab, bahawa belum menerimanya adalah pada dasarnya menafikan Kenabian. Inilah permasalahannya, beliau berhujah, kerana tidak akan ada keperluan untuk Wahyu Kenabian jika semua orang atau mana-mana satu orang tertentu mempunyai keupayaan untuk mencapai kesimpulan yang sama melalui pemikiran mereka sendiri. Dalam usaha untuk menjelaskan perkara itu sementara memerangi trend budaya Anti-Islam, Sirhindi berhujah bahawa ‘Aqal Intelek berdiri lebih tinggi daripada lima deria pancaindera kerana ia membetulkan mereka apabila mereka sesat, kerana kelima deria adalah terhad dengan alam semula jadi. Beliau seterusnya mengatakan bahawa Wahyu Kenabian adalah fakulti yang lebih tinggi daripada ‘Aqal Intelek, yang juga terhad seperti lima deria, dan berdiri secara memerlukan pembetulan apabila ia tersesat. Hujah ini menyatakan bahawa ‘Aqal adalah sama sekali tidak mampu mengiktiraf kewujudan apa-apa realiti Haqiqat Muthlaq tanpa perantaraan Nabi-nabi yang berkomunikasi secara langsung dengan Tuhan. Dalam usaha Sirhindi meneruskan baris hujah ini, beliau telah melemahkan kebolehan kedua-dua fakulti Intelek serta pengalaman Mistik yang dianggap sebagai sumber untuk memperolehi pengetahuan tentang realiti Haqiqat.

Kritikan Terhadap Sebab

Sepertimana Abu Hamid Al-Ghazzali [m.505H/1111M] berabad-abad sebelum ini, Sirhindi perlu mengkritik dasar-dasar sekolah Rasionalis Aristoteles dan Greek. Perbincangannya mengenai subjek ini mendedahkan bahawa beliau agak mahir dalam idea-idea Hellenistik yang berleluasa pada zamannya. Sirhindi mengkritik konsep ‘Aqal Intelek Aktif yang sepatutnya datang daripada Allah, tetapi bukan dari kehendak dan keinginanNya sendiri tetapi kerana ianya diperlukan makhlukNya dan sifat semulajadinya. Sirhindi berhujah bahawa dengan menciptakan idea sebuah ‘Aqal Intelek Aktif, ahli-ahli falsafah ini telah memindahkan kuasa penyebab jauh dari Allah kepada suatu lagi punca dekat yang mereka berikan nama baru untuknya. Ini pada pandangan beliau, adalah sama dengan apa yang orang-orang Kafir Musyrikin lakukan apabila mempercayai bahawa berhala-berhala mempunyai kuasa khas yang telah dipindahkan daripada Allah kepada mereka. Walau bagaimanapun, Sirhindi menyimpulkan perbincangan beliau dengan mengejek falsafah Yunani dan mendakwa bahawa, orang-orang Musyrikin adalah lebih pintar dari ahli-ahli falsafah kerana mereka sekurang-kurangnya akan menyeru Allah pada hari apa-apa bencana besar melanda. Sirhindi berhujah lagi, seperti Immanuel Kant [m.1804] yang berabad selepas beliau, bahawa penggunaan sebab, tidak kira betapa halus dan terang ia dinyatakan, tidak akan dapat dipisahkan daripada subjektiviti dalaman sendiri. Walau bagaimanapun, tidak seperti ahli-ahli falsafah yang kemudian, beliau menggunakan bahasa yang mudah dan berterus-terang untuk menyatakan idea-idea ini supaya ia mungkin difahami oleh orang biasa.

Page 11: Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 11

Beliau berhujah bahawa ‘Aqal tidak boleh mencapai kebebasan sepenuhnya kerana ia kekal dikaitkan dengan tubuh manusia. Oleh itu, ia akan sentiasa kekal tertakluk kepada keadaan Ahwal emosi seperti keraguan, kemarahan, keinginan, kealpaan, dan lain-lain. Supaya tidak ada yang mendapat pemahaman idea yang salah, Sirhindi seterusnya berhujjah mengatakan bahawa apa-apa yang terkandung dalam Wahyu Kenabian tiada akan pernah bertentangan dengan ‘Aqal Rasional tetapi ia mungkin di luar Intelek ‘Aqal. Perbezaan antara kedua-duanya perlu diperjelaskan kerana ketidakrasional hanya boleh dipersifatkan kepada sesuatu selepas sifat sebenarnya telah dapat difahami. Untuk Sirhindi, pengetahuan tentang Hari Qiyamat, Malaikat, Syurga dan Neraka, dan lain-lain yang selain dari fakulti pemikiran kerana ia berlaku dalam bentuk kewujudan lain yang berbeza dari kita.

Kritikan Terhadap Pengalaman Mistik

Satu lagi budaya di India dan di luar adalah bergantung pada pengalaman Mistik untuk mendedahkan Haqiqat Muthlaq iaitu realiti muktamad dan mencapai Ma’rifat dengan Allah. Idea ini timbul sebagai reaksi terhadap Rasionalisme yang berlebihan dan mempunyai pengaruh yang sangat kuat di kawasan India dan Mesir khususnya. Sekolah pemikiran ini adalah berdasarkan falsafah Neo-Platonisme yang mencadangkan bahawa terdapat pancaindera keenam, yang di luar lima deria pancaindera yang dapat melihat aspek pesawat Ruhani yang ghaib. Bukan sekadar menafikan bahawa apa-apa fakulti yang wujud, kerana banyak Skeptis pada masa lalu telah berhujah, Sirhindi berada pada kedudukan yang unik, kerana kecenderungan Mistiknya sendiri, untuk menempatkan hujah Inovatif terhadap penyalahgunaan apa-apa idea.

Beliau memulakan dengan alasan bahawa itu fakulti Ruhani adalah Wujud, dan tidak boleh dinafikan, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa ia terhad seperti ‘Aqal. Malah, asas hujah Sirhindi terhadap pengalaman Mistik adalah bahawa tidak ada gerak hati Ruhani pernah boleh bebas dari pengaruh dalaman kesedaran Subjektif serta pengaruh luar persepsi deria. Beliau berpendapat bahawa seseorang Shufi sering akan melihat beberapa aspek Alam Ruhani dan mengalami Ma’rifat dengan Allah, tetapi penyaksian ini akan tercemar oleh pengaruh dalaman dan luaran tanpa dia mengesan sebarang pencemaran.

Beliau juga menunjukkan bahawa gambaran Musyahadah Mistik Shufi yang berlaku sebagai bertentangan dengan Islam, seperti gambaran bahawa Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص adalah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Syari’at, tidaklah bermakna bahawa gambaran tersebut telah diilhamkan oleh Syaitan. Sebaliknya, Sirhindi percaya bahawa ia adalah fikiran bawah sedar yang telah memutarbelitkan gambaran kerana ia telah dilambangkan dalam bentuk manusia. Anggapan tidak bersalah dari pengaruh Iblis ke atas pengalaman Para Shufi ini mungkin bagi memudahkan pencernaan pandangannya terhadap Para Shufi yang sudah mendengar jawapan balas daripada golongan Rasionalis terhadap pengalaman Ruhani mereka.

Page 12: Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 12

Menyokong Kenabian Ke Atas Kewalian

Para Shufi yang telah sampai ke peringkat yang lebih tinggi tahap Keruhanian telah dilabelkan sebagai Awliya yakni orang-orang kudus dan dilihat oleh kebanyakan orang untuk menjadi lebih tinggi dari Para Nabi kerana mereka sentiasa melibatkan diri dalam menyembah Allah. Antara Para Shufi yang lebih sederhana memahami bahawa tiada seorang Muslim boleh membuat tuntutan untuk menjadi lebih utama dari Nabi, tetapi mereka mempunyai kepercayaan yang tersirat bahawa perbuatan ‘Ibadah menyembah Allah yang dilakukan oleh Wali suci adalah lebih utama dari perbuatan Dakwah Para Nabi sebagaimana yang telah diperintah untuk dilakukan. Apabila kedua-dua peristiwa ini dilihat secara berasingan, ternyata bahawa fokus yang pertama adalah pada Allah sedangkan yang kedua adalah kepada manusia yang memerlukan bimbingan. Sirhindi mengenalpasti bahaya yang wujud bahawa dengan kepercayaan tersebut akan memberikan kepada pemahaman Islam yang Ortodoks.

Dia telah mengambil pendirian yang kuat terhadap cara pemikiran ini dan berhujah bahawa Para Nabi adalah lebih baik berbanding sebarang Wali walaupun ketika mereka Para Nabi berdakwah dan yang Wali ini beribadah, kerana perhatian mereka sentiasa memberi tumpuan kepada Allah setiap waktu. Beliau meneruskan lagi dan mendakwa bahawa Awliya adalah lemah dan mementingkan diri sendiri, kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan pada kedua-dua Tuhan dan manusia pada masa yang sama, sebagaimana Para Nabi dapat melakukannya.

Sirhindi dengan terus terang menyatakan kata-katanya dan mahu memastikan tidak ada ruang untuk sebarang kekaburan mengenai pendapatnya mengenai isu ini. Beliau menyimpulkan kritikannya dengan mengatakan bahawa gambaran Visi Mistik dunia Ruhani adalah satu bentuk rekreasi dan hiburan yang direka untuk mengangkat penuntut dan orang baru atas perjalanan secara Ruhaniah, bukannya menjadi matlamat terakhir.

Mencabut Bida’ah Ikhlas

Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص dilaporkan sebagai berkata, “Barangsiapa mengada-adakan sesuatu dalam urusan Agama kami ini yang kami bukan daripadanya, ia akan ditolak.” Laporan Kenabian ini dan lain-lain yang seperti itu, memberikan rasa kestabilan kepada kepercayaan Islam dalam pengamalan bahawa tidak ada seorang pun yang dibenarkan untuk menambah apa-apa pada Agama. Sebagai contoh, terdapat lima Shalat Fardhu tetap dalam Islam yang ditetapkan pada masa-masa tertentu sepanjang hari. Untuk menambah Shalat lain dan menganggap bahawa ia juga sebagai Wajib akan menjadikannya Bida’ah atau Inovasi dalam Agama dan perlulah ditolak. Walau bagaimanapun, ramai orang Islam sepanjang sejarah telah menyukai tafsiran longgar makna Bida’ah yang menimbulkan konsep Bida’ah Hasanah atau Inovasi kebaikan. Hujah mereka pergi seperti ini: Menambah sesuatu kepada asas-asas Islam atau mengingati sesuatu yang Wajib tanpa apa-apa bukti undang-undang Islam adalah tepat dalam kategori inovasi Bida’ah yang dimaksudkan oleh Nabi ملسو هيلع هللا ىلص.

Page 13: Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 13

Sirhindi melihat bahaya dalam idea tersebut kerana ia mengalihkan tumpuan dari mengikut Syari’at dan cara hidup yang diajar oleh Nabi ملسو هيلع هللا ىلص, tidak kira sama ada perbuatan berkenaan adalah Wajib atau semata-mata terpuji, kepada mengikuti perbuatan baik yang adakan oleh manusia lain. Beliau mengakui bahawa bahaya yang sama hadir dalam idea Bida’ah Hasanah yang wujud dalam memberi keutamaan kepada menyembah Allah mengatasi kerja berdakwah dan perbuatan yang terlibat dalam memberi tumpuan kepada orang lain. Umat Islam yang ikhlas akan beralih perhatian mereka daripada mengikuti apa yang Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص ajarkan manakala apa-apa sahaja yang mereka atau tokoh-tokoh Agama terkemuka masa mereka, dianggap sebagai inovasi Bida’ah Hasanah. Sirhindi melawan idea ini secara tegas, walaupun dalam penzahirannya yang paling kecil. Tidak seperti Para Shufi pada zamannya, beliau enggan membaca Al-Fatihah selepas Shalat dan sesudah makan beliau dengan alasan bahawa ia tidak mempunyai asas dalam Islam. Baik dia malu untuk berkata-kata tegas terhadap Inovasi meluas yang mungkin telah merosakkan reputasinya di kalangan orang ramai yang ketagih Inovasi yang menyeronokkan itu. Apabila ditanya mengenai meraikan kelahiran Nabi Muhammad ملسو هيلع هللا ىلص yang dilihat sebagai tanda kasih sayang dan pemujaan untuk Baginda ملسو هيلع هللا ىلص, beliau menjawab, “Jika amalan ini diisytiharkan sebagai sah, ia akan membawa kepada mencari justifikasi untuk inovasi Bida’ah yang lain juga.” Oleh itu, dia menutup pintu kepada mana-mana amalan yang mungkin melanggar gambaran Musyahadah yang Haqq, beliau menegaskan keperluan terhadap Kenabian dan Wahyu, tanpa mengira apakah kesannya terhadap reputasi dirinya sendiri.

Kesimpulan

Sirhindi, seperti mana-mana Reformis Muslim yang lain, mempunyai beberapa pilihan untuk dipilihnya dalam bertindak balas kepada keadaan di mana beliau hidup; berundur ke pengasingan, menjalankan perang berskala penuh terhadap kuasa yang sedia ada, melaksanakan program pembaharuan politik dengan membuat perjalanan melalui sistem yang sedia ada berkuasa, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, beliau memilih untuk memberi tumpuan kepada hati dan minda rakyat dan mewujudkan rangkaian antarabangsa di mana beliau melatih murid-muridnya dan kemudian menghantar mereka untuk meneruskan proses pembersihan yang sama kepada orang lain. Putera-puteranya mempopularkan ajarannya dan membentuk susunan Para Shufiya Mujaddidiyyah yang merupakan cabang Thariqat Naqsyabandiyyah. Dalam masa hanya beberapa dekad, orang seperti Maharaja Aurangzeb Alamgir [1119H/1707M] menaiki takhta dan berikrar taat setia kepada putera Sirhindi iaitu Hadhrat Khwajah Saifuddin. Beliau berjaya berkhidmat kepada Agama Islam melalui kedudukannya untuk hampir ke tahap sama yang Akbar telah berjaya mencabutnya. Metodologi pembaharuan gerakan kebangkitan Sirhindi memaparkan contoh model yang berjaya bagaimana Mujaddid berjaya untuk membina semula sebuah Ortodoks Islam selepas zaman yang paling huru-hara sekali. Metodologi komprehensif beliau boleh dijadikan sebagai ujian Litmus yang digunakan untuk mengkaji usaha-usaha gerakan kebangkitan semula Islam yang lain, sama ada masa dahulu atau sekarang.

Page 14: Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

Metodologi Kebangkitan Semula Syaikh Ahmad Sirhindi

© 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 14

Bibliografi

Amanat, Abbas. ‘The Nuqṭawī Movement Of Maḥmūd Pisīkhānī And His Persian

Cycle Of Mystical-Materialism’, Mediaeval Isma'ili History And Thought, Ed. Farhad

Daftary (Cambridge: Cambridge University Press 1996).

Ansari, Muhammad Abdul Haq. Sufism and Shariʿah: A Study of Shaykh Ahmad

Sirhindī’s Effort to Reform Sufism (Leicestershire: The Islamic Foundation 1986).

Arnold, T. W. The Preaching of Islam: A History of the Propagation of the Muslim Faith

(London: Darf Publishers Limited 1986).

Buehler, Arthur F. Revealed Grace: The Juristic Sufism of Ahmad Sirhindi (Louisville:

Fons Vitae 2012).

Faruqi, Burhan Ahmad. The Mujaddid’s Conception of Tawhid (Lahore: Sh.

Muhammad Ashraf 1943).

Friedmann, Yohanan. Shaykh Ahmad Sirhindi: An Outline of His Thought and a Study of

His Image in the Eyes of Posterity (USA: Oxford University Press 2001).

Al-Ghazali, Abu Hamid.The Incoherence of the Philosophers tr. Michael E. Marmura

(USA: Brigham Young University Press 1997).

Kant, Immanuel. Critique of Pure Reasontr. Max Muller (London: Penguin Classics

2008).

Maududi, S. Abul A La.A Short History of the Revivalist Movement in Islam, tr. Al-

Ashʿari (Lahore: Islamic Publications Ltd. 1963).

Nadwi, AbulHasan Ali. Saviors of Islamic Spirit, tr. Muhiuddin Ahmad (Karachi:

DarulIshaat 1998), volume 3.

Ramadan, Tariq. Radical Reform: Islamic Ethics and Liberation (Oxford: Oxford

University Press 2008).

Shāṭibī, Abū Isḥāq. Al-Iʿtiṣām (Cairo: Dār al-Ḥadīth 2000).

Sirhindī, Ahmed Faruqi. Maktubat al-Imam al-Rabbani: Arabic Translation, tr.

Muhammad Murad Makki (Instanbul: Hakikat Kitabevi 2010).

_____, The Proof of Prophethood, tr. F. M. Shaykh (Instanbul: Hakikat Kitabevi 2010).


Top Related