MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
BERTAJUK SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN
BAGI MATAPELAJARAN BIOLOGI KBSM TINGKATAN LIMA
SHOHRUL HANI BINTI BRAHIM
UNVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
BERTAJUK SISTEM PENGANGKUTAN TUMBUHAN
BAGI MATAPELAJARAN BIOLOGI KBSM TINGKATAN LIMA
SHOHRUL HANI BINTI IBRAHIM
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mac, 2004
ii
iii
DEDIKASI
Buat Permata hatiku…
(Tn Hj. Ibrahim B. Salleh)
(Pn Hjh. Kalsom Bt Che Mat)
Khas buat ayah dan mak yang dikasihi sepanjang masa dan menjadi
peneman hidupku, pendorong kejayaan dan pengubat duka laraku.
Jasa dan pengorbanan mak dan ayah tetap dikenang sepanjang hayat
anakmu ini.
Buat Keluargaku…
Buat keluargaku, kalian semua menjadi pendorong semangatku,
terima kasih di atas segala nasihat dan pertolongan kalian semua.
Buat Sahabat-sahabatku…
Akan kuabadikan segala kenangan antara kita semua, jutaan terima kasih kepada
kalian semua dengan segala pertolongan dan tunjuk ajar dalam membangunkan
perisian ini, keikhlasan kalian semua. kuabadikan kenangan kita tika bersama.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Pengasihani”.
Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek iaitu
Tuan Haji Muslim B Jonid dan PM. DR. Arbaat B Hassan di atas segala bimbingan,
nasihat dan dorongan yang beliau berikan sepanjang tempoh menyiapkan sarjana
muda ini.
Penghargaan juga kepada Pn Rohani Bt Hassan iaitu guru dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Penanti dan Ooi Kean Heng iaitu guru dari Sekolah
Menengah Tinggi Jit Sin (Persendirian), kedua-dua sekolah tersebut dari Pulau
Pinang. Terima kasih kepada kedua-dua guru ini di atas kerjasama menyokong
jawab soal selidik mengenai tajuk pelajaran yang akan dibangunkan dalam modul
perisian ABM ini.
Jutaan terima kasih juga kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam membangunkan projek perisian ini.
v
ABSTRAK
Projek sekolah bestari adalah merupakan satu aplikasi perdana Koridor Raya
Multimedia (MSC). Projek sekolah bestari ini akan bertanggungjawab untuk
menyediakan generasi baru yang mampu mengharungi cabaran dunia teknologi
maklumat. Sehubungan dengan itu, guru perlu menukar cara pengajaran yang
tradisional itu kepada pengajaran berasaskan teknologi moden. Penggunaan alat
bantu mengajar yang berasaskan komputer (modul perisian) sedikit sebanyak dapat
membantu menarik perhatian pelajar dan menghilangkan rasa bosan pelajar dengan
kaedah pengajaran secara “chalk and talk”. Kewujudan pelbagai elemen multimedia
yang dimasukan di dalam perisian tersebut, seperti teks, grafik, animasi, video, dan
audio supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif. Dengan
penggunaan modul perisan ABM ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dengan baik, tidak membosankan pelajar dan dapat memotivasikan
pelajar untuk belajar terutamanya bagi tajuk “Sistem Pengangkutan Tumbuhan”.
Modul perisian ini dibangunkan dengan menggunakan Microsoft Office Powerpoint
XP sebagai perisian pembangunan utama, di samping perisian sampingan yang lain
iaitu Sound Forge, Adobe Photoshop 6.0, Ulead Cool 3D lain –lain. Akhirnya,
modul perisian ini juga sesuai untuk penggunaan umum sebagai rujukan.
vi
ABSTRACT
Smart school is one of the application in Multimedia Super Coridor (MSC).
This project is responsible to provide new generation who capable to face the
challenge of information world technology. Thus, teachers should change the
method of teaching from traditional way to advance way with the use of modern
technology. Teaching aids which based on computer (software module) can attract
the students attention and overcome the feeling of boredom especially if the teachers
stick to one method like “chalk and talk”. An integration of multimedia elements in
the software like teks, graphic, animation, video and audio provides an interactive
environment for learning process. Besides, with the use of this software module, it is
hope the process of teaching and learning can be conducted successfully and at the
same time motivate the students to learn especially for the topic of “The
Transportation System Of Plant”. Furthermore, the main application for this
software module is Microsoft Office Powerpoint XP, application like Sound Forge,
Adobe Photoshop 6.0, Ulead Cool 3D and others also play a vital role in building up
this software module. In conclusion, this software module is very useful and suitable
tools for learners especially as a main references.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Kepentingan Projek 6
1.6 Skop Projek 8
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 8
viii
1.8 Definisi Istilah-istilah Serta Fungsinya 9
1.8.1 Modul 9
1.8.2 Alat Bantu Mengajar 11
1.8.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK) 11
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Multimedia dan Elemen –elemennya 14
2.3 Jenis-jenis ABM 16
2.4 Perbezaan antara ABM dan PBK 17
2.5 Ciri –ciri Modul Perisian ABM Yang Baik 18
2.6 Kepentingan Modul Perisian ABM 19
2.7 Kelebihan – kelebihan Modul Perisian ABM 20
2.8 Kelemahan –kelemahan Modul Perisian ABM 22
2.9 Aspek –aspek pedagogi Dalam Modul
Perisian ABM 23
2.10 Teori Pembelajaran 24
2.10.1 Teori Tingkah Laku (Behaviorisme) 25
2.10.2 Teori Konstruktivisme 26
2.10.3 Teori Kognitivisme 27
2.11 Penerapan Nilai Murni 29
2.12 Taksonomi Bloom 29
2.13 E-book 30
BAB III METODOLOGI PEMBANGUNAN PROJEK
3.1 Pengenalan 31
3.2 Prosedur Pembinaan Perisian 31
3.3 Penentuan Tajuk Dan Skop 34
3.4 Rasional Pemilihan Media 34
ix
3.5 Klasifikasi Komputer 35
3.6 Pengumpulan Bahan Dan Penjanaan Idea 35
3.7 Analisis Pembangunan 36
3.7.1 Objektif Pengajaran 36
3.7.2 Kumpulan Sasaran 37
3.7.3 Isi Kandungan Pelajaran 38
3.7.4 Soalan /Penilaian Pencapaian 38
3.7.5 Persekitaran Penggunaan 39
3.8 Pemilihan Perisian Pembangunan Utama 40
3.8.1 Pemilihan Microsoft Powerpoint XP 40
3.9 Pemilihan Perisian Multimedia 41
3.10 Pemilihan Perkakasan 44
3.11 Spesifikasi Perkakasan Minimum 45
3.12 Pembangunan Perisian 46
3.13 Carta Alir Umum Perisian 46
BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 52
4.2 Penyediaan Bahan 52
4.2.1 Penyediaan Dan Pengeditan Teks 53
4.2.2 Penghasilan Animasi 53
4.2.3 Penghasilan Grafik 53
4.3 Model Perisian 54
4.4 Struktur Asas Perisian 54
4.4.1 Paparan Persembahan Tajuk 54
4.4.2 Paparan Bantuan 56
4.4.3 Paparan Menu Utama 56
4.4.4 Paparan Topik 57
4.4.5 Paparan Analogi 58
4.4.6 Paparan Gerak Kerja Pelajar 59
4.4.7 Paparan Penilaian 61
4.4.8 Paparan Ganjaran 62
x
4.4.9 Paparan Laman Web 64
4.4.10 Paparan Glosari 64
4.4.11 Paparan Keluar Perisian 65
4.5 Pempakejan Perisian 66
4.6 Cara Menggunakan Perisian 67
BAB V CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 68
5.2 Masalah Yang Dihadapi Semasa
Pembangunan Perisian 68
5.3 Kekuatan Dan Kelemahan Perisian 70
5.3.1 Kekuatan Perisian 70
5.3.2 Kelemahan Perisian 72
5.4 Cadangan 73
5.5 Kesimpulan 74
RUJUKAN 76
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 2.1 Jadual Perbezaan antara ABM dengan PBK 17
Rajah 2.2 Proses Pendekatan Induktif 24
Rajah 3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 32
Rajah 3.2 Carta Alir Perisian Secara Umum Pertama 47
Rajah 3.3 Carta Alir Perisian Secara Umum Kedua 48
Rajah 3.4 Carta Alir Pengenalan 49
Rajah 3.5 Carta Alir Struktur Vaskular 50
Rajah 3.6 Carta Alir Proses Pengangkutan Tumbuhan 51
Rajah 4.1 Paparan Persembahan Matapelajaran 55
Rajah 4.2 Paparan Persembahan Tajuk 55
Rajah 4.3 Paparan Bantuan 56
Rajah 4.4 Paparan Menu Utama 57
Rajah 4.5 Paparan Topik 58
Rajah 4.6 Paparan Analogi Pembelajaran 59
Rajah 4.7 Paparan Tugasan Pelajar 60
Rajah 4.8 Paparan Aktiviti Pelajar 60
Rajah 4.9 Paparan Penilaian Formatif 61
Rajah 4.10 Paparan Penilain Sumatif 62
Rajah 4.11 Paparan Ganjaran Betul 63
Rajah 4.12 Paparan Ganjaran Salah 63
Rajah 4.13 Paparan Menyusuri Internet 64
Rajah 4.14 Paparan Glosari 65
Rajah 4.15 Paparan Keluar Perisian 66
Rajah 5.1 Penggunaan on mouse click 73
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Borang Soal Selidik
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Negara kita sedang mengalami dunia siber yang penuh dengan penggunaan
alat teknologi yang canggih. Pelbagai sektor seperti perniagaan, sosial, pendidikan
dan lain-lain berkembang seiringan dengan sektor teknologi ini. Kita telah sedari,
komputer adalah satu alat keperluan asas dalam banyak bidang yang telah digunakan
dalam penyimpanan maklumat dan sebagainya.
Ketua Pegawai Eksekutif Jaring, Dr Mohamed Awang Lah (Berita Mingguan,
2002) berkata berdasarkan keupayaan teknologi itu, IT seharusnya dianggap sebagai
senjata penting untuk sektor pendidikan, khususnya bagi projek perlaksanaan sekolah
bestari yang memerlukan teknologi komputer ini sepenuhnya dengan keupayaan
guru-guru untuk mengendalikan pengajaran dengan penggunaan komputer.
Komputer hanyalah media atau alat membantu memberikan natijah yang baik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Maka dalan transformasi ilmu ini, guru
haruslah bersedia dalam menjadi penyalurkan ilmu kepada pelajar melalui
penggunaan komputer ini
2
Kemunculan sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya
perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah
serta institusi lain semakin giat. Guru dan pelajar dilatih untuk menguasai kemahiran
menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan
tentang konsep dalam komputer, multimedia serta jenis–jenis perisian yang boleh
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi menjamin
kejayaan sekolah bestari.
Menurut Puan Asnidar Mohd Arif, tenaga pengajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail yang mempraktikkan sistem sekolah bestari
menjelaskan bahawa memang terdapat sedikit perbezaan antara sekolah bestari
dengan sekolah biasa. Sistem bestari menggunakan satu perisian komputer yang
disediakan oleh Kementerian Pendidikan di mana komputer sebagai salah satu alat
bantu mengajar di sekolah. Bagi Puan Asnidar, sistem yang digunakan ini tidaklah
begitu sukar bagi beliau memandangkan penggunaan komputer dan sistem teknologi
maklumat sudah sebati dalam kehidupan seharian beliau di rumah, di samping
pendedahan yang meluas daripada pelbagai sumber.
Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan akan merubah
kandungan dan reka bentuk bentuk kurikulum setiap mata pelajaran (Jamaludin,1989
Nik Azis,1989). Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan
(Nik Azis,1989).
i. Pembelajaran tentang perisian komputer, pendekatan dan pengaturcaraan
komputer.
ii. Penggunaan komputer untuk menyelenggara, pemprosesan data.
iii. Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran terutamanya dalam pengajaran berbantu komputer.
3
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah langkah awal ke arah
mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat kerajaan untuk
mencapai wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu
mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi lain ke arah
mencapai matlamat tersebut potensi dan kecanggihan teknologi perlu di manfaat
sepenuhnya.
Bagi mencapai matlamat pendidikan di Malaysia,satu anjakan paradigma
diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi (Wan Zahid,1996).
Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita
mampu mencapai dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri
tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain.
1.2 Latar Belakang Masalah
Buku teks merupakan sumber yang utama yang digunakan dalam bilik darjah
sebagai bahan pelajaran. Media cetak yang lain seperti yang dikelaskan oleh Lacotis
(1990) ialah kertas edaran, akhbar, majalah, risalah, transparensi dan bahan yang lain
sebagai bahan mengajar bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah, di mana semua bahan ini disalurkan oleh para guru di mana
mereka hanya berpusatkan kepada guru.
Kekeliruan tentang tanggapan konsep teknologi pendidikan dan sub
bidangnya telah menimbulkan banyak masalah terutamanya kita lihat di kalangan
guru yang mempunyai masalah “teknofobia” yakni ketakutan kepada teknologi siber
berdasarkan komputer. Maka pengajaran dan pembelajaran tidak menarik perhatian
pelajar dengan penghasilan ABM yang secara tradisional di mana guru lebih
cenderung menggunakan papan tulis dengan kapur (Chalk and Talk) maka
menyebabkan pelajar bosan dengan pengajaran guru.
4
Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan rancangan yang penting
bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam suatu pelajaran. Di mana alat bantu
mengajar yang lengkap dan canggih sangat diperlukan bagi menyampaikan isi
pelajaran dengan lebih efektif. Penggunaan ABM seperti carta, poster, kertas
manjung tidak berapa fleksibel,ia tidak bersifat interaktif serta kontras warna yang
diguna tidak jelas dan tidak menarik maka ABM tersebut tidak menepati ciri–ciri
ABM yang baik dari pelbagai segi contohnya dari segi warnanya yang pudar dan
lain–lain
1.3 Pernyataan Masalah
Penggunaan komputer dalam dunia pendidikan sememangnya ialah daripada
ledakan teknologi maklumat yang menguasai globalisasi masa kini, di mana dalam
dunia pendidikan masa kini komputer bertindak sebagai satu alatan penyampaian
pengajaran dalam bilik darjah.
Guru memainkan peranan yang penting dalam proses penyampaian maklumat
isi pelajaran dengan berkesan guru pada hari ini bukan sahaja bertanggungjawab
sebagai seorang penyampai ilmu malah mereka turut juga terlibat dengan aktif dalam
sebarang aktiviti yang melibatkan sekolah kerana itu juga merupakan sebahagian
daripada tanggungjawab mereka selain dari mengajar seperti biasa maka kajian ini
adalah untuk mengenal pasti kesediaan guru-guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan baik menggunakan komputer sebagai satu
pendekatan dalam bilik darjah.
Kesediaan guru yang dimaksudkan adalah merujuk kepada pengetahuan
akademik dan kemahiran untuk mengaplikasikan teknologi tersebut bagi
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan juga
penyediaan alat bantu mengajar sebagai bahan untuk mengajar.
5
Kebanyakan guru kurang berpengetahuan dalam penggunaan perisian–
perisian yang terlibat bagi pembinaan perisian ABM ini, di mana kemahiran adalah
sangat diperlukan bagi pembinaannya, kebanyakan perisian (software) yang ada di
pasaran adalah buatan dari negara lain dan tidak mengikut sukatan pelajaran yang
terdapat di negara kita, di samping itu, perisian tersebut tidak mengandungi nilai–
nilai murni yang boleh diterapkan dalam semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
Oleh yang demikian, peranan guru sangat penting untuk membina sebuah
perisian ABM ini memandangkan guru adalah golongan yang paling layak untuk
menghasilkan perisian ABM ini kerana mereka mempunyai pengetahuan yang luas
dan tidak lari dari sukatan pelajaran yang sebenar.
Pengetahuan dalam pembinaan perisian ABM sangat penting untuk
menghapuskan masalah dikalangan guru pada masa kini.Bagi menyelesaikan
masalah tersebut, maka guru–guru diberi kursus tentang bagaimana untuk
menggunakan perisian–perisian tertentu serta bagi menghasilkan satu modul perisian
ABM yang lengkap dan interaktif, maka dengan pembinaan perisian modul ABM ini
akan dapat mengatasi permasalahan yang timbul semasa pengajaran oleh guru,
dengan pembinaan modul perisian ini juga diharapkan pelajar akan lebih faham dan
sesuatu konsep dalam pengajaran guru dapat dikonkritkan dengan jelas kepada
pelajar nanti.
1.4 Objektif Projek
Dalam pembinaan perisian modul alat bantu mengajar terdapat berbagai
objektif supaya semasa pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai, di antara objektif
pembinaan perisian modul alat bantu mengajar adalah seperti berikut:
6
i. Menghasilkan satu perisian ABM yang bertajuk Sistem Pengangkutan
Tumbuhan dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 5 yang mana ia
berdasarkan sukatan pelajaran di Malaysia.
ii. Membina satu perisian ABM yang dapat meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar bagi tajuk sistem
pengangkutan tumbuhan.
iii. Sebagai bahan sokongan dalam memberi kefahaman dan pengukuhan melalui
penilaian formatif dan sumatif yang di wujudkan dalam perisian ini.
iv. Supaya guru dapat merancang dan memilih jenis pengajaran yang sesuai
supaya selaras dengan perisian yang dibina ini
1.5 Kepentingan Projek
Sistem pendidikan pada masa dahulu dan sekarang ini kebanyakannya
melibatkan penggunaan teks secara meluas dan pendedahan ini dengan secara tidak
langsung keadaan pengajaran secara konvensional ini sudah lama digunakan dan ia
telah menjadi suatu kebiasaan, namun kadangkala timbul juga masalah bagaimana
hendak menerangkan kepada pelajar dengan terang, jelas dan konkrit supaya sesi
pengajaran dapat berjalan dengan baik.
Dengan penggunaan teks sahaja maka kefahaman pelajar adalah terhad serta
pemahaman mereka menjadi kurang kukuh ia juga bersifat tidak konkrit, oleh yang
demikian dengan penggunaan modul eprisian ABM ini maka kebanyakan pelajar
dapat memahami isi pelajaran dengan jelas.
7
Secara umumnya terdapat satu pendekatan yang telah diambil bagi mengatasi
masalah yang timbul ini dengan pembinaan perisian alat bantu mengajar dan
mempunyai unsur multimedia dalam satu pengajaran dan pembelajaran supaya lebih
berkesan. Maka alat bantu mengajar ini dapat meningkatkan keberkesanan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ingatan yang berlaku dalam manusia
semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dalam
bentuk yang pelbagai dalam masa yang singkat.
Pembelajaran dengan menggunakan multimedia adalah merangkumi pelbagai
bentuk pengukuhan seperti teks, audio, grafik dan animasi. Teks merupakan asas
utama bagi penyaluran informasi tetapi ia mestilah di gabungkan sekali dengan
grafik, animasi dan audio bagi memberikan satu kesan pembelajaran yang lebih
efektif kepada pelajar. Persembahan sesuatu maklumat isi pelajaran lebih
menceriakan dan menyeronokan dengan penggunaan animasi ini membantu
memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran
Secara teorinya, pengekalan informasi atau sesuatu maklumat bagi seseorang
manusia boleh dipercepat keberkesanannya berdasarkan:
20% dari proses pendengaran
40% dari proses penglihatan dan pendengaran
75% dari proses penglihatan, pendengaran dan perbuatan
Maka dengan itu, adalah diketahui bahawa guru memainkan peranan yang
penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan mudah antara
kedua–dua pihak guru dan pelajar .dalam menggunakan alat bantu mengajar oleh itu,
perisian ini dibina bagi mengatasi masalah ketidakfahaman oleh pelajar tentang
penyampaian isi pelajaran oleh guru kepada mereka. Pembinaan perisian ini adalah
mengikut sukatan dari Kementerian Pendidikan Malaysia
8
1.6 Skop Projek
Skop projek bagi pembinaan perisian alat bantu mengajar bagi tajuknya ialah
Sistem Pengangkutan Tumbuhan yang mana ia merupakan subtajuk dalam Sistem
Pengangkutan saja yang merupakan tajuk bagi tingkatan 5. Dalam pembinaan
perisian modul ABM di mana isi kandungannya adalah meliputi bahagian–bahagian
dari struktur vaskular, fungsi vaskular, proses pengangkutan (tindakan kapilari
,tekanan akar serta tarikan transpirasi) dan mekanisme pembukaan dan penutupan
stoma.
Pembinaan modul perisian ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran Biologi
KBSM Tingkatan Lima. Di mana di dalam modul ini terdapat juga penilaian
formatif yang diuji bagi setiap tajuk–tajuk yang dibawahnya, dan penilaian sumatif
akan diuji di akhir pengajaran bagi persembahan modul perisian ini
Maklumat tambahan juga diselitkan supaya perisian ini boleh digunakan
sebagai bahan rujukan tambahan kepada pelajar. Maklumat tambahan tersebut ialah
dari segi maksud perkataan yang mana ia diletakkan di bahagian glosari supaya
pelajar lebih memahami keseluruhan isi pelajaran tersebut beserta dengan maksud
bagi setiap istilah yang sukar difahami dengan merujuk di bahagian glosari.
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk
Tajuk yang dipilih untuk pembangunan dalam projek perisian modul ABM
ini ialah Sistem Pengangkutan Tumbuhan. Tajuk yang dipilih ini merupakan satu
tajuk yang bersifat abstrak terutamanya dalam melihat proses pengangkutan air,
garam mineral dan makanan. Selain itu ia mengkehendaki pelajar menghafal konsep
yang tertentu..
9
Apabila proses–proses pengangkutan air dan mineral diajar oleh guru maka
tidak ada sebarang pergerakan dalam tumbuhan, ini kerana tiada ABM yang
dihasilkan oleh guru untuk mengukuhkan tajuk tersebut oleh yang demikian ia juga
bersifat abstrak.
Sehubungan itu, konsep yang pelajar kuasai adalah berlainan kerana setiap
pelajar mempunyai persepsi yang berlainan kerana penerangan dari pengajaran guru
tidak kukuh oleh itu, masalah tersalah konsep juga berlaku pada kebanyakan pelajar
dewasa ini tetapi guru–guru tidak dapat kenal pasti masalah tersebut.
Oleh demikian, penggunaan grafik, animasi, video, audio dan lain–lain dapat
menarik minat pelajar serta dapat mengatasi masalah salah faham konsep yang
sebenar dengan penambahan kesan realistik kepada alat bantu mengajar supaya
pelajar dapat faham setiap penyampaian guru dalam bilik darjah.
1.8 Definisi istilah –istilah serta fungsinya
1.8.1 Modul
Merujuk dalam kamus dewan istilah modul ini membawa maksud seperti
berikut, iaitu ia merupakan bahagian yang tersendiri yang lengkap dengan
komponennya yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dengan
unit–unit yang lain juga dalam sesuatu yang lebih besar.
Modul biasanya dicipta untuk keperluan pelajar. Bahkan boleh dikatakan
hampir semua modul yang bertulis adalah untuk memudahkan pembelajaran pelajar–
pelajar supaya pembelajaran lebih efektif. Namun demikian modul juga dapat direka
khas untuk guru supaya guru dapat mengajar dengan lebih berkesan dan mantap.
10
Modul pengajaran untuk guru adalah bahan pengajaran yang mengandungi isi
kandungan matapelajaran itu serta mengandungi strategi–strategi, tindakan–tindakan
dan gerak kerja yang boleh digunakan oleh guru untuk pembelajaran pelajar dan
penilaian isi kandungan matapelajaran tersebut. Modul yang memuatkan semua
maklumat untuk membolehkan guru mengajar dengan lebih berkesan ini biasanya
dikelaskan sebagai modul pengajaran. ABM sebagai modul pengajaran bagi guru
dalam kelas, kebolehan ini penting untuk memastikan mereka faham isi kandungan
dalam penyampaian isi tersebut oleh guru dengan menggunakan komputer.
Ciri–Ciri Modul
i. Tiap–tiap modul dibentuk untuk penggunaan satu golongan pengguna.
ii. Modul mengandungi satu atau beberapa konsep. Oleh kerana modul adalah
unit kecil yang serba lengkap, jelaslah modul mempunyai isi kandungan yang
lengkap.
iii. Modul mengandungi objektif–objektif tingkah laku, ini adalah pernyataan
pencapaian di awal modul yang harus dapat diperoleh oleh pelajar setelah
mengikuti modul. Sebaik–baiknya pernyataan ini dibuat dalam bentuk
objektif tingkah laku yang dapat di lihat atau diukur.
iv. Modul mengandungi isi kandungan yang berkaitan. Isi kandungan ini akan
memuatkan segala penjelasan secara bertulis atau tidak bertulis. Segala
penjelasan adalah disediakan semata–mata untuk mencapai objektif yang
telah dinyatakan pada awal modul.
v. Modul boleh menggunakan pelbagai media. Pemilihan media yang
digunakan dalam adalah berpandukan objektif modul, penggunaan media
seharusnya terjalin rapat dengan perancangan objektif–objektif modul
11
vi. Modul sebaliknya mengandungi berbagai strategi. Modul juga boleh
memuatkan berbagai aktiviti pembelajaran serta mengandungi latihan untuk
penilaian pelajar.
vii. Modul juga mengandungi beberapa istilah–istilah yang sukar difahami oleh
pelajar maka terdapat satu sudut glosari yang dibina untuk memberi maksud
bagi istilah tersebut.
1.8.2 Alat Bantu Mengajar (ABM)
ABM mengikut Atan Long (1982) adalah terdiri daripada berbagai–bagai
bahan di mana suatu bahan itu boleh disampaikan dalam berbagai cara.
Umpamannya, sesuatu bahan itu mungkin diterbitkan dalam bentuk carta pada slaid
dan dipancarkan pada layar.
Noraziah Hamid (1981) pula mendefinisikan ABM sebagai alat yang
digunakan untuk melancarkan perhubungan antara guru dengan pelajar dan
mempercepatkan lagi proses pemahaman mereka.
1.8.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
Baharuddin Aris (2001), Rio Sumarni dan Manimegalai Subramaniam,
mendefinisikan PBK adalah satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran. PBK boleh berbentuk menggunakan langkah
demi langkah iaitu program terancang untuk menggunakan komputer untuk
pembelajaran dan pengajaran secara penemuan yang memberikan kebebasan kepada
pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer.
12
PBK juga dikenali sebagai Computer Aided Instruction (CAI), Computer
Based Instruction (CBI), Computer Assisted Testing (CAT) di USA, manakala
Computer Aided Learning (CAL) dan Computer Based Learning (CBL) di UK
PBK dengan ABM adalah berbeza definisi dan peranannya terhadap
pengguna, di samping itu, ABM dan PBK ini mempunyai elemen–elemen
multimedia yang sama.