MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 26/92
3.0 LATAR BELAKANG ORGANISASI
3.1 SEJARAH PENUBUHAN
JPBD Selangor ditubuhkan sebagai Pejabat Perancang Bandar dan Kampung pada
tahun 1958 sebagai sebahagian daripada Pejabat Perancang Bandar dan Kampung
Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Pada awalnya pejabat ini
ditempatkan bersama dengan Ibu Pejabat Perancang Bandar dan Kampung di
Damansara, Kuala Lumpur.
Pegawai Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor yang pertama ialah En.
W. Fairbank yang juga pegawai kepada Jabatan Perancang Bandar dan Kampung
Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Pejabat Perancang Bandar dan
Kampung Negeri Selangor diwujudkan pada 1hb. September 1960.
Pada tahun 1970, pejabat ini telah berpindah ke Bangunan Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor di Jalan Raja tetapi disebabkan oleh masalah luas ruang lantai dan
banjir yang melanda Kuala Lumpur pada tahun 1971, pejabat ini dipindahkan ke
Jalan Spooner pada tahun 1975.
Pada Mei 1978, Pejabat Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor
dipindahkan ke Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Shah Alam.
Jumlah kakitangan Jabatan pada ketika itu adalah seramai 54 orang.
Pada bulan Disember 1982, jabatan ini telah berpindah ke Bangunan Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selepas 20 tahun beroperasi di Bangunan
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, jabatan sekali lagi berpindah ke
Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada Mei 2002, dan kekal sehingga sekarang.
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 27/92
3.2 STRUKTUR ORGANISASI Struktur organisasi jabatan telah diperkukuhkan hasil daripada penstrukturan
semula perjawatan yang melibatkan bahagian teknikal dan pentadbiran.
Pengisian jawatan telah dilaksanakan secara beransur-ansur mulai Tahun
2004. Jumlah keseluruhan perjawatan Jabatan pada Tahun 2010 adalah
sebanyak 110 jawatan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 107 jawatan
telah diisi yang terdiri daripada :-
Kumpulan Perjawatan Gred
Jumlah Jawatan Yang diisi
Jawatan kosong
Kumpulan Pengurusan Tertinggi Jusa C
0 0 1
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional J 52 1 1 -
J 48 2 2 -
J 44 2 2 -
J 41 7 6 1
M41 1 1 -
Kumpulan Sokongan J 38 1 1 -
J 36 2 2 -
J 29 15 15
F 29 1 1 -
N 27 1 1 -
J 26 1 1 -
J 22 5 5 -
N 22 2 2 -
W 22 1 1 -
J 17 44 41 3
N 17 7 7 -
W 17 4 5 -
N 11 4 4 -
N 1 4 4 -
N 3 1 1 -
R3 3 3 -
Jumlah 110 107 4
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5
CARTA 3.1 STRUKTUR ORGANISASI JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
SELANGOR
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT: 28/92
Jawatan-jawatan yang masih belum diisi adalah sebanyak 4 jawatan yang
meliputi pelbagai peringkat. Jabatan juga turut dibantu oleh pegawai-pegawai
kontrak dan sambilan seperti berikut :
Bil. Jawatan Bilangan
1. Pegawai Pembangunan Mampan J41 1 orang
2. Pegawai Perancang Bandar & Desa J41 2 orang
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa J29 3 orang
4. Pembantu Tadbir N17 1 orang
Struktur organisasi Jabatan telah dibahagikan kepada empat bahagian (rujuk
carta 3.1 dan carta 3.2) iaitu :-
i. Bahagian Rancangan Pembangunan
Unit Rancangan Struktur Negeri dan Projek Khas
Unit Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas
Unit Sumber dan Projek Khas
ii. Bahagian Pengawalan Perancangan
Unit Penyelarasan Perancangan
Unit Pemerosesan 1
Unit Pemerosesan 2
Unit Pemerosesan 3
Unit Penguatkuasaan
iii. Bahagian Perancangan Korporat
Unit Perundangan
Unit Pembangunan Mampan
iv. Bahagian Pentadbiran & Kewangan
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5
CARTA 3.1 STRUKTUR ORGANISASI JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
NEGERI SELANGOR
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 29/92
UNIT
PERUNDANGAN
UNIT PENYELARASAN PERMOHONAN
PERANCANGAN
UNIT
PENGUATKUASAAN
UNIT PENYELARASAN DASAR &
PEMBANGUNAN KEUPAYAAN
UNIT PEMBANGUNAN
MAMPAN
UNIT
RT DAN RKK
UNIT PROJEK KHAS DAN
SUMBER
UNIT RSN DAN PROJEK
KHAS
UNIT
PEMPROSESAN
BAHAGIAN RANCANGAN PEMBANGUNAN
(BRP)
BAHAGIAN PENGAWALAN
PERANCANGAN (BPP)
BAHAGIAN PERANCANGAN
KORPORAT (BPK)
PENGARAH
BAHAGIAN PENTADBIRAN &
KEWANGAN (BP&K)
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 30/92
3.3 FUNGSI JABATAN
Bagi melaksanakan objektif-objektif perkhidmatan Perancangan Bandar dan
Desa di Negeri Selangor, fungsi-fungsi sedia ada Jabatan adalah seperti
berikut :
A. Peringkat Negeri
i. Bertindak sebagai penasihat utama kepada Kerajaan Negeri tentang
semua hal perancangan bandar dan desa, termasuk pemeliharaan,
penggunaan dan pembangunan tanah;
ii. Bertindak sebagai penasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan
mengenai perancangan bandar dan desa, pemajuan dan penggunaan
tanah;
iii. Melaksana dan menyelaras penyeragaman pelaksanaan sepenuhnya
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 di semua Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan di Negeri Selangor;
iv. Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu
Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan
Kawasan Khas serta Kajian /Projek Khas sama ada yang diarahkan
atau atas inisiatif Jabatan;
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 31/92
v. Bertindak sebagai urusetia bagi Jawatankuasa Perancang Negeri
yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
(Akta 172);
vi. Bertindak sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) bagi
kawasan di luar kawasan Pihak Berkuasa Tempatan mengikut
keperluan Seksyen 5(2), Akta 172;
vii. Melaksanakan penyeragaman pemakaian kaedah-kaedah, piawaian
dan garis panduan perancangan bagi semua Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan di Negeri Selangor;
viii. Menjalankan fungsi Urusetia Lembaga Rayuan; dan
ix. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan / agensi lain mengenai
perancangan bandar dan desa.
B. Peringkat Tempatan
Mengikut keperluan Seksyen 5(2), Pengarah Negeri menjadi Pihak
Berkuasa Perancang Tempatan bagi kawasan yang tidak menjadi
sebahagian daripada kawasan mana-mana Pihak Berkuasa
Tempatan. Ini merupakan pertambahan peranan dan fungsi Jabatan
mulai 2003. Dengan itu, Jabatan telah melaksanakan pemprosesan
permohonan Kebenaran Merancang selaras dengan Seksyen 22,
berkuatkuasa 1 Jun 2003 serta penyediaan Rancangan Pemajuan
bagi kawasan berkenaan.
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 32/92
3.3.1 Fungsi Bahagian Rancangan Pembangunan
a. Menyediakan RSN mengikut Seksyen 8, Akta 172;
b. Menyediakan dan menyelaras penyediaan RT mengikut
Seksyen 12 bagi kawasan di luar dan dalam Pihak Berkuasa
Tempatan;
c. Menyediakan dan menyelaras penyediaan RT oleh Pengarah
Negeri selaras dengan Seksyen 16A, Akta 172 atas arahan
JPN;
d. Menyediakan dan menyelaras penyediaan RKK mengikut
Seksyen 16B, Akta 172;
e. Menyemak dan memberi ulasan terhadap RT, RKK yang
disediakan oleh PBT serta kajian-kajian perancangan atau
yang berkaitan supaya selaras dengan RFN dan RSN;
f. Menjalankan kajian-kajian perancangan bukan statutori yang
diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri;
g. Memantau dan menyelaras pelaksanaan RFN, RSN, RT dan
RKK yang telah disediakan;
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 33/92
h. Membina dan melaksana Sistem Pemantauan Pelaksanaan
RFN – RSN – RT – RKK dan dasar serta piawaian
perancangan, termasuk pelaksaan sistem audit pematuhan
perancangan oleh JPBD dan lain-lain PBPT;
i. Menggunakan sistem GIS bagi penyediaan dan pelaksanaan
RFN dan RSN serta memastikan RT dan RKK yang
disediakan adalah selaras dengan pangkalan GIS Jabatan;
3.3.2 Fungsi Bahagian Pengawalan Perancangan
a. Menyelaras pendaftaran semua permohonan perancangan
melalui sistem e-PC;
b. Meningkatkan kefahaman pelaksanaan penguatkuasaan
Bahagian IV Akta 172; prosedur pembangunan tanah dan lain-
lain yang berkaitan dengan pengawalan perancangan;
c. Menyediakan maklumbalas terhadap permohonan-
permohonan yang dibawa ke Jawatankuasa Tetap Tanah dan
Pembangunan Perumahan dan mesyuarat-mesyuarat
peringkat negeri yang berkaitan dengan permohonan
perancangan;
d. Menguatkuasakan Bahagian IV Akta 172;
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 34/92
e. Melaksanakan proses bagi permohonan Kebenaran
Merancang di mana Pengarah Negeri sebagai Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan (Seksyen 5(2), Akta 172);
f. Menjadi ahli pusat setempat (OSC) bagi 12 Pihak Berkuasa
Tempatan dengan menyemak dan mengemukakan ulasan
perancangan terhadap permohonan-permohonan Kebenaran
Merancang yang dikemukakan oleh 12 Pihak Berkuasa
Tempatan di Negeri Selangor;
g. Memberi ulasan / maklumat perancangan kepada :
i. Pentadbir Tanah Daerah [permohonan tanah kerajaan,
LMS Tukar Syarat, Permit Pengalihan Bahan Batuan, permohonan Pecah Bahagian dan Pecah Sempadan, Penyatuan Tanah, Pelan Pra-Hitungan, Pelan Susunatur dan Serah Balik Kurnia Semula],
ii. Maklumat Perancangan [Projek Penswastaan,
Pengambilan Tanah, Maklumat Perancangan & Pewartaan Tanah Kerajaan],
iii. Ulasan kepada Laporan Kajian EIA dan Kajian
Pembangunan;
iv. Lain-lain ulasan (Rayuan dan Peringatan).
h. Menyediakan Kertas Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)
berhubung permohonan perancangan dan permohonan di bawah
Seksyen 20A dan 22(2A) Akta 172.
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 35/92
3.3.3 Fungsi Bahagian Perancangan Korporat
a. Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri yang
ditubuhkan di bawah Sek. 4 Akta 172;
b. Menyelaras dan Mengurus permohonan projek pembangunan di bawah
Seksyen 22 (2A), Akta 172 untuk dibawa ke Majlis Perancang Fizikal
Negara (MPFN);
c. Mengurus semua aktiviti keurusetiaan yang berkaitan dengan
mesyuarat Jabatan, bengkel, kursus, dialog dan seminar;
d. Menyelaras penyeragaman pelaksanaan dan pemakaian Garis
Panduan dan Piawaian Perancangan bagi semua PBPT dalam Negeri
Selangor;
e. Menyelaras pelaksanaan Akta 172 yang seragam oleh semua Pihak
Berkuasa Perancang Temptan (PBPT) dalam Negeri Selangor;
f. Menyedia Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Fizikal serta
Kaedah-Kaedah seperti yang diarahkan olah Kerajaan Negeri dari
masa ke semasa;
g. Urusetia Persidangan Lembaga Rayuan;
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5
CARTA 3.1 STRUKTUR ORGANISASI JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
SELANGOR
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 36/92
h. Melaksana program/aktiviti Agenda 21 Jabatan dan meyelaras
program/aktiviti Agenda 21 Selangor; dan
i. Mempromosikan perkhidmatan perancangan bandar dan desa kepada
agensi kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat
awam melalui penyediaan risalah, poster, laporan tahunan dan lain-lain.
3.3.4 Fungsi Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
a. Memberi perkhidmatan sokongan kepada bahagian-bahagian teknikal
dalam hal-hal yang berkaitan dengan kewangan, perkhidmatan,
persuratan dan pentadbiran;
b. Melaksanakan pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan
yang efisien dan berkesan selaras dengan dasar kerajaan;
c. Melaksanakan kutipan hasil yang sistematik antaranya :-
♦ Fi Kebenaran Merancang
♦ Penjualan laporan/ maklumat/ Pelan/ Borang dan lain-lain.
d. Menjalankan tugas-tugas perolehan serta pengurusan harta modal
peralatan pejabat bagi seluruh Jabatan;
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 37/92
e. Menjalankan pemantauan Sistam Pengurusan Kewangan Berkomputer
yang digunapakai oleh Perbendaharaan Negeri Selangor;
f. Membantu dalam tugas-tugas pengkeranian bagi ketiga-tiga Bahagian
Teknikal; dan
g. Melaksanakan arahan-arahan perkhidmatan awam melalui
pelaksanaan pekeliling-pekeliling perkhidmatan awam dan
perbendaharaan negeri serta negara.
3.4 OBJEKTIF JPBD SELANGOR
JPBD Selangor mempunyai empat objektif iaitu :- 1. Untuk mengukuhkan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi
dikawasan bandar dan desa bagi meningkatkan taraf kehidupan
penduduk, selaras dengan matlamat negeri dan negara;
2. Untuk mengatur, mengawal dan menyelaras pemajuan, penggunaan
dan pemuliharaan tanah melalui pelaksanaan berkesan Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan akta-akta berkaitan;
3. Untuk melaksana dan memastikan pemakaian berkesan kaedah,
dasar, pelan dan garispanduan perancangan oleh semua agensi
disemua peringkat perancangan; dan
4. Untuk menjadi penasihat utama dalam perancangan bandar dan desa
kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi-
agensi yang berkenaan.
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 38/92
3.5 VISI
“Peneraju Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang Dalam
Perancangan Bandar Dan Desa”
3.6 MISI
“Mewujudkan persekitaran kehidupan yang berkualiti dan mampan
selaras dengan wawasan 2020”
3.7 DASAR KORPORAT
“Mewujudkan Pembangunan Negeri Dan Tempatan Yang Komprehensif,
Progresif Serta Mampan, Dengan Penekanan Kepada Keseimbangan
Alam Sekitar, Sosial Dan Ekonomi, Bagi Mencapai Kehidupan Manusia
Yang Berkualiti Dan Harmoni”
3.8 SLOGAN
“Perkhidmatan Berkualiti dan Dinamik Untuk Kesejahteraan Bersama”
3.9 PIAGAM PELANGGAN
Bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan, JPBD Selangor
bertekad dan komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada
setiap pelanggan seperti di bawah :
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 39/92
PIAGAM PELANGGAN
Matlamat: Perwujudan persekitaran kehidupan yang berkualiti dan sejahtera di Negeri Selangor melalui perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Dengan itu kami berjanji untuk: 1. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri 3 kali setahun;
2. Memberi Ulasan perancangan Tidak Melebihi 14 Hari 3. Mewartakan Rancangan Struktur (RSN), Rancangan Tempatan (RT) dan
Rancangan Kawasan Khas (RKK) dalam tempoh 6 bulan selepas Persetujuan Pihak Berkuasa Negeri;
4. Memastikan Rancangan Struktur Negeri dikaji semula dalam tempoh 5 Tahun
Selepas Pewartaan; 5. Menyelaras penyediaan RT dan RKK serta memantau perlaksanaannya
berdasarkan program Rancangan Malaysia 5 tahun;
6. Menyedia/menyelaraskan Pelan Projek Khas dalam tempoh 60 hari;
7. Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan Ketua Unit OSC Setempat (OSC) setiap 6 Bulan;
8. Menyampaikan keputusan bertulis Lembaga Rayuan kepada perayu dan responden
dalam tempoh 10 hari dari tarikh keputusan diterima dari Pengerusi Lembaga Rayuan;
9. Membekalkan maklumat perancangan (kategori tidak berperingkat) dalam tempoh 5
hari bekerja; 10. Memberi layanan kaunter dengan berbudi bahasa dalam tempoh 5 minit.
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 40/92
3.10 PELANGGAN ORGANISASI
Di dalam memberi perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa, pelanggan
Jabatan tertakluk kepada aktiviti yang dijalankan iaitu terdiri daripada :-
Pelanggan secara langsung
i. Kerajaan Negeri;
ii. Agensi Kerajaan Peringkat Negeri dan Persekutuan;
iii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
iv. Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT);
v. Individu; dan
vi. Agensi Swasta;
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 41/92
3.11 PERANCANGAN STRATEGIK JABATAN
3.11.1 Sistem Perancangan dan Pengurusan Sumber Bersepadu
Pencapaian misi jabatan adalah juga selaras dengan, serta bertujuan
untuk mewujudkan sistem perancangan fizikal yang komprehensif dan
bersepadu iaitu dalam Sistem Perancangan dan Pengurusan
Sumber Bersepadu yang telah diterimapakai oleh Jabatan mulai
jangkamasa Rancangan Malaysia Ke-7 dan yang mempunyai objektif-
objektif berikut :-
1. Untuk meningkatkan pengurusan perubahan alam sekitar
(Management of Environment Change ;
2. Untuk meningkatkan perancangan untuk pembangunan
mampan (Sustainable Development );
3. Untuk meningkatkan tindakan membuat keputusan yang
berasaskan maklumat yang lengkap dalam proses
perancangan (A Well-Informed Decision-Making In The
Planning Proces; dan
4. Untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan sistem penilaian
kesan terhadap alam sekitar.
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 42/92
Sistem Perancangan dan Pengurusan Sumber Bersepadu
mengintegrasikan pendekatan perancangan pembangunan “Top-Down“
dan “Bottom-Up“ diantara Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak
Berkuasa Tempatan.
3.11.2 Dasar Dan Strategi Am Perancangan Bandar Dan Desa
Bagi memperkukuhkan fungsi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Negeri Selangor, selaras dengan Selangor Negeri Maju 2005, Dasar
dan Strategi Am Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selagor telah
dikemaskini serta diselaraskan mengikut perkembangan dan kehendak
pembangunan semasa kearah mewujudkan kehidupan sejahtera.
Penekanan terhadap pembangunan mampan, komuniti sejahtera,
sistem pentadbiran dan kewangan yang berkesan serta pembangunan
keupayaan sumber manusia menjadi teras utama di dalam
penggubalan dasar dan strategi Jabatan pada tahun 2005.
Memperincikan Dasar dan Strategi Am Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa juga dijadikan sebagai panduan dalam menjayakan
perancangan pembangunan Negeri Selangor (Rujuk Jadual 3.1).
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 43/92
Jadual 3.1 : Dasar Dan Strategi Am Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri
Selangor
DASAR STRATEGI
1. Pengwujudan
keluarga sejahtera Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
i. Menyediakan suasana kerja yang kondusif; ii. Menyediakan peralatan yang lengkap dan terkini; iii. Mengadakan program aktiviti kekeluargaan; iv. Menganjurkan aktiviti sukan dan riadah; v. Menganjurkan aktiviti sosial/kebajikan masyarakat; dan vi. Mengadakan program kaunseling bagi kakitangan.
2. Penyediaan dan
Pelaksanaan Perancangan Mampan
i. Memahami dan mendedahkan terhadap idea dan
rekabentuk inovasi; ii. Merangka program untuk peningkatan ilmu di semua
peringkat kakitangan dari semua pihak yang berkaitan; iii. Menggalakkan perkongsian maklumat dengan semua
kakitangan; iv. Mengadakan perkongsian pintar dengan lain-lain agensi
dan NGO; v. Meningkatkan kepakaran mengenai konsep,
methodologi dan teknik perancangan; vi. Meningkatkan kefahaman terhadap aplikasi dalam
pemerosessan dan rancangan pemajuan; vii. Menyediakan maklumat yang lengkap dan terkini; viii. Menyediakan penanda aras sebagai model dan amalan
terbaik; ix. Mewartakan Rancangan Pemajuan; dan x. Menyediakan sumber yang mencukupi sebagai medium
pelaksanaan.
3. Pelaksanaan Agenda
21 Selangor
i. Memantau dan memantapkan Agenda 21 Selangor; ii. Mewujudkan model pembangunan mampan; iii. Melaksanakan sistem perancangan dan pembangunan
sumber yang bersepadu; iv. Melaksanakan e-Agenda 21 Selangor; dan v. Melaksanakan petunjuk pembangunan mampan.
MANUAL KUALITI JPBD.Sel / MK
NO. KELUARAN : 5 LATAR BELAKANG ORGANISASI
TARIKH KUATKUASA : 3.6. 11
MUKA SURAT : 44/92
Jadual 3.1 : Sambungan
4. Sistem penyampaian
yang berkesan
i. Menggalak dan meningkatkan penglibatan awam dalam
perancangan (participatory planning); ii. Menggunapakai piawaian yang terbaik dalam perancangan
kearah pembangunan mampan; iii. Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat perancangan
yang berkualiti; dan iv. Memantapkan penggunaan e-PC di dalam memproses
Kebenaran Merancang.
5. Pentadbiran yang
berkesan
i. Melaksanakan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam
secara menyeluruh; ii. Menyediakan perkhidmatan yang telus, cepat dan tepat; iii. Mengendalikan rekod perkhidmatan yang berkesan; iv. Menyelenggara peralatan pejabat yang berkesan; dan v. Menyediakan sistem penyampaian dasar dan pekeliling
perkhidmatan yang berkesan.
6. Pengurusan kewangan
yang efisien
i. Mengurus dan mengawal belanjawan yang lebih sistematik; ii. Mengurus pembayaran yang lebih telus, cekap, cepat dan
tepat; iii. Memahami peraturan dan arahan am perbendaharaan; dan iv. Mengurus dan meningkatkan hasil jabatan.
7. Peningkatan
pembangunan keupayaan (Capasity Building)
i. Menggalakkan ‘team building’; ii. Meningkatkan imej jabatan; iii. Meningkatkan keberkesanan dan kemahiran semua lapisan
kakitangan; dan iv. Melaksanakan program latihan yang berkesan.