Download - Makanan Tradisional
Makanan di Malaysia kaya dengan khazanah seni termasuk keindahan dan kreativiti dalam
masak-memasak atau penyajian makanan. Makanan tersebut melambangkan rakyatnya yang
berbilang kaum. Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup
bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum
Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik
peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri. Makanan-
makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah
disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia.
Belacan
Ia merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang
dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat
dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum
digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Mahupun begitu, sekiranya dibakar,
belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat. Belacan juga merupakan salah satu bahan
bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan
menggunakan lesung tangan.
Botok-botok
Botok- botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang hanya
boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianya berbungkus didalam
daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong ikan yang diselaputi
dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini ialah ikan
tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa khabarnya terdiri dari berbagai
herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding.
Cencaluk
Masyarakat Melayu di Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanan
tradisionalnya, yang memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan
sudah melangkaui sempadan Malaysia. Selera Melaka sudah menjadi santapan lazim
masyarakat Malaysia. Salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu
Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan nasi.
Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau.
Dodol
Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau
manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan
amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang
akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat
dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir
membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada
santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.
Dodol
Otak-otak
Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya
dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di
Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.” Pada lazimnya ia
dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan
kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi
ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah,
patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu
dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.
Kuih Sopang
Kuih sopang merupakan sejenis kuih tradisional yang dibuat daripada tepung pulut,
pisang dan gula melaka dengan inti yang dibuat menggunakan kelapa parut muda.
Adunan itu kemudiannya dibentuk bujur. Kuih sopang dihidangkan dengan kuah santan
pekat. Dari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap Sopang sama seperti kuih
koci atau badak berendam tapi sebenarnya ia berbeza sama sekali dari segi proses dan
juga rasa. Kuih sopang popular di Negeri Sembilan dan merupakan hidangan istimewa
terutama pada hari perayaan.
Wajik
Kuih wajik merupakan sejenis kuih tradisional Melayu Malaysia yang diperbuat daripada
pulut yang dimasak dengan manisan. Wajik merupakan sejenis pulut manis yang pada
asasnya dimasak dengan nisan kelapa. Terdapat pelbagai cara penyediaan wajik, dan
pelbagai perasa yang dicampurkan kepadanya. wajik juga boleh dicampurkan dengan
durian sekiranya ia dihasilkan pada musim durian. Ia amat digemari ramai terutamanya
mereka yang dari pantai timur. Wajik biasanya disediakan sepanjang masa, tetapi lebih
meluas semasa musim perayaan. Bagaimanapun disebabkan rasanya yang agak manis,
sesetengah orang tidak menggemarinya.
Nasi Lemak
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutama sebagai
sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan
dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Pada masa kini,
nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu
makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian
makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa
kesibukkan
Lemang
Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang
tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. DI Malaysia, lemang
telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang di pantai timur
biasanya dimakan bersama dengan ikan bakar, tetapi di pantai barat, ia sering
dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan
santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum
dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum
asli memasak di Malaysia.
Lemang
Ketupat
Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun
kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia. Jenis ketupat bergantung
kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya.
Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya,
manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.
Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya.
Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut
yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng
terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala
daun kelapa untuk ketupat nasi.
Ketupat
Nasi Dagang
Nasi dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan.
Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut
dan dimasak bersama-sama santan kelapa.
Pulut
Pulut merupakan sejenis bijirin yang ditanam sebagai makanan. Pulut menyerupai beras
tetapi warnanya tidak berkilat dan ia mengandungi kandungan kanji yang lebih banyak,
menjadikannya melekit apabila dimasak. Pulut boleh dibuat tapai pulut, pulut kuning,
pulut lepa, pulut manis
Pulut
Kuih Keria
Kuih keria atau kuih gelang merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Berasaskan
keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin
ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula.
Kuih ini sering dijamah dan dihidang ketika sarapan dan waktu minum petang.
Lempeng Kelapa
Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan
yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah
gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai.
Lempeng Kelapa