Download - Luka Dan Pendarahan
LUKA DAN PENDARAHAN
LUKA
KECEDERAAN KEPADA TISU
DISEBABKAN OLEH BENDA-BENDA TAJAM ATAU
TUMPUL
Jenis Luka
1. Luka Tertutup
Kecederaan kepada tisu di bawah kulit di mana kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidak dapat dilihat dari luar. Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit.
Contoh Luka Tertutup
a. Kontuse
Akibat daripada terkena pukulan kuat.
Pendarahan berlaku di bawah kulit.
b. Haematoma
Pendarahan yang menjadi beku dan kelihatan biru kehitaman.
2. Luka Terbuka
Kecederaan kepada tisu kulit di mana kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat dilihat dari luar dan terdapat pendarahan yang keluar ke kulit.
Contoh Luka Terbuka
a. Luka Terhiris
Disebabkan oleh alat tajam seperti pisau atau kaca, luka senang ditautkan kembali dan senang dirawat. Walau bagaimanapun oleh sebab saluran darah di tepi luka telah terpotong mungkin berlaku pendarahan yang banyak.
b. Luka Tikaman
Luka tikaman mempunyai liang yang kecil tetapi dalam, seperti terkena paku, tercucuk jarum atau terkena tikaman. Oleh kerana lukanya dalam, kekotoran, kuman mudah meresap jauh ke dalam tubuh dan risiko jangkitan adalah terlalu tinggi.
c. Luka Terkoyak
Tisu yang koyak seperti terkena kawat atau alat jentera yang mengakibatkan kerosakan tisu yang teruk, walau bagaimanapun darah yang keluar mungkin berkurangan daripada luka terhiris.
d. Luka Tembakan
Luka akibat daripada terkena peluru tembakan senjata adalah kecil di tempat tembusan tetapi lukanya meluas di ruang keluar. Peluru yang tidak keluar daripada badan, mengakibatkan kecederaan dalam yang teruk.
BANTUAN KECEMASAN
LUKA TERTUTUP
• Berikan tuaman sejuk untuk menghentikan pendarahan yang berlaku di bawah kulit.
• Luka tertutup yang serius ialah yang menyebabkan berlakunya pendarahan dalam seperti di otak, paru-paru, perut dan lain-lain lagi.
BANTUAN KECEMASAN
LUKA TERBUKAUntuk luka yang tidak banyak pendarahan, lakukan teknik 2C iaitu:-CLEAN (BERSIHKAN)
Bersihkan luka dari sebarang kekotoran.COVER (TUTUP)
Tutup luka dengan gauze atau kain yang bersih.
Luka yang banyak pendarahan guna kaedah -
D – Direct ( tekanan langsung )
I – Indirect ( Tekanan x Langsung )
E – Elevate ( Tinggikan )
PENDARAHAN
TERKELUARNYA DARAH DARIPADA SISTEM PEREDARANNYA ATAU
TERCEDERANYA SISTEM EDARAN.
PENDARAHAN BOLEH BERLAKU MELALUI:
1. Pendarahan Arteri
Darah keluar berwarna merah cerah/ terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut mengikut denyutan jantung.
2. Pendarahan Vena
Darahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar perlahan-lahan.
3. Pendarahan Kapilari
Darahnya keluar secara meleleh.
Klasifikasi Pendarahan:
Pendarahan Luaran (External)
Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah dan berlaku pada/melalui lapisan kulit
Pendarahan Dalaman (Internal)
Pendarahan dalaman boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda atau keadaan berikut:-
a. Adanya tanda-tanda bengkak pada kulit.
b. Kulit pucat dan berpeluh sejuk/melekit.
c. Kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku.
d. Denyutan nadi cepat tetapi lemah.
e. Darah mungkin keluar dari rongga yang terbuka.
f. Muntah darah atau najis bercampur darah.
g. Ada tanda-tanda renjatan.
BANTUAN KECEMASAN
1. Bersihkan luka dari kotoran.2. Tekan di tempat luka supaya darah tidak
mengalir keluar (tiada benda asing) – jika ada – buat balutan cincin.
3. Tahan darah secara tidak langsung – tempat tekan nadi.
4. Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
5. Periksa nadi/pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan.
6. Jika ada tanda-tanda renjatan, beri bantuan kecemasan untuk renjatan.
7. Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera.