Download - LILOK
CONFIDENT HEADER DAPAT MENINGKATKAN PERLAKUAN KEMAHIRAN ASAS MENANDUK BOLA MURID PEREMPUAN
TAHUN 5
AJMAL MUHAMAD BIN ZULKIFFILI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
SULTAN ABDUL HALIM
2015
KANDUNGAN
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan 3
1.2 Refleksi P&P 4
2.0 Fokus Kajian
2.1 Isu Kajian 6
2.2 Tinjauan Dan Analisis Masalah 7
2.3 Tinjauan Literatur Berkaitan 8
3.0 Objektif Kajian 9
4.0 Soalan Kajian 9
5.0 Kumpulan Sasaran 11
6.0 Perancangan Tindakan 12
6.1 Model Kajian Tindakan
6.2 Langkah-Langkah Tindakan 14
6.3 Kaedah Mengumpul Data 16
6.4 Analisis Dan Interprestasi 18
6.5 Dapatan 31
6.6 Rumusan 32
6.7 Cadangan Penambahbaikan 34
6.8 Kos dan Anggaran Perbelanjaan 35
Senarai Rujukan & Lampiran
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sukan di sekolah merupakan satu medium yang memainkan peranan sangat
besar dalam membantu meningkatkan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan
bersepadu dari pebagai aspek. Menurut Khairi Othman & Asmawati Suhid (2010),
sekolah secara umumnya dan guru secara khususnya memainkan peranan penting dan
mempunyai pengaruh yang besar. Secara tidak langsung memastikan semua pelajar
dapat melibatkan diri berlandaskan garis panduan yang ditetapkan dalam Kurikulum
Pendidikan Jasmani yang digubal khas bagi memenuhi pertumbuhan dan perkembangan
para pelajar (KPM 1999) Kurikulum ini adalah proses pendidikan yang memanfaatkan
aktiviti jasmani yang direncanakan secara sistematik bertujuan mengembangkan dan
meningkatkan individu secara organik, neuromuskuler, perceptual, kognitif, dan
emosional dalam kerangka sistem pendidikan kebangsaan.
Menurut , Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Muthalib dan Noordin Yahaya
(2002), kegiatan sukan merupakan satu elemen penting ke arah pertumbuhan kecerdasan
kendiri individu yang meliputi aspek fizikal, mental, sosial dan emosi yang di wajibkan
di setiap sekolah. Selain itu, ia bertujuan mengilap bakat pelajar dalam membentuk atlet
muda. Guru merupakan jurulatih yang paling sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran
program latihan di peringkat sekolah. Para pelajar terutamanya sekolah rendah lebih
mudah mempercayai dan dipengaruhi oleh guru mereka melalui pembelajaran dan
pengajaran di sekolah. Menurut Egalite*, Bowen, dan Trivitt, (2013) guru yang menjadi
jurulatih sukan dapat mengembangkan hubungan yang lebih baik dengan ibu bapa dan
pelajarnya di luar kelas. Penglibatan pelajar-pelajar dalam aktiviti sukan memberi
mereka peluang menonjolkan bakat serta melibatkan diri dalam pelbagai sukan dan
permainan seterusnya dapat mewakili pasukan sekolah. Antara permainan yang sinonim
diajar di sekolah ialah permainan bola sepak.
Bola sepak sangat diminati oleh semua peringkat umur daripada kanak-kanak
hinggalah kepada orang dewasa. Menurut Luxbacher ( 2006), bola sepak popular di
seluruh dunia tanpa mengira perbezaan umur, jantina, etnik dan sebagainya. Di sekolah
pula, berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun 5, pelajar
mula didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas dalam permainan kategori serangan
seperti bola sepak. Antara kemahiran-kemahiran asas tersebut saya dapati kemahiran
asas menanduk merupakan kelemahan utama pelajar dalam permainan bola sepak
terutamanya pelajar perempuan semasa saya mengajar di sebuah sekolah di Sg Petani.
Perkara ini terjadi kerana mereka tidak didedahkan tentang teknik sebenar kemahiran
asas dalam menanduk bola. Menurut American Sport Education Program (2001),
kemahiran menanduk seringkali tidak betul dilakukan kerana jurulatih tidak tahu teknik
sebenar dalam kemahiran ini. Permasalahan inilah yang menjadi topik utama dalam
penghasilan penulisan ilmiah ini. Saya berharap kajian ini dapat membantu pelajar-
pelajar Tahun 5 meningkatkan kemahiran asas menanduk dalam permainan bola sepak.
Refleksi PdP yang lalu :
Pada praktikum Fasa 3 yang lalu saya telah ditempatkan di salah sebuah sekolah
di Sg Petani berhampiran dengan Padang Serai, Kedah. Semasa di sana saya telah
ditugaskan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani beberapa kelas termasuk
Tahun 5. Pada minggu kedua praktikum saya telah mengajar kelas Tahun 5 berkenaan
kemahiran asas menanduk dalam permainan bola sepak berpandukan apa yang telah
ditetapkan dalam Rancangan Pengajaran Tahunan sekolah. Memandangkan mata
pelajaran ini merupakan mata pelajaran teras maka semua pelajar perlu diberikan
peluang untuk sama-sama melakukan aktiviti tanpa mengira tahap kebolehan serta
jantina pelajar. Sewaktu saya menjalankan pengajaran saya telah membuat pemerhatian
awal tentang kemahiran yang diajar.
Saya dapati terdapat beberapa pelajar perempuan yang langsung tidak dapat
melakukan kemahiran asas menanduk dengan baik malah berasa takut dan tidak yakin
ketika ingin melakukan aktiviti menanduk. Pelajar-pelajar yang bermasalah dalam
menguasai kemahiran asas ini perempuan khususnya menunjukkan lakuan yang salah
walaupun telah ditunjukkan demonstrasi oleh guru. Semasa melakukan aktiviti terdapat
beberapa pelajar yang masih memejam mata dan menggunakan bahagian kepala yang
salah sewaktu lakuan di mana titik kontek pada bola dan dahi masing-masing. Daripada
temu bual ringkas yang saya jalankan pada pelajar ini didapati mereka masih kurang
berkeyakinan dan berasa takut ketika menanduk bola. Pelajar ini beranggapan mereka
akan berasa sakit dan tercedera sekiranya menggunakan bahagian dahi.
Saya beranggapan mungkin pelajar-pelajar ini tidak didedahkan dengan teknik
menanduk bola sepak yang betul oleh guru Pendidikan Jasmani mereka sebelum ini.
Saya tidak menyalahkan sesiapa malahan saya berasa dipertanggungjawab untuk
memastikan pelajar-pelajar ini menguasai kemahiran yang di tetapkan di dalam
kurikulum ini.
Kemahiran asas dalam menanduk amat mudah dilakukan sekiranya teknik-
tekniknya difahami dengan betul. Ramai yang menganggap bahawa menanduk bola
membahayakan, hakikatnya jika menggunakan dahi dan menumpukan mata pada bola ia
tidak membahayakan, (Abdullah Ali dan Matdinos Talib, 2013). Setelah melakukan
perbincangan dengan rakan praktikum saya, saya telah bercadang meningkatkan kualiti
pengajaran kemahiran asas ini. Sekiranya kelemahan ini dapat diatasi saya percaya
mereka akan menjadi lebih cemerlang dalam melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan
permainan bola sepak.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian
Dalam permainan bola sepak terdapat pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai
pelajar seperti menggelecek, menghantar, menerima, menangkap, tendangan leret,
tendangan tinggi, mengawal dan menanduk. Fokus kajian saya kali ini lebih tertumpu
kepada kemahiran asas menanduk dalam permainan bola sepak yang melibatkan
koordinasi, anggota badan seperti kepala dan mata.
Pelajar terlebih dahulu perlu mempunyai keyakinan dan tidak berasa takut untuk
menanduk bola dengan melakukan teknik yang betul yang melibatkan leher, mata,
tangan dan titik kontek antara bola dengan dahi. Masalah ini berlaku kerana pelajar
perempuan kurang keyakinan untuk melakukan lakuan menanduk bola disebabkan
mereka khuatir berasa sakit. Berbanding pelajar lelaki yang sememangnya cepat
memahami teknik menanduk dan mempunyai keyakinan semasa menanduk bola
sekaligus memudahkan untuk mereka menguasai kemahiran asas ini. Hal ini
menyebabkan ketika sesi pengajaran terdapat beberapa pelajar perempuan lebih gemar
mengelak dan menepis bola yang dilambung pada mereka ketika aktiviti yang
melibatkan tandukan. Perkara ini telah diperhatikan oleh saya ketika dua kali sesi P&P
berlangsung bersama kelas mereka dalam tajuk Permainan Kategori Serangan yang
melibatkan aktiviti menanduk bola. Faktor ini juga yang menyebabkan objektif
pengajaran P&P yang saya inginkan tidak tercapai.
2.2 Tinjauan Masalah
Setelah mengenalpasti masalah yang berlaku langkah penyelesaian telah
dilakukan bertujuan mengatasi masalah tersebut. Terdapat beberapa kaedah yang
digunakan dalam mengenalpasti punca sebenar masalah ini.
Pada permulaannya pemerhatian telah dijalankan ketika sesi pembelajaran dan
pengajaran yang dilakukan oleh guru. Semasa pelajar melakukan lakuan, segala gerak
badan dan pergerakan pelajar diperhatikan dengan lebih terperinci dan ditulis bagi
rujukan masa akan datang. Pemerhatian ini bertujuan mengenalpasti punca kesalahan
yang dilakukan oleh murid. Alat kajian yang digunakan semasa melakukan pemerhatian
adalah dengan aktiviti menanduk bola dalam jarak 2 meter dengan lambungan. Hasil
pemerhatian disimpan bagi rujukan pada masa akan datang.
Selain itu juga, kaedah temubual turut dilakukan oleh guru bagi mendapatkan
maklumat yang membantu dalam analisis masalah ini kelak. Temubual perlu dilakukan
bagi menguatkan lagi tinjauan mengapa kesalahan dalam melakukan kemahiran tersebut
berlaku pada murid-murid tersebut. Maklumat yang dapat dari temubual ini akan
digunakan guru bagi memperbaiki kelemahan tersebut. Hasil dapatan ini disimpan dan
dijadikan dalam bentuk penulisan bertujuan sebagai bahan rujukan. Di samping itu
juga, kaedah analisis dokumen juga turut dilakukan bagi mengukuhkan lagi tinjauan
tentang punca masalah ini.
2.3 Tinjauan Literatur
2.3.1 Pengenalan
Penulisan ini akan membincangkan literatur yang merangkumi penjelasan dan
pandangan daripada penulis-penulis tertentu serta kajian yang telah dibuat oleh sarjana
dan pengkaji-pengkaji terdahulu tentang teknik-teknik menguasai kemahiran asas
menanduk dalam permainan bola sepak. Ia meliputi konsep-konsep serta huraian teliti
tentang kemahiran asas menanduk. Kajian-kajian lepas dari dalam dan luar negara akan
dinyatakan dalam penulisan ini
Berdasarkan pemerhatian saya semasa sesi pengajaran yang melibatkan kedua-
dua jantina, murid perempuan agak sukar untuk menguasai kemahiran dan
menyebabkan mereka hilang keyakinan dalam melakukan aktiviti menanduk. Menurut
Valéri dan Marion (2010), jantina adalah faktor utama yang mempengaruhi prestasi
terbaik dan rekod-rekod di dunia. Kajian ini menyatakan prestasi wanita pada peringkat
tinggi tidak dapat menandingi lelaki . Valeri dan Marion telah menjalankan kajian
terhadap 82 acara pada Olimpik 2008 yang menyatakan jantina memberikan jurang
antara lelaki dan wanita dalam sukan walaupun jurang ini semakin berkurangan tahun
demi tahun.
Tinjauan awal menunjukkan murid perempuan yang mengalami masalah dalam
mempelajari kemahiran asas menanduk semasa sesi pengajaran saya adalah kerana
mereka tidak pernah didedahkan dengan aktiviti menanduk bola sekaligus menyebabkan
berasa tiada keyakinan dan berasa bimbang untuk menanduk bola. Perkara ini disokong
oleh Ludwig K (2001) telah menjalankan kajian terhadap 24 orang pelajar perempuan
kolej yang mana menguji teknik menanduk bola berdasarkan pengalaman mereka dalam
bola sepak. Beliau telah menyatakan pelajar perempuan yang sudah kerap melakukan
kemahiran menanduk boleh menanduk dengan baik dengan kelajuan dan titik sentuhan
yang betul.
Dalam mengenalpasti teknik sebenar dan fasa yang berlaku semasa menanduk,
saya perlu menganalisis kajian lampau tentang pergerakan badan semasa menanduk.
Menurut Shunsuke Sunami dan Takeo Maruyama (2007) yang mejalankan penyelidikan
tentang gerakan dan analisis EMG bagi menanduk bola untuk menunjukkan aktiviti otot
dan gerakan kepala serta badan ketika menanduk ke hadapan dan ke arah sisi. Mereka
telah menjalankan kajian ke atas 6 pemain bola sepak di Universiti Yagamata. Data
telah direkod oleh kamera berkelajuan tinggi untuk dianalisis. Hasil kajian mereka
menyatakan bahawa bagi kelakuan menanduk hadapan, badan dan kepala akan begerak
serentak ke hadapan dan ke belakang, otot di sekeliling leher akan mula aktif untuk
menerima impak. Manakala otot belakang akan mengawal badan dari jatuh ke hadapan.
Latihan yang spesifik terhadap sesuatu kemahiran perlu dititikberatkan bagi
menghasilkan keberkesanan sesuatu penguasaan kemahiran. Khususnya dalam kajian
saya, sampel memerlukan latihan yang spesifik untuk menguasai kemahiran menanduk.
Menurut Erkmen, Nurtekin (2009) di dalam jurnalnya beliau telah menjalankan kajian
penilaian terhadap 243 pemain bola professional yang terdiri daripada penjaga gol,
pemain tengah, pertahanan dan penyerang. Erkmen menyatakan bahawa setiap posisi
pemain mempunyai latihan spesifik yang berbeza dan ia memberi perbezaan terhadap
kemahiran menanduk individu.
Hakikatnya, murid perempuan boleh menguasai kemahiran menanduk dengan
lebih baik. Golongan ini hanya perlu didedahkan dengan teknik pengajaran ansur maju
yang sesuai berbanding lelaki. Menurut Tierneyy, Michael Higgins, Shane V Caswell,
Jessica Brady, Krista McHardy dan Kurosh Darvish (2008) mereka menjalankan kajian
dalam mengenalpasti kesan perbezaan jantina dalam penggunaan headgear terhadap
impak kinematic dan kestabilan dinamik semasa menanduk. Mereka menjalankan kajian
terhadap 29 wanita dan 15 lelaki yang terdiri dari pemain bola sepak kolej. Dengan
menggunakan intervensi 3 jenis headgear dalam melakukan 4 jenis lakuan tandukan
kumpulan penyelidik ini menyatakan bahawa berbanding lelaki, wanita menunjukkan
perubahan halaju yang lebih tinggi dalam bentuk peratusan ketika memakai headgear.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Meningkatkan perlakuan kemahiran asas menanduk bola murid perempuan Tahun 5
dalam permainan bola sepak menggunakan kaedah ‘Confident Header’.
4.0 SOALAN KAJIAN
4.1 Adakah kemahiran asas menanduk murid perempuan Tahun 5 dalam permainan
bola sepak dapat ditingkatkan melalui kaedah Confident Header ?
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian yang dilakukan ini melibatkan 4 orang pelajar perempuan Tahun 5
Kristal yang keseluruhannya murid Melayu yang didapati lemah dan tidak mempunyai
keyakinan untuk melakukan kemahiran asas menanduk bola, kumpulan ini dipilih
setelah maklumat berdasarkan pemerhatian, temubual dan analisis dokumen yang telah
dikumpul dan dikaji. Oleh sebab itu saya telah mengambil keputusan untuk menjalankan
kajian ini ke atas pelajar ini untuk membuktikan keberkesanan kaedah Confident Header
dalam membantu murid menguasai kemahiran asas menanduk bola dalam permainan
bola sepak.
6.0 PERANCANGAN TINDAKAN
6.1 Model Kajian Tindakan
Kajian tindakan merupakan salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan
yang boleh digunakan oleh guru dalam proses p&p di sekolah. Ia merupakan aktiviti
sistematik yang dilakukan sebagai usaha untuk memperbaiki, mengubah dan
meningkatkan amalan pengajaran seseorang guru dan meningkatkan minat terhadap
pembelajaran pelajar. Selain itu ia turut bertujuan memperbaiki kelemahan pelajar
dengan kaedah-kaedah tertentu yang sangat berkesan. Menurut McNiff (2001), kajian
tindakan merupakan satu bentuk proses pembelajaran yang sangat berkuasa yang
digunakan di seluruh dunia.
Terdapat beberapa model kajian tindakan yang boleh diguna pakai dalam
menyelesaikan masalah pembelajaran di sekolah, antaranya Model Kurt Lewin, Model
Conzenius & O'Neill, Model Kemmis & McTaggart dan sebagainya. Namun begitu bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh saya dalam tinjauan awal saya pada sesi
pembelajaran di dalam kelas, saya telah merancang untuk menggunakan Model Kurt
Lewin sebagai garis panduan. Saya melihat Model kajian tindakan Kurt Lewin sebagai
proses yang menekankan kepada kepada kearah penambaikan kemahiran pelajar
berdasarkan kitaran yang jelas dan mudah difahami.
Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin
Pada mulanya saya membuat tinjauan awal untuk mengenalpasti pelajar yang
mempunyai masalah dan seterusnya mencari punca mereka tidak dapat melakukan
kemahiran ini. Kemudian berpandukan model Kurt Lewin saya telah merancang satu
program intervensi khusus untuk kemahiran asas menanduk ini yang mempunyai
beberapa langkah untuk memperbaiki kelemahan pelajar, melalui tempoh tertentu
pendekatan ini jlebih bersifat spesifik. Selepas merancang kaedah tersebut , tindakan
menjalankan proses rawatan akan bermula bagi membolehkan pelajar-pelajar tersebut
menguasai teknik-teknik menanduk dengan betul dan mempunyai keyakinan untuk
melakukan kemahiran ini. Proses ini mengambil masa bagi tempoh tertentu, dan
sepanjang tempoh tersebut semua data dan maklumat akan disimpan sebagai rujukan.
Bagi mendapatkan maklumat dan data yang lebih tepat serta tidak diragui, saya telah
membuat pemerhatian secara konsisten. Bagi fasa pemerhatian ini, berpandukan model
Kurt Lewin, saya telah menggunakan 3 kaedah untuk mengumpul maklumat iaitu
pemerhatian, temubual, dan analisis dokumen. Seterusnya fasa terakhir untuk saya
lakukan adalah membuat refleksi tentang kaedah yang digunakan samada ia dapat
memberi kesan positif terhadap kemahiran yang ingin dikuasai.
6.2 Langkah Tindakan
Setelah menjalankan tinjauan awal terhadap para pelajar satu kaedah telah
dirancang sebagai langkah pragmatik untuk menangani masalah ini. Program Confident
Header ini dibentuk supaya pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam kemahiran
ini dapat dipulihkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jadual 6.2.1 merupakan
tindakan awal yang dirancang untuk dijalankan dalam masa terdekat.
Jadual 6.2.1 Perancangan Langkah kaedah
Hari Jenis Latihan Tetapan
Hari 1 Langkah 1 : Ball Feeling ( 12 minit )Langkah 2 : DIY ( 12 minit )
Langkah 1 (2set)Langkah 2 (2 set)
Hari 2 Langkah 1 : Ball Feeling (8 minit)Langkah 2 : DIY (8 minit)Langkah 3 : Heading Out (10 minit)
Langkah 1 (1 set)Langkah 2 (2 set)Langkah 3 (2 set)
Hari 3 Langkah 2 : DIY (8 minit)Langkah 3 : Heading Out (10 minit)Langkah 4 : Permainan Heading Game
Langkah 2 (1 set)Langkah 3 (2 set)Pada akhir latihan
Hari 4 Langkah 3 : Heading Out (15 minit)
Langkah 4 : Permainan Heading Game
2 set
Pada akhir latihan ( Permainan )
Langkah 1 yang dinamakan Ball Feeling merupakan langkah di mana pelajar
akan memegang bola yang ditandakan X dan menanduk menggunakan dahi pada tanda
X tersebut. Langkah ini bertujuan untuk membina keselesaan pelajar terhadap bola
sekaligus menambah keyakinan dalam diri mereka untuk membuat sentuhan pada bola
dengan kepala tanpa rasa takut.
Langkah 2 (Do It Yourself) dimana pelajar akan membuat lakuan melambung
bola ke udara dan menanduk bola dengan titik sentuhan yang betul di dahi dan di bola.
Dalam langkah ini teknik mengeraskan otot leher, pergerakan badan, kepala dan mata
digabungkan bagi memastikan teknik dalam kemahiran ini dilakukan dengan betul.
Seterusnya Langkah 3 ataupun Heading Out dilakukan dengan bola dilambung
oleh orang lain kemudian subjek akan menanduk bola tersebut menggunakan teknik
yang betul. Langkah 3 ini akan dijalankan apabila pelajar mula menunjukkan keyakinan
dan kemampuan mereka menguasai teknik-teknik asas menanduk dalam langkah
sebelumnya berdasarkan pemerhatian guru.
Syarat Permainan :
1. Kesemua subjek akan bertanding menentang satu sama lain.
2. Peserta pertama akan berada di tengah-tengah bulatan.
3. Setiap peserta lain yang berada di dalam gelung akan melambung bola kearah peserta
pertama yang berada di tengah bulatan.
4. Peserta pertama akan menanduk bola dengan menggunakan teknik yang betul
terhadap bola yang dilambung.
5. Skor dikira apabila peserta dapat melakukan tandukan dengan kemahiran yang betul.
6. Peserta yang mendapat skor paling tinggi dikira pemenang.
Alatan yang digunakan semasa permainan ini adalah 5 biji bola sepak, satu set, 5
gelung dan satu set marker. Permainan ini akan menguji kemampuan sebenar pelajar
dalam menguasai kemahiran dengan lebih efisien. Permainan ini juga secara tidak
langsung meningkatkan kemampuan kognitif pelajar dalam membina startegi bagi
mencapai kemenangan.
6.3 Kaedah Pengumpulan Data
6.3.1 Pengenalan
Bagi mengukuhkan kebolehpercayaan data yang dikumpul, teknik triangulation
telah dipilih bagi mengumpul data dan maklumat kajian. Data triangulation dilakukan
dengan kombinasi 3 jenis kaedah pengumpulan maklumat iaitu kaedah pemerhatian,
temubual dan analisis dokumen. Kombinasi teknik ini dapat memberi gambaran yang
jelas tentang isu berkaitan dengan teori dan juga kemahiran berkaitan dengan apa yang
ingin dikaji.
6.3.2 Pemerhatian
Pemerhatian amat penting dalam mengenalpasti punca kelemahan pelajar dalam
kemahiran tersebut. Pemerhatian adalah satu kaedah memerhati, mencatat dan merekod
peristiwa dan tingkah laku dalam bidang yang dikaji. Melalui pemerhatian, saya dapat
mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan ciri-ciri yang saya ingin kenal
pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan
tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari
dekat. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara
sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan
yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai. Walaupun begitu, semasa
mejalankan pemerhatian, pengkaji tidak akan mempengaruhi peserta kajian ke arah
tingkah laku tertentu seperti menegur kesalahan dan memberikan komen. Pemerhatian
ini dilakukan sebelum pelajar melalui intervensi dan selepas pelajar melalui intervensi.
Berikut merupakan contoh borang pemerhatian yang digunakan :
SUBJEK Buka kaki
seluas bahu
dengan sebelah kaki di
hadapan
Melentik badan kebelakang
Mata pandang
kearah bola
Tangan dibuka ke sisi badan
Guna dahi untuk
menanduk bola
Menggerakan
badan ke hadapan
Ikut lajak
selepas tandukan
ABCD
6.3.3 Temubual
Temubual merupakan salah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat. Penyoal
mengajukan beberapa soalan yang mempunyai kaitan dengan kajian dan soalan tersebut
mestilah difahami oleh subjek. Kaedah temu bual juga digunakan oleh pengkaji bagi
membantu meninjau masalah serta mendapatkan pandangan dan pendapat pelajar
tentang kemahiran asas menanduk. Saya menggunakan temu bual tidak berstruktur bagi
membantu memahami masalah pelajar. Dalam temu bual tidak berstruktur, 4 soalan
akan ditanya bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting yang diperlukan dalam
kajian. Di dalam kajian saya, saya telah menggunakan 4 soalan untuk diajukan kepada
pelajar pada tinjauan awal yang dilakukan. Segala perbualan di antara guru dan pelajar
telah dirakam bagi tujuan rujukan dan analisis.
4 Soalan Dalam Temubual :
SOALAN JAWAPAN SUBJEK
1. Pernahkah anda bermain bola sepak?
2. Pernahkah anda melakukan aktiviti menanduk
bola sepak ?
3. Tahukah anda bagaimana teknik untuk
menanduk bola sepak ?
4. Adakah anda mempunyai keyakinan untuk
menanduk bola ?
6.3.4 Analisis Dokumen
Analisis kandungan dokumen adalah alat saintifik yang melibatkan prosedur
khusus bertujuan menyedia kan pandangan baru, meningkat kefahaman pengkaji
berkaitan tingkahlaku tertentu atau menjelaskan tindakan yang praktikal. Menurut
Creswell (2009), analisis kandungan dokumen adalah salah satu teknik khusus bagi
kajian kualitatif. Memandangkan kajian saya lebih bersifat kualitatif, maka kaedah
analisis dokumen perlu dilakukan untuk mengenalpasti dengan lebih terperinci apa yang
ingin dilihat.
Rakaman video telah dilakukan bagi setiap pelajar semasa mereka melakukan
kemahiran yang diajar. Rakaman ini kemudian akan dianalisis dan ditonton berulang
kali untuk mengenalpasti punca kesalahan yang berlaku. Selain daripada itu gambar-
gambar pelajar yang sedang melakukan aktiviti turut diambil bagi tujuan rujukan dan
perbandingan apabila mereka selesai menjalani intervensi yang telah dirancang.
6.4 Analisis Dan Interpretasi Data
6.4.1 Pemerhatian
SUBJEK SKOR ITEM PERATUSAN
A 3/7 43%
B 1/7 14%
C 0/7 0%
D 2/7 29%
Jadual Penguasaan Kemahiran Asas Menanduk Berdasarkan Item (Sebelum)
Rajah 6.4.1 : Graf kemahiran menanduk yang dikuasai oleh subjek selepas intervensi
Jadual dan graf pada rajah 6.4.1 menunjukkan skor subjek sebelum menjalani
kaedah rawatan. Berdasarkan graf yang dipaparkan pada 6.4.1. Subjek C menunjukkan
skor terendah berbanding 3 subjek lain. Subjek yang hampir mencapai 50% hanyalah
Subjek A.
SUBJEK SKOR ITEM PERATUSAN
A 6/7 86%
B 5/7 71%
C 4/7 57%
D 6/7 86%
Jadual Penguasaan Kemahiran Asas Menanduk Berdasarkan Item (Selepas)
Jadual menunjukkan skor item yang dikuasai subjek dan peratusan penguasaan
dari jumlah keseluruhan item dalam kemahiran menanduk. Manakala rajah 6.5.2 pula
menunjukkan graf penguasaan subjek selepas menjalani intervensi. Subjek A dan
Subjek D menunjukkan pencapaian tertinggi iaitu 80 peratus. Manakala Subjek B
sebanyak 71% dan C pula sebanyak 57%.
Rajah 6.4.2 : Graf kemahiran menanduk yang dikuasai oleh subjek selepas intervensi.
SUBJEK SEBELUM SELEPAS PENINGKATANSKOR ITEM
PERATUS SKOR ITEM
PERATUS %
A 3/7 43% 6/7 86% 43B 1/7 14% 5/7 71% 57C 0/7 0% 4/7 57% 57D 2/7 29% 6/7 86% 57
Rajah 6.4.4 Perbezaan item yang dikuasai oleh subjek sebelum dan selepas menjalani rawatan serta peningkatan.
Graf pada rajah 6.4.4 menunjukkan kesemua subjek kajian telah menunjukkan
peningkatan dalam menguasai kemahiran menanduk berdasarkan pemerhatian dan
senarai semak. Subjek C yang gagal menguasai kemahiran ini pada mulanya telah
menunjukkan peningkatan positif iaitu sebanyak 57 peratus. Ini menunjukkan
penguasaan sepenuhnya kemahiran asas menanduk yang dijalankan melalui kaedah
Confident Header berjaya meningkatkan tahap kemahiran subjek.
6.4.5 Analisis Data ( Temubual )
Temubual (Sebelum Intervensi)
SOALAN JAWAPAN SUBJEK ANALISIS
1. Pernahkah anda bermain bola sepak?
Subjek A : Tak pernah cikgu.Subjek B : Hahaha, saya tak pandai cikgu.Subjek C : Tak pernah lah cikgu.Subjek D : Saya taknak main bola cikgu, susah.
Semua subjek menyatakan bahawa mereka tidak pernah bermain bola sepak.
2. Pernahkah anda melakukan aktiviti menanduk bola sepak ?
Subjek A : Eiii, mana pernah cikgu.Subjek B : Tanduk? Tak pernah pun.Subjek C : Tak pandai cikgu, sakit tau.Subjek D : Pernah, tapi sakit la cikgu.
Semua subjek menjawab bahawa mereka tidak pernah melakukan lakuan menanduk bola.
3. Tahukah anda bagaimana teknik untuk menanduk bola sepak ?
Subjek A : Teknik? Tak tau cikgu.Subjek B : Tak pandai pulak, tanduk ikut dan jela.Subjek C : Tak tau.Subjek D : Tak tau cikgu.
Kelima-lima subjek menyatakan bahawa mereka tidak tahu teknik yang betul semasa menanduk bola.
4. Adakah anda mempunyai keyakinan untuk menanduk bola ?
Subjek A : Tak, takut la cikgu.Subjek B : Saya takut la cikgu, nanti pedih kepala.Subjek C: Takdak cikgu, sebab tak best. Seram. Subjek D: Takda keberanian lagi nak
Dua subjek meyatakan mereka takut untuk menanduk bola. Manakala dua subjek lagi
tanduk. meyatakan mereka tidak mempunyai keyakinan untuk menanduk bola.
Hasil temubual menunjukkan murid tidak pernah serta tidak yakin untuk
menanduk bola. Mereka kurang bermotivasi kerana tidak didedahkan tentang kemahiran
asas menanduk sebelum ini, memandangkan permainan bola sepak lazimnya diminati
oleh kanak-kanak tanpa megira jantina. Contohnya, A, D dan C menyatakan tidak tahu
untuk melakukan kemahiran ini dalam transkrip temubual yang dijalankan. Saya
memang percaya dengan yakin bahawa pengetahuan dalam kemahiran sudah cukup
seterusnya mempengaruhi proses pembelajaran.
Temubual (Selepas Intervensi)
SOALAN JAWAPAN SUBJEK ANALISIS1. Adakah anda berasa seronok bermain bola sepak?
Subjek A : Tak cikguSubjek B : Kelmarin saya main dengan adik sayaSubjek C : Tak sangat, laki suka la main.Subjek D : Main petang semalam, syok.
2 orang subjek masih menjawab belum pernah bermain. Manakala 2 lagi subjek sudah menyatakan keseronokan bermain bola sepak.
2. Adakah anda berasa mudah untuk melakukan aktiviti menanduk bola sepak ?
Subjek A : Senang je, cikgu ajar dulu.Subjek B : Boleh la, hari dulu tu da buat.Subjek C : SenangSubjek D : .Mudah je
Kesemua subjek menyatakan mereka mudah untuk melakukan lakuan menanduk bola.
3. Tahukah anda bagaimana teknik untuk menanduk bola sepak ?
Subjek A : Tahu cikgu, guna dahi kan.Subjek B : Tahu, senang gila.Subjek C : Pandai laa cikgu, bukan susah pun.Subjek D : Tahu.
Keempat-empat subjek menjawab bahawa mereka tahu teknik menanduk yang betul.
4. Adakah anda mempunyai keyakinan untuk menanduk bola ?
Subjek A : Senang je, boleh la buat.Subjek B : Ada cikgu, cikgu ajar dah.Subjek C : Ada.Subjek D : Yakin la cikgu sebab dah pandai. Dulu takut.
Semua subjek menyatakan mereka yakin untuk melakukan aktiviti menanduk.
Rajah 6.4.5 : Graf perbezaan temubual sebelum dan selepas intervensi.
Berdasarkan rajah 6.4.5, graf temubual yang direkod oleh saya menunjukkan
murid dapat menerima aplikasi kaedah intervensi Confident Header yang diberikan
kepada mereka dalam tempoh 4 hari serta menunjukkan peningkatan. Kaedah
penerangan turut oleh dilakukan guru sepanjang sesi latihan yang diperuntukkan
kemudian diselang-selikan dengan penambahbaikan langkah demi langkah, dalam
meningkatkan lakuan menanduk yang ditunjukkan oleh subjek. Langkah intervensi yang
dirancang mengikut ansur maju memberi subjek kemampuan untuk menguasai
kemahiran menanduk yang betul dengan teratur (menjelaskan teknik lakuan yang betul).
Penggunaan langkah intervensi ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna
kepada murid. Bagi menjawab soalan kajian iaitu adakah intervensi Confident Header
dapat meingkatkan kemahiran asas menanduk pelajar tahun 5, dapatan menunjukkan
subjek yang telah menjalani latihan pemulihan memberi respon mereka tahu teknik
menanduk yang betul. Boleh dikatakan bahawa sebahagian nilai pendidikan yang
menjadi pegangan saya telah dapat direalisasikan apabila saya mengambil kira pengaruh
dan kesan penggunaan program pemulihan ini terhadap kumpulan sasaran ini.
6.4.6 Analisis Dokumen
Subjek A
Rajah 4 : Analisis Subjek A Sebelum Intervensi
Badan tidak dilentikkan ke
belakang.
Menanduk menggunakan
bahagian atas kepala.
Sebelah kaki tidak dibawa ke hadapan
Mata tidak memandang bola.
Rajah 4.1: Analisis Subjek A Selepas Intervensi
Analisis dokumen berpandukan gambar menunjukkan subjek A melakukan
beberapa kesalahan semasa melakukan kemahiran asas menanduk iaitu sebelum
menjalani intervensi. Di mana subjek hanya dapat melakukan 3 item iaitu membuka
tangan, mengerakkan badan kehadapan dan mata memandang bola. Rajah 4.1
menunjukkan lakuan menanduk subjek A selepas menjalani rawatan di mana kesalahan-
kesalahan semasa menanduk telah diperbetulkan. Subjek telah melakukan 6 item dari 7
item dalam lakuan menanduk.
Subjek B
Rajah 4.2 : Analisis Subjek B Sebelum Intervensi
Badan dilentikkan ke belakang.
Mata memandang bola.
Sebelah kaki dibawa ke hadapan
Tangan berada di sisi badan dan tidak dibuka.
Menanduk menggunakan dahi
dan titik kontek yang betul.
Kaki tidak dibuka dengan betul.
Mata tidak memandang bola
Badan dalam keadaan tegak.
Rajah 4.3: Analisis Subjek B Selepas Intervensi
Sebelum mengikuti program Confident Header subjek B telah melakukan
beberapa kesalahan dan hanya dapat menanduk menggunakan bahagian kepala yang
betul sahaja. Perkara ini dapat dikesan dalam lakuan asas menanduk berpandukan
analisis gambar yang dijalankan dalam rajah 4.2. Ini menyebabkan subjek gagal
menanduk dengan berkesan. Setelah menjalani program rawatan subjek telah
menunjukkan peningkatan dalam fasa lakuan menanduk. Subjek telah berjaya
memenuhi 5 item dalam lakuan menanduk
Membuka tangan ke sisi badan.
Kedua-dua kaki dalam kedudukan
yang betul.
Mata memandang bola.
Badan dilentikkan ke belakang dan dibawa
ke depan.
Subjek C
Rajah 4.4 : Analisis Subjek C Sebelum Intervensi
Rajah 4.5 : Analisis Subjek C Selepas Intervensi
Berdasarkan rajah 4.4 , subjek C gagal memenuhi mana-mana kriteria yang
diperlukan dalam menanduk. Setelah menjalani program Confident Header. Melalui
rajah 4.5 , gambar pegun yang dianalisis , subjek C telah menunjukkan peningkatan
dengan menguasai 4 dari 7 item yang diperlukan dalam lakuan ini.
Kedua-dua tangan digenggam dan
tidak dibuka.
Kaki tidak dibuka dengan betul.
Tidak memandang bola yang datang.
Menanduk menggunakan
bahagian kepala yang salah.
Menanduk menggunakan bahagian dahi.
Menanduk menggunakan bahagian dahi.
Kedua-dua tangan dibuka dengan
baik.
Kaki dibuka dengan betul.
Memandang bola yang datang.
Menanduk menggunakan bahagian dahi.
Rajah 4.6 : Analisis Subjek D Sebelum Intervensi
Rajah 4.7 : Analisis Subjek D Selepas Intervensi
Rajah 6.4.7 menunjukkan analisis dokumen dijalankan terhadap gambar pegun,
subjek D pada mulanya tidak dapat memenuhi lakuan yang betul dan masih melakukan
kesalahan yang ketara. Subjek hanya mampu melakukan dua pergerakan yang betul
semasa menanduk iaitu membuka kaki dengan betul dan boleh memandang arah bola.
Namun ia tidak mencukupi untuk menghasilkan lakuan yang betul dalam kemahiran ini.
Kemudian, Subjek D telah mengikuti program intervensi dan menunjukkan peningkatan
dalam penguasaan item-item lakuan menanduk berdasarkan rajah 6.4.8. Subjek telah
berjaya menguasai 6 dari 7 item yang disenaraikan.
Kedua-dua tangan tidak dibuka.
Badan dalam keadaan bongkok
kehadapan.
Tiada lentikan badan yang betul berlaku semasa menanduk
Menanduk menggunakan
bahagian kepala yang salah.
Melentikkan badan dengan betul .
Kedua-dua tangan dibuka.
Memandang bola yang datang.
Menanduk menggunakan dahi
dan titik kontek yang betul.
Subjek Penguasaan Item (0/7)A 6B 5C 4D 6
Rajah 6.4.7 : Penguasaan Item Berdasarkan Analisis Dokumen
Bagi mengumpul data dan menganalisis data tersebut, hasil daripada
penyelidikan ini telah diterjemahkan kepada graf bar. Rajah 6.4.8 menunjukkan setiap
subjek menunjukkan peningkatan dalam menguasai kemahiran asas menanduk. Graf
menunjukkan Subjek A dan Subjek D menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu sehingga
mencapai 6 item. Manakala Subjek C yang pada awalnya langsung tidak menguasai
sebarang item telah berjaya melaksanakan sehingga 4 item yang diperlukan. Di samping
itu juga, sebelum menjalani intervensi Subjek B hanya mengusai 1 item. Setelah
menjalani proses rawatan Subjek B telah menunjukkan peningkatan sehingga
menguasai 5 item dalam lakuan ini.
Rajah 6.4.8 : Graf Penguasaan Item Berdasarkan Analisis Dokumen.
6.5 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Sepanjang kajian ini dijalankan, segala kemahiran dan teknik yang perlu
dikuasai oleh murid telah terlaksana sebaik mungkin dan mencapai objektif yang
disasarkan. Hasil akhir yang dapat dicapai membuktikan objektif untuk meningkatkan
kemahiran asas menanduk murid perempuan Tahun 5 Kristal dalam permainan bola
sepak telah menunjukkan peningkatan walaupun tidak seratus peratus pencapaiannya.
Rajah 8 : Graf trangulasi 3 jenis pengumpulan data melalui peratusan.
Persoalan kajian yang diketengahkan sebelum ini mengenai adakah kaedah
Confident Header dapat meningkatkan kemahiran menanduk akhirnya telah terjawab
hasil dari penyelidikan yang dijalankan. Berdasarkan rajah 8, menunjukkan trangulasi
data di antara pemerhatian, temubual dan analisis dokumen menunjukkan kaedah ini
amat sesuai digunakan dalam meningkatkan kemahiran asas menanduk. Data yang
diperoleh semasa pemerhatian dan analisis akhir membuktikan kaedah ini membantu
murid yang bermasalah meningkatkan kemahiran asas menanduk. Kaedah Confident
Header yang digunakan ini juga telah berjaya meningkatkan keyakinan murid dalam
melakukan tandukan yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini. Sebelum kajian
dilakukan, segelintir murid gagal menguasai kemahiran menanduk kerana tiada
keyakinan diri untuk menanduk, namun selepas menjalani program intervensi ini
ternyata ia membantu meningkatkan keyakinan murid. Menurut Ludwig K (2001),
menyatakan pelajar perempuan yang sudah kerap melakukan kemahiran menanduk
boleh menanduk dengan baik dengan kelajuan dan titik sentuhan yang betul.
.
6.6 RUMUSAN dAN REFLEKSI
Kesimpulan keseluruhan kajian yang telah dijalankan menunjukkan murid
kurang mendapat pendedahan terhadap kemahiran menanduk yang sebenar daripada
guru sebelum ini. Melakukan aktiviti mengikut keselesaan diri dan perasaan takut juga
menyumbang kepada masalah ini. Ini dapat dibuktikan apabila terdapat beberapa murid
yang memejam mata dan menepis bola yang dilambung kerana takut menggunakan dahi
untuk menanduk. Selain itu, kemahiran ini juga jarang diaplikasikan oleh golongan
perempuan. Ini akan menyebabkan ingatan jangka panjang tentang kemahiran ini boleh
terjejas sekiranya tidak digunakan dalam jangka masa tertentu.
Secara keseluruhannya, kaedah Confident Header ini amat berkesan dilakukan
bagi meningkatkan kemahiran yang ingin dilakukan. Setiap kejayaan yang ingin
dikecapi mestilah melalui pengorbanan. Pengorbanan yang dimaksudkan di sini ialah
kesanggupan subjek untuk menghadiri program intervensi pada waktu petang selama 4
hari di sekolah. Disiplin yang tinggi membolehkan seseorang itu berpotensi mencapai
objektif kemahiran yang disasarkan.
Setelah kaedah ini dijalankan, subjek kajian telah berjaya menguasai 80%
kemahiran asas menanduk berbanding serbelumnya. Pengumpulan data akhir
membuktikan kaedah Confident Header membantu meningkatkan penguasaan
kemahiran. Secara amnya, program intervensi ini jelas dapat membantu pelajar dalam
meningkatkan penguasaan perlakuan kemahiran asas menanduk dalam permainan bola
sepak. Proses pengajaran dan pembelajaran turut dapat dijalankan dengan lebih
berkesan dan lancar melalui pengaplikasian kaedah “Confident Header” ini
6.7 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Sepanjang kajian ini dijalankan, kemahiran menanduk murid-murid yang
disasarkan telah berjaya ditingkatkan. Walaubagaimanapun, peningkatan ini tidaklah
mencapai seratus peratus. Di sini terdapat beberapa cadangan yang boleh diguna pakai
bagi memurnikan dan meningkatkan lagi kajian pada masa akan datang.
Pertama, masa dan tempoh perlaksanaan tindakan perlulah dipanjangkan lagi.
Memandangkan masa yang diberikan adalah terhad ia memberi kesan terhadap
intervensi yang dijalankan. Saya percaya sekiranya tempoh perlaksanaan program ini
dilanjutkan sudah pasti murid-murid boleh mencapai peningkatan yang lebih tinggi.
Selain itu, ganjaran dan motivasi perlu diberi keutamaan bagi menambahkan lagi
semangat dan minat murid untuk terus berjaya.
Antara cadangan lain yang boleh diketengahkan ialah mempelbagaikan lagi
jenis-jenis kemahiran menanduk. Seperti yang diketahui, kajian saya adalah lebih
berfokus kepada kemahiran asas menanduk. Apabila kemahiran asas ini sudah dikuasai,
murid-muird boleh didedahkan lagi dengan pelbagai lagi teknik menanduk seperti
menanduk sambil melompat, menanduk dinamik, tandukan sisi, dan sebagainya. Latihan
yang berterusan juga perlu dilakukan secara berkala bagi memstikan kemahiran-
kemahiran yang telah dikuasai tidak hanya berhenti di tengah jalan. Selain itu juga, saya
juga mencadangkan agar kaedah ini dapat melibatkan lebih banyak pihak terutamanya
murid-murid yang bermasalah dan apa yang lebih penting ialah kesungguhan tenaga
pengajar dalam menjadi pencetus kepada kejayaan program ini. Kejayaan akan
berkekalan hasil daripada amalan yang dilakukan oleh semua pihak sepanjang masa.
6.8 ANGGARAN KOS KAJIAN
Anggaran kos kajian
Bil. Jenis bahanKuantiti
X harga seunitJumlah
1 Kertas a4 1 X RM 12 RM 12
2 Dakwat printer laser 1 X RM 60 RM 60
3 Buku Catatan 1 X RM 4 RM 4
4 Fotostat 1 X RM 10 RM 10
7 Jumlah RM 86
SENARAI RUJUKAN
Alan Pearson. (2002). Speed, Agility and Quickness for Women Soccer. SohoSquare,London : A&c Black Publisher Ltd
American Sport Education Program. (2001). Coaching Youth Soccer. United State OfAmerica : Human Kinetics Publisher, Inc
Anna J. Egalite*, Daniel H. Bowen, Julie R. Trivitt. (2013). Athletic coaches andstudent achievement : Department of Education Reform, University of Arkansas,Fayetteville, AR, USA
Erkmen, Nurtekin. (2009). Evaluating the Heading in Professional Soccer Players byPlaying Positions : Journal of Strength & Conditioning Research, Volume 23 –Issue 6 –pp 1723-1728
Joseph A. Luxbacher. (2006). Bola Sepak : Meniti Tangga Kejayaan (Terjemahan).Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor
Mervyn B., Stuart B, Anne De Looy & Peter T. (1994). Get Ready For Soccer. GipsyLan Swindon : The Crowood Press
Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Gurudalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni : Journal ofGeneral Studies, 11, 121-122
Muhammad Hadi Saputra. (n.d). Analisis Penyebab Wanita Masuk Ke Dalam DuniaSuporter Sepak Bola : Jurnal Skripsi. ,2-4
Shunsuke Sunami dan Takeo Maruyama (2007). Analysis of Heading Motion for LethalDirection Football Science Vol 5, 7-17, 2007
Tierneyy, Michael Higgins, Shane V Caswell, Jessica Brady, Krista McHardy danKurosh Darvish (2008). SexDifferences in Head Acceleration During Heading While Wearing Soccer Headgear : Journal Of Athletic Training,43(6): 578–584.
Valerie T., Marion G. (2010). Woomen And Men In Sport Performance : The GenderGap Has Not Evolved Since 1983: Journal Of Sport Science And Medicine, 9,214 – 223
Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Sukatan Pelajaran Rendah Dah Menengah.Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Azizi Yahaya, Shahrin hashim, Yusof Abd Muthalib & Noordin Yahaya. KeberkesananAktiviti Ko-Kurikulum (Sukan) : Perbandingan di antara Sekolah MenengahTeknik dan Sekolah Menengah Akademik Harian. UTM Skudai Johor dan UitmCawangan Segamat
Ludwig K (2001). Kinematic Analysis Of Soccer Heading Technique. Diperolehi pada20 Februari 2015 daripada https://ojs.ub.uni-konstanz.de/cpa/article/view/3901
Lippincott Williams & Wilkins. Heading in Soccer—Could It Lead to Brain Injury?.Diperolehi pada 23 Februari2015 daripada http://www.wolterskluwerhealth.com/News/Pages/Heading-inSoccer%E2%80%94Could-ItLead-toBrain-Injury.aspx
LAMPIRAN 1
JADUAL PELAKSANAAN/CARTA GANTT
Bulan Januari Februari Mac Julai Ogos
Minggu Aktiviti 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4Cadangan Soalan Kajian Perbentangan Cadangan Merujuk Penyelia Literature Review Berdasarkan Cadangan Draf Proposal Membuat Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Mengenal Pasti Masalah Mencari Maklumat Berkaitan Dengan Kajian Mencari Tinjauan Literatur Berkenaan Analisis Data Tinjauan Awal Merancang Tindakan Menulis Proposal Perbincangan Bersama Penyelia Pembetulan Pencarian Kajian Lampau di UPSI Penyemakan Menghantar Kertas Cadangan Melaksanakan Tindakan - Aktiviti 1 (Spider Web) Melaksanakan Tindakan - Aktiviti 2 (Stick With Me) Melaksanakan Tindakan - Aktiviti 3(Knock It Down) Melaksanakan Tindakan - Aktiviti 4 (Hunting) Pengumpulan Data Selepas Intervensi Refleksi Kajian Penulisan Laporan Kajian Penulisan Artikel Kajian Penyemakan Terakhir
Pembentangan Dapatan Kajian LAMPIRAN 2
Bil Aktiviti Tarikh Catatan
1Cadangan Soalan Kajian 14 Januari 2015
2Perbentangan Cadangan 15 Januari 2015
3 Merujuk Penyelia 15 Januari 2015Perbincangan bersama penyelia, tunjuk ajar cara mencari kajian lampau
4Tinjauan Literatur Berdasarkan Cadangan 18 - 22 Januari 2015
Aplikasikan kemahiran mencari kajian lampau
5 Draf Proposal 25 - 31 Januari 2015Membuat sesi kolobrasi di perpustakaan Ipsah
6
Membuat Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 1 - 5 Februari 2015
Kegagalan Menguasai Kemahiran Mendarat dalam permainan bola jaring.
7Mengenal Pasti Masalah 1 - 5 Februari 2015
Menjalankan Sesi Pemerhatian, Temubual dan Analisis Dokumen
8
Mencari Maklumat Berkaitan Dengan Kajian 1 - 14 Februari 2015 Merujuk Buku Ilmiah di Perpustakaan
9Mencari Tinjauan Literatur Berkenaan 1 - 14 Februari 2015 Menggunakan e-Journal (PROQUEST)
10Analisis Data Tinjauan Awal 8 - 19 Februari 2015 Secara Berkumpulan dan Individu
11 Merancang Tindakan 28 Februari 2015Penyediaan Intervensi dan Jadual Pelaksanaan
12 Menulis Proposal 28 Februari - 4 Mac 2015 Secara Berkumpulan dan Individu
13Perbincangan Bersama Penyelia 5 Mac 2015
Perbincangan di sekolah tempat berpraktikum
14 Pembetulan 6 - 8 Mac 2015 Penyemakan dan penulisan semula
15Pencarian Kajian Lampau di UPSI 12 - 15 Mac 2015
Memperolehi Sumber Tinjauan Literatur Yang Berguna
16 Penyemakan Terakhir 19 Mac 2015 Disemak dan Dibaiki
17Menghantar Kertas Cadangan 29 Mac 2015 Diluluskan
18Melaksanakan Tindakan - Aktiviti 1 26 Julai 2015 1 Jam Sesi Latihan Intervensi
19Melaksanakan Tindakan - Aktiviti 2 27 Julai 2015 1 Jam Sesi Latihan Intervensi
20Melaksanakan Tindakan - Aktiviti 3 28 Julai 2015 1 Jam Sesi Latihan Intervensi
21Melaksanakan Tindakan - Aktiviti 4 29 Julai 2015 1 Jam Sesi Latihan Intervensi
22Pengumpulan Data Selepas Intervensi 30 Julai 2015
Menggunakan Instrumen Pemerhatian, Temubual dan Analisis Dokumen
23 Refleksi Kajian 31 Julai 2015Mengenalpasti Keberkesanan, Kekuatan dan Kelemahan
24Penulisan Laporan Kajian 1 - 8 Ogos 2015
Merujuk Kepada Penyelia dan Penyelaras
25 Penulisan Artikel 6 - 8 Ogos 2015 Merujuk Kepada Penyelia dan
Kajian Penyelaras
26
Penyemakan Laporan, Artikel dan Slide Pembentangan 9 - 10 Ogos 2015 Disemak dan Dibaiki
27Pembentangan Dapatan Kajian 18 - 20 Ogos 2015
SENARAI LAMPIRAN
Carta Gantt Lampiran 1
Jadual Pelaksanaan Lampiran 2
Surat Kebenaran Menjalankan Latihan Lampiran 3
Jadual Senarai Semak ( Sebelum Intervensi ) Lampiran 4
Jadual Senarai Semak ( Selepas Intervensi ) Lampiran 5
Permohonan Menjalankan Latihan (Intervensi) Lampiran 6
Permohonan Menjalankan Kajian Tindakan Lampiran 7
Ajmal Muhamad Bin Zulkiffili,Guru Pelatih Jabatan PJSS,IPGM Kampus Sultan Abdul Halim,08000 Sg. Petani, Kedah.__________________________________________________________________________________
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pantai PraiPadang Serai,Sungai Petani 08000,Kedah, 26 Jul 2015
Tuan/Puan,
PERMOHONAN MENJALANKAN LATIHAN (INTERVENSI)
Merujuk kepada perkara diatas, saya Ajmal Muhamad Bin Zulkiffili, 920314065117 merupakan pelajar
PISMP semester 8 dari Jabatan Pendidikan Jasmani, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim ingin memohon
kebenaran dari pihak Tuan untuk menjalankan latihan kemahiran menanduk dalam permainan bola sepak.
2. Pada semester ini, saya telah menjalankan satu kertas kerja kajian tindakan. Kajian yang akan
dijalankan bertajuk Confident Header Dapat Meningkatkan Kemahiran Asas Menanduk Bola Sepak
Murid Tahun 5.
3. Justeru itu, saya amat berharap agar Tuan dapat memberi kebenaran bagi menjalankan latihan
ini. Segala butiran mengenai modul latihan yang dirancang telah dikepilkan bersama surat permohonan ini
untuk diteliti.
Segala perhatian dan komitmen dari pihak Tuan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar ,
…………………………………
(Ajmal Muhamad Bin Zulkiffili)
920314065117
LAMPIRAN 3
Ajmal Muhamad Bin Zulkiffili,
Guru Pelatih Jabatan PJSS,IPGM Kampus Sultan Abdul Halim,08000 Sg. Petani, Kedah. 26 Jul 2015
Tuan/Puan,
PERMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN LATIHAN KEMAHIRAN MENANDUK
Merujuk kepada perkara diatas, saya Ajmal Muhamad Bin Zulkiffili, 920314065117 merupakan pelajar
PISMP semester 8 dari Jabatan Pendidikan Jasmani, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim ingin memohon
kebenaran dari pihak Tuan/Puan ………………………………………………… untuk membenarkan
anak jagaan ………………………………………………..menghadiri sesi latihan yang akan dijalankan.
2. Pada semester ini, saya telah menjalankan satu kertas kerja kajian tindakan. Kajian yang akan
dijalankan berkaitan dengan kemahiran mendarat dalam permainan bola sepak.
3. Justeru itu, saya amat berharap agar Tuan/Puan dapat memberi kerjasama untuk membenarkan
anak jagaan Tuan/Puan menghadiri sesi latihan ini. Segala butiran mengenai latihan yang dirancang telah
dikepilkan bersama surat permohonan kebenaran ini untuk diteliti.
Segala perhatian dan komitmen dari pihak Tuan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar ,
…………………………………
(Ajmal Muhamad Bin Zulkiffili)
920314065117
LAMPIRAN 6
Ajmal Muhamad Bin Zulkiffili,Guru Pelatih Jabatan PJSS,IPGM Kampus Sultan Abdul Halim,08000 Sg. Petani, Kedah.__________________________________________________________________________________
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pantai PraiPadang Serai,Sungai Petani 08000,Kedah, 14 Jan 2015
Tuan/Puan,
PERMOHONAN MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN
Merujuk kepada perkara diatas, saya Ajmal Muhamad Bin Zulkiffili, 920314065117 merupakan pelajar
PISMP semester 8 dari Jabatan Pendidikan Jasmani, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim ingin memohon
kebenaran dari pihak Tuan untuk menjalankan kajian tindakan berkenaan dengan kemahiran mendarat
dalam permainan bola jaring.
2. Pada semester ini, saya telah menjalankan satu kertas kerja kajian tindakan. Kajian yang akan
dijalankan bertajuk Confident Header Dapat Meningkatkan Kemahiran Asas Menanduk Bola Sepak
Murid Tahun 5.
3. Justeru itu, saya amat berharap agar Tuan dapat memberi kebenaran bagi menjalankan latihan
ini. Segala butiran mengenai modul latihan yang dirancang telah dikepilkan bersama surat permohonan ini
untuk diteliti.
Segala perhatian dan komitmen dari pihak Tuan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar ,
…………………………………
LAMPIRAN 7
(Ajmal Muhamad Bin Zulkiffili)
(920314065117)