Download - Latihan kertas 1
-
7/27/2019 Latihan kertas 1
1/12
LATIHAN 3Jawab soalan mudah dahulu1 Faham Memahami pilihan jawapan
2 Baca Baca ayat soalan.Fahami betul-betul soalan dan kesesuaiannya dengan pilhan jawapan
3 Kesan Kesan klu dalam ayat atau gambar yang dapat membantu memilih jawapan
4 Pilih Pilih jawapan paling tepat dan mengikut kehendak soalan
Soalan 1 berdasarkan gambar 1
1 Para penonton __________ tangan setelah menyaksikan
persembahan nyanyian berduet itu.
A bertepuk
B bersilang
C bertampar
D berpeluk
Gambar 1
Soalan 2 berdasarkan gambar 22 Sempena Hari Guru, Cikgu Siti Aminah __________ hadiah
daripada murid-muridnya.
A membeli
B menerima
C memberikan
D menyampaikan
Gambar 2
3 Nurfadilah seorang murid yang cemerlang. __________ pihak sekolah menganugerahinya
Tokoh Murid Cemerlang pada tahun ini.A Sejak itu
B Jika begitu
C Lantaran itu
D Namun begitu
Soalan 4 berdasarkan gambar 3
4 Pada pagi itu, Mak Cik Tipah sedang __________ air di
dapur.
A merebusB menanak
C mengukus
D menjerang
Gambar 3
-
7/27/2019 Latihan kertas 1
2/12
Soalan 5 berdasarkan gambar 4
5 Sempena perayaan Hari Guru, Wan Zalela telah memberi
__________ bunga kepada guru kelasnya.
A seikat
B setangkai
C sejambak
D sekuntumGambar 4
6 Nurul Shuhaibah __________ lembaran kamus itu untuk mencari makna perkataan yang
tidak difahami.
A memusing-musing
B membelek-belek
C mengkaji-kajiD melihat-lihat
Soalan 7 berdasarkan gambar 5
7 Encik Ahamad sedang ______ barang-barang dari
lorinya ke kedai runcit untuk dijual.
A memunggah
B memungut
C mengutipD menurun
Gambar 5
8 Beberapa orang daripada kumpulan pendaki gunung itu masih dalam perjalanan manakala
yang lain telah sampai di __________ nya.
A sisi
B hujung
C puncak
D pangkal
-
7/27/2019 Latihan kertas 1
3/12
Soalan 9 berdasarkan gambar 6
9 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah
____________ bangunan baharu itu.A merasmikan
B menubuhkan
C memansuhkan
D membubarkan
Gambar 6
Soalan 10 berdasarkan gambar 7
10 Shamsudin sedang __________ bola takraw yang dilambung
oleh apit kanannya.
A melibas
B merejam
C melontar
D memukulGambar 7
11 Puan Maria menghadiahkan __________ kalung mutiara kepada anak gadisnya sempena
ualang tahun kelahirannya yang ke dua belas.
A seuratB sebutir
C sebilah
D seuntai
12 Projek _________ kos rendah yang terbengkalai itu merupakan tempat pembiakan nyamuk
aedes.
A perumahan
B dirumahkan
C merumahiD merumahkan
-
7/27/2019 Latihan kertas 1
4/12
Soalan 13 berdasarkan gambar 8
13 Nur Afiqah berusaha __________ diri dengan kawan-kawan
di sekolah barunya.
A tersesuai
B kesesuian
C bersesuaian
D menyesuaikanGambar 8
Soalan 14 berdasarkan gambar 9
14 Lelaki itu jatuh __________ apabila kakinya tersepak
seketul batu yang agak besar.
A terduduk
B tersandar
C terjelepok
D terperosokGambar 9
Soalan 15 berdasarkan gambar 10
15 Puan Choo sedang __________ tepung untuk membuat kuih
donat.
A menguli
B mengaul
C meramas
D membancuh
Gambar 10
16 Beberapa __________ kayu api dan beberapa __________ papan lapis disusun di atas
para-para oleh datuk.
A puntung keping
B batang batangC ketul longgok
D ikat potong
-
7/27/2019 Latihan kertas 1
5/12
Soalan 17 berdasarkan gambar 11
17 Cik Linda hendak menyediakan juadah pada tengah hari itu,
dia sedang __________ bawang besar.
A meraut
B menyiang
C menghiris
D mengupas
Gambar 11
18 __________ para ibu bapa __________ para guru mestilah bekerjasama menangani
masalah disiplin murid masa kini.
A Bukan saja namun
B Walaupun tetapi
C Baik mahupun
D Kian kian
Soalan 19 berdasarkan gambar 12
19 Seekor siput kelihatan __________ di atas seketul batu yang
besar
A menjulur
B menyusur
C mengesot
D merangkak
Gambar 12
20 Ura-ura hendak mendirikan sebuah pasar raya di kawasan itu senyap begitu sahaja.
Perkataan seerti bagi ura-ura ialah
A Rancangan
B Cadangan
C Desakan
D Saranan
-
7/27/2019 Latihan kertas 1
6/12
Soalan 22Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
22 Para penonton tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan hakim pertandingan itu.
A berat sebelah
B berat tangan
C berat tulang
D berat hati
Soalan 23Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.
23 Sudah. Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu dengan keluarganya.
A Bilakah Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu?
B Sudahkah Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu?
C Dengan siapakah Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu?
D Mengapakah keluarga Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu?
Soalan 24Pilihjawapanyang betul bagi ayat tanya yang diberikan.
24 Siapakah yang akan merasmikan Karnival Borong Sakan itu?
A Saya rasa perasmi tidak penting.
B Karnival akan merasmikan Borong Sakan itu.
C Karnival Borong akan dirasmikan oleh Sakan.
D Jika tidak silap, Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
21 Melissa Chong kelihatan tenang sewaktu pembedahan ke atas bapanya dijalankan.
Perkataan berlawanan bagi tenang ialah
A kacau
B bosanC gelisah
D runsing
-
7/27/2019 Latihan kertas 1
7/12
Soalan 25Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25 Pihak kerajaan menggalakkan rakyat membeli barangan buatan tempatan bagi memulihkan
ekonomi negara.
A Rakyat disaran memulihkan ekonomi pihak kerajaan tempatan serta membeli barang-barang buatan negara.
B Rakyat dan pihak kerajaan bersetuju membeli barangan buatan tempatan untuk
memulihkan ekonomi negara.
C Rakyat dimestikan oleh pihak kerajaan membeli barangan buatan tempatan bagi
memulihkan ekonomi negara.
D Rakyat digalakkan oleh pihak kerajaan membeli barangan buatan tempatan bagi
memulihkan ekonomi negara.
Soalan 26 dan Soalan 27
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
26 I Amir tercicir bas sekolah kerana bangun lewat pagi tadi.II Isi di dalam kotak itu tercicir kerana bocor di bawahnya.
III Kakak tercicir tas tangannya sewaktu keluar daripada teksi itu.IV Nama Khalid telah tercicir daripada senarai pemain bola sepak sekolahnya.
ABCD
I dan II sahajaII dan III sahajaIII dan IV sahajaII, III dan IV sahaja
27 I Anak bongsu Raja Mahmud sedang beradu di kamarnya.II Peserta tarik tali itu beradu tenaga untuk menentukan juara.
III Mangsa rompakan beradu kejadian itu di balai polis berdekatan.IV Pasukan sekolah kami telah mendapat tempat kedua dalam beradu itu.
ABCD
I dan II sahajaI dan IV sahajaII dan III sahajaII dan IV sahaja
Soalan 28 hingga Soalan 30Pilih ayat-ayat yangbetul.
28 I Semua pelajar-pelajar diminta beratur semasa membeli makanan di kantin.
II Kita mesti belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang gemilang.
III Anisah tidak putus-putus menerima ucapan tahniah atas kejayaannya.
IV Di waktu pagi, puncak gunung itu diselubungi kabus tebal.
ABC
D
I dan II sahajaII dan III sahajaIII dan IV sahaja
I, II, III dan IV sahaja
-
7/27/2019 Latihan kertas 1
8/12
29 I Mengedar dadah adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang.
II Setiap golongan perlu bekerjasama untuk menjayakan wawasan negara.
III Lagu permintaan ini ditujukan kepada rakan-rakan yang mengenali dirinya.
IV Siew Fong berasa bangga kerana terpilih mewakili sekolah dalam perbahasan.
ABCD
I dan II sahajaII dan III sahajaI, II dan III sahajaI, II, III dan IV
30 I Penduduk Kampung Rahmat saling tolong-menolong membersihkan kawasan surau.
II Kedua-dua orang pengantin itu kelihatan berseri di atas pelamin.
III Bapa Jamalul adalah seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Seri Kandi.
IV Puan Lela menghidangi tetamunya dengan sepiring kuih abuk-abuk.
A
BCD
I dan II sahaja
I dan III sahajaII dan IV sahajaI, II dan IV sahaja
-
7/27/2019 Latihan kertas 1
9/12
Tips menjawab Pemahaman1 Baca dan faham Baca dan fahami petikan. Kemudian baca dan fahami soalan
2 Cari klu jawapan Garis klu dalam petikan
3 Sesuaikan Sesuaikan klu dengan pilihan jawapan
4 Pilih Pilih jawapan yang sesuai dengan klu yang ditanda atau digariskan. Pilih jawapan
kut kehendak soalan
Soalan 31-35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Jumaat, 14 Ogos 2010
Peserta perkhemahan berkumpul di padang SJKT Ladang Kaki Bukit untuk
perkhemahan tahunan. Cikgu R.Siva selaku penyelaras perkhemahan memberi taklimat
kepada semua peserta. Selesai taklimat, kami mula melakukan kerja-kerja mendirikan
khemah di kawasan yang disediakan. Pada malamnya, kami berkumpul di tempat yang
sama untuk aktiviti suai kenal.
Sabtu, 15 Ogos 2010
Seawal jam 7.00 pagi, semua peserta berbaris di padang untuk upacara menaikkan
bendera. Kami menyanyi lagu kebangsaan dengan penuh semangat. Ketua pasukan
membacakan ikrar dengan diikuti oleh semua peserta.
Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan memasak, kawad kaki,
ikatan dan ikhtiar hidup. Guru pembimbing banyak membantu kami. Pada sebelah malam,
kumpulan kami membuat persembahan lakonan dan nyanyian. Kami semua amat terhibur.
Sebelum bersurai, kami diberi taklimat untuk aktiviti yang akan dijalankan pada hari
esoknya.
Ahad, 16 Ogos 2010
Sebagaimana yang diberitahu oleh guru pembimbing, aktiviti kembara pada hari
ketiga ini amat memenatkan. Kami memulakan aktiviti ini pada pukul 7.30 pagi.
Sepanjang aktiviti kembara, kami perlu berjalan kaki sejauh lebih kurang 10 kilometer
secara berpasukan, merentasi belukar, menyeberang anak sungai dan mendaki bukit. Ada
antara kami yang basah separuh badan kerana terjatuh ke dalam anak sungai. Semua
peserta selamat sampai lebih kurang jam 12.00 tengah hari.
Aktiviti perkhemahan berakhir pada pukul 5.00 petang. Guru Besar, Encik
S.Ravichandran menutup rasmi program perkhemahan ini. Sebelum pulang, kami
bergotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan.
Pencatat : Nancy a/p Ramasamy
-
7/27/2019 Latihan kertas 1
10/12
31 Penulis mencatat tentang
A acara persembahan.
B perkhemahan tahunan.
C aktiviti kembara.
D aktiviti suai kenal.
32 Siapakah yang menyempurnakan majlis penutupan perkhemahan tersebut?
A Penyelaras perkhemahan
B Ketua pasukan
C Guru besar
D Guru pembimbing
33 Penulis mengatakan aktiviti kembara amat memenatkan kerana
A perlu sampai pada pukul 12.00 tengah hari.
B berjalan kaki sejauh 10 kilometer.
C bermula pada pukul 7.30 pagi.
D terjatuh ke dalam sungai.
34 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
A Para peserta terdiri daripada murid-murid SJKT Ladang Kaki Bukit.
B Perkhemahan tahunan diadakan selama tiga hari dua malam.
C Acara persembahan diadakan pada malam kedua.
D Cikgu R. Siva merasmikan perkhemahan tahunan.
35 Rangkai kata memberi taklimatdalam petikan bermaksud
A menyampaikan penerangan.
B menghebahkan berita.C mengumumkan keputusan.
D menyebarkan risalah.
-
7/27/2019 Latihan kertas 1
11/12
Soalan 36 - 40
Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Samad melihat ibunya yang terlantar sakit itu. Dia terpaksa menjaga ibunya itu sejak
ayahnya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya tiga tahun yang lalu.Pandangan Salleh tertumpu pada suatu ruang. Buku-buku sekolahnya sudah lapan hari
tidak diusik. Dia tidak dapat pergi ke sekolah kerana kesihatan dan keselamatan ibunya lebih
penting.
Jam dinding menunjukkan pukul 10.00 pagi. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk orang.
Samad mendapati ketua kampung dan guru kelasnya datang ke rumahnya bersama-sama Ah
Meng dan Tanaseelan. Mereka ingin membantu Samad dan ibunya.
Samad, kami akan membawa ibu kamu ke hospital sekarang, kata Cikgu Jamal.
Sementara ibu kamu dirawat, kamu boleh tinggal bersama-sama dengan pak cik, kata
Pak Cik Ramli, Ketua Kampung Linau.
Sudah seminggu kamu tidak ke sekolah, Samad. Tahun ini kita akan menduduki UPSR.
Mengapakah awak tidak pernah menceritakan hal ini kepada kami semua ? tanya Ah Meng.
Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Biarlah kepayahan ini saya tanggung sendiri,
kata Samad dengan nada sebak.
Samad, kita mestilah saling membantu. Samad dan ibu akan dibantu sepenuhnya oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pak cik akan memastikan kehidupan Samad lebih terurus
selepas ini, kata Pak Cik Ramli.
Samad hanya tunduk membisu. Kemudian dia melihat ibunya dibawa masuk ke dalam
kereta.
36 Samad menjaga ibunya sejak
A kesusahan hidup diketahui oleh guru kelasnya.
B ketua kampung datang ke rumahnya.
C ayahnya meninggal dunia.
D seminggu yang lalu.
37 Siapakah Ramli ?
A Guru kelas Samad
B Ketua Kampung Linau
C Rakan kelas Samad
D Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat
38 Samad tidak pernah mengadu masalahnya kepada orang lain kerana
A akan menduduki UPSR.
B telah mendapat bantuan.
C tidak mahu menyusahkan sesiapa.
D tidak mahu tinggal bersama-sama Pak Cik Ramli.
-
7/27/2019 Latihan kertas 1
12/12
39 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A Samad membawa ibunya ke hospital.
B Ah Meng, Tanaseelan dan Cikgu Kamal berkawan.
C Pak Cik Ramli mengabaikan tanggungjawabnya.
D Samad dan ibunya akan mendapat bantuan.
40 Rangkai kata lebih terurus dalam petikan bermaksud
A semakin teratur.
B bertambah tenteram.
C banyak masa.
D murah rezeki.