Transcript
Page 1: LATIH TUBI 1 SASTERA

klinik kesusasteraan melayu spm WEDNESDAY, JULY 29, 2009

latih tubi 1

Soalan Esei

5. Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikut:

Ayu Zahira mengenang diri, sepuluh tahun dulu, waktu menjadi simpanan ulung, adakah begitu situasinya? Adakah begitu ketulan daging dan tulang yang masih lembik dibalut kulit. Dan dia mendengar bisik-bisik simpanan baru ini dari timbunan kertas-kertas yang menjadi calon pembakaran.Kenangan itu memecah dasar seketul daging berwarna merah kehitaman, mencuit rasa hiba dan nostalgia pilu.(Dipetik daripada cerpen Ayu Zahira MasihDi Sini, Karya Siti Aisah Murad)

a) Nyatakan stail penulisan dalam petikan di atas.(10 m)b) Jelaskan amanat yang terdapat dalam cerpen tersebut.(10 m)6. Berdasarkan novel Restu karya Ismail Kassan.

“Pengarang berjaya memaparkan pelbagai nilai kemasyarakatan dengan berkesan”

(a) Huraikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai.(12 m)(b) Nyatakan mesej yang ingin ditonjolkan oleh pengarang dalam novel tersebut.(8 m)Skema Jawapan

5 (a) (i) Stail penulisan – menggunakan teknik imbas kembali 1 mContoh : Ayu Zahira mengenang diri, sepuluh tahun dulu 1 m(ii) Perlambangan 1 mContoh : simpanan ulung 1 m(iii) Kata ganda 1 mContoh : bisik-bisik 1 m(iv) Repetasi 1 mContoh : dan 1 m(v) Metafora 1 m

Page 2: LATIH TUBI 1 SASTERA

Contoh : calon pembakaran 1 m(vi) Hiperbola 1 mContoh : seketul daging berwarna merah hitam 1 m(vii) Penggunaan ayat panjang 1 mContoh : Dan dia mendengar .........calon pembakaran 1 m[Maksimum : 10 m]

(b) (i) Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan 2 m(ii) Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan 2 m(iii) Kita janganlah membuang zuriat yang telah dikurniakan oleh Tuhan 2 m(iv) Kita hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab sesama insan 2 m(v) Kita hendaklah menjauhi perkara-perkara yang dilarang 2 m(vi) Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain 2 m[Maksimum : 10 m]

6 (a) (i) Kerjasama 1 mContoh : Majlis pelancaran Kempen Kemajuan Kampung 1 m(ii) Muafakat 1 mContoh : Mengadakan perjumpaan di balai raya untuk menyelesaikanmasalah geran tanah 1 m(iii) Penyayang 1 mContoh : Keluarga Pak Usop menyayangi Yazid dan Ikram sepertikeluarga sendiri 1 m(iv) Hormat-menghormati 1 mContoh : Yazid menghormati pandangan dan nasihat Pak Usop 1 m(v) Menyeleweng kuasa 1 mContoh : Tok Leman sebagai penghulu menggunakan wang masyarakatuntuk tujuan diri sendiri 1 m(vi) Suka menyebar fitnah 1 mContoh : Yazid difitnah cuba membunuh Tok Leman 1 m(vii) Anti pembangunan 1 mContoh : Rozali dan konco-konconya mencuri dan merosakkan peralatan untuk tujuan pembinaan kunci air 1 m

(v) Prihatin 1 mContoh : Cikgu Maimunah/Cikgu Rahman membantu Ikram menjelaskanyuran sekolah 1 m [Maksimum : 12 m]

(b) (i) Kita hendaklah membantu mereka yang memerlukan 1 mContoh : Cikgu Maimunah membantu Ikram 1 m(ii) Kita hendaklah muafakat dalam menyelesaikan masalah 1 mContoh : Yazid, Pak Usop dan orang-orang kampung mengadakanperjumpaan di balai raya untuk menyelesaikan masalah gerantanah 1 m(iii) Kita hendaklah menghormati nasihat atau pandangan orang yang lebih tua daripada kita dalam neghadapi sesuatu situasi atau membuat

Page 3: LATIH TUBI 1 SASTERA

keputusan 1 mContoh : Yazid menghormati nasihat Pak Usop agar meminta maafkepada Tok Leman setelah berlaku pergaduhan 1 m(iv) Kita janganlah menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan 1 mContoh : Tok Leman menggunakan wang orang kampung yang telahdiamanahkan kepadanya untuk mendapatkan geran tanah 1 m(v) Kita janganlah suka menabur fitnah kerana kesannya boleh merosakkanmasyarakat 1 mContoh : Yazid difitnah cuba membunuh Tok Leman hingga menyebabkan dia terpaksa melarikan diri meninggalkankeluarga dan kampung 1 m(vi) Kita janganlah menjadi penghalang kepada pembangunan di kampung 1 mContoh : Rozali dan konco-konconya telah mencuri simen dan merosakkan peralatan untuk projek pembinaan pintu air 1 m[Maksimum : 8 m] Skema Jawapan5. (a) • menggunakan teknik imbas kembali. Contoh Ayu Zahira mengenang diri, sepuluh tahun dulu.• Perlambangan. Contoh simpanan ulung.• Kata ganda. Contoh bisik-bisik.• Repetasi. Contoh dan.• Metafora. Contoh calon pembakaran.• Hiperbola. Contoh kenangan itu memecah dasar seketul daging berwarna merah.• Penggunaan ayat panjang. Contoh dan dia mendengar.....calon pembakaran.

Maksimum 10 markah(b)Satu isi 2 markah• Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah.• Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan.• Kita janganlah membuang zuriat yang telah dikurniakan oleh Alah.• Kita hendaklah mempunyai rasa tanggungawab sesama insan.• Kita hendaklah menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh agama.• Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain.

Maksimum 10 markah.6. (a)• Kerjasama. Contohnya, masyarakat kampung penarik bekerjasama menjayakan majlis pelancaran kempen kemajuan kampung.• Muafakat. Contohnya, masyarakat kampung mengadakan perjumpaan di balai raya untuk menyelesaikan masalah geran tanah.• Penyayang. Contohnya, keluarga pak usop menyayangi Yazid dan Ikram seperti keluarganya sendiri.

Page 4: LATIH TUBI 1 SASTERA

• Hormat menghormati. Contohnya, Yazid menghormati pandangan dan nasihat Pak Usop.• Perihatin. Cthnya Cikgu Maimunah membantukan Ikram menyelesaikan yuran sekolah.• Menyeleweng kuasa. Cthnya, Tok Leman sebagai penghulu menggunakan wang masyarakat untuk kepentingan sendiri.• Suka menyebar fitnah.cthnya, Yazid difitnah cuba membunuh Tok Leman.• Anti pembangunan.cthnya, Rozali dan kuncu-kuncunya mencuri dan merosakkan peralatan pembinaan kunci air.

Maksimum 12 markahBahagian A

1. Burung merpati terbang ke awanBeriring dengan burung helangTidak seperti Raja PahlawanBerani mati bertindih tulang

Beriring dengan burung helangBermain api mencari ruangBerani mati bertindih tulangItu namanya hidup berjuang

a. Apakah jenis puisi di atas

………………………………………………(1 markah)

b. Nyatakan tiga ciri puisi di atas

……………………………………………….(3 markah)

Jawapan

a. Puisi di atas ialah pantun berkait.

b. Ciri-ciri puisii. Baris kedua rangkap pertama akan menjadi baris pertama rangkap kedua pantun (1m)ii. Baris keempat rangkap pertama akan menjadi baris ketiga rangkap kedua (1m)iii. Terdiri dari 2 rangkapiv. Rima akhir sama iaitu abab

2. Kalau ia aku asal-berasalTurun temurun memerintah negeriSebelah menyebelah

Page 5: LATIH TUBI 1 SASTERA

Aku mengambil tanah ini ialah mengambil rakyat tenteraku di dalam negeri ini( dipetik daripada Hati Terkenang Mulut Menyebut) a. Ucapan di atas ialah daripada jampi mentera yang diucapkan. Siapakah yang mengucapkan jampi mentera tersebut?

………………………………………………………………….. (1 markah)b. Nyatakan kesan pengucapan jampi mentera itu

………………………………………………………………….. (3 markah)

Jawapan

a. Datuk Malim Hitam

b. Kesan pengucapan i. tanah tiga kepal yang diambil Datuk Malim Hitam telah bertukar menjadi 3 buah negeriii. Negeri itu lengkap dengan kota, tentera dan rakyat

3. Berdasarkan cerita Adat Istiadat Melayu Perak, susunkan strukur pemerintah negeri Perak dengan melengkapkan rajah di bawah :

Sultan

i

Raja Kecil Besar

ii

iii

iv

Raja Kecil Bongsu Muda

Jawapani. Raja Mudaii. Raja Kecil Mudaiii. Raja Kecil Tengahiv. Raja Kecil Bongsu

4. bukan selalu pergi ke luar negeribukan senang meninggalkan kerja rasmibila berada di luar tanah air

Page 6: LATIH TUBI 1 SASTERA

nampak hidup atau tidaknya kampung halamanyang dipandang dari keinsafan kerakyatandengan lebih tajam dan senyum penuh ertidengan geram dan pertanyaan minta jawapan segera(dipetik daripada Bacalah Dalam Bahasamu, Jilid A)

a. Berikan maksud anafora serta contohnya berdasarkan petikan sajak di atas

………………………………………………………………. (2 markah)b. Nyatakan satu nilai murni berdasarkan petikan di atas

……………………………………………………….. ( 2 markah)

Jawapan

a. Anafora bermaksud pengulangan kata pada awal baris secara berturutanContohnya : bukandengan

b. Nilai murni terdapat dalam petikan di atas ialah keinsafanContohnya penyajak berasa insaf apabila berada di luar negeri kerana tanah airnya aman dan damai

Bahagian B

1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

GURINDAM DUA BELASIni Gurindam Fasal Kelima

Jika hendak mengenal orang berbangsaLihat kepada budi dan bahasa

Jika hendak mengenal orang yang berbahagiaSangat memeliharakan yang sia-sia

Jika hendak mengenal orang muliaLihatlah kepada kelakuan dia

Jika hendak mengenal orang yang berilmuBertanya dan belajar tiadalah jemu

Jika hendak mengenal orang yang berakalDi dalam dunia mengambil bekal

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai

Page 7: LATIH TUBI 1 SASTERA

Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai

RAJA ALI HAJI

a. Jelaskan maksud tiga rangkap pertama gurindam ini ( 6 markah)b. Huraikan bentuk gurindam di atas (8 markah)c. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam gurindam ini (6 markah)

Jawapan

a. Maksud gurindam

- Rangkap pertama menjelaskan peribadi seseorang yang dapat dikesan melalui tutur kata dan budi bahasanya (2m)- Rangkap kedua pula mengenai orang yang berbahagia dalam hidup mereka. Mereka ialah golongan yang tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah (2m)- Rangkap ketiga menjelaskan tentang orang yang mulia dapat dikesan melalui tingkah lakunya yang berhemah dan bersopan santun (2m)

b. Bentuk gurindam

- Gurindam dua belas mempunyai 6 rangkap 1m- setiap rangkap mempunyai dua baris/ samaContoh R1- R6 2m- Rima akhir setiap rangkap ialah sama iaitu aaContoh R1 –R6 2m- Jumlah perkataan/ suku kata setiap baris hampir samaContoh Jika hendak mengenang orang mulia (5 perkataan)Lihatlah kepada kelakuan dia (4 perkataan) Jika hendak mengenang orang yang berilmu (13 sukukata)Bertanya dan belajar tidaklah jemu (12 sukukata) 2m- Bentuk gurindam adalah terikat (2m)

b. Pengajaran- Kita hendaklah mencari ilmu untuk menambah pengetahuan (2m)- Kita hendalah rajin bertanya supaya mudah mendapat ilmu (2m)- Kita mestilah menjaga tingkah laku supaya kita dihormati tidak kira di mana berada (2m)- Kita hendaklah mempelajari ilmu untuk bekalan di akhirat (2m)- Kita mestilah menjaga tutur kata dan berbudi bahasa supya kita sentiasa dihormati (2m)

2. Berdasarkan cerita Usul Menunjukkan Asal daripada teks Hati Terkenang Mulut Menyebut

Page 8: LATIH TUBI 1 SASTERA

a. Huraikan citra masyarakat dalam cerita tersebut (10 markah)b. Bandingkan perwatakan Galuh Cendera Kirana dengan Galuh Ajeng (10 markah)

Jawapan

a. Citra masyarakat- Masyarakat JawaContoh Negeri Daha dan Kuripan 2m- Masyarakat feudalContoh Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang berkuasa mutlak 2m- Masyarakat istanaContoh Cerita berkisar di kalangan masyarakat istana Daha dan Kuripan 2m- Masyakat yang menjadikan ibubapa sebagai penentu jodoh anak-anakContoh Ratu Daha dan Kuripan menerima/ menjodohkan GCK dengan Raden Inu Kertapati 2m- Masyarakat iri hati/ cemburuContoh Paduka Liku dan GA iri hati dengan pertunangan GCK dengan Raden Inu Kertapati 2m- Masyarakat yang mempercayai ilmu guna-gunaContoh Paduka Liku meminta menteri iaitu sepupunya mencari ubat guna-guna untuk menundukkan Ratu Daha 2m- Masyarakat taat kepada pemerintahContoh ken Bayan dan Ken Sanggit setia kepada GCK 2m

b. Pebandingan GCK dengan GA

- Kedua-duanya masih kanak-kanak- Kedua-duanya anak Ratu Daha- GCK anak Permaisuri manakala GA anak Paduka Liku- GCK watak protagonis manakala GA watak antagonis- GCK berketurunan bangsawan manakala GA berketurunan gundik- GCK watak utama manakala GA watak pembantu- GCK baik hati sebab itu dia disukai oleh dayang-dayang manakala GA busuk hati/ suka mengada-ngada sebab itu dibenci dayang-dayang- GCK banyak mendiamkan diri walaupun tidak berpuas hati dengan GA manakala GA mengadu kepada Ratu Daha- GCK kematian ibu setelah diracun manakala GA ibunya masih hidup

Bahagian satu:1. Baca puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya;

Page 9: LATIH TUBI 1 SASTERA

Gurindam Dua Belas(Ini gurindam fasal yang kelima)

Jika hendak mengenal orang yang berilmu,Bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal,Di dalam dunia mengambil bekal.

a). Nyatakan dua ciri puisi di atas?i. ……………………………………..ii. ……………………………………..(2 markah)b). Berikan dua nilai murni yang terdapat dalam puisi di atas.i. ……………………………………..ii. ……………………………………..(2 markah)

2. Puteri Rantai Mas pun menangislah mengenangkan adinda Bongsunya lalu beradu. Waktu tengah malamnya, baginda terkejut, lalu berkata, “Dayang-dayang,pergi jumpa kekanda Temenggung.”(Dipetik daripada Hati Terkenang Mulut Menyembut-Cerita Tiga Negeri Semawar)

a). Nyatakan peristiwa yang menyebabkan Puteri Rantai Mas menangis.

……………………………………………………………………………………(2 markah)b). Berikan dua perwatakan Puteri Rantai Mas.

i. ……………………………………………………………………………ii. ……………………………………………………………………………(2 markah)

3. Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan berikut;

Kata orang yang empunya ceritera ini, puaslah sudah mereka mencari bunga itu,

jangankan diperoleh, khabarnya pun tiada dapat. Maka baginda pun duduklah dengan bercibtakan matanya, tiada lain kerjanya, hanyalah menangis malam dan siang, laksana Nabi Allah Yaakub tangiskan anakandanya Yusof itu.

a). Apakah khasiat bunga bakawali?……………………………………………………………………………………(2 markah)

Page 10: LATIH TUBI 1 SASTERA

b). Nyatakan dua unsur gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas.

i. ……………………………………………………………………ii. ……………………………………………………………………(2 markah)4. Betapa lama ditinggalkanKasihku bersinar gemilangWalaupun salji putih menimbunAngin Santa Anna dari Los Angeles membadaiDan gempa bumi California menghancurkanAku tetap anak negaraMalaysia negara kekasih.(Dipetik daripada sajak Surat dari San Francisco – Anis Sabirin)a). Nyatakan nada yang terdapat dalam petikan sajak di atas beserta contoh………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………(2 markah)b). Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas.i. ………………………………………………………………………ii. ………………………………………………………………………(4 markah)

Bahagian Dua:

Berdasarkan Sajak Peta Bahasa (BBM (B) m.s. 157)

a). Berdasarkan sajak di atas huraikan apakah tema yang terdapat dalam sajak tersebut?(4 markah)b). Huraikan bentuk sajak di atas (6 markah)c). Huraikan keindahan bahasanya. (10 markah)

Skema:

Ceraian (a). Tema

i. Perkembangan bahasa Melayu 2mii. Bahasa Melayu telah berkembang ke serata tempat 2miii. Penutur yang luas , alam Melayu, Afrika, Sri Lanka dan seluruh dunia 2mmaksima : 4 markah

Ceraian (b) bentuk sajak

i. Jumlah rangkap 3 rangkap 1mii. Jumlah baris serangkap tidak sama 1miii. Rangkap 1 terdapat 12 baris 1m

Page 11: LATIH TUBI 1 SASTERA

iv. Rangkap 2 terdapat 10 baris 1mv. Rangkap 5 terdapat 5 baris 1mvi. Jumlah perkataan sebaris tidak sama 1 – 4 sebaris 1mvii. Jumlah sukukata sebaris tidak seragam 4 – 9 sukukata sebaris 1mviii. Kesimpulan – tidak seragam / sekata 1mmaksima 6 markahCeraian ( c ) Huraikan

i. Asonansi Cth: ke Petani, Deli dan Inderagiri 2mii. AliterasiCth: terus mekar menyalar 2miii. Repitasi ke di awal barisCth: ke Siak…ke Ambon 2miv. Perulangan barisCth: Peta bahasaku(R2)Peta bahasaku(R3) 2mv. SimileCth: bak akar menjalar 2mvi. Diksi tepatCth: rumpun Melayu 2mvii. SinkofCth: bahasaku 2m

Prosa Tradisional : Pantun Berkaitan (Kepahlawanan)

a). Nyatakan jenis puisi tersebut? 2 mb).Bincangkan ciri-ciri puisi tersebut? 10 mc).Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas? 8 m

Skima:Ceraian (a) Jenis puisi- Pantun berkait 2m

Ceraian (b) ciri-ciri puisi

i. Bentuk terikat 2mii. Terdiri pembayang dan maksud- baris 1 dan 2 adalah maksud- baris 3 dan 4 adalah maksud 2miii. Mempunyai 7 rangkap 2miv. Bilangan baris dalam serangkap sama iaitu 4 baris serangkap 2mv. Jumlah patah perkataan 4 hingga 5 patah perkataan 2mvi. Jumlah suku kata 8 hingga 12 suku kata 2m

Page 12: LATIH TUBI 1 SASTERA

vii. Rima akhirnya ab, ab 2m

Ceraian ( c ) Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut.i. Kita hendaklah sentiasa berwaspada supaya tidak menjadi mangsakecuaian diri sendiri 2mii. Kita mestilah sanggup berjuang mempertahankan tanah air 2miii. Kita hendaklah mengenang dan menghargai jasa pejuang tanah air 2miv. Kita janganlah menjadi pengkhianat bangsa kerana penting diri sendiri 2mv. Kita hendaklah sanggup berkorban demi begara tercinta 2m

Soalan 2 Prosa Tradisional

Cerita Usul Menunjukkan Asal

a). Berikan ciri-ciri cerita Panji 12 markahb). Huraikan unsur-unsur Hindu – Jawa yang terdapat dalam ceritatersebut. 8 markah

Skema Jawapan:

Ceraian (a) Ciri-ciri Cerita Panji

i. Menggambarkan keagungan raja-raja dan keturunannya 2 mii. mempunyai tema yang sama unsur pengembaraan/percintaan 2 miii. Lebih mengutamakan cerita berbanding pelakonnya 2 miv. Ceritanya selalu berpindah dari satu tempat/ negeri ke suatu negeri 2mv. melibatkan 3 negeri – Daha, Kuripan, dan Gagelang 2mv. Pengaruh unsur Hindu – jawa 2mvi. Akhir cerita kemenangan kepada wira / wirawati 2mvii. Unsur mitos / kekuatan luar biasa 2mviii. Unsur penyamaran 2m

Ceraian (b) Unsur Hindu – Jawa

Unsur Hindu- Dewata – pertapaan yang berkaitan dengan kesaktian 2m- Pelukisan watak yang bermoral tinggi watak penting dalamkitab Hindu 2m

Unsur Jawa-Dapat dilihat dari segi latar tempatCth: Kuripan 2m

-Nama watakCth: Raden Galuh Cendera Kirana 2m

Page 14: LATIH TUBI 1 SASTERA

4 weeks ago

SMK TENGKU INDRA PETRA 1

SUASANA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

1 month ago

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Utama

Portal Pendidikan Utusan

Berita Harian

Followers

Blog Archive

▼   2009 (55)

o ▼   July (32)

NOTA NOVEL RESTU

pengenalan BLOG

KAJIAN CERPEN 1

KOLEKSI NOTA 2

KOLEKSI NOTA 1

NOTA PROSA TRADISIONAL-USUL MENUNJUKKAN ASAL

nota gurindam

NOTA PANTUN

SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU 2002

SOALAN SPM KM 2003

SOALAN SPM 2004

Page 15: LATIH TUBI 1 SASTERA

SOALAN SPM KM 2005

SOALAN SPM KM 2006

NOTA SYAIR

TEKNIK MENJAWAB KM

LATIH TUBI CERPEN

LATIH TUBI SAJAK

latih tubi 1

SOALAN PEPERIKSAAN UB12009

RENUNGAN AGAMA

KOLEKSI 3 PROSA TRADISIONAL (HIKAYAT ALI BADA

SYAH...

KOLEKSI NOTA 4 PROSA TRADISIONAL(PAHLAWAN

TERBILAN...

KOLEKSI NOTA 5 PROSA TRADISIONAL(BUNGA BAKAWALI)

NOTA PENGENALAN GENRE PROSA TRADISIONAL

WAYANG KULIT SAID JADI RADIO

LATIH TUBI 2

SOALAN KM 1

SOALAN KM 2

SOALAN KM 3

KAEDAH PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

KEBESARAN ILAHI

GAMBAR KEBESARAN ALLAH S.W.T

o ►   August (9)

LATIHAN BULANAN

LATIHAN SAJAK

ISTILAH GAYA BAHASA

UNSUR BUNYI

CARA MENJAWAB CIRI-CIRI /BENTUK SAJAK@ PUISI

TRADI...

GAYA BAHASA

TEKNIK MENJAWAB KERTAS KESUSASTERAAN MELAYU

latihan puisi tradisional 1

jawapan latihan puisi tradisional 1

o ►   September (13)

nota ringkas cerpen gajah putih

nota ringkas cerpen pawana

nota ringkas cerpen wisata

Page 16: LATIH TUBI 1 SASTERA

nota ringkas cerpen rimbaku airmataku

nota ringkas cerpen mereka tidak mengerti

nota puisi tradisional-syair pedoman hidup

nota puisi tradisional-seloka emak sirandang

jom dengar lagu jap..tenangkan fikiran

latihan novel restu

soalan latih tubi menjelang spm 1

soalan latih tubi menjelang spm 2

soalan latih tubi menjelang spm 3

soalan latih tubi menjelang spm 4

o ►   October (1)

hilayat ali bada syah

About Me

cikgufizzsmart

lulusan usm pulau pinang tahun 2003 dalam jurusan ijazah sarjana muda sastera

dengan pendidikan (kepujian).pernah bertugas di negeri sarawak iaitu di sekolah

menengah kebangsaan toh puan datuk patinggi hajjah normah daro ,mukah

selama 5 tahun..

View my complete profile

 


Top Related