1
2
3
LAPORAN TAHUNAN KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD
2015 ANNUAL REPORT
4
IBU PEJABAT
KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD
Bil Pendaftaran: 4958
Tarikh Pendaftaran: 23 September 1974
Tingkat 2A, Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat,
No. 33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-2273314 / 3315 / 3609
No. Faksimili : 03-22741314
PREMIS PERNIAGAAN LAIN
AR RAHNU X’CHANGE JALAN OTHMAN
No.23, Jalan Othman,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel :03-77814878 Fax: 03-77815878
AR RAHNU X’CHANGE SG BESI
28-G Jalan Tasik Utama 5,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-90548760 Fax: 03-90548745
AR RAHNU X’CHANGE TAMAN SELASEH
No. 15, Jalan PPS 1,
Pusat Perdagangan Selaseh,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-61785586 Fax: 03-61785686
AR-RAHNU X’CHANGE HULU LANGAT
No. 40 Jalan Seri Mas,
Taman Seri Mas,
43100 Hulu Langat, Selangor
Tel: 03-90215986 Fax: 03-90214986
AR-RAHNU X’CHANGE BANDAR KINRARA
ZP-G-17, Zest Point
Lebuhraya Bukit Jalil, BK9 Bandar Kinrara,
47180 Puchong, Selangor
Tel: 03-80801586 Fax: 03-80806586
5
KAFETERIA & KEDAI SERBANEKA SEKATARAKYAT
Tingkat Bawah,
Kampus UNIRAZAK, Bangunan Bank Rakyat,
Jalan Tangsi, 50460 Kuala Lumpur.
MEDAN SELERA & KEDAI SERBANEKA SEKATARAKYAT
Tingkat 5, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat,
No. 33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur.
TASKA NURI
Tingkat 2A, Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat,
No. 33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur
Tel & Faks: 03-22760951
6
KATA-KATA ALU-ALUAN
PENGARAH EKSEKUTIF
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
Y. BHG DATUK LAMIEN SAWIYO
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Berkoperasi
Tahniah diucapkan kepada Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad
(SEKATAKYAT) yang telah mencapai usia 42 tahun. Terlebih dahulu saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan
SEKATARAKYAT kerana sudi memberikan ruang kepada saya untuk mengukirkan
ucapan sepatah dua kata di dalam Buku Majalah Tahunan Sekatarakyat ini.
Menyingkap keupayaan koperasi melakar kejayaan dalam bidang yang diterokai
memang wajar diberikan pujian dan dicontohi oleh koperasi lain. Saya yakin kejayaan
yang diraih adalah berkat kepemimpinan yang diterajui oleh barisan Lembaga
Pengarah yang berwibawa, kesungguhan, penggurusan yang efisien dan telus serta
kerjasama para anggota. Semoga komiten dan tadbir urus yang baik ini akan
dikekalkan ke masa akan datang.
Sasaran strategik Suruhanjaya 2016-2020 telah memberi fokus kepada empat bidang
strategik iaitu pembangunan koperasi, kawal selia, keyakinan masyarakat dan
pembangunan organisasi adalah bertujuan untuk melahirkan gerakan koperasi yang
kukuh, mampan serta menjadi penyumbang yang amat berkesan kepada ekonomi
Negara. Oleh yang demikian, Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan terus memberi
sokongan kepada koperasi ini untuk berusaha dalam melahirkan koperasi yang
berkualiti dan berdaya saing.
Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar koperasi ini akan lebih Berjaya
cemerlang serta mampu memberikan sumbangan yang signifikan kepada gerakan
koperasi.
Terima Kasih.
7
8
SEULAS BICARA PENGARAH URUSAN / PRESIDEN
BANK RAKYAT Assalamulaikum warahmatullahi Wabarakatuh Syukur kehadrat llahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita, sekali lagi bersama-sama
para anggota menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-20, Koperasi Kakitangan
Bank Rakyat Berhad (SEKATARAKYAT)
Pada tahun ini, genap usianya 42 tahun SEKATARAKYAT. Berkat kesungguhan, kerjasama
dan sumbangan daripada warga kerja, onak dan ranjau dapat kita atasi. Sekalung tahniah
kepada SEKATARAKYAT atas pencapaiannya selama ini. Pastinya dalam kematangan usia
sebegini, pelbagai cabaran telah dilalui oleh SEKATARAKYAT yang memberikannya
pengalaman untuk bertahan dan terus berdiri kukuh.
Kita harus berbangga kerana segala usaha gigih selama ini mampu melonjakkan
SEKATARAKYAT pada tahap yang tinggi serta terus unggul menempa kejayaan dalam
setiap cabang perniagaan yang diceburi.
Saya percaya, resipi kejayaan ini dicetuskan hasil daripada ramuan yang kita cipta dan reka
bersama-sama. Dengan iltizam, tekad serta usaha berterusan daripada warga kerja, visi dan
misi pasti tercapai.
Kerjasama dua hala yang terjalin antara Bank Rakyat dengan SEKATARAKYAT sejak
sekian lamanya menjadikan SEKATARAKYAT terus gah di persada sektor koperasi Negara
Semoga kerjasama ini teıus diperkembangkan lagi agar SEKATARAKYAT lehih berdaya
saing pada masa hadapan. Selain itu, saya berharap kebajii‹an dan kepentingan anggota
yang terdiri daripada warga kerja Bank Rakyat sama ada yang masih berkhidmat mahu pun
telah bersara akan sentiasa terpelihara.
Akhir kata saya mendoakar agar SEKATARAKYAT terus memberi perkhidmatan yang
cemerlang kepada semua anggota
Selamat maju jaya dalam mengharungi cabaran masa hadapan
Sekian.
Wabillahitaufik walhldayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
DATO' MUSTAFHA HJ. ABD. RAZAK Pengarah Urusan/Presiden
Bank Rakyat
9
PERUTUSAN
PENGERUSI
KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD
Y. BHG. DATUK MOHAMED ARSAD SEHAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji-pujian bagi Allah. Selawat dan salam atas junjungan besar kita Nabi
Muhammad S.A.W.
Saya mengalu-alukan kedatangan semua Perwakilan ke Mesyuarat Agung
Perwakilan Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (SEKATARAKYAT) bagi kali
ke-20. Penglibatan dan kedatangan semua Perwakilan dari seluruh negara bagi
menunaikan tanggungjawab ini adalah satu bukti jelas minat dan sokongan anggota
kepada SEKATARAKYAT.
Saya menyeru kepada semua Perwakilan supaya menggunakan Mesyuarat Agung ini
sebagai pentas rasmi untuk memberikan idea berkualiti dan komen membina.
Harapan saya amatlah tinggi bagi melestarikan perkhidmatan kepada anggota selain
memastikan koperasi ini ditadbir secara baik.
Akhir kata saya mengucapkan selamat bermesyuarat kepada semua Perwakilan.
Saya berdoa semoga mesyuarat ini berjalan dengan penuh tertib dan teratur serta
diberkati Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
DATUK MOHAMED ARSAD SEHAN
PENGERUSI
KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD
10
CARTA ORGANISASI SEKATARAKYAT
BARISAN LEMBAGA PENGARAH SEKATARAKYAT 2015/2016
DATUK MOHAMED ARSAD BIN SEHAN
PENGERUSI
HASRUL LIZA BINTI SHAH RUDIN
SETIAUSAHA KEHORMAT
HJ. MOHD SALLEH BIN MAHMOOD
BANDAHARI KEHORMAT
11
CARTA ORGANISASI SEKATARAKYAT
BARISAN LEMBAGA PENGARAH SEKATARAKYAT 2015/2016
DATO’ SHAHARUDIN BIN
MOHD SA’AD
HJ. ABDUL LIDZAM BIN
MUHAMAD ALIAS
HJ. BAHARIN BIN ABU
SAMAH
SUHAIMI BIN CHE OMAR HJ. AZLAN BIN ALIAS
12
JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN 2015/2016
ABDUL RAZAK BIN KAMSANI
PENGERUSI JAWATANKUASA AUDIT DALAM
MOHD HANAFIAH BIN MOHD NAWAWI
AHLI JAWATANKUASA AUDIT DALAM
ISMARAZI BIN ISMAIL
AHLI JAWATANKUASA AUDIT DALAM
13
BARISAN PENGURUSAN & KAKITANGAN SEKATARAKYAT
DUDUK DARI KANAN: AHMAD ROZAMAN MOHD YUSOFF (PENGURUS BESAR), JOHANAH
SULI (PENGURUS)
BERDIRI DARI KANAN: MUHAMMAD HAZWAN JOHARI, MUHAMAD SUFRI ANUAR, AHMAD
FUAD KAMARULZZAMAN, MUHAMMAD FIRDAUS MD NASIR, MUHAMMAD FARHAN
SULAIMAN, MOHD HAFIZ BUKHARI, NOR ASHIKIN ISMAIL, NOR ELINA AB GHANI,
IRMAWATHY AMIR OSMAN, NURUL LIANA AFIKAH ABDUL RAHIM, NURUL AZREEN ZAINI,
NUR NABILA AIMA MOHD RODZI, FARAH ATHIRAH SHAMDIN
TIADA DI DALAM GAMBAR: KHAIRUL IZAM ABDUL RANI, SAIDATUL AIN ABD TALIB, MOHD
SHAMIL SHAH KASSIM, MOHD SHAHRULIZAN SUPARDI, MARSHEILA MAHZAIR, HAFIZAH
ZAKARIA
14
BARISAN PEGAWAI & KAKITANGAN AR-RAHNU X’CHANGE SEKATARAKYAT
AR-RAHNU X’CHANGE JALAN OTHMAN, PETALING JAYA
AR-RAHNU X’CHANGE SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR
DARI KIRI: MOHD ASRI MAHAZIR, RASHIDAH HUSSIN, NOOR
HASLINDA JUSOH , HAZAHAR WAMARTUNIS,
DARI KIRI: MUHAMAD NUKMAN MAHMUD, NOR AZLAN ISMAIL,
SURIANI ZAINAL, NUR SHAFIQAH MOHD ZAINUDDIN
15
AR-RAHNU X’CHANGE TAMAN SELASEH, SELANGOR
AR-RAHNU X’CHANGE HULU LANGAT.
DARI KIRI: RONEYZAM ROSANI, NURUL SYAKILA YAHAYA, SYAFIZAH
MOHD KHIRRUDIN, MUHAMMAD THAQIF NAZLY
DARI KIRI: NURUL JANNAH MOHAMED MISTI, WAN HAZRINA WAN
RAMLI, MUHAMMAD FAKHRUL RAZI,
16
AR-RAHNU X’CHANGE BANDAR KINRARA.
KAKITANGAN KAFETERIA & KEDAI SERBANEKA JALAN TANGSI, KUALA
LUMPUR
DARI KIRI: MUHAMMAD FIRDAUS KALIKUZZAMAN, AISAMUDDIN MOHD
ISA, WAN MOHAMMAD HARMIZI
DARI KIRI DUDUK: NOR AINN ZAINAL, MUHAMMAD AMIN IBRAHIM, AHMAD DAMAHURI ALI,
OTHMAN DESA, NUR ATIQAH NORDIN
DARI KIRI BERDIRI: MUHAMAD ALIFF HAIKAL SHUKRI, ZAIDA HASSAN, UMI ASTUTIK APANDI,
NORLIZA SHAHARUDDIN, SUHARTATIK APANDI, ROHAYATI OJANG, LINA SARI BANDARO,
NURUL HISHAM SHAMSUDDIN
17
KAKITANGAN MEDAN SELERA & KEDAI SERBANEKA MENARA KEMBAR BANK
RAKYAT, JALAN RAKYAT
DARI KIRI DEPAN: YANTI, RUGAYYAH, MARIANA, MUHAMMAD IQBAL YUNUS, NUR
NADHIRAH ZULKIFLI, NURAINEE JUSOH, ERNAWATI ABDULLAH
DARI KIRI BELAKANG: NUR HAFISZAH ZAINAL ABIDIN, SITI SALMAH TAIB, FARIDAH MANSOR,
NABILA NISMAN
18
KALENDAR ACARA SEPANJANG TAHUN 2015
Bermula dari bulan Januari sehingga bulan Disember 2015, Sekatarakyat tidak lekang dari
menganjurkan pelbagai aktiviti serta majlis seperti sambutan perayaan, pembukaan kedai Ar-
Rahnu baru dan sebagainya. Pelbagai objektif yang boleh dicapai dengan mengadakan aktiviti-
aktiviti sebegini seperti dapat mengeratkan silaturahim, mendapatkan peluang perniagaan
baharu dan pelbagai lagi.
Bermula pada bulan Februari 2015, seperti saban tahun yang sebelumnya, barisan Ahli
Lembaga Pengarah (ALP) serta barisan pengurusan Sekatarakyat telah menjalankan Mesyuarat
Agung Perwakilan kali ke-19 dengan jayanya. Selepas Mesyuarat Agung Perwakilan 2015
tersebut dilaksanakan, terdapat banyak lagi aktiviti serta majlis yang berjalan sepanjang tahun
2015. Di antara majlis yang telah dijalankan adalah majlis meraikan anggota bersara, majlis
Doa Selamat serta Perasmian Pembukaan Cawangan Ar-Rahnu X’Change Bandar Kinrara,
majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekatarakyat, Penganjuran Acara Pencarian Harta Karun,
Majlis Jamuan Makan Malam Kakitangan dan Majlis Doa Selamat Penubuhan Taska Nuri.
Segala kerja keras serta penat lelah terpaksa dilalui oleh semua pihak terutamanya ALP,
pengurusan serta kakitangan bagi menjayakan satu-satu aktiviti atau majlis yang dijalankan.
Syukur ke hadrat Allah kerana segala aktiviti atau majlis yang dirancang tidak pernah menemui
kegagalan.
Dengan berbekalkan pengalaman serta kemahiran yang tinggi dari semua pihak, Insyaallah
sekali lagi pada tahun 2016 ini, barisan ALP dan pengurusan telah merancang pelbagai aktiviti
yang lebih menarik untuk dijalankan pada tahun ini. Sekatarakyat kini berharap pelbagai pihak
terutamanya anggota-anggota sendiri dapat memberi sokongan penuh dan padu bagi
menjalankan sebarang aktiviti demi kebaikan dan keuntungan bersama.
19
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN 2015
Ketibaan Y. Bhg. Dato’ Mat Nor, Pengerusi
Bank Rakyat
Semasa nyanyian lagu Negaraku
berkumandang
Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan,
Pengerusi Sekatarakyat, menyampaikan
kata-kata alu-aluan
Y. Bhg. Dato’ Mat Nor, Pengerusi Bank
Rakyat, menyampaikan amanat dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung
Perwakilan kali ke-19
20
Antara perwakilan yang turut hadir Barisan Lembaga Pengarah bersiap sedia
untuk menjalankan mesyuarat
Perwakilan mengajukan soalan kepada
Lembaga Pengarah
Sesi penerangan daripada Lembaga
Pengarah
21
MAJLIS DOA SELAMAT DAN MAJLIS PERASMIAN
PEMBUKAAN AR-RAHNU X’CHANGE BANDAR KINRARA
Bacaan Yassin dan doa selamat serta jamuan ringkas
22
Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan,
Pengerusi Sekatarakyat memotong riben
sibagai simbolik perasmian
Sesi lawatan dan tinjauan persekitaran Ar-
Rahnu serta sesi pengenalan kakitangan
Gambar kenangan bersama Lembaga
Pengarah dan Kakitangan.
Ucapan perasmian kedai Ar-Rahnu yang
disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk Mohamed
Arsad Sehan, Pengerusi Sekatarakyat
23
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA SEKATARAKYAT BERTEMPAT
DI WISMA SEKATARAKYAT
Antara tetamu yang hadir sedang
menjamu selera
Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan
sedang melayan tetamu yang hadir
Ketibaan Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri FD
Mansor
24
En. Ahmad Rozaman sedang melayan
tetamu yang hadir
Pemberian cenderahati kepada tetamu
yang hadir
25
26
ACARA MENCARI HARTA KARUN ANJURAN
SEKATARAKYAT 2015.
Gambar 1: Ketibaan Y. Bhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abd Aziz Hj Zainal (B), Pengerusi Bank
Rakyat.
Gambar 2: Pendaftaran Tetamu yang hadir.
Gambar 3: Pendaftaran peserta yang menyertai.
Gambar 4: Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan menyampaikan kata-kata alu-aluan
Gambar 5: Y. Bhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abd Aziz Hj Zainal (B) menyampaikan amanat dan
seterusnya merasmikan Acara Mencari Harta Karun 2015
Gambar 6: Penyerahan bendera pelepasan.
27
Gambar 7: Kebara Bikers sebagai gimik pelepasan.
Gambar 8: Para peserta dilepaskan untuk pencarian harta karun.
Gambar 9 & 10: Peserta mula bergerak untuk pencarian harta karun.
Gambar 11 & 12: Gambar kenangan bersama.
28
Gambar 13: Sesi penyerahan jawapan dan harta karun.
Gambar 14: Ucapan Penutup oleh Y. Bhg. Dato’ Hj Mustafha Hj Abd Razak.
Gambar 15: Penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Gambar 16 & 17: Penyerahan gimik sumbangan kepada rumah anak-anak yatim.
Gambar 18: Gambar kenangan bagi meraikan kejayaan menganjurkan acara Mencari Harta
Karun.
29
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN SEKATARAKYAT.
Gambar 1: Ketibaan Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan.
Gambar 2: Celoteh daripada penghibur.
Gambar 3: Ucapan kata-kata amanat oleh Y. Bhg. Datuk Mohamed Arsad Sehan
Gambar 4: Sesi permainan yang dirancang.
Gambar 5: Penyampaian hadiah cabutan bertuah.
Gambar6: Sesi pertunjukan fesyen untuk pemilihan pakaian terbaik.
30
Gambar 6: Gambar kenang-kenangan bersama.
31
MAJLIS BACAAN DOA SELAMAT TASKA NURI
Lembaga Pengarah sedang beramah
mesra bersama Y. Bhg. Dato’ Hj Mustafha
Hj Abd Razak
Bacaan doa selepas sembahyang Maghrib
Bacaan Yassin dan doa Selamat
32
Bacaan Yassin dan doa Selamat Jamuan Ringkas
33
LAPORAN LEMBAGA PENGARAH BAGI TAHUN 2015
Kepada:
Semua Anggota Koperasi Kakitangan Bank Rakyat (SEKATARAKYAT)
Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.
Pada tahun 2015, Sekatarakyat sentiasa terus berusaha dan berdaya saing dalam mengukuhkan
dan mengembangkan cabang aktiviti perniagaan yang diceburi dengan menyediakan
perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan terutamanya anggota Sekatarakyat,
dengan memberikan pulangan keuntungan dalam bentuk dividen dan kemudahan-kemudahan
lain yang disediakan sebagai penghargaan kepada anggota Sekatarakyat.
SELAYANG PANDANG
Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad atau lebih dikenali oleh anggota-anggota dengan
nama singkatan Sekatarakyat telah mula ditubuhkan dan beroperasi pada 23 September 1974.
Bangunan Bank Rakyat Jalan Tangsi adalah tempat pertama kalinya Sekatarakyat menjalankan
operasi dengan hanya tiga orang kakitangan sahaja pada ketika itu.
Bermula dengan tarikh itu sehingga ke tahun 90an, Sekatarakyat melangkah memulakan
aktiviti perniagaan dengan memberi pembiayaan kepada anggota.
Diawal tahun 90an sehingga ke tahun 2000, Sekatarakyat mengembangkan lagi cabang
perniagaan dengan menjadi ejen takaful kepada syarikat-syarikat takaful dan mengendalikan
takaful bagi peminjam-peminjam Bank Rakyat. Pada masa ini juga pinjaman secara
konvensional telah ditukarkan kepada pembiayaan yang berbentuk syariah. Pada tempoh ini,
wargakerja Sekatarakyat juga telah bertambah kepada 13 orang dan mula menggunakan sistem
berkomputer bagi sistem perakaunan dan keanggotaannya.
Sebagai langkah bagi terus bergerak maju, penambahbaikan berterusan terus dilaksanakan bagi
memantapkan operasi harian. Sekatarakyat juga sedang mencuba untuk menceburi bidang-
bidang perniagaan baru bagi mencapai wawasannya untuk terus maju dan kekal relevan, selain
daripada menambahkan hasil pendapatannya. Di antara bidang-bidang perniagaan baru yang
akan dilaksanakan adalah menjalankan perniagaan hotel bajet dan juga menubuhkan tempat
asuhan kanak-kanak(Taska).
Sekatarakyat juga sedaya upaya meningkatkan pendapatan dari akitivi perniagaan sedia ada
seperti kontrak pembersihan di cawangan-cawangan Bank Rakyat, pembelian bangunan untuk
disewakan, menguruskan operasi harian Kafeteria, Medan Selera dan Kedai Koop yang
bertempat di Bangunan UNIRAZAK, Jalan Tangsi dan Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan
Rakyat, membuka perniagaan Ar-Rahnu di bawah franchais Ar-Rahnu Xchange di PJOT,
Sungai Besi, Taman Selaseh, Hulu Langat dan Bandar Kinrara. Penggunaan sistem secara
talian terus juga telah dimulakan bagi membolehkan anggota-anggota Sekatarakyat memohon
pembiayaan dari mana-mana lokasi mereka bertugas tanpa memerlukan mereka menghantar
borang permohonan kepada Sekatarakyat. Bagi mengekalkan momentum yang telah ada,
34
Sekatarakyat sentiasa merancang dan mencari jalan bagaimana untuk menambah pendapatan
yang sedia ada ke tahap yang boleh dibanggakan.
Prestasi Kewangan Sekatarakyat
Pada tahun 2015, Sekatarakyat menunjukkan peningkatan prestasi yang memberansangkan
berbanding tahun sebelumnya. Dalam menghadapi persaingan yang tinggi serta cabaran
semasa, pelbagai fasa pemantapan jentera, kaedah kerja dan tenaga sumber manusia yang
dirancangkan supaya dapat memantapkan lagi keupayaan Sekatarakyat bagi menempa
kejayaan yang diimpikan.
Dari segi pencapaian dalam tahun 2015 ini, Sekatarakyat telah mencatatkan pencapaian yang
memberansangkan seperti jadual berikut:
Prestasi Dividen Sekatarakyat
Berdasarkan kepada keuntungan yang diperolehi oleh Sekatarakyat dalam tahun 2015,
Lembaga Pengarah telah mencadangkan agar pembayaran dividen sebanyak 15% ke atas modal
yuran dan modal syer terkumpul anggota pada 31 Disember 2015 berjumlah RM11 juta
berbanding pada 31 Disember 2014 adalah sebanyak RM 10.1 juta dapat dilakukan.
DANA ANGGOTA
Jumlah keanggotaan Sekatarakyat berakhir pada 31 Disember 2015 adalah seramai 4,413 orang
dengan modal yuran terkumpul sebanyak RM75.7 juta dan modal syer terkumpul RM1.3 juta.
Sehingga 31 Disember 2015, anggota-anggota yang telah bersara dari perkhidmatan Bank
Rakyat adalah seramai 278 orang, iaitu 6% dari jumlah anggota Sekatarakyat yang berjumlah
4,413 orang. Walaubagaimanapun, yuran terkumpul daripada anggota-anggota bersara adalah
berjumlah RM17.6 juta, iaitu 23% daripada jumlah keseluruhan kesemua yuran anggota
Sekatarakyat. Ini jelas menunjukkan sokongan dan kepercayaan yang berterusan daripada
semua anggota Sekatarakyat termasuk anggota yang telah bersara.
Perkara
Pencapaian Pencapaian Meningkat/ %
2015 2014 (Menurun) Meningkat/
RM (Juta) RM (Juta) RM (Juta) (Menurun)
Pendapatan 47.7 41.7 6.0 14.3
Perbelanjaan 32.2 27.4 4.8 17.5
Keuntungan Bersih Sebelum
Cukai dan Zakat
15.4 14.2 1.2 8.5
Keuntungan Bersih Selepas
Cukai dan Zakat
14.0 13.1 0.9 6.9
35
ASET
Sejak penubuhannya pada tahun 1974, Sekatarakyat telah terus berkembang maju. Ini jelas
dapat dilihat di mana sehingga 31 Disember 2015, jumlah aset dan hartanah yang dimiliki
adalah sekitar RM360 juta. Antara hartanah yang sedia ada dimiliki adalah Wisma
Sekatarakyat di Glomac Business Centre di Kelana Jaya, Bangunan pejabat di Melawati
Square, Rumah Kedai di Jitra, Kedah, lot banglo Sekata Vista yang telah dibangunkan di
Dengkil, Selangor, Rumah Kedai Space U8 di Bukit Jelutong, Shah Alam, dan juga bangunan
pejabat Sekatarakyat di Jalan Kg. Attap, Kuala Lumpur.
PENDAPATAN
Pendapatan yang diperolehi oleh Sekatarakyat terus meningkat kepada RM47.7 juta dalam
tahun 2015 berbanding sebanyak RM41.7 juta pada tahun sebelumnya.
Daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam tahun 2015, penyumbang pendapatan
utama yang telah dikenal pasti oleh Sekatarakyat adalah: -
1. Pemberian pembiayaan kepada anggota-anggota Sekatarakyat.
2. Perniagaan Ar-Rahnu.
3. Perkhidmatan Pencucian Pejabat.
4. Pengurusan serta penyewaan pejabat.
5. Perniagaan Kafeteria dan Kedai Sekatarakyat.
6. Perniagaan Takaful
7. Dividen atas pelaburan saham siarharga dan taksiarharga
PERBELANJAAN
Bagi tahun 2015, kos perbelanjaan adalah sebanyak RM32.3 juta berbanding RM27.5 juta
dalam tahun 2014. Peningkatan sebanyak RM 4.8 juta telah direkodkan.
TADBIR URUS SEKATARAKYAT
Jumlah wargakerja Sekatarakyat sehingga 31 Disember 2015 adalah seramai 66 orang
berbanding 58 orang pada tahun 2014. Tadbir urus Sekatarakyat diperkukuhkan lagi di bawah
pentadbiran seorang Pengurus Besar bagi mengendalikan urusan Sekatarakyat yang terus
berkembang selaras dengan aktiviti-aktiviti perniagaannya yang kian bertambah. Bagi
menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti, wargakerja Sekatarakyat diberikan pendedahan
berterusan kepada cara kerja yang lebih efisien dan mantap. Ini selaras dengan saranan
Lembaga Pengarah yang berhasrat menjadikan Sekatarakyat sebuah koperasi yang berdaya
maju dan boleh bersaing dengan koperasi-koperasi lain dalam arus perniagaan yang kian
mencabar dan kompetitif.
Dalam memastikan operasi dan pentadbiran Sekatarakyat berada di landasan yang tepat,
Lembaga Pengarah terus memantau dan mengkaji keberkesanan prinsip dan amalan tadbir urus
Sekatarakyat melalui laporan-laporan prestasi dan aktiviti yang dibentangkan oleh pengurusan
dalam mesyuarat bulanan. Bagi membolehkan Lembaga Pengarah mendapatkan maklumat
yang lebih terperinci berkaitan setiap aktiviti perniagaan yang dijalankan, mesyuarat potfolio
yang melibatkan seorang anggota Lembaga Pengarah dijalankan sebelum mesyuarat bulanan
36
Lembaga Pengarah diadakan bagi membolehkan pengurusan memberi maklum balas yang
terkini serta berbincang untuk mendapatkan pandangan serta arahan seterusnya berkaitan
aktiviti tersebut.
Komitmen yang berterusan dan tinggi daripada Lembaga Pengarah serta wargakerja sentiasa
diterapkan bagi membolehkan Sekatarakyat terus menjalankan aktiviti-aktiviti yang sedia ada
dengan lebih efisien disamping meneroka bidang-bidang baru yang dijangka dapat menjana
pendapatan tanpa mengenepikan keutamaan kepada keperluan anggota-anggotanya. Selaras
dengan aktiviti-aktiviti yang kian bertambah, maka dirasakan penambahan wargakerja adalah
perlu bagi melicinkan perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut.
AKTIVITI PERNIAGAAN SEKATARAKYAT
Sepanjang tahun 2015, Sekatarakyat menjalankan beberapa aktiviti perniagaan bagi
menghasilkan pendapatan kepada Sekatarakyat, iaitu: -
Pembiayaan kepada anggota -anggota
Aktiviti pembiayaan kepada anggota-anggota masih kekal sebagai tunjang nadi kepada
perniagaan Sekatarakyat sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1974 dengan sokongan jitu yang
telah diberikan oleh kesemua anggotanya. Sehingga 31 Disember 2015, Sekatarakyat telah
menerima dan memproses sebanyak 2,746 permohonan daripada anggota-anggota berjumlah
RM135 juta berbanding RM111.3 juta daripada 2,437 permohonan dalam tahun 2014.
Dalam tahun 2015, sebanyak RM124 juta pembiayaan telah dikeluarkan atas 2,698
permohonan yang telah diluluskan berbanding RM105.8 juta pembiayaan atas 2,938
permohonan dalam tahun 2014. Pembiayaan tersebut merangkumi beberapa jenis pembiayaan
yang ditawarkan seperti pembiayaan tunai, pembiayaan skim belian plus, pembiayaan
kenderaan dan lain-lain jenis pembiayaan. Pendapatan yang diperolehi dari pembiayaan
sehingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM21.6 juta, iaitu hampir 45.3% dari jumlah
keseluruhan pendapatan sebanyak RM47.7 juta berbanding sebanyak RM20 juta pada masa
yang sama dalam tahun 2014.
Pertambahan bilangan anggota Sekatarakyat seramai 266 orang, meningkat dari 4,203 orang
anggota pada tahun 2014 kepada 4,413 orang anggota pada tahun 2015 turut menyumbang
kepada kenaikan pendapatan. Sebagai langkah untuk sentiasa berfikiran dan mempunyai visi
yang terkehadapan, Sekatarakyat akan terus mempelbagaikan pembiayaan-pembiayaan baru
supaya selaras dengan keperluan semasa anggota-anggota di masa hadapan bagi meningkatkan
lagi pendapatan dari untung atas pembiayaan bersesuaian dengan keadaan kewangan
Sekatarakyat pada masa tersebut.
Perniagaan Ar-Rahnu
Pada 18 Mei 2015, genap tujuh (7) tahun, perniagaan Ar-Rahnu telah dijalankan oleh
Sekatarakyat. Kemudahan yang ditawarkan terus mendapat sambutan yang menggalakan
daripada pelbagai lapisan kaum terutamanya dari kalangan penggadai berbangsa India dan
Melayu. Memandangkan perniagaan ini mendapat sambutan yang menggalakkan,
37
Sekatarakyat telah pun mendapat kelulusan dari pihak Rakyat Management Services sebagai
Franchaisor untuk membuka sebuah lagi cawangan yang bertempat di Bandar Kinrara yang
menjadikan keseluruhan cawangan sebanyak 5 buah kesemuanya.
Konsep perniagaan Ar-Rahnu yang berlandaskan syariah telah menarik ramai para penggadai
untuk menyimpan barangan emas mereka di Kedai Ar-Rahnu. Tambahan pula dengan kadar
upah simpanan yang rendah iaitu 0.70 peratus berbanding dengan 2.0 peratus di pajak gadai
konvensional. Kedai Ar-Rahnu juga merupakan alternatif yang disediakan oleh Sekatarakyat
kepada anggota-anggotanya untuk mendapatkan pembiayaan segera dengan bercagarkan
barangan emas mereka. Ianya lebih mudah kerana tidak memerlukan penjamin.
Pelanggan juga dapat melakukan urusan gadaian mereka dalam keadaan selesa dan selamat.
Pada tahun 2015, pendapatan keseluruhan yang dicapai oleh Ar-Rahnu adalah sebanyak
RM10.9 juta di mana ia meningkat jika dibandingkan pada tahun 2014 sebanyak RM8.1 juta.
Pengurusan dan penyewaan pejabat
Dalam tahun 2015, Sekatarakyat memperolehi pendapatan tambahan dari penyewaan pejabat
kepada penyewa-penyewa yang terdiri daripada syarikat-syarikat yang stabil disamping kepada
Bank Rakyat sendiri seperti yang berikut: -
(a) Wisma Sekatarakyat
Pembelian Wisma Sekatarakyat yang mempunyai 9 tingkat berserta dengan 321 petak tempat
letak kenderaan berharga RM22.6 juta memberikan pendapatan bulanan sebanyak RM176 ribu
sebulan. Kesemua ruang pejabat di bangunan tersebut telah disewakan dengan penyewa
utamanya merupakan Bank Rakyat sendiri yang menyewa Tingkat Bawah dan Tingkat 1 bagi
Cawangan Kelana Jaya, dan Tingkat 2 dan Tingkat 5 untuk kegunaan Ibu Pejabat Bank Rakyat.
Pengurusan bangunan tersebut diselia sepenuhnya oleh Sekatarakyat.Sehingga 31 Disember
2015, jumlah kutipan sewa yang diperolehi bagi bangunan tersebut adalah sebanyak RM2.11
juta. Pengurusan yang cekap membolehkan penyewa sedia ada di wisma tersebut berpuashati
dengan perkhidmatan yang diberikan, lantas ia juga dapat memastikan penyewa yang sedia ada
akan terus kekal menjadi penyewa. Disamping itu juga, ia dapat mengekalkan hubungan baik
di antara Sekatarakyat dan penyewa.
(b) Bangunan pejabat di Melawati Square
Pembelian bangunan di Melawati Square menelan kos sebanyak RM2.9 juta. Bangunan
tersebut disewakan kepada Bank Rakyat, Cawangan Melawati dengan pendapatan penyewaan
sebanyak RM20,900.00 sebulan. Sepanjang tahun 2015, pendapatan penyewaan yang
diperolehi adalah sebanyak RM251 ribu. Pengurusan juga sentiasa menitikberatkan tadbir urus
bangunan ini bagi menjaga keselesaan penyewa agar dapat mengekalkan penyewa yang
berkualiti disamping mengekalkan hubungan baik dengan Bank Rakyat secara amnya.
38
(c) Bangunan Space U8 di Seksyen U8, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor
Langkah yang diambil seterusnya oleh Sekatarakyat adalah di dalam bidang hartanah dengan
pembelian 3 blok rumah kedai 4 tingkat di Bangunan Space U8 yang terletak di Seksyen U8,
Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor yang bernilai RM8.4 juta. Melalui perjanjian leaseback
program pihak Space U8 Property Management Sdn Bhd (SU8PMSB) perlu membayar
RM54,600.00 sebulan. Perjanjian leaseback program adalah selama 5 tahun bermula Februari
2012. Terdapat tunggakan pembayaran yang belum diselesaikan oleh pihak Space U8 Property
Management Sdn Bhd. Atas dasar tanggungjawab, Mainstay Development Sdn Bhd bersetuju
untuk menjelaskan segala pembayaran tertangguh daripada anak syarikat mereka iaitu
SU8PMSB. Mainstay Development Sdn Bhd mencadangkan penyerahan 2 unit kedai untuk
melangsaikan segala tunggakan pembayaran yang sedia ada. Cadangan tersebut dapat
menambahkan bilangan aset Sekatarakyat. Oleh yang demikian, Sekatarakyat mempunyai 14
unit rumah kedai di bangunan Space U8. Sehingga 31 Disember 2015, 5 unit daripada 14 unit
kedai tersebut telah disewakan kepada Warisan Darul Hikmah Sdn Bhd dengan kadar sewa
berjumlah RM11,000.00 sebulan. Kelima-lima unit tersebut dijadikan institusi pendidikan
yang dikenali sebagai Institut Teknologi Ibnu Sina.
(d) Projek Banglo Sekata Vista, Dengkil
Tanah kediaman yang berkeluasan 138,885 kaki persegi di Mukim Dengkil telah dibangunkan
semula dengan membina 19 unit banglo hasil usahasama dengan Mainstay Development Sdn
Bhd. Projek pembangunan 19 unit banglo ini bermula pada awal tahun 2012 dan telah siap
sepenuhnya pada Januari 2016. Projek ini dijangkakan mendapat CCC daripada pihak yang
berwajib pada bulan Februari 2016. Kesemua unit tersebut telah habis dijual dan Sekatarakyat
sendiri telah mengambil 3 unit banglo tersebut. Ini merupakan salah satu cara pelaburan kerana
menjangkakan peningkatan harga akan berlaku di lokasi tersebut. Perancangan penjualan
Banglo tersebut akan dilaksanakan dalam tahun 2016 dengan cadangan harga RM1.4 juta
seunit berbanding dengan harga pembelian yang berjumlah RM868 ribu seunit. Majlis
penyerahan kunci kepada pembeli akan diadakan pada 19 Mac 2016, yang akan disempurnakan
oleh Y. Bhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Hj. Zainal (B), Pengerusi Bank Rakyat.
(e) Rumah Kedai di Jitra, Kedah
Lembaga Pengarah Sekatarakyat telah bersetuju untuk menjual atau menyewa rumah kedai di
Jitra pada harga pasaran yang dianggarkan RM750 ribu. Rumah kedai tersebut telah dibeli pada
harga RM373 ribu pada tahun 1982. Pada tahun 2014, bangunan tersebut telah disewakan
kepada Prima Cost (M) Sdn Bhd dengan kadar sewa RM4.5 ribu sebulan. Sehingga 31
Disember 2015, jumlah kutipan sewa bangunan tersebut sebanyak RM54 ribu setahun.
(f) Pejabat di Jalan Kg. Attap, Off Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur
Dalam tahun 2014, Sekatarakyat menerusi pembiayaan dari Tabung Modal Pusingan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah berjaya membuat pembelian pejabat Sekatarakyat di
Jalan Kg. Attap pada harga RM1.27 juta dari Bank Rakyat berbanding harga pasaran semasa
pejabat itu sekarang ini yang bernilai RM1.29 juta. Pembelian pejabat ini memantapkan lagi
39
pusat operasi Sekatarakyat bagi menyediakan persekitaran yang lebih selesa kepada anggota-
anggota serta pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan Sekatarakyat. Disamping itu ia juga
dapat membangkitkan semangat serta memberi motivasi kepada wargakerja Sekatarakyat
dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sekatarakyat telah menyewakan tingkat bawah
dan tingkat satu bangunan tersebut kepada sebuah syarikat pelancongan dengan kadar sewa
bulanan RM7.5 ribu.
Kafeteria Sekatarakyat
Cabang perniagaan Sekatarakyat juga diperluaskan kepada industri pemakanan melalui
Kafeteria Sekatarakyat di Kampus UNIRAZAK, Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi.
Sehingga 31 Disember 2015, perniagaan ini telah menghasilkan pendapatan jualan sebanyak
RM781 ribu. Sekatarakyat akan terus menjalankan penambahbaikan dalam menyediakan
perkhidmatan penyediaan makanan kepada komuniti Unirazak dan juga pelanggan-pelanggan
yang datang untuk menjamu selera di kafeteria Sekatarakyat.
Perniagaan kafeteria Sekatarakyat juga telah diperluaskan ke Menara Kembar Bank Rakyat
Jalan Rakyat yang mula beroperasi pada 21 Julai 2014 dengan keluasan yang ditawarkan
kepada Sekatarakyat 350 kaki persegi. Perniagaan ini bukan hanya menjurus kepada
penyediaan hidangan menu harian untuk sarapan pagi, tengah hari dan minum petang sahaja
malah juga memenuhi tempahan katering untuk sebarang majlis keraian ataupun mesyuarat
yang diadakan di Bangunan Bank Rakyat. Sehingga 31 Disember 2015, jumlah jualan yang
diterima adalah sebanyak RM 1.6 juta.
Sekatarakyat juga berhasrat untuk memperluaskan perniagaan ini dengan mengambil tempahan
katering dari cawangan-cawangan Bank Rakyat dan seterusnya meneroka cadangan untuk
menawarkan perkhidmatan yang sama kepada anggota-anggota disamping memperluaskan
pakej perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi pakej-pakej yang boleh disesuaikan
mengikut kehendak pelanggan.
Kedai Sekatarakyat
Sehingga 31 Disember 2015, jualan kedai serbaneka di Jalan Tangsi adalah sebanyak RM189
ribu. Ianya dikendalikan oleh seorang wargakerja Sekatarakyat dan operasinya adalah dari
waktu 7.00 pagi sehingga 7.00 malam pada hari-hari bekerja. Meskipun premis kedai tersebut
boleh dikatakan agak kecil, namun ia tidak membantutkan harapan Sekatarakyat agar
pengalaman yang dapat diambil daripada menguruskan Kedai Sekatarakyat ini akan dapat
dijadikan sebagai satu landasan bagi membolehkan Sekatarakyat menceburi bidang sama pada
kadar yang lebih mencabar dan kompetitif di masa hadapan.
Perniagaan kedai serbaneka Sekatarakyat juga telah diperluaskan ke Menara Kembar Bank
Rakyat Jalan Rakyat yang mula beroperasi pada 21 Julai 2014 dengan keluasan yang
ditawarkan kepada Sekatarakyat 900 kaki persegi iaitu lebih besar daripada Kedai Jalan Tangsi.
Sehingga 31 Disember 2015, jumlah jualan yang diterima adalah sebanyak RM 607 ribu.
40
SEKATA PANACOM SDN BHD
Pada penghujung tahun 2010, Sekatarakyat mula bekerjasama dengan Syarikat Panacom Sales
& Services Sdn. Bhd. untuk memulakan perniagaan dengan membekalkan beberapa produk-
produk PANACOM kepada Bank Rakyat melalui syarikat usahasama yang ditubuhkan
bersama iaitu Sekata Panacom Sdn Bhd. Sekatarakyat telah membuat pelaburan sebanyak
RM15,000.00 dalam projek usahasama tersebut dimana nisbah perkongsian pelaburan yang
telah dipersetujui di antara Syarikat Panacom Sales & Services Sdn Bhd dan Sekatarakyat
adalah pada kadar 70:30. Produk-produk yang dibekalkan kepada para pelanggan adalah
khusus untuk bidang Keselamatan, Komunikasi dan lain-lain produk lagi bergantung kepada
permintaan para pelanggan mereka.
Sepanjang tahun 2015, prestasi kewangan Sekata Panacom Sdn Bhd mencatatkan jumlah
jualan sebanyak RM 416 ribu. Keuntungan dicatatkan pula adalah sebanyak RM 13.3 ribu, iaitu
penurunan sebanyak 84% berbanding tahun 2014 yang mencatatkan keuntungan sebanyak
RM84 ribu. Majoriti barangan yang dijual adalah barangan produk IT seperti ‘Desktop
Computer’, ‘Printer’, ‘Scanner’ dan ‘Computer Peripheral Equipment’.
Pembersihan Pejabat
Sekatarakyat mula menceburkan diri dalam kerja-kerja perkhidmatan pembersihan pejabat di
cawangan-cawangan Bank Rakyat dan kedai Ar-Rahnu pada Jun 2008 dengan usahasama
dengan kontraktor-kontraktor pembersihan yang terpilih. Kontraktor-kontraktor ini dipilih
berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bidang ini.
Pakej perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sekatarakyat adalah: -
1) Pembersihan Harian
• Pembersihan pejabat dan ‘common area’.
2) Pembersihan Berjadual
• Shampu Karpet – 3 kali setahun
• Mengilatkan lantai (Floor Polishing)- 3 kali setahun
• Pembersihan Cermin/ Dinding (luaran) – 2 kali setahun
• Cuci Signage (luaran) – 2 kali setahun
3) Membekal peralatan ‘Washroom Hygiene and Deodorisation Product’
• ‘Pearlised Disinfectant Handsoap’ – 3 unit
• ‘Air Freshner’ – 7 unit
• ‘Lady Sanitary Bin’ – 2 unit
4) Menempatkan seorang kakitangan yang terlatih di cawangan Bank Rakyat dan kedai Ar-
Rahnu untuk tempoh 8 jam bekerja.
5) Menyediakan ‘Mobile Team’ yang akan membuat kerja-kerja pembersihan berjadual di
setiap cawangan dan kedai Ar-Rahnu.
Sehingga tahun 2015, sebanyak 166 cawangan Bank Rakyat yang meliputi Semenanjung,
Sabah dan Sarawak, telah menggunakan perkhidmatan pembersihan di bawah kelolaan
Sekatarakyat bagi kerja-kerja pembersihan pejabat di cawangan-cawangan tersebut.
41
Pada tahun 2015, kerja-kerja perkhidmatan pembersihan pejabat telah mencatatkan jumlah
pendapatan sebanyak RM4.5 juta dengan jumlah yang sama pada tahun 2014.
Air Mineral Sekatarakyat
Air Mineral Semulajadi Berlabel khusus SEKATARAKYAT mendapat kelulusan KKM 163
(24/J/3) sejak awal pengeluarannya iaitu pada tahun 2007. Air mineral ini juga mempunyai sijil
HACCP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta mempunyai Logo
HALAL yang disahkan oleh JAKIM. Semenjak pengeluarannya, pihak koperasi telah
mengedarkan air mineral ini kepada Ibu Pejabat dan Cawangan-Cawangan Bank Rakyat serta
kepada syarikat-syarikat dan individu-individu yang berminat terhadap produk air mineral
berlabel SEKATARAKYAT ini pada harga yang amat berpatutan. Harga jualan bagi satu
karton air mineral (24 botol / karton) ialah RM 16.00.
Bagi tahun 2016, Sekatarakyat merancang untuk meluaskan lagi pemasaran air mineral ini
kepada cawangan-cawangan di Wilayah Timur dan Utara. Faktor kos pengangkutan adalah
merupakan cabaran yang paling utama bagi memasarkan produk air mineral ini. Namun begitu,
Sekatarakyat akan cuba bekerjasama dengan pengilang-pengilang tempatan yang berdekatan
untuk membantu Sekatarakyat memasarkan air mineral ini pada harga kos yang berpatutan.
Pada 31 Disember 2015, jualan air mineral telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM103
ribu.
Pemasangan Produk Coway
PENULEN UDARA PENAPIS AIR PENAPIS AIR
AP-1503CH (LOMBOK) CHP-04AL (METRO) CHP-06DL (PETIT)
Pada tahun 2010, Sekatarakyat mula bekerjasama dengan pihak Woongjin Coway (M) Sdn.
Bhd. bagi memperkenalkan produk jenama Coway kepada pihak Bank Rakyat.Produk
berjenama Coway telah pun diiktiraf di peringkat antarabangsa, dan produk-produk yang
dihasilkan adalah amat berkualiti tinggi.
Oleh yang demikian, Sekatarakyat mengambil langkah yang progresif dengan
memperkenalkan produk keluaran Coway dan sekaligus mengambil inisiatif untuk memasang
produk-produk jenama Coway ini di Ibu Pejabat dan Cawangan-Cawangan Bank Rakyat yang
berminat. Tiga produk yang diperkenalkan adalah penulen udara jenis Lombok (Model AP-
1503CH) dan penapis air jenis Metro (Model CHP-04AL) dan jenis Petit (Model CHP-06DL).
Sehingga Disember 2015, sebanyak 187 buah produk Coway telah dipasang di cawangan dan
jabatan di ibu pejabat Bank Rakyat.
Pemasangan Water Dispenser Jenama Regal Water
Sekatarakyat juga turut menawarkan perkhidmatan langganan mesin ‘Hot & Cold Water
Dispenser’ untuk kegunaan warga kerja Bank Rakyat. Air yang disalurkan melalui
perkhidmatan bekalan air ini menggunakan teknologi ‘Reserve Osmosis’. Harga bagi setiap 5
galen air yang dibekalkan adalah sebanyak RM 10.00.
42
Pada tahun 2015, jualan air botol regal water ini telah mencatatkan pendapatan sebanyak
RM1.8 ribu. Ingin dimaklumkan bahawa penurunan yang dicatatkan ini adalah unjuran
daripada penggunaan produk-produk jenama Coway, di mana produk penapisan air jenama
Coway sudah dapat membekalkan air yang bersih dan selamat untuk diminum.
Skim Belian Plus Sekatarakyat
Sekatarakyat menawarkan pembiayaan Skim Belian Plus di mana anggota yang berminat perlu
membeli produk pada harga minimum RM500 dengan Sekatarakyat dan selebihnya diberikan
secara tunai kepada anggota yang membuat pembiayaan tersebut. Walau bagaimanapun,
anggota masih boleh mendapatkan barangan dari pembekal luar dan sedikit komisen dikenakan
terhadap barangan tersebut.
Sekatarakyat juga menyediakan beberapa vendor kepada anggota yang ingin membeli
barangan bagi membuat pembiayaan SBP. Antaranya adalah seperti yang berikut: -
Pembekal Barangan
Tan Elektronik Barangan elektrik
Red Orange Gajet komputer/Telefon bimbit
Maar Integrated Jam Taqwim Islam dan Gajet Islamik
NZ New Image Susu Alpha lipid/SDII
Penyewaan Tapak Mesin ATM
Penyewaan tapak mesin ATM (Automated Teller Machine) adalah satu lagi cabang perniagaan
yang dijalankan oleh Sekatarakyat. Buat permulaan, mesin ATM ditempatkan di premis Ar-
Rahnu PJ Old Town mulai September 2009 dengan bayaran sewa sebanyak RM300.00 sebulan.
Pada tahun 2013, Sekatarakyat telah membuka satu lagi tapak mesin ATM (Automated Teller
Machine) bertempat di premis Ar-Rahnu Sungai Besi dengan bayaran sewa sebanyak RM500
sebulan bermula Ogos 2013. Dijangkakan terdapat 3 lagi pemasangan yang akan berlaku iaitu
di Ar-Rahnu Taman Selaseh dan Ar-Rahnu Hulu Langat pada tahun 2016. Penyewaan tapak
ini akan diteruskan lagi di premis-premis milik Sekatarakyat yang bersesuaian dimasa-masa
akan datang.
Penyelenggaraan Dan Pembersihan Penghawa Dingin
Tahun 2010 juga menyaksikan penglibatan Sekatarakyat dalam kerja-kerja perkhidmatan
penyelenggaraan sistem penghawa dingin secara berkala di Cawangan-Cawangan Bank
Rakyat. Kerja-kerja penyelenggaraan ini dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak
Sekatarakyat sendiri, yang mempunyai pengalaman luas dalam kerja-kerja penyelenggaraan
sistem penghawa dingin di bangunan-bangunan kerajaan dan swasta,
Pada tahun 2015, kerja-kerja penyelenggaran telah dijalankan di cawangan Bank Rakyat USJ
Subang Jaya, Bandar Tun Razak, Jalan Pinang dan Kajang. Diharapkan di masa akan datang,
Sekatarakyat dapat mengembangkan lagi perkhidmatan ini bukan sahaja meliputi cawangan-
43
cawangan Bank Rakyat sahaja, malah turut dapat dikembangkan lagi kepada pihak luar yang
berminat.
Kebajikan Anggota-Anggota Sekatarakyat
Sepanjang tahun 2015, kebajikan anggota-anggota Sekatarakyat juga menjadi keutamaan
dalam operasi harian Sekatarakyat. Beberapa kemudahan dan aktiviti telah disediakan dan
digunakan sepenuhnya oleh anggota-anggota seperti yang berikut: -
(a) Sumbangan dari Tabung Khairat dan Kebajikan
(b) Sumbangan dari Tabung Saguhati Pendidikan Lanjutan
(c) Jualan Takaful Tertangguh bagi Takaful Kenderaan dan diskaun 5% atas bayaran tunai
belian Takaful Kenderaan
(d) Pembiayaan Naik Sekolah
(e) Tahlil anjuran Sekatarakyat
(f) Sumbangan Hari Raya Aidilfitri
(g) Pulangan Atas Bayaran Segera
(a) Tabung Khairat dan Kebajikan
Kemudahan ini telah mula dinikmati oleh anggota-anggota Sekatarakyat berkuatkuasa mulai
22 Jun 2002. Sepanjang tahun 2015, sebanyak RM 86 ribu telah disumbangkan kepada 204
orang anggota sebagai sumbangan Sekatarakyat atas kehilangan anggota keluarga ataupun
bencana yang dihadapi. Walaupun jumlah yang disumbangkan mungkin tidak dapat
menggantikan kehilangan yang dialami, namun ianya diharapkan dapat membantu dalam
menghadapi masa-masa yang sukar.
(b) Tabung Saguhati Pendidikan Lanjutan
Anggota-anggota Sekatarakyat mula menikmati tabung ini sejak 1 Januari 2003. Sepanjang
tahun 2015, sebanyak RM51 ribu telah disumbang kepada 101 orang anggota sebagai
cenderahati Sekatarakyat atas kejayaan anak-anak anggota dalam pelajaran masing-masing.
Ianya diharapkan akan menjadi pendorong kepada anak-anak anggota supaya meneruskan
usaha dalam mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di dalam pelajaran masing-masing.
(c) Takaful kenderaan
Seperti tahun-tahun yang sudah, Sekatarakyat masih lagi meneruskan perniagaan takaful
kenderaan dengan menjadi ejen Takaful Ikhlas Sdn Bhd. Para pelanggan yang ingin
memperbaharui takaful kenderaan mereka boleh menghubungi terus kepada Unit Takaful dan
menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan. Perkhidmatan yang cepat dan cekap adalah
menjadi salah satu faktor yang menarik ramai anggota menggunakan perkhidmatan
Sekatarakyat. Selain itu, Sekatarakyat juga menyediakan bayaran melalui potongan gaji bagi
takaful yang tidak melebihi RM2 ribu setahun. Diskaun sebanyak 5% juga akan diberikan
kepada semua pelanggan yang membuat bayaran secara tunai.
44
(d) Pembiayaan Naik Sekolah
Sekatarakyat juga menawarkan kemudahan Pinjaman Naik Sekolah sebanyak RM400 bagi
seorang anak dan maksimumnya sebanyak RM1.2 ribu tanpa mengambil sebarang keuntungan
kepada anggota-anggotanya bagi membantu anggota-anggota dalam menyediakan
kelengkapan persekolah anak-anak di awal tahun persekolahan.
(e) Tahlil
Disamping menjalankan aktiviti perniagaan, Sekatarakyat juga menganjurkan majlis tahlil
serta doa selamat pada setiap bulan sepanjang tahun 2015. Penganjuran majlis ini dihebahkan
melalui emel oleh Lembaga Pengarah Sekatarakyat setiap bulan kepada anggota-anggota yang
masih berkhidmat dan telah bersara. Disamping mendapatkan keberkatan ALLAH, majlis
tersebut juga bertujuan merapatkan silaturahim sesama wargakerja Bank Rakyat dan juga
mengukuhkan pertalian dengan Sekatarakyat sendiri.
SUMBER MANUSIA
Sehingga 31 Disember 2015 Sekatarakyat mempunyai seramai 66 orang wargakerja yang
terdiri daripada 15 orang pengurusan dan 51 orang bukan pengurusan.
Bagi melahirkan wargakerja yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik, wargakerja
didedahkan kepada sistem kerja yang lebih sistematik melalui kursus-kursus serta seminar yang
dianjurkan di Maktab Kerjasama Malaysia, Angkasa, Bank Rakyat dan juga kursus-kursus
dalaman yang dikendalikan oleh programmer dan konsultan yang dilantik.
Perancangan kursus dan latihan dirangka pada awal tahun bagi memastikan pilihan kursus
bersesuaian dengan wargakerja demi membolehkan tahap motivasi wargakerja dan pihak
pengurusan terus meningkat sejajar dengan perkembangan Sekatarakyat yang kian maju dan
akan terus berkembang di masa hadapan.
KERJASAMA DI ANTARA KOPERASI
Sebagaimana Prinsip Koperasi yang keenam iaitu “Bekerjasama di antara koperasi-koperasi”
Sekatarakyat telah menganjurkan Aktiviti Mencari Harta Karun kali ke-6 pada 10 dan 11
Oktober 2015, iaitu dari Menara Kembar Bank Rakyat Jalan Rakyat ke Bukit Merah Laketown
Resort, Perak, di mana penyertaan adalah terdiri daripada koperasi-koperasi dari seluruh
Malaysia. Sebanyak 74 buah kereta telah menyertai aktiviti Mencari Harta Karun pada tahun
2015.
Pengalaman menganjurkan aktiviti Mencari Harta Karun selama 6 tahun bermula dari tahun
2010, telah dijadikan sebagai garis panduan dalam menganjurkan aktiviti tersebut dan adalah
harapan Sekatarakyat supaya penganjuran aktiviti tersebut di masa-masa hadapan akan
dikaitkan secara langsung dengan Sekatarakyat sebagai sumbangan Sekatarakyat kepada
gerakan koperasi di Malaysia.
45
PERANCANGAN MASA HADAPAN
Keutamaan Sekatarakyat sepanjang masa adalah tanggungjawabnya kepada anggota-
anggotanya. Sekatarakyat akan terus melipat gandakan usaha memberikan pulangan yang
terbaik kepada anggota-anggota dengan memberi fokus kepada: -
1. Menyediakan kemudahan yang berkualiti kepada anggota-anggota Sekatarakyat.
2. Memastikan kebajikan anggota-anggota sentiasa terpelihara dan diutamakan.
Selain itu, Sekatarakyat juga akan terus memberikan fokus dan tumpuan kepada aktiviti-aktiviti
perniagaan yang sedang dijalankan dan akan diceburi di masa hadapan seperti yang berikut: -
1. Mengembangkan perniagaan Ar-Rahnu X’Change dengan cadangan untuk membuka
lagi kedai Ar-Rahnu X’Change di lokasi-lokasi yang berpotensi bagi menjana
pendapatan dari perniagaan tersebut.
2. Menaik taraf perkhidmatan pembersihan yang dijalankan di cawangan-cawangan Bank
Rakyat di seluruh Malaysia dengan menjalankan perbincangan serta mendapatkan
maklum balas berkaitan keperluan pengguna.
3. Mengembangkan perniagaan penyediaan makanan melalui Kafeteria Sekatarakyat
dengan meluaskan perkhidmatan katering kepada cawangan-cawangan Bank Rakyat di
sekitar Lembah Kelang.
4. Menceburi bidang hospitaliti dengan membeli serta menawarkan tempat penginapan
kepada anggota-anggota yang ingin bercuti atau menghadiri latihan-latihan dengan
kerjasama yang strategik bersama-sama Bank Rakyat.
5. Membuka hotel bajet & rumah rehat.
6. Pembelian 32-unit Apartment Camelia, Ringlet, Cameron Highland untuk disewakan
sebagai rumah rehat.
7. Pelaburan didalam projek perumahan 106-unit rumah teres 2 tingkat dan 50-unit
apartment mampu milik di daerah Sepang yang dinamakan “SEKATA VILLA”.
8. Pembukaan Taman Asuhan Kanak-kanak (taska).
Melalui komitmen dan sokongan padu daripada anggota-anggota, Lembaga Pengarah dan
wargakerja Sekatarakyat, tidak mustahil matlamat Sekatarakyat untuk menjadi salah sebuah
koperasi yang kompetitif serta berdaya saing akan dapat dicapai dalam tahun 2016 ini
disamping dapat memberikan pulangan semaksima mungkin dalam bentuk dividen kepada
semua anggota.
46
Sumbangan Tulus Ikhlas Daripada
47
48