Download - Laporan Program Gotong Royong Ria
-
7/28/2019 Laporan Program Gotong Royong Ria
1/14
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG RIA
SK BATU KIKIR
PADA 18 MEI 2013
1. PENDAHULUAN
Program Gotong-royong Ria 2013 telah dijalankan bertempat di SK Batu Kikir dan
melibatkan semua guru-guru, ibubapa dan pelajar Tahun 4, 5 dan 6 sekolah tersebut. Program ini
bertujuan untuk mempertingkatkan kebersihan dan keindahan kawasan sekolah supaya ianya
terus menjadi persekitaran yang kondusif dan selesa untuk murid-murid menjalankan pelbagai
aktiviti.
Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara guru-guru dan ibubapa selain
meluaskan penglibatan ibubapa dalam kegiatan sekolah. Melaluinya, guru-guru dan ibubapa
akan lebih prihatin mengenai tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk membantu
sekolah mencapai kecemerlangan.
Pelajar yang terlibat juga mendapat manfaat daripada program ini melalui peningkatan
kesedaran mereka terhadap kebersihan dan keceriaan. Pelajar-pelajar akan lebih prihatin dan
bermotivasi untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah.
Kebersihan perlu diserapkan ke dalam diri setiap pelajar di sekolah. Menjaga kebersihan
adalah satu kewajipan seperti yang telah disarankan di dalam agama Islam. Kebersihan
melambangkan dan mencerminkan peribadi seseorang. Agama Islam meletakkan kesihatan dan
kesejahteraan di tempat pertama selepas keyakinan (keimanan).
Sabda Nabi SAW: Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya
tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas keyakinan (iman). (Riwayat Ibnu
Majah). Kebersihan juga melambangkan tarikan kepada agama Islam yang suci. Jadi, sebagai
umatnya kita seharusnya menunjukkan contoh terbaik kepada orang bukan Islam dengan
membuktikan cara hidup Islam berasaskan kepada kebersihan melalui perbuatan dan perkataan.
-
7/28/2019 Laporan Program Gotong Royong Ria
2/14
Namun, semua ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna jika hanya segelintir masyarakat
yang sedar pentingnya menjaga kebersihan. Ibu bapa dan golongan dewasa juga perlu
mempunyai kesedaran diri yang tinggi dan memainkan peranan penting dalam menjaga
kebersihan.
Program Gotong Royong Ria merupakan antara program yang terdapat di dalam
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) . Antara program-program itu ialah
Program Sekolah Bersih , Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan. Hasil kombinasi dari
kempen-kempen tersebut maka terhasil Program 3K yang membawa maksud : Kebersihan ,
kesihatan dan keselamatan.
Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
kebersihan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada
golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat.Ia juga dapat dilihat sebagai
pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang
sememangnya kurang prihatin dan mengambilberat mengenai kesihatan.
Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat
menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah
amalan dan cara hidup kearah yang lebih sihat . Melalui program ini juga, para pelajar danmasyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran
sekolah yang bersih dan ceria , amalan gaya hidup sihat dan juga tentang aspek keselamatan.
Tiga komponen pendidikan ini amatlah penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.
2. Objektif Program
Antara objektif Program Gotong Royong Ria ialah:
Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan
sekolah terhadap kebersihan,kesihatan dan keselamatan.
Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat
sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama dalam menjaga kebersihan
sekolah.
-
7/28/2019 Laporan Program Gotong Royong Ria
3/14
.Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai Kebersihan,Kesihatan dengan
menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
Menanam kesedaran mengenai amalan kebersihan dalam kalangan pelajar dan komuniti
walau d mana mereka berada.
Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan bersih,sihat dan selamat ketika di
sekolah.
.Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar
dengan terlaksananya program ini.
Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dan memupuk
semangat cintakan alam sekitar.
3. Jawatankuasa Induk
PENGERUSI
Pn. Salmiah Binti HashimGuru Besar SK Batu Kikir
NAIB PENGERUSI (1)
Pn. Samsiah Binti Yusof
GPK Hal Ehwal Murid SK Batu Kikir
NAIB PENGERUSI (2)
Pn. Norzah Binti Kassim
GPK Pentadbiran SK Batu Kikir
NAIB PENGERUSI (3)
Pn. Rohana Binti Jusoh
GPK Ko-Kurikulum SK Batu Kikir
-
7/28/2019 Laporan Program Gotong Royong Ria
4/14
SETIAUSAHA
Pn. Azimah Binti Mansor
JAWATANKUASA KECIL
Buku Program
Pn. Azimah Binti Mansor
Peralatan
En. Mohd Zul Izzi Bin Mat Yusof
En. Mohd Ariff Bin Latif
En. Saiful Afzan Bin Abdul Rashid
Puan Rohidah Binti Abdullah
Pn. Surya Intan Binti Ibrahim
Juruacara
Guru Bertugas Mingguan
Jurugambar / Dokumentas
Pn. Wan Nor Afni Binti Wan Bustama
En. Mohd Faisal Bin Mohd Amran
PA Sistem
En. Rohailizam Bin Zainal
En. Mohd Faisal Bin Mohd Amran
Pengawalan Murid / Ibu Bapa
En. Saiful Afzan Bin Abdul Rashid
Pn. Dayang Aimah Binti Hj. Abd Rajak
Pn. Azimah Binti MansorPn. Ainulhayati Binti Inche Md Shamsuddin
Pengawas SKPP 18(1)
Jamuan
Pn. Normadiah Binti Omar Baki
Pn. Sukinah Binti Mat Darus
Pn. Mastura Maulad Binti Mohammad
Sharif
Cik Norhaniza Binti Mohd
Pn. Noradiah Binti Hasmuddin
Pn. Marianah Binti Mat Yassin
Pn. Sarina Binti Mad Dol
Pn. Hasfaliza Binti Yusop
Cik Hani Nazurah Binti Mohamad Othman
Petolongan Cemas
Pn. Vimala A/P Sabaratnam
Pn. Wan Fathiyah Binti Wan
Lah@Abdullah
4 Orang Ahli PBSM
Kawasan Penanaman Pokok
Pn. Siti Noor Aishah Binti Hadrun
Pn. Shaziera Binti Hussin
Pn. Ainulhayati Binti Inche Md Shamsuddin
En. Mohd Rozi Bin Husin
Pn. Sukinah Binti Mat Darus
Pn. Rosilawati Binti Mat Tajudin
Ibu bapa
Murid Tahun 5 SKPP 18(1)
Kawasan Sekolah
Pn. Asniza Binti Che Ishak
Pn. Noor Azura Binti Embong
Pn. Salawati Binti Md tajubdin
-
7/28/2019 Laporan Program Gotong Royong Ria
5/14
Ibu bapa Pelajar PRA-Sekolah SKPP 18(1)
4. Tentatif Program
Hari Masa Acara Sasaran Lokasi
Ahad
15.11.0
9
7:45-8:30 Pelancaran Program Gotong
Royong Ria
- Dataran Ilmu
8:30-9:30 Gotong Royong Ria
Pertandingan Kelas Terbersih
dan Ceria
Semua
Murid Tahap 2
Kawasan sekolah
(kantin, padang,
tandas)
Kelas masing-
masing
9:30-10:30 Demonstrasi Keselamatan
lalulintas
Murid-murid Laluan pejalan
kaki murid (gajah
duduk)
10:30-
11:00
Rehat
11:00-
12:00
-Kempen menderma darah
-Pemeriksaan Kesihatan
percuma
-Ceramah Motivasi :Cara
menangani konflik dan stress
Golongan dewasa
Semua golongan
Murid-murid
Bilik Rawatan
Bilik Wawasan
Bilik Matematik
12:00-
1:00ptg
Ceramah Dan Pameran
Kebersihan Diri oleh NGO
terlibat
Murid-murid Dewan Terbuka
SKBK
5. Skop Aktiviti Gotong-Royong Ria
a. Memasukkan tanah ke dalam pasu dan polibag bagi program bumi hijau.
-
7/28/2019 Laporan Program Gotong Royong Ria
6/14
b. Membersihakan dan menceriakan kelas masing-masing.
c. Ceriakan keseluruhan kawasan sekolah.
d. Menceriakan kelas Pra-Sekolah (membuat mural dinding dan melukis)
e. Menceriakan kawasan pejalan kaki untuk pelajar (gajah duduk)
f. Membersihankan kawasan kantin sekolah dan tandas sekolah.
6. GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
-
7/28/2019 Laporan Program Gotong Royong Ria
7/14
Pendaftaran
Ceramah Motivasi dan Ceramah Kesihatan
-
7/28/2019 Laporan Program Gotong Royong Ria
8/14
Jamuan ringan
Aktiviti Gotong-royong
-
7/28/2019 Laporan Program Gotong Royong Ria
9/14
-
7/28/2019 Laporan Program Gotong Royong Ria
10/14
Melukis Mural di Kelas
7. Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA ANGGARAN
-
7/28/2019 Laporan Program Gotong Royong Ria
11/14
PERBELANJAAN (RM)
1 Perbelanjaan Cetakan
Booklet Program
Surat-menyurat
RM1.50 X RM0.50 RM75.00
RM20.00
Jumlah Perbelanjaan Cetakan RM95.00
2 Promosi
Banner
Iklan Promosi
RM42.00 X 3 helai
RM0.20 X 60
keping
RM126.00
RM12.00
Jumlah Perbelanjaan Promosi RM138.00
3. Jamuan
Jamuan ringan
Jamuan VIP
RM1.50 X 150
orang
RM5.00 X 10
orang
RM225.00
RM50.00
Jumlah Perbelanjaan Jamuan RM275.00
4. Hadiah Dan Cenderahati
Hadiah Pertandingan Kelas
tercantik
Cenderahati
RM3.00 X 20 orang
RM5.00 X 10 orang
RM60.00
RM50.00
Jumlah Perbelanjaan Hadiah RM196.00
5. Lain-lain perbelanjaan RM100.00
Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan RM734.00
SUMBER :
1. Sumbangan PIBG SK Batu Kikir = RM 500.00
2.Sumbangan orang perseorangan /syarikat = RM234.00
JUMLAH KESELURUHAN = RM734.00
8. Kelemahan
Terdapat beberapa kelemahan dalam melaksanakan program ini. Sebilangan ibu bapa dan
pelajar tidak hadir dan memberikan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah. Mereka tidak
menunjukkan sokongan terhadap aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Kebanyakkan
ibu bapa beranggapan aktiviti sebegini tidak menyeronokkan dan hanya mengganggu masa cuti
mereka sahaja.
-
7/28/2019 Laporan Program Gotong Royong Ria
12/14
Kelemahan lain pula ialah kekurangan alatan yang perlu digunakan di dalam aktiviti
gotong royong ini seperti pengakut sampah, sarung tangan, cangkul, beg polimer dan serampang
tanah. Aktiviti menanam pokok hanya dapat dijalankan dengan hanya dapat menanam 30 buah
pokok sahaja di sekitar sekolah. Kebanyakkan ibu bapa yang hadir tidak membawa peralatan
yang disuruh oleh pihak sekolah. Mereka mengganggap pihak sekolah ada menyediakan alatan
tersebut. Alatan yang disediakan oleh pihak sekolah sedikit dan tidak mampu menampung
jumlah ibu bapa yang hadir. Oleh ibu aktiviti ini tidak dapat mencapai target untuk menanam
sebanyak 50 buah pokok di kawasan sekolah.
9. Kelebihan
Kelebihan program yang telah dijalankan pada kali ini ialah dimana seluruh ahli
jawatankuasa yang terlibat memainkan peranan masing-masing dengan penuh dedikasi. Terdapat
beberapa masalah yang timbul sewaktu aktiviti menanam pokok ke dalam beg polimer akan
tetapi ahli jawatankuasa yang terlibat dapat bertindak dengan cemerlang dan dapat
menyelesaikan masalah yang telah dihadapi dengan baik.
Kerjasama yang telah diberikan oleh ibu bapa yang hadir wajar diberikan pujian kerana
semangat dan usaha mereka untuk menceriakan sekolah. Semangat dan dorongan yang
ditunjukkan oleh ibu bapa tersebut menjadi contoh yang baik buat pelajar SK Batu Kikir untuk
turut bersama menjayakan program gotong royong ini.
Selain itu juga, pihak sekolah tidak menghadapi masalah kewangan kerana sumber
kewangan dapat diuruskan dengan baik oleh ahli jawatankuasa yang terbabit. Sumbangan orang
persendirian juga dilihat amat memberangsangkan apabila dapat mengutip sebanyak RM234.00
sebagai sumbangan terhadap aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah ini.
10. Cadangan Program
Program Gotong Royong Ria ini diharap dapat dijalankan lagi pada tahun yang akan
datang dan seterusnya menjadi acara wajib setiap tahun.
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan pada program yang akan datang.
Pihak sekolah mungkin boleh menggabungkan beberapa program serentak dalam masa satu hari
seperti program 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan keselamatan dengan lebih mendalam dan
-
7/28/2019 Laporan Program Gotong Royong Ria
13/14
terperinci lagi. Malah pihak sekolah boleh menjemput masyarakat sekitar untuk sama-sama
menyertai aktiviti ini.
Bil Aktiviti yang Dirancang Agensi /JK Pelaksana
1 Pameran kesihatan dan Anti Rokok Unit promosi pej Kesihatan daerah Jempol
2 Ceramah Dan Sidang Video Anti dadah AADK Daerah dan Panitia PJK SKBK
3 Senamrobik bersama komuniti Koordinator dari klinik Kesihatan daerah Jempol
4 Pemeriksaan Kesihatan Percuma Hospital Daerah Jempol
5 Demonstrasi Pertolongan Cemas HDY dan Panitia PJK SKBK
6 Kempen Menderma Darah Hospital Tunku Ampuan Najihah
7 Pertandingan Masakan Menu Sihat Panitia PJK SKBK
8 Gotong royong Perdana -
9 Pertandingan melukis dan mewarna Panitia PJK dan AJK Program
10 Pertandingan kelas terbersih dan ceria PIBG dan AJK program
11 Ceramah Cara menangani konflik dan
stress
Kaunselor dari SBPI Jempol
12 Demonstrasi lalulintas Unit Trafik Balai Polis Batu Kikir
13 Sukaneka Panitia PJK dan AJK Program14. Latihan Mencegah Kebakaran Panitia PJK dan Belia Daerah Jempol
11. PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini telah dilaksanakan dengan lancar. Semua yang hadir
telah memberikan komitmen yang baik. Namun begitu, hanya seramai lebih kurang 28 orang
ibubapa sahaja yang hadir menyertai program ini. Pihak sekolah perlu memainkan peranan untuk
menarik minat ibubapa untuk menyertai program seumpama ini pada masa akan datang.
Semua ajk pelaksana telah melaksanakan tanggungajawab mereka dengan baik dan pihak
sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat menjayakan program
ini.
Terima kasih.
Dilaporkan oleh, Tarikh : 20 Mei 2013
.
-
7/28/2019 Laporan Program Gotong Royong Ria
14/14
( )