Download - Laporan Program Gotong Royong Perdana
LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA
SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)
PADA 17 MEI 2010
1. PENDAHULUAN
Program Gotong-royong Perdana 2010 telah dijalankan bertempat di SKPP18(1)
dan melibatkan semua guru-guru, ibubapa dan murid-murid Tahun 5. Program ini
bertujuan untuk mempertingkatkan kebersihan dan keindahan kawasan sekolah supaya
ianya terus menjadi persekitaran yang kondusif dan selesa untuk murid-murid
menjalankan pelbagai aktiviti.
Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara guru-guru dan
ibubapa selain meluaskan penglibatan ibubapa dalam kegiatan sekolah. Melaluinya,
guru-guru dan ibubapa akan lebih prihatin mengenai tanggungjawab dan peranan
masing-masing untuk membantu sekolah mencapai kecemerlangan.
Murid-murid yang terlibat juga mendapat manfaat daripada program ini melalui
peningkatan kesedaran mereka terhadap kebersihan dan keceriaan. Murid-murid akan
lebih prihatin dan bermotivasi untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah.
2. JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI
Pn. Salmiah Binti HashimGuru Besar SK Putrajaya Presint 18(1)
NAIB PENGERUSI (1)Pn. Samsiah Binti Yusof
GPK Hal Ehwal Murid SK Putrajaya Presint 18(1)
NAIB PENGERUSI (2)Pn. Norzah Binti Kassim
GPK Pentadbiran SK Putrajaya Presint 18(1)
NAIB PENGERUSI (3)Pn. Rohana Binti Jusoh
GPK Ko-Kurikulum SK Putrajaya Presint 18(1)
SETIAUSAHAPn. Azimah Binti Mansor
JAWATANKUASA KECIL
Buku Program
Pn. Azimah Binti Mansor
PeralatanEn. Mohd Zul Izzi Bin Mat Yusof
En. Mohd Ariff Bin LatifEn. Saiful Afzan Bin Abdul Rashid
Puan Rohidah Binti AbdullahPn. Surya Intan Binti Ibrahim
Juruacara
Guru Bertugas Mingguan
Jurugambar / DokumentasPn. Wan Nor Afni Binti Wan Bustama
En. Mohd Faisal Bin Mohd Amran
PA SistemEn. Rohailizam Bin Zainal
En. Mohd Faisal Bin Mohd Amran
Pengawalan Murid / Ibu BapaEn. Saiful Afzan Bin Abdul Rashid
Pn. Dayang Aimah Binti Hj. Abd RajakPn. Azimah Binti Mansor
Pn. Ainulhayati Binti Inche Md ShamsuddinPengawas SKPP 18(1)
Jamuan
Pn. Normadiah Binti Omar BakiPn. Sukinah Binti Mat Darus
Pn. Mastura Maulad Binti Mohammad SharifCik Norhaniza Binti Mohd
Pn. Noradiah Binti HasmuddinPn. Marianah Binti Mat Yassin
Pn. Sarina Binti Mad DolPn. Hasfaliza Binti Yusop
Cik Hani Nazurah Binti Mohamad Othman
Petolongan Cemas
Pn. Vimala A/P SabaratnamPn. Wan Fathiyah Binti Wan Lah@Abdullah
4 Orang Ahli PBSM
Kawasan Penanaman PokokPn. Siti Noor Aishah Binti Hadrun
Pn. Shaziera Binti HussinPn. Ainulhayati Binti Inche Md Shamsuddin
En. Mohd Rozi Bin HusinPn. Sukinah Binti Mat Darus
Pn. Rosilawati Binti Mat TajudinIbu bapa
Murid Tahun 5 SKPP 18(1)
Kawasan PRA-SekolaPn. Asniza Binti Che Ishak
Pn. Noor Azura Binti EmbongPn. Salawati Binti Md tajubdin
Ibu bapa Pelajar PRA-Sekolah SKPP 18(1)
3. ATURCARA PROGRAM
08.30 pagi pendaftaran
09.00 pagi taklimat gotong-royong dan pendedahan mengenaipenyakit kanser
09.30 pagi bijak sifir oleh(En. Rosli bin Yaakob)
10.30 pagi acara gotong—royong dimulakan
12.30 tgh bersurai
4. SKOP AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA
1) Memasukkan tanah ke dalam pasu dan polibag bagi program bumi hijau.
2) Ceriakan bilik One Stop PIBG
3) Menceriakan kelas Pra-Sekolah (membuat mural dinding dan melukis)
5. PERALATAN
1) 1 Lori Tanah
2) 100 polibag hitam (30cm / diameter)
3) Pasu bunga
4) Alatan berkebun
6. GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
Pendaftaran
Ceramah Kesedaran Kanser Dan Bijak Sifir
Jamuan ringan
Aktiviti Gotong-royong
Membersihkan Kantin
Melukis Mural Kelas Pra Sekolah
7. PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini telah dilaksanakan dengan lancar. Semua
yang hadir telah memberikan komitmen yang baik. Namun begitu, hanya seramai lebih
kurang 20 org ibubapa sahaja yang hadir menyertai program ini. Pihak sekolah perlu
memainkan peranan untuk menarik minat ibubapa untuk menyertai program seumpama
ini pada masa akan datang.
Semua ajk pelaksana telah melaksanakan tanggungajawab mereka dengan baik
dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat
menjayakan program ini.
Terima kasih.
Dilaporkan oleh, Tarikh : 25 Mei 2010
…………………………….(Wan Nor Afni Binti Wan Mustama)