Download - Laporan post mortem bendahari
LAPORAN POST MORTEM
PERTANDINGAN PERMAINAN DIGITAL (D’GAMES)
TARIKH
12 - 13 DISEMBER 2015
TEMPAT
FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
ANJURAN
INTERACTIVE MULTIMEDIA CLUB (IMeC)
POST MORTERM PERTANDINGAN PERMAINAN DIGITAL (D’GAMES)
INTERACTIVE MULTIMEDIA CLUB (IMEC) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
AHLI JAWATANKUASA BENDAHARI
Bendahari : Nurul Atikah Farhanah binti Aznan (A155488)
Timb. Bendahari : Nurul Natasha binti Borhan (A146290)
TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA:
BENDAHARI : Membuat anggaran belanjawan bagi Program D’games. Membuat laporan penyata kewangan. Menguruskan kemasukan wang yuran peserta.
TIMBALAN BENDAHARI: Memegang dan menguruskan keluar masuk wang dari penaja (MDEC) sebanyak RM3,000. Menerima resit pembelian daripada setiap exco. Membuat laporan akaun kewangan bendahari tentang aktiviti kemasukan dan pengeluaran
wang.
LAPORAN POST MORTERM - EXCO BENDAHARI 2
MASALAH DAN PENYELESAIAN
MASALAH YANG DIHADAPI :
i) Kelewatan daripada pihak exco pemasaran dalam mendapatkan maklumbalas daripada
pihak penaja melambatkan proses untuk mendapatkan wang penajaan.
ii) Wang daripada pihak penaja yang bernilai RM500 dan wang dana daripada fakulti yang
bernilai RM1,000 hanya akan diperolehi selepas program dijalankan.
PENYELESAIAN MASALAH :
i) Pihak kami bergantung sepenuhnya kepada wang penajaan daripada MDEC iaitu bernilai
RM3,000 dan wang yuran peserta bernilai RM1,080.
ii) Pihak kami juga berusaha sedaya-upaya untuk meminta agar setiap exco untuk mencari
dan membeli barang-barang dengan harga yang lebih murah supaya dapat berjimat.
iii) Pihak kami juga turut membantu exco pemasaran untuk mendapatkan penaja seperti
penaja bunting dan banner, penaja bagi beg goodies serta penaja makanan bagi exco
jamuan iaitu menaja sarapan pagi. Hal ini telah dapat membantu kami daripada
berlakunya kerugian dalam belanjawan program ini.
LAPORAN POST MORTERM - EXCO BENDAHARI 3
RUMUSAN
Dengan kerjasama dari seluruh ahli jawatankuasa Pertandingan Permainan Digital (D’Games) ini,
Penasihat IMec, iaitu Dr. Zurina binti Muda, dan juga kerjasama dari pihak Fakulti Teknologi dan Sains
Maklumat, Pertandingan Permainan Digital (D’Games) ini dapat dijalankan dengan jayanya. Walaupun kadang-
kala kami menghadapi beberapa masalah dan kesulitan, namun program ini tetap dapat diadakan dengan penuh
meriah dan gemilang. Tanpa usaha keras dari semua pihak yang terlibat, program ini sangat mustahil untuk
dilaksanakan. Tidak lupa juga kepada Pihak MDec, Ainor Enterprise, Tart Nasi Ayam sebagai penaja utama
kami dalam program D’Games ini. Akhir kata, semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang
akan datang.
LAPORAN POST MORTERM - EXCO BENDAHARI 4