Download - Laporan Kimia Amali Group 2
Laporan Amali
Tujuan : Mengkaji faktor yang menentukan pemilihan ion untuk dinyahcas
berdasarkan kedudukan ion dalam siri elektrokimia.
Pernyataan masalah :
Apakah kesan kedudukan ion dalam siri elektrokimia terhadap pemilihan ion untuk
dinyahcaskan di elektrod.
Teori :
Faktor-faktor yang mempengaruhi ion untuk dinyahcas di elektrod adalah
a) Kedudukan ion dalam siri elektrokimia
b) Kepekatan ion dalam elektrolit
c) Sifat elektrod yang digunakan
Siri elektrokimia merupakan senarai ion yang disusun mengikut tertib menaik bagi
keupayaan untuk menyahcas di elektrod semasa elektrolisis. Ion-ion dari kedudukan
lebih rendah dalam siri akan dipilih untuk dinyahcas di elektrod. Ini kerana ion-ion ini
lebih mudah dinyahcaskan.
Hipotesis :
Semakin rendah kedudukan sesuatu ion dalam siri elektrokimia, maka semakin
mudah ion tersebut dinyahcas elektrod
Pembolehubah
a) Yang dimanipulasi : kedudukan ion dalam siri elektrokimia
b) Yang bergerakbalas : ion yang dinyahcas di eketrod dan hasil elektrolisis
c) dimalarkan : Jenis elektrod
Bahan.
i. Larutan kuprum (II) sufida CuSO4, 0.5 mol dm·³
ii. Asid sulfurik cair, H2SO4, 0.5 mol dm·³
iii. Kayu uji
iv. Elektrod karbon (grafit)
Radas
i. Sel elektrolisis
ii. Bateri
iii. Tabung uji
iv. Ammeter
v. Suis
vi. Dawai penyambung dengan klip buaya
Rajah 1 : eksperimen elektrosisi Larutan kuprum (II) sufida
Rajah 2 : elektrosis Asid sulfurik cair, H2SO4
Prosedur
1) Radas disusun seperti yang ditunjukkan pada rajah yang disediakan.
2) Dihiupkan suis dan arus elektrik dialirkan selama 20 minit (sehingga tabung
penuh diisi gas).
3) Perubahan pada anod dan katod diperhatikan
4) Gas yang dikutip di dalam tabung uji diuji dengan kayu uji berbara
5) Eksperimen diulangi dengan dengan menyadiakan susunan radas seperti
pada rajah yang disediakan.
6) Perubahan pada katod dan anod diperhatikan.
7) Gas yang terkutip di dalam tabung uji di anod dan katod masing-masing diuji
dengan menggunakan kayu uji berbara dan kayu uji bernyala.
Keputusan :
Pemerhatian 1 : elektrosis Larutan kuprum (II) sufida CuSO4
elektrod Katod anod
Pemerhatian
Suatu lapisan pepejal
perang kemerahan
terenap pada permukaan
elektrod
Suatu gas tak berwarna
dan tak berbau
dibebaskan. Gas ini
menyalakan kayu uji
berbara.
Larutan akues kuprum(ii)
sulfat yang berwarna biru
terluntur secara perlahan
Pemerhatian 2 : elektrosis Asid sulfurik cair, H2SO4
elektrod Katod anod
Pemerhatian
Suatu gas tak
berwarna dan tak
berbau dibebaskan.
Apabila kayu bernyala
diletakkan pada mulut
tabung uji bunyi pop
terhasil
Gas yang
dikumpulkan di katod
adalah dua kali ganda
lebih banyak daripada
isipadu gas di anod
Suatu gas tak berwarna
dan tak berbau
dibebaskan. Gas ini
menyalakan kayu uji
berbara.
Perbincangan
A) Elektrosis larutan akues kuprum (II) sulfat
Terdapat empat jenis ion dalam larutan akues kuprum(II) sulfat. Ion – ion kuprum
(II) dan ion sulfat daripada kuprum (II) sulfat. Ion hydrogen dan ion hidroksida
daripada separa molekul air.
Kepekatan ion hidrogen dan hidroksida adalah rendah daripada kepekaan ion
kuprum (II) dan ion sulfat. Apabila arus elektrik dialir menerusi larutan akues kuprum
sulfat, ion kuprum (II) dan ion hydrogen bergerak kea rah katod. Ion sulfat dan ion
hidroksida bergerak ke arah anod.
Di katod ion hidrogen menerima electron daripada katod untuk membentuk atom
hirogen. Dua atom hidrogen bergabung membentuk satu molekul hidrogen.
Di anod ion hidroksida dipilih untuk dinyahkancas kerana ion-ion ini berada pada
kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia berbanding ion sulfat. Ion
hidroksida lebih mudah membebaskan elektron untuk membentuk molekul oksigen.
B) … Elektrosis Asid sulfurik cair, H2SO4
Terdapat ion hidrogen, ion sulfat dan ion hidroksida dalam asid sulfurik cair
H2SO4(ak) → 2H+(ak)+ SO4²¯(ak)
Apabila arus elektrik dihidupakan ion hydrogen dan ion hidroksida bergerak
kea rah katod manakala ion sulfat bergerak arah anod.
Di katod ion hidrogen menerima elektron daripada katod untuk membentuk
atom hidrogen. Dua atom hidrogen bergabung membentuk satu molekul hidrogen.
Di anod ion hidroksida dipilih untuk dinyahcaskan kerana ion-ion ini berada
pada kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia berbanding ion sulfat. Ion
hidroksida lebih mudah membebaskan elektron untuk membentuk molekul oksigen.
Kesimpulan :
Elektrosis larutan akues kuprum (II) sulfat menggunakan elektrod karbon
menghasilkan logam kuprum di katod dan gas oksigen dan air di anod. Elektrosis
asid sulfurik cair menggunakan elektrod karbon menghasilkan gas hidrogen di katod
dan gas oksigen di anod.
Lampiran bergambar