Download - Laporan khidmat masyarakat sem 2 2008
LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT
(BINA INSAN GURU)
Pada 9 September 2008 yang lalu, pelajar 2 SNED 1 dan 2 SNED 2 telah
bergabung tenaga untuk menjayakan majlis berbuka puasa. Aktiviti ini adalah di
bawah khidmat masyarakat untuk Program Bina Insan Guru.
Seramai 36 orang pelajar telah bekerjasama untuk menjayakan
program ini.Majlis berbuka puasa ini diadakan di surau Al- Falah
institut ini.Semua pelajar dikehendaki berkumpul di surau pada pukul
2 petang untuk penyediaan bahan-bahan masakan. Bahan - bahan
mentah telah disediakan oleh pihak institut terlebih dahulu.
Setelah mengadakan perbincangan, kami semua telah bersetuju
untuk menyediakan menu seperti sambal udang berkacang buncis,
ikan termenung goreng, buah kurma beserta kuih karipap. Aktiviti
memasak dimulakan pada pukul 3 petang dengan memasak nasi
terlebih dahulu. Kemudian kami membersihkan pinggan mangkuk
dan cawan yang akan digunakan pada majlis itu nanti. Semua
pelajar bekerjasama untuk memastikan kelancaran majlis ini.
Di samping itu, kami juga berasa amat bertuah kerana
telah menerima kunjungan daripada Timbalan Pengarah instutut
serta mentor bagi kedua-dua kelas iaitu Puan Zainab dan Puan
Haliza.
Melalui program ini, kami bukan sahaja berjaya
menjalankan aktiviti khidmat masyarakat tetapi kami
juga mendapat pengalaman yang berguna.
Selain itu kami juga mendapat banyak faedah melalui program
ini.Antaranya kami belajar betapa pentingnya semangat
kerjasama untuk menjayakan program ini. Sebagai
contohnya, setiap pelajar telah diberikan tugas masing-
masing seperti memotong sayur, mengelap lantai,
membersihkan pinggan mangkuk dan memasak.
Selain itu, kami juga telah sedar betapa
pentingnya menepati masa. Kami semua
perlu hadir tepat ke surau pada waktu yang
telah ditetapkan di dalam jadual
program. Hal ini kerana kami ingin memastikan
makanan dapat disediakan sebelum para
muslimin dan muslimat datang untuk berbuka puasa.
Kami juga telah mendapat pengalaman dan
pengetahuan untuk memasak dalam kuantiti yang
banyak. Terdapat beberapa staf institut telah membantu
kami dalam penyediaan makanan. Melalui tunjuk ajar
mereka, sedikit sebanyak telah membantu kami dalam
penyediaan makanan.
Melalui program ini, kami dapat memberi
sumbangan yang berguna kepada masyarakat. Kami
berasa sangat berbangga dan gembira kerana terlibat
dalam aktiviti ini. Program ini berakhir pada pukul 10
malam selepas tamatnya majlis berbuka puasa.
Kesimpulannya, aktiviti ini amat berguna kepada kami sebagai bakal guru
di masa hadapan. Hal ini adalah kerana aktiviti ini mengajar kami untuk
menguruskan sesebuah program, pengurusan masa yang baik serta berkhidmat
kepada masyarakat.