Transcript

7/29/2019 LAPORAN Kesantunan Berbahasa.

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-kesantunan-berbahasa 1/3

LAPORAN AKTIVITI

NAMA AKTIVITI : BENGKEL ETIKET DAN SOSIAL

( Kesantunan Berbahasa )

TARIKH : 20 JULAI 2013

BILANGAN PESERTA : 70 ORANG MURID

TEMPAT : DEWAN MESRA RIA SK TAMAN RIA

DIKENDALIKAN OLEH : EN. MOHD MARZUKI BIN HASAN

BIDANG TUGAS :

1. Menyampaikan ceramah berkaitan dengan kesantunan berbahasa.

2. Kepentingan mengamalkan adab dan sopan semasa berkomunikasi.

LAPORAN :

Bengkel Etiket dan Sosial telah diadakan selama 3 jam. Di dalam bengkel tersebut

ianya telah dibahagikan kepada 3 bahagian yang merujuk kepada 3 tajuk iaitu

Kesantunan Berbahasa, Tertib / Adab di Meja Makan dan Etika Berpakaian. Bagi slot

Kesantunan Berbahasa, pelajar telah didedahkan dengan bentuk-bentuk komunikasi

dengan pelbagai individu dan pentingnya mengamalkan adab dan sopan semasa

berkomunikasi dengan seseorang.

Kepelbagaian bentuk-bentuk komunikasi yang ditunjukkan telah menarik minat

murid untuk mengikuti sesi ceramah tersebut. Pelbagai komen positif juga telah diberi

oleh murid-murid sekolah ini.

7/29/2019 LAPORAN Kesantunan Berbahasa.

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-kesantunan-berbahasa 2/3

Seterusnya murid-murid didedahkan dengan uji kaji air yang berwarna

mencemari air yang jernih yang diibaratkan percakapan yang kasar akan melukakan

hati pihak yang mendengar kekasaran tersebut. Murid-murid juga ditemuramah oleh

penceramah untuk mengesan sejauh mana kefahaman murid tentang kesantunan

berbahasa.

Kekuatan

• Kerjasama antara pihak sekolah, pentadbir, guru-guru , guru-guru PPG dan para

peserta amat baik.

• Murid-murid mempunyai asas agama yang kuat dan mempunyai nilai kesopanan

yang tinggi.

• Terdapat sebilangan murid mengetahui asas berkomunikasi dengan beradab.

• Murid-murid mempunyai asas pengetahuan sedia ada tentang kesantunan

berbahasa.

Kelemahan

• Penayangan slaid yang kurang jelas kerana diadakan di dewan terbuka.

Ancaman

• Terdapat segelintir murid yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik sewaktu

ditemubual oleh penceramah.

Peluang

• Memberi pendedahan kepada murid-murid adab-adab semasa berkomunikasi

ketika belajar di IPTA dan menghadiri temuduga.

7/29/2019 LAPORAN Kesantunan Berbahasa.

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-kesantunan-berbahasa 3/3

• Murid berpeluang meluahkan pendapat masing-masing berkenaan dengan

kesantunan berbahasa.

Laporan bergambar 

 

Murid-murid tekun mendengar ceramah yang disampaikan.


Top Related