Download - Laporan akhir hp kerja berpasukan
Laporan Akhir
Disediakan oleh: Norsafika Bt Abdu Karim
Program Anak Muda NADI Malaysia yang dianjurkan oleh Seketeriat Keselamatan dan Kelab
X-treme C Kolej Ungku Omar,Universiti Kebangsaan Malaysia telah berlangsung pada 14hb
hingga 16hb Febuari 2014 bertempat di tiga lokasi berlainan iaitu di Kampung Batu 23,
Sekinchan, Kuala Selangor dan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Seramai 70 orang peserta telah
menyertai program tersebut. Dalam program ini, saya memegang jawatan sebagai AJK Jamuan
dan Makanan. Tugas yang di galas oleh saya adalah menyediakan makanan supaya ahli dan
sesiapa sahaja yang terlibat dengan program ini akan mendapat makanan mengikut waktu.
Melalui program ini, saya telah dapat mempelajari ilmu-ilmu komunikasi secara langsung dan
tidak langsung. Saya telah mengetahui cara-cara untuk berurusan dengan pihak luar dengan lebih
baik melalui kaedah penulisan ringkas dari semasa ke semasa. Dengan menghadiri Mesyuarat-
mesyuarat sesama ahli program Anak Muda Nadi Malaysia juga dapat membiasakan diri menjadi
lebih bertanggungjawab, menepati masa dan berdisiplin. Saya telah menggunakan komunikasi
alam maya dan komunikasi lisan sesama ahli jawatankuasa tertinggi program dalam
membincangkan menu makanan yang sesuai untuk semua golongan agar dapat memuaskan
semua pihak. Saya telah membantu ketua exco jamuan dengan memberi idea berkaitan
perancangan dan strategi pengagihan makanan mengikut masa yang telah ditetapkan. Di samping
itu, saya telah bertanggungjawab mengikuti ketua exco makanan ke lokasi program untuk
berbincang dengan pihak kantin sekolah mengenai jenis-jenis makanan yang perlu disediakan
semasa program dijalankan, kami juga telah membincangkan menu untuk sarapan, tengah hari,
minum petang dan makan malam. Matlamat program ini adalah untuk membantu kehidupan
keluarga yang susah ke arah yang lebih senang,memupuk semangat cintakan ilmu di kalangan
pelajar, memupuk semangat sayangkan orang yang kurang bernasib baik dan merapatkan
hubungan mahasiswa dengan masyarakat. Kami bertolak dari UKM, Bangi ke Kuala Selangor
pada jam 4 petang iaitu selepas berakhirnya perasmian program kami oleh perasmi jemputan
daripada UKM Bangi iaitu Prof Madya Sr Dr Adi Irfan bin Che Ani. Kami sampai ke tempat
penginapan pada pukul 7 petang dan pada malamnya kami membuat ‘rehearsal’ untuk hari
esoknya sebagai persediaan. Hari kedua kami adalah bersama pelajar tingkatan 5 dan 6 rendah
1
daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Desa. Daripada aktiviti berkenaan, kami telah
berjaya memberikan suntikan semangat kepada pelajar disitu untuk menyambung pelajaran
dengan menerangkan kepada mereka tentang keistimewaan orang yang berpelajaran dan tidak
menerusi latihan dalam kumpulan. Majlis penutup berlangsung pada pukul 1 petang oleh
pengetua sekolah tersebut di Dewan Seminar tempat kami menginap. Daripada aktiviti di
sekolah, saya telah dapat berkomunikasi dengan pelajar secara tidak langsung kerana saya telah
ditugaskan oleh exco program untuk menjadi pemudahcara aktiviti latihan dalam kumpulan
selama 1 jam 30 minit. Pada sebelah petang, kami bergerak ke Kampung Batu 23,Sekinchan
untuk aktiviti seterusnya. Di kampung tersebut, setiap daripada kami berpeluang untuk
berkomunikasi bersama penduduk kampung khususnya bersama keluarga angkat masing-masing.
Pada petangnya, kami dan ahli jawatankuasa Kampung Batu 23 mengadakan pertandingan sepak
takraw dan ianya telah dirasmikan oleh YB Budiman bin Zohdi, Adun Sg Panjang. Pertandingan
tersebut diakhiri dengan perlawanan persahabatan antara pelajar UKM dengan penduduk
kampung tersebut dan seterusnya aktiviti petang itu diakhiri dengan ucapan daripada YB
Budiman bin Zohdi dan penyampaian hadiah kepada pemenang. Pada waktu malam, kami telah
menjemput Prof. Madya Dr. Arip Bin Kasmo, pensyarah UKM Bangi bagi menyampaikan
ceramah di balai raya kampung berkenaan yang bertajuk “Sains dalam Islam”. Pada keesokan
harinya, kami menjalankan aktiviti senamrobik dan pertandingan permainan tradisional seperti
congkak dan batu seremban. Ramai penduduk kampung menyertai aktiviti ini kerana terdapat
juga pemeriksaan kesihatan percuma dibalai raya bersebelahan tempat aktiviti kami dijalankan.
Daripada aktiviti berkenaan, saya dapat berkomunikasi dan mengeratkan lagi hubungan dengan
penduduk kampung. Pada pukul 11 pagi, kami telah dipecahkan kepada 5 kumpulan untuk
memberi bantuan kepada orang-orang kampung yang susah dan berpendapatan rendah. Setiap
kumpulan terdiri daripada 3 ahli. Ahli Nadi yang tidak terlibat diarahkan untuk bersama
penduduk kampung bagi menjayakan aktiviti permainan kampung serta penutup yang dirasmikan
oleh YB Hjh Noriah,Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti. Selesai majlis
penutup di kampung, kami telah bergerak ke UKM Tanjung Karang untuk mengemas barang dan
daftar keluar daripada UKM Tanjung Karang. Pada jam 5 petang, kami mula bergerak ke
bandaraya Kuala Lumpur untuk meneruskan aktiviti kami yang seterusnya iaitu bersama
gelandangan. Gelandangan adalah orang yang tidak mempunyai tempat tinggal, makanan dan
wang. Kami mula membantu golongan ini pada jam 9 malam dan dibantu oleh Pertiwi Soup
2
Kitchen, iaitu badan bukan kerajaan yang mempunyai sukarelawan yang ramai bagi membantu
memberikan makanan kepada gelandangan. Kami telah menyalurkan bantuan dengan
memberikan makanan dan pakaian yang telah kami kumpulkan sepanjang perancangan program
untuk diberikan kepada golongan ini. Di sini, saya juga berkesempatan untuk berbual dengan
golongan ini bagi mengetahui lebih lanjut akan masalah gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.
Kami tidak dibenarkan mengambil gambar bersama gelandangan kerana ianya boleh
mencemarkan maruah mereka. Daripada perjalan program kami,matlamat program NADI ini
dapat dicapai. Matlamat pertama dapat dicapai apabila kami memberi bantuan kepada penduduk
kampung yang susah untuk mengurangkan beban mereka . Matlamat kedua pula dicapai apabila
kami memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Desa
untuk terus menerokai ilmu. Matlamat ketiga dicapai apabila kami berjaya membantu golongan
susah dan gelandangan dan matlamat yang terakhir dicapai apabila kami membuat pertandingan
sepak takraw dan pertandingan permainan tradisional bersama penduduk Kampung Batu 23. Ini
menunjukkan kami cuba merapatkan hubungan mahasiswa dengan masyarakat. Melalui tugas
yang dipegang oleh saya sebagai AJK jamuan dan makanan, saya dapat mengasah ‘softskill’
yang ada dalam diri saya seperti kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul ketika sepanjang program. Kesimpulannya, program
NADI ini telah berjaya memupuk kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan dalam diri saya..
Tambahan pula, saya dapat mempelajari cara melibatkan diri di dalam sebuah program
kemasyarakatan, berinteraksi dengan pihak atasan serta bekerjasama dan berkomunikasi dengan
semua ahli sesuatu pengalaman yang penting apabila mula bekerja dengan organisasi yang besar
serta berstruktur kompleks. Kemahiran ini dapat mengajar saya supaya membiasakan diri bekerja
dengan pelbagai jenis golongan, melatih diri menjadi lebih berani mencuba sesuatu yang baru.
Selain itu, berani apabila berdepan dengan masyarakat, berdisiplin, bersemangat kental dan yakin
bahawa diri ini boleh memimpin dalam sesuatu program.
3
Sehubung dengan kewajiban pelajar sebagai syarat lulus universiti yang ditetapkan di UKM,
saya Norsafika Bt Abdu Karim, no.matrik A146363 telah memilih HP pada semester ini iaitu
HHHC9601 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan dibawah Dr. Tukimat Bin Lihan.
Program ini telah diluluskan oleh JPPEL kerana mempunyai sebilang kemahiran HP yang
diselitkan bersesuaian dengan HP yang saya pilih iaitu membiasakan diri dengan sifat
kepimpinan yang tinggi, sentiasa bersemangat dan boleh memberi kerjasama yang baik apabila
kerja dalam berpasukan. Dengan merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan
kemahiran beberapa maklumat dan juga pembuktian disertakan dalam laporan akhir ini mengikut
format yang ditetapkan bersesuaian dengan HP ini.
4
Menghadiri Mesyuarat Rasmi dan berkumpulan
5
Bekerjasama dalam melakukan tugas berpasukan atau berkumpulan
Gambar (1) Gambar (2)
Gambar (3)
6
Gambar (4) Gambar (5)
Gambar (6) Gambar (7)
7
Gambar (8)
Gambar(9)
Gambar (10)
8
Gambar (11)
Gambar (12)
Gambar (13)
9
Gambar (14)
Gambar (15)
Gambar (16)
10
Gambar (17)
Gambar (18)
Gambar (19)
11
Huraian daripada pembuktian gambar
Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan merupakan aspek penting dalam kalangan pelajar supaya lebih berani dan yakin dalam melakukan tugasan contohnya, boleh memimpin masyarakat ke arah kebaikan dan dapat mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat juga merupakan nilai yang boleh diambil melalui kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan ini. Di samping itu, ilmu pengetahuan mengenai cara bertutur dengan pelbagai jenis orang adalah penting kerana mengajar seseorang menyesuaikan diri berinteraksi secara lebih fleksibel dalam kehidupan semasa mahupun ketika bekerja ataupun secara langsung dengan semua pihak. Berikut adalah beberapa bukti yang saya peroleh ketika program berlangsung :-
Gambar (1) : Ini merupakan sebahagian barangan sumbangan yang telah kami terima. Barang
dan sumbangan tersebut akan disalurkan kepada mereka yang berkenaan semasa program NADI
dijalankan.
Gambar (2) : Barang dan pakaian yang telah disusun atur bersama-sama AJK NADI yang lain.
Gambar (3) : AJK bertungkus-lumus mengemas dewan sebelum program dijalankan.
Gambar (4) : Jamuan ringan untuk AJK dan masyarakat kampung.
Gambar (5) : Sesi perkenalan antara masyarakat kampung dan AJK yang terlibat.
Gambar (6) : Menjemput Prof madya dr. Mohd arip bin kasmo dengan topik ceramah
pengukuhan akidah menerusi penghayatan sains dalam al-quran al-karim.
Gambar (7) : AJK dan masyarakat kampung berkumpul bersama-sama memeriahkan ceramah.
Gambar (8) : AJK program telah mengendalikan aktiviti ‘ice-breaking’. Tujuan aktiviti ini dibuat
adalah untuk memberi peluang kepada peserta dan keluarga angkat untuk mengenali diri masing-
masing dengan lebih rapat dan merapatkan ukhwah silaturrahim sesama insan.
Gambar (9) dan (10) : Latihan dalam kumpulan untuk pelajar SMK.Semensa.
Gambar (11) dan (12) : Saya dan AJK bergambar.
Gambar (13) : Senamrobik bersama AJK program di kampung Tanjung Karang.
Gambar (14-17) : Saya bersama AJK mengagihkan makanan kepada para gelandangan.
12
Gambar (18) dan (19) : Kesemua AJK bergambar di sekitar kawasan gelandangan iaitu di Kota
Raya, Kuala Lumpur.
.
13