Download - Laporan Ahli Jawatan Kuasa Protokol Pj
7/30/2019 Laporan Ahli Jawatan Kuasa Protokol Pj
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-ahli-jawatan-kuasa-protokol-pj 1/1
LAPORAN AHLI JAWATAN KUASA PROTOKOL KARNIVAL PERMAINAN
TRADISIONAL ANJURAN SEMESTER 5 (ELEKTIF PJ) AMBILAN JANUARI 2011
Semasa berlangsungnya Karnival Permainan Tradisional, AJK Protokol telah
bertugas untuk menjamin kelancaran majlis perasmian dan majlis penutupan.
Majlis perasmian Karnival Permainan Tradisional telah diadakan pada jam 8.30
pagi. Seawal jam 7.00 pagi, kesemua AJK Protokol telah bersedia dan bertungkus
lumus membuat persiapan terakhir untuk majlis perasmian. Timbalan Pengarah IPG
Kampus Tuanku Bainun, Tn Hj Abu Bakar telah tiba pada jam 8.20 pagi untuk
merasmikan Karnival Permainan Tradisional diiringi oleh Ketua Jabatan Pendidikan
Jasmani, Cik Rosyati Binti Hussin. Majlis telah dipengerusikan oleh Mohd Shafiq Bin
Che Soh dan Nur Naiemah Binti Mohd Ibrahim dari kelas 5 PISMP. Majlis telah berjalan
lancar dan tamat pada jam 9.15 pagi.
Bagi majlis perasmian penutupan, majlis telah diadakan pada pada jam 12.00
tengah hari. Majlis telah dihadiri oleh kesemua guru pelatih semester 5 (elektif PJ) dan
pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani. Walaupun berlaku beberapa kesilapan
teknikal semasa persiapan majlis, ahli AJK Protokol berjaya menanganinya dan majlis
perasmian penutupan berjalan dengan lancar walaupun cuaca semakin terik.
Disediakan oleh,
……………………………..
(NUR NAIEMAH BINTI MOHD IBRAHIM)
KETUA AJK PROTOKOL