Download - Kursus pengurusan utk pengawas pss
KURSUS PENGURUSANPUSAT SUMBER
SEKOLAHAnjuran:
PUSAT SUMBER SMK TAMAN MUTIARA RINI 2
JOHOR BAHRU
Tarikh:30 MEI 2011
Penceramah: PN BIBI AISHAH BINTI ROSLAN
GURU MEDIA DAN PERPUSTAKAANSMK TAMAN MUTIARA RINI 2
DEFINISI PSS• Tempat terkumpulnya berbagai-bagai alat dan bahan media
pendidikan yang dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur bagi memudahkan pengguna.
• Tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pembelajaran dan pengajaran yang diurus secara sistematis.
• Tempat bagi memperoleh, mengumpul dan membina maklumat baru supaya dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran dan pengajaran.
• Tempat untuk warga sekolah berkumpul, berunding, memilih, merencana, menerbit dan menggunakan alat pengajaran demi meningkatkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran
SEJARAH PENUBUHAN• Perpustakaan sekolah wujud pada awal tahun 1950-an (zaman
sebelum merdeka)• Pada tahun 1962, Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah
Melayu menggariskan standard minimum bagi perpustakaan di Malaya.
• 1962 – KPM memperkenalkan kursus sepenuh masa untuk guru-guru perpustakaan.
• 1964 – KPM menerbitkan Manual Perpustakaan Sekolah.• 1967 – perpustakaan sekolah diletakkan di bawah Biro Buku
Teks di KPM• 1974 – diserahkan kepada Perkhidmatan Perpustakaan
Sekolah, Pengurusan Sekolah, KPM.• 1 Mac 1983 – KPM mengarahkan semua sekolah menggunakan
istilah ‘Pusat Sumber Sekolah’ bagi menggantikan istilah perpustakaan sekolah.
MATLAMAT PSS
• Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah
• Membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru supaya lebih berilmu, dinamik, kreatif dan inovatif.
• Membentuk golongan murid yang berilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
OBJEKTIF PSS• Menyediakan bahan buku dan bukan buku bagi
membantu guru dan murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
• Menyediakan bahan-bahan yang sesuai bagi memupuk minat membaca dan belajar sendiri di kalangan murid.
• Membantu guru dan murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
• Mewujudkan satu iklim atau suasana yang dapat menggalakkan perubahan sikap di kalangan guru dan murid.
• Memajukan kemahiran penyelidikan, penyiasatan dan mencari maklumat.
• Mengembangkan keyakinan diri kepada pelajar.• Menggalakkan tabiat belajar sendiri, membaca dan
menyiasat melalui sumber
FALSAFAH PSS
• PSS adalah tempat aktiviti akademik yang melibatkan pengalaman praktik guru dan juga pelajar.
• Ia adalah satu sistem atau pusat perkhidmatan bagi menolong mencapai matlamat kurikulum.
• Himpunan atau koleksi alatan dan bahan media di PSS membantu mencapai matlamat aktiviti yang dinamik.
• Bagi menjadikannya satu tumpuan aktiviti, iaitu sebagai nadi pembelajaran dan pengajaran, ‘SEMANGAT PSS’ perlu dipupuk di kalangan guru dan pelajar.
KONSEP PSS
• Kemudahan fizikal
• Koleksi pelbagai bahan (cetak atau bukan cetak)
• Pengurusan yang teratur
• Kakitangan media yang terlatih
• Menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan.
FUNGSI PSS• Mengumpulkan atau memperoleh bahan koleksi pelbagai
jenis dan bentuk yang sesuai bagi pembelajaran. Ia diperoleh secara percuma, dibeli ataupun dibekalkan oleh pihak tertentu.
• Menghasilkan atau mengeluarkan bahan pembelajaran sendiri, sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Bahan-bahan yang dihasilkan dibeli ataupun barangan terpakai.
• Mengorganisasi atau menyusun bahan-bahan secara sistematis.
• Mengedar atau menyebarkan maklumat berkenaan bahan yang terdapat di PSS.
• Memberi panduan, bimbingan dan nasihat kepada pengguna berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan dan lokasi bahan atau alatan.
PERANAN PSS
• Pusat ilmu kerana ia mempunyai perbendaharaan ilmu yang banyak. Ia adalah pusat mengurus, memperoleh, menghasilkan dan menyebar sumber maklumat.
• Pusat pembelajaran iaitu melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang disediakan. Ia juga menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan secara individu ataupun berkumpulan.
• Pusat pengajaran iaitu tempat untuk guru mengajar dengan berkesan melalui kemudahan canggih yang disediakan.
• Pusat profesional iaitu melalui latihan dalaman atau perbincangan kumpulan.
• Terdapat juga sumber kemahiran kepakaran, bahawa bahan rujukan dan digunakan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
PENGAWAS PSS
• Dipilih di kalangan pelajar sekolah tersebut.
• Dipilih dan di lantik oleh pihak pengurusan PSS.
• Diberi pendedahan dan latihan berkenaan dengan pengurusan PSS.
• Tertakluk kepada peraturan dan undang-undang disiplin PSS dan sekolah.
TUGAS PENGAWAS PSS
• Hadir seminggu sekali untuk mengawasi PSS mengikut jadual yang ditetapkan.
• Membuat sirkulasi bahan• Membersihkan PSS dan menyusun buku• Membuat pemprosesan bahan buku dan bukan
buku.• Mengawal disiplin pelajar-pelajar lain yang
berada di dalam PSS.• Membantu membuat keceriaan PSS• Membantu guru PSS pada bila-bila masa
dikehendaki dan diarahkan.
UNIT-UNIT PENGAWAS PSS
• Pemprosesan Bahan• Kad Pintar• Kaunter Perkhidmatan• Keratan Akhbar
KOLEKSI PSS
Bahan Berceta
k
•Buku (fiksyen, bukan fiksyen dan rujukan)•Bukan buku (majalah, surat khabar, risalah)
Bahan Bukan
Bercetak
•Alat tayangan (OHP, LCD, Skrin)•Alat bukan tayangan (Papan putih, papan kenyataan)•Alat audio (radio, PA Sistem)•Alat pandang dengar (audio-visual) (TV, komputer)•Perkakasan sokongan lain (kamera, mesin taip, mesin laminate, comb binding, pengimbas.•Perisian (CD, transparensi, filem)
PENGKELASAN BAHAN PSS
TUJUAN:• Membantu penyusunan bahan-bahan supaya mudah
dikesan atau dicari ketika diperlukan.• Bahan-bahan dapat disusun dengan cara yang mudah
dan teratur mengikut jenis dan bentuk.• Mengetahui bilangan koleksi dalam satu himpunan
pengkelasan yang teratur.• Proses memilih dan menambah koleksi bahan dapat
dibuat dengan mudah termasuk proses hapus kira dan pilih buang.
• Memudahkan proses menyemak stok dan kerja merekod pergerakan bahan.
• Memudahkan pemilihan bahan yang hendak digunakan.
SISTEM PENGELASAN
• Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey (Dewey Decimal Classification System)
• Library of Congres Classification System,
• Universal Decimal Classification• Bibliographic Classification System• National Library of Medicine
Classification• Islam Outline of Classification
Scheme
Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey (DDC)
SENARAI RINGKASAN PERTAMA
000 - Karya Am100 - Falsafah dan fahaman yang berkaitan200 - Agama300 - Sains Kemasyarakatan400 - Bahasa500- Sains Tulen600 - Sains Gunaan (Teknologi)700- Kesenian800- Kesusateraan900- Geografi dan Sejarah.
* Sila rujuk lampiran untuk senarai ringkasan kedua.
CARTA ALIR PEMPROSESAN BUKU
Cap Hak Milik Buku
• Muka tengah kulit hadapan• Muka surat rahsia
Cap Perolehan• Muka kulit hadapan• Isikan maklumat lengkap
Slip Tarikh Pulang
• Lekatkan pada muka surat terakhir.
Isi Slip Kerja• Isikan maklumat lengkap• No. perolehan diambil dari sistem
Masukkan Data• Guna sistem SPPSS• Lengkapkan semua maklumat.
Cetak & Tampal Label
• Buku tebal di tulang buku• Buku nipis di kulit hadapan buku.
Tampal Stiker Warna
• Hijau – pinjaman biasa• Merah – red spot
Sampul• Guna plastik lutsinar• Sampul dengan kemas
Susun di Rak• Ikut nombor panggilan / pengkelasan
JENIS-JENIS CAP PSS
CAP HAK MILIK
CAP PEROLEHAN
KAEDAH MENAMPAL LABEL BUKU
SIRKULASI PSS
• Buku bertanda hijau – pinjaman biasa.– Buku boleh dipinjam selama 3 hari termasuk sabtu dan ahad.– Waktu cuti sekolah (kecuali cuti sekolah akhir tahun) – rekod
khas pinjaman waktu cuti. Buku dipinjam selama cuti persekolahan.
– Rekodkan dalam buku Rekod Pinjaman Pelajar dan Sistem SPPSS.
– Denda lewat pulang RM 0.20 setiap hari.
• Buku bertanda merah – pinjaman terhad.– Hanya boleh dipinjam tidak lebih 2 jam– Rekodkan dalam buku Rekod Pinjaman Terhad
• Buku bertanda jingga - rujukan – Tidak boleh dipinjam.
SENARAI REKOD PSS
• Rekod Pinjaman dan Pemulangan– Pelajar– Guru– Terhad (red spot)– Berkelompok
• Rekod Tempahan PSS• Rekod Penggunaan PSS– Guru– Pelajar
• Laporan Bertugas Pengawas PSS
PERKHIDMATAN PSS
• Kad Pintar – RM 5 setiap satu• Fotokopi
– RM 0.10 untuk 1 – 30 salinan– RM 0.07 untuk 30 – 50 salinan– RM 0.05 untuk 51 salinan.
• Binding• Laminate• Cetakan komputer (printing)
– RM 0.30 untuk sekeping A4 hitam putih
– RM 1.00 untuk sekeping A4 warna
• Gambar passport– RM 1.00 setiap keping gambar.
PERATURAN DISIPLIN PENGAWAS PSS
– Setiap pengawas Pusat Sumber SMK Taman Mutiara Rini 2 adalah tertakluk kepada peraturan disiplin yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
– Setiap pengawas Pusat Sumber akan mempunyai helaian sendiri di dalam Buku Rekod Disiplin Pengawas Pusat Sumber SMK Taman Mutiara Rini 2
– Buku ini adalah SULIT dan hanya Pentadbir sekolah dan Pentadbir Pusat Sumber yang mempunyai kuasa untuk menulis dan menyemak buku tersebut.
– Setiap kesalahan yang dilakukan oleh pengawas Pusat Sumber sama ada di dalam Pusat Sumber atau di luar Pusat Sumber akan direkodkan di dalam buku tersebut.
– Semua kesalahan dibahagikan kepada dua kategori iaitu :
Kesalahan RinganKesalahan yang dilakukan tidak menggugat proses pengoperasian PSS, tidak memberikan imej yang buruk kepada PSS dan tidak mencemarkan nama baik sekolah:
• Lewat datang bertugas tanpa sebab yang dimaklumkan lebih awal kepada guru PSS
• Pulang awal sewaktu bertugas tanpa mendapat kebenaran daripada guru PSS• Keluar dari Perpustakaan tanpa kebenaran Guru PSS ketika sedang bertuga• Keluar rehat melebihi 20 minit yang ditetapkan• Tidak memakai pakaian seragam Pengawas Pusat Sumber• Lewat memulangkan buku yang dipinjam di Pusat Sumber• Membuat bising ketika berada di dalam Pusat Sumber• Tidak melakukan tugas dengan betul ketika bertugas (contoh : merekod
peminjaman dan pemulangan buku dengan tidak lengkap, tidak menyusun buku di raknya semula, tidak menyapu dan membersihkan lantai dsb)
• Menyepahkan buku atau peralatan lain di PSS• Tidak memakai Kad Pintar ketika berada di PSS
PERATURAN DISIPLIN PENGAWAS PSS
Kesalahan BeratKesalahan yang dilakukan menggugat kelancaran pengoperasian PSS dan mencemarkan nama baik PSS dan nama baik sekolah. Menggambarkan imej diri yang buruk, tidak boleh dipercayai dan tidak amanah
• Tidak datang bertugas tanpa sebab yang dimaklumkan lebih awal kepada guru PSS
• Membawa keluar buku dari Pusat Sumber tanpa kebenaran• Mencuri wang atau peralatan PSS yang lain.• Gagal memulangkan buku yang dipinjam selepas diberi amaran• Membawa keluar peralatan PSS tanpa kebenaran guru • Menconteng dan melakukan vandalisme di PSS• Mengoyakkan buku di PSS• Gagal di dalam ujian bulanan atau peperiksaan• Membawa telefon bimbit dan menggunakannya ketika berada di dalamPSS• Ponteng kelas dan duduk di PSS• Berkumpul dengan rakan-rakan di dalam PSS dan membuat bising• Melakukan kesalahan yang mencemarkan nama baik sekolah dan nama baik
PSS
PERATURAN DISIPLIN PENGAWAS PSS
Bilangan Kesalahan Tindakan
Tiga kesalahan ringan atau satu kesalahan berat
Surat Amaran Pertama kepada Ibu / Bapa / Penjaga
Enam kesalahan ringan atau dua kesalahan berat
Digantung daripada bertugas selama 2 minggu dan Surat Penggantungan Jawatan akan dihantar kepada Ibu / Bapa / Penjaga
Sembilan kesalahan ringan atau tiga kesalahan berat
Dilucutkan daripada jawatan dan Surat Pelucutan Jawatan akan dihantar kepada Ibu / Bapa / Penjaga
PERATURAN DISIPLIN PENGAWAS PSS
SekianTerima Kasih