Download - Kuasa Perundangan
![Page 1: Kuasa Perundangan](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022072109/55cf9217550346f57b937348/html5/thumbnails/1.jpg)
Kuasa Perundanga
n
![Page 2: Kuasa Perundangan](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022072109/55cf9217550346f57b937348/html5/thumbnails/2.jpg)
Kuasa Perundangan
Terletak hak pada Parlimen yg terdiri drpd Yang di-Pertuan Agung, Dewan Negara, Dewan
Rakyat [P44]
Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang
hendaklah dijalankan melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh kedua-dua
Majlis Parlimen [P66]
Majlis Parlimen meluluskan Rang
Undang-undang dan dihantar kepada YDPA untuk diperkenankan
olehnya [P66(3)]
Sesuatu Rang Undang-undang sah secara sendirinya walaupun YDPA tidak memperkenankannya selepas 30 hari
Rang Undang-undang itu dikemukakan kepada baginda [P72(4A)]
Sesuatu Rang Undang-undang itu menjadi undang-undang apabila
diperkenankan oleh YDPA tetapi tiada undang-undang boleh dikuat kuasa
sehingga undang-undang itu disiarkan
![Page 3: Kuasa Perundangan](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022072109/55cf9217550346f57b937348/html5/thumbnails/3.jpg)
Parlimen boleh membuat undang-undang bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa di luar dan juga di dalam Persekutuan• 73a
Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian Negeri itu.• 73b
Sebarang undang-undang dibuat berdasarkan peruntukan
kuasa dalam Senarai Perundangan
Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.• 75
Negeri berkuasa untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang tidak ada dalam senarai perundangan• 77
Pembahagian kuasa perundangan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri