Download - Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
1/16
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KRM 3063: BENTUK DAN RUANG
TAJUK TUGASAN 1
KUMPULAN
UPSI 07 (A112 PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO.ID NO.TELEFON
DEWI PUSPITA BT HJ MASOD D20102043292 013-2485080
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ZAMZANA BT ZAMZAMIR @ ZAMZAMIN
TARIKH HANTAR: 25 OKTOBER 2012
PEMARKAHAN
2. TUGASAN
(1)
(2)
3. FORUM
JUMLAH
AKTIVITI PENGAJARAN
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
2/16
TUGASAN 1: (Individu) / 20 markah / Minggu ke 6 (26 Oktober 2012)
Bagi tajuk tertentu daripada sukatan pelajaran bentuk dan ruang yang anda pilih
sendiri, rancangkan 2 (DUA) aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan
bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi. Kedua-dua aktiviti pengajaran
itu mestilah melibatkan bahan berbeza. Contohnya, sekiranya satu aktiviti
melibatkan bahan konkrit maka satu lagi aktiviti melibatkan teknologi. Aktiviti yang
anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 40 minit,
setiap satunya. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan
mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang
digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar
gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Aktiviti ini
adalah asli atau berdasarkan pengalaman anda sendiri. Format penulisan
mengandungi:
i. Tema.
ii. Tajuk.
iii. Hasil pembelajaran.
iv. Pengetahuan sedia ada.
v. Langkah-langkah (nyatakan tempoh bagi setiap langkah).
vi. Bahan pengajaran (sama ada bahan konkrit, media dan teknologi:
diintegrasikan dalam (v))
vii. Penilaian (boleh diintegrasi dalam (v))
viii. Jangkaan refleksi (jangkaan kesukaran dalam pelaksanaan serta cara
mengurangkan / mengatasi)
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
3/16
AKTIVITI 1
Tahun : 2
i. Tema : Sukatan dan Geometriii. Tajuk : Ruang
iii. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid dapat ;
1. Menamakan sekurang-kurangnya 5 bentuk 3D yang
berbeza dengan betul
2. Melabel dengan betul sekurang-kurangnya 5 bentuk 3D
yang berbeza.
iv. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui bentuk-bentuk 3D
v. Langkah-langkah pengajaran :
Langkah 1: 5 minit
a) Guru meminta murid menunjukkan permukaan atas, tepi dan bucu meja mereka.
Murid merasai dan membuat pemerhatian pada meja masing-masing.
b) Murid menjawab soalan lisan dari guru
Contoh: i. Cuba kamu rasa permukaan atas, tepi dan bucu meja.
ii. Apa yang kamu rasa?
c) Murid dibimbing oleh guru untuk berbincang tentang aktiviti yang dijalankan.
Langkah 2: 15 minit
a) Guru mengagihkan beberapa bongkah berbeza kepada murid dan meminta murid
menyatakan ciri-ciri bongkah yang diberikan.
b) Murid menyebut ciri-ciri bongkah seperti kubus, kon, silinder, piramid, sfera dan
kuboid.
c) Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid (aktiviti individu)
d) Murid melabelkan ciri-ciri bentuk 3D dengan bimbingan guru.
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
4/16
Langkah 3: 10 minit
a) Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua
bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu set bongkah 3D.
b) Guru meminta murid membilang permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan
bucu bagi setiap bongkah yang dibekalkan.
c) Murid menyatakan kepada berapa bilangan permukaan rata, permukaan
melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah: kubus, kon, silinder, piramid, sfera
dan kuboid.
d) Ketua setiap kumpulan akan tampil kehadapan dan menerangkan ciri-ciri bongkah
kepada rakan dan guru akan memberi penghargaan kepada kumpulan yang
beerjaya menerangkan dengan tepat.
Contoh:
1. Berapakah bilangan permukaan rata pada kubus?
2. Berapakah bilangan permukaan melengkung pada kon dan silinder?
3. Adakah sfera mempunyai permukaan melengkung?
Langkah 4: 10 minit
a) Guru mengedarkan kad soalan kepada setiap kumpulan.
b) Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan
berpandukan kepada bongkah 3D yang dibekalkan.
c) Wakil bagi setiap kumpulan dikehendaki menerangkan jawapan kumpulannya.
d) Guru akan berbincang dengan murid mengenai jawapan mereka dan membuat
penilaian bagi setiap jawapan yang diberikan.
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
5/16
vi. Bahan pengajaran
Bahan, peralatan dan bahan sumber :
1) bola sepak 5 biji2) kotak tisu 5 kotak3) bekas minuman dalam tin 5 unit4) set bongkah 3D 2 set5) lembaran kerja
a) Bahan konkrit (Bongkah-bongkah 3D)
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
6/16
b) Kad soalan
1. Berapakah bilangan permukaan rata pada kubus?
2. Berapakah bilangan permukaan melengkung pada kon
dan silinder?
3. Adakah sfera mempunyai permukaan melengkung?
4. Berapakah bilangan permukaan rata pada kuboid?
5. Berapakah bilangan permukaan melengkung pada
sfera?
6. Adakah silinder mempunyai permukaan melengkung?
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
7/16
vii. Penilaian
Penilaian aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan iaitu apabila setiap kumpulan
murid dapat menjawab dengan tepat berdasarkan soalan pada kad soalan. Ia dapat dinilai
dalam langkah yang keempat apabila setiap kumpulan murid menunjukkan jawapan mereka
dan seterusnya guru atau murid lain akan membantu jika terdapat kumpulan yang
melakukan kesalahan pada jawapan mereka melalui perbincangan yang dijalankan. Apabila
murid dapat menjawab dengan tepat, barulah lembaran kerja akan diberikan kepada mereka
sebagai latihan tambahan secara individu dan guru boleh menilai pencapaian individu.
viii. Jangkaan refleksi
Daripada maklum balas murid, saya dapati mereka memberi respon yang
agak memuaskan terhadap soalan yang saya kemukakan pada permulaan pengajaran iaitu
set induksi. Ini telah menunjukkan saya telah meransangkan minat murid dengan
menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada mereka dan menunjukkan murid dalam
keadaan bersedia untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid
dalam menjalankan aktiviti adalah aktif dan menunjukkan semangat bekerjasama dalam
perbincangan menyiapkan aktiviti yang diarahkan dengan baik. Aktiviti yang saya rancang
telah menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran pada hari itu.
Dengan mengimbas kembali, objektif pengajaran yang telah ditetapkan sebelum ini
turut tercapai dengan 97% kerana terdapat seorang murid membuat sedikit kesilapan
memperihalkan permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi bentuk tiga
dimensi (3D). Murid-murid dapat menjawab lembaran kerja yang diberi dengan betul setelah
disemak.
Kekuatan dan kelemahan : Saya perlu mengawal masa yang digunakan dalam
semua fasa pengajaran supaya tidak menjejaskan mana-mana aktiviti yang telah dirancang.
Selain itu saya kurang memberi galakan kepada murid yang menjawab soalan dengan betul
semasa pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancang dapat memupuk nilai
kerjasama antara murid-murid serta mengukuhkan kefahaman mereka terhadap isi
pengajaran yang disampaikan. Juga tidak ketinggalan dengan bahan bantu mengajar yang
menarik perhatian murid dan seterusnya meningkatkan pencapaian objektif pembelajaran
pada hari itu.
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
8/16
Nada suara saya yang lantang dan jelas memudahkan murid-murid saya faham akan
soalan saya dan seterusnya melibatkan diri dalam menjawab soalan yang dikemukakan.
Murid-murid juga memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap sesi pengajaran yang
dilaksanakan. Namun begitu, saya gagal memanggil seorang demi seorang untuk mencuba
menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh saya. Soalan-soalan yang diajukan adalah
secara keseluruhan kelas dan tidak dapat mengesan kefahaman murid terutamanya bagi
murid LINUS. Sebagai seorang guru yang efektif, saya seharusnya memanggil nama murid
untuk menjawab setelah mengajukan soalan kepada murid dan lebih bertanyakan soalan
yang berkaitan dengan topik untuk menguji kefahaman murid LINUS. Sekiranya murid
LINUS yang dipanggil masih tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan, saya perlulah
menunjukkan kesabaran dan memberi galakan kepada murid tersebut sehingga dapat
menjawab soalan yang dikemukan selain daripada menaksir kefahaman murid terhadap isi
pengajaran hari itu. Lama-kelamaan keyakinan pada diri murid tersebut dapat dibina sedikit
demi sedikit begitu juga dengan merasai penghargaan daripada saya dalam menjawab
soalan. Oleh itu, murid tersebut akan meneruskan usaha mereka untuk mencapai kejayaan.Selain itu, kelemahan-kelemahan lain yang dapat dikenalpasti dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ialah saya telah lupa menyediakan salah satu bentuk
bongkah 3D iaitu berbentuk sfera. Saya berasa cemas apabila mendapati bogkah 3D
berbentuk sfera tidak ada. Jadi saya terpaksa mengubah strategi rancangan pengajaransaya dengan menggunakan bola sepak menggantikan sfera. Saya juga mendapati interaksi
antara murid dan guru adalah kurang memuaskan. Murid hanya menjawab soalan saya
setelah diajukan kepada mereka sahaja.
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
9/16
Lampiran 1
Lembaran Kerja (Pengayaan)
Nama: _____________________________________ Kelas: _______________
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
10/16
Lampiran 2
Lembaran Kerja (Pemulihan)
Nama: _____________________________________ Kelas: _______________
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
11/16
AKTIVITI 2
Tahun : 2
i. Tema : Sukatan dan Geometriii. Tajuk : Ruang
iii. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid dapat ;
1. Mengenalpasti dengan betul sekurang-kurangnya 3
daripada 4 bentuk 2D yang berbeza
2. Melukis dengan betul sekurang-kurangnya 3 daripada 4
bentuk 2D yang berbeza.
iv. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui bentuk-bentuk 2D
v. Langkah-langkah pengajaran :
Langkah 1: 5 minit
a) Guru meminta murid membuat pemerhatian terhadap gambar yang dipaparkan oleh
guru. Murid menyatakan bentuk-bentuk yang dapat dilihat berdasarkan gambar.
b) Murid menjawab soalan lisan dari guru
Contoh: i. Apakah bentuk yang kamu lihat?
ii. Nyatakan ciri-ciri bentuk tersebut?
iii. Namakan objek yang kamu tahu sama denagn objek yang kamu lihat.
Contoh: Segiempat sama (sapu tangan)
c) Murid dibimbing oleh guru untuk menyatakan bentuk-bentuk 2D yang biasa dilihat
dalam kehidupan harian.
Langkah 2: 15 minit
a) Guru memperkenalkan bentuk-bentuk 2D menggunakan slaid-slaid Powerpoint
b) Murid diminta menamakan bentuk-bentuk 2D yang dipaparkan dalam Powerpoint.
Contoh: bulatan, segitiga, segiempat sama, segiempat tepat.
(Aktiviti menggunakan Powerpoint disertakan)
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
12/16
Langkah 3: 10 minit
a) Guru meminta murid meneka apakah nama bentuk 2D berdasarkan ciri-ciri yang
dipaparkan pada slaid Powerpoint.
Contoh 1: Saya ada 3 garisan lurus yang bertemu membentuk 3 bucu.
Jangkaan jawapan murid: Tigasegi
Guru akan menerangkan kepada murid bahawa bentuk 2D yang mempunyai 3
garisan lurus yang bertemu membentuk 3 bucu adalah segitiga, bukan tigasegi.
Contoh 2: Saya mempunyai satu garisan melengkung dan satu permukaan yang
bulat.
Jangkaan jawapan murid: Bulatan
Guru akan memberikan pujian / penghargaan kepada murid kerana jawapan yang
betul.
Langkah 4: 10 minit (Aktiviti menulis)
a) Guru meminta murid menekap bentuk-bentuk 2D berpandukan objek.
Contoh objek: duit syilingbulatan
b) Murid diminta menggunting bentuk-bentuk yang dilakarkan dan tampal pada helaian
lampiran.
c) Murid diminta melukis bentuk-bentuk 2D yang disebut oleh guru.
d) Guru akan berbincang dengan murid mengenai jawapan mereka dan membuat
penilaian bagi setiap jawapan yang diberikan.
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
13/16
vi. Bahan pengajaran
Bahan, peralatan dan bahan sumber :
1. Penyangkut baju (hanger)
2. Duit syiling
3. Peraut (sharpener)
4. Lembaran kerja
vii. Penilaian
Dalam p & p pada hari ini, saya telah menggunakan perisian powerpoint sebagai
bahan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan
bantu mengajar yang canggih ini telah menarik minat murid kerana seiring dengan
perkembangan dunia sekarang yang mana kapur dan papan hitam dilihat sudah tidak
relevan lagi. Power Point yang dipaparkan amat menarik dan bersesuaian dengan tajuk
pengajaran pada hari ini serta juga dapat merangsangkan minat murid dan menggalakkan
mereka memberikan tumpuan terhadap isi pengajaran. Lembaran kerja yang disediakan
kepada murid juga bersesuaian dan mengikut tahap penguasaan murid iaitu murid LINUS
(pemulihan) dan murid PERDANA (pengayaan).
Berdasarkan aktiviti yang saya telah jalankan, jika saya diberi peluang untuk
mengajar tajuk ini sekali bagi kumpulan murid yang sama, saya akan lebih bersedia dengan
menyediakan Power Point yang lebih menarik lagi berbanding dengan slaid powerpoint yang
digunakan sekarang. Selain itu, saya akan memeriksa semua bahan bantu mengajar saya
dengan teliti sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga akan
membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan dengan
kaedah dan teknik mengajar bagi menarik penglibatan murid secara aktif. Suasana
pembelajaran yang mesra juga akan saya wujudkan menggalakkan murid berinteraksi
secara aktif dalam pelbagai hala dalam kelas seperti memberi senyuman atau respons yang
positif kepada murid yang sudi menjawab soalan saya. Melalui cara ini barulah saya dapat
membantu murid-murid dalam mencapai objektif pembelajaran secara produktif dan
berkesan.
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
14/16
Lampiran 1
Lembaran Kerja (Pemulihan)
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
15/16
Lampiran 2
Lembaran Kerja (Pengayaan)
-
7/28/2019 Krm 3063 Tugasan 1 Aktiviti Pengajaran
16/16