Download - Kontrak Al-Murabahah Purchase Order (MPO)
Kewangan
Sosial Islam •ISLAMIC SOCIAL FINANCE•
PROSIDING PERSIDANGAN EKONOMI DAN
KEWANGAN ISLAM MALAYSIA KE-3 2016
PROCEEDINGS OF THE 3RD CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016
Disunting oleh:
Sharifah Shazwani Syed Mohamed
Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
Amiratul Nadiah Hasan
Suhaili Alma’amun
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI • 2016
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
ii
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM
(CMIEF) 2016
Cetakan Pertama, 2016
Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun,
sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada Penerbit terlebih dahulu.
Diterbitkan dan dicetak oleh
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
http://www.ekonis-ukm.my/
Tarikh dan Tempat Persidangan:
24 Ogos 2016 / 21 Zulkaedah 1437
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,
Jalan Elmu Off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur
Anjuran Bersama:
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),
Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Islam Hadhari UKM,
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,
Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF), KUIS,
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),
Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM
ISBN 978-983-3198-94-8
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
iii
ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan iii
Kata Pengantar vi
WAQF & CROWDFUNDING
Aplikasi Konsep Istibdal ke Arah Penjanaan Dana Wakaf Oleh Perbadanan
Wakaf Selangor
Oleh Afiffudin Mohammed Noor & Che Zuina Ismail
1
Peranan Waqaf Dalam Meningkatkan Pendapatan Nelayan Tradisional di
Kuala Langat
Oleh Aidil Afandi Mohamad Alias, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Mohd
Adib Ismail
8
Potensi Waqf Dalam Pengurusan Bekalan Sumber Air Terawat di
Kalangan Negara Islam Terpilih
Oleh Mohammad Nasrul Hakim Roslan & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
18
Wakaf Penerbangan Sebagai Bentuk Baru “Perniagaan Sosial Islam”:
Kajian di Air Riths Airline.
Oleh Mohd Salleh Abd Kadir & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
31
Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan: Kajian
Terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Oleh Nur Fahana Zahari, Nur Adila Ayub & Hairunnizam Wahid
43
Isu-isu dan Penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan di Dalam
Crowdfunding
Oleh Anisa Syazwani Aris
53
Equity Crowdfunding Patuh-Syariah di Malaysia
Oleh Hud Sabri, Shahida Shahimi & Suhaili Alma’amun 62
Dana Untuk Pendidikan di Universiti Melalui Crowdfunding: Satu Kajian
Awal
Oleh Nur Saadah Rozali, Suhaili Alma’amun & Shifa’ Mohd Nor
78
Potensi Sukuk dalam Membangunkan Tanah Wakaf di Malaysia:
Satu Tinjauan
Oleh: Latifah Nuroniah Selamat & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai
89
Proposal Penubuhan Platform Crowdfunding Berasaskan Wakaf Dari Segi
Perundangan Malaysia
Oleh Nur Sakinah Nabilah Nor Saeran, Suhaili Alma’amun & Asma Hakimah
Ab. Halim
104
The Role of Muslim Millionaires in Enhancing Waqf-Based Crowdfunding: A
Proposed Framework
Oleh Wan Shamilah Wan Mohammed, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai,
Mohd Fairuz Md Salleh
129
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
iv
TAKAFUL
Review On Trust in Takaful Agent-Client Relationship
Oleh Aimi Fadzirul Kamarubahrin & Syadiyah Abdul Shukor 236
Melindungi Golongan Berpendapatan Rendah Melalui Takaful Mikro:
Prospek & Cabaran
Oleh Mardziah Idris & Hendon Redzuan 245
Penganggaran Tahap Kesolvenan Pengendali Takaful Dengan Skor-Z
Altman
Oleh Noor Huzaidah Husin, Rubayah Yakob & Hairunnizam Wahid 264
Kajian Empirikal Terhadap Penentu Kepada Polisi Luput Pelan Takaful
Keluarga
Oleh Norasykeen binti Mohd Baharom & Rubayah Yakob 280
Penerimaan Penjawat Awam Terhadap Skim Perlindungan Takaful
Keluarga di Putrajaya Oleh Ratna Edayu Bt Jumiran & Hendon Redzuan
291
ZAKAT & PERCUKAIAN
Analisis Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan
Zakat: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor
Oleh Ahmad Fathi Aminuddin, HairunnizamWahid & Mohd Ali Mohd Nor 142
Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat
Oleh Mohd Yusof Bin Ismail Hairunnizam Wahid Zulkefly Abdul Karim 158
Localization Model for Education Zakat Distribution Among University
Students: A Theoretical Proposal to Islamic Religious Councils in Malaysia
(IRC) With Cooperation of Selangor Zakat Board (LZS)
Oleh Noor Afiqah Che Soh, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor
167
Lokalisasi Agihan Zakat Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian
Atas Status Anak Negeri
Oleh Nurul Aqilah Jalaludin, Noor Afiqah Che Soh & Hairunnizam Wahid 181
Lokalisasi dan Sosialisasi Antara Amil Dan Asnaf:
Kajian di Malaysia
Oleh Ramizah Begam Abd Aziz, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 191
Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat:
Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Oleh Samsiah Jumati, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 200
Analisis Perubahan Pola Agihan Zakat: Kajian Kes Negeri Kelantan
Oleh Wan Nurhanini Wan Hassim & Hairunnizam Wahid 213
Layanan Cukai Terhadap Amalan Kewangan Sosial Islam di Malaysia
Oleh Nur Liyana Omar, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Suhaili Alma’mun 226
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
v
KONTRAK DAN PEMBIAYAAN ISLAM
Potensi Pembiayaan Kewangan Islam Dalam Peningkatan Produktiviti
Perladangan Kelapa Sawit di Kalangan Pekebun Kecil Oleh Muhammad Zaid Fahmi Bin Mahadzir
313
Kontrak Al-Murabahah Purchase Order (MPO): Implementasi Dalam
Produk Pembiayaan Kenderaan Daripada Sudut Memenuhi Keperluan
Pengguna
Oleh Nazhatul Shima Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid
322
Pengurusan Dana Masjid Di Malaysia: Satu Kajian Mengenai Penggunaan
Akaun Amanah
Oleh Norakma Sabran, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad 334
Pemahaman Penjawat Awam Terhadap Produk Pembiayaan Perumahan
Secara Islam Oleh Kerajaan
Oleh Norzulaily Binti Ahmad Kamal, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai &
Ruzian Markom
343
Maqasid Al-Shariah in Ar-Rahnu
Oleh Nur Rasyidah Kamaruzaman & Salina Haji Kassim 357
LAIN-LAIN ISU BERKAITAN EKONOMI ISLAM
Impak Kepercayaan Dan Kesetiaan Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH)
Terhadap Risiko Kecairan
Oleh Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul Rahman & Shifa Mohd Nor 367
Tingkah Laku Perancangan Persaraan dan Isu Caruman KWSP Pekerja
Sektor Swasta di Melaka
Oleh Nurul Fariha Jamaludin, Suhaili Alma’amun & Hairunnizam Wahid 381
Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Produk Halal Farmaseutikal
Oleh Rabiatul Aiisyah Muhammad, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid 394
Perkembangan Industri Makanan Halal Jepun di Malaysia
Oleh Sharifah Shazwani Syed Mohamed, Mohd Ali Mohd Noor &
Muhammad Hakimi Mohd Shafiai 405
Pasar Islam: Sebuah Model Masyarakat Ekonomi Madani Kajian Menerusi
Al-Quran, Hadis Dan Pasar Pada Masa Khulafaurrasyidin
Suwandi, Muhammadi Hakimi Mohd Shafiai & Wan Nasyrudin Wan Abdullah 414
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016
vi
KATA PENGANTAR
Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Malaysia (CMIEF) 2016 ini bertemakan
KEWANGAN ISLAM SOSIAL. Penganjuran persidangan ini merupakan kesinambungan daripada
persidangan CMIEF 2015 di mana penganjurnya adalah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan
Kewangan Islam (EKONIS) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Institut Islam Hadhari, UKM.
Namun pada tahun 2016, pihak EKONIS telah bekerjasama dengan Institut Islam Hadhari UKM,
International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Pusat Penyelidikan
Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF) KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia
(ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi
Islam, UKM bagi sama-sama menjayakan penganjuran CMIEF 2016
Persidangan ini diadakan adalah lebih tertumpu bagi membincangkan hasil kajian dalam bidang
kewangan Islam sosial dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan
Islam. Disamping itu, persidangan ini juga merupakan menjadi wadah perbincangan ilimah antara
penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah dan juga pengamal industri di Malaysia. Melalui
prosiding persidangan ini, kertas kerja yang mempunyai potensi akan diterbitkan di dalam jurnal
berindeks selain dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak.
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
322
PROCEEDING OF THE 3rd CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
KONTRAK AL-MURABAHAH PURCHASE ORDER (MPO): IMPLEMENTASI
DALAM PRODUK PEMBIAYAAN KENDERAAN DARIPADA SUDUT
MEMENUHI KEPERLUAN PENGGUNA.
_________________________________________________________________________
Nazhatul Shima Abdul Rahman1
Hairunnizam Wahid2
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600, UKM Bangi, Selangor
ABSTRAK
Pembiayaan atau pinjaman kenderaan hari ini, ditawarkan oleh institusi kewangan dengan menawarkan
kemudahan pembiayaan sistem perbankan Islam dan konvensional. Kaedah sewa beli konvensional
yang menggunakan konsep sewa beli secara Islam iaitu kontrak Al-Ijarah Thumma Al Bai (AITAB) merupakan konsep yang telah lama diterima dan diguna pakai di Malaysia. Namun sejak Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 diperkenalkan pada tahun 2013, Bank Islam Malaysia Berhad
(BIMB) telah memperkenalkan kontrak jual beli dalam pembelian kenderaan menggunakan kontrak
Murabahah Purchase Order (MPO) yang merupakan satu bentuk kontrak yang baru kepada pengguna
yang ingin mendapatkan pembiayaan kenderaan secara Islam. Namun persoalannya, adakah pengguna
mengetahui dan memahami tentang kontrak MPO berbanding dengan kontrak sewa beli. Selain itu,
adakah kontrak ini benar-benar memenuhi kehendak pengguna daripada sudut maqasid syariah iaitu
antara lainnya menjaga agama dan harta. Justeru objektif kajian ini ialah untuk mengetahui tahap
pengetahuan dan pemahaman pengguna terhadap kontrak MPO. Kajian ini juga bertujuan untuk
mengkaji persepsi pengguna terhadap kontrak MPO daripada aspek memenuhi keperluan pengguna
serta aspek maqasid syariah. Kajian awal ini akan menganalisis menggunakan data primer melalui
borang soal selidik yang akan diedarkan dikalangan 32 orang responden yang terdiri daripada pelanggan
BIMB yang berurusan untuk mendapatkan pembiayaan kenderaan di Pusat Pembiayaan Automobil
(PPA) di Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden mengetahui dan memahami
kontrak MPO ini serta mendapati kontrak ini dapat memenuhi keperluan pengguna dari aspek maqasid
syariah iaitu menjaga agama dan harta. Beberapa implikasi dasar serta cadangan turut dibincangkan
dalam kajian ini.
Kata Kunci: Pembiayaan Kenderaan, ‘Murabahah Purchase Order (MPO); Regresi Logistik
PENGENALAN
Produk pembiayaan kenderaan merupakan antara produk yang mudah dipasarkan kepada
pelanggan sejajar dengan keperluan masyarakat moden hari ini. Setiap individu yang ingin
memiliki kenderaan akan membeli secara tunai atau ansuran samada di institusi kewangan ataupun
di syarikat kenderaan yang menawarkan pinjaman kenderaan. Di Malaysia, individu atau syarikat
yang ingin membeli kenderaan samada buatan tempatan atau kenderaan yang diimport boleh
melakukan pinjaman atau pembiayaan kenderaan sama ada di institusi perbankan konvensional
mahupun institusi perbankan Islam. Setiap pelanggan berhak untuk memilih institusi perbankan
yang menawarkan pelbagai keistimewaan daripada kontrak pembiayaan, disamping memenuhi
1 Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM.e-mail: [email protected] 2 Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM; email; [email protected]
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
323
segala tuntutan yang telah digariskan oleh syarak. Islam juga telah menetapkan garis panduan dan
penetapan ke atas kontrak muamalat yang perlu dipatuhi bagi memastikan maqasid syariah tercapai
antaranya maqasid menjaga agama dan harta bagi menjamin kebahagian hidup manusia di dunia
dan di akhirat iaitu al-falah.
Sistem perbankan konvensional telah lama bertapak dan diamalkan di semua institusi
perbankan melalui Akta Sewa Beli yang telah diperkenalkan pada tahun 1967 yang menawarkan
sistem sewa beli iaitu Hire Purchase Act kepada individu atau syarikat yang ingin memiliki
kenderaan. Namun begitu pada tahun 1983, kerajaan telah mewujudkan satu mekanisma baru bagi
memenuhi permintaan dalam kalangan masyarakat Islam iaitu sistem perbankan yang berasaskan
syariah Islam. Seiringan dengan itu, kontrak pembiayaan kenderaan iaitu Al-Ijarah Thumma Al-Bai
(AITAB) telah diperkenalkan namun ia masih tertakluk dengan Akta Sewa Beli 1967. Namun Bank
Islam (M) Berhad pula pada ketika itu telah mengaplikasikan kontrak Bai Bithaman Ajil (BBA)
untuk pembiayaan kenderaan.
Sektor kewangan Islam dahulunya di kawal selia oleh Akta Perbankan dan Institusi
Kewangan (BAFIA), Akta Perbankan Islam 1983 dan Akta Takaful 1982 telah diambil alih dan
diselaraskan dengan akta ‘Islamic Financial Services Act (IFSA 2013)’ atau Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam (APKI 2013). Akta ini adalah kemuncak bagi usaha kerajaan Malaysia untuk
memodenkan undang-undang yang mengawal selia perlakuan dan penyeliaan institusi kewangan
dan perbankan di negara ini disamping memberikan perlindungan yang mencukupi untuk keperluan
pengguna. Oleh itu, Bank Islam (M) Berhad telah mengorak langkah ke hadapan mengambil
peluang ini untuk memperkenalkan kontrak baru bagi pembiayaan kenderaan iaitu kontrak
Murabahah dimana kontrak ini dibentuk berasaskan perjanjian jualan kenderaan secara penjualan
kepada orang yang menempah iaitu kontrak Murabahah to the Purchase Order (MPO) yang
merupakan satu bentuk penjenamaan semula kontrak BBA yang tertakluk dalam Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 pada 14 Februari 2014.
Walaupun pengenalan kontrak MPO ini telah dilaksanakan sejak tahun 2014, kajian ini
berpendapat beberapa isu serta permasalahan kajian yang perlu diberi perhatian. Isu pertama ialah
terdapat ramai pengguna yang datang ke bank bagi tujuan untuk mendapatkan pembiayaan
kenderaan masih tidak mengetahui dan memahami kontrak MPO daripada sudut pengertian kontrak
serta pelaksanaannya berbanding dengan pengetahuan kontrak AITAB yang telah digunapakai
sejak sekian lama. Kajian ini berpendapat kebanyakan pelanggan hanya berkontrak dengan produk
perbankan Islam hanya untuk mendapatkan kenderaan tetapi tidak mengetahui secara jelas ciri-ciri
kontrak patuh syariah. Isu kedua ialah pelanggan masih tidak jelas tentang ciri serta kelebihan
kontrak MPO daripada aspek memenuhi keperluan sebenar pelanggan serta memenuhi maqasid
syariah terutamanya dalam aspek menjaga agama dan harta. Permasalahan ini timbul kerana kajian
ini mendapati masih terdapat sebilangan pelanggan masih menganggap kontrak MPO tiada bezanya
dengan kontrak AITAB atau kontrak lain yang sediada. Selain itu, pelanggan masih menganggap
kontrak ini seolah-olah tersasar daripada matlamat asal iaitu mengutamakan keuntungan kepada
pihak bank berbanding pencapaian maqasid syariah dan memenuhi keperluan pengguna. Justeru
kajian ini akan mengkaji sejauhmanakah pelanggan memahami kontrak MPO daripada aspek
pengertiannya serta menjelaskan cara perlaksanaannya dengan lebih terperinci. Kajian ini juga akan
menganalisis persepsi pengguna tentang kontrak MPO daripada aspek memenuhi keperluan
pengguna serta pencapaian maqasid syariah. Akhirnya kajian juga akan menganalisis kemungkinan
wujud faktor penentu dalam mempengaruhi minat pelanggan untuk menggunakan kontrak MPO
dalam pembiayaan kenderaan.
KAJIAN LEPAS
Menurut pemerhatian yang dilakukan, terdapat beberapa kajian dan penulisan yang berkaitan
dengan produk MPO. Jika dilihat pada kajian yang lepas Murabahah sering dikaitkan dengan akad
tambahan iaitu wa’ad. Menurut Nurdianawati (2010) dari sudut undang-undang wa’ad (janji) boleh
dikuatkuasakan di mahkamah. Wa'ad boleh menjadi alat yang inovatif dalam penstrukturan banyak
kontrak hadapan yang memerlukan fleksibiliti dengan penuh komitmen daripada pihak yang
terlibat tanpa menjejaskan asas prinsip dan maqasid al-syari'ah. Jikalau dilihat dari kajian lepas Nur
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
324
Zuliana (2011) dalam kajiannya ada membincangkan tentang aplikasi akad tambahan yang terdapat
dalam kontrak Murabahah. Menurutnya, terdapat isu berbangkit daripada penggunaan akad
tersebut iaitu aspek perlindungan pengguna dan aspek eksploitasi institusi kewangan. Kajiannya
menunjukkan pengguna akan berdepan dengan pelbagai kemungkinan yang membawa kepada
kurangnya perlindungan kepada pengguna itu sendiri, manakala bank mampu mengaut pelbagai
kelebihan dan keuntungan daripada penciptaan pelbagai akad tambahan ini. Namun dalam kajian
Ismail Wisham (2011) pula menunjukkan kontrak wa’ad boleh diterima dari sudut undang-undang
Islam seperti janji uniteral pada sesuatu kontrak. Jika dilihat kajian oleh Azlin Alisa (2014)
menunjukkan telah wujud kontrak wa’ad dua hala di dalam kontrak Islamic FX forward yang
mengikat kedua-dua pihak seperti yang dilakukan dalam kontrak MPO yang dilaksanakan oleh
Bank Islam (M) Berhad dalam pembiayaan kenderaan. Selain itu, prinsip wa’ad dua hala ini juga
dapat melindungi nilai (Azlin Alisa, 2015) bagi kedua-dua pihak yang berakad
Terdapat beberapa pengkaji bersetuju bahawa kontrak Murabahah merupakan pilihan
perbankan dan kewangan Islam berbanding dengan prinsip perkongsian untung-rugi (PLS)
(Mansor, 2013; dan Zulia Hanum, 2014). Menurut kajian oleh Mansor (2013) menunjukkan
bahawa kontrak Murabahah merupakan model yang penting bagi menjamin kestabilan kewangan
Islam hari ini. Jelas model perbankan berasaskan PLS adalah model yang digalakkan oleh Islam.
Namun jika dilihat dari hasil kajian daripada beberapa pengkaji terdahulu, kajian ini mendapati
kontrak Murabahah adalah agak menonjol dilaksanakan dalam perbankan Islam di Malaysia bagi
kebanyakan transaksi pembiayaan kerana ia lebih berdaya maju dan lebih meluas penggunaannya
berbanding pembiayaan berasaskan PLS. Begitu juga dalam kajian Zulia Hanum (2014) di
beberapa bank di Indonesia menunjukkan bahawa Murabahah memberi banyak manfaat kepada
perbankan Islam di Indonesia kerana keuntungan yang diambil daripada harga kos adalah
munasabah dan sangat sederhana.
Maqasid syariah dalam perbankan dan kewangan Islam merujuk kepada keuntungan yang
diambil oleh Bank haruslah berpatutan. Menurut Zikrilhafiz (2015), maqasid syariah di dalam
menjaga agama daripada sebarang amalan dan tindakan yang berunsurkan riba dan gharar serta
menjaga nilai dan kedudukan harta dengan memastikan harta beredar dan berlegar secara
berterusan dalam memberi fokus terhadap keadilan dan manfaat kepada manusia. Selain itu
perlindungan pengguna di dalam konteks perbankan Islam di Indonesia syariah menurut Ro’fah
Setyowati (2013) ialah hak berasaskan kepentingan pengguna muslim dalam aspek spirituality
yang bersumber daripada agama Islam antaranya hak mendapatkan perkhidmatan sesuai dengna
prinsip-prinsip Islam dalam semua aktiviti yang berkaitan dengan perbankan Islam. Rumusnya
kebanyakkan kajian terdahulu hanya membincangkan secara teori dan prinsip serta kelebihan
kontrak Murabahah dan tiada lagi kajian yang membincangkan tentang kontrak MPO khususnya
dalam pembiayaan kenderaan.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Sampel kajian ini ialah temubual3 serta
menganalisis respons pelanggan yang menggunakan kontrak ini daripada borang soal selidik yang
diedarkan kepada pelanggan yang datang ke Pusat Pembiayaan Automobil, Bank Islam Kuala
Lumpur. Kaedah temubual ini penting bertujuan mendapatkan maklumat dengan lebih terpeinci
disamping data yang melibatkan subjek utama kajian iaitu mendapatkan maklumat dan
pengetahuan tentang kontrak MPO serta cara pelaksanaannya dalam pembiayaan kenderaan.
Borang soal selidik ini mempunyai lima bahagian iaitu bahagian I terdiri daripada butiran
peribadi responden seperti jantina, agama, bangsa, taraf perkahwinan, umur, pekerjaan, pendapatan
isi rumah dan taraf pendidikan. Bahagian II pula untuk menilai pengetahuan pengguna tentang
maklumat produk pembiayaan atau pinjaman kenderaan terhadap tiga jenis produk pembiayaan
3 Kajian ini telah menemubual Penolong Pengurus Besar, Pembiayaan Automobil iaitu En Makhzan Hussin
di Jabatan Pembiayaan Automobil, Bank Islam (M) Berhad
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
325
kenderaan yang terdapat di Malaysia iaitu Hire Purchase, AITAB dan MPO. Bahagian ini
terbahagi kepada tiga bentuk soalan iaitu persoalan tentang produk yang diketahui, minati dan
medium maklumat produk yang diperolehi. Manakala Bahagian III pula terdiri dari keperluan
pengguna kepada produk perbankan Islam. Pernyataan yang diberikan adalah berbentuk
sejauhmana pengguna mementingkan produk yang berteraskan syariah. Bahagian IV pula untuk
menilai pengetahuan pengguna tentang produk MPO. Manakala bahagian terakhir, pernyataan
adalah berbentuk penilaian samada produk ini mencapai tujuan untuk menjaga maqasid syariah
atau sebaliknya.
Spesifikasi Model & Kaedah Analisis Data: Kajian ini akan menggunakan pelbagai kaedah
analisis data termasuklah analis secara diskriptif serta analisis faktor dalam menganalisis respons
pelanggan terhadap kontrak MPO. Ujian regresi logistik juga akan dilakukan untuk menguji apakah
faktor penentu berkebarangkalian mempengaruhi minat pelanggan untuk menggunakan kontrak
MPO dalam pembiayaan kenderaan. Model dibentuk dengan pemboleh ubah bersandar berbentuk
binari iaitu sama ada pelanggan meminati kontrak MPO atau sebaliknya tidak berminat dengan
kontrak MPO. Model yang dianggarkan secara umumnya adalah seperti berikut:
Pi = E (Y=1 | X) = 1 / (1+e-Z) (1)
Yang mana Pi adalah kebarangkalian bagi pelanggan yang minat kontrak MPO, Y=1 untuk
responden yang berminat dan Y=0 bagi responden yang tidak berminat. Berdasarkan persamaan
(1), kajian ini akan menguji beberapa pemboleh ubah yang dijangka mempengaruhi Pi seperti
berikut:
Zi = β0 + β1X1 + β2X2 + β3X3 + … + βiXi (2)
Yang mana Zi adalah satu fungsi f(X) dengan X adalah pemboleh ubah bebas yang dijangka
mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu jantina, pendapatan isirumah, pendidikan tertinggi,
pengetahuan kontrak MPO dan persepsi produk patuh syariah. Semua pemboleh ubah dalam
persamaan (2) akan diuji untuk menentukan manakah pemboleh ubah yang signifikan
mempengaruhi minat pelanggan terhadap produk MPO. Oleh itu, berdasarkan kepada persamaan
(2), maka model khusus yang dianggarkan dalam kajian ini adalah:
L = ln (Pi / (1-Pi) = β0 + β1X1 + β2X2 + β3X3 + β4X4 + β5X5 (3)
Yang mana :
L = log bagi nisbah “odds” faktor penentu minat produk MPO
X1 = jantina
X2 = pendapatan isirumah
X3 = pendidikan tertinggi
X4 = pengetahuan kontrak MPO
X5 = persepsi produk patuh syariah
HASIL KAJIAN
Kajian ini menganggarkan kebarangkalian wujud hubungan antara dua belas faktor utama bagi
mengenalpasti pengetahuan dan pemahaman pelanggan terhadap produk MPO dengan
menggunakan Ujian Analisis Faktor Eksplarotari (EFA) dan Ujian Pengesahan Skala. Faktor-faktor
tersebut ialah jantina, agama, bangsa, taraf perkahwinan, umur, pekerjaan, pendapatan isi rumah
dan taraf pendidikan, maklumat produk, keperluan kepada produk perbankan Islam, pengetahuan
pengguna tentang kontrak MPO dan untuk melihat dari sudut memenuhi keperluan pengguna.
Manakala, bagi menguji demografi responden, satu ujian menggunakan Statistik Deskriptif dan
Ujian Perbandingan Min telah dilakukan.
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
326
Jadual 1 merupakan demografi responden. Kajian ini menunjukkan jumlah responden perempuan
ialah seramai 17 orang dengan peratusan sebanyak 53.1 peratus manakala bakinya adalah
responden lelaki sebanyak 46.9 peratus. Kebanyakan responden adalah berumur antara 26 tahun
hingga 35 tahun iaitu seramai 19 orang dengan peratusan sebanyak 59.4 peratus. Hasil dari soal
selidik mengandaikan mereka merupakan golongan yang baru tamat belajar peringkat Ijazah
Sarjana Muda dan berpendapatan sekitar RM3001 hingga RM5000 dan ini merupakan pembiayaan
kenderaan mereka yang pertama. Ini adalah kerana Bank Islam telah menawarkan pakej ‘gradhitz’
dengan pembiayaan 100 peratus kepada mereka yang baru tamat belajar.
Jadual 1: Demografi Responden
Maklumat Responden Kekerapan Peratusan (%)
Jantina Lelaki 15 46.9
Perempuan 17 53.1
Umur 25 Tahun ke bawah 4 12.5
26-35 tahun 19 59.4
36-45 tahun 8 25.0
46-50 tahun 1 3.1
Agama Islam 31 96.9
Hindu 1 3.1
Bangsa Melayu 30 93.8
Cina 1 3.1
India 1 3.1
Taraf Perkahwinan Bujang 8 25.0
Berkahwin 23 71.9
Lain-lain 1 3.1
Pekerjaan Swasta 28 87.5
Kerajaan 3 9.4
Bekerja sendiri 1 3.1
Pendapatan Isi Rumah RM1000 - RM2000 3 9.4
RM2001 - RM3000 7 21.9
RM3001 - RM5000 14 43.8
RM5001 ke atas 8 25
Taraf Pendidikan Ijazah Sarjana 3 9.4
Ijazah Sarjana Muda 18 56.3
Diploma 9 28.1
Sek. Menengah 2 6.3
Jadual 2 menunjukkan bahawa medium maklumat pembiayaan kenderaan yang kerap terdedah
ialah daripada jurujual atau pengedar kenderaan. Jadual ini menunjukkan sebanyak 96.8 peratus
pelanggan mendapat maklumat tentang produk MPO ini dari pihak jurujual atau pengedar
kenderaan. Ini bermakna jurujual atau pengedar memainkan peranan yang sangat penting dalam
mempengaruhi pelanggan untuk membuat pilihan sesuatu produk pembiayaan atau pinjaman
berbanding dari pamplets 87.6 peratus dan pamplets hanya 84.4 peratus sahaja.
Jadual 2: Maklumat Produk
Medium Maklumat Pembiayaan Kenderaan Kekerapan Peratusan (%)
1. Jurujual
2. Laman Web
3. Pamplets
4.03
3.25
3.37
96.8
84.4
87.6
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
327
Jadual 3: Keperluan Kepada Produk Perbankan Islam
Kelompok Item
Skala1
1 2 3 4 5 Min²
1. Keperluan kepada produk yang patuh
syariah
0
(0.0)
0
(0.0)
2
(6.3)
8
(25.0)
22
(68.8)
4.63
[0.6]
2. Pernah menggunakan produk
perbankan atau kewangan Islam
0
(0.0)
0
(0.0)
2
(6.3)
9
(28.1)
21
(65.6)
4.60
[0.62]
3. Yakin produk yang diperkenalkan oleh
perbankan islam adalah produk yang
patuh syariah
0
(0.0) 0
(0.0) 2
(6.3)
10
(31.3)
20
(62.5)
4.56
[0.62]
4. Menggunakan perbankan secara Islam
dalam semua transaksi kewangan.
0
(0.0)
1
(3.1)
12
37.5)
12
(37.5)
7
(21.9)
3.78
[0.83]
5. Perkembangan perbankan dan
kewangan Islam di Malaysia sangat
cepat.
0
(0.0)
1
(3.1)
11
34.4)
11
34.4)
9
28.1)
3.88
[0.87]
6. AKPI 2013 memberi penekanan serius
terhadap pematuhan syariah dalam
industri kewangan dan perbankan
Islam
0
(0.0) 0
(0.0)
7
(21.9)
16
(50.0)
9
(28.1)
4.06
[0.72]
7. Produk perbankan Islam di kawalselia
oleh Jawatankuasa syariah yang
diiktiraf.
0
(0.0)
1
(3.1)
5
(15.6)
16
(50.0)
10
(31.3)
4.09
[0.78]
8. Menyokong apa sahaja produk yang
dikeluarkan oleh perbankan dan
kewangan Islam
0
(0.0) 0
(0.0)
3
(9.4)
11
(34.4)
18
(56.3)
4.47
[0.67]
Nota :¹ Min berdasarkan nilai skala likert;nilai 1 = sangat tidak setuju hingga 5 = sangat setuju
² nilai min keseluruhan konstruk ini ialah 4.26
cronbach = 0.90
( ) nilai peratus daripada jumlah responden
[ ] nilai ralat piawai bagi nilai min
Berdasarkan dapatan di Jadual 3, kajian ini cuba mendapatkan maklumat dari responden tentang
keperluan untuk mendapatkan produk perbankan Islam sebagai pemboleh ubah bersandar kepada
proksi kecenderungan pengguna untuk mendapatkan produk perbankan Islam dalam pembiayaan
kenderaan. Berdasarkan Jadual 3, kajian mendapati sebanyak 93.8 peratus mencatatkan mereka
perlu kepada produk yang patuh syariah. Manakala sebanyak 93.7 peratus pernah menggunakan
produk perbankan Islam dan sebanyak 93.8 peratus pula yakin bahawa produk yang diperkenalkan
oleh Bank Islam adalah yang patuh syariah. Ini membuktikan bahawa kesedaran yang tinggi dari
pengguna untuk mendapatkan produk yang patuh syariah bagi mengelakkan diri dari elemen riba,
gharar dan maisir yang jelas diharamkan oleh Allah dan Rasulnya. Ini jelas menunjukkan
pelanggan yang datang untuk mendapatkan produk MPO merupakan mereka yang mahukan produk
yang patuh syariah.
Di Jadual 4 pula, kajian ini menganalisis tahap pengetahuan responden tentang kontrak
MPO. Kajian ini menguji dengan 4 pemboleh ubah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 yang
akan menentukan tahap pengetahuan responden secara umum berkaitan dengan produk MPO ini.
Setelah itu, barulah mereka akan membuat keputusan samada untuk memilih atau tidak kontrak ini
dalam pembiayaan kenderaan. Berdasarkan Jadual 4, kajian menunjukkan faktor pengetahuan
pelanggan tentang kontrak murabahah secara umum mencatatkan peratusan 68.8 peratus. Manakala
maklumat yang lain seperti pernyataan kontrak MPO ini diperkenalkan selepas AKPI 2013 hanya
59.4 peratus, pernyataan kontrak MPO adalah nama semula bagi BBA dengan mencatatkan
sebanyak 56.2 peratus dan seterusnya maklumat MPO pernah digunapakai oleh perbankan Islam
mencatatkan sebanyak 50 peratus, namun pada hakikatnya perbankan Islam tidak pernah
menggunakan produk MPO ini dalam semua transaksinya.
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
328
Jadual 4 : Pengetahuan Pengguna Tentang Produk MPO
Kelompok Item
Skala1
1 2 3 4 5 Min2
1. Kontrak MPO adalah nama semula
BBA
2
(6.3)
3
(9.4)
9
(28.1)
9
(28.1)
9
(28.1)
3.63
[0.21]
2. Kontrak MPO telah diperkenalkan
selepas APKI 2013.
0
(0.0)
2
(6.3)
11
(34.4)
11
(34.4)
8
(25.0)
3.78
[0.16]
3. Kontrak MPO adalah satu bentuk
kontrak jualbeli barang pada harga
asal dengan tambahan keuntungan
yang disepakati.
0
(0.0)
2
(6.3)
8
(25.0)
12
(37.5)
10
(31.3)
3.94
[0.16]
4. Kontrak MPO bagi pembiayaan
kenderaan telah digunapakai oleh
perbankan Islam.
0
(0.0)
6
(18.8)
10
(31.3)
13
(40.6)
3
(9.4)
3.41
[0.16]
Nota: ¹ Min berdasarkan nilai skala likert; nilai 1 = sangat tidak setuju hingga 5 = sangat setuju
² nilai min keseluruhan konstruk ini ialah 3.69
cronbach = 0.80
( ) nilai peratus daripada jumlah responden
[ ] nilai ralat piawai bagi nilai min
Jadual 5 : MPO Memenuhi Maqasid Syariah
Kelompok Item
Skala1
1 2 3 4 5 Min2
1. Kontrak MPO menggunakan akad
jualbeli yang patuh syariah.
4
(12.5)
6
(18.8)
5
(15.6)
10
(31.3)
7
(21.9)
3.32
[0.24]
2. Kontrak MPO terhindar dari elemen
riba
4
(12.5)
5
(15.6)
6
(18.8)
10
(31.3)
7
(21.9)
3.34
[0.24]
3. Kontrak MPO menjaga kemaslahatan
masyarakat
4
(12.5)
6
(18.8)
5
(15.6)
11
(34.4)
6
18.8)
3.28
[0.23]
4. Akad Ijab Qabul dalam kontrak MPO
adalah jelas.
3
(9.4)
7
(21.9)
5
(15.6)
10
(31.3)
7
(21.9)
3.34
[0.24]
5. Dokumentasi perjanjian kontrak MPO
jelas dan nyata.
3
(9.4)
7
(21.9)
5
(15.6)
12
(37.5)
5
(15.6)
3.28
[0.22]
6. KontrakMPO mengutamakan
perlindungan Takaful
2
(6.3)
5
(15.6)
8
(25.0)
12
(37.5)
5
(15.6)
3.41
[0.2] Nota : ¹ Min berdasarkan nilai skala likert;nilai 1 = sangat tidak setuju hingga 5 = sangat setuju
² nilai min keseluruhan konstruk ini ialah 3.31
cronbach = 0.97
( ) nilai peratus daripada jumlah responden
[ ] nilai ralat piawai bagi nilai min
Jadual 5, menunjukkan faktor-faktor yang dititikberatkan oleh institusi perbankan dan kewangan
Islam bagi memastikan keperluan pengguna dalam menjaga maqasid syariah antaranya iaitu
menjaga harta dan agama dengan memastikan akad jualbeli yang patuh syariah, terhindar dari
elemen riba, menjaga kemaslahatan masyarakat, akad ijab dan qabul adalah jelas, dokumentasi
perjanjian juga adalah jelas dan nyata serta mewajibkan kepada pelanggan untuk mengambil
perlindungan Takaful. Namun kajian ini masih belum mencapai objektif sepenuhnya untuk
penjagaan maqasid syariah kerana jika dilihat dari nilai min masih belum mencatatkan skala sangat
setuju. Namun begitu peratusan dari pihak respondan menyatakan produk ini bebas dari amalan
riba dan menggunakan akad jual beli yang patuh syariah mencatatkan masing-masing 53.2 peratus
serta terdapat dua unit item yang mencatatkan peratusan yang sama tinggi iaitu 53.1 peratus iaitu
faktor dokumentasi perjanjian kontrak MPO adalah jelas dan pihak bank juga mewajibkan
pelanggan untuk mengambil produk Takaful bagi tujuan maqasid syariah iaitu menjaga agama dan
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
329
harta. Kajian ini seterusnya akan mengkaji faktor penentu penerimaan pelanggan terhadap kontrak
MPO.
Jadual 6 : Minat Pelanggan kontrak MPO
Kekerapan Peratusan (%)
Minat 20 62.5
Tidak Minat 12 37.5
Jadual 6 menunjukkan bahawa pelanggan yang datang ke Pusat Pembiayaan Automobil,
Bank Islam iaitu seramai 20 responden dengan peratusan sebanyak 62.5 peratus menjawab
berminat dengan kontrak MPO. Manakala, hanya sebanyak 37.5 peratus atau 12 responden tidak
berminat dengan kontrak ini. Angka ini menunjukkan kesedaran orang ramai dalam kalangan umat
Islam untuk menggunakan produk yang patuh syariah khususnya dalam pembiayaan kenderaan
berbanding mereka yang tidak berminat. Hal ini dapat menjelaskan bahawa produk perbankan
Islam masih menjadi pilihan pengguna khususnya umat Islam. Dengan kata lain, tingkat kesedaran
dan penerimaan pengguna untuk menjauhi elemen riba amat tinggi.
Jadual 7 : Klasifikasi Regresi Logistik
Diramalkan
minat tidak minat
Pemerhatian minat 17 3
Tidak minat 3 9
Nota : Nilai batasan adalah 0.500
Peratusan Betul : minat = 85%, tidak minat = 75%, keseluruhan 81.3%
Sebelum ujian regresi logistik dilakukan, ujian kesahan jawapan responden telah dilakukan. Seperti
dalam Jadual 7, dapatan berdasarkan klasifikasi model menunjukkan bahawa kesahan jawapan oleh
responden. Secara keseluruhannya 85 peratus jawapan pelanggan mengesahkan rasa minat kepada
produk MPO manakala 75 peratus tidak minat.
Jadual 8 : Hasil Regresi
Pemboleh ubah Nilai Exp (B) Statistik
Koefisien (B) Wald
Konstan -15.14 0.00 6.72
(4.10)
Jantina (1) 2.17* 8.77 3.77
(1.12)
Pendapatan Isirumah 0.10 1.11 0.05
(0.47)
Pendidikan tertinggi 1.49* 4.42 3.45
(0.80)
pengetahuan produk MPO 2.65* 14.19 7.11
(0.99)
persepsi produk patuh syariah -0.15 0.86 0.10
(0.49)
Hosmer dan Lemeshow (χ2) 6.55ns
Cox dan Snell R2 0.40
Nagelkerke R2 0.54 Nota : ( ) ralat piawai
(1)pemboleh ubah dami 1=lelaki
Model : regresi binari logistik. Pemboleh ubah bersandar : minat pembiayaan MPO nstidak signifikan
*signifikan pada aras keertian 10%
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
330
Jadual 8 menunjukkan dapatan regresi logistik berdasarkan model seperti dalam persamaan
(3). Jika dilihat pada dapatan tersebut, terdapat tiga pembolehubah sahaja yang signifikan iaitu
pemboleh ubah jantina, pendidikan tinggi dan pengetahuan tentang produk MPO pada aras keertian
sepuluh peratus. Ketiga-tiga pembolehubah tersebut berhubungan secara positif dengan
pembolehubah minat pelanggan terhadap produk MPO bagi pembiayaan kenderaan. Ia mungkin
kerana golongan ini merupakan mereka yang berpendidikan tinggi yang menitikberatkan produk
yang benar-benar patuh syariah. Selain itu, faktor pengetahuan tentang kontrak Murabahah juga
memainkan peranan bagi menarik pengguna untuk mendapatkan kontrak MPO bagi mengelakkan
diri dari elemen riba.
Ujian diagnostik model regresi ini menunjukkan model adalah diterima. Ujian padanan
model telah menggunakan Hosmer dan Lemeshow mencatatkan nilai Chi-Square =6.55 dan tidak
signifikan. Ujian statistik tersebut menjelaskan bahawa model mempunyai padanan yang baik
dengan data. Nilai bagi R2 pula menunjukkan variasi kesemua pemboleh ubah kepada model iaitu
sebanyak 40 peratus bagi ujian Cox dan Snell R2 serta sebanyak 54 peratus bagi ujian Nagelkerke.
Ini menunjukkan variasi pemboleh ubah bebas bagi model dalam menerangkan pemboleh ubah
bersandar sebanyak 40 peratus dan 54 peratus.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR
Berdasarkan hasil dari analisis yang telah dibuat, kajian mendapati produk MPO ini telah diterima
dikalangan pengguna yang ingin mendapatkan pembiayaan kenderaan patuh syariah. Hasil dari
pemerhatian yang dilakukan menunjukkan 85 peratus responden menunjukkan minat dengan
kontrak ini. Namun hasil dari temubual yang telah dibuat bersama Penolong Pengurus Besar,
Pembiayaan Automobil iaitu En Makhzan Hussin di Jabatan Pembiayaan Automobil, Bank Islam
(M) Berhad, penjualan bagi produk MPO adalah sangat perlahan sejak akhir-akhir ini disebabkan
mungkin kerana faktor ekonomi yang tidak stabil menyebabkan ramai pengguna yang tidak mahu
menambah komitmen untuk membayar kenderaan. Jika melihat data yang diperolehi daripada
sumber dalaman, jumlah baki pembiayaan bagi produk MPO hanya mencatatkan anggaran
sebanyak RM700 ribu berbanding dengan kontrak sebelum ini iaitu BBA yang mencatatkan
anggaran berbaki berjumlah RM1.2 juta
Kajian ini berpendapat produk MPO ini masih baru diperkenalkan dan masih ramai lagi
pelanggan yang tidak memahami kontrak ini serta cara perlaksanaannya di Bank Islam. Selain itu,
beliau juga menjelaskan terdapat banyak faktor selain dari keadaan ekonomi antaranya ialah
kurangnya kesedaran pengguna untuk mendapatkan produk yang patuh syariah kerana menganggap
produk perbankan Islam sama seperti konvensional dan lebih selesa menggunakan produk yang
telah sediaada. Pengguna seharusnya sedar, sudah tiba masanya kita harus berubah kerana kini
telah terdapat alternatif lain untuk keluar daripada amalan riba.
Selain itu, jika dilihat dari medium maklumat yang diperolehi oleh pelanggan menunjukkan nilai
sebanyak 96.8 peratus pengedar atau jurujual kenderaan memainkan peranan bagi mempromosikan
kontrak MPO pada semua pelanggan yang datang ke kedai atau tapak jualan kenderaan.
Permasalahan timbul apabila ramai dalam kalangan jurujual kenderaan tidak memahami kontrak
asas murabahah serta cara perlaksanaannya di Bank Islam, selain kurangnya ilmu didikan agama
untuk mengajak pelanggan khususnya beragama Islam yang datang untuk memiliki kenderaan.
Selain itu, latarbelakang jurujual atau pengedar kenderaan adalah terdiri daripada mereka yang
bukan Islam turut menyumbang kurangnya jumlah pembiayaan yang diambil dengan Bank Islam,
memandangkan jumlah pembiayaan untuk kenderaan buatan tempatan adalah kecil berbanding
dengan kereta import dari luar negara. Antara cadangan yang telah disarankan adalah perlu satu
usaha dilakukan oleh semua cawangan pembiayaan automobil ialah memastikan pegawai
pemasaran pergi setiap hari membuat lawatan ke kedai-kedai atau tapak penjualan kenderaan
dengan mengadakan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk membuat briefing dihadapan
jurujual atau pengedar kenderaan dan sama-sama mempromosikan produk MPO kepada pelanggan
yang datang untuk mendapatkan kenderaan dan usaha ini harus dibuat secara berterusan.
Selain itu, Bank Islam bercadang untuk membuat beberapa promosi dengan mengedarkan pamphlet
di institusi-institusi pengajian tinggi dan swasta ketika majlis graduasi diadakan. Faktor kurangnya
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
331
promosi merupakan salah satu punca MPO tidak dikenali oleh pengguna. Pihak Jabatan
Pembiayaan Automobil juga akan mencadangkan kepada Jabatan Pemasaran, Bank Islam untuk
mencetak di hadapan pamphlet jenis kontrak yang digunakan bagi tujuan mempromosikan MPO.
Rajah 1: Ilustrasi Mekanisme Produk MPO
Bank menjual kenderaan kepada pelanggan dan
pelanggan membayar ansuran bulanan
Bank melantik pelanggan sebagai
ejen pembelian Bank
Pelanggan membeli kenderaan bagi
pihak Bank.
Pelanggan menyandarkan kenderaan kepada bank
1. Bank akan melantik pelanggan sebagai ejen pembeliannya untuk membeli kenderaan
daripada pengedar.
2. Pelanggan membeli kenderaan daripada pengedar bagi pihak bank.
3. Bank menjual kenderaan tersebut kepada pelanggan berdasarkan kontrak Murabahah.
Pelanggan akan membuat bayaran kepada bank secara bayaran tertangguh.
4. Pelanggan menyandarkan kenderaan sebagai sekuriti/cagaran.
Rajah 1 menunjukkan mekanisme perlaksanaan kontrak MPO oleh Bank Islam dalam pembiayaan
kenderaan dalam memastikan maqasid syariah iaitu menjaga agama dan harta agar sentiasa
terpelihara. Kerangka konsep utama yang digunakan dalam produk ini ialah kontrak Murabahah
berdasarkan perjanjian Jualan Kenderaan Secara Penjualan Kepada Orang Yang Menempah
(Murabahah to the Purchase Orderer (MPO) iaitu kontrak jualan dengan pendedahan harga kos
asset dan margin keuntungan kepada pembeli (iaitu pelanggan). Di bawah kontrak ini, terdapat
pesanan dan akujanji (wa’ad) untuk pembelian oleh pelanggan sebelum pemerolehan asset oleh
penjual (iaitu bank) bagi tujuan membezakan dengan kontrak sewa beli.
KESIMPULAN
Kajian ini merumuskan bahawa keperluan pengguna masa kini terhadap produk perbankan Islam
sangat tinggi. Ini telah dibuktikan oleh sokongan dan keperluan pengguna terhadap semua produk
perbankan Islam berdasarkan nilai skala yang telah diberikan. Walaupun begitu, pengetahuan
pengguna dan pemahaman tentang kontrak MPO di kalangan respondan masih ditahap yang
sederhana, ia mungkin kerana disebabkan kontrak MPO merupakan produk baru yang
diperkenalkan oleh Bank Islam dalam pembiayaan kenderaan. Selain itu, jika melihat kontrak ini
dari sudut memenuhi keperluan pengguna dalam penjagaan agama dan harta juga masih lagi rendah
kerana terdapat segelintir pengguna menganggap kontrak ini sama dengan produk yang telah
sediada. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga pembolehubah penting iaitu jantina, berpendidikan
tertinggi dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang kontrak MPO adalah penyumbang peratusan
minat yang tinggi terhadap kontrak MPO. Ini bermungkinan disebabkan oleh mereka yang
mempunyai pendidikan tinggi lebih terdedah dengan ilmu pengetahuan berkaitan dengan kontrak-
kontrak yang digunakan. Namun hakikatnya, penjualan produk ini masih jauh ketinggalan
berbanding dengan produk yang sediada. Oleh itu Bank Islam perlu membuat pelbagai langkah dan
Pelanggan
Wakil Penjual
1
3
4
2
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
332
merangka strategi bagi mempromosikan dan memperkenalkan produk ini kepada masyarakat
disamping dapat mengajak umat Islam keluar daripada amalan riba.
RUJUKAN
Al-Quran Al Karim
Ab Aziz Yusof, Ahmad Bashir Aziz.(2008).Pengurusan Perniagaan Islam.Sintok :
Universiti Utara Malaysia
Abd Jalil Borhan.(2009).Industri Perbankan & Kewangan Islam, Kuantan : Universiti
Malaysia Pahang
Azlin Alisa Ahmad, Shofian Ahmad.(2014).Inovasi Pemakaian Prinsip Wa’dan dalam
Instrument Lindung Nilai Islam.Islammiyyat 35(1)2014 : 21-32
Azlin Alisa Ahmad.(2015).Aplikasi Prinsip Wa’ad Dua Hala dan Cadangan
Penerokaannya Dalam Lindung Nilai.Islamiyyat 37(1) 2015 : 5-15
Bank Islam (M) Berhad.t.th.Product Disclosure Sheet Murabahah Purchase Order (MPO)
http://bankislam.com.my [20 Jun 2016]
Elemen Utama Dalam Kewangan Islam.t.th slaid, Kuala Lumpur : Bank Islam Malaysia
Berhad
E.J Brill Leiden.(1996).Bank Islam dan Bunga.Terj.Abdullah Saeed Yogjakarta : Pustara
Pelajar Offset
Helaian Maklumat Produk.t.th slaid. Kuala Lumpur : Bank Islam Malaysia Berhad
HM Yusof Sinaga MA & Muhammad Harun Zain.(2009). Fiqah Imam Syafi’i.Terj.Prof
Doktor Muhammad Az-Zuhaili.Kuala Lumpur.Berlian Publications Sdn Bhd
Hulwati, M Hum.(2009).Ekonomi Islam.Jakarta : Ciputat Press Jakarta
Ismail Wisham, Aishath Muneeza, Rusni Hassan.(2011).Special Legal Features Of The
Islamic Wa’ad or Pledge.International Journal Of Law And Management.
Mansor Jusoh, Mohd Azlan Shah Zaidi, Tamat Sarmidi, Mohd Adib Ismail.(2013).Al-
Murabahah:Implikasi Terhadap Kestabilan Kewangan Dan Model Kewangan
Islam.Islamiyyat 35(2) 2013 : 47-55
Noor Sa’adah Sabudin, Nor Fadzlin Mohammad Bahar, Norazlina Abd
Wahab.pnys.(2009).Perbankan dan Pasaran Modal Islam. Sintok : Universiti Utara
Malaysia.
Nurdianawati Irwani Abdullah.(2010).Status and Implications Of Promise (wa’ad) in
Contemporary Islamic Banking.Humonomics,Vol 26 ISS 2 pp 84-98
Nur Zuliana Osman, Mohd Adib Ismail.(2011).Aplikasi Akad tambahan Dalam Produk
Pembiayaan Perbankan Islam-Murabahah, Prosiding Perkem VI, Jilid 2(2011) 156-
170.
Osman Ahamad, Mazni Othman.(1994). Doktrin Ekonomi Islam Jilid IV.Terj.Afzal Ur
Rahman Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Radiah Abdul Kader.pnyt.(2007).Ekonomi Islam.Teori dan Praktis.Terj.Kuala Lumpur :
Penerbit A.S Noordeen.
Ro’fah Setyowati, Sakina Shaik Ahmad Yusoff.(2013).Perlindungan Pengguna Di
Indonesia Dalam Penyelesaian Pertikaian Perbankan Islam.(2013)17JUUM 37-44
Syamsul Rijal Hamid, H.F Rahadian.(2000).Pengetahuan Tentang Agama Islam.Selangor :
Pustaka Ilmi
Syariah Dept.t.th.Rebranding Exersice From BBA Financing to the Murabahah To The
Purchased Order (MPO) for Vehicle Financing.Kuala Lumpur : Bank Islam
Malaysia Berhad
Syariah compliance.t.th.Ijarah Contract Guideline, Kuala Lumpur : Bank Islam Malaysia
Berhad
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016
333
Wacibrorheem Wacmustafa and Suriani Sukri, Syari’ah Compliance And Lawful Profit
Making Dilemma in Malaysian Islamic Banks.(2013). International Journal of
Business and Technopreneurship Volume 3, No 1 February 2013[131-139]
Zikrilhafiz Mohd Sumairi, Sanep Ahmad & Shahida Shahimi.(2015).Maqasid Al-Syariah
Dalam Mentransformasikan Sistem Perbankan Islam Di Malaysia. eProsiding
Seminar Fiqh Semasa (SeFis)2015