KONSEP HALALAN TAYYIBA DAN PENGAPLIKASIANNYA DALAM PEMASARAN BARANGAN : KAJIAN KE ATAS SABASUN
HYPERRUNCIT KUALA TERENGGANU.
PENDAHULUAN: Setiap orang mukmin diperintahkan Allah SWT untuk senantiasa menggunakan bahan-
bahan yang halal dan berkualiti (mengandung gizi dan vitamin yang cukup). Dua aSpek
ini halal dan baik di samping akan memelihara kesihatan jasmani dan kecergasannya,
juga akan semakin mendorong meningkatkan kualiti takwa dan syukur kepada Allah
SWT.
Hal ini dengan jelas disebut dalam surah Al-Baqarah ( 172) :
Maksudnya : 172, ''Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-
baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar
hanya kepada-Nya kamu menyembah.''
Penggunaan bahan yang haram meskipun secara lahiriyah berkualiti dan bergaya
akan menumbuhkan perilaku yang buruk dan merusak, baik bagi dirinya maupun bagi
keluarganya di dunia ini maupun di akhirat nanti. Sabda Rasulullah SAW
''Setiap daging yang tumbuh dari barang yang haram, maka neraka lebih utama baginya.''
Artinya, makanan yang haram itu akan mendorong perilaku yang jahat, yang
menyebabkan kecelakaan yang bersifat abadi di akhirat nanti.
Namun ini tidak berarti, Islam meminggirkan aspek kualiti barangan
kepenggunaan. Bahkan ia menjadi pra syarat penting kepada konsep halal sendiri,
seterusnya diperkuatkan dengan perkataan ” tayyib” itu sendiri. Apatah lagi I ” tayyib ”
itu pada hakikatnya adalah manifestasi kepada konsep ” Ihsān dan Itqān”
Oleh sebab itulah nilai halal-haran serta baik-buruk sesuatu perkara tidak dilihat
secara tersendiri (dalaman), tetapi melibatkan juga proses penghasilan, tatacara (adab)
pengggunaan dan akibat penggunaannya. Sebagai contoh awal, cara mendapatkan
makanan atau rezeki yang bersih dan halal mestilah tidak melalui penipuan, korupsi,
membungakan uang, menerima suap, dan cara-cara batil lainnya. Apalagi mengambil
harta negara yang seharusnya dijaga dan dimanfaatkan untuk kepentingan dan
kesejahteraan masyarakat banyak.Allah SWT berfirman :
''Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu
dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim,
supaya kamu dapat memakan sebagian dari harta benda orang lain itu dengan (jalan
berbuat) dosa padahal kamu mengetahui.'' (Al-Baqarah: 188).
Oleh itu sebagai asas kepada kajian ini, sedikit perincian akan dibuat terhadap
konsep halalan toyyiban dalam pandanag syariah Islamiyyah.
DEFINISI
Perkataan halal dan tayyyib telag digandingkan berulang kali dalam al-Quran. Walaupun
begitu kefahaman masyarakat Islam terhadpnya agak cetek. Ramai yang menganggap
halal itu sekadar jika ia tidak mengandungi babi atau arak.
Perkataan Halal dalam bahasa Arab bermaksud sesuatu yang dibolehkan atau
diharuskan (Ibrahim Mustaffa 1990 : 1 193 ). Dari sudut istilah fiqh ia berarti : suatu
pilihan yang diberikan oleh Syarak samada mahu melakukannya atau tidak. Dengan kata
lain, ia adalah sinonim dengan perkataan “ mubāh ” ( Sanu 2000 : 185 ). Lawannya
adalah harām yang bermaksud ” tidak dibbenarkan atau dilarang, Dalm ilmu Usul Fiqh
ia didefinisikan sebagai suatu perkara yang dimestikan syarak meninggalkannya. ( Abd
al-Barr 2004 : 22). Kedua-dua parkataan ini sebenarnya adalah termasuk dalam lima
hukum taklifi yang asas. Boleh sahaja berubah-ubah berdasarkan perubahan dan
perbezaan tempat, masa dan keadaan. Namun sebarang perubahan itu perlulah tertakluk
kepada asas-asas ijtihad yang benar lagi kukuh.
Secara tradisi perkataan ” tayyib ” dari segi bahasa boleh diterjemahkan sebagai
suci (Ibn Rajab 1998 : 115 ), baik dan bagus 1. Lawannya adalah ” al-khabīth ” yang
berarti sesuatu yang tidak baik, tidak bagus, jahat, membusuk dan mendatangkan
kemudharatan ( al-Marbawiy t.th : 163) sekalgus ia menggambarkan sifat buruk, cacat
serta tidak suci.
HALALAN TAYYIBAN : SEBAGAI SUATU KONSEP KEPENGGUNAAN
a- Halal-Haram
Pertimbangan terhadap aspek “ halal-haram’ sewajaranya menjadi suatu keutaaman bagi
seseorang muslim dalam kehidupannya. Ia adalah penentu arah setiap perbuatannya bila-
bila masa dan dimana sahaja. Ia adalah satu bentuk pendisiplinan kendiri yang ampuh
berpaksikan keimanan kepada Allah S.W.T dan keyakinan kepada kepemurahanNya.
Manusia pula difitrahkan lahir dengan tabiat menggunakan. Ia perlu menggunakan apa
yang ada di sekitarannya untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dari sudut tauhidnya
hanya Allah yang bersifat “qiyāmuhu bi nafsihi2 ”, manakala segala makhluk bersifat
memerlukan kepada unsur lain. Keizinan kepada manusia untuk bersifat pengguna boleh
difahami dari perlantikan manusia sebagai khalifah di bumi. Menurut Islam, penciptaan
1 Namun dalam konteks semasa pada hemat penulis ia lebih tepat diterjemahkan sebagai berkualiti atau bermutu
2 Berdiri dengan sendiri. Ia bermaksud Allah SWT maha kaya, tidak memerlukan kepada yang lain.
alam adalah bertujuan bagi kemakmuran manusia keseluruhannya. Ini sejajar dengan
firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah (29) yang bermaksud:
☺
Maksudnya :
“Dialah (Allah SWT) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi”
Pemberian hak penggunaan alam kepada manusia digambarkan secara jelas dan
berkali-kali oleh al-Quran melalui lafaz “ م خر لك :yang membawa erti ” س
“dipermudahkan bagi kamu (manusia) untuk menggunakan” . Namun kemakmuran yang
perlu diusahakan oleh manusia itu bukanlah visi buat manusia itu sendiri. Ia sekadar
infrastruktur atau kemudahan untuk manusia mencapai matlamat sebenarnya dirinya.
Mencapai keredhaan Allah SWT.
Oleh itu tidak hairanlah dalam Syariat Islam manusia secara prinsipnmya
diizinkan untuk menggunakan isi alam. Bahkan kesemuanya adalah infrastruktur
kehidupan yang perlu diguna, dipelihara dibangunkan sebaiknya. Perkara ini banyak
sekali disentuh dalam al-Quran mahupun Sunnah. Para sarjana Islam telah merumuskan
hal ini dalam sebuah kaedah Fiqh yang terkenal ( al-Sadlān 1417 H : 126)
األصل في األشياء االباحة
Maksudnya :
Asal pada semua perkara adalah diharuskan
Tidak ada satupun yang haram, kecuali karena ada nas yang sah dan tegas dari
Allah dan Rasul yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah --misalnya
karena ada sebagian Hadis lemah-- atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang
menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, yaitu mubah.
Beberapa hal yang Allah haramkan itu, justeru karena ada sebab dan hikmat yang
mungkin tercapai oleh akal manusia dan mungkin juga tidak..
Justeru itu, dalam keadaan normal arena haram dalam syariat Islam itu sebenarnya
tersangat sempit sekali. Hanya dibatasi nas-nas yang sahih dan tegas dalam hal-haram
yang terssangat minima sekali. Sedang sesuatu yang tidak ada keterangan halal-
haramnya, adalah kembali kepada hukum asal yaitu halal dan termasuk dalam kategori
yang dima'fukan Allah.
Namun perlu difahami keluasan hukum halal dan harus dalam kaedah ini adalah
dalam konteks perkara tertentu, pada masa tertentu dan suasana tertentu. Dengan kata
lain ia adalah merujuk kepada faktor dalaman atau zat sesuatu perbuatan atau bahan.
Namun status hukum sesuatu perkara tidak hanya dilihat dari sudut zat atau komponen
material sesuatu perkara sahaja. Ia seharusnya dilihat bersekali dengan faktor-faktor
luaran aspek seperti bagaimana sesuatu itu terhasil, bagaimana ia digunakan, atas tujuan
apa, apa impaknya secara jangka pendek mahupun jangka panjang. Ia mungkin sesuatu
yang suci dan bersih zatnya tetapi tetap haram disebabkan faktor luaran. Oleh itu para
ahli Usul Fiqh ketika membahaskan hukum “haram” telah memperincikannya secara
halus. Mereka telah membahagikannya kepada dua bahagian utama.
Pertama : Kemudharatan dan kefasadan yang berpunca dari sesuatu perkara itu
sendiri ( ه ة لذات Ia didefiniskan dalam ilmu Usul Fiqh sebagai sesuatu yang .3( ” الحرم
diharamkan oleh syarak dari awal kerana ia mengandungi kemudharatan yang tidak dapat
dipisahkan darinya ( Zaydān 1997 : 42). Contohnya, babi, bangkai, arak, judi, zina dan
sebagainya.
Kedua : Kemudharatan dan kefasadan yang pada hakikatnya bukan berpunca dari
faktor dalam sesuatu perkara, bahkan faktor luar “ ره ة لغي Hassan Ahmad) 4” الحرم
2002 : 71/72, al-Zuhayli 1986 : 2- 81-82 ). Dalam ilmu Usul Fiqh ia didefinisikan
sebagai sesuatu yang dibenarkan syarak pada asalnya tetapi diharamkan kerana faktor-
faktor luaran yang bersangkutan (Zaydān 1997 : 42). Menghadiahkan pisau kepada
seseorang yang sedang memasakcontoh, adalah harus bukan suatu yang digalakkan.
Namun pisau yang serupa jika dihadiahkan kepada dua orang yang sedang berkelahi
adalah sesuatu yang dilarang. Ini kerana, walaupun pisau itu bukanlah sesuatu yang
diharamkan zatnya oleh syarak, tetapi suasana dan keadaan sekitaran menyebabkan
perbuatan menghadiahkan pisau tersebuat adalah yang ditegah.
Umat Islam biasanya memahami dan berjaga-jaga dari penggunaan barangan atau
perkhidmatan “ ه ة لذان “ tetapi mempunyai kefahaman yang kabur tentang ” الحرم
ره ة لغي ه “ Bahkan kadangkala konsep .”الحرم ة لذان disempitkan pada perkara ” الحرم
berunsur najis yang material semata-mata seperti babi dan arak. Lantaran itu, didapati
3 Perkara yang diharamkan oleh syarak dari awal kerana ia mengandungi kemudharatan yang tidak
dapat dipisahkan darinya. 4 Perkara yang pada asalnya disyariatkan kerana tiada sebarang kemudharatan atau manfaatnya
melebihi kemudharatan, tetapi ia berkait dengan sesuatu faktor luaran yang membawa kepada pengharamannya.
mereka amat berjaga-jaga dalam soal kebersihan dan kesucian makanan atau pakaian
untuk solat, tetapi dalam masa yang sama kurang menitiberatkan soal bermuamalah
dengan produk-produk perbankan dan insuran berunsurkan riba dan terlibat dalam
membantu musuh mereka.
Pengharaman akibat faktor luaran pula boleh diperincikan mungkin wujud
sebelum, semasa atau mungkin selepas perkara ini wujud. Contoh faktor sebelum: solat
dengan memakai baju curi, semasa – meniatkan atau mengimiginasi meminum arak
ketika minum air biasa, manakala faktor selepas ialah seperti menjual gam kepada remaja
yang sudah dimaklumi ketagihan menghidu gam. Apa yang lebih malang lagi badan-
badan yang bertanggungjawab dalam meletakkan piawaian halal haram pun kurang peka
terhadap aspek haram akibat faktor luaran dalam meluluskan logo halal ( Wan Mohd
Yusof 2006 : 33)
B- TAYYIB
Selain dari masalah halal-haram aspek kedua yang sering perlu diberi perhatian ialah
“ tayyib ”. Perkataan ini tidak hanya digunakan dalam makanan bahkan umum
merangkumi pelbagai prerkara - termasuklah niat dihati, perkataan, perbuatan dan
pegangan akidah (Ibn Rajab 1999 : 115-116). Secara amnya konsep disebalik perkataan
ini agak abstrak5 dan seolah mengisyaratkan kepada suatu “standard” tersendiri6..
Antaranya :
5 Pada hemat penulis perkataan toyyiba ini agak umum dan mujmal.. Lantas ia boleh diterjemahkan berdasarkan konteks yang sesauai dengannya berdasarkan perkembangan zaman dan teknologi. Oleh itu satu kajian khusus perlu dilakukan secara terperinci berdasarkan kitab-kitab tafsir dan huraian hadis.
Pertama: Penggunaan perkataan tayyib dalam al-Quran dan Sunnah serinng dikaitkan
dengan masalah penerimaan sesuatu amalan. Ia amat berkait rapat dengan kemurniaan
hati seseorang mukallaf dalam melakukan sesuatu Sebagai contoh yang jelas, suatu hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah bahawa rasulullah (S.A.W) telah bersabda :
يا أيها الرسل آلوا من أيها الناس إن اهللا طيب ال يقبل إال طيبا وأن اهللا أمر المؤمنين بما امر به المرسلين، فقال: :
ات الطيبات واعملوا صالحا إني بما تعملون عليم اآم يا أيها الذين آمنوا آلوا من طيب ا رزقن م م وقال : ث
سه يا رب يا رب: ذآر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه إلى السماء يقول ومطعمه حرام ومشربه حرام وملب
] حرام وغذي بالحرام فأنى يستجاب لذلك
Maksudnya :
Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya
Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya
Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya
kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik
(halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang
baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi
SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya
perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu
menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal
makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari
yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah
akan memperkenankan doanya.”
6 Walaubagaimanapun ada juga pendapat pentafsir yang menyatakan toyyib itu adalah sinonim kepada hala.
Kedua : Tayyib sebagai satu standard qualiti kepada barangan yang digunakan Dalam
hal ini Al-Sonhadji (1992 : 45 ) berkata: “Allah menyuruh orang-orang mukmin agar
memakan daripada rezeki-Nya yang baik-baik, kemudian menyuruhnya berterima kasih,
kalau benar-benar mereka menyembah Allah.” Makanan yang baik-baik itu ada dua
macam:
i. Baik pada mutunya.
ii. Baik kerana halal dimakan.
Makanan yang baik mutunya, memang diketahui oleh manusia. Selain makanan itu
rasanya enak, ada pula mengandungi vitamin (khasiat). Adapun tentang makanan yang
halal pula, adalah ketentuan yang ditetapkan oleh agama. Ada kalanya jenis makanan itu
tidak bermutu tetapi halal. Maka manusia diseru mengutamakan makanan yang bermutu
(yang baik), baik dari segi kesopanan mahupun kesihatan serta halal pula dalam segi
agama. Janganlah memakan makanan-makanan yang sangat rendah mutunya serta hina
pula jenisnya apatah lagi yang menjijikkan, sedangkan makanan-makanan yang baik-baik
amat banyak disediakan oleh Allah s.w.t. untuk manusia.
Berdasarkan kepada pengertian mutu atau kualiti yang agak luas, pada hemat
penulis ia merangkumi :
i- Keenakan rasa dan bau
ii- Kesegaran
iii- Khasiat
iv- Kesemulajadian
v- Kesucian dan kebersihan
vi- Naluri sesuatu kaum atau bangsa
vii- Cara pemprosesan
viii- Cara hidangan.
Dalam suasana wujudnya lambakan pengeluaran dan kesibukan manusia seperti
hari ini, adalah tidak rasional untuk hanya membiarkan pengguna menyiasat sendiri soal
halal-haram serta “tayyib ”sesuatu barangan atau perkhidmatan. Ini kerana, hal penentuan
standard halal dan tayyib disamping melibatkan tanggungjawab indvidu ( fardhu ain)
sebagai pengguna, juga turut melibatkan masalah masyarakat dan kesepakaran ( fardhu
kifayah). Oleh itu, tanggungjawab ini perlu dipikul bersama oleh :
i- Pengeluar
ii- Peniaga
iii- Badan Fardhu Kifayah samada badan berkanun atau NGO seperti
JAKIM, Jabatan-jabatan agama Isalam Negeri, Persatuan Pengguna dan
KPDNHEP7.
iv- Pengguna
HALALAN TOYYIBAN : APLIKASINYA DI MALAYSIA
Globalisasi, kapitalis dan realirti kemajmukan masyarakat di negara ini seringkali
menjadi cabaran hebat kepada usaha pengguna untuk mendapatkan barangan mahupun
perkhidmatan berstatus halalan tayyiban. Namun ini tidak seharusnya dijadikan alasan
7 Oleh itu usaha mewujudkan suatu badan khusus seperti JAKIM yang bertindak mewakili masyarakat dalam menentukan piawaian halal dan haram, peraturan pemeriksaan makanan, pensijilan, logo, kaedah dan analisis, penyelidikan dan pembangunan serta pusat maklumat adalah suatu tuntutan fardhu kifayah yang amat dialu-alukan. Namun adalah dicadangkan kajian hukum dan haram tidak hanya merujuk kepada masalah penyembelihan dan mengandungi bahan yang diharamkan sahaja. Bahkan ia perlu meliputi soal kesan sesuatu tindakan terhadap diri sendiri, masyarakat. Bahkan ia perlu meliputi soal kesan sesuatu tindakan terhadap diri sendiri, masyarakat awam dan umat Islam keseluruhannya sebagaimana yang ditekankan dalam konsep “ الحرمة لغيره
untuk masyarakat hilang atau menghilangkan kepekaannya. Dalam konteks Malaysia
pelbagai mekanisme telahpun wujud untuk membantu masyarakatnya merealisasikan
konsep ini. Antaranya :
A- Perundangan
Setakat ini belum ada akta yang khusus terhadap isu halal-haram di Malaysia. Namun
tidak dinafikan ada dua akta yang secara tidak langsung berkait dengan hal ini , iaitu :
a) Akta Perihal Dagangan 1972
i. Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’)
1975
ii. Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975
b) Akta/Enakmen Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan
i.Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1997 [Akta 5598]
Walaubagaimanapun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
sedang cuba untuk mewujudkan Akta Halal dan Haram Makanan dengan
menggabungkan semua jabatan-jabatan dan institusi-institusi yang terlibat dengan
makanan halal secara langsung dan tidak langsung9.
Disamping itu permasalahn halalan tayyiban ini juga boleh dirujuk kepada :
a) Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-peraturan Makanan 1985
b) Animal Rules Ordinant 1962
8 http://www.halaljakim.gov.my/corporate.php?ID=829 http://www.islamhadhari.net/v4/wacana/detail.php?nkid=18
c) Custom Act 196210
f) Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan
B. Mewujudkan logo dan Prosedur persijilan Halal.
C. Mewujudkan garis panduan, makanan, minuman dan barangan gunaan orang
Islam.
Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa
pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga
bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama
ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang
merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan
pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.
D. Memperkenalkan Standard (MS1500:2004)
Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan
mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). Ia
bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau
perniagaan makanan di Malaysia. Ia akan digunakan oleh JAKIM sebagai asas untuk
pensijilan tetapi akan ditambahkan dengan banyak keperluan yang lainnya bagi
melengkapkan proses pensijilan11.
E. Menubuhkan Bioinformatik Halal 12
Asas bagi penubuhan Bioinformatik Halal adalah seperti berikut :
• Pengkalan Data dan Maklumat - Menukar data kepada ilmu pengetahuan -
Menyusun kesesuaian ilmu bagi sasaran audien
10 http://www.halaljakim.gov.my/corporate.php?ID=82 11 http://www.halaljakim.gov.my/corporate.php?ID=115&parent_id=79 12 http://www.islamhadhari.net/v4/wacana/detail.php?nkid=18
• Infrastruktur fizikal - Memperkukuhkan lagi Portal Halal dari segi main frame,
hardware, software
• Sumber Tenaga yang kompeten dan berpengalaman - Pakar dalam bidang syariah,
biologi, teknologi makanan, kimia, statistik, teknologi maklumat, perundangan,
veterinar
• R&D yang berterusan di JAKIM, institusi pengajian tinggi dan pusat-pusat
penyelidikan seperti MARDI
• Pendidikan Konsumer
D. Kewujudan persatuan-persatuan pengguna seperti FOMCA, CAP dan Persatuan
Pengguna Islam Malaysia
SABASUN HYPErRUNCIT SDN BHD13
Sabasun HyperRuncit mula ditubuhkan pada April 1995,di atas nama Sabasun Sendirian
Berhad sebelum ditukarkan kepada Sabasun HyperRuncit sendirian Berhad pada tahun
1999.Sabasun dikenali ramai dengan motto ‘Harge Murah Sokmo’. Ia diterajui oleh Che
Salmi Che Ibrahim.
Konsep HyperRuncit bermaksud Hypermarket dengan sentuhan kedai runcit
tempatan secara layanan atau gabungan teknologi global dengan citarasa tempatan. Ini
termasuk laman web (www.sabasun.com) yang menyediakan pelbagai maklumat
barangan, email dan peti cadangan bagi sebarang cadangan dan teguran. Bahkan
premisnya dilengkapi dengan 24 buah projector tv di dalam premis dan 1 layar besar di
atas bangunan yang memaparkan pelbagai maklumat barangan, kempen-kempen
kesedaran dan pelbagai lagi dalam bentuk multimedia Ia menepati konsep glokal yang
diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Syarikat ini menjalankan aktiviti perniagaan runcit di alamat 1125 jalan Bukit
Kecil, 21100 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman. Pada mulanya Sabasun telah
beroperasi dengan keluasan 4500 kaki persegi berbekalkan dengan 8 orang pekerja sahaja
dan telah berkembang kepada 100 orang pekerja pada tahun 1997 selaras dengan
kemajuan dan juga pertambahan jualan pada tahun tersebut.
Pada tahun 2000 syarikat telah berjaya mendirikan sebuah bangunan milik sendiri
yang bernilai rm 2.4 juta bersebelahan bangunan yang sedia ada iaitu dengan
penambahan kawasan jualan sebanyak 27000 kaki persegi beserta juga dengan
penambahan tenaga kerja meningkat seramai 200 orang. Pada masa yang sama syarikat
juga telah membeli sebuah gudang di kawasan Chendering yang bernilai 1 juta bagi
kemudahan penyimpanan barang-barang sebagai stok. Selain itu syarikat juga telah
13 Temubual dengan Che Salmi Che Ibrahim, Pengurus Besar Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd dan Wan Zulaidi Wan Abdul Fatah, Pengurus Kanan Dagangan
membeli beberapa aset bagi melicinkan lagi perjalanan dan aktiviti syarikat seperti 2 unit
lori 5 tan dan sebuah jentera forklif.
Pada masa yang sama juga Sabasun telah membuka 2 anak syarikat yang dikenali
dengan nama wet-d bahagian sejuk yang menyediakan barangan sayuran, buah-buahan
dan bekalan mentah serta Deli S-pu yang berfungsi sebagai restoran. Bahkan Sabasun
juga mempunyai barangan jenamanya sendiri hasil dari operasi pembungkusannya
sendiri. Sabasun juga membuka satu unit untuk menjual akhbar dan majalah serta
barangan computer di samping menyediakan khidmat fotostat.
Kini, Sabasun memiliki tenaga pengurusan seramai 32 orang dan seramai 240
orang pekerja terdiri daripada Muslim dan Non-Muslim yang komited dalam
melaksanakan tugas mereka. Ia memiliki 18 vendor dan 170 pembekal dari sector IKS
(Industri Kecil Sederhana).
VISI
Menjadi peruncit mukmin yang berdaya tahan dan berdaya saing dalam menghadapi
cabaran global.
Pentafsiran visi ini dari pandangan pihak pengurusan Sabasun ialah apabila
dikatakan Peruncit Muslim, ia tidak boleh lari dari mengamalkan sepenuhnya ajaran,
panduan, hukum dan ketetapan yang telah digariskan dalam Islam itu sendiri. Untuk
memenuhi tuntutan Islam, Produk Halal menjadi syarat utama dalam penentuan jualan
di Sabasun Hyperruncit. Sabasun tidak akan sama sekali menjual mana-mana
barangan yang disangsikan tahap Halal isi kandungan dan cara pembuatannya oleh
Jabatan Agama Islam negeri-negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Badan-badan
Agama Islam Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Pihak Sabasun akan sentiasa
memastikan pelanggan dapat membeli barangan keperluan tanpa rasa ragu.
MISI
Misi yang digariskan oleh Sabasun ialah :
• Menjadikan Islam sebagai paksi dalam pentadbiran, pengurusan, urusan jualbeli dan
pemilihan produk.
• Mengamalkan budaya pengurusan dengan bersandarkan kepada kebenaran, keadilan
dan kemuafakatan.
• Menjadikan budaya ilmu sebagai teras dalam pembangunan jati diri dan juga jabatan.
• Memastikan pembaikan berterusan terhadap mutu perkhidmatan, produk serta
kakitangan.
• Memupuk serta mewujudkan suasana harmoni antara sesama warga kerja, pembekal
dan pelanggan.
• Menjadikan Sabasun sebagai penjana dakwah dan ekonomi Islam.
Dalam melaksanakan misi ini Sabasun sangat menitikberatkan barangan halal bagi
pengguna Muslim. Beberapa prosedur ketat telah diamalkan dan dilaksanakan tanpa
kompromi oleh Sabasun.
PEMILIHAN BARANGAN JUALAN
Setiap barangan yang dijual akan melalui proses saringan dan kelulusan yang
akan dinilai oleh 7 orang panel dalaman yang dilantik oleh Sabasun. Setiap barangan
akan diteliti dari segi,
i. Pengiktirafan halal dari badan Agama yang diiktiraf. ( logo Halal )
ii. Label barangan adalah lengkap seperti dikehendaki oleh KPDNHEP dan Jabatan
Kesihatan.
iii. Label dan lambang yang terdapat pada barangan tersebut tidak menyinggung
sensitiviti agama seperti lambang judi ( Jackpot ), gambar binatang haram ( Babi
dan Anjing ), pengeksploitasian tubuh wanita untu melariskan barangan dan
perlambangan negara pengganas seperti Amerika dan israel.
iv. Bentuk barangan tersebut tidak menyinggung sensitiviti masyarakat seperti botol
yang menyerupai minuman keras atau botol yang menyerupai bentuk tubuh
wanita.
Bagi memastikan perkara ini dilaksanakan dengan baik, Sabasun akan merujuk
kepada pihak JAKIM, Jabatan Agama Islam Terengganu, Jabatan Kesihatan, PPIM dan
KPDNHEP jika terdapat mana-mana barangan yang disangsikan tahap halal dan
keselamatan barangan tersebut. Jika tiada masalah yang timbul, Sabasun seterusnya akan
meminta syarikat pengedar barangan tersebut menghantar satu salinan pengesahan halal
untuk perhatian pelanggan ( biasanya bagi barangan keluaran luar negara seperti dari
Indonesia). Jika pihak pembekal gagal menyediakan salinan Sijil Pengesahan Halal dari
badan agama yang diiktiraf oleh Jakim, Sabasun tidak akan meluluskan jualan barangan
tersebut.
Bagi barangan yang bermasalah dari segi timbangan dan sukatan (barangan
yang kurang berat timbangan atau kuantiti yang kurang dari yang tercatat pada
pembungkusan barangan tersebut), Sabasun sentiasa memantau barangan yang
bermasalah dan tindakan menghentikan seketika jualan dan memulangkan kembali
barangan tersebut kepada pembekal akan diambil. Sabasun sentiasa memastikan sukatan
dan timbangan sesuatu barangan tepat dan tiada penipuan.
PIAWAIAN HALAL SABASUN
Dalam memelihara konsep halal, Sabasun menggunakan takrifan halal mengikut perintah
perihal dagangan iaitu makanan atau apa jua yang melibatkan penyediaan makanan
seperti berikut :
a. Bukan terdiri dari binatang yang diharamkan makan oleh umat islam atau yang
tidak disembelih mengikut hukum syarak.
b. Bukan najis mengikut syarak
c. Diproses dan alat yang suci dari najis mengikut syarak
d. Diproses berasingan dari mana-mana perkara di atas.
PENOLAKAN PERMOHONAN JUALAN DI SABASUN
Selain daripada prosedur-prosedur umum yang telah diterangkan di atas, kriteria-kriteria
berikut diambil kira dalam menentukan sama ada sesuatu barangan boleh atau tidak dijual
di Sabasaun. Barangan-barangan yang berkriteria berikut tidak akan dibenarkan dijual di
premis Sabasun.
a. Syarikat tersebut mengeluarkan barangan halal dan juga haram seperti guiness
malta yang juga mengeluarkan stout.
b. Produk yang mempunyai kandungan haram seperti babi.
c. Pewarna rambut.
d. Produk siap keluaran luar negara.
e. Produk yang menggunakan nama yang sinonim dengan istilah mengelirukan
seperti bakuteh.
Barangan seperti baja dan makanan binatang di mana taklif dosa pahala tidak
dikenakan dibenarkan dijual. Selain itu, ubatan dan produk farmasitikal yang diluluskan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dibenarkan dijual dengan alasan darurat.
Bagi bahan ramuan makanan, beberapa kriteria mesti dipenuhi untuk
melayakkannya berada dalam premis Sabasun. Bahan ramuan halal perlu
mempertimbangkan faktor berikut :
• Sumber bahan
• Keselamatan biologi
• Keselamatan kimia
Bahan mentah utama seperti ayam, daging, akuatik, susu dan lain-lain mestilah
bebas dari masalah-masalah penyakit seperti selsema burung, penyakit kuku dan mulut,
BSE dan sampar serta sempurna penyembelihannya. Barangan ini kurang bermasalah
untuk dipasarkan di Sabasun setakat ini.
Barangan yang menggunakan bahan pengawet yang tidak dibenarkan seperti
pengawet mayat bagi mengawetkan ikan import dan udang harimau atau yang
mempunyai kandungan logam berat & mikroorganisma tinggi seperti kerangan juga tidak
dibenarkan dijual di premis Sabasun.
Selain dari itu, barangan yang menimbulkan keraguan kerana kandungan bahan-
bahannya juga tidak diluluskan penjualannya. Dalam hal ini, Sabasun sentiasa berhubung
dengan Jakim dan PPIM bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan status
halal dan kandungan bahan sesuatu barangan.
PEMBOIKOTAN
Sabasun telah mengambil pendekatan yang keluar dari kepompong peruncit besar-
besaran yang lain. Di kala keuntungan yang maksima dan pengurangan kos sebagai satu
sasaran, Sabasun mengambil satu langkah yang yang jelas berbeza. Pemboikotan
barangan yang berkaitan dengan Amerika dan Israel merupakan satu pendekatan yang
diambil bertujuan :
a. Untuk suatu tarbiyah dalam bentuk baru agar umat Islam dapat dilatih bebas dari
kongkongan musuh Islam.
b. Untuk satu penegasan terhadap semangat persaudaraan dan kesatuan umat Islam
yang tidak rela mengkhianati saudara sesama Islam yang lain.
c. Untuk pernyataan ketidakpuashatian terhadap dasar luar Amerika melalui kuasa
membeli.
Mekanisme dalam pemboikotan ini terbahagi kepada beberapa peringkat
disebabkan kerana kebergantungan kepada sesetengan barangan yang diperlukan oleh
pengguna.
Perlaksanaan pemboikotan berlaku dengan cara 14:
a. Kempen
Melalui 24 buah projector tv yang dipasang diseluruh bangunan Sabasun, iklan-
iklan multimedia bagi kempen tersebut telah dijalankan
b. Bantahan
Sabasun telah menghantar surat bantahan kepada beberapa syarikat gergasi seperti
Nestle berkaitan pembabitan mereka di Israel contohnya melalui pelaburan dalam skala
yang besar bagi industri mereka di tanah-tanah Palestin yang dirampas.
c. Edaran
Sabasun telah menerbitkan beberapa risalah dan diedarkan kepada pengunjung
bagi menyedarkan mereka betapa perlunya usaha dilakukan bagi membantu saudara-
saudara seIslam sekadar yang termampu.
d. Boikot sepenuhnya
Antara barangan yang diboikot sepenuhnya ialah Pepsi, Coca Cola, Dunhill,
Marlboro, Dentyne dan sebagainya.
e. Hadkan ruangan jualan dan boikot sebahagian
Antara barangan dalam kategori ini ialah produk-produk Nestle, Colgate
Palmolive, P&G, Unilever dan lain-lain.
14 Lihat lampiran
Pihak pengurusan Sabasun merasakan perlunya pemboikotan ini kerana setiap
yang pengguna belanjakan untuk barangan tersebut akan menyumbangkan kepada
kekukuhan ekonominya. Ini digunakan untuk membiayai pembunuhan dan keganasan ke
atas negara-negara Islam seperti Afghanistan dan Iraq.
Apabila penduduk negara-negara Timur Tengah dan sebahagian rakyat Eropah
memulaukan barangan ini, penjualan telah merosot sebanyak 10% dan jumlah ini bagi
syarikat-syarikat gergasi merupakan satu angka yang sangat besar. Justeru, wajarlah bagi
umat Islam khususnya di Malaysia mengambil langkah yang serupa.
Alternatif boleh didapati mutakhir ini bagi barangan-barangan yang diboikot
tersebut. Contohnya seperti Colgate, kita ada ubat gigi Mukmin dan lain-lain, Fab dan
Breeze boleh digantikan dengan Daiya, Puteri Emas dan lain-lain serta barangan-
barangan lain lagi.
Timbul beberapa persoalan tentang pemboikotan ini seperti efektifkah langkah
ini, kenapa tidak pulaukan semuanya sahaja….
Dalam menjawab persoalan ini, Sabasun menegaskan contoh terbaik ialah rejim
Aparthied di Afrika Selatan. Hasil daripada pemulauan barangan kulit putih selama
puluhan tahun telah melumpuhkan ekonomi mereka dan akhirnya menjadi salah satu
faktor kejatuhan rejim tersebut.
Berkaitan dengan pemulauan barangan kesemuanya, Sabasun mengambil
pendekatan apabila tidak dapat melakukan kesemuanya maka lakukanlah sekadar yang
termampu. Justeru, beberapa barangan yang begitu diperlukan oleh pengguna dihadkan
ruangnya dan tidak dipromosikan. Sementara barangan yang boleh diboikot terus tidak
akan mendapat tempat dan ruang lagi.
Kesan pemboikotan ini bagi Sabasun agak ketara pada mulanya apabila pada
peringkat awal mereka melancarkan kempen ini mereka telah mengalami kerugian
hampir RM150,000. Namun menurut Che Salmi, mereka berpegang kepada ayat :
ومن يتق اهللا يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث ال يحتسب ومن ينوآل على اهللا فهو حسبه قد جعل اهللا لكل شيء قدرا
Sikap ini jelas apabila beberapa syarikat yang dihadkan sebahagian ruang memohon
untuk peluasan ruang jualan dengan bayaran yang agak tinggi tetapi pihak Sabasun tetap
dengan pendirian mereka.
KESIMPULAN
Hasil daripada rasa persaudaraan, perjuangan dan yakin kepada Allah, Sabasun telah
mengambil risiko yang tidak akan diambil oleh mana-mana pengusaha runcit skala besar.
Prinsip halalan tayyiba telah dilaksanakan oleh pihak Sabasun dengan jelas dan
penuh kesedaran. Meskipun berlaku susutan perolehan, namun akhirnya Sabasun berjaya
mengimbanginya dengan menumpukan kepada produk yang ada dan terus menjadi
tumpuan pengunjung.
Konsep halalan tayyiban perlu difahami secara bersepadu samada aspek dalaman
mahupun luaran . Ia adalah satu standard penentuan "qualiti kepenggunaan " yang amat
penting difahami secara sempurna. Ia perlu diaplikasikan dalam arena kepenggunaan oleh
semua pihak yang terlibat samada konsumer, kerajaan, pengeluar mahupun peniaga.
Namun tidak banyak sektor pengeluar mahupun perniagaan yang mengambil berat
tentangnya.
ANAS MOHD YUNUS
WAN MOHD YUSOF WAN CHIK