SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
1.0 PENDAHULUAN
Semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada
peringkat perkataan atau ayat dengan mempertimbangkan juga aspek-aspek
bukan linguistik seperti konteks apabila perkataan atau ayat itu digunakan,
kebudayaan sesuatu bangsa, unsur-unsur pilihan dan sebagainya. Elemen
semantik ini juga dapat dikaji berdasarkan bidang atropologi dan sosiologi,
psikologi, linguistik, sejarah, kebudayaan dan kesusateraan.
Dalam ilmu linguistik, tatabahasa merupakan kajian tentang
pembentukan kata dan penyusunannya dalam ayat. Manakala semantik pula
berhubung rapat dengan pengkajian tentang makna. Semantik menurut
istilahnya merujuk hal tentang makna, oleh kerana makna itu adalah
sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian
daripada ilmu linguistik.
Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani “sema” yang
menerbitkan kata “semainein” yang bermaksud “menunjukkan”, “bererti”, atau
“bermakna”. Bidang semantik sudah lama menarik perhatian ahli bahasa.
Tokoh linguistik yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal
(1900) dalam bukunya Semantics : Studies in the Science of Meaning.
Sejarah semantik sudah bermula sebelum tahun Masehi. Ketika zaman
Yunani sudah terkenal dengan beberapa orang ahli falsafah antaranya
Socrates (469-399 S.M) dan salah seorang muridnya ialah Plato (425-348
S.M). Plato telah menggunakan perkataan “semainein” dalam bukunya yang
bertajuk Cratytus. Kata dasarnya ialah “sama” yang bermaksud “syarat” atau
“tanda” dan “semainein” sebagai kata terbitanyang bermaksud
memperlihatkan atau menyatakan. Salah seorang anak murid Plato pula iaitu
Aristotle (384-322 S.M) menekankan terhadap bahasa terutamanya
perkataan, melahirkan takrifan bahawa ialah satuan bunyi atau huruf yang
terkecil yang mengandungi makna.
Ferdinard de Saussure dalam bukunya Cours de Linguistique
Generate (1916) mengemukakan pendapat bahawa pada dasarnya bahasa
memiliki dua aspek iaitu langue dan parole. Langue ialah bahasa sebagai
bentuk yang berperaturan yang ada dalam otak manusia manakala parole
ialah bahasa yang diujarkanoleh seseorang pada masa tertentu. Beliau juga
mengemukakan istilah signe iaitu tanda bahasa merupakan perkataan . Signe
terbahagi kepada dua iaitu signitie (yang diertikan) dan signifiant (yang
mengertikan). Maksud yang diertikan ialah “makna’, manakala yang
mengertikan ialah bunyi bahasa.Beliau juga menegaskan bahawa semantik
merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna.
Noam Chomsky dalam bukunya Aspects of the Theory of Syntax
(1965), berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan
oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan.
2.0 KAJIAN SEMANTIK DAN PEMBENTUKAN PERISTILAHAN DALAM BIDANG KESUSASTERAAN
2.1 DEFINISI DAN KONSEP SEMANTIK
2.1.1 DEFINISI SEMANTIK
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata
dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit unit ujaran
yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat
mengungkapkan fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan
keperibadian manusia.
Definisi semantik dari segi istilah ialah Istilah semantik berasal
daripada bahasa Yunani “sema” yang menerbitkan kata “semainein” yang
bermaksud “menunjukkan”, “bererti”, atau “bermakna”. Definisi semantik
menurut tokoh bahasa J.W.M Verhar (1996), semantik ialah cabang linguistik
yang akan membahas erti dan makna.
Definisi semantik menurut Abdullah Cheer (1994), semantik
merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna
bahasa. Manakala menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian
tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan
Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti
sesuatu perkataan. Secara khusus pula semantik ialah kajian tentang
lambang-lambang atau tanda-tanda yang menyatakan makna, hubungan
antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap
masyarakat.
2.1.2 KONSEP SEMANTIK
Bahasa pada lahirnya merupakan ucapan yang terdiri daripada
gelombang suara dan dari suara. Manakala dari segi tulisan merupakan
coretan dakwat, cat dan sebagainya, yang semuanya merujuk kepada suatu
makna tertentu yang bertindak untuk menyampaikan maklumat atau hasrat.
Bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk hal tentang makna
merupakan sejenis tanda atau sign. (Hashim Hj Musa, 1994: 44). Tanda atau
sign ialah sesuatu tanda yang mewakili atau melambangkan sesuatu yang
lain.
Kajian ke atas sistem tanda dikenali sebagai semiotik atau semiologi.
Kajian semiotik pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu semantik,
sintaktik dan pragmatik Kajian tentang semantik ialah kajian tentang
pemaknaan tanda. Kajian sintaktik merupakan kajian tentang kombinasi
tanda-tanda. Manakala kajian pragmatik merupakan kajian tentang asal-usul
penggunaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan
tanda itu. (Ullmaan, 1962: 15).
Semantik mempunyai dua pengertian iaitu semantik merupakan
bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna ungkapan
dan juga struktur makna sesuatu pertuturan. Pengertian kedua, semantik
merupakan satu sistem dan penyelidikan makna sesuatu bahasa.
Keterangan ini sesuai dengan kenyataan Pei dan Gaynor (1980 : 193)
yang menerangkan makna sesuatu bahasa.
“Science dealing with the relations between referents and referents
linguistics symbols (words, expressions, phrase) and objects or concepts to
which they refer – and with the history and changes in the meaning or words”
Sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji tentang makna, semantik
boleh dilihat dari sudut erti yang luas dan sempit. Pengkajian makna pada
peringkat semantik dalam erti kata yang sempit hanya meliputi maklumat
linguistik, cuma melibatkan teori referense dan teori makna sahaja.
Bagaimanapun, dalam erti yang luas semantik itu meliputi juga
sintaksis malah pragmatik. Keadaan ini demikian kerana menurut Nor
Hashimah Jalaludin (1992 :1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson
(1980), pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat
memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur.
Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu
penginterpretasi makna yang melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik.
Gabungan antara kedua-dua faktorlinguistik dan bukan linguistik ini benar-
benar dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan.
Dalam linguistik juga semantik dikaitkan dengan penyampaian makna
oleh saranan-saranan kemahuan dan leksikal sesuatu bahasa. Berdasarkan
pandangan teoritis, huraian dan sejarawi malah masalah-masalah semantik
yang harus diteliti ialah sifat-sifatnya, sama ada sikronik atau diakronik. Ini
berlaku kerana bahasa itu mempunyai dua aspek iaitu fisiologi atau mekanikal
dan psikologi atau tidak mekanikal. Fonologi dan morfologi merupakan aspek
mekanikal, maanakala sintaksis dan semantik sebagai aspek psikologi dan
ditambah dengan etimologi yang mempunyai unsur sejarah.
Kita telah mendapat penjelasan bahawa semantik merupakan kajian
tentang makna dalam bahasa. Makna-makna itu pula boleh ditinjau daripada
pelbagai peringkat bahasa, iaitu fonem, morfem, perkataan dan juga ayat.
Malah semantik juga mengkaji hal tentang hubungan antara unsur-unsur
tersebut antara satu sama lain. Walaupun semantik itu sebagai satu kajian
yang sukar dikaji secara formsl, tetapi ia merupakan bahagian yang penting
dalam tatabahasa. Malah ilmu semantik memberikan banyak kebaikan
kepada pengkajinya sebagaimana yang dikemukakan oleh Walpole
(1941 :28-33) iaitu pengkaji akan lebih memahami perkara yang didengar
dan dibaca. Pengkaji dapat bertutur dan menulis dengan lebih berkesan.
Pengkaji juga dapat berfikir dengan lebih berhati-hati.
2.2 PEMBENTUKAN ISTILAH
Pembinaan istilah Bahasa Melayu bermula di Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun 1957. Jawatankuasa istilah, jawatan dan jabatan
ditubuhkan untuk mencipta nama jabatan dan jawatan kerajaan yang
digunakan di seluruh Tanah Melayu. Jawatan kuasa ini telah mengadakan
sesi kerja kali pertamanya pada 15 Januari 1957. Hasilnya buku istilah
Jawatan dan Jabatan telah diterbitkan pada tahun 1960 dan terciptalah 2514
istslah baharu. Kerja peristilahan secara terancang atau sistematik bermula
pada tahun 1975.
Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan Pedoman Umum Pembentukan
Istilah Bahasa Melayu(PUPIBM) hasil kerjasama Malaysia Indonesia
menerusi Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Bahagian Peristilahan
terus dipertanggungjawabkan untuk mengumpul, membentuk, menggubal,
memperbanyakkan istilah dan menerbitkan istilah Bahasa Melayu dalam
pelbagai bidang ilmu. Tanggungjawab tersebut dilaksanakan dengan melantik
ratusan profesional yang terdiri daripada mereka yang mempunyai
pengalaman kepakaran dalam bidang ilmu di seluruh negara, mewakili Intitusi
Pengajian Tinggi, Sektor Swasta, Sektor Awam dan Sektor Pendidikan
Negara.
Sehingga kini, Bahagian Peristilahan telah menerbitkan 207 daftar
glosari istilah dengan sejumlah 1002438 istilah telah dibentuk dalam pelbagai
bidang Penubuhan MABBIM di peringkat serantau juga turut
bertanggungjawab menyelaraskan sejumlah 123885 istilah ilmu pengajian
tinggi dan berprofesional untuk pengguna bahasa di ketiga-tiga negara
anggota MABBIM.
2.2.1 DEFINISI ISTILAH
Takrif istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna,
konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.
Pembakuan dalam bidang peristilahan berkait rapat dengan proses
pemodenan bahasa dan kemajuan masyarakat ini disebabkan istilah perlu
dihasilkan apabila sesuatu bidang ilmu itu diwujudkan. Dalam konteks
pembentukan budaya ilmu, penggubalan istilah dalam pelbagai bidang ilmu
juga menjadi penanda berlakunya proses intelektualisasi dalam Bahasa
Melayu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, istilah boleh didefinisikan sebagai
perkataan atau rangkaikata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu
bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian)
Berdasarkan Buku Bahasa Melayu Tinggi, istilah dapat didefinisikan
sebagai kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses,
keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.
2.2.2 KONSEP ISTILAH
Konsep istilah berdasarkan takrif istilah itu sendiri yang bererti kata
atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan
atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.
Dasar dalam pembentukan istilah bergantung kepada tataistilah yang
merupakan kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah
kumpulan istilah yang dihasilkan).
Pembentukan istilah berdasarkan tatanama iaitu kumpulan peraturan
yang menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama
yang dihasilkan).
Istilah dan kata umum juga merupakan konsep dasar pembentukan
istilah. Istilah merupakan kata yang penggunaannya dan maknanya khusus
pada bidang tertentu. Manakala kata umum ialah kata-kata biasa dalam
bahasa,namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah.
Setiap penggubalan istilah mestilah berdasarkan konsep yang merujuk
benda dalaman dan luaran. Sesuatu istilah yang dibentuk itu mestilah jelas
bagi menghasilkan istilah yang tepat. Istilah itu perlulah digubal berdasarkan
konsep dan bukan berdasarkn simbol perkataan
Menurut Kamus Dewan, istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau
rangkaikata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu
pengetahuan (pekerjaan atau kesenian). Istilah ini seharusnya dilakukan
secara berterusan, supaya tidak berlaku ketandusan istilah. Bahasa tanpa
istilah dianggap tidak berkembang dan mati.
Istilah dan kata dapat dibezakan melalui kekhususan sesuatu makna.
Kata mempunyai pelbagai makna bergantung kepada konteks
penggunaannya. Istilah mempunyai makna khusus dan tidak berubah
maknanya walaupun digunakan dalam konteks yang berlainan. Konsep
merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah. Kata dan istilah
merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu konsep.
Kata dan istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Istilah terdiri
daripada kata, singkatan, huruf, lambang grafik dan sebagaimya. Kata
mempunyai pelbagai makna bergantung kepada penggunaannya, sedangkan
istilah mempunyai makna khusus yang tidak terikat pada konsep
penggunaan.
Pembakuan dalam bidang peristilahan adalah berkait rapat dengan
proses pemodenan bahasa, yang mementingkan pembinaan budaya ilmu.
Terdapat beberapa konsep dasar dalam peristilahan iaitu takrif istilah,
tataistilah dan tatanama, istilah dan kata umum, morfem peristilahan dan
bentuk peristilahan. Mendokong sesuatu konsep bagi bidang tertentu
iaitumerujuk kepada konsep satu bidang. Istilah dan kata tersebut sesuai
dengan konteks penggunaannya. Jadi peristilahan, mestilah dilakukan
dengan teliti dan produktif ke arah memartabatkan bahasa Melayu.
2.3 DEFINISI DAN KONSEP KESUSASTERAAN
Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni
yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Kesusateraan ialah satu
bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan
kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu sastera yang
bermaksud huruf atau buku indah. Sastera dari segi makna umum bermaksud
bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Kesusasteraan, menurut makna
kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Seni kesusasteraan pula ialah seni
karang-mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk puisi dan prosa.
Sastera ialah seni bahasa yang merupakan ungkapan spontan
daripada perasaan yang mendalam. Sastera ialah ekspresi fikiran melalui
medium bahasa iaitu idea-idea, pandangan, perasaan, pemikiran dan semua
kegiatan mental manusia. Sastera ialah inspirasi kehidupan manusia yang
diserlahkan dalam sebuah karya tulisan yang indah. Sastera juga ialah semua
karya yang memuatkan perasaan kemanusian yang mendalam dan
kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan
pandangan yang dinukilkan dalam bentuk yang mempesonakan.
Sastera terkandung beberapa unsur-unsur yang saling berhubungan
iaitu isi kandungan, ekspresi, bentuk dan bahasa. Isi kandungan sastera yang
berupa buah fikiran, perasaan, pengalaman, idea, semangat, keyakinan,
kepercayaan dan sebagainya. Ekspresi dan ungkapan merupakan keupayaan
mengeluarkan sesuatu dalam diri manusia. Bentuk merupakan unsur isi
dalam diri manusia dapat dizahirkan dalam berbagai-bagai bentuk
pengungkapan sastera yang beraneka ragam yang indah, mempesonakan,
menyenangkan dan menarik. Unsur bahasa iaitu bahan utama untuk
mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk sastera yang indah.
2.3.1 JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN
Kesusasteraan terbahagi kepada dua iaitu Kesusasteraan Melayu
Tradisional (klasik) dan Kesusasteraan Melayu Moden. Kesusasteran Melayu
Tradisional merupakan karya seni yang disampaikan melalui bahasa sama
ada secara lisan atau tulisan bagi menyatukan falsafah pencipta dengan
penerimanya pada zaman itu. Genre lisan juga dikenali sebagai sastera
rakyat dan genre tulisan dikenali sebagai sastera istana.
Sastera rakyat (Lisan) terbentuk dalam dua bentuk iaitu naratif dan
bukan naratif. Bentuk naratif merupakan bahan sastera yang berunsur cerita
yang meliputi metos, lagenda dan cerita rakyat. Cerita rakyat meliputi cerita
binatang, cerita penglipurlara, cerita jenaka, dan cerita teladan. Manakala
bentuk bukan naratif pula merupakan puisi rakyat meliputi pantun, syair,
gurindam, seloka, teka-teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun dan
terasul.
Sastera Istana (Tulisan) meliputi sastera hikayat, sastera undang-
undang, sastera epik, sastera panji, sastera agama atau kitab dan sastera
ketatanegaraan. Sastera tulisan mula diperkenalkan selepas penerimaan
Islam, kira-kira pada abad ke-15. Sastera tulisan dikenali juga sebagai
sastera istana kerana sastera ini berkembang dalam lingkungan istana.
Kesusasteraan Melayu Moden, menurut Anas Hj. Ahmad (1988: 152),
hasil karya sastera selepas tahun 1800 masehi digolongkan dalam sastera
moden. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dianggap orang yang membawa
perubahan dalam sejarah Kesusasteraan Melayu Moden. Antara bentuknya
ialah cerpen, novel, sajak dan drama.
2.3.2 CIRI-CIRI KESUSATERAAN
Ciptaan kesusateraan berbeza daripada ciptaan seni yang lain kerana
ciptaan ini menggunakan bahasa sebagai alat penyampaiannya. Keindahan
hasil karya sastera dapat dirasa oleh pembaca melalui bahasa. Gaya dan
lenggok bahasa yang digunakan dalam karya sastera dapat menyerlahkan
keindahan sesebuah hasil karya itu.
Hasil karya dapat mencerminkan pengalaman, melalui bahasa juga
pengarang dapat menggarapkan isi dan tujuan sambil menghayati segala
pengalaman dan perasaan yang tercurah. Pengalaman di sini merujuk
kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang digambarkan secara
realiti. Perkara ini disebut utuh kerana bukan hanya merujuk kepada kegiatan
fikiran, tetapi juga kepada kegiatan perasaan dan imaginasi. Realiti pula ialah
sesuatu yang dapat merangsang atau menyentuh kesedaran manusia.
Kesusasteraan dapat mencerminkan pengalaman seni, melalui
peristiwa sastera pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan
perasaan pengkarya. Karya sastera bukan sekadar memberikan kepuasan
kepada pembaca dalam menyelami dan memahami isi hati pengkarya melalui
gagasan dan fikiran, tetapi juga pengalaman dan nilai-nilai seni yang
mengagumkan pembaca.
Kesusasteraan juga merupakan satu karya seni, iaitu mempunyai sifat
fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus. Tiga perkara inilah
yang membezakan antara karya sastera dengan karya bukan sastera.
Fiksyen bermaksud sesuatu karya itu dihasilkan melalui imaginasi pengkarya
berdasarkan pengalaman atau tindak balasnya terhadap alam realiti. Nilai-
nilai estetik pula membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan
sejelas-jelasnya dan mendalam. Manakala gaya bahasa merupakan gaya
penyampaian mesej pengkarya kepada pembaca dengan pelbagai cara bagi
mewujudkan nilai-nilai seni dalam karya berkenaan.
3.0 KAJIAN HASIL KARYA KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
CERPEN TINA KARYA AMINHAD
3.1 DEFINISI CERPEN
Cerpen ialah gabungan dua patah perkataan, iaitu cerita dan pendek.
Cerpen menjadi popular dalam kesusasteraan Melayu kerana diterbitkan
dalam akhbar dan majalah yang lebih luas penyebarannya. Cerpen biasanya
mengemukakan satu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama atau
pusat penceritaan. Peristiwa itu dikembangkan dalam jarak masa yang
terhad. Cerpen membawa satu tema sahaja dan satu atau dua persoalan bagi
menghasilkan kesan tertentu dan mendalam kepada pembaca.
Dari segi perwatakan, cerpen memusatkan perkembangan watak
kepada beberapa orang tertentu sahaja. Cerpen hanya memberatkan
identifikasi dan perkembangan watak protagonis. Terdapat satu plot sahaja
dalam cerpen dan plot ini dikembangkan dengan rapi, teliti dan tidak rumit
juga mesti terjalin dengan baik, kemas dan padat. Pencetusan perasaan dan
penyemarakan emosi dalam cerpen menerbitkan ketegangan dan mengheret
pembaca untuk merasai pengalaman yang digambarkan. Kesan sesebuah
cerpen dapat diukur melalui reaksi emosi pembacanya.
3.2 SINOPSIS CERPEN TINA
Mengisahkan bagaimana Haidi, watak utama mengalami konflik atau
tekanan perasaan selepas kematian adiknya, Sutina, panggilan manjanya
‘Tina’. Sutina meninggal dunia disebabkan oleh penyakit jantung berlubang
yang belum sempat menjalani pembedahan.
Perasaan Haidi menjadi tertekan apabila sentiasa terkenangkan
peristiwa semasa bersama adiknya itu. Peristiwa itu menyebabkan perasaan
sayang dan rindu terhadap arwah adiknya semakin kuat. Pertemuan Haidi
dengan seorang pelajar bernama Kursiah yang wajahnya seiras wajah
adiknya telah menyebabkan perasaan Haidi semakin tertekan.
Di sekolah barunya, Kursiah sama rumah sukan dengan Haidi dan
Haidi cuba merapatkan dirinya dengan Kursiah. Haidi sempat berbual-bual
dengan Kursiah yang merupakan pelari jarak jauh. Haidi mencabar Kursiah
agar mengambil bahagian dalam acara itu dengan wang pertaruhan RM5.00.
Haidi terkejut apabila mengetahui Kursiah pengsan semasa mengambil
acara larian jarak jauh (5000 m). Keadaan yang menimpa Kursiah
mengingatkan Haidi peristiwa yang menimpa adiknya dulu. Haidi berdoa agar
peristiwa dulu tidak akan berulang lagi. Kursiah mesti selamat. Dia dihantar
ke hospital. Bagi Haidi, Kursiah merupakan orang yang dapat menggantikan
tempat Sutina dalam dirinya.
3.3RELEVEN PEMILIHAN CERPEN TINA
Pemilihan cerpen Tina karya Aminhad yang terkandung dalam teks
Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, teks komponen sastera bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua. Teks Antologi Seuntai Kata untuk
Dirasa mengandungi prosa dan puisi bagi kesusateran Melayu Tradisional
dan Moden. Pantun dan syair merupakan karya berbentuk puisi dan prosa
tradisional bagi mewakili komponen sastera dalam bahasa
Melayu.Kesusasteraan Melayu moden meliputi cerpen dan drama dalam
bidang prosa. Manakala sajak mewakili hasil karya berbentuk puisi dalam
Kesusateraan moden.
Pemilihan ini adalah relevan dengan kajian semantik dan peristilahan
yang merupakan satu bidang dalam kajian linguisik yang mengkaji makna.
Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Shipley (dalam Mansoer
Paleda, 2001) terbahagi kepada empat iaitu pengertian (sense), nilai rasa
(feeling), nada (tone) dan maksud (intention). Perasaan sedih dapat dirasai
pembaca apabila menghayati penderitaan yang ditanggung oleh Sutina
sebagaimana olahan pengarang dlalam menggarapkan situasi tersebut.
“Anak kecil jantung berlubang, ayah susah hidup terbuang.”
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)
Aspek pengertian (sense) ini dapat dicapai apabila pembicara dengan
lawan bicaranya atau antara penulis dengan pembaca mempunyai kesamaan
bahasa yang digunakan atau disepakati bersama. Pengertian juga adalah
sistem hubungan-hubungan yang berbeza dengan kata lain di dalam kosa
kata. Pengertian disebut juga dengan tema, iaitu mesej utama yang ingin
disampaikan oleh pengarang kepada pembaca adalah jelas kerana
mempunyai kesamaan bahasa. Tema kasih sayang seorang abang terhadap
adik perempuan yang menderita sakit jantung berlubang.
“Tina bersabarlah. Tina boleh sembuh setelah pembedahan nanti.
Sekarang kita menunggu derma dan belas kasihan orang ramai. Rakyat
Malaysia memang murah hati. Jadi Tina jangan susahh-susahkan hati. Tina
akan sembuh. Perca yalah cakap abang ni.....”
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)
Nilai rasa (feeling), aspek makna yang berhubungan dengan nilai rasa
berkaitan dengan sikap pembicara terhadap hal yang dibicarakan. Nilai rasa
yang berkaitan dengan makna adalah kata-kata yang berhubungan dengan
perasaan, baik yang berhubungan dengan dorongan mahupun penilaian. Jadi
setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan nilai rasa dan
setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan perasaan. Nilai
rasa dalam cerpen Tina berkisar dalam konteks kasih sayang sememangnya
berhubungan dengan perasaan. Sutina menderita sakit jantung berlubang
tabah menjalani kehidupan dan ingin merasai kegirangan anak kecil yang
sebaya dengannya. Perasaan sedih dapat dirasai pembaca apabila
menghayati penderitaan yang ditanggung oleh Sutina.
“Anak kecil jantung berlubang, ayah susah hidup terbuang.”
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)
Nada (tone), aspek makna nada adalah sikap pembicara terhadap
kawan bicara iaitu pembaca. Aspek nada berhungan pula dengan aspek
makna yang bernilai rasa. Tegasnya hubungan antara pembicara dengan
pendengar akan menentukan sikap yang tercermin dalam kata-kata yang
digunakan
“A....a....apa abang pesan?”
“Belum pesan lagi,” rungut Tina manja.
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :53)
Maksud (intention) merupakan maksud senang dan tidak senang, efek
usaha keras yang dilaksanakan. Maksud yang diinginkan dapat bersifat
deklarasi, imperatif, narasi, pedagogi, persuasi, rekreasi atau politik. Aspek-
aspek makna tersebut mempunyai pengaruh terhadap jenis-jenis makna yang
ada dalam semantik. Antara jenis-jenis makna tersebut ialah makna emotif,
konotatf, kognitif, referensial dan psiktorikal.
Makna emotif ialah makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara
atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang difikirkan atau
dirasakan Contohnya perkataan “rindu “ dengan kalimah
Tinaaa
Abang rindu !
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :57)
Monolog yang diungkapkan oleh Haidi menerangkan tentang makna
perasaan. Makna emotif adalah makna dalam suatu kata atau kalimah yang
dapat menimbulkan pendengarnya emosi dan hai ini jelas berhubungan
dengan perasaan.
Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif
cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang
bersifat positif. Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita
terhadap apa yang diucapkan atau didengar
“Seronok tak main layang-layang?” Tanya Mamat tersengih-sengih
menampakkan gigi rongaknya, memerhatikan layang-layang merahnya
terkedang-kedang di udara.
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :54)
Makna kognitif ialah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna
unsur bahasa yang sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa,
objek atau gagasan dan dapat dijelaskan berdasarkan analisis komponennya
“Tina bersabarlah. Tina boleh sembuh setelah pembedahan nanti.
Sekarang kita menunggu derma dan belas kasihan orang ramai. Rakyat
Malaysia memang murah hati. Jadi Tina jangan susahh-susahkan hati. Tina
akan sembuh. Percayalah cakap abang ni.....”
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)
Makna Referensial, menurut Palmer (dalam Mansoer pateda, 2001)
adalah hubungan antara unsur-unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-
kalimat dan dunia pengalaman non-linguistik. Referen atau acuan dapat
diertikan berupa benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah
sesuatu yang ditunjuk oleh suatu lambang. Makna referensial mengisyaratkan
tentang makna yang langsung merujuk kepada sesuatu
“Kan betul bang? Dalam surat khabar tulis macam tu. Tina bacalah
macam tu....”
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)
Makna piktorikal adalah makna yang muncul akibat bayangan
pendengar atau pembaca terhadap apa yang didengar atau dibaca.. Makna
piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan
yang timbul kerana pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau
ditulis.
“Simpan duit kan elok. Lepas tu Tina nak beli kain putih....”
“Buat apa kain putih? Meengarut sajalah Tina ni.....”
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :59)
4.0 ANALISIS APLIKASI HUBUNGAN DAN PERKAITAN BEBERAPA
ASPEK DENGAN BIDANG SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
Kajian teks sastera moden cerpen Tina karya Aminhad dapat
menjelaskan aplikasi hubungan dan perkaitan beberapa aspek dengan
bidang semantik dan peristilahan. Antara aspek-aspek tersebut termasuklah
aspek teori-teori dalam semantik, aspek perbendaharaan kata dan istilah,
aspek peribahasa dalam semantik, aspek makna leksikal dan makna
gramatikal, dan aspek kepentingan semantik dalam bidang bahasa, sastera
dan masyarakat.
4..1 TEORI-TEORI DALAM SEMANTIK
Terdapat enam teori utama yang dapat dikaitkan dengan semantik iaitu
teori referensi, teori behavioris, teori emej makna, teori analisis komponen,
teori semantik interpretif dan teori semantik generatif. Teori referensi telah
dikemukakan oleh Ogden dan Richard (1923), memperkatakan segitiga
semiotik.
Teori Behavioris menegaskan makna perkataan atau ayat mesti dilihat
berdasarkan rangsangan dan gerak balas yangmenyebabkan timbulnya
sesuatu ujaran. Bloomfield mendefinisikan semantik sebagai lingkungan
keadaan apabila seseorang penutur membuat ujaran dan tindakan balas yang
ditimbulkan oleh si pendengar.
Teori Imej makna mengutarakan bahawa makna sesuatu perkataan
adalah dari imej yang terbayang dalam akal si penutur atau pendengar. Imej
itu tidak boleh bersifat visual kerana ia tidak mungkin sama dengan gambaran
sebenar yang dimaksudkan atau yang sedia wujud.
Teori analisis komponen menerangkan makna dan hubungan yang
terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yanglain. Hubungan ini
disebut struktur leksikal, menerangkan elemen makna leksis dengan
menggunakan komponen-komponen semantik. Komponen semantikbukan
sahaja perbendaharaan kata tetapi juga elemen-elemen yang digunakan
untuk menerangkan hubungan semantik pada elemen leksis deduatu bahasa.
Teori semantik interpretif menjelaskan hubungan antara struktur
sintaksis dengan struktur semantik bukanlah hubungan yang sewenang-
wenangnya, tetapi adalah jalinan antara struktur sintaksis dengan kandungan
leksis pada ayat tersebut. Teori ini juga dipanggil teori standard.
Teori semantik generatif menegaskan representasi semantik dan
struktur dalaman adalah serupa. Oleh itu, komponen semantik tidak ada.
Cuma yang ada ialah representasi semantik dan struktur permukaan yang
ditarik daripada representasi semantik tersebut.
4.2 PERBENDAHARAAN KATA DAN ISTILAH
Pembakuan dalam bidang perbendaharaan dan peristilahan adalah
berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa, yang mementingkan
pembinaan budaya ilmu. Terdapat beberapa konsep dasar dalam peristilahan
iaitu takrif istilah, tataistilah dan tatanama, istilah dan kata umum, morfem
peristilahan dan bentuk peristilahan. Mendokong sesuatu konsep bagi bidang
tertentu iaitumerujuk kepada konsep satu bidang. Istilah dan kata tersebut
sesuai dengan konteks penggunaannya. Jadi peristilahan, mestilah dilakukan
dengan teliti dan produktif ke arah memartabatkan bahasa Melayu.
Konsep merupakan asas pembentukan perbendaharaan kata dan
periitilahan. Kata dan istilah merupakan simbol yang digunakan untuk
mengaambarkan sesuatu konsep kata dan istilah yang mempunyai perkaitan
yang sangat rapat biarpun mempunyai perbezaan. Istilah dapat dibentuk
daripada kata dan gabungan kata. Penggunaan kata yang sedia ada untuk
menggambarkan sesuatu konsep baru tidak menjadikan kata itu sebagai
istilah,cuma menjadi suatu kata.
Pertumbuhan yang pesat dalam semua bidang kegiatan manusia telah
menimbulkan masalah komunikasi yang begitu serius. Konsep yang tidak
terhitung jumlahnya telah mewujudkan komunikasi yang taksa dan sekaligus
memberikan kesan yang bukan sedikit terhadap komunikasi antara individu
dengan mesin; mesin dengan mesin; individu dengan individu. Walaupun
istilah dapat dikaitkan dengan kata, tetapi kata tidak dapat dikaittkan dengan
istilah kerana tidak semua kata adalah istilah.
Istilah dan kata dapat dibezakan melalui kekhususan sesuatu makna.
Kata mempunyai pelbagai makna bergantung kepada konteks
penggunaannya. Istilah mempunyai makna khusus dan tidak berubah
maknanya walaupun digunakan dalam konteks yang berlainan. Konsep
merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah. Kata dan istilah
merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu konsep.
Kata dan istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Istilah terdiri
daripada kata, singkatan, huruf, lambang grafik dan sebagaimya. Kata
mempunyai pelbagai makna bergantung kepada penggunaannya, sedangkan
istilah mempunyai makna khusus yang tidak terikat pada konsep
penggunaan.
4.3 PERIBAHASA DALAM SEMANTIK
Menurut pendeta Zaaba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek
dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak
perkataannya. Peribahasa Melayu dapat dijeniskan kepada perumpamaan,
pepatah, bidalan, kiasan, perbilangan, simpulan bahasa dan kata-kata hikmat.
Perumpamaan merupakan peribahasa yang memperkatakan sesuatu
maksud atau yujuan dengan membandingkan keada sesuatu perkara atau
kejadian lain. Perumpamaan tergolong dalam peribahasa berlapis iaitu
mengandungi makna tersurat dan tersirat. Terdapat dua bentuk
perumpamaan iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan
dan perumpamaan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-
terangan. perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-
terangan didahului oleh kata-kata perbandingan iaitu bak, bagai, ibarat,
laksana, macam, seperti dan umpama.
Layang-layang kelihatan bagai seekor burung yang merendah mahu
menyambar anak-anak ikan di permukaan air.
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :54)
Mulut comel Tina tersenyum lebar bagai kuntum bunga yang mulai
mekar.
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :54)
Perumpamaan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-
terangan, merupakan perumpamaan yang tidak didahului oleh kata-kata
perbandingan. Contohnya gunting dalam lipatan, diberi betis nak paha dan
genggam bara api biar sampai jadi arang.
Pepatah, menurut Zaaba adalah tergolong dalam peribahasa yang
bererti selapis dan mempunyai sifat yang bernas, iaitu memberatkan sifat
ringkas dan bijak susunan katanya. Ungkapan pepatah berasal daripada
patah-patah perkataan. Pepatah hampir sama dengan bidalan, namun kedua-
duanya adalah berbeza kerana bidalan tetap mengandungi pengajaran dan
nasihat. Sebaliknya ada pepatah yang tidak mengandungi pengajaraan.
Ungkapan pepatah yang berasal usul daripada pusaka adat resam berfungsi
sebagai pedoman hidup anggota masyarakat. Antara contoh pepatah ialah
indah khabar dari rupa, ukur baju di badan sendiri dan air beriak tanda tak
dalam.
Bidalan juga tergolong dalam peribahasa yang bersifat selapis.
Ungkapan bidalan mengandungi unsur nasihat yang biasanya ditandai oleh
penggunaan kata-kata biar, ingat dan jangan. Contoh bidalan ialah biar
lambat asalkan selamat; ingat sebelum kena, jimat sebelum habis; dan
jangan ikut resmi jagung, makin berisi makin tegak.
Kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan
mengklaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut
bandingan atau tanpa menyebut bandingan. Bahasa kiasan mempunyai
fungsinya yang tertentu, antaranya untuk memperjelaskan sesuatu maksud,
menguatkan sesuatu maksud, menjadi perhiasan dan melindungi sesuatu
yang mempunyai maksud konotatif yang negatif.
Perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah
dan bidalan melainkan perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan
puisi. Setiap rangkap perbilangan terdiri daripada dua baris atau lebih dan
disebut satu demi satu seolah-olah orang sedangmembuat perbilangan atau
pengiraan. Contohnya,
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Simpulan bahasa ialah rangkaian kata yang telah tetap bersimpul
dengan susunan yang khas. Bentuk simpulan bahasa ringkas dan
kebanyakkannya terdiri daripada dua patah kata sahaja. Simpulan bahasa
mempunyai makna berlapis iaitu makna tersirat berlainan daripada makna
tersurat atau makna asalnya. Simpulan bahasa terhasil daripada
perbandingan; daripada benda atau kejadian yang berlaku; daripada
kepercayaan orang ramai; dan daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
Penggunaan simpulan bahasa dalam cerpen Tina
Rakyat Malaysia memang murah hati
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)
.
Kata-kata hikmat ialah kata-kata yang diungkapkan oleh orang yang
bijaksana. Kata-kata in berfungsi sebagai panduan hidup dan menjadi
percakapan umum. Penggunaan kata-kata hikmat yang boleh menimbulkan
semangat dan perangsang kepada pihak yang menerimanya.
Bersabar itu separuh daripada iman
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :57)
Gaya bahasa merangkumi penggunaan perkataan, pemilihan ayat dan
unsur-unsur konotatif. Ianya juga berkait dengan jati diri penulis. Seseorang
pembaca dapat mengenali diri penulis melalui gaya bahasa yang digunakan
dalam karyanya. Kesan semantik dalam aspek bahasa akan menambahkan
keindahan sesebuah karya, dapat mengekalkan kejemuan dan mudah
difahami oleh pembaca.
Pengarang telah memasukkan penggunaan peribahasa bagi
mewujudkan nilai keindahan dalam cerpen Tina.
Masuk bakul angkat sendiri
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :57)
4.4 MAKNA LEKSIKAL DAN MAKNA GRAMATIKAL
Makna leksikal dan gramatikal juga makna struktural merupakan
makna perrkataan secara nahuannya. Makna leksikal merujuk kepada
makna denotasi iaitu makna yang dinyatakan dalam kamus. Makna yang
dimaksudkan dengan denotasi adalah makna umum, makna kamus atau
makna leksikal. Makna umum ini mudah dikenal pasti kerana ia bersifat
umum dan objektif dan jika terdapat kesukaran maknanya dapat dilihat dalam
kamus umum. Denotasi biasanya digunakan untuk karya ilmiah kerana
pembacanya mudah memahami maksudnya agar ilmu yang disampaikan
menjadi pengetahuan bagi pembacaan (Darwin, 1994: 37)
Manakala makna konotasi merupakan makna yang lain daripada
asalnya tetapi jika dikaji secara mendalam nyatalah ada hubungannya.
Konotasi merupakan pancaran pemikiran dan impresi perasaan yang tidak
dapat dinyatakan secara jelas yang mengelilinggi sesuatu kata. Konotasi
berkait dengan pemikiran dan merupakan makna tambahan yang digunakan
yang mungkin sesuai dan mungkin tidak dengan makna sebenarnya.
Secara umum, makna leksikal ialah makna yang yang terdapat dalam
kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan
perkataan lain dalam ayat. Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian,
melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal kerana
maknanya dapat dirujuk dalam kamus.
Manakala makna gramatikal ialah makna yang terkandung dalam
imbuhan apabila digabungkan dengan kata dasar. Mengandungi makna di
sini bermaksud secara luaran maknanya tidak terlibat tetapi secara dalaman
makna ini sememangnya ada.
Dalam kajian makna perkataan ada dua bahagian yang boleh
ditelusuri, khususnya bagi kata terbitan yang terdiri daripada makna kata
dasar dan makna ini disebut makna gramatikal.
Pengimbuhan akan mengubah makna asal kata dasar. Ini bererti
bahawa imbuhan mempunyai makna, jika tidak, bagaimana kata dasar
boleh berubah maknanya. Secara umumnya imbuhan tidak mempunyai
makna. Namun, apabila imbuhan dicantumkan dengan kata dasar, ia
memberi makna kepada kata dasar tersebut. Jadi, imbuhan tidak
mempunyai makna tetapi mengandungi makna, Inilah yang dimaksudkan
dengan makna nahuan atau makna gramatik. Bagi memudahkan pemahaman
maka imbuhan dikatakan mempunyai makna gramatik dan kata dasar
mempunyai makna leksikal (Darwin, 1994: 48-49)
4.5 KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM BIDANG BAHASA,
SASTERA DAN MASYARAKAT
Kajian semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang
mengkaji makna. Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan
ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan init ujaran yang
bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkapkan
fikiran, perasaan , pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.
Kepentingan semantik dalam aspek bahasa, unsur bahasa
menunjukkan permainan bahasa oleh penulis untuk menimbulkan keindahan
dan kepelbagaian maksud dalam cerita ini mempunyai makna. Dalam bahasa
kita dapat mengungkapkan fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan
keperibadian manusia.
Kepentingan semantik dalam bidang sastera merangkumi peranan
semantik dalam menjelaskan kajian tentang makna sesuatu ungkapan atau
ujaran yang berunsur kesusasteraan. Hubungan antara bahasa dan sastera
memang sangat erat, ahli-ahli bahasa berpendirian untuk menggunakan
usaha-usaha penyelidikan dan pengembangan sastera. Oleh kerana
semantik adalah sebahagian daripada bidang linguistik, maka ia berperanan
penting dalam penghasilan karya-karya sastera khususnya dari segi
pentafsiran makna bahasa sastera itu sendiri.
Kepentingan semantik dalam masyarakat berdasarkan hubungan
semantik dengan bidang Antropologi dan Sosiologi. Antropologi ialah bidang
ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogon yang
mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiolagi ialah bidang ilmu yang mengkaji
kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan
sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin
berkembang menyebabkan makna bahasa dalam aeauatu masyarakat
semakin berkembang.
5.0PERBENDAHARAAN KATA DAN ISTILAH DENGAN BIDANG
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
Konsep merupakan asas pembentukan perbendaharaan kata dan
periitilahan. Kata dan istilah merupakan simbol yang digunakan untuk
mengaambarkan sesuatu konsep kata danistilah yang mempunyai perkaitan
yang sangat rapat biarpun mempunyai perbezaan. Istilah dapat dibentuk
daripada kata dan gabungan kata. Penggunaan kata yang sedia ada untuk
menggambarkan sesuatu konsep baru tidak menjadikan kata itu sebagai
istilah,cuma menjadi suatu kata.
Pertumbuhan yang pesat dalam semua bidang kegiatan manusia telah
menimbulkan masalah komunikasi yang begitu serius. Konsep yang tidak
terhitung jumlahnya telah mewujudkan komunikasi yang taksa dan sekaligus
memberikan kesan yang bukan sedikit terhadap komunikasi antara individu
dengan mesin; mesin dengan mesin; individu dengan individu. Walaupun
istilah dapat dikaitkan dengan kata, tetapi kata tidak dapat dikaittkan dengan
istilah kerana tidak semua kata adalah istilah.
Aspek perbendaharaan kata dan istilah dalam teks yang dikaji jelas
menunjukkan pemilihaan yang agak tepat bersesuaian dengan peringkat
umur pelajar belasan tahun. Penggunaan kata yang mudah senang untuk
difahami, mengkaji dan menganlisis komponen sastera dalam Bahasa
Melayu. Konsep dan makna sesuatu dapat dianalisis dengan berdasarkan
tiga komponen, yang merangkumi komponen-komponen kata (sama ada
dalam bentuk bunyi atau tulisan), konsep atau makna (bentuk abstrak yang
tercipta dalam fikiran, dan rujukan benda yang dirujuk.
Komponen kata (layang-layang), rujukan (gambar layang-layang) dan
konsep makna menjelaskan sejenis permainan tradisional yang biasanya
dimainkan selepas musim menuai oleh masyarakat kampung. Melalui segi
tiga semantik, Ogden dan Richard merujuk hubungan antara kata,
Cerpen Tina karya Aminhad menggunakan pemilihan perkataan yang
mudah dan senang untuk difahami. Perbendaharaan kata dan istilah
merangkumi pemilihan perkataan yang tepat untuk maksud tertentu yang
hendak disampaikan. Penulis telah membuat pemilihan dan penggunaan
perkataan tertentu bagi menyampaikan sesuatu maksud dengan jelas.
Pada permulaan cerita pengarang telah mengambarkan kecelaruan
dan perasaan tidak menentu watak utama yang mampu mengamit keinginan
pembaca untuk mengetahui kekalutan tersebut. Pemilihan perbendaharaan
kata yang mudah dan senang difahami dapat mengajak pembaca untuk turut
merasai pengalaman tersebut dan mengetahui puncanya.
Getar dan debar hatiku menggila pada kali pertama aku melihat dia.
Sungguh. Aku bukan main-main. Namun aku amat terkilan kerana dia begitu
cepat lenyap daripada pandanganku. Akhirnya kuputuskan, itu perasaanku
saja. Gamitan masa silam
Pemilihan perkataan yang melibatkan penggunaan perkataan yang
munasabah yang dapat diterima sebagai penggunaan yang baik.
Penggunaan perkataan yang jelas dan khusus bagi menggambarkan
keresahan watak protagonis seperti perkataan getar, debar, menggila
merujuk kepada hati Haidi yang bergelora semasa kali pertama melihat
seseorang yang mampu mengembalikan kenangan silam.
Diksi iaitu pemilihan dan penggunaan kata merangkumi bahasa formal,
bahasa pasar, bahasa slanga dan bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan
Arab.
“O.K. Kalau Tina sungguh-sungguh nak jalan-jalan abang boleh
bawa....”
“Betul?”
“Betul. Tapi ada syarat.”
“Syaratnya?”
Pemilihan bahasa formal seperti perkataan sungguh-sungguh,
merupakan kata ganda yang merujuk kepada kesungguhan. Begitu juga
dengan perkataan jalan-jalan merujuk kepada maksud bersiar-siar atau
mengambil angin dengan berjalan kaki.
Penggunaan bahasa pasar seperti nak merujuk kepada
perbendaharaan kata hendak, begitu juga dengan penggunaan perkataan tapi
adalah merujuk kepada perkataan tetapi. Bagaimanapun penggunaan bahasa
pasar ini telah dapat difahami oleh pembaca melalui penggunaannya sehari-
hari. Jadi pengarang dapat menyampaikan maksudnya dengan jelas dan
tepat juga mewujudkan suasana yang boleh dialami oleh pembaca.
Perbendaharaan kata O.K berasal dari perkataan bahasa Inggeris
yang telah diterima dalam bahasa Melayu iaiitu okay dan telah disingkatkan
ejaannya. Bagaimanapun perkataan ini telah boleh difahami sebagai tanda
persetujuan. Pembaca dapat mengikuti perkembangan konflik yang terdapat
dalam cerpen merujuk kepada si adek yang tidak berpeluang bersiar-siar dan
menjalani kehidupan sebagaimana kanak-kanak sebaya yang lain.
Pemilihan dan penggunaan perkataan syarat adalah ada unsur
penggunaan bahasa Arab yang telah diterima dalam bahasa Melayu.
Pembaca tidak akan keliru dengan penggunaan perkataan tersebut kerana
telah diguna pakai dalam bahasa Melayu.
6,0 KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM BIDANG BAHASA,
SASTERA DAN MASYARAKAT
Kajian semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang
mengkaji makna. Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan
ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan init ujaran yang
bebas da
Kepentingan semantik dalam aspek bahasa, unsur bahasa
menunjukkan permainan bahasa oleh penulis untuk menimbulkan keindahan
dan kepelbagaian maksud dalam cerita n mempunyai makna. Dalam bahasa
kita dapat mengungkapkan fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan
keperibadian manusia.
Kepentingan semantik dalam bidang sastera merangkumi peranan
semantik dalam menjelaskan kajian tentang makna sesuatu ungkapan atau
ujaran yang berunsur kesusasteraan. Hubungan antara bahasa dan sastera
memang sangat erat, ahli-ahli bahasa berpendirian untuk menggunakan
usaha-usaha penyelidikan dan pengembangan sastera. Oleh kerana
semantik adalah sebahagian daripada bidang linguistik, maka ia berperanan
penting dalam penghasilan karya-karya sastera khususnya dari segi
pentafsiran makna bahasa sastera itu sendiri.
Kepentingan semantik dalam masyarakat berdasarkan hubungan
semantik dengan bidang Antropologi dan Sosiologi. Antropologi ialah bidang
ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogon yang
mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiolagi ialah bidang ilmu yang mengkaji
kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan
sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin
berkembang menyebabkan makna bahasa dalam aeauatu masyarakat
semakin berkembang.
6.1 KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM BIDANG BAHASA
Bahasa telah didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat
semulajadi bahasa, peranan dan fungsinya. Ahli bahasa dan ahli linguistik
telah mendefinisikan bahasa sebagai sistem bunyi yang terdiri daripada
lambang-lambang yang diujarkan oleh manusia dengan menggunakan alat-
alat artikulasi yang mempunyai makna-makna tertentu berdasarkan
lingkungan masyarakat yang menuturnya.
Bahasa merupakan satu sistem ujaran dan tulisan konversional yang
digunakan oleh manusia untuk berkongsi budaya dan berkomunikasi antara
satu sama lain. Bahasa dapat menggambarkan dan memberikan kesan
terhadap cara berfikir serta perubahan dan perkembangan budaya.
Bahasa mempunyai struktur yang kompleks tetapi boleh dianalisis dan
diperlihatkan secara sistematik. Semua bahasa bermula dengan bahasa
lisan, kemudian diikuti dengan bahasa tulisan. Bahasa mengandungi struktur
ayat yang berbeza-beza untuk menyampaikan makna. Kandungan bahasa
terdiri daripada bentuk dan susunan perkataan, struktur sintaksis dan intonasi
ujaran.
Bahasa sebagai satu sistem bermaksud bentuk perkataan dan
kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara
teratur. Bentuk dan kedudukan perkataan dalam ayat dapat memberi makna
kepada sesuatu bahasa. Bahasa adalah bersistem, apabila bertutur secara
automatik kita mematuhi sistem tersebut dan menyusun struktur yang betul
dalam bahasa yang kita gunakan untuk membolehkan pendengar memahami
mesej yang hendak disampaikan.
Bahasa sebagai satu simbol iaitu isyarat bersuara yang dihantar oleh
penutur kepada pendengar dalam proses interaksi. Dalam proses komunikasi,
tergambar hasrat penutur untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau
perkara kepada pendengar.
Bahasa sebagai alat komunikasi, seseorang dapat menyampaikan
semua yang dirasai, difikirkan dan diketahui oleh mereka kepada orang lain.
Sebagaimana penjelasan yang diungkapkan oleh Haidi kepada gurunya
“Tina sakit jantung. Jantung berlubang. Tanda-tanda awal macam
pelari itu. Tapi sekarang, Tina dah tak ada lagi. Tak ada lagi... saya tak mahu
dia mati macam adik saya Cikgu. Tak mahu...”
Bahasa bersifat arbitrari iaitu sewenang-wenang mengikut kefahaman
individu yang menggunakannya. Pembaca dapat membayang bunyi siren
ambulan yang digambarkan oleh Haidi dalam cerpen Tina.
Saat aku menghabiskan ungkapan tersebut, tersambar oleh cuping
telingaku suara ambulan berlalu.
Bahasa bersifat unik, bermaksud tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk
dan struktur yang tertentu, tetapi mempunyai huraian yang tersendiri dari segi
tatabahasa. Bahasa bersifat unik juga boleh dikaitkan dengan cara
kitamemperolehi bahasa itu sendiri, bahasa bukanlah sesuatu yang diwarisi
tetapi perlu dipelajari secara tidak langsung daripada ibu bapa, ahli keluarga
dan masyarakat di sekeliling kita. Sebagaimana Sutina yang ingin
mendapatkan penjelasan daripada perkataan “bedah” telah meminta
penjelasan daripada ibunya, walaupun ibunya sibuk dengan urusan kerja
rumah
“Bedah tu macam siang ikan ya mak?”
Bahasa bersifat sejagat atau universal, iaitu sesuatu bahasa itu boleh
dituturkan atau dipelajari oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Ini dapat dijelaskan
dalam ujaran protes Sutina berkaitan dengan usaha ikhtiar pihak keluarganya
dan rakyat Malaysia yang perihatin.
“Tapi, kalau bedah macam ikan tu, matilah adik.”
Bahasa bersifat dinamis bermaksud sesuatu bahasa itu berpotensi
untuk berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan
dan kemajuan. Pertembungan kebudayaan dan manusia dengan manusia
yang lain menyebabkan pertambahan dan pengayaan perbendaharaan kata
sesuatu bahasa itu. Ini terbukti dengan kesungguhan Haidi mendekati pelajar
yang seiras wajah adiknya Sutina. Haidi dalam keadaan gemuruh mampu
meluahkan ujaran bagi mendekati pelajar tersebut.
“Maaf. Sa...ya, saya minta maaf pada adik kalau mengganggu. Er...
nama adik, Sutina?” Entah kenapa soalan itu yang kuluahkan dalam keadaan
tergagap-gagap begitu.
Bahasa bersifat bervariasi, bermaksud terdapat kepelbagaian bagi
satu-satu bahasa tersebut yang melibatkan cara dan gaya pengujaran, istilah-
istilah khusus yang digunakan dan struktur bagi sesuatu variasi bahasa itu.
Haidi menggunakan helah untuk mengena pelajar yang mirip adiknya bagi
mewujudkan suasana kemesraan dan kegembiraan.
“Nama adik Kursiah atau Kursia atau Kursi?” Sengaja aku mahu
menyakat ketika dia berehat di khemah hijau – warna rumah kami.
Jelas menunjukkan kepentingan semantik dalam aspek bahasa, unsur
bahasa menunjukkan permainan bahasa oleh penulis untuk menimbulkan
keindahan dan kepelbagaian maksud dalam cerita. Penggunaan unsur
bahasa bergantung kepada jenis cerpen. Cerpen Tina yang bertemakan kasih
sayang seorang abang terhadap adiknya, mempunyai banyak unsur bahasa
yang puitis dan indah. Gaya bahasa melibatkan cara seseorang pengarang
menggunakan dan memanipulasikan unsur bahasa bagi membentuk cerita.
Pengarang cerpen Tina menggunakan bahasa dan unsur-unsur
bahasa untuk menyalurkan pemikiran dan pandangan terhadap tema kasih
sayang seorang abang terhadap adik perempuannya yang mengidap penyakit
jantung berlubang. Persoalan yang diutarakan mengenai ketabahan
menghadapi dugaan hidup dan kegigihan dalam mencapai sesuatu yang
dihajati dalam hidup.
Gaya bahasa merangkumi penggunaan perkataan, pemilihan ayat dan
unsur-unsur konotatif. Ianya juga berkait dengan jati diri penulis. Seseorang
pembaca dapat mengenali diri penulis melalui gaya bahasa yang digunakan
dalam karyanya. Kesan semantik dalam aspek bahasa akan menambahkan
keindahan sesebuah karya, dapat mengekalkan kejemuan dan mudah
difahami oleh pembaca.
Pengarang telah memasukkan penggunaan peribahasa bagi
mewujudkan nilai keindahan dalam cerpen Tina. Perumpamaan ysng tidak
menggunakan kata perbandingan.
Masuk bakul angkat sendiri
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :57)
Penggunaan simpulan bahasa dalam cerpen Tina
Rakyat Malaysia memang murah hati
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)
Penggunaan kata-kata himat yang boleh menimbulkan semangat dan
perangsang kepada pihak yang menerimanya.
Bersabar itu separuh daripada iman
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :57)
Penggunaan gaya bahasa perbandingan similie iaitu gaya bahasa
perbandingan yang melibatkan dua perkara atau keadaan. Similie yang
menggunakan kata-kata perbandingan iaitu seperti, bagai, laksana, umpama,
macam, bak.
Layang-layang kelihatan bagai seekor burung yang merendah mahu
Menyambar anak-anak ikan di permukaan air.
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :54)
Mulut comel Tina tersenyum lebar bagai kuntum bunga yang mulai
mekar.
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :54)
Gaya bahasa personafikasi ada diselitkan pengarang dalam cerpen
Tina. Personafikasi bermaksud memberi sifat manusia seperti perlakuan
manusia kepada benda atau objek yang tidak bernyawa.
Dalam kesepian itu seolah-olah aku melihat pokok-pokok yang longlai
dipuput bayu melihat kemurungan yang menyerang jiwaku
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :52)
Unsur personafikasi dalam petikan di atas ialah
pokok-pokok yang longlai
kemurungan yang menyerang jiwaku
Kesemua perbuatan seperti longlai dan menyerang adalah sifat
manusia, longlai telah diberi kepada objek alam seperti pokok. Begitu juga
dengan perkataan menyerang telah diberi kepada kemurungan.
Gaya bahasa hiperbola iaitu gaya bahasa perbandingan yang
melampau tentang sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku. Aminhad
telah memulakan cerpen Tina dengan gaya bahasa hiperbola boleh memberi
suatu keajaiban kepada pembaca untuk memulakan pembacaan dan
menghayati jiwa bagi watak utama.
Getar dan debar hatiku menggila pada kali pertama aku melihat dia.
Sungguh. Aku bukan main-main. Namun aku amat terkilan kerana dia begitu
cepat lenyap daripada pandanganku. Akhirnya kuputuskan, itu perasaanku
saja. Gamitan masa silam
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :52)
Getar dan debar hatiku menggila pada kali pertama aku melihat dia.
Pengarang menegaskan dan membandingkan getar dan debaran hati Haidi
menggila iaitu suatu perbandingan yang melampau dengan darjah ketinggian
debaran tersebut begitu menganas sampai kepada gila. Atau dengan kata
lain di luar kesedaran manusia, tidak dapat dikawal dengan akal fikiran yang
waras. Perbandingan sebegini menimbulkan tanda tanya kepada pembaca
untuk mengetahui dan menyelami.berkaitan punca sebenar debaran tersebut.
Di sini pembaca memulakan pembacaan dengan rangsangan emosi untuk
lebih mudah dalam menjiwai watak dalam bahan sastera yang dibaca.
6.2 KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM BIDANG SASTERA
Kepentingan semantik dalam bidang sastera merangkumi peranan
semantik dalam menjelaskan kajian tentang makna sesuatu ungkapan atau
ujaran yang berunsur kesusasteraan. Hubungan antara bahasa dan sastera
memang sangat erat, ahli-ahli bahasa berpendirian untuk menggunakan
usaha-usaha penyelidikan dan pengembangan sastera. Oleh kerana
semantik adalah sebahagian daripada bidang linguistik, maka ia berperanan
penting dalam penghasilan karya-karya sastera khususnya dari segi
pentafsiran makna bahasa sastera itu sendiri.
Ciptaan kesusasteraan berbeza daripada ciptaan seni yang lain kerana
ciptaan ini menggunakan bahasa sebagai alat penyampaian. Melalui bahasa,
keindahan hasil kesusasteraan dapat dirasa oleh pembacanya, pengarang
dapat menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan
perasaan yang tercurah. Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu akan
mempamerkan bahan atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah
juga memiliki unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh
dengan ekspresi dan imaginasi serta karya dengan ciri-ciri kreatif.
Penggunaan teknik dan gaya penulisan yang menarik Ini semua dapat
memikat hati para pembaca.
Keindahan bahan sastera berdasarkan gaya dan lenggok bahasa
yang dipamerkan dalam karya sastera dapat menyerlahkan keindahan
sesebuah karya. Kita dapat melihatnya dari dua sudut iaitu dalam puisi juga
prosa.
Semantik banyak memberikan sumbangan dari segi penggunaan
bahasa atau gaya bahasa seseorang penulis prosa imaginatif seperti cerpen
Tina karya Aminhad. Dalam ilmu semantik terdapat tujuh jenis erti iaitu erti
konsepsi iaitu erti kognitif yang mampu dicapai oleh akal fikiran manusia
sejagat. Aminhad telah berupaya menggarapkan tema kasih sayang antara
seorang abang terhadap adik perempuan yang menderita penyakit jantung
berlubang. Hal ini menjadi lumrah manusia hidup dalam suasana kasih
sayang bagi melahirkan hubungan yang akrab dan penuh rasa
tanggungjawab juga kemesraan melalui pertalian darah.
Semantik boleh memberikan erti konotatif iaitu erti kata yang berlainan
berdasarkan ungkapan,susunan kata, jeda dan nada.
Apabila kita mengaitkan ilmu semantik dengan karya prosa berert kita
melihat karya prosa itu dari segi gaya dan penggunaan bahasanya.Dari segi
gaya bahasa prosa ilmu semantik dapat membantu penulis dari segi
diksi,metafora, simili, personafikasi dan hiperbola.
Diksi ialah pemilihan kata yang betul, tepat dan berkesan
Kejayaan dan keberkesanan pengarang menggunakan gaya bahasa
tertentu bergantung kepada ketersendirian bahasa seseorang pengarang.
Walaupun makna dan maksud sesuatu perkataan itu boleh memungkinkan
penafsiran yang pelbagai tetapi ilmu dan kebiasaan berbahasa seseorang
penulis itu penting sekali dalam menentukan penggunaan bahasa yang tepat.
Dalam hal ini ilmu semantik sangat penting untuk membantu pengarang
dalam memilih,menyusun dan menggabungkan perkataan atau ayat dalam
penulisan mereka.
Kecenderungan dalam menggunakan teori linguistik dalam
menghuraikan bahasa atau penggunaan bahasa karya sastera agak menarik
perhatian ahli-ahli bahasa dan sastera kita. Pada masa akan datang
hubungan antara semantik dengan kesusasteraan akan semakin erat. Ahli
bahasa memerlukan karya sastera sebagai bahan untuk mengkaji keindahan
bahasa. Manakala sasterawan memerlukan pengetahuan bahasa dan ilmu
bahasa khususnya ilmu semantik untuk mengindahkan bahasa dalam karya
mereka dan memberikan maksud yang tepat dalam pemilihan perkataan
dalam karya mereka. Hal yang demikian memperlihatkan satera dan linguistik
tidak boleh dipisahkan.
Perkara ini dapat dijelaskan lagi dengan dasar pendidikan kerajaan
yang telah memasukkan komponen sastera dalam sukatan pelajaran bahasa
Melayu di peringkat sekolah menengah. Ini terbukti akan hubungan dan
perkaitan antara sastera dan linguistik telah terjalin dan menjadi satu dasar
kementerian pendidikan dalam merealisasikan hubungan antara kedua-
duanya dengan lebih mantap.
6.3 KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM MASYARAKAT
Masyarakat melibatkan rumpun bangsa bagi sesuatu bahasa,
masyarakat Melayu dengan bahasa ibundanya Bahasa Melayu menjadi asas
kepada pembentukan masyarakat. Masyaraakat Malaysia yang terdiri dari
pelbagai etnik telah menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
negara Malaysia yang berdaulat. Dalam Perlembagaan Malaysia Akta 152
telah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi
rumpun masyarakat di Malaysia, bagaimanapun rakyat berhak menggunakan
bahasa ibunda mengikut kumpulan etnik tertentu.
Masyarakat telah menerima bahawa bahasa semakin berkembang
berdasarkan hubungan semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.
Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu
yang homogon yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiolagi ialah bidang
ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam
perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya
sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna
bahasa dalam aeauatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya
perkataan “sekolah” daripada aspek antropologinya telah membentuk
perkataan baharu “sekolah harapan”, “sekolah bestari” dan “sekolah lestari”,
yang bukan lagi sebagai tempat belajar secara formal semata-mata. Justeru
makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa peruturan
itu dituturkan. Aminuddin (1985)
Hubungan semantik dengan psikologi dapat memberi kesan kepada
masyarakat. Psikologi ialah ilmu yangmengkaji tentang hakikat dan gerak geri
jiwa. Hal ini bermakna bahawa tingkah laku manusia mempunyai makna.
Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan perkataan atau
ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan “makan” berbeza dengan
perkataan “makanlah” .Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan
terseut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza olehseseorang
dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan
paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli
psikologi yang menyatakan makna wujud berdasarkan rangsangan dan gerak
balas.
Masyarakat sememangnya berpegang dengan falsafah, kita dapat
membuat perkaitan antara hubungan semantik dengan falsafah.Falsafah ialah
pengetahuan bagi menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah
istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan
biasa. Sebaliknya falsafah memerlukan pengetahuan tentang hukum dan
kaedah berfikir yang logik. Oleh yang demikian logik dalam disiplin ilmu
falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan
makna dalamilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna
menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah “Biar saya mentertawakan diri saya
sebelum oranglain mentertawakan diri saya” Falsafah ini membawa makna
“kesedaran kendiri atau muhasabah diri”, perlu difahami pendengar mahupun
penutur falsafah tersebut supaya ianya bermakna apabila diujarkan.
Masyarakat akan lebih mudah memahami makna melalui perkaitan
semantik dengan linguistik. Masyarakat Melayu yang kaya dengan nilai=nilai
tradisi meliputi peribahasa yang mempunyai medan makna yang sungguh
luas. Melalui makna yang tersurat, makna yang terselindung dan makna yang
tersirat masyarakat dapat mengungkaikan makna tersebut dalam proses
komunikasi. Masyarakat membuat penghayatan mengenai makna tersebut
bagi memartabatkan lagi Bahasa Melayu.
Berdasarkan cerpen Tina masyarakat bertindak dalam membantu
pihak yang memerlukan pertolongan dengan membuat andaian kesulitan dan
penderitaan tersebut perlu dikongsi bersama bagi meringankan penderitaan
tersebut. Masyarakat dapat menilai golongan yang ditimpa musibah dengan
murah hati menghulurkan bantuan bagi kos rawatan pembedahan.
Berdasarkan teori makna emotif, masyarakat turut merasai penderitaan dan
ketabahan hati pesakit jantung berlubang seperti Sutina.
“Tina bersabarlah. Tina boleh sembuh setelah pembedahan nanti.
Sekarang kita menunggu derma dan belas kasihan orang ramai. Rakyat
Malaysia memang murah hati. Jadi Tina jangan susahh-susahkan hati. Tina
akan sembuh. Perca yalah cakap abang ni.....”
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)
7.0 RUMUSAN