Download - Kesenian sastera 2
Desediakan oleh: Mohd Asyraf Adib B Nordin
Mohd Aidil B Othman
Md Nur B Mohamad
Mohd Sholehuddin B Mohd Ariff
Mohd Nasrun B Mohamad Zaki
Peribahasa tergolong dalam jenis puisi warisan Melayu dan
sangat banyak ditemui dalam kesusasteraan Melayu
tradisional.
Disebut dengan nama peribahasa berirama dan
mempunyai beberapa variasi seperti bidalan, pepatah-
petitih, perbilangan, perumpamaan, lidah pendeta, kias
ibarat, dan tamsil.
Dari segi bentuk, peribahasa berangkap terbina dalam dua
keratan yang sejajar, sama ada dalam sebaris atau lebih.
Tidak seperti pantun, baris-baris dalam peribahasa tidak
berkaitan antara satu sama lain.
Digunakan di majlis-majlis rasmi mahupun dalam
kehidupan seharian mereka dan merupakan
sebahagian daripada budaya Melayu yang sopan
walaupun semasa menegur, menyindir atau
mengkritik secara halus.
Sebagai alat kawalan sosial dan pemantapan
sesuatu sistem sosial dalam kemasyarakatannya
serta media yang mempamerkan kebijaksanaan
penutur atau pewarisnya
Kilat pisau di tangan,
Kilat beliung di kaki,
Kilat cermin di muka.
Maksudnya: sesuatu benda di gunakan pada tempatnya
Hadiah ada maniknya,
Ubi ada batasnya,
Budi ada balasnya.
Maksudnya: setiap perbuatan yang dilakukan akan ada
balasannya.
Terkenal dalam masyarakat Minang yang kuat
berpegang kepada adat Perpatih.
Juga dikenali dengan nama-nama seperti
terasul, tambo, dan salasilah
Sesebuah teromba lazimnya mengungkapkan
gagasan pemikiran yang tinggi berkenaan
peraturan, nilai, adat, dan hukum-hukum
hidup bermasyarakat.
Ada yang menyatakan bahawa teromba sebagai
perbilang adat, undang-undang yang tetap dan kata-
kata adat
Dari segi bentuk, teromba berbentuk bebas.
Jumlah baris dalam setiap rangkapnya tidak
tetap, manakala rima akhir setiap baris pula tidak
sama.
Di dalam sebuah teromba disisipkan dengan beberapa
jenis puisi tradisional lain, seperti
pantun, gurindam, dan peribahasa.
Teromba merupakan ungkapan berirama yang
kelazimannya mengenai adat sebagai panduan atau
amalan adat sesuatu masyarakat.
Merupakan sejenis puisi bebas yang mungkin
mempunyai bentuk lain seperti pantun, syair dan
talibun tetapi isi dan fungsinya merujuk kepada satu
bidang tetap, iaitu adat.
Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. dan
dikatakan berasal daripada masyarakat Minangkabau
Teromba dalam bentuk puisi bebas yang berisikan ajaran adat tentang kehidupan
bermasyarakat:
Hidup dikandung adat
Mati dikandung tanah
Masuk kandang kambing membebek
Masuk kandang kerbau menguak
Elok bahasa bagi bekal hidup
Elok budi bagi bekal mati
Ibarat teluk limbungan kapal
Ibarat tua menahan ragam
Ibarat muda menanggung rindu.
Teromba dalam bentuk puisi bebas yang berisikan undang-undang:
Undang-undang dan aturan adat
Cincang pampas
Bunuh beri balas
Anak dipanggil makan
Anak buah disorongkan balao
Gawar berbeli
Kufur taubat
Dendam beli darah
Diat beli nyawa
Upah beli penat
Sah salah bertimbang
Sah hutang berbayar
Sah piutang diterima
Sesat ke hujung jalan
Balik ke pangkal jalan
Sesat ke hujung kata
Balik ke pangkal kata
Itulah Adat Datuk Perpatih Pinang Sebatang.
Adalah ditegaskan di sini bahawa teromba
adalah alat penyampai tunjuk ajar, undang-
undang, pedoman serta peraturan dalam
sistem kehidupan seharian.
Adat-adat perlu diamalkan agar konflik
boleh dielakkan dan keharmonian hidup
terjamin baik di dalam institusi
kekeluargaan, masyarakat atau negara.