Download - Kertas Kerja Math
SM ST. MARY, SANDAKAN
KERTAS KERJA
“ PROGRAM KHAS PEMULIHAN MATEMATIK TINGKATAN 1 “
PENDAHULUAN
SM. St. Mary telah mengadakan satu program khas untuk murid -murid tingkatan 1
Oren dan tingkatan 1 Ungu yang menghadapi masalah penguasaan 3M iaitu Membaca,
Menulis dan Mngira. Ia bertujuan untuk membantu murid agar dapat menguasai 3M
terutamanya yang melibatkan mata pelajaran Matematik. Kebanyakan murid bermasalah
dalam menambah, menolak, mendarab dan juga membahagi.Hal ini menyukarkan guru
Matematik untuk mengajar topik tingkatan 1 kerana kebanyakan topik melibatkan darab
dan bahagi. Diharapkan dengan adanya Program Pemulihan Khas ini dapat membantu
murid menguasai topik yang terdapat dalam Matematik.
MATLAMAT
Program ini diadakan adalah untuk membantu murid-murid untuk menguasai bidang
Matematik terutamanya yang melibatkan darab dan bahagi. Penghafalan sifir juga sangan
ditekankan bagi memudahkan proses penguasaan darab dan bahagi.
OBJEKTIF
1. Membantu murid menguasai bidang Matematik.
2. Mengurangkan murid-murid yang tidak dapat menguasai 3M terutamanya yang
melibatkan pengiraan.
3. Menyemai perasaan sukakan Matematik dan memberi motivasi kepada murid agar
mereka merasakan Matematik bukanlah mata pelajaran yang sukar.
SASARAN
Murid-murid pemulihan
PELAKSANAAN PROGRAM
Diadakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran oleh guru mata pelajaran yang
mengajar di tingkatan 1 Ungu.
PERBELANJAAN
Kertas bercetak yang mengandungi aktiviti-aktiviti atau latihan yang bersesuaian.
(tidak terdapat sebarang sumbangan kewangan ATAU sumbangan buku bercetak
daripada mana-mana pihak).
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : Pn. Chee Chai Jin (Pengetua)
Pengerusi : En Ang Pian Ming (Penolong Kanan Petang)
Naib Pengerusi 1 : Cik Thien Moi Yen (Ketua Bidang Sains dan Matematik)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Ernie Ambo (Penyelaras Matematik Sesi Petang)
PENUTUP
Adalah diharapkan dengan adanya Program Pemulihan Khas Matematik ini dapat
membantu murid-murid menguasai mata pelajaran Matematik. Hal ini penting kepada
sekolah ini agar dapat mencapai keputusan PT3 dan SPM yang cemerlang pada masa
akan datang.
DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,
.................................. ...........................................
(PN ERNIE AMBO) (Cik Thien Moi Yen)
Penyelaras Panitia Matematik Ketua Bidang Sains dan Matematik