Download - Kertas Kerja
1
JAKSA : SUATU MEDIUM KEPIMPINAN
1.0 PENGENALAN
Dalam meniti era pemodenan hari ini, masyarakat sudah mula bijak dalam
mempersoal serta menghakimi kepeminpinan dari seseorang individu mahupun
individu-individu. Bukan hanya sekadar gelanggang politik sahaja yang menjadi tajuk
utama perbualan umum, namun sektor awam serta swasta turut menjadi buah mulut
masyarakat. Keputusan seorang hakim mula dipertikaikan, malah kepemimpinan
sesebuah institusi kekeluargaan juga turut tidak terlepas dari menjadi mangsa
ketidakpuashatian ini. Masyarakat pasca-merdeka kini mula dahagakan kepeminpinan
dari inidvidu mahupun indivu-individu yang efektif serta proaktif dalam mewarnai
serta membimbing mereka.
Kepimpinan bukanlah suatu warisan yang dapat diperturunkan dari satu
generasi ke generasi yang lain. Kepimpinan juga bukanlah platform dalam mengaut
keuntungan dalam kesengsaraan individu bahawannya. Namun, kepimpinan adalah
kemahiran yang mampu dibina dengan pelajarinya dari tokoh-tokoh pemimpin yang
terdahulu mahupun inidvidu-individu yang sedang memimpin. Kepimpinan yang
hebat harus berteraskan kepada konsep win-win dimana yang memimpin serta yang
dipimpin akan sama-sama berpuas hati serta selesa untuk berkhidmat antara satu sama
lain kerana masing-masing saling memahami.
2
2.0 TUJUAN KAJIAN
Kertas kerja ini akan membincangkan tentang sejauh manakah kewajaran kewujudan
organisasi Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA) di setiap kolej kediaman
Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM dalam melahirkan mahasiswa yang
berketerampilan dari aspek kepimpinan. Selain itu, kajian juga akan melihat dari
aspek aktiviti-aktiviti yang terdapat didalam pengawasan JAKSA tersebut dalam
usaha mempersiapkan mahasiswa UKM dengan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan oleh seorang majikan. Disamping itu, kajian juga akan mengkaji
permasalahan yang terdapat didalam organisasi ini.
3.0 SKOP PENYELIDIKAN
Secara amnya, kajian ini tertumpu kepada pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia khususnya kepada mereka yang bergiat aktif dalam menyertai program-
program anjuran JAKSA Kolej Pendeta Za’ba. Pemilihan JAKSA Kolej Pendeta
Za’ba sebagai pemboleh ubah adalah berikutan penulis sendiri pernah turut sama
terlibat dalam gerak kerja serta perlaksanaan program anjuran JAKSA Kolej Pendeta
Za’ba.
Kajian ini dipilih kerana kepimpinan merupakan aspek tertinggi dalam sesuatu
organisasi serta sering dipraktikkan dalam kehidupan seharian samaada sedar
mahupun tidak.
3
4.0 KAEDAH PENYELIDIKAN
Dalam menyiapkan penulisan ini, beberapa kaedah telah diguna pakai oleh penyelidik
bagi menyokong hujah-hujahnya. Pertama adalah kaedah resensi perpustakaan iaitu
buku-buku berkaitan dengan kepimpinan.
Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai fungsi JAKSA itu
sendiri, penulis juga turut menggunakan kaedah atas talian sebagai salah satu medium
untuk mendapatkan informasi tersebut memandangkan masih belum ada lagi hasil
penulisan ilmiah yang khusus mengenai organisasi JAKSA.
Sebagai mengukuhkan lagi penulisan ini, penyelidik memilih untuk melakukan
temu bual bersama mantan Yang di-Pertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi,
JAKSA Kolej Pendeta Za’ba sesi 2008/2009, iaitu Saudara Danny Shahmizi Teh
Ismawi untuk beliau bersama-sama berkongsi pengalaman sepanjang beliau menerajui
organisasi tersebut.
4
5.0 HASIL KAJIAN
5.1 PENDAHULUAN
Bahagian ini diiga bahagian. Bahagian pertama membincangkan mengenai Jawatan
Kuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA) yang mana kajian ini akan mengupas
mengenai sejarah penubuhannya, keanggotaan serta fungsi biro-biro yang berada di
bawah pantauan JAKSA itu sendiri khususnya di Kolej Pendeta Za’ba. Bahagian
kedua pula membincangkan mengenai isu pemimpin. Ianya meliputi definisi, konsep
serta kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin. Pada pandangan
penulis, pemerihalan isu ini secara teori sahaja kurang memberi kesan terhadap
pemahaman pembaca mengenai hubungan JAKSA dan juga aspek kepimpinan yang
diserap di dalamnya. Oleh itu, pada bahagian ketiga penulis akan membincangkan
hasil temu bual bersama tokoh pemimpin JAKSA itu sendiri bagi mendapatkan
gambaran yang lebih jelas berdasarkan pengalaman beliau sendiri.
5.1.1 Penubuhan JAKSA
Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi atau lebih dikenali sebagai JAKSA merupakan
sebuah organisasi berdaftar yang telah ditubuhkan di setiap kolej kediaman Universiti
Kebangsaan Malaysia, UKM dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
(AUKU) pindaan 1975.
Tujuan utama penubuhan Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA)
adalah bagi memudahkan serta menjaga kebajikan mahasiswa serta mahasiswi di
setiap kolej kediaman baik dari segi kemudahan dan prasarana (sumber :
http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html). Disamping itu, JAKSA berperanan
merancang serta mengatur program-program yang dilihat mampu memberi manfaat
serta faedah kepada mahasiswa mahasiswi yang berada dibawah seliaannya.
5
Azlan Abas dalam satu temubual bersama Nik Sukry Ramli bagi ruangan
Varsiti di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 11 Mac 2010 menegaskan bahawa
segala aktiviti yang disertainya seperti sukan, badan beruniform disamping memegang
jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi adalah
sebagai persediaan bagi dirinya untuk menjadi seorang pemimpin yang berkualiti pada
masa akan datang.
5.1.2 Keanggotaan Ahli JAKSA
Terdapat 17 orang JAKSA yang masing-masing memegang port folio berbeza
mengikut fungsi masing-masing. Hanya mereka yang benar-benar aktif serta
menunjukkan komitmen yang tinggi pada sesi sebelumnya sahaja yang akan terpilih
untuk menerajui kepimpinan JAKSA. Pelaksanaan JAKSA dilihat sebagai satu
platform dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang baik dari segi akademik,
proaktif, serta memiliki elemen-elemen tambahan yang diingini oleh seorang majikan
terhadap pekerjanya (Datuk Seri Najib Tun Razak, ucapannya dalam Majlis Penasihat
Pembangunan Kemahiran KBS : 29 Januari 2009).
Mahasiswa di UKM khususnya pelajar-pelajar pascasiswazah tahun 1 dan 2 telah
diwajibkan untuk turut serta dalam merealisasikan program yang akan dianjurkan oleh
para JAKSA di kolej kediaman masing-masing. Tujuannya adalah untuk memberi
pendedahan serta pengalaman mengenai selok belok perjalanan sesebuah organisasi
disamping memberi mereka peluang menguruskan sendiri program sambil dipantau
oleh JAKSA yang bertugas serta beberapa orang felo penasihat.
6
5.2 FUNGSI BIRO-BIRO JAKSA KOLEJ PENDETA ZA’BA
Pada bahagian ini, penulis akan menguraikan kesemua biro-biro yang terdapat di
dalam oraganisasi Jawatan Kuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA) serta fungsi setiap
biro tersebut. Segala informasi ini telah diolah daripada laman web Kolej Pendeta
Za’ba memandangkan masih belum ada kajian ilmiah yang dijalankan secara
mendalam mengenai fungsi biro-biro di bawah Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi
ini.
5.2.1 Biro Yang Dipertua
Yang Dipertua adalah jawatan tertinggi di dalam organisasi JAKSA. Individu yang
memegang jawatan ini berperanan sebagai ketua bagi menyelia perjalanan kesemua 16
JAKSA yang lain. Menurut (sumber : http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html)
Yang Dipertua berperanan sebagai jurucakap serta perantara antara pelajar dan
kakitangan kolej serta universiti dalam membawa masalah-masalah yang dihadapai
oleh pelajar di bawah seliannya.
5.2.2 Biro Naib Yang Dipertua I
Tugas utama Biro Naib Yang Dipertua I (NYDP I) adalah membantu Yang Dipertua
dalam membuat keputusan serta bertindak menggantikan tempat Yang Dipertua
sekiranya beliau tiada di kawasan kolej. Selain itu, Biro NYDP I juga
bertanggungjawab untuk mengadakan Karnival Premier Za’ba (KAPREZA) yang
merupakan acara tahunan di dalam kalendar tahunan Kolej Pendeta Za’ba. Karnival
ini merupakan hari keluarga kolej yang diadakan untuk melatih warga kolej dalam
berorganisasi dan berkomunikasi. Antara tugas terpenting biro NYDP I juga adalah
memantau kesemua biro di dalam JAKSA dan melaporkan sebarang masalah kepada
Yang Dipertua. (sumber : http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html)
7
5.2.3 Biro Naib Yang Dipertua II
Biro Naib Yang Dipertua II merupakan biro yang menitikberatkan pembangunan
mahasiswa mahasiswi baik dari segi fizikal, mental, intelektual mahupun kerohanian.
Biro ini turut berperanan mencungkil bakat dan meningkatkan prestasi mahasiswa
mahasiswi dalam pelbagai bidang terutamanya interaksi antara kaum dan lapisan
masyarakat. Selain itu, biro ini juga bertanggungjawab untuk melahirkan mahasiswa
mahasiswi yang dedikasi, berdikari disamping mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
(sumber : http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html)
5.2.4 Biro Bendahari
Penubuhan Biro Bendahari bermatlamat melatih exco-exco di bawahnya tentang
kemahiran membuat akaun khususnya penyata pendapatan dan kunci kira-kira
(sumber : http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html). Selain itu, biro ini juga
bertindak menyediakan belanjawan untuk aktiviti kolej di samping terlibat dengan
Mesyuarat Majlis Tertinggi JAKSA. Antara program utama yang dirangka oleh biro
ini adalah majlis makan malam kolej disamping membantu program-program yang
dianjurkan oleh JAKSA yang lain.
5.2.5 Biro Kebajikan dan Logistik
Biro Kebajikan dan Logistik diperkenalkan bagi meneruskan usaha
memberi keselesaan dan menjaga kemudahan disamping memastikan ianya berada
dalam keadaan baik untuk digunakan oleh warga Kolej Pendeta Za’ba (sumber :
http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html). Bantuan dan usaha yang berterusan
amatlah diperlukan bagi memastikan aduan-aduan yang diterima dibawa terus kepada
pihak yang bertanggungjawab. Bagi memperlihatkan dan melancarkan usaha ini,
semua pihak diharapkan dapat memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya
bagi memastikan segala kesulitan dapat diatasi.
8
5.2.6 Biro Kerohanian dan Sahsiah
Biro Kerohanian dan Sahsiah ditubuhkan dengan satu hasrat iaitu untuk memelihara
dan memulihara keperibadian dan sahsiah mahasiswa mahasiswi Kolej Pendeta Za’ba
(sumber : http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html). Selain itu, biro ini juga
bermatlamat untuk menjadikan mahasiswa mahasiswi lebih dihormati untuk dijadikan
teladan kepada masyarakat luar. Melalui program dan aktiviti yang dijalankan oleh
Biro Kerohanian dan Sahsiah, diharapkan mahasiwa mahasiswi dapat menjadi
penggerak kemajuan yang berpotensi untuk memajukan Negara di samping memiliki
intelektual dan sahsiah yang tinggi dan memenuhi kehendak modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
5.2.7 Biro Hal Ehwal Siswi
Biro Hal Ehwal Siswi adalah salah satu biro di bawah Jawatankuasa Kebajikan Siswa
Siswi, JAKSA Kolej Pendeta Za’ba selaras dengan tuntutan kerajaan untuk
melahirkan pelajar yang mempunyai integriti dan ketrampilan yang menarik
(Muhyiddin Yassin 2009). Matlamat utama penubuhan biro ini ialah untuk menjaga
kebajikan semua pelajar terutamanya pelajar siswi selain bertindak sebagai orang
tengah untuk para pelajar menyatakan masalah samaada kepada pihak pengurusan,
pembelajaran, peribadi mahupun kewangan untuk sama-sama diselesaikan. Oleh itu,
wajarlah biro ini ditubuhkan untuk menjadi platform dalam usaha membangunkan
sahsiah dan akhlak pelajar siswi yang terpuji.
9
5.2.8 Biro Protokol dan Perhubungan Awam
Protokol dan perhubungan awam adalah penting dalam setiap organisasai. Oleh yang
demikian Biro Protokol dan Perhubungan Awam telah diwujudkan bagi membantu
menlicinkan penganjuran setiap majlis yang dijalankan oleh kolej. Selain itu juga,
penubuhan biro ini adalah untuk memperbaiki ketrampilan diri dan menyemai etika
berperwatakan dalam diri setiap pelajar (Muhyiddin Yassin 2009) Kolej Pendeta
Za’ba. Hal ini kerana seseorang yang mempunyai nilai etiket yang tinggi dianggap
dapat meningkatkan imej seseorang itu. Justeru, menjadi matlamat biro ini untuk
membentuk mahasiswa mahasiswi Kolej Pendeta Za’ba yang beretikat, berpersonaliti,
dan dapat berkominukasi dengan baik (Muhyiddin Yassin 2009).
5.2.9 Biro Keusahawanan dan Korporat
Keusahawanan adalah salah satu bidang yang disyorkan oleh kerajaan kepada
rakyatnya terutama kepada mahasiswa untuk diceburi. Menerusi Dasar Pembangunan
Keusahawanan, kerajaan bermatlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawanan
siswazah yang berkualiti serta mempunyai pemikiran disamping nilai keusahawanan
ke arah mencapai status maju 2020 (Institusi Pengajian Tinggi 2010). Oleh itu, Biro
Keusahawanan dan Korporat telah ditubuhkan bagi menyahut cabaran ini. Dengan
tertubuhnya biro ini, maka penubuhan perniagaan kecil telah dilaksanakan dimana
ianya menjadi titik permulaan kepada mahasiswa mahasiswi menimba pengalaman
dalam bidang perniagaan. Aktiviti seumpama ini selain dapat memenuhi masa lapang
mahasiswa mahasiswi disamping memberi ilmu luar dari sesi kuliah.
5.2.10 Biro Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan
Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ditubuhkan dalam usaha untuk
membangunkan kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia di Kolej Pendeta Za’ba.
Matlamat penubuhannya adalah untuk memupuk dan menerapkan nilai-nilai kesenian
dan kebudayaan dalam kalangan mahasiswa mahasiswi kolej serta mencungkil bakat-
10
bakat baru dalam bidang ini selaras dengan Aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia
yang juga berlandaskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971. Selain itu, biro ini juga
bertanggungjawab menguruskan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian termasuk
tarian, nyanyian, lakonan, seni tampak dan sebagainya. Terdapat beberapa kelab
kebudayaan yang telah ditubuhkan di bawah biro ini. Antaranya, Senandika Tari,
Teater Citra Pujangga, Nasyid Soutul Za’ba, Koir Simfoni Za’ba dan Dikir Barat Seri
Bayu. Bagi mencapai matlamat ini, pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang sesi
2008/2009. Salah satu program utama biro ini adalah Fiesta Warisan Seni Budaya
2009 (FesWaDa ‘09).
5.2.11 Biro Informasi dan Penerbitan
Dunia informasi masa kini kian pesat membangun. Maka, amatlah penting untuk kita
mengikuti perkembangannya. Justeru, matlamat penubuhan biro ini adalah untuk
mendekatkan diri para pelajar dengan dunia teknologi informasi agar para pelajar
lebih bersedia menghadapi dunia siber yang semakin mencabar. Biro ini juga akan
memperkenalkan selok belok dalam penerbitan seperti majalah kolej, buletin dan juga
pembinaan laman web. Di harap agar matlamat biro ini dapat dicapai agar bukan
sahaja dapat melahirkan mahasiswa yang celik teknologi malah seorang yang
mempunyai nilai tambah yang berguna untuk masa hadapan kelak selaras dengan
hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang bersahsiah tinggi juga dapat
dicapai (Muhyiddin Yassin 2009).
5.2.12 Biro Sukan Dan Rekreasi
Biro Sukan Dan Rekreasi ditubuhkan adalah untuk menguruskan aktivti luar
mahasiswa mahasiswi Kolej Pedeta Za’ba. Selaian itu, biro ini menggalakkan
kesemua penduduk kolej untuk menyertai acara sukan dan aktiviti rekreasi yang
dianjurkan oleh kolej mahupun universiti. Disamping meningkatkan semangat
kesukanan, biro ini juga ditubuhkan untuk mencari bakat-bakat baru untuk menyertai
pasukan kolej bagi kejohanan SUKEM (Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia).
11
Diharap dengan penubuhan kelab-kelab ini akan menggalakkan lagi penglibatan
pelajar-pelajar dalam aktiviti kolej bagi menggalakkan pergaulan, persaingan yang
sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak
mengasingkan diri (Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 2010). Berbekalkan
peralatan-peralatan kolej yang serba lengkap, pelajar-pelajar boleh berekreasi dengan
selesa.
5.2.13 Biro Integrasi dan Perpaduan Kaum
Biro Integrasi dan Perpaduan Kaum ditubuhkan dengan tujuan merapatkan hubungan
silaturrahim antara kaum dalam kalangan warga Kolej Pendeta Za’ba, KPZ untuk
mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni. Rentetan dari tujuan ini, pelbagai
program telah dirancang dan telah diadakan antaranya ialah KPZ Charity Show yang
merupakan projek mega untuk biro ini. Pelaksanaan program ini adalah untuk
melahirkan warga Universiti Kebangsaan Malaysia khasnya warga Kolej Pendeta
Za’ba yang mempunyai semangat perpaduan ke arah melahirkan generasi yang saling
bersatu padu, berintegriti seiring dengan hasrat kerajaan dalam mewujudkan
masyarakat penyayang (Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 2010). Selain
itu, program lain yang turut dianjurakan adalah seperti Sambutan Kemerdekaan,
Sambuatan Deepavali dan Kristmas, Sambutan Pesta Ponggal, Pesta Tanglung dan
Angpow juga diadakan dalam usaha mewujudkan semangant perpaduan kaum.
5.2.14 Biro Keselamatan dan Tugas-Tugas Khas
Biro Keselamatan dan Tugas-tugas Khas merupakan salah satu biro yang terdapat
dalam organisasi JAKSA Kolej Pendeta Za’ba. Biro ini berfungsi memantau
kebajikan mahasiswa mahasiswi dari aspek keselamatan. Matlamat penubuhan biro
ini adalah membentuk mahasiswa mahasiswi supaya berkebolehan mencegah insiden-
insiden buruk dari berlaku.
12
5.2.15 Biro Kaunseling dan Khidmat Masyarakat
Biro Kaunseling dan Khidmat Masyarakat merupakan biro baru yang diperkenalkan di
Kolej Pendeta Za’ba. Ia memainkan peranan yang penting bukan sahaja sebagai
kaunselor malah sebagai perantara antara mereka yg mempunyai masalah. Khidmat
masyarakat juga dititik beratkan pada hari ini bagi melahirkan mahasisiwa dan
mahasiswi yang bukan sahaja tertumpu hanya kepada bidang akademik semata-mata
(Muhyiddin Yassin) tetapi khidmat dan sumbangan yang boleh dikongsi kepada
masyarakat luar khususnya.
Selain itu, ia juga penting untuk melatih mahasiswa mahasiswi tentang cara
berorganisasi dan berkomunikasi dengan masyarakat luar di samping mengukuhkan
perhubungan antara golongan intelektual dan masyarakat luar. Pelbagai aktiviti yang
boleh dilakukan oleh biro ini yang melibatkan dua elemen yang penting iaitu
kaunseling dan khidmat masyarakat itu sendiri. Oleh itu ia mampu melahirkan
mahasiswa yang berketrampilan dari pelbagai aspek dan bukan hanya tertumpu
kepada bidang akademik semata-mata (Azlan Abas 2010 ).
5.2.16 Biro Akademik dan Latihan
Pendidikan dan latihan merupakan antara aspek penting dalam mencorakkan
kehidupan seseorang mahasiswa mahasiswi. Oleh hal yang demikian, atas inisiatif
dan kesedaran yang tinggi, Biro Akademik dan Latihan ditubuhkan untuk membantu
mahasiswa mahasiswi dalam bidang akademik dan skil, menyediakan persekitaran
yang selesa untuk belajar dan juga memastikan para pelajar mengimbangkan aspek
akademik dan ko-kurikulum. Melalui program dan aktiviti yang dianjurkan oleh biro
ini, diharapkan hasrat universiti iaitu untuk mengekalkan universiti sebagai pusat
pengajian yang terbaik dalam negara dan di peringkat global dapat dicapai (Aspirasi
2010).
13
5.2.17 Biro Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa
Biro Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa merupakan salah satu biro yang ditubuhkan
bertujuan secara khusus untuk menjalin hubungan baik antara kolej-kolej kediaman di
Universiti Kebangsaan Malaysia disamping mengeratkan lagi hubungan yang sedia
ada. Di samping itu, biro ini juga bertanggungjawab menjalinkan hubungan antara
pihak kolej dangan pihak luar, contohnya para pelajar dari negara–negara lain. Biro
ini juga bertanggungjawab untuk merangka aktiviti–aktiviti yang bercorak
antarabangsa iaitu dalam usaha untuk mengantarabangsakan universiti secara amnya
dan khususnya pihak kolej di persada dunia. Matlamat utama penubuhan Biro Hal
Ehwal Luar dan Antarabangsa adalah untuk mendedahkan warga kolej khususnya
kepada era globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan di samping melatih warga kolej
untuk meluaskan skop pandangan kerja sehingga ke serata dunia. Bergerak di bawah
payung aspirasi, biro ini sentiasa mendukung visi dan misi universiti untuk
menjadikan kolej secara khusus dan universiti secara amnya sebagai salah satu
institusi pendidikan yang terulung di dunia (Aspirasi, 2010).
14
5.3 DEFINISI
Merujuk kepada Kamus Dewan edisi ketiga 1986, istilah pemimpin dapat ditakrifkan
sebagai memimpin. Namun, istilah tersebut terlalu terlalu ringkas untuk menguraikan
konsep serta kriteria seorang pemimpin itu sendiri.
Istilah pemimpin juga dilihat oleh penulis sebagai suatu yang universal, justeru
itu penulis turut mendapatkan beberapa definisi bagi istilah ini dalam bahasa inggeris.
Pemimpin juga disebut “Leader”. Di dalam A modern Dictionary of Sosiology, 1969
ada diterangkan bahawa:
“Leader is a person who occupies a central role or position of dominance
and influence in a group”.
Di dalam naskah karya John Adair yang berjudul Not Bosses But Leaders pada
tahun 1990 pula ada mengatakan:
“they are a great bunch of people. In short, he was beginning to lead the
way to success”
Disamping itu, terdapat beberapa istilah dalam Bahasa Arab serta penulisan
politik Islam yang dapat dikaitkan dengan istilah pemimpin iaitu “al-Khalifah” dan
“Imam”. Menurut Abu Hussain Ahmad Ibn Faris Ibn Zakaria dalam kitabnya
Mu’jam Muqayis al-Lughah, “al-Khalifa” merupakan asalan dari perkataan khalafa
memberi erti ganti . Di dalam konteks kepimpinan, ianya memberi maksud seseorang
yang mengambil alih segala fungsi orang yang sebelum daripadanya bagi
mengendalikan urusan kepimpinan. Setelah kewafatan rasulullah, tugas mengatur
urusan-urusan Musliman digelar khalifah Rasul saw, sebagai contoh khalifah Abu
Bakar, Umar, Usman dan Ali bin Abi Thalib.
Imam dari segi bahasa adalah pemimpin yang kepimpinannya dijadikan
teladan oleh masyarakat tidak kira sama ada ucapan mahupun kehidupan hariannya.
15
Imam tidak hanya terhad kepada kebaikan sahaja, namun imam juga turut
diklasifikasikan sebagai pemimpin yang menyajak pengikutnya kearah kerosakan.
Hal ini telah disebut didalam Al-Quran yang bermaksud:
Dan kami jadikan diantara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi
petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar, dan adalah mereka meyakini
ayat-ayat kami (Surah As-Sajadah : 24).
Dan kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke
neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong (Surah Al-Qashash : 41).
Daripada definisi mengenai pemimpin diatas, dapat disimpulkan bahawa
pemimpin merupakan individu yang memimpin, membimbing serta berperanan untuk
mencorakkan hala tuju negara atau sesebuah organisasi dibawah bidang kuasanya.
Disamping itu pemimpin juga harus bijak dalam menghidupkan komunikasi dua hala
antara pemimpin itu sendiri dengan orang bahawannya
5.4 KONSEP KEPIMPINAN
Konsep kepimpinan menurut ajaran agama Islam adalah begitu jelas dengan turunnya
ayat didalam surah Al-Baqarah ayat ke-30, Allah s.w.t. telah berfirman yang
bermaksud : Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya aku
hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi.
Melalui ayat diatas, jelas bahawa isu kepimpinan telah lama diperkatakan oleh
Allah kepada para malaikat. Ini dapat dilihat dengan lebih lanjut melalui bagaimana
Allah s.w.t. silih berganti mengutuskan para nabi dan rasul sebagai pemimpin kepada
umat manusia agar tidak tersimpang dari jalan yang diredhainya, bermula dari zaman
nabi Allah Adam sehinggalah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
16
5.5 KRITERIA SEORANG PEMIMPIN
Pemimpin adalah mereka yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah swt untuk
memimpin masyarakat dibawah naungannya. Terdapat beberapa kriteria yang perlu
dipandang serius dalam usaha menambah baiki diri seseorang individu tersebut kearah
menjadi seorang pemimpin tidak kiralah pemimpin kepada rakyat sesebuah negara,
pemimpin didalam persatuan, pemimpin kepada sebuah institusi kekeluargaan
mahupun pemimpin kepada diri sendiri. Kepimpinan yang baik boleh dipelajari
setingkat demi setingkat (John C. Maxwell 1990: 11). Disini penulis menerangkan
dengan lebih lanjut berkenaan kriteria-kriteria tersebut antaranya adalah
bertanggungjawab. Menurut Yusuf Al-Qardhawi 2010, tanggungjawab adalah kadar
kekuasaan serta kemampuan. Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa beban yang
terpaksa dipikul oleh seorang pemimpin amatlah besar dan seringkali dipandang sinis
oleh segelintir masyarakat dan ada juga yang menyalah tafsirkannya.
Antara kriteria sebagai seorang pemimpin adalah kemahiran berkomunikasi.
Komunikasi memainkan peranan yang amat penting khususnya dalam menyalurkan
maklumat. Sebagai seorang pemimpin, mereka harus mengawasi segala tingkah laku
dan percakapan mereka kerana juga merupakan ikon kepada khayak umum. Mereka
perlu memahami kepentingan komunikasi ini kerana melauinya masyarakat dapat
menggambarkan peribadi pemimpin mereka tersebut. Menurut Lukman Ahmad,
ucapan yang lembut,bernas dan mudah difahami mampu menusuk ke hati dan juga
akal malah ia mampu menggambarkan peribadi seseorang.
Seterusnya, seorang pemimpin juga harus melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan. Ini merupakan asas bagi seseorang ataupun sesuatu bangsa itu untuk
mencapai kemajuan dari segala bidang yang dipelopori. Tidak mungkin kemajuan
akan dikecapi oleh sesuatu bangsa sekiranya tampuk kepimpinannya diterajui oleh
individu cetek ilmu pengetahuannya. Ini terbukti dengan bangkitnya Kerajaan Mesir
Kuno, Kerajaan Romania serta Kerajaan Parsi suatu masa dahulu, yang mana mereka
telah ditadbir oleh pemimpin yang amat menitik beratkan ilmu pengetahuan.
17
Seorang pemimpin juga perlulah amanah dalam menjalankan tugas yang telah
diberikan kepada mereka. Ini kerana ramai pemimpin masa kini yan telah
menyalahgunakan kuasa yang telah diperuntukkan kepada mereka. Larangan tentang
pengharaman mengambil peluang daripada jawatan pemimpin ini jelas disebut di
dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud,
Apabila umat ku melakukan lima belas perkara harus turunnya bala ke atas
mereka......(Antaranya ialah) apabila harta negara berpusing (di kalangan orang
kaya dan pembesar), amanah dinggap satu peluang harta
(Hadis Riwayat Tarmizi)
Menurut Hukum Pengaruh (The Law of Influence) di dalam buku The 21
Irrefutable Laws of Leadership telah menerangkan bahawa “Pemimpin sebenar adalah
pemimpin yang berpengaruh- tidak lebih dan tidak kurang”. Kenyataan ini turut
disokong dengan hujah dari John Adair, 1990 di dalam bukunya Not Bosses But
Leaders beliau berkata:
“There are perhaps three kinds of authority in leadership. There is the
authority of position or rank; there is the authority of knowledge; and the
authority of personality”
18
5.6 TEMU BUAL BERSAMA MANTAN YDP JAKSA
Penulis telah melakukan temu bual bersama Saudara Danny Shahmizi Teh Ismawi.
Beliau merupakan mantan Yang di-Pertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi,
Kolej Pendeta Za’ba bagi sesi 2008/2009. Beliau juga merupakan pelajar tahun akhir
Sains Politik di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM bakal bergraduasi pada
bulan Ogos tahun ini. Melalui hasil temu bual ini penulis telah mengutarakan
beberapa soalan berkaitan kriteria serta tugas seorang pemimpin, Jawatankuasa
Kebajiakan Siswa Siswi (JAKSA) dan juga sejauh saranan beliau kepada pihak
berwajib bagi membantu menambah baik organisasi tersebut.
Saudara Danny telah mendifinisikan kepimpinan itu sebagai sesuatu yang
berubah mengikut keadaan. Tambahnya lagi, seorang pemimpin harus mempunyai
matlamat yang ingin dicapai disamping harus mengambil berat akan kebajikan
pengikutnya supaya dua perkara dapat dilaksanakan dalam masa yang sama, iaitu
kebajikan pengikut terjamin dan matlamatnya tercapai. Sekiranya kedua perkara ini
dapat dicapai atau mungkin juga dijaga, seseorang itu boleh dianggap sebagai
pemimpin yang unggul.
Seterusnya, beliau turut menyatakan bahawa keunggulan seorang pemimpin
terletak pada dua aspek iaitu matlamat dan juga pengikutnya. Ketika menjadi YDP
JAKSA, beliau telah meletakkan satu harapan iaitu untuk menaikkan nama kolej
menerusi penganjuran program. Beliau telah meletakkan program-program kolej
sebagai medium untuk menonjolkan Kolej Pendeta Za’ba supaya setanding dengan
kolej-kolej yang lebih senior. Dalam pada masa yang sama, beliau turut mengambil
kesempatan diatas kapasiti penghuni kolej tersebut yang ramai. Dengan
menggembleng sebanyak mungkin tenaga, beliau akan memastikan setiap program
anjuran kolej Pendeta Za’ba akan berjaya. Bagi beliau, kejayaan program-program
tersebut adalah terletak pada dua aspek yakni kejayaan pada program itu sendiri dan
juga kejayaan dalam mendidik anak buah menjadi pemimpin. Di kolej, selain
memberi pendedahan ‘bagaimana menganjurkan sebuah program’, beliau juga turut
memastikan bahawa pada penghujung hari, mereka harus tahu bagaimana ingin
membuat keputusan dan menjadi multi-tasking.
19
Beliau turut menambah bahawa didalam setiap penganjuran program, beliau
akan belajar teknik untuk berinteraksi, membuat keputusan serta memimpin pelbagai
lapisan pemikiran. Manurutnya, ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan,
tetapi sama sekali tidak mustahil untuk dilakukan. Beliau turut mengakui bahawa,
melalui JAKSA beliau telah memperbaiki kemahirannya dalam berkomunikasi.
Perbincangan yang tidak selalu skema sewaktu bersama rakan sebaya namun tetap
menampilkan imej sebagai pemimpin kepada mereka. Di kalangan pegawai pula,
beliau akan cuba untuk menonjolkan diri serta cuba mewujudkan win-win situation
agar cadangan dari kedua-dua belah pihak akan dapat diterima.
Sebagai pelajar tahun akhir di bidang Sains Politik, beliau turut menyangkal
pendapat bahawa kepimpinan itu suatu warisan yang dapat diperturunkan dari
generasi ke generasi yang lain kerana pada pengamatan beliau ianya lebih menjurus
kepada pengaruh yang diwariskan. Hal ini ditegaskan beliau menerusi contoh
pemimpin tanah air seperti Datuk Mokhzani, Datuk Mukhirz, Lim Guan Eng serta
Datuk Seri Najib yang masing-masingnya berasal dari latar belakang keluarga yang
berpengaruh. Namun, kepimpinan bagi beliau kepimpinan adalah satu bentuk
kemahiran yang perlu diasah kerana kejayaan seseorang pemimpin itu adalah
berdasarkan dirinya sendiri dan faktor-faktor lain hanyalah sebagai penyokong serta
penguat sahaja. Apa yang penting adalah individu itu sendiri.
20
5.7 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN
Daripada apa yang telah dinyatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat
hubung kait kerelevan kewujudan organisasi JAKSA di setiap kolej-kolej kediaman
UKM sebagai suatu medium kepimpinan dalam usaha melahirkan pemimpin di masa
hadapan. Berdasarkan hasil kajian hasil temu bual bersama tokoh pemimpin didalam
Jawatan Kuasa Kebajikan Siswa Siswi ini dan juga pengalaman penulis selama
setahun mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkannya, dapatlah dirumuskan bahawa
JAKSA adalah sebuah organisasi yang memainkan peranan yang besar dalam
melahirkan mahasiswa mahasiswi cemerlang bukan sahaja dari segi akademiknya
bahkan dari segi kepimpinannya juga. Pada pendapat penulis, JAKSA wajar
diteruskan kerana melalui JAKSA, suara pelajar dapat disampaikan kepada PMUKM
yang berperanan membawa segala masalah berkaitan pelajar kepada pihak atasan iaini
pengurusan universiti sendiri. Selain itu, terdapat pelbagai elemen yang terdapat
didalam organisasi JAKSA ini yang dapat dijadikan sebagai permulaan ataupun
landasan untuk mahasiswa mahasiswi belajar untuk dipimpin serta memimpin.
Semulia-mulia pemimpin adalah mereka yang bangkit dari kejatuhan dan belajar
dari kesilapan silam. Adalah lebih indah jika mereka yang berjaya diangkat menjadi
pemimpin itu adalah mereka yang dari peringkat bahawan bukan pula dikalangan
pengampu, pembodek dan mendapatkan jawatan dari “orang dalam”. Pemimpin harus
bersama pengikut dalam apa sekalipun keadaan dan meletakkan diri saling
melengkapi antara satu sama lain.
6.0 CADANGAN
Daripada hasil kajian ini, jelas menunjukkan hubungan antara kepimpinan dan
juga Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA) itu sendiri sebagai suatu medium
perantara antara pelajar dan juga pihak pentadbiran universiti khususnya Universiti
Kebangsaan Malaysia, UKM. Dapat dirumuskan bahawa JAKSA wajar dipelihara
demi membela suara pelajar, khususnya di peringkat bahawan. Akhir sekali, penulis
ingin menyarankan agar suatu kajian yang lebih lanjut wajar dilaksanakan oleh pihak
21
yang berkenaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi, KPT bersama-sama pihak
pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia dalam usaha menambah baik isi
kandungan serta modul perjalanan organisasi ini. Selain itu, penambahan peruntukan
kewangan wajar diberi perhatian memandangkan masalah utama yang dihadapi oleh
organisasi ini adalah faktor kekangan kewangan. Seterusnya, penulis juga
menyarankan agar diadakan sesi dialog antara pihak pengurusan universiti,
Kementerian Pengajian Tinggi, barisan kepimpinan JAKSA yang lepas bersama-sama
dengan exco tertinggi JAKSA masa kini supaya komunikasi dua hala dapat
diwujudkan. Sesungguhnya mahasiswa mahasiswi hari ini adalah pencorak kepada
kepimpinan negara di masa hadapan.
7.0 PENUTUP
Kertas Kerja ini telah membincangkan tentang sejauh manakah kewajaran kewujudan
organisasi Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA) di kolej kediaman
Universiti Kebangsaan Malaysia, Ukm dalam melahirkan mahasiswa mahasiswi yang
berketerampilan dari aspek kepimpinan. Selain itu, kajian juga telah dijalankan
dengan melihat aspek fungsi setiap biro-biro di bawah pantauan JAKSA itu sendiri
disamping mengkaji permasalahan yang terdapat di dalam organisasi ini. Sebagai
kesimpulan, mahasiswa mahasiswi hari ini adalah bakal pemimpin yang bakal
memegang tampuk kepimpinan negara. Tanpa mahasiswa yang berpendidikan dan
berpengalaman dalam pengurusan organisasi, sesuatu kepimpinan itu tidak mungkin
akan berjaya.
22
SENARAI RUJUKAN
Abu Hussain Ahmad Ibn Faris Ibn Zakaria, t.th. Mu’jam Muqayis al-Lughah. 2 jil.
Tahqiq ‘Abdul Alam Muhammad Harun : dar al-Fikr.
Adair, John. 1990. Not Bosses But Leaders. London : Kogan page Limited.
Maxwell, J.C. 2009. Pemimpin 360-darjah. Terj.Hasnah Muhammad Daud.
Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
Al-Quran, 2005. Al-Baqarah, 2:30. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan.
Kuala Lumpur: Ar-Risalah Product Sdn. Bhd.
Aspirasi, 2010. 40 Tahun... UKM. (atas talian) http://aspirasi-
ukm.blogspot.com/2010/04/40-tahunukm.html (21/06/2010)
Azlan Abas, 2010. Personaliti IPT: Jejaka berdisplin (atas talian)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PersonalitiIPT_Jejakaberdisplin/
Article/index (20/06/2010)
Dasar Kebudayaan Kebangsaan, 1971. Strategi (atas talian)
Kebudayaanhttp://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/DASAR/DASAR%20KEBUD
AYAAN%20KEBANGSAAN%201.pdf (21/06/2010)
George Theodorson Achilles G. Theodorson, 1969. A Modern Dictionary of
Sociology. Hlm 227. New York : Thomas Y. Crowell and Company.
Institusi Pengajian Tinggi, 2010. Dasar Pembangunan Keusahawanan (atas talian)
http://www.portal.mohe.gov.my/portal/page/portal/ExtPortal/MOHE_MAIN_P
AGE/NEWSEVENTS/publication/dasar_pbgn_keusahawanan_ipt.pdf
(21 /06/2010)
23
Kemanterian Belia dan Sukan, 2009. Ucapan Perdana Menteri Malaysia (atas talian)
http://www.kbs.gov.my/index3_eng.php?f=&interwar=detail&serialno=26
(29/01/2009)
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 2010. Dasar : Falsafah Sukan
(atas talian) http://www.kkbs.gov.bn/html/dasar_sukan_01.htm (21/06/2010)
Kolej Pendeta Za’ba, 2009. BIRO : BIRO-BIRO DI KOLEJ PENDETA ZA’BA
(atas talian) http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html (20/06/2010)
Kolej Pendeta Za’ba, 2009. JAKSA : JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I
KOLEJ PENDETA ZA'BA (atas talian)
http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/jaksa.html (20/06/2010)
Muhyiddin Yassin, 2009. Amanat Timbalan Perdana Menteri Malaysia (atas talian)
http://www.pkkt.edu.my/j159/fail/Hala%20Tuju%20Transformasi%20Politekni
k.pdf (21/06/2010)
Teuku Iskandar, 1986. Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur : cetakan ke-3 hlm. 890.
Yusuf Al-Qardhawi, 2010. Di manakah kesilapan kita?. Johor : PERNIAGAAN
JAHABERSA..
Zaharuddin Mohammad, 2006. Kemelut Kenaikan Harga Minyak : Kenapa Kita Tidak
Kembali Kepada Islam?. Selangor : Angkatan Edaran Enterprise.
24
LAMPIRAN
Berikut merupakan temu bual bersama Saudara Danny Shahmizi Teh Ismawi, mantan
Yang di-Pertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi, Kolej Pendeta Za’ba sesi
2008/2009 berhubung dengan kertas kerja yang bertajuk “JAKSA : suatu medium
kepimpinan”.
MA : Muhammad Akram
DS : Danny Shahmizi
MA: Pada pendapat saudara, apakah yang dapat saudara tafsirkan berkenaan
definisi ‘pemimpin’?
DS: Sering kali apabila membincangkan mengenai kepimpinan, ramai yang gemar
membincangkan dari satu aspek atau sudut pandang, dalam erti kata lain berpegang
pada satu konsep. Begitu juga apabila soalan ini diajukan, saya rasakan ianya satu
bentuk streotaip dalam melihat trend kepimpinan atau melihat etika pemimpin. Bagi
saya tidak perlu ada apa-apa istilah, teori atau konsep dalam melihat ciri-ciri seorang
pemimpin. Tidak perlu untuk dibeza-bezakan kerana kepimpinan itu bukan sesuatu
yang statik, tetapi ianya berubah mengikut keadaan. Cukup bagi kita memahami
fungsi sebenar seorang pemimpin iaitu; matlamat dan juga pengikutnya. Seorang
pemimpin harus mempunyai matlamat untuk ditujui atau dicapai. Di sebelah tangan
lagi, pemimpin itu harus mengambil berat akan pengikutnya supaya dua perkara dapat
dilaksanakan dalam masa yang sama, iaitu kebajikan pengikut terjamin dan
matlamatnya tercapai. Andai kedua perkara ini dapat dicapai atau mungkin juga
dijaga, seseorang itu boleh dianggap sebagai pemimpin yang unggul.
MA: Berdasarkan pengalaman saudara sebagai Yang Dipertua JAKSA, apakah
yang saudara dapat huraikan berkenaan tajuk diatas?
DS: Suka untuk saya ingatkan bahawa keunggulan seorang pemimpin bagi saya
adalah pada dua aspek iaitu matlamat dan juga pengikutnya. Ketika menjadi YDP
JAKSA, saya meletakkan satu harapan iaitu untuk menaikkan nama kolej menerusi
penganjuran program. Saya meletakkan program-program kolej sebagai medium
untuk menonjolkan Kolej Pendeta Za’ba supaya setanding dengan kolej-kolej yang
25
lebih senior. Dalam pada masa yang sama, saya mengambil kesempatan diatas
kapasiti penghuni kolej ini yang ramai. Dengan menggembleng sebanyak mungkin
tenaga, saya pastikan ianya boleh menjayakan penganjuran program di kolej.
Kejayaan program-program di kolej bagi saya adalah pada dua aspek yakni kejayaan
pada program itu sendiri dan juga kejayaan dalam mendidik anak buah menjadi
pemimpin. Di kolej, selain memberi pendedahan ‘bagaimana menganjurkan sebuah
program’, saya memastikan bahawa pada penghujung hari, mereka tahu bagaimana
membuat keputusan dan menjadi multi-tasking.
MA: Salah satu kriteria sebagai seorang pemimpin adalah mampu
berkomunikasi dengan baik samaada dengan orang bawahan, rakan sekerja
mahupun orang atasan. Adakah saudara lihat program-program anjuran
JAKSA ini mampu menambah baikkan kemahiran berkomunikasi dikalangan
ahlinya? Jika ‘ya’ sila nyatakan contoh-contohnya.
DS: Bagi saya apabila membincangkan mengenai peningkatan atau pengurangan suatu
aspek, ianya sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri. Secara jujurnya, saya
lahir daripada penganjuran program-program. Bukan sekadar di peringkat universiti,
malah seawal di bangku sekolah. Didalam penganjuran setiap program, saya belajar
untuk berinteraksi, membuat keputusan serta memimpin pelbagai lapisan pemikiran.
Saya akur, ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan, tetapi sama sekali tidak
mustahil untuk dilakukan. Ketika menjadi JAKSA, saya berani kata saya telah
perbaiki kemahiran berkomunikasi saya. Dengan rakan-rakan sebaya, saya tahu
bagaimana untuk membincangkan sesutau perkara supaya tidak nampak terlalu skema
dan juga bertindak sebagai seorang pemimpin. Di kalangan pegawai, saya belajar
untuk menonjolkan diri dan memastikan wujud win-win situation supaya cadangan
kedua belah pihak diterima. Aspek paling penting dalam kepimpinan saya selain anak
buah saya seramai 18 orang, adalah adik-adik junior saya. Berkomunikasi bersama
mereka memerlukan kesabaran kerana karenah mereka yang pelbagai. Saya tanam di
dalam hati saya, bahawa mereka ini bukan junior saya, tetapi mereka ini adik-adik
saya. Oleh sebab itu, saya lebih senang untuk didekati. Satu fakta yang saya tidak
boleh nafikan sehingga saya dilabel sebagai ‘terlalu manjakan junior’. Menjadi
JAKSA mengajar saya bertindak berdasarkan situasi dan tidak lari daripada standard
of procedure. Mengambil kira pelbagai aspek sebelum membuat keputusan sahaja
26
tidak penting, tetapi bagaimana menyampaikan serta memahamkan kepada khalayak
adalah lebih utama.
MA: Ramai pemimpin-pemimpin negara, UMNO khususnya merupakan mereka
yang mewarisi usaha yang telah dijalankan oleh ayahanda meraka. YAB Dato'
Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak, Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir
Mohamad, dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein adalah antara mereka
yang berjaya melakar nama setaraf bapa mereka, namun ada juga yang
kecundang dalam merintis jalan menaiki kerusi kepimpinan negara seperti
Taufik Tun Dr. Ismail dan Tamrin Ghafar Baba. Persoalannya, adakah saudara
melihat kepimpinan adalah suatu yang dapat diwariskan atau ianya adalah satu
bentuk kemahiran yang perlu diasah dan digilap?
DS: Baik-baik, sekali dua soalan yang diajukan disini. Saya jawab yang pertama
dahulu iaitu berkenaan pewarisan. Pada pendapat saya, kepimpinan tidak diwarisi dan
juga diturunkan. Andai dilihat pada ketiga pemimpin yang disebutkan sebentar tadi,
bagi saya hanyalah antara faktor yang mencetuskannya. Jika dilihat pada kepimpinan
Pak Lah, bapanya Ahmad Badawi merupakan antara tokoh penting dalam penubuhan
Parti Perikatan. Tapi jika dilihat pada kepimpinan Pak Lah, ianya tidak mencerminkan
bapanya. Lihat pula pada DS Najib, kepimpinannya setakat ini menampakkan
usahanya untuk menyatupadukan rakyat. Tapi jika dibandingkan dengan Tun Abdul
Razak, harus kita ingat akan peristiwa 13 Mei di mana ianya berlaku ketika
kepimpinan beliau. Datuk Mokhzani serta Datuk Mukhirz juga tidak selantang
bapanya Tun Dr Mahathir. Bisa serta sengat tidak mungkit dapat setanding malah
berani saya katakan, tidak ada kesan langsung pada lanskap politik Malaysia. Kita
lihat pula di pihak pembangkang, Kejayaan Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri
Pulau Pinang adalah kerana pengaruh bapanya, Lim Kit Siang. Kejayaan Nurul Izzah
dalam merampas kerusi Lembah Pantai adalah kerana pengaruh bapanya, DS Anwar
Ibrahim. Hal ini jelas menunjukkan bukan atas faktor ianya diwarisi. Tetapi ianya
adalah berikutan faktor pengaruh yang diwariskan. Saya tidak begitu pasti dengan
Taufik serta Tamrin malah tidak pernah mendengar mengenai mereka. Tetapi
mugkinkah wujud satu situasi di mana mereka ini tidak minat dalam berpolitik, atau
mereka tidak melihat politik sebagai medium untuk meningkatkan kepimpinan.
27
Mungkin ini yang harus kita pertimbangkan sebelum melabel mereka sebagai
‘kecundang’ seperti mana yang diungkapkan sebentar tadi.
Menjawab kepada persolan kedua yakni patutkah ianya digilap atau diasah. Andai
ianya satu bentuk kemahiran, maka wajarlah kita mengasahkannya. Tidak mungkin
dan tidak mustahil usaha yang diletakkan, tidak akan membuahkan kejayaan. Tun Dr.
Mahathir pernah dibuang dari UMNO kerana kelantangannya yang boleh saya katakan
‘pemimpin tidak bertempat’. Tetapi kemudian apabila beliau ingin meletakkan
jawatan setelah berkhidmat 22 tahun, air mata rakyat menyambut keputusannya.
Bukankah itu satu perubahan yakni setelah diasah? DS Najib bermula dengan seorang
ADUN Pekan dan kemudian diangkat menjadi MB Pahang dengan hanya pengalaman
selama satu penggal. Hari ini beliau menjadi Perdana Menteri. Bukankah itu satu
usaha menggilap serta mengasah?? Sudah pasti ya. Kejayaan seorang pemimpin
adalah berdasarkan dirinya sendiri. Faktor-faktor lain hanyalah penyokong serta
penguat. Apa yang penting adalah individu itu sendiri..
MA : Saudara berpendapat bahawa kepimpinan bukanlah warisan yang dapat
diperturunkan dari generasi ke satu generasi yang lain, namun ianya adalah
suatu proses pembelajaran yang dapat diperbaiki dari masa ke semasa.
Persoalannya, apakah kriteria-kriteria yang amat diperlukan untuk menjadi
seorang pemimpin tersebut dan bagaimanakah saudara memberi pengajaran
tersebut sewaktu berkhidmat di dalam JAKSA?
DA : Soalan yang bagus. Istilah ‘turun padang’ kerap kali digunakan oleh individu-
individu yang bergelar pemimpin. Baik mereka itu ahli politik, pemimpin pelajar dan
macam-macam lagi. Tapi seperti kebiasaannya, ramai yang suka menggunakan istilah
tanpa mempraktikkannya. Menggunakan istilah tetapi tidak tahu apa yang sepatutnya.
Turun padang itu bukan istilah untuk menunjukkan atau membuktikan bahawa
pemimpin itu turrun melihat bagaimana keadaan yang sebenar tanpa melalui orang
tengah. Turun padang bukan untuk membuktikan bahawa pemimpin itu berjiwa
rakyat. Tetapi makana sebenar turun padang itu adalah merasai dan memahami
dengan sendiri apa yang dimahukan serta diperlukan. Perkara ini yang selalu
ditafsirkan apabila pemimpin kerap kali dan sehingga kini menjadi simbolik semata-
mata. Ingat kembali apa yang telah saya terangkan di atas, pemimpin otu dilihat pada
28
dua aspek yakni matlamat dan juga pengikutnya. Andai pemimpin itu pemimpin
simbolik, apa guna dua aspek tersebut?? Bergerakkah?? Atau berjayakah dengan
pemimpin sebegitu. Apabila ingin menjadi pemimpin, seelok-eloknya mereka yang
berasal dari bawah, yang mendaki hingga mengecapi kejayaan. Bukan dikalangan
pengampu, pembodek dan mandapat jawatan dari orang dalam. Pemimpin harus
bersama pengikut dalam apa sekalipun keadaan dan meletakkan diri saling
melengkapi antara satu sama lain. Andai rumah yang ingin dibina, maka sama-sama
menukang. Andai cahaya untuk menerangi yang diinginkan, maka sama-samalah
mencari wayar dan punca elektrik. Ya, saya akui ramai yang akan mempertikaikan
bahawa pemimpin tidak perlu sebegitu. Tidak dinafikan malah saya kerap kali
dipandang serong kerana tidak menjaga ‘darjat’ saya kononnya. Tetapi apakah perlu
kita mendengar pandangan yang bersifat negatif? Kejayaan seorang pemimpin itu
adalah hasil kejayaan pengikutnya. Andai wujud mulut-mulut yang mengata, anggap
sahaja mereka itu cabaran dalam mendidik dan mengecapi kejayaan.
MA : Adakah saudara merasakan program-program yang dianjurkan oleh
JAKSA ini mampu mendidik mahasiswa mahasiswi secara amnya, dapatkah
saudara terangkan mengenai tugas-tugas seorang pemimpin yang dapat saudara
terangkan melalui kacamata seorang Yang Dipertua JAKSA?
DA :Soalan ini seolah-olah mempertikaikan apa yang telah saya lakukan selama
setahun lamanya. Bagi saya sudah pasti program anjuran JAKSA itu berguna dan
sudah pasti berfaedah. Tetapi jangan sesekali melupakan perkara pokok yakni tujuan
utama kita memasuki universiti adalah untuk dianugerahkan segulung ijazah kelak.
Ramai yang suka menggunakan alasan bahawa kelas padat dan kursus terlalu sukar
untuk difahami lantas tidak join program anjuran JAKSA. Program anjuran JAKSA
adalah gabungan antara teori dan juga praktik. Secara jujurnya, di Kolej Pendeta
Za’ba, kami mengajar bagaimana menganjurkan sesuatu program dan tidak sama
sekali menjadikan pelajar-pelajar sebagai buruh kasar. Setiap arahan yang diberikan
berasas dan dijelaskan mengapa dan mengapa. Ianya tidak membuta tuli. JAKSA
faham bahawa di peringkat mereka, mereka seharusnya mendidik dan bukannya
mengarah. Bagi memastikan pelajar-pelajar junior terutamanya, mampu untuk
mengajar batch yang seterusnya. Ini adalah didikan yang dilakukan di Kolej Pendeta
29
Za’ba. Sekali lagi secara jujurnya, saya tidak pasti adakah konsep ini turut diamalkan
di kolej-kolej kediaman lain.
MA : Adakah saudara rasa JAKSA memainkan fungsi yang penting sebagai
medium kepimpinan di UKM? Dan apakah yang dapat saudara gambarkan
sekiranya organisasi ini terpaksa dihapuskan kelak?
Saya bawakan analogi iaitu teori dalam kursus saya. Ambil Malaysia sebagai bahan
uji kaji. Sistem kerajaan sebagai pertaruhan. Sistem unitari dan sistem persekutuan
sebagai pemboleh ubah. Andai dahulu pada 1946 Malaysia menerima Malayan Union
iaitu sistem unitari, maka hari ini Malaysia hari ini hanya mempunyai seorang
Presiden. Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri, Menteri Besar dan Ketua
Menteri bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak akan wujud. Maka apa
implikasinya?? Pertama sekali, kuantiti pemimpin yang dihasilkan adalah sedikit.
Kedua, idea-idea atau polisi kerajaaan adalah terhad. Ketiga, kemungkinan untuk adat
setempat itu untuk kekal adalah rendah. Mengapa jadi begini? Kerana apabila kita
memfokuskan kuasa atau proses pembuatan keputusan kepada badan yang kecil, maka
inilah yang akan terjadi, tidak wujud variasi dan pilihan. Begitu juga peranan JAKSA
dalam pentadbiran UKM. Mampukah PMUKM menggalas tanggungjawab di setiap
kolej?? Mampukah PMUKM ‘merendahkan darjat’ bertemu dengan pelajar-pelajar??
Mampukah PMUKM membuang ego untuk duduk berbincang bersama?? Atau
PMUKM hanya sekadar pemimpin bagi Pentadbir tetapi tidak mesra pelajar?? Inilah
fungsi JAKSA yang sebenar. Kami di JAKSA akan mempertahankan hak-hak serta
menyuarakan kepada PMUKM. Andai suara kami diabaikan, maka akan menyusul-lah
segala memorandum serta surat bantahan. Hapuskan JAKSA bererti membantutkan
proses melahirkan pemimpin. Hapuskan JAKSA bererti UKM akan gagal melahirkan
graduan yang hebat. Saya berani jamin dalam hal ini.
MA : Akhir sekali, pada pandangan saudara, apakah usaha yang wajar diberi
perhatian oleh pihak universiti serta Kementerian Pengajian Tinggi agar
organisasi ini dapat membimbing melahirkan mahasiswa mahasiswi yang bukan
sahaja cemerlang dari segi akademik bahkan gemilang di arena kepimpinan
dimasa hadapan?
30
Dalam melihat kepada soalan ini, perkara paling utama yang saya rasakan adalah
wajar adalah peruntukan baik dari pihak UKM dan juga KPT. Wang sentiasa menjadi
masalah serta halangan kepada setiap penganjuran program. Kekangan ini
menyebabkan pengikut tidak mahu turut serta kerana tidak berminat untuk mencari
dana lantaskan menggagalkan proses didikan. Wang banyak dihabiskan dalam
mempromosikan nama universiti dan juga oleh Kementerian yang seolah-olah
membuat kerja. Tidak perlu.. Serahkan kepada kami. Biar kami yang membawa nama
UKM keluar dari tempatnya. Biar kami harumkan KPT mengatasi kementerian-
kementerian yang lain. Tipu andai kami tidak mampu melakukannya. Pegawai
seharusnya membantu menjayakan. Turut serta. Tetapi jangan sesekali campur tangan
proses gerak kerja. Kami yang berdarah muda faham akan apa yang diperlukan rakan-
rakan kami diluar. Kami darah muda yang penuh dengan keegoan ada sifat untuk
sentiasa berjaya lantas meletakkan kejayaan sebagai matlamat. Kami tahu apa yang
kami lakukan, UKM dan KPT harus lebih fleksibel dalam perkara ini.