Download - KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Kesedaran Nasionalisme 1942 Malayan Union 1946 Persekutuan Tanah Melayu 1948 Kemerdekaan Tanah Melayu
KESEDARAN NASIONALISME 1942
1. Golongan Berpendidikan Agama Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, terdapat
ramai penuntut Melayu yang telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azahar, Mesir
Pengaruh daripada Gerakan Timur Tengah yang diperkenalkan oleh Sheikh Muhammad Abduh
Gerakan Wahabi --- Modenisme Islam Pengikut gerakan seperti Mohd. Tahir Jalaludin, Syed
Sheikh Ahmad Al-Hadi, Haji Abbas Taha & Sheikh Mohd Salim A.Khalali
Medium perantaraan untuk sebarkan idea dan pemikiran baru Islam adalah melalui penerbitan Majalah Al-Imam.
Majalah ini menyiarkan rencana dan tulisan yang bertujuan menyedarkan orang-orang Melayu dan mengesyorkan cara-cara untuk mengatasi kemunduran orang Melayu
Mereka yang menerima fahaman Muhammad Abduh digelar Kaum Muda
Bagi mereka yang berpegang teguh kepada ajaran Islam lama digelar Kaum Tua
Golongan Kaum Muda sering bercanggah pendapat dengan Kaum Tua
Pengaruh Kaum Tua tidak dapat berkembang di Negeri Melayu kerana pengaruh Kaum Tua masih kukuh dan berkuasa dalam Majlis Agama Islam setiap negeri Melayu
Kaum Muda hanya berjaya sebarkan di Negeri Selat sahaja Bagi meluaskan pengaruh, Kaum Muda telah mendirikan
sekolah-sekolah, cthnya: Madrasah Al-Masyhur (P.Pinang), Madrasah Al-Hadi (Melaka) & Madrasah Al-Iqbal (Singapura)
Samb…………KESEDARAN NASIONALISME 1942
2. Golongan Berpendidikan Melayu Terdiri daripada golongan elit Melayu Kesan dari sistem pendidikan sekular Inggeris, terdapat satu
kelas elit Melayu yang dianggotai oleh guru-guru yang berkelulusan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
MPSI melahirkan ramai nasionalis Melayu antaranya Ibrahim Yaakub, Harun Aminurrashid, Isa Mahmud
Pada tahun 1929/1930, golongan elit Melayu menubuhkan Ikatan Pemuda Pelajar, kesan dari pengaruh dan perjuangan Parti Nasional Indonesia oleh Sukarno
1938, Ibrahim Yaakub telah mewujudkan Kesatuan Melayu Muda bertujuan melindungi hak-hak orang Melayu dan menentang penjajahan Inggeris
KMM adalah parti poltik Melayu radikal yang juga berhasrat menyatukan Tanah Melayu dgn Indonesia di bawah Panji Melayu-Raya
Samb…………KESEDARAN NASIONALISME 1942
3. Golongan Berpendidikan Inggeris Golongan ini mendapat pendidikan di sekolah-sekolah
Inggeris di Negeri Selat Golongan ini menyedari bahawa dasar Inggeris di
Tanah Melayu telah membawa orang-orang Melayu jauh ketinggalan di dalam serba serbi terutamanya dalam bidang ekonomi
Nasionalis pada tahap ini adalah Eunos Abdullah yang telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) pada tahun 1926
KMS bertujuan untuk menggalakkan orang Melayu menceburkan diri dalam bidang pentadbiran dan politik, memperjuangkan nasib orang Melayu, membantu anak Melayu mendapatkan pendidikan akademik dan teknikal yang lebih tinggi
KMS juga mendesak kerajaan Inggeris memberi biasiswa kepada anak Melayu
Hasil dari perjuangan KMS, Inggeris telah memperuntukkan sebuah kawasan di Singapura bagi mendirikan sekolah pertukangan untuk pelajar-pelajar Melayu
Perjuangan KMS ini telah mendorong pemimpin-pemimpin Melayu di negeri-negeri lain utnuk menubuhkan Kesatuan Melayu di negeri masing-masing seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Melaka, Kesatuan Melayu Selangor
Perjuangan ketiga-tiga golongan ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu
Semangat nasionalisme menjadi lebih aktif dan semakin kukuh setelah Jepun berundur dari Tanah Melayu pada Ogos 1945
NASIONALISME CINA & INDIA
KAUM CINA
Pergolakan politik di negara China Gerakan Pembaharuan di negara China sendiri - tujuan
membawa pemodenan kepada China Gerakan Revolusioner wujud berikutan masyarakat
negara China pimpinan Sun Yat Sen menentang kekejaman Kerajaan Manchu
Pengaruh Parti Kuomintang dgn semangat penyatuan negara China melalui perindustrian & pemodenan
1913 - cawangan Kuomintang lahir di Tanah Melayu Kewujudan PKM tahun 1930 dgn matlamat
mewujudkan ‘Republik Komunis Malaya’
KAUM INDIA Tertumpu kepada pergolakan politik di India khususnya
sebelum Perang Dunia Kedua Isu-isu penting yg mempengaruhi politik org India -
Kegiatan Antikolonial di kalangan orang Punjabi. Dipengaruhi oleh Pergerakan Ghadr - menghalang British
dari India Parti politik yg wujud - Persatuan India Taiping (1906) &
Persatuan India Singapura (1923) Persatuan ini bert/jawab tingkatkan taraf sosioekonomi
penduduk India CIAM (Central Indian Association of Malaya) diwujudkan
pada Okt.1936 dgn gabuangan12 buah persatuan India & 4 dewan perniagaan India
CIAM perjuangkan kemajuan & kepentingan politik masyarakat India di Tanah Melayu
MALAYAN UNION (MU) 1946
MU adalah satu gagasan yang direncanakan oleh kerajaan British selepas Perang Dunia Kedua
Melalui MU kerajaan British berhasrat untuk mengubah taraf Negeri-negeri Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan
British telah mengenalpasti bahawa salah satu faktor yang menyebabkan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun pada 1942 adalah disebabkan oleh ketidakseragaman pentadbiran
Tanah Melayu berada di bawah 3 pentadbiran dikenali sebagai
1. Negeri-negeri Melayu Bersekutu2. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu3. Negeri-negeri Selat
Sam….
Rancangan MU digubal atas dasar mewujudkan satu sistem politik dan kerajaan bercorak kesatuan
3 memorandum telah dihantar oleh Persatuan British Malaya dan satu lagi dikemukakan oleh Tan Cheng Lock . Kedua-dua memo ini menyokong penubuhan Kesatuan Malaya dengan kuasa dan hak politik yang sama rata untuk semua kaum.
Memorandum ketiga adalah dari sekumpulan pelajar Melayu yang belajar di United Kingdom
MALAYAN UNION
CIRI-CIRI MALAYAN UNION Malayan Union terdiri daripada 9 buah negeri Melayu, Pulau
Pinang dan Melaka Pusat pentadbiran adalah di Kuala Lumpur dan dikendalikan
oleh Gabenor Inggeris Kuasa Raja-raja Melayu dihapuskan dan baginda hanya diberi
peranan sebagai Penasihat Gabenor dan Ketua Majlis Penasihat Melayu
Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malayan Union tetapi dikekalkan sebagai Tanah Jajahan Inggeris
Hak istimewa orang Melayu dihapuskan Kerakyatan adalah berdasarkan prinsip Jus Soli. Prinsip ini
menetapkan kerakyatan diberikan kepada orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu selama 10 daripada tempoh 15 tahun yang ditetapkan. Kerakyatan juga diberikan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union
TUJUAN PENUBUHAN
MALAYANUNION
•Melindungi kepentingan Inggeris di Tanah Melayu
• Membentuk pentadbiran yang cekap
• Menyeragamkan pentadbiran semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu
kerajaan pusat
• Memperkukuhkan pertahanan di Tanah Melayu supaya
pelaburan Inggeris berkembang
• Menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah
berkerajaan sendiri
• Menghalang wujudnya Indonesia Raya
REAKSI ORANG MELAYU TERHADAP PENUBUHAN MALAYAN UNION
Penentangan diperlihatkan melaui beberapa medium antaranya melalui akhbar Akhbar-akhbar Melayu berperanan menyeru dan mengekspresikan kemarahan dan penentang
orang Melayu terhadap Malayan Union. Cth, Utusan Melayu di Singapura, Majlis di Kuala Lumpur dan Warta Negara di Pulau Pinang
Akhbar-akhbar ini memuatkan butir-butir dan kesan buruk penubuhan Malayan Union Akhbar juga menyeru Sultan menimbang sebaiknya sebelum menandatangani perjanjian 20 November 1945, 8 buah pertubuhan Melayu di Johor telah bergabung menubuhkan Ikatan
Melayu Negeri Johor untuk menentang Malayan Union
Sam
3 Januari 1946, Gerakan Melayu Johor ditubuhkan dan dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar
1 Mac 1946, Kuala Lumpur: perhimpunan besar-besaran buat julung kalinya telah diadakan melibatkan sejumlah 41 buah pertubuhan Melayu
Hasil perhimpunan ini telah wujud United Malays National Organization (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan Dato’ Onn Jaafar sebagai Presiden pertamanya
Kewujudan UMNO adalah untuk menggesa masyarakat Melayu supaya bersatu padu dengan slogan “Hidup Melayu”
Bantahan orang Melayu juga diperlihatkan melalui demonstrasi jalanan yang diadakan sewaktu MacMichael mengunjungi Sultan-siltan untuk mendapatkan persetujuan.
TENTANGANORANG MELAYU
• Orang Melayu tidak suka
dengan tindakan Harold Mac Michael
• Sultan tidak diberi masa yang mencukupi
• Orang Melayu hilang keistimewaan, kaum minoriti
• Sultan hilang kekuasaan & kedaulatan
TENTANGANBUKAN MELAYU
Bekas Pegawai InggerisDi Tanah Melayu
• MU untuk kepentingan British• Masyarakat tertindas• Frank Swettenham• R.O Winstedt• Cecil Clementhi Smith• George Maxwell
Orang Cina di TanahMelayu
• MU tidak demokratik dan bersifat kolonial• MU tidak masukkan Singapura bersama• Malayan Democratic Union
FAKTOR
KEGAGALAN
MALAYAN
UNION
Tentangan hebat orang Melayu
Tiada sokongan bukan Melayu
Ketidaksesuaian masa
Cara pengenalan yang salah
Tentangan oleh pentadbir Inggeris di TM
Samb….REAKSI ORANG MELAYU TERHADAP PENUBUHAN MALAYAN UNION
Tunjuk perasaan dan perjumpaan diadakan di seluruh negara seperti
► Padang Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur ► Padang Sekolah Francis Light Pulau Pinang
► Pekan Ahad Jalan Datuk, Ipoh► Perhimpunan di Kedah dan Kelantan
Sultan dan rakyat juga digesa untuk berkabung selama 7 hari sebagai tanda bantahan terhadap Malayan Union dengan melilit kain putih pada songkok
Penentangan juga datang dari kaum Wanita antaranya seperti Zaharah Abdullah, guru sebuah sekolah di Batu Pahat, Halimahton Abdul Majid sebagai Ketua Bahagian Kaum Ibu Persatuan Melayu Negeri Sembilan dan Saleha Ali dari Persatuan Kaum Ibu Selangor
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Malayan Union telah dibubarkan pada bulan Julai, 1946 Inggeris telah mewujudkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946
untuk menggubal satu perlembagaan baru di Tanah Melayu Jawatnkuasa ini mencadangkan perlembagaan baru yang berbeza
daripada Perlembagaan Malayan Union dan antara perkara yang dicadangkan adalah
1. Kedaulatan dan kuasa Raja-raja Melayu dipelihara
2. Syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum bukan Melayu
3. Kedudukan istimewa kaum Melayu terjamin
CIRI-CIRI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
1. Persekutuan Tanah Melayu terdiri dari Negeri-negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang
2. Singapura menjadi tanah jajahan yang berasingan3. Raja-raja Melayu kekal sebagai pemerintah di negeri masing-
masing4. Majlis Mesyuarat Negeri akan dipengerusikan oleh Sultan5. Negeri-negeri Melayu akan ditadbir oleh Ketua Pentadbir dikenali
sebagai Menteri Besar6. Persidangan Raja-raja Melayu boleh diadakan pada bila-bila
masa7. Ketua Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi British dan beliau
dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Perundangan Persekutuan
8. Dewan Perundangan Persekutuan dianggotai oleh 75 orang ahli9. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai kuasa mutlak bagi memelihara
hak istimewa orang-orang Melayu dn kepentingan kaum lain
Sam
1. Kerajaan Persekutuan mengendalikan hal ehwal kewangan, kehakiman, perdagangan, pertahanan dan luar negeri
2. Kerajaan negeri akan mengendalikan kerajaan tempatan, hal ehwal agama, tanah, pendidikan dan pertanian
3. Syarat kerakyatan diperketatkan Lahir di Tanah Melayu dan menetap sekurang-
kurangnya 8 daripada 12 tahun sebelum permohonan dibuat
Seseorang yang berhijrah ke Tanah Melayu dan tinggal sekurang-kurangnya 15 tahun daripada tempoh 20 tahun sebeleum permohonan dibuat
PESURUHJAYA TINGGI
MAJLIS KERJA SULTANMAJLIS
PERUNDANGAN
KERAJAAN NEGERI
MAJLISEKSEKUTIF
NEGERI
MAJLIS MESYUARAT
NEGERI
STRUKTUR PENTADBIRAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
REAKSI TERHADAP PERSEKUTUAN TM 1948
PENENTANGA
N DARIPADA
AMCJA
• All Malayan Council of Joint Action, Tan Cheng Lock• Tentangan hebat drp anggota Malayan Democratic Union
(MDU)• Perjuangan AMCJA mengandungi 3 prinsip iaitu1. Penyatuan seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura2. Pemerintahan sendiri melalui Badan Perundangan Pusat
yang dipilih oleh rakyat3. Hak kerakyatan yang sama rata bagi semua orang• AMCJA menolak cadangan perlembagaan yang dikemukakan
oleh Raja-raja Melayu dan UMNO
PENENTANGA
N DARIPADA
PUTERA
• PUTERA adalah gabungan daripada 3 parti politik berhaluan kiri iaitu PKMM (Burhanuddin Helmi), AWAS (Shamsiah Fakeh) dan API (Ahmad Boestamam)• PUTERA dipengaruhi oleh PKM dan ingin menjadikan TM sebagai sebuah republik• PUTERA perjuangkan 4 prinsip utama:1. Bahasa Melayu sbg bahasa rasmi2. Hal ehwal & pertahan adalah tanggungjawab bersama TM & Inggeris3. ‘MELAYU” digunakan sebagai nama kerakyatan/ kewarganegaraan4. Bendera kebangsaan mengandungi warna-warna Melayu
• PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat), PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), • AWAS (Angkatan WanitaSedar), API (Angkatan Pemuda Insaf)
GABUNGANPUTERAAMCJA
• Mac 1947, PUTERA dan AMCJA telah bergabung di bawah pimpinan Dr.Burhanuddin Helmi• Menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu• April 1947 membentuk “Perlembagaan Rakyat”-ditolak oleh British kerana bersifat radikal• 20/10/47 lancarkan ‘hartal’ penutupan kedai di seluruh Tanah Melayu
PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (PTM)
SECARA RASMI ADALAH PADA 1 FEBRUARI 1948
PARTI POLITIK UTAMA DI TANAH MELAYU1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar (1946-1951) Matlamat UMNO --- menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan
kedudukan istimewa orang Melayu Slogan “Hidup Melayu” Sehingga 1951, UMNO mempunyai sejumlah 39 bahagian dengan keahlian
100,375 orang Dua badan utama UMNO ialah Perikatan Pemuda UMNO (1949) dan
Pergerakan Kaum Ibu UMNO (1947) Memainkan peranan penting ke arah perjuangan kemerdekaan Tanah
Melayu
2. Kongres India Malaya (MIC) Ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 Presiden pertama MIC ialah John Thivy Matlamat MIC--- memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum
India di Tanah Melayu, memperjuangkan kepentingan politik bersama dan menjadi medium perantara dalam menyampaikan pendapat kepada kerajaan
April 1955, MIC bergabung dengan UMNO dan MCA Sehingga 1955 keahlian MIC adalah 20,000 orang
Samb…..PARTI POLITIK UTAMA DI TANAH MELAYU
3. Persatuan Cina Malaya (MCA) Ditubuhkan pada 27 Februari 1949 oleh Leong Yew Koh & Kol. Lee Hau-Shik Presiden pertama MCA ialah Tan Cheng Lock Matlamat MCA--- melindungi kepentingan orang Cina dan memelihara keharmonian
kaum di Tanah Melayu Sehingga 1951 keahlian MCA adalah 188,000 orang 1952, MCA bergabung dengan UMNO membentuk Parti Perikatan
4. Parti Perikatan Diwujudkan hasil kemenangan parti gabungan UMNO-MCA yang menang 9 daripada
12 kerusi di dalam Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952 Tunku Abdul Rahman (Presiden UMNO) dan Tan Cheng Lock (Presiden MCA)
mengambil keputusan untuk menubuhkan pakatan parti pelbagai kaum pada 1955 yang dikenali sebagai Parti Perikatan.
MIC kemudiannya turut menyertai Parti Perikatan yang memperlihatkan gabungan 3 kaum majoriti di Tanah Melayu ketika itu
Parti Perikatan bertanding dlm Pilihanraya Umum 1955 dan menang 51 daripada 52 kerusi yang telah dipertandingkan.
Kejayaan Perikatan telah membolehkan Tanah Melayu membentuk kerajaan baru
KEMERDEKAAN
Kemenangan Perikatan di dalam Pilihanraya Umum telah memberi laluan mudah kepada Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan dan mewujudkan pemerintahan sendiri
Perikatan juga berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dalam masa 4 tahun
Januari 1956, satu rombongan yang diwakili oleh pemimpin-pemimpin Parti Perikatan dan wakil-wakil Raja Melayu telah berangkat ke London
Matlamat delegasi ialah untuk merundingkan kemerdekaan PTM dengan British
Rundingan berhasil dengan termetrainya Perjanjian Merdeka pada 8 Februari 1956
British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan syarat Perikatan tidak akan mengambilalih harta benda atau perniagaan British di Tanah Melayu
Rakyat British harus dibenarkan untuk menjalankan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu dan pangkalan tenteranya dikekalkan supaya British dapat menjaga kepentingannya di Tanah Melayu
Pengisyhtiharan tarikh kemerdekaan telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman di satu perhimpunan raksasa bertempat di Padang Pahlawan Bandar Hilir Melaka.
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Pada jam 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957, bendera kerajaan British “Union Jack” telah diturunkan di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan dengan rasminya.
Hari kemerdekaan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya di Stadium Merdeka Kuala Lumpur oleh Tunku Abdul Rahman
Dokumen pengisytiharan merdeka telah disampaikan kepada Perdana Menteri Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman oleh Queen Elizabeth, Ratu British
Dengan pengisytiharan kemerdekaan, Parti Perikatan telah berjaya melaksanakan janjinya untuk membawa kemerdekaan bagi Tanah Melayu dalam tempoh yang singkat iaitu 2 tahun lebih awal.
MERDEKA
Tanggal 31,bulan lapan, 57,Merdeka! Merdeka!
Ia pasti menjadi sejarah!Tanggal 31,bulan lapan, 57,Hari yang mulia, hari yang
bahagia,Sambut dengan jiwa yang
merdeka..Mari kita seluruh warga
negara,Ramai-ramai menyambut Hari Merdeka! Merdeka!
31, bulan lapan, 57Hari mulia, negaraku
merdeka!