Transcript

Mengalakkan klien untuk terus bercerita Menunjukkan kaunselor mendengar Menunjukkan kaunselor faham dan

mengikuti apa yang sedang diceritakan oleh klien

Contoh:◦ Mengangguk, Hmm Hmm, Ya

Mendengar isi, perasaan Ditunjukkan melalui

◦ Tindak balas secara lisan dan tanpa lisan◦ Mengangguk, pandangan mata, kedudukan tubuh

badan◦ Kemahiran membuat refleksi

Soalan tertutup tujuan: mendapatkan data; jawapan khusus. Dijawab menggunakan satu atau dua perkataan; menakutkan; menyekat respon

Kaunselor: Adakah awak mencuri pensil dia?Soalan terbuka

tujuan: perbincangan, meminta penjelasan dan huraian. Tiada jawapan khusus; kurang menakutkan; jawapan pelbagai

Kaunselor: Bagaimana kejadian telefon awak dicuri berlaku?

~Digunakan sekiranya terdapat kekeliruan atau perubahan pada percakapan, tingkah laku atau emosi klien. Untuk memastikan kaunselor benar-benar memahami perasaan yang sedang dialami klien

Contoh: “Boleh terangkan maksud gagal dalam

cerita awak tadi.”

“Saya kurang faham dengan cerita awak tadi. Boleh terangkan bila ia berlaku.”

~ Penyataan semula kenyataan atau mesej yang dibawa klien; dan kaunselor mengulangnya untuk mendapatkan kepastian daripada klien

Contoh:Klien: Cikgu kata saya suka buat kacau dalam kelas sebab tu dia suruh saya datang ke bilik kaunseling. Dia juga kata saya mengganggu pelajar lain semasa dia mengajar.

Kaunselor: Awak rasa cikgu menuduh awak berbuat

kacau di kelas.

Memahami makna sesuatu peristiwa yang cuba disampaikan klien dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat Refleksi isi, perasaan dan pengalaman

Contoh: Refleksi isiKlien: Pensyarah memberi terlalu banyak tugasan. Saya rasa kami tak mampu nak buat semuanya dengan baik.Kaunselor: Awak rasa pensyarah sepatutnya mementingkan kualiti tugasan dan bukannya kuantiti semasa memberi tugasan.

Contoh: Refleksi perasaan

Klien: Kadang-kadang saya sendiri tak faham

apa yang saya buat. Semua tak kena. Apa yang nampak hanya salah saya.

Kaunselor: Awak rasa marah dengan keadaan

yang sedang anda alami ini.

Contoh: Refleksi pengalaman

Klien: Saya sebenarnya masih sayang pada bekas tunang saya. Inilah yang saya

tak faham, mengapa dia minta putus dengan saya.

Kaunselor: Awak terlalu sedih kerana ditinggalkan oleh tunang yang masih awak cintai.

~ Menjelaskan makna atau isu yang dibawa klien daripada perspektif yang baru. Menggalakkkan klien melihat event atau rentetan peristiwa yang berlaku dalam hidupnya dari perspektif yang lain

Mengumpulkan semula faktor / isu penting yang disebutkan klien

Memberi struktur atau panduan tentang perkembangan sesi.

Rumusan kecil

Rumusan besar

~ Digunakan apabila terdapat percanggahan antara (a) apa yang dikatakan klien tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya, (b) apa yang dikatakan pada satu masa dengan apa yang dikatakan pada masa lain, (c) tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan, (d) pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang dikatakan klien mengenai dirinya, (e) menyatakan tentang tingkah laku klien yang didapati tidak sesuai sebagai maklumat tambahan mengenai diri klien


Top Related