BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dalam era teknologi maklumat serta zaman siber dunia tanpa sempadan,setiap individu dalam
masyarakat berusaha dan berlumba-lumba untuk mengguna dan mengaplikasikan kemudahan
dan peralatan canggih yang ada dalam persekitaran mereka. Namun begitu, kemudahan ini besar
kemungkinannya kurang bermanfaat kepada individu yang menghadapi masalah pembelajaran
khususnya masalah membaca, menulis dan mengira (3M). Secara ringkasnya dapatlah dikatakan
bahawa kemahiran 3M adalah sangat penting biarpun betapa canggihnya sesuatu zaman itu. Oleh
1
yang demikian, dalam konteks pendidikan, Ott (1997) menyatakan bahawa kemahiran-
kemahiran asas (membaca, menulis dan mengira) adalah penting untuk dikuasai oleh setiap
individu pelajar bagi membolehkan mereka mendapat kebaikan daripada setiap komponen dalam
kurikulum pembelajaran di sekolah yang disediakan untuk mereka. Sekiranya kemahiran asas ini
masih belum berkembang sepenuhnya dalam diri pelajar, satu bentuk program pemulihan adalah
amat perlu disediakan untuk membantu setiap pelajar yang mempunyai masalah ini. Pendidikan
Khas di Malaysia telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan
yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan
pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas. Di
Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah
Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954
Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak
pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala
program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila
buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan
Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia
bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. Manakala
itu, masalah Disleksia juga termasuk dalam Program Pendidikan Khas Penubuhan program
disleksia telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak pengambilan kumpulan
pertama guru-guru untuk menjalani kursus disleksia selama empat belas minggu . Akhirnya,
program ini telah dapat direalisasikan pada 13 Mac 2004 dengan memilih Sekolah Kebangsaan
Taman Tun Dr. Ismail (2) sebagai sekolah pra-rintis program disleksia.
2
Program ini dimulakan dengan hanya tujuh orang murid dan dua orang guru. Subjek yang
diajar pada masa itu adalah Bahasa Malaysia. Kini, program disleksia di sekolah mempunyai tiga
puluh tiga orang murid dan empat orang guru yang mengajar subjek-subjek utama seperti Bahasa
Malaysia, Sains dan Matematik. Murid-murid disleksia dikehendaki mengikuti pembelajaran
subjek-subjek lain di kelas arus perdana.
Program ini dilaksanakan sejajar dengan aspirasi Pendidikan Negara yang menuntut
pendidikan sewajarnya diberikan kepada semua golongan tanpa mengira agama, bangsa, kaum,
keturunan, warna kulit, dan seumpamanya. Oleh sebab itu, pendidikan disleksia diwujudkan bagi
mendepani cabaran untuk memastikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran spesifik disleksia
mendapat pendidikan yang setaraf dengan kanak-kanak normal.
Berdasarkan perangkaan 2001, Kementerian Pendidikan Malaysia menganggarkan
bahawa seramai 290,000 murid sekolah daripada 4.9 juta murid berkemungkinan memiliki ciri-
ciri Masalah Pembelajaran Spesifik (SPLD), Disleksia (KPM 2000). Empat peratus daripada
populasi dunia adalah signifikan memiliki simptom-simptom disleksia (Musa 2002). Kanak-
kanak berkeperluan khas termasuk kanak-kanak disleksia juga memerlukan pendidikan yang
sempurna dan berkesan dalam memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan yang bermakna.
Pendidikan khas semakin diberi perhatian sejak penggubalan semula Akta Pendidikan 1961
kepada Akta Pendidikan 1996. Akta ini telah menyediakan klausa khusus berkaitan Pendidikan
Khas.
Sistem pendidikan ini menyediakan peluang kepada semua rakyat dalam lingkungan
umur kelayakan mendapat pendidikan secara percuma. ‘Dasar Pendidikan Untuk Semua’ serta
3
‘Dasar Pendemokrasian Pendidikan’ yang dilancarkan sebelum ini akan diperkukuh lagi oleh
pelaksanaan ‘Dasar Persekolahan Wajib’ tersebut.
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Khas yang diwujudkan
pada 1998 secara langsung mengendalikan pengurusan pendidikan bagi kanak-kanak Bermasalah
Pendengaran (Pekak), Bermasalah Penglihatan (Rabun dan Buta), dan Bermasalah Pembelajaran.
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran adalah program yang mencakupi kanak-kanak
Syndrome Down, kanak-kanak autistik ringan, kanak-kanak kurang keupayaan mental (learning
disabilities), kanak-kanak bermasalah emosi, kanak-kanak bermasalah kesihatan serta kanak-
kanak berkecelaruan bahasa dan pertuturan (Blue Print Kurikulum Jabatan Pendidikan Khas,
2001).
1.2 Latar belakang kajian
Kategori kanak-kanak yang berada dalam kelas-kelas Pendidikan khas yang terdapat di negara
ini adalah berbeza-beza berdasarkan masalah yang dihadapi. Keadaan ini mewujudkan
kemungkinan bahawa pelajar-pelajar ini menghadapi masalah pembelajaran yang tertentu.
Terdapat beberapa kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dalam dan luar negara yang
menyatakan bahawa masalah pembelajaran seperti disleksia mempunyai hubungan yang
signifikan dengan masalah pemulihan (Chow, 1992). Masalah disleksia dirujuk kepada beberapa
ciri iaitu seperti:
(i) kesukaran berbahasa
(ii) ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual
(iii) tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak
(iv) tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru
4
tulisan dari papan hitam atau buku).
(v) mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit menumpu perhatian
kepada tulisan, dan
(vi) daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual).
Menurut Rubiah Kulop (1997) dalam satu kajian tentang Guru Khas Pemulihan, masalah
disleksia yang wujud dalam kalangan kanak-kanak pemulihan dapat dilihat melalui tiga aspek.
Pertama, kanak-kanak ini lemah dari segi perkembangan mental dan kadang-kadang mengalami
kecacatan lain seperti gangguan kesihatan, pengalaman yang terhad serta gangguan emosi.
Kedua, kanak-kanak tersebut selalu ponteng sekolah dan mempunyai latar belakang masalah
kemiskinan, dan yang ketiga, kanak-kanak ini mengalami kesukaran dalam kemahiran bacaan
dan penulisan sehingga mengakibatkanpencapaian yang rendah dalam pelajaran. Deskripsi-
deskripsi di atas menunjukkan bahawa terdapat ciri-ciri yang hampir serupa yang dialami oleh
pelajar-pelajar pemulihan dan disleksia. Payne dan Turner (1999) menyatakan bahawa disleksia
adalah suatu permasalahan pembelajaran yang spesifik atau khusus. Namun begitu, hakikat yang
harus diterima oleh kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia masa kini adalah
pengkategorian penempatan mereka dalam kelompok murid pemulihan dan tidak dalam
kelompoknya yang khusus dan tersendiri.
Dalam proses mengenalpasti kanak-kanak bersimptom disleksia, terdapat dua kaedah
yang boleh dicadangkan (KPM 2001) iaitu secara ujian dan secara senarai semak. Kaedah
senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian
murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond,L &
Hughes,P. 1990). Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan dan Ujian
Saringan ianya mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang
5
dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan,
matematik dan kecerdasan, penglibatan, literasi, urutan dan yang berkaitan.
1.3 Penyataan masalah kajian
Berdasarkan pendapat Payne dan Turner (1999) dan juga Hammond dan Hughes (1999), mereka
lebih cenderung menggunakan istilah masalah belajar spesifik (Specific Learning Difficulties)
bagi pelajar yang mengalami masalah disleksia. Dengan kata lain, murid disleksia bukan sahaja
mengalami masalah dalam menguasai kemahiran membaca sahaja, malah berkemungkinan juga
menghadapi masalah secara menyeluruh dalam kemahiran asas “literasi” dan “numerasi”.
Secara umumnya, dapatlah dikatakan bahawa disleksia adalah satu bentuk masalah
kesukaran pembelajaran yang spesifik yang dimiliki oleh seseorang pelajar dalam aspek-aspek
membaca, menulis, mengeja dan mengira nombor (Renwick, 2001). Malah perkara ini telah
dibuktikan oleh Sanders dan Mayers (1996) yang menyatakan bahawa kesukaran-kesukaran ini
termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbol-simbol seperti nota
muzik dan tanda matematik. Kajian Musa Abd Wahab (2002) telah merumuskan bahawa hasil
kajian yang dijalankan terhadap 153 orang murid pemulihan di Zon Pudu Wilayah Persekutuan
mendapati 36.3% daripadanya mempunyai masalah disleksia pada tahap yang serius. Sementara
individu murid yang mengalami masalah disleksia pada tahap yang sederhana dan ringan pula
adalah 30.2% dan 33.5%. Kajian ini hanya memberi tumpuan khusus terhadap masalah 3M
dalam kalangan murid pemulihan. Hynd dan Cohen (1983) pula memetik hasil kajian yang
dilakukan oleh Critchley pada tahun 1978 yang mendapati bahawa masalah disleksia dalam
kalangan kanak-kanak lelaki adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak perempuan. Kajian
beliau terhadap 1633 kes yang dikenal pasti mengalami masalah pembelajaran disleksia
6
mendapati 1367 daripadanya adalah kanak-kanak lelaki dan 266 sahaja adalah perempuan. Ini
menunjukkan peratusan murid lelaki melebihi 80% berbanding dengan murid perempuan.
langkah-langkah yang wajar perlu diambil untuk menangani masalah ini. Jika terdapat masalah
disleksia yang dikenal pasti dalam diri seseorang murid, maka kita boleh salurkan mereka ke
program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Di sini, sekolah ataupun kelas
khas diwujudkan bagi mengumpul dan menempatkan murid-murid keperluan khas iaitu murid-
murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Jika tidak, murid-murid ini akan
meneruskan pelajaran mereka sama seperti murid lain. Setiap tahun mereka akan meningkat dari
darjah satu hingga ke sekolah menengah tanpa dapat menguasai kemahiran 3M. Murid ini akan
mengikuti arus perkembangan pendidikan tanpa dapat menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang sepatutnya mereka kuasai dalam tempoh tersebut. Mereka datang ke sekolah
hanya untuk mengisi masa lapang. Akhirnya mereka akan merasa hampa, terbiar, menjadi tempat
cemuhan guru, dibuli oleh rakan dan sebagainya. Faktor-faktor ini akan menimbulkan rasa
rendah diri yang sukar untuk diatasi oleh murid tersebut. Spafford dan Grosser (1996)
menganggarkan kira-kira lima peratus (5%) murid pemulihan yang mengalami disleksia. Ini
bersesuaian dengan kajian Sofiah Ali (2000) yang telah menganggarkan antara 5 hingga 10
peratus penduduk negara ini mengalami disleksia. Manakala secara keseluruhan dianggarkan
empat peratus (4%) daripada populasi dunia mempunyai masalah disleksia (Renwick, 2001).
Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, ini menunjukkan kemungkinan bahawa hampir semua
sekolah dalam negara ini mempunyai murid bermasalah disleksia. Hal ini sebenarnya pernah
ditegaskan oleh Pollock dan Waller (1994) bahawa semua sekolah mempunyai kanak-kanak
yang mengalami masalah disleksia, cuma tahap masalah yang dialami oleh mereka adalah
berbeza-beza iaitu sama ada ringan, sederhana atau berat. Dari segi fizikal, murid-murid yang
7
mengalami masalah disleksia tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota dan tahap
kecerdasan mereka juga adalah normal. Mereka boleh berbual dan bergaul seperti murid lain. Ini
menyebabkan tiada sebarang tindakan diambil bagi membantu kanak-kanak tersebut dalam
pelajaran. Akibatnya, murid-murid ini berkemungkinan besar disalah labelkan sebagai sama ada
murid pemulihan atau bermasalah pembelajaran yang umum sahaja(Sofiah Ali, 2000; Zabidi
Husin,2000).Berdasarkan permasalahan yang dinyatakan di sini, pengkaji merasakan perlu
adanya suatu bentuk penyelidikan khusus dalam memahami permasalahan disleksia dalam
kalangan murid-murid pemulihan. Ini secara langsung dapat membantu kanak-kanak disleksia
dalam negara ini. Jika pengenal pastian dan intervensi yang bersesuaian dilaksanakan seawal
mungkin, tempoh yang diperlukan untuk mengurangkan kesan negatif disleksia mungkin
menjadi singkat dan lebih mudah (Hammond dan Hughes, 1999; Mercer, 1997).
Mengikut kajian lepas, Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran
mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup
dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak
memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai
masalah ini dapat dikurangkan.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi
seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia
menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak. Menurut Mercer (1997), Disleksia terbahagi kepada
beberapa jenis atau kategori dan dapatlah dinyatakan kategorinya. Disleksia Visual merupakan
kategori masalah yang melibatkan penggunaan deria penglihatan bila mana seseorang kanak-
kanak itu mengalami kesukaran untuk membezakan apa yang dilihat walaupun kita dapati secara
kasarnya penglihatan mereka dalam keadaan yang baik.
8
Ini sememangnya kerap terjadi terutamanya bagi kanak-kanak antara usia lima hingga
tujuh tahun. Kita akan mendapati tulisan mereka menjadi rapat bagi semua perkataan yang
ditulis, tulisan cermin (terbalik) dan songsang. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak sukar
untuk membuat intepretasi serta mengingati apa yang dilihat walaupun satu perkataan. Mungkin
kerana masalah visual ini juga menyebabkan mereka mudah lupa tentang sesuatu perkara yang
diajar oleh guru.
Disleksia Auditori pula merupakan kategori masalah yang melibatkan deria pendengaran.
Dalam kes ini, kanak-kanak bukan tidak boleh mendengar bunyi, mereka boleh mendengar tetapi
sukar untuk mendiskriminasikan bunyi, mengecam atau mengenal pasti bunyi bagi sesuatu
perkataan atau membahagikan perkataan kepada beberapa suku kata.Mereka juga didapati tidak
dapat membunyikan huruf yang hampir sama seperti ‘f’ disebut ‘s’, ‘n’ disebut ‘m’, ‘b’ disebut
‘d’.Mereka juga mengalami masalah untuk membunyikan antara vokal dan konsonan serta
mengaitkan antara bunyi kepada perkataan yang dicetak atau ditulis.Kanak-kanak yang
mengalami masalah kategori ini sememangnya akan mengalami kesukaran untuk mengeja.
Manakala itu,Disleksia Visual Auditori pula merupakan kategori masalah bagi kedua-dua deria
iaitu penglihatan dan pendengaran. Penghidap kategori ini akan menghadapi kerumitan untuk
mengintepretasikan apa yang dilihat mahu pun didengar. Akibat daripada gangguan visual dan
auditori serentak ini mengakibatkan kanak-kanak mengalami kesukaran membaca yang teruk.
Selain itu, kajian ini juga mengupas tentang masalah penulisan di kalanan murid-murid
Disleksia di mana mereka. Antara jenis-jenis kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-
kanak disleksia seperti,menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulis
sanam.Selain itu,mereka seringkali menulis secara tulisan cermin dan menterbalikkan huruf
misalnya b menjadi d. Adakalanya mereka menulis perkataan yang didengar misalnya buang
9
menjadi buwang. Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi.
Mereka tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja.
Seterusnya,menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang. Tidak dapat menulis huruf yang
disebut. Ada ketikanya mereka tidak dapat memilih huruf yang disebut dan tidak dapat
menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama
1.4 Objektif kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:
1.4.1 Mengenal pasti peratus murid Disleksia (responden) yang bermasalah Disleksia di Tahun 3
Program Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2).
1.4.2 Mengenal pasti perbezaan peratus individu bermasalah disleksia dalam kalangan murid
lelaki dan perempuan Pendidikan Khas
1.4.3 Mengenal pasti masalah penulisan di kalangan murid Disleksia.
1.5 Persoalan kajian
Kajian ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:
1.5.1 Apakah peratus murid pendidikan khas (responden) yang bermasalah disleksia di
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) di Putrajaya?
1.5.2 Adakah wujud perbezaan peratus individu yang bermasalah disleksia
dalam kalangan murid pendidikan khas lelaki dan perempuan?
1.5.3 Apakah tahap pengaruh disleksia terhadap pencapaian penulisan murid-murid Disleksia?
10
1.6 Kerangka
Kerangka konseptual dan teoritikal ibarat peta kepada kajian anda. Secara amnya, kerangka
konseptual adalah sebagai panduan dan halatuju anda menjalankan kajian. Kerangka Konseptual
adalah antara jenis teori yang mencuba untuk menghubungkan kesemua aspek yang ditemui
dalam komponen definisi masalah, tujuan,sorotan kajian, metodologi,pengumpulan dan
penganalisisan data. Kerangka Konseptual berperanan sebagai peta yang berkaitan dengan
penemuan secara impirikal (pemerhatian atau ujian ). Ini kerana, kerangka konseptual
berpontensi sangat hampir kepada penemuan impirikal mereka menggunakan bentuk-bentuk
yang berbeza bergantung kepada persoalan atau masalah kajian.
1.6.1 Kerangka konsep
Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan
kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan antara bunyi-bunyi huruf. Menurut Kementerian
Pelajaran Malaysia pula, disleksia adalah masalah murid yang mempunyai kecerdasan mental
yang searas atau melebihi murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalammenguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengeja. Disgrafia (Dysgraphia) yang melibatkan kesukaran
menulis ,Discalculia(Dyscalulia) yang melibatkan kesukaran dalam pengajaran matematik dan
masalah bahasa yang yang melibatkan kesukaran mendengar dan bertutur. Masalah sampingan
ini selalunya bertindihan antara satu sama lain dan sukar untuk dikesan.
11
Rajah 1: Kerangka Konsep Disleksia
(Sumber : THE Dysleksia-Speld Foundation WA (INC) , South Perth ,1993
).
1.6.2 Perbezaan disleksia, disgrafia dan diskalkulia
Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima pendidikan biasa, tidak
memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World
Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan
dengan Disleksia, diantaranya ialah disgrafia, diskalkulia dan dyspraksia. Dislalkulia iaitu
seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun Matematik,. Manakala itu
Disgraphia iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa dan Dispraksia iaitu seorang
disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan. Disleksia boleh dikategorikan
kepada tiga bahagian iaitu Disleksia visual (penglihatan) di mana kanak-kanak mengalami
12
DISGRAFIA
BAHASA
DISKALKULIA
DISLEKSIA
kesukaran utama untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-
simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat
abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. Sementara itu,Disleksia
auditori (pendengaran) pula ialah kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi
mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi
menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat
dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh
disleksia auditori. Selain itu,Disleksia visual-auditori pula ialah kesukaran membaca yang amat
teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
mereka.
1.7 Kepentingan kajian
Kajian ini difikirkan perlu dijalankan dalam konteks pendidikan pemulihan kerana kita sering
mendapati murid pemulihan dikaitkan dengan masalah penguasaan kemahiran membaca,
menulis dan mengira serta masalah lain yang berkaitan dengan kesihatan, emosi, persepsi, fizikal
dan sebagainya. Faktorfaktor ini mempunyai persamaan langsung dengan masalah disleksia.
Maka adalah difikirkan bahawa kajian ini akan dapat dilaksanakan bagi tujuan untuk mendapat
maklumat-maklumat yang berkaitan disleksia. Dengan kajian ini juga adalah diharapkan dapat
memberikan pendedahan dan bantuan kepada guru mahu pun ibu bapa untuk mengetahui secara
mendalam masalah kesukaran belajar yang dikategorikan sebagai disleksia. Ini adalah sangat
perlu supaya pendidikan serta bentuk bantuan akan dapat diklasifikasikan mengikut keperluan
pelajar.Di samping itu, dapat menjadi sumber rujukan kepada guru Disleksia dan semua yang
berminat dengan pendidikan khas khususnya yang berkaitan dengan masalah disleksia. Guru
13
memerlukan satu bentuk penerangan dan panduan untuk mengenali serta memahami
permasalahan disleksia.Pada masa yang sama juga,kita dapat merumuskan tahap masalah
seseorang murid dalam kategori disleksia serta dapat mencadangkan bentuk bantuan yang perlu
diberiakn kepada mereka.
Kajian ini berkepentingan bagi mengkaji peratus nisbah murid Disleksia lelaki dan
perempuan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) Putrajaya. Mengikut kajian yang lepas,
dikatakan murid Disleksia lelaki mempunyai nisbah yang tinggi berbanding murid Disleksia
perempuan. Dengan kajian ini, sedikit sebanyak akan dapat mengukuhkan teori yang telah dibuat
sebelum ini. Selain itu, pada masa kini,murid-murid Disleksia dikatakan ramai yang telah
dimasukkan ke kelas pemulihan dan Kelas Pendidikan Khas, padahal mereka yang mempunyai
masalah Disleksia perlu diberi pendekatan khusus oleh guru-guru terlatih.
Selain itu, melalui kajian ini dapat sedikit sebanyak membantu pihak ibu bapa, guru,
kementerian dan badan bukan kerajaan menyediakan satu platform terbaik bagi murid-murid
Disleksia ini. Selain daripada kesedaran di pihak guru dan ibu bapa komuniti sekeliling juga
bertindak dalam membantu pelajar bermasalah pembelajaran. Mereka tidak dipinggirkan
sewenang-wenangnya.
Dari pandangan global, pihak kerajaan menjadi tunjang masyarakat dalam menghapuskan
jurang perbezaan diantara pelajar dalam aliran perdana dan pelajar berkeperluan khas, khususnya
pelajar bermasalah pembelajaran. Kerajaan telah menggerakkan Kementerian Pelajaran untuk
mewujudkan dan mengimplementasikan pelbagai program-program bagi membantu pelajar –
pelajar yang bermasalah bermula dari peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat menengah
atas. Sebagai contoh kerajaan telah memperuntukkan sebahagian belanjawan bagi mewujudkan
beberapa buah PUSAT SEHENTI yang asalnya adalah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas.
14
Program ini dinamakan ‘Program Out-Reach’. Program ini di wujudkan apabila bertitik tolaknya
fenomena keciciran pembelajaran anak-anak Orang asli akibat faktor pengangkutan dan
kesedaran di kalangan mereka.
Selain itu ia tidak hanya berperanan untuk menyedarkan kepentingan hak pelajar –pelajar
bermasalah pembelajaran, unit ini juga berfungsi untuk meningkatkan pengetahuan ibu bapa dan
masyarakat tentang kanak-kanak berkeperluan khas. Sebarang program yang di jalankan untuk
pelajar berkeperluan khas ini akan di pantau dari semasa ke semasa.Melalui agensi-agensi dari
dalam dan luar negara unit ini berkerjasama bagi memberi bantuan yang lebih efektif untuk
pelajar –pelajar berkeperluan khas ini. Bagi berlaku adil kepada pelajar-pelajar bermasalah
pembelajaran unit ini menyediakan garis-garis panduan.Kesedaran terhadap pelajar-pelajar
bermasalah pembelajaran telah lama timbul disamping akta-akta yang di wujudkan demi
menjaga kesejahteraan pelajar kumpulan berkeperluan khas ini seperti Akta Pendidikan 1961.Di
samping itu, melalui media massa, media elektronik dan media cetak isu kanak-kanak
berkeperluan khas ini telah giat di utarakan. Melalui pelbagai pertubuhan laman-laman web dan
buku-buku kita boleh memperolehi maklumat yang pelbagai tentang kanak-kanak yang
menghadapi simpton-simpton tersebut.Ini juga merupakan salah satu hasil tindakan untuk
kesedaran dan kebertanggungjawabkan umumnya untuk golongan pelajar berkeperluan khas dan
khususnya secara tidak langsung untuk pelajar bermasalah pembelajaran.Beberapa pertubuhan
dan persatuan masyarakat telah ditubuhkan dalam menyokong dan memberi bantuan kepada
pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ini. Contohnya di New York sebuah pertubuhan yang di
namakan ‘Resources For Children With Special Needs’ atau dengan nama singkatan RCSN telah
di tubuhkan. Ia bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan dari segi sosial, kognitif dan
fizikal kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Badan pertubuhan ini memainkan peranan
15
penting untuk menolong mana-mana kanak-kanak berkeperluan khas untuk mengenalpasti dan
menguasai potensi mereka.Ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas juga di beri
bantuan dalam membina pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk menguruskan anak-anak
yang berkeperluan khas. Ibu bapa di bimbing untuk mendapatkan pendidikan yang sesuai untuk
anak-anak mereka.
Pertubuhan ini juga menawarkan aktiviti rekreasi selepas sekolah untuk kanak-kanak
berkeperluan khas ini. Aktiviti ini di jalankan dengan objektif untuk menanamkan semangat ini
bersaing dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang lain.Dalam menunaikan rasa
bertanggungjawab terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini di Malaysia satu kempen yang di
namakan ‘Kempen Pelan Pembangunan Pendidikan Khas Open Minds telah dilancarkan oleh
Procter & Gamble 1999. Ianya bagi membantu lebih kurang 314,000 orang pelajar sekolah
rendah yang mengalami ‘disleksia’.
1.8 Batasan kajian
Kajian ini dijalankan terhadap 25 orang murid Program Bermasalah Pembelajaran di Sekolah
Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) Putrajaya. Murid-murid ini terdiri daripada lelaki dan
perempuan yang berumur 9 tahun dan mempunyai masalah pembelajaran.
1.9 Definisi operasi
Definisi ini melibatkan pernyataan tentang apakah yang dibuat dan apakah yang diperhatikan;
kemahiran ini melibatkan proses pemerhatian, berkomunikasi, serta pengkelasan.
16
1.9.1 Murid-murid Pendidikan Khas
Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah kanak-
kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-
kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam bab ini, kita membincangkan dengan lebih
mendalam mengenai pelajar bermasalah pembelajaran.Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-
sebab berlakunya masalah pembelajaran. Juga dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah
mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran. Akhirnya, tumpuan ialah kepada cara
menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi mereka. Menurut
Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997 masalah pembelajaran didefinisikan
sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman
atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi
mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini
tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan
penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam
persekitaran, budaya atau ekonomi. Manakala itu pula,The National Joint Committee on
Learning Disabilities (NJCLD), 1990 mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk
kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata
mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah
matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku
pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial
mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada
berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan
ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.
17
Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang
kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan
penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh
kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.
Menurut Chua,1982 Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar
biasa, iaitu 'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai
pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya
daripada rancangan sekolah biasa . Manakala itu,menurut Gearhart dan Weishahn,1980
pula,Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab
mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak kanak dan belia
yang bersifat luar biasa. Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri
kognitif, akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku. Pelajarbermasalah pembelajaran
kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran
atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan
pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan
tersebut dalam situasi pembelajaran.
Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah
membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi
masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran
mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah
disleksia.Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan
seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Pelajar yang lemah
18
dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam
perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.Masalah kemahiran menulis di kalangan
pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau penselketika menulis
dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak
menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang
menggunakan struktur ayat yang kompleks.Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar
bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang
normal atau biasa. Bagaimana pun, kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh
dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan
sistematik diperkenalkan.
Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran
untuk belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang
merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia
bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di kalangan
pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti
tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat
anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.Memahami ciri sosial dan
emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting dengan memahami ciri kognitif dan
akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan orang
lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya dapat
mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan mereka dalam
hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.
19
Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari
kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang
mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya
untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan.
Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak
tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik
untuk ditiru. Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan
dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini
menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain. Motivasi merupakan
keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran
kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam
peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal
dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa
lemahnya motivasi mereka. Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah
sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan
sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan
hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak
menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh
mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.
20
1.9.2 Murid-murid Disleksia
Perkataan 'dyslexia' berasal daripada perkataan Greek yang membawa makna kesukaran
menggunakan leksikon atau perkataan Newton & Thomson (1974). Selanjutnya, pada tahun telah
memperluaskan lagi definisi 'dyslexia' sebagai kecelaruan berbahasa di kalangan murid yang
telah mengalami pembelajaran dalam kelas biasa tetapi gagal untuk memperoleh kemahiran
membaca, menulis, atau mengeja separa dengan kebolehan intelektual yang ada pada
mereka .Bertitik tolak daripada kedua-dua definisi tentang disleksia yang dianggap sudah
ketinggalan zaman itu, maka Pertubuhan Disleksia Antarabangsa (International Dyslexia
Association, 2003) telah mengorak langkah mencari definisi yang paling tepat untuk perkataan
'dyslexia'. Mengikut pertubuhan tersebut, 'dys' membawa maksud 'kesukaran' dan 'lexia'
bermaksud 'perkataan'. Disleksia merupakan kecelaruan yang dialami oleh berjuta-juta orang di
seluruh dunia. Disleksia merupakan sejenis ketidakupayaan yang khusus dalam mempelajari
kemahiran membaca. Kanak-kanak disleksia belajar mengikut tahap dan rentaknya yang
tersendiri, dan lazimnya mahir dalam satu atau dua bidang. Sebilangan daripadanya mengalami
kesukaran penumpuan, persepsi, daya ingatan, kemahiran lisan, taakulan abstrak, kordinasi
tangan-mata, penyesuaian sosial (rendah diri adalah ciri sifat yang biasa dilihat) gred, dan
pencapaian yang rendah. Seringkali, kanak-kanak disleksia dianggap pemalas, suka
memberontak, tidak bermotivasi, dan mempunyai daya kecerdasan yang rendah .. Anggapan ini
salah dan tanpa memahami kesan disleksia ke atas kehidupan seseorang membawa kepada
penolakan, pengasingan, inferiority kompleks, dan rendah diri.
Di Malaysia, (New Straits Times, 2000 bertarikh 28 Disember : 30) perkataan 'disleksia'
merujuk kepada masalah yang berkaitan dengan kemahiran membaca, menulis, dan mengeja.
Contoh yang diberi ialah ketidakupayaan dalam membezakan huruf ' B ' dengan angka ' 8 ' , atau
21
menulis huruf dengan cara terbalik. Sesiapa yang mempunyai ciri sedemikian dikatakan
menghidap disleksia. Dari sudut neurolinguistik pula, (Doyle, 1 996) mengatakan otak manUSIa
terbina daripada kira-kira sepuluh billion sel yang dipanggil 'neuron' . Setiap neuron
menggunakan reaksi biokimia untuk menerima, memproses, dan menghantar maklumat. Apabila
kumpulan neuron yang tertentu tidak berfungsi dengan betul, seseorang akan berhadapan dengan
masalah untuk mengenal pasti fitur-fitur bahasa. Keadaan inilah yang disebut masalah Disleksia .
Di sekolah, murid yang mengalami disleksia seringkali mempunyai kemahiran membaca
yang rendah, berkecenderungan untuk membaca dan menulis perkataan serta huruf-huruf dalam
susunan yang terbalik, dan menyongsangkan perkataan serta huruf-huruf sewaktu bertutur.
Mereka juga mengalami kesukaran untuk memadankan bunyi dengan simbol. Seringkali mereka
menggugurkan suku kata-suku kata tertentu dalam perkataan yang mempunyai ban yak suku
kata. Mereka dikatakan mempunyai pemahaman yang rendah dalam kemahiran lisan, bacaan sen
yap, dan tulisan pula buruk. Setakat ini belum ada statistik tentang penduduk dunia yang
mengalami disleksia. Penyelidik telah berusaha untuk mencari statistik penderita disleksia di
Malaysia tetapi belum diusahakan oleh mana-mana pihak. Kajian di beberapa buah negara
menunjukkan lima hingga sepuluh peratus penduduk menghidap disleksia.
Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa disleksia diwarisi daripada keturunan. Didapati
kaum lelaki Iebih banyak yang menghidap disleksia berbanding dengan kaum perempuan
(Doyle, 1 996).Murid-murid yang menghidap disleksia seringkali merasa ketinggalan dalam
kelas kerana masyarakat sering mengaitkan kelancaran membaca dan menulis dengan kepintaran
seseorang murid. Murid-murid disleksia yang mempunyai masalah membaca dan menulis
dianggap murid-murid yang lemah tanpa mengambil kira faktor bahawa murid-murid tersebut
mempunyai kecerdasan otak yang tinggi. Oleh sebab murid-murid disleksia berfikir dalam
22
bentuk imej, bukan huruf atau angka, maka mereka menghadapi masalah untuk menyesuaikan
cara pembelajaran mereka dengan sistem pembelajaran yang sedia ada. Beberapa personaliti
yang terkenal seperti Albert Einstein, Henry Ford, Alexander Graham Bell, Walt Disney, Cher,
Whoopi Goldberg, General George Patton, Robin Williams' dan Leonardo da Vinci pada asalnya
merupakan individu disleksia. Contoh beberapa personaliti yang dikemukakan ini menunjukkan
bahawa individu disleksia mempunyai kelebihan dalam 1 atau 2 bidang yang tertentu seperti
yang disyorkan oleh International Dyslexia Association, 2003). Terdapat perbezaan antara
murid-murid disleksia dengan murid-murid lembab seperti yang diutara oleh Benton & Pearls,
(1978 : 3).
Menurut Downing and Leong 1980, Disleksia ialah menghadapi kepayahan spesifik
dalam pembelajaran membaca, menulis, mengeja dan mengira. Di antara ciri-ciri yang terdapat
pada murid-murid ini ialah seperti baik dalam kemahiran pertuturan dan penaakulan serta
mempunyai masalah ingatan pandang dan ingatan dengar lemah ingatan. Di samping itu, terdapat
masalah dalam susunan urutan huruf dan nombor. Kemudian, terdapat kekeliruan memahami
hala kiri dan kanan, bawah dan atas serta kebalikan huruf-huruf atau nombor tertentu.
Perkembangan bahasa dan pertuturan yang lambat. Mereka juga lemah koordinasi - kekok
pergerakan. Kebanyakan dari Disleksik mempunyai penulisan yang lemah serta kelajuan
menulis yang lambat dan ejaan yang lemah.
Pada umumnya, murid-murid yang tergolong dalam kategori ini boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu Disleksia Perolehan dan Disleksia Perkembangan. Disleksia Perolehan
ialah merupakan kehilangan segala kemahiran bacaan, sama ada yang dipelajari sebelumnya,
atau yang akan dipelajari, disebabkan masalah kerosakan otak. Ellis (1984) menyenaraikan jenis-
jenis disleksia perolehan seperti Disleksia tumpuan atau disleksia literal. Disleksia pembentukan
23
perkataan atau bacaan huruf demi huruf Disleksia yang dikaitkan dengan pandanganDisleksia
fonologikal .Disleksia langsung atau bacaan tanpa kaitan semantik Disleksia lahir atau disleksia
semantik. Manakala itu, Disleksia Perkembangan pula merupakan satu keadaan yang dialami
oleh murid yang pada dasarnya mempunyai tahap kecerdasan yang baik . Masalah ini dapat
dilihat pada defisit dan had pemerosesan maklumat dalam ingatan jangka pendek , sama ada
diajukan melalui pandangan atau pendengaran. Dan had kebolehan ini dapat dilihat dalam
tugasan yang memerlukan murid-murid mengguna ingatan jangka pendek, seperti membaca dan
mengeja
1.10 Rumusan
Menurut Culcutta R.A , Tompkins J.R Fundenmental of Special Education 1999, pengajaran
yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang
berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang
pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa
Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan
penyelidikan yang tersendiri. Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk
memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas,
peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan
murid.Kanak-kanak yang menyimpang dari kanak-kanak biasa dari segi mentalnya, kebolehan
deria, fizikal dan urat saraf, tingkahlaku sosial dan emosi, keupayaan berkomunikasi, kecacatan
pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau
memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan
maksimanya.
24
Kementerian Pendidikan Malaysia menggangarkan berdasarkan perangkaan 2001 bahawa
seramai 290,000 murid sekolah dari 4.9 juta murid berkemungkinan memiliki ciri-ciri Masalah
Pembelajaran Spesifik (SPLD); Disleksia. (KPM 2000). Empat peratus dari populasi dunia
adalah signifikan memiliki simptom-simptom disleksia (Musa 2002). Kanak-kanak berkeperluan
khas termasuk kanak-kanak disleksia juga memerlukan pendidikan yang sempurna dan berkesan
dalam memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan yang bermakna.
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Khas yang diwujudkan
pada 1998 secara langsung mengendalikan pengurusan pendidikan bagi kanak-kanak Bermasalah
Pendengaran (Pekak), Bermasalah Penglibatan (Rabun dan Buta) dan Bermasalah Pembelajaran.
Bagi program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran meliputi Kanak-kanak Syndrome
Down, Kanak-kanak autistik ringan, Kanak-kanak kurang keupayaan mental (learning
disabilities), Kanak-kanak bermasalah emosi, Kanak-kanak bermasalah kesihatan, dan
Kanakkanak kecelaruan bahasa dan pertuturan (Blue Print Kurikulum Jabatan Pendidikan Khas
2001). Kajian oleh Norani, Abd.Razak, Norazizah, Adnan @ Nan Khamis dan Siti Eshah (1999),
menunjukkan seramai 3,103 (9%) daripada 34,178 kanak-kanak prasekolah adalah terdiri dari
berkeperluan khas pelbagai kategori. Statistik Jabatan Pendidikan Khas sehingga November
2000, bahawa 65.8% kanak-kanak di program Pendidikan Khas bersamaan 8,053 daripada
12,227 orang adalah bermasalah pembelajaran. Kenyataan ini harus mengambilkira bahawa salah
satu kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak kecelaruan bahasa dan
pertuturan.
25
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Setiap pelajar di negara kita mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan tidak
mengira umur, jantina atau pun bangsa. Dasar Pendidikan Negara yang inginkan pelajarnya maju
dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial perlu menitikberatkan supaya pelajar dapat
mengembangkan potensi diri mereka. Terdapat segolongan pelajar yang dilabelkan pelajar
istimewa atau khas. Pelajar ini sebenarnya juga mempunyai keistimewaan seperti pelajar lain,
tetapi mereka sering dianggap lemah, mundur atau lembam. Pelajar ini sebenarnya perlu diberi
perhatian dan galakkan supaya dapat memberi sumbangan kepada negara sebagaimana pelajar
normal yang lain. Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan yang
telah berlaku di Malaysia. Peringkat perkembangan ini adalah berdasarkan peranan dan
26
tanggungjawab yang dijalankan oleh pihak-pihak yang tertentu iaitu, peranan kerajaan sebagai
tunggak utama, badan-badan sukarela yang prihatin sama ada dari dalam dan luar negara.
Peringkat tersebut adalah seperti berikut:
1) Peringkat pertama ( Tahun 1947)
Pada peringkat ini peranan utama dijalankan oleh pertubuhan ibu bapa, pertubuhan etnik dan
pertubuhan sukarela dari dalam dan luar negara. Pada peringkat ini timbul kesedaran
mengenai kanak-kanak istimewa ini dan pelbagai pihak memberikan sumbangan untuk
membantu mereka. Kesedaran mengenai kanak-kanak istimewa ini sangat penting dalam
sejarah Pendidikan Khas.
2) Peringkat kedua (1948-1980)
Pada tahun 1948, kerajaan telah menubuhkan beberapa sekolah khas seperti Sekolah Rendah
Princess Elizabeth di Johor Bahru dan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau
Pinang (1954). Penubuhan sekolah-sekolah ini menunjukkan keperihatinan kerajaan untuk
memberi pendidikan kepada kanak-kanak istimewa ini. Seterusnya Kementerian Pendidikan
telah melipatkgandakan usaha mempertingkatkan lagi mutu pelajaran Pendidikan Khas. Pada
tahun 1960an, Kementerian mula mewujudkan kursus untuk guru-guru di Maktab Perguruan
Ilmu Khas, Cheras. Maktab ini telah menganjurkan kursus cacat penglihatan (1962) dan
kursus cacat pendengaran (1963).
3) Peringkat ketiga (1981 – kini)
27
Pihak kerajaan adalah tunggak utama dimana kerajaan telah memberikan kemudahan fizikal
seperti sekolah, khidmat sokongan (pekerja), sumber kewangan yang mencukupi dan
khidmat kepakaran yang disalurkan terus kepada Pendidikan Khas. Kerajaan telah membina
sekolah khas seperti Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (1969)
yang menawarkan mata pelajaran Vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (1987) menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.
Program Pendidikan Khas Integrasi bagi pelajar yang menghadapi masalah pendengaran pula
terdapat di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh Malaysia seperti SMT Azizah, Johor
Bahru, SMT Langkawi, Kedah, SMT Batu Pahat, Johor, SMT Bagan Serai, Perak, SMT
Tanah Merah Kelantan dan SMT Keningau Sabah.
2.2 Murid –murid Bermasalah Pembelajaran
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti
dandisahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu
proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap
kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan seperti kebolehan kognitif, tingkahlaku
sosial perkembangan ,penguasaan bahasa lisan/pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran
perkembangan (developmental skills) dan kemahiran matematik
2.2.1 Pendekatan pendidikan murid-murid Bermasalah Pendidikan
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,
Jilid 41, No 26, Tambahan No. 94, Perundangan (A) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1998
di bahagian II menyatakan “ Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan, guru-guru boleh
28
mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti, mata
pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan Pendidikan Khas”.
Kanak-kanak istimewa yang memerlukan Pendidikan Khas boleh dibahagikan
kepada 7 kategori iaitu :
1) Kanak-kanak cerdas-pintar dan berbakat istimewa
2) Kanak-kanak cacat fizikal (Psikomotor atau neurosisi)
3) Kanak-kanak cacat penglihatan
4) Kanak-kanak cacat pendengaran dan masalah komunikasi
5) Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku (Behavioural disorders)
6) Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning disabilities)
7) Kanak-kanak kerencatan akal (Mentally retarded)
Kanak-kanak istimewa ini sebagaimana kanak-kanak lain akan menjalani persekolahan
bermula dengan Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Kanak-kanak ini
boleh memasuki prasekolah melalui Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas.
Mereka mestilah berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Mereka mestilah disahkan oleh
pengamal perubatan sebagai kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak tersebut juga boleh
mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Apabila tamat prasekolah, kanak-kanak Pendidikan Khas boleh memasuki
sekolah rendah mengikuti aliran akademik. Syarat yang sama seperti prasekolah perlu
diikuti iaitu, berumur 6 hingga 14 tahun, disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh
mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Kementerian telah menyediakan pelbagai
kemudahan termasuklah asrama dan makan minum secara percuma. Murid yang
29
mengikuti Program Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau
kurikulum alternatif.
Setelah tamat pelajaran peringkat sekolah rendah, pelajar Pendidikan Khas boleh
memasuki pelajaran peringkat menengah. Syarat yang dikenakan iaitu berumur 13 hingga
19 tahun, disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan
orang lain. Kementerian telah menyediakan 2 jenis aliran pelajaran peringkat sekolah
menengah iaitu aliran akademik dan vokasional. Aliran akademik boleh diikuti di sekolah
menengah akademik biasa dan vokasional di sekolah menengah teknik yang terlibat.
Tempoh pengajian pelajar Pendidikan Khas berbeza dengan pelajar normal yang lain.
Pengajian peringkat sekolah rendah adalah enam tahun. Manakala peringkat menengah
pula adalah lima tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum di
mana-mana peringkat sama ada sekolah rendah atau menengah mengikut keperluan
pelajar berkenaan. Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan
Falsafah Pendidikan Khas iaitu “ Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang
berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri
sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara”.
2.2.2 Masalah dalam pendekatan pendidikan bagi murid-murid Disleksia
Dalam bidang pendidikan khas, perkara pertama yang biasanya dilaksanakan apabila
seseorang murid disyaki mempunyai sesuatu ketidakupayaan atau masalah adalah untuk
menjalankan penilaian bagi mengenal pasti ketidakupayaan atau masalah tersebut
30
(Pierangelo & Giuliani, 1998). Mengikut Rumrill dan Cook (2001), proses mengenal
pasti murid-murid pendidikan khas seharusnya menggunakan ujian yang memenuhi
kriteria psikometri kebolehpercayaan dan kesahan sebelum digunakan untuk mengenal
pasti murid-murid berkeperluan khas. Justeru itu, perkara pertama yang seharusnya
dilakukan untuk menangani masalah disleksia di Malaysia adalah dengan membina dan
mengesahkan ujian-ujian yang relevan bagi mengenal pasti murid-murid disleksia dalam
Bahasa Malaysia. Secara umumnya, kanak-kanak disleksia merujuk kepada kanak-kanak
yang mempunyai masalah membaca yang tidak boleh diterangkan oleh faktor-faktor
kecerdasan intelek yang rendah, ketidakupayaan deria, masalah emosi, kekurangan
peluang pendidikan ataupun kekurangan dalam latar belakang sosioekonomi (Snowling,
2000; Lee, 2004; Lee, 2008).
Kementerian Pendidikan Malaysia mencirikan murid-murid disleksia sebagai
murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa
tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja,
membaca dan menulis (Haniz, 2003). The British Psychological Society (BPS)
mendefinisikan disleksia sebagai masalah dalam membaca dan/atau mengeja dengan
tepat dan lancar (BPS, 1999). Definisi ini menunjukkan bahawa kriteria yang paling
utama untuk mengenal pasti disleksia adalah kriteria masalah dalam membaca dan/atau
mengeja. Manakala itu,mengikut kajian oleh Lee(2004, 2006), murid-murid disleksia
yang membaca dalam BM memang mempunyai kesukaran yang tinggi untuk membaca
dan mengeja perkataan. Sebagai contoh, terdapat murid disleksia yang keliru dengan
bentuk perkataan dan membaca ''dia'' sebagai ''dan'' (Lee, 2004). Murid disleksia juga
didapati akan selalu salah mengeja perkataan (Lee, 2004; 2005). Oleh sebab itu, salah
31
satu perkara pertama yang perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti disleksia dalam BM
adalah dengan membina dan menentukan kesahan ujian untuk mengenal pasti masalah
membaca dan mengeja.
Mengikut Yahya (2003), membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan
manusia dan kemahiran ini merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu
pengetahuan. Proses membaca yang kompleks ini bergantung kepada komponen
membaca perkataan tunggal dan komponen pemahaman (Catts, Adlof & Weismer, 2006).
Mengikut Pressley (2002), masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang yang
sedang mula membaca adalah masalah dalam komponen membaca perkataan secara
tunggal. Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca
perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang
mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah
hampir sama (Fitzgerald & Stanahan, 2000). Oleh sebab perkaitan yang rapat antara
kemahiran membaca perkataan tunggal dan kemahiran mengeja, maka adalah tidak
hairan bahawa murid-murid disleksia menunjukkan masalah dalam kedua-dua kemahiran
ini.
Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan dan
akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas atau
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.Disleksia ialah kesukaran atau
ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah
menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999). Pada masa ini
kanak-kanak disleksia tidak mendapat perhatian yang khusus dalam pendidikan normal
dan perdidikan khas. Musa (2001) menyatakan kanak-kanak disleksia kerap kali
32
ditempatkan bersama kanak-kanak di kelas Pemulihan Khas. Anuar (2001) menyatakan
bahawa kanak-kanak disleksia juga ditempatkan dalam Kelas Bermasalah Pembelajaran.
Dalam proses mengenalpasti mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia, terdapat
dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2000) iaitu secara ujian dan secara senarai
semak; kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika
tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan
sebaya (Hammond & Hughes 1999). Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ),
Ujian Bacaan, Ujian Saringan yang mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang
mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan kecerdasan, penglibatan,
literaliti, urutan dan yang berkaitan. Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawa
kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak
seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam
menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang
kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam kelas
tetapi merosot dalam ujina, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang. Namun begitu
Disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ
seseorang (Sofiah 2000). Disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat (BOLD
2000). Hasil Kajian pakar perubatan mendapati dari segi fizikal, kanak-kanak disleksia
adalah aktif (Zabidi 2000). Ini adalah kerana hanya pendidikan yang sistematik dan
berkesan berdasarkan pengenalpastian kawasan kelemahan yang perlu diberi perhatian
akan dapat meminimumkan permasalahan dan kekeliruan para disleksia. Coralie (2000)
menyatakan lazimnya kanak-kanak disleksia diajar seperti kanak-kanak biasa. Apabila
33
mereka tidak dapat mengikut rentak akan dicap sebagai negatif. Beliau turut
menyuarakan agar guru memastikan tulisan mereka terang dan jelas. Proses
mengenalpasti dan merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini sangat
penting. Rosana (1998) menyatakan pelajar disleksia secara keseluruhannya lemah dalam
pembelajaran. Mereka biasanya kehilangan asas dan merosot dalam ujian tidak terancang
dalam membuat sesuatu, cepat lupa dan tidak tepat serta lambat dalam berlisan. Irwin
(2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia memerlukan
satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Program pengajaran
biasa tidak selalunya efektif untuk pelajar-pelajar ini. Beliau mencadangkan alternative
pengajaran yang perlu dititikberatkan oleh guru, melibatkan penggunaan pelbagai deria
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ke atas kanak-kanak disleksia di peringkat
sekolah rendah sangat kurang
2.3 Disleksia
Secara umumnya, Disleksia ialah merupakan kepayahan memahami perkataan.
Kepayahan dalam melihat perkataan, mendengar sebutan perkataan, menyebut perkataan
dan sebagainya.ia juga disebut kesukaran dalam mentafsir fonologi yang bermaksud
kesukaran dalam menggambarkan dan menghubungkaitkan perkataan dalam ingatan
untuk mengingati perkataan itu.Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga
kanak-kanak tersebut. Ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke
atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut
menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. Kajian dapati
gejala ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan
34
dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab
berbanding orang perempuan.Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan
iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak
berapa matang atau dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu
menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi
dengan sepenuhnya.
2.3.1 Ciri-ciri disleksia dalam kalangan Murid-murid bermasalah Pembelajaran
Disleksia bukanlah suatu konsep yang mudah untuk dijelaskan di mana kebanyakkan
penyelidik bersetuju bahwa disleksia bolehlah diterangkan sebagai keadaan seseorang
yang mengalami masalah membaca, menulis dan mengira yang agak serius. Masalah ini
kebiasannya berkait rapat dengan gangguan urat saraf. Kanak-kanak disleksia pada
umumnya adalah kanak-kanak normal tetapi mempunyai masalah yang berpunca dari
kecelaruan pada bahagian otaknya.Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk
menyelidik tahap kebolehpercayaan pelajar prasekolah IPDA. Maklumat mengenai tahap
kebolehpercayaan pelajar-pelajar prasekolah ini dianggap penting bagi mengetahui sejauh
manakah kebolehan mereka dalam proses pembelajaran. Di samping itu, kita juga boleh
mengenal pasti strategi-strategi pengajaran yang lebih efektif dalam usaha untuk
memperbaiki prestasi akademik di kalangan pelajar-pelajar ini.
Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam
membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan antara bunyi-bunyi
huruf. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pula, disleksia adalah masalah murid
yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi
35
menghadapi kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengeja.Selain masalah membaca dan mengeja, terdapat juga masalah sampingan yang
lain turut menyumbang kepada kesukaran dalam pembelajaran seseorang individu.
Antaranya ialah Disgrafia (Dysgraphia) yang melibatkan kesukaran menulis ,
Discalculia(Dyscalulia) yang melibatkan kesukaran dalam pengajaran matematik dan
masalah bahasa yang yang melibatkan kesukaran mendengar dan bertutur. Masalah
sampingan ini selalunya bertindihan antara satu sama lain dan sukar untuk
dikesan.Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun
mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Mereka juga mempunyai keupayaan intelek
yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Masalah
asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual
dengan bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami,
mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.Antara
ciri-ciri disleksia yang dapat dikenalpasti di peringkat pra sekolah berkemungkinannya
adalah lambat bertutur, mengalami kesukaran sebutan atau rima, sukar menulis nama
sendiri, sukar mengenal bentuk bentuk atau warna dan sukar memberitahu cerita yang
telah didengarinya.Masalah yang berkaitan dengan murid disleksia ini berkaitan dengan
kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (bacaan terbalik), tidak dapat
membezakan nombor 15 dengan 51 ,perkataan “was” menjadi“saw”, huruf “b” menjadi
“d”. Mereka juga mengalami kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
yang diberikan. Jika tidak dikenalpasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan
36
gangguan emosi (kemurungan), masalah tingkah laku (melawan, kecelaruan tingkah
laku) dan rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah).
Drake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri,
antaranya: kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehanintelektual,
tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan
tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat setelah
beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan
pengamatan visual). Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami disleksia
perkembangan ialah kanak-kanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-
kanak yang lebih muda darinya kerapkali ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas.
Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M
iaitu membaca, menulis dan mengira.
Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan dan
akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas atau
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Disleksia ialah kesukaran atau
ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah
menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith 1999). Pada masa ini
kanak-kanak disleksia tidak mendapat perhatian yang khusus dalam pendidikan normal
dan perdidikan khas. Musa (2001) menyatakan kanakkanak disleksia kerap kali
ditempatkan bersama kanak-kanak di kelas Pemulihan Khas. Anuar (2001) menyatakan
bahawa kanak-kanak disleksia juga ditempatkan dalam Kelas Bermasalah Pembelajaran.
Dalam proses mengenalpasti mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia, terdapat
dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2000) iaitu secara ujian dan secara senarai
37
semak; kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika
tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan
sebaya (Hammond & Hughes 1999).
Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan, Ujian Saringan
yang mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan,
matematik dan kecerdasan, penglibatan, literaliti, urutan dan yang berkaitan. Selain itu,
Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri
iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan
berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada
hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan
pengajaean dalam kelas tetapi merosot dalam ujina, tidak tepat dalam bacaan dan tidak
terancang. Namun begitu Disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada kaitan dengan
tahap kecerdikan atau IQ seseorang (Sofiah 2000). Disleksia tidak boleh disembuhkan
tetapi boleh dirawat (BOLD 2000). Hasil Kajian pakar perubatan mendapati dari segi
fizikal, kanak-kanak disleksia adalah aktif (Zabidi 2000). Ini adalah kerana hanya
pendidikan yang sistematik dan berkesan berdasarkan pengenalpastian kawasan
kelemahan yang perlu diberi perhatian akan dapat meminimumkan permasalahan dan
kekeliruan para disleksia.
Coralie (2000) menyatakan lazimnya kanak-kanak disleksia diajar seperti kanak-
kanak biasa. Apabila mereka tidak dapat mengikut rentak akan dicap sebagai negatif.
Beliau turut menyuarakan agar guru memastikan tulisan mereka terang dan jelas. Proses
mengenalpasti dan merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini sangat
38
penting. Rosana (1998) menyatakan pelajar disleksia secara keseluruhannya lemah dalam
pembelajaran. Mereka biasanya kehilangan asas dan merosot dalam ujian tidak terancang
dalam membuat sesuatu, cepat lupa dan tidak tepat serta lambat dalam berlisan. Irwin
(2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia memerlukan
satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Program pengajaran
biasa tidak selalunya efektif untuk pelajar-pelajar ini. Beliau mencadangkan alternative
pengajaran yang perlu dititikberatkan oleh guru, melibatkan penggunaan pelbagai deria
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ke atas kanak-kanak disleksia di peringkat
rendah sangat kurang dijalankan di Malaysia. Kajian-kajian sebegini adalah perlu
diteruskan terutama untuk mengenalpasti tahap atau peratusan bilangan kanak-kanak
yang mempunyai simptom disleksia di peringkat prasekolah.
Pengesanan symptom juga sepatutnya dilakukan secara menyeluruh ke atas
keupayaan kanak-kanak melibatkan semua deria utama dan pergerakan walaupun
disleksia sering kali menjuruskan perhatian kita kepada kecelaruan kanak-kanak dalam
pembacaan ke atas tulisan bercetak. Melalui pengesanan awal ini akan membina
kesediaan penagjaran yang lebih terancang dan berkesan di tahap awal pendidikan oleh
guru-guru yang terlibat secara langsung dengan mereka. Impak dari keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran tersebut akan meminimakan masalah di kalangan kanak-
kanak bersimptom disleksia.
2.3.2 Punca-punca disleksia
Mengikut Mercer (1997), Hammond dan Hughes (1996) dan Spaafford dan Grosser
(1996), antara punca-punya terjadinya disleksia ialah melibatkan tiga faktor iaitu
39
keturunan atau genetik, biologi dan kematangan. Antaranya ialah dalam kebanyakan kes,
terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama.
Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah tahap keterukkannya.
Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom
15,1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun temurun. Dalam aspek biologinya
pula,pada kebiasaannya, sejarah kanak-kanak disleksia semasa dilahirkan adalah tidak
cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.
Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan kepada
perkembangan mereka. Sebahagian daripada kerosakan otak akan menyebabkan kanak-
kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini adalah minimum.Dari aspek
kematangan pula,Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian
tertentu dalam sistem saraf mereka. Pada kebiasaannya kanak-kanak lelaki lambat
matang berbanding kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak
ini merupakan salah satu kemungkinan punca terjadinya disleksia.Menurut Rourke
(1991), kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai pelbagai defisit atau
kekurangan yang disebabkan oleh kurang fungsian (dysfunction) otak. Bukan bermakna
kanak-kanak itu mengalami kecederaan atau kerosakan di bahagian otak tetapi otak
kanak-kanak disleksia beroperasi secara berbeza berbanding kanak-kanak normal yang
lain.Menurut Galaburda dan Tallal (1991), sistem pemprosesan auditori dan visual pada
otak individu yang mengalami disleksia selalunya lebih kecil sebanyak 27 % berbanding
dengan individu normal.
40
2.4 Kajian-kajian lepas berkaitan disleksia dan Murid-murid Bermasalah
Pembelajaran
Kajian yang dijalankan oleh Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd. Nor. (2005) adalah
mengenalpasti peratusan sampel yang berisiko mempunyai simptom disleksia, peratusan
berdasarkan gender dan subkajian yang paling sukar dikuasai oleh sampel. Sampel
seramai 40 orang dari dua kelas prasekolah di dua buah sekolah berbeza di Negeri
Sembilan yang dipilih secara rawak. beliau mendapati 11 orang menunjukkan simptom
berisiko disleksia, 6 orang sangat berisiko mempunyai simptom disleksia. Kanak-kanak
lelaki lebih ramai berbanding kanak-kanak perempuan. Kegagalan melebihi 40 peratus
bagi subujian menamakan abjad atau huruf, mengenalpasti rima atau sebutan huruf
pertama dan membezakan bunyi.
Kajian “Satu Tinjauan ‘Prevalence’ Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran pada
Tahap 1 Sekolah Rendah Mengikut Persepsi Guru” dijalankan oleh Khadijah Rohani
Mohd. Yunus dan Zalizan Mohd. Jelas adalah meninjau kekerapan dan jenis masalah
pembelajaran yang dialami oleh murud-murid di tahap 1 sekolah rendah di tujuh kawasan
yang telah dikenalpasti. Sejumlah murid seramai 20,850, seramai 2682 murid telah
dikenalpasti oleh guru-guru mereka sebagai bermasalah. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa kekerapan berlakunya masalah pembelajaran di tahun satu dan dua hampir sama
(35.3% dan 35.5%) manakala kekerapan pada tahun tiga menurun (29.3%). Kajian ini
juga mendapati bahawa lebih ramai murid lelaki (62.7%) mengalami masalah daripada
murid perempuan (37.3%). Dan aspek masalah yang paling tinggi adalah penggunaan
bahasa (73.8%).
41
Kajian yang dijalankan oleh Prof. Dr. Burkhart Fischer pada tahun 1997
berkenaan dengan kanak-kanak yang berhadapan dengan risiko kegagalan dalam
membaca. Kajian ini telah dijalankan ke atas kanak-kanak yang berumur antara lima
hingga tujuh tahun. Seramai 826 sampel telah diambil dari kalangan kanak-kanak yang
berumur antara empat hingga lapan tahun. Beberapa subujian telah dilakukan ke atas
kanak-kanak ini. Ujian ini mengandungi empat subujian kesedaran fonologikal, iaitu
subujian kadar pertuturan dan subujian pemahaman surat. Kajian ini telah menggunakan
alat ujian Phonological Abilities Test (Muter et al., 1997). Kajian ini telah menggunakan
teori fonologikal untuk menerangkan kajian yang telah dijalankan.
Kajian yang dijalankan oleh Tarnopol dan Tarnopol pada tahun 1981 adalah
mengkaji kekerapan disleksia yang berlaku mengikut bahasa. Kajian ini dijalankan ke
atas kanak-kanak dari 26 buah negara iaitu Venezuela, Jepun, dan China. Dapatan kajian
mendapati negara yang kerap mengalami disleksia adalah Venezuela sebanyak 33%,
Jepun dan China sebanyak 1%. Kajian yang sama pada tahun 2001 yang dilakukan oleh
Grigorenko mendapati negara yang menggunakan Bahasa Inggeris mengalami kekerapan
disleksia sebanyak 20% dan Jerman 5%.
Kajian yang dilakukan oleh Dennis dan Victoria Molfese dari Universiti Illinois
Selatan berkenaan dengan disleksia berpunca dari masalah otak memproses bunyi dalam
otak. Dalam kajian ini menyatakan kanak-kanak yang mengalami disleksia akan keliru
apabila cuba menghubungkan konsonan seperti b dan d. Dalam kajian ini, pengkaji
merakam tindak balas gelombang otak terhadap dua siri bunyi. Kajian ini dijalankan ke
atas bayi, dan beberapa tahun berikutnya kajian sekali lagi dilakukan ke atas bayi ini.
42
Berdasarkan kajian ini didapati 80% kanak-kanak tersebut didapati telah menderita
Disleksia sejak dilahirkan lagi.
2.5 Teori-teori
2.5.1 Teori Murid-murid Bermasalah Pembelajaran
Pendidikan Khas bagi murid-murid bermasalah pembelajaran bererti program yang
dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan
pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid
khas. Ini termasuk penggunaan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran
murid-murid khas. Program pendidikan khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk
murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini
dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. Pendekatan
pelbagai disiplin digunakan untuk mendapatkan khidmat sokongan mengikut keperluan
murid-murid khas. Teori yang diguna pakai adalah fleksibel dan mudah laras selari
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
43
2.5.2 Teori Disleksia
(i) The Phonological Theory
Teori ini menerangkan mengenai kesukaran bagi penghidap disleksia untuk
menghubungkan bunyi dan simbol dalam pembacaan dan ejaan. Teori ini secara tidak
lansung menerangkan bahawa terdapat hubungan antara kelemahan dalam aspek kognitif
dengan aktiviti pembacaan. Bukti untuk yang menyokong teori ini ialah yang mana
penghidap disleksia mengalami kelemahan dalam ingatan jangka pendek dan kelemahan
dalam menamakan sesuatu benda dan ini adalah perkara yang menjadi kebiasaan bagi
yang menghadapi permasalahan dalam fonologi (Snowling, 2000, Ramus et al., 2003).
(ii) The Cerebellar Theory
Teori ini menerangkan yang mana penghidap disleksia mempunyai masalah dalam aspek
untuk mengikuti sesuatu arahan, keseimbangan badan, kemahiran motor, kemahiran
fonologi dan kepantasan memproses maklumat (Nicolson et al., 2001, Ramus et al., 2003,
Fawcett, 2001). Permasalahan dalam aspek kemahiran motor adalah berkaitan dengan
serebelum di bahagian otak. Ini kerana bahagian serebelum adalah berkaitan dengan
kemahiran bahasa dan kognitif termasuklah dalam aspek pembacaan. Bukti untuk
menyokong teori ini adalah kelemahan penghidap disleksia dalam aktiviti-aktiviti yang
melibatkan kemahiran motor, masa penilaian dan keseimbangan (Fawcett et al., 1996,
Fawcett & Nicolson, 1999).
44
(iii) The Magnocellular Theory
Berdasarkan sejarah, kecelaruan dalam visual dan auditori adalah sesuatu yang
berasingan namun kemudiannya ia telah digabungkan menjadi satu (Stein & Walsh,
1997, Tallal et al., 1998). Teori ini lebih menekankan kepada permasalahan dalam aspek
visual dan auditori bagi penghidap disleksia dan ia adalah penyumbang kepada masalah
dalam aktiviti pembacaan. Ini bermakna, teori ini menafikan bahawa masalah fonologikal
bukan penyebab dalam masalah pembacaan bagi penghidap disleksia. Selain itu, terdapat
kajian yang menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi anatomi otak bagi
penghidap disleksia dibahagian visual dan anatomi.
2.6 Rumusan
Kajian yang dijalankan oleh Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd. Nor. (2005) adalah
mengenalpasti peratusan sampel yang berisiko mempunyai simptom disleksia, peratusan
berdasarkan gender dan subkajian yang paling sukar dikuasai oleh sampel. Sampel
seramai 40 orang dari dua kelas prasekolah di dua buah sekolah berbeza di Negeri
Sembilan yang dipilih secara rawak. beliau mendapati 11 orang menunjukkan simptom
berisiko disleksia, 6 orang sangat berisiko mempunyai simptom disleksia. Kanak-kanak
lelaki lebih ramai berbanding kanak-kanak perempuan. Kegagalan melebihi 40 peratus
bagi subujian menamakan abjad atau huruf, mengenalpasti rima atau sebutan huruf
pertama dan membezakan bunyi.
Kajian “Satu Tinjauan ‘Prevalence’ Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran pada
Tahap 1 Sekolah Rendah Mengikut Persepsi Guru” dijalankan oleh Khadijah Rohani
Mohd. Yunus dan Zalizan Mohd. Jelas adalah meninjau kekerapan dan jenis masalah
45
pembelajaran yang dialami oleh murud-murid di tahap 1 sekolah rendah di tujuh kawasan
yang telah dikenalpasti. Sejumlah murid seramai 20,850, seramai 2682 murid telah
dikenalpasti oleh guru-guru mereka sebagai bermasalah. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa kekerapan berlakunya masalah pembelajaran di tahun satu dan dua hampir sama
(35.3% dan 35.5%) manakala kekerapan pada tahun tiga menurun (29.3%). Kajian ini
juga mendapati bahawa lebih ramai murid lelaki (62.7%) mengalami masalah daripada
murid perempuan (37.3%). Dan aspek masalah yang paling tinggi adalah penggunaan
bahasa (73.8%).
Kajian yang dijalankan oleh Prof. Dr. Burkhart Fischer pada tahun 1997
berkenaan dengan kanak-kanak yang berhadapan dengan risiko kegagalan dalam
membaca. Kajian ini telah dijalankan ke atas kanak-kanak yang berumur antara lima
hingga tujuh tahun. Seramai 826 sampel telah diambil dari kalangan kanak-kanak yang
berumur antara empat hingga lapan tahun. Beberapa subujian telah dilakukan ke atas
kanak-kanak ini. Ujian ini mengandungi empat subujian kesedaran fonologikal, iaitu
subujian kadar pertuturan dan subujian pemahaman surat. Kajian ini telah menggunakan
alat ujian Phonological Abilities Test (Muter et al., 1997). Kajian ini telah menggunakan
teori fonologikal untuk menerangkan kajian yang telah dijalankan.
Kajian yang dijalankan oleh Tarnopol dan Tarnopol pada tahun 1981 adalah
mengkaji kekerapan disleksia yang berlaku mengikut bahasa. Kajian ini dijalankan ke
atas kanak-kanak dari 26 buah negara iaitu Venezuela, Jepun, dan China. Dapatan kajian
mendapati negara yang kerap mengalami disleksia adalah Venezuela sebanyak 33%,
Jepun dan China sebanyak 1%. Kajian yang sama pada tahun 2001 yang dilakukan oleh
46
Grigorenko mendapati negara yang menggunakan Bahasa Inggeris mengalami kekerapan
disleksia sebanyak 20% dan Jerman 5%.
Kajian yang dilakukan oleh Dennis dan Victoria Molfese dari Universiti Illinois
Selatan adalah berkenaan dengan disleksia berpunca dari masalah otak memproses bunyi
dalam otak. Dalam kajian ini menyatakan kanak-kanak yang mengalami disleksia akan
keliru apabila cuba menghubungkan konsonan seperti b dan d. Dalam kajian ini, pengkaji
merakam tindak balas gelombang otak terhadap dua siri bunyi. Kajian ini dijalankan ke
atas bayi, dan beberapa tahun berikutnya kajian sekali lagi dilakukan ke atas bayi ini.
Berdasarkan kajian ini didapati 80% kanak-kanak tersebut didapati telah menderita
disleksia sejak dilahirkan lagi.
47
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai masalah penulisan di kalangan murid-
murid Disleksia Tahun 3 di Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Sekolah
Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2). Juga dikaji nisbah jantina murid lelaki dan
perempuan yang mempunyai masalah ini.Berdasarkan tujuan kajian di atas, bab ini akan
membincangkan mengenai rekabentuk kajian, responden kajian, alat kajian, tatacara
pengumpulan data dan tatacara penganalisaan data.
3.2 Reka bentuk Kajian
Kajian ini adalah berbentuk satu kajian gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif.
Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji mudah mengumpulkan maklumat serta dapat
menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang dilakukan.. Soalan ujian diberikan
48
untuk mendapatkan pencapaian prestasi murid dalam satu set soalan yang diberikan
kepada mereka dalam tajuk ini. Seramai 25 orang murid dalam sebuah kelas Tahun 3
Pendididikan Khas terlibat dalam kajian ini. Pengkaji akan menjalankan pemerhatian dan
satu set soalan. Keputusan kajian kes akan disemak dan dibandingkan.
3.3 Reka bentuk Kajian Kuantitatif
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar
dan dipilih berasaskan kebarangkalian.Kajian kuantitatif adalah kajian yang
menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur,
melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan
ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.Menurut John
W. Cresswell (2008), Kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan pendidikan di mana
pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan
skop soalan, mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada peserta, menganalisa
nombor-nombor tersebut menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk
yang objektif dan tidak bias.
3.4 Reka bentuk kajian kaedah kualitatif
Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat dan data yang bersifat
kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen
atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini
lebih kecil berbanding kajian kualitatif. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif
49
yang melibatkan kajian kes. Metodologi kualitatif boleh digunakan untuk mendapatkan
pemahaman yang lebih baik tentang sesuatu fenomena yang belum lagi diketahui (Strauss
dan Corbin, 1990 dalam Othman Lebar, 2007) ). Ini bermaksud, melalui kajian kualitatif,
penyelidik boleh mengenal pasti dan mengkaji tentang masalah penulisan di kalangan
murid Disleksia.
3.5 Lokasi Kajian
Kajian ini telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) Putrajaya. Di
mana sekolah ini mempunyai seramai 1200 orang murid dan mempunyai satu sesi
pembelajaran sahaja iaitu waktu pagi. Manakala itu, terdapat 63 orang murid aliran
Pendidikan Khas yang meliputi Masalah Pembelajaran dan Pra Pendidikan Khas. Murid-
murid ini mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi masalah yang dihadapi. Ada
di kalangan mereka adalah lembam, Disleksia, Sindrom Down, Autisme, Cerebral Palsy
dan Deficit Development.
3.6 Sampel kajian
Sampel kajian adalah terdiri daripada 25 orang murid lelaki dan perempuan Tahun 3
aliran Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) Putrajaya.
Kesemua sampel yang dipilih telah mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik dalam
bahasa. Pemilihan murid dari kalangan murid Tahun 3 aliran Pendidikan Khas kerana
pada tahap ini, mereka dikatakan dapat menyesuaikan pembelajaran yang mereka
perolehi berdasarkan sukatan KSSR.Disamping itu pada peringkat ini, murid-murid
Disleksia dapat dikesan melalui ujian yang dibuat oleh guru. Ini kerana Disleksia hanya
50
akan diambil kira pada umur murid lapan tahun. Jadi pada umur sembilan tahun, mereka
yang mengalami Disleksia akan dapat dikesan melalui instrumen yang dibuat oleh guru
kelas mereka.
3.7 Instrumen Kajian
Satu instrumen kajian akan digunakan dalam kajian ini. Ia merupakan satu set soalan
yang mengandungi soalan mengenai tajuk yang dikaji. Soalan ujian ini akan memberikan
maklumat mengenai penulisan murid-murid Pendidikan Khas yang mengalami Disleksia.
Keputusan ini akan digunakan untuk melihat jenis-jenis kesalahn penulisan yang mereka
lakukan, peratus murid-murid Disleksia di kalangan murid-murid Pendidikan Khas dan
perbezaan jantina antara murid lelaki dan perempuan yang mengalami Disleksia. Jantina
pelajar akan diambil untuk melihat sama ada ianya mempengaruhi kebolehan pelajar
memberikan jawapan. Satu set soal selidik yang mengandungai 5 soalan juga akan
diberikan kepada murid-murid ini.
3.7.1 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
Dalam kajian yang saintifik, tumpuan utama ialah memastikan ukuran ke atas pemboleh
ubah bersandar itu sah dan mempunyai kebolehpercayaan. Perancangan ke atas reka
bentuk sesuatu kajian yang baik akan meningkatkan kesahan sesebuah kajian. Seterusnya
sesebuah kajian yang mempunyai kredibiliti yang tinggi akan memastikan kesahan
sesebuah kajian.Kesahan digunakan untuk mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang
digunakan. Ia bertujuan untuk memastikan sama ada ukuran/indikator yang digunakan itu
mengandungi semua ciri atau gagasan yang harus ada dalam konsep yang diukur itu. Bagi
51
menentukan kesahan dalaman, penyelidik boleh mengunakan beberapa kaedah seperti
tringulasi, pemeriksaan rakan, semakan rakan, kenyataan pengalaman, pilih kasih atau
pengharapan.Manakala bagi kesahan luaran, ia boleh dilihat dalam ketebalan atau
banyaknya penerangan, penggunaan pelbagai tema dan variasi yang maksimum.
Kebolehpercayaan atau reliability ialah satu konsep yang merujuk kepada ketekalan
(consistency) dan kestabilan (stability) sesuatu ukuran, alat ukur kajian atau soal
selidik.Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada ukuran itu memberikan jawapan yang
sama apabila ia digunakan untuk mengukur konsep yang sama kepada populasi atau
sampel atau responden yang sama.Terdapat dua jenis kebolehpercayaan yang sering kali
digunakan oleh penyelidik iaitu kebolehpercayaan luaran dan dalaman.Bagi memastikan
kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif, kaedah yang boleh digunakan ialah tringulasi,
kedudukan penyelidik (teori yang digunakan, asas kepada pemilihan sampel) dan dan
audit.Dalam mini kajian kualitatif yang dijalankan, kajian ini telah memastikan kedua-
dua kesahan dan kebolehpercayaan digunakan seiring dengan data-data yang diperolehi
supaya kaedah ini dapat memberikan keputusan atau penemuan yang memuaskan.
Sebagai contoh, tringulasi digunakan untuk mengukuhkan reka bentuk kajian dan sekali
gus data kajian. Kombinasi gabungan, reka bentuk eksperimen,data kualitatif, anaisis
gabungan dan analisis statistik digunakan bagi mengkaji fenomena ini. Dalam kajian ini,
saya telah menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif bagi mengukur dan mengkaji
peratus murid-murid Disleksia,masalah penulisan dan nisbah murid lelaki dan perempuan
yang Disleksik di Sekolah Kebangsaaan Putrajaya Presint 9(2) Putrajaya.
3.8 Prosedur Kajian
52
Prosedur Pengumpulan Data Pengumpulan data akan dijalankan oleh penyelidik di
Tahun 3 Aliran Pendidikan Khas.Terdapat 25 orang murid telah dipilih yang terdiri murid
perempuan dan lelaki. Setiap mereka akan diberi soalan ujian yang berjumlah 5 soalan di
mana terdapat 11 komponen soalan dalam bahasa Malaysia. Masa yang diberi kepada
murid-murid ini ialah selama satu jam.
3.9 Teknik pengumpulan data
Teknik pengumpulan data adalah teknik atau cara-cara yang dapat digunakan oleh
pengkaji untuk pengumpulan data. Teknik dalam mempamerkan sesuatu yang abstrak
dan tidak diwujudkan dalam benda, tetapi hanya dapat dilihat penggunaannya melalui
temubual, wawancara, pemerhatian, ujian, dokumentasi, dan lain-lain. Pengkaji dapat
menggunakan salah satu atau gabungan teknik tergantung dari masalah yang dihadapi
atau yang diteliti.Teknik pengumpulan data merupakan langkah yang paling utama dalam
proses penelitian, karena tujuan utama dari penelitian adalah mendapatkan data. Teknik
pengumpulan data yang diperlukan disini adalah teknik pengumpulan data mana yang
paling tepat, sehingga benar-benar didapat data yang boleh diterima pakai dan
munasabah.
3.9.1 Data kuantitatif
Pengumpulan data dapat dilakukan dalam berbagai cara dan berbagai sumber dan
berbagai cara. Bila dilihat dari cara dan kaedahnya data dapat dikumpulkan pada cara
yang biasa n. Bila dilihat dari sumber datanya, maka pengumpulan data dapat
menggunakan sumber primer dan sekunder. Sumber primer adalah sumber data yang
53
langsung memberikan data kepada pengumpul data, dan sumber sekunder merupakan
sumber yang tidak langsung memberikan data pada pengumpul data.Selanjutnya kalau
dilihat dari segi cara atau teknik pengumpulan data, maka teknik pengumpulan data dapat
dilakukan dengan temubual, soal selidik dan pemerhatian (Sugiyono, 2012: 193-194).
Dalam kajian ini, ujian terhadap 25 murid telah dijalankan. Melalui ujian tersebut,
pengkaji akan mengutip data-data dari hasil ujian yang mereka lakukan.
3.9.2 Data kualitatif
Dalam metodologi penelitian kualitatif,secara amnya data dikumpulkan dengan beberapa
teknik pengumpulan data kualitatitatif iaitu melalui temubual,pemerhatian, dokumentasi,
dan 4) perbincangan. Pada pendekatan ini, pengkaji akan membuat suatu gambaran
kompleks, meneliti kata-kata, laporan terinci dari pandangan responden, dan melakukan
kajian pada situasi yang tersebut (Creswell, 1998:15). Sebelum setiap teknik tersebut
diuraikan secara jelas, perlu ditegaskan di sini bahwa hal sangat penting yang harus
dipahami oleh setiap pengkaji adalah sebab mengapa masing-masing teknik tersebut
dipakai, data apa yang ingin diperolehi, dan pada bahgian masalah manakah yang
memerlukan teknik temubual,pemerhatian ataupun gabungan kedua-dua teknik tadi.
Pilihan teknik sangat tergantung pada jenis informasi yang diperoleh oleh pengkaji.
Dalam kajian ini, setelah memperolehi data kuantitatif melalui ujian yang dibuat oleh
murid, pengkaji akan mula membuat pemerhatian terhadap gaya penulisan murid-murid
Disleksia di mana mereka mempunyai beberapa pola kesalahan dalam gaya penulisan
mereka.
54
3.10 Analisis data kuantitatif
Untuk analisis kuantitatif, analisis data baru perlu dimulakan dana apabila seluruh data
telah dikumpulkan susun atur penelitian kuantatif akan disusun secara kompleks dan teliti
serta lengkap . Sebelum melangkah menyiapkan data untuk dianalisis, bagi memenuhi
konsep dasar penelitian kuantitatif, maka semua data yang dikumpulkan harus sudah
merupakan data kuantitatif atau pun angka . Apa yang pengkaji lakukakan dalam kajian
ini ialah analisa data kuantitatif seperti mengumpulkan data berdasarkan variabel dan
jenis responden, menguji data yang diperlolehi serta menguji hipotesis yang telah
diajukan (jika ada), (Sugiyono, 2006: 164). Data yang diperolehi akan diadaptasikan
kepada peratus iaitu peratus murid Disleksia di Tahun 3 aliran Pendidikan Khas di
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2). Seterusnya data juga akan diadaptasikan
kepada peratus nisbah murid lelaki dan perempuan Disleksia di sekolah tersebut.
3.11 Analisis data kualitatif
Mempersiapkan data untuk dianalisis dalam analisis kualitatif amat berbeza dengan
persiapan analisis data kuantitatif. Perbezaan tersebut terletak pada fungsi analisis
tersebut. Fungsi analisis dalam penelitian kualitatif ialah untuk mengkaji fenomena dan
sekaligus menganalisis fenomena untuk mengkonstruk teori pemuannya. Sedangkan
analisis dalam penelitian kuantitatif ialah untuk menguji teori (M. Kasiram, 2006:
286).Sebelum mula membuat analisis, pengkaji telah mengumpulkan data yang terkait
dengan masalah yang ada pada sasaran penelitian. Ini kerana supaya tidak terdorong
untuk mengumpulkan segala data yang di temui, maka data yang dikumpulkan ini, perlu
dianalisis adakah relevan atau tidak dengan masalah kajian dan fokus penelitiannya. Data
55
yang kurang relevan sudah mulai disingkirkan semasa kajian dibuat. Semasa kajian ini
dibuat, pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian dan penelitian terhadap aspek
penulisan murid-murid Disleksia. Gaya penulisan mereka telah dikodkan kepada lima
jenis iaitu tertinggal perkataan, menambah perkataan, mereka perkataan baru,terbalikkan
perkataan dan tulisan tidak kemas. Melalui kod yang di wujudkan ini, pengkaji telah
menyusun dan persembahkan dalam bentuk jadual
3.11 Rumusan
Ringkasan Kajian ini akan menggunakan rekabentuk kajian kuantitatif dan kualitatif
kerana jumlah peratus murid Disleksia di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) di
Putrajaya, mengira nisbah peratus murid lelaki dan perempuan Disleksia dan gaya
penulisan mereka melalui ujian yang telah diberikan. Kajian gabungan pula merupakan
kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh juga
menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.
Secara umum kaedah utama penyelidikan untuk mendapatkan data terbahagi
kepada dua, iaitu dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif.
Kita boleh memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua-duanya.
Dihubungkan dengan teori-teori sosiologi, teori yang berbentuk makro dan global selalu
akan menggunakan pendekatan kuantitatif sementara yang berbentuk mikro kebiasaannya
menggunakan pendekatan kualitatif. Terdapat perbezaan antara penyelidikan kuantitatif
dan penyelidikan kualitatif . Pendekatan kuantitatif mengutamakan ‘kuantiti ataupun
angka. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau
statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan,
56
sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya. Pendekatan kuantitatif dikatakan
lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas,
bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari
segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar. Dalam kajian ini, pengkaji
mengguanakan kaedah kuantitatif bagi mengira peratusan murid Disleksia dan mengira
nisbah peratusan murid lelaki dan perempuan Disleksia di sekolah yang sama.
Pendekatan kualitatif pula berasaskan ‘kualiti’. Ianya bersifat deskriptif yang lebih
kepada penghuraian makna perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-
data berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada
proses. Skop kajiannya pula meliputi bilangan responden yang kecil .
Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatif dan kuantitatif, kedua
duanya merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikanempirikal
mempunyai persamaan-persamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam
prosedur, membuat perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat
penjelasan sebab dan akibat dan membuat analisa kritikal. Kita boleh memilih salah satu
daripada pendekatan terutamanya berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang
akan kita laksanakan.
Sekiranya kajian kita melibatkan jumlah responden yang besar misalannya
melebihi empat puluh orang, pendekatan kuantitatif lebih sesuai. Sekiranya kita cuma
memilih bilangan responden yang kecil, misalnya lima orang, maka pendekatan kualitatif
dipilih. Dalam kajian sekularisasi, sekiranya kita ingin menyelidik seluruh komuniti
sekolah, kita mungkin akan menggunakan kuantitatif kerana sampel yang besar
diperlukan. Sekiranya kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik
57
darjah yang mempunyai tiga puluh orang murid, kita mungkin lebih sesuai memilih
pendekatan kualitatif. Kita juga boleh menggunakan kedua-dua pendekatan kualitatif dan
kuantitatif dalam satu kajian yang sama. Kita harus ingat bahawa isu utama yang menjadi
asas kepada kaedah penyelidikan adalah permasalahan, bukan kaedah menentukan
penyelidikan. Dengan kata lain setiap penyelidikan bermula dengan masalah, bukan
metodologi. Setelah ada permasalahan barulah data-data dicari melalui metodologi-
metodologi dan strategi pilihan. Strategi dan teknik merupakan cara-cara yang kita
gunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat dalam penyelidikan. Menurut
Robson (1993) strategi merujuk kepada gaya atau orientasi umum untuk menyelesaikan
masalah penyelidikan. Strategi yang dianggap tradisional ialah seperti eksperimen,
tinjauan (survey) dan kajian kes. Tujuan kajian akan membantu menentukan strategi
kajian. Teknik atau taktik pula merujuk kepada kaedah khusus dalam rekabentuk kajian.
Contohnya seperti temubual, soal selidik, partisipasi, dan sebagainya. Setiap strategi dan
teknik masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Penyelidikan boleh
memilih strategi dan teknik tertentu ataupun menggabungkannya.
Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri
kredibiliti, keobjektifan, kebolehanpercayaan, keesahan dan kebolehan untuk
generalisasi. Penyelidikan yang empirikal akan memilih strategi dan teknik yang sesuai
dan betul dalam mengumpul data. Secara amnya terdapat dua kategori data iaitu data
primer dan data sekunder. Data primer merupakan data-data yang diperolehi secara
langsung daripada ‘kejadian’ sosial sebenar. Antara teknik yang selalu digunakan untuk
mendapatkan data primer adalah seperti soal selidik, temubual, dan partisipasi. Data
sekunder pula merupakan maklumat-maklumat daripada bahan sedia ada dan boleh
58
diperolehi melalui rujukan perpustakaan. Ia melibatkan kajian-kajian teks, dokumen,
kertas kerja, mikro filem, media massa, dan sebagainya. Dalam contoh mengkaji kesan
sekularisasi, data-data yang diperolehi hasil temubual dengan murid tersebut sebagai data
primer. Data-data yang kita perolehi melalui bacaan di perpustakaan pula dianggap
sebagai data sekunder. Menginterpretasi data merupakan perkara penting yang menarik
minat penyelidik. Penganalisaan perlu dilakukan dengan teliti. Data-data akan
membuktikan atau menafikan hipotesis penyelidikan. Bagi penyelidikan kuantitatif, data-
data perlu diproses dengan pengiraan yang berhati-hati supaya tidak berlaku kesalahan
statistik. Sekarang penganalisaan data adalah lebih mudah dengan bantuan program
komputer.
59
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Melaporkan hasil bermaksud menukarkan penyelidikan yang telah dijalankan kepada bentuk
susunan teks bertulis. Ia merupakan peringkat akhir sesuatu penyelidikan. Penulisan laporan
selalunya dibahagikan kepada beberapa tajuk kecil iaitu pengenalan dan latar belakang kajian,
hipotesis dan kaedah kajian, analisa data-data, rumusan dan penutup, bibliografi dan lampiran-
lampiran yang berkaitan.
Sebelum bahagian pengenalan, laporan selalunya mengandungi ruang untuk ‘halaman’
dan ringkasan atau abstrak kajian. Bahagian pengenalan menerangkan mengenai tajuk dan
bidang kajian. Pada kebiasaannya sebahagian besar isinya adalah berdasarkan rujukan-rujukan
sekunder. Bahagian hipotesis pula menyatakan harapan-harapan pengkaji terhadap hasil kajian.
Ia juga menerangkan rasional di sebalik kaedah yang dipilih. Selepas itu barulah penulisan
60
membincangkan hasil-hasil berdasarkan data-data yang diperolehi. Hujahan-hujahan yang
kritikal disertakan. Dapatan-dapatan utama merupakan perkara-perkara yang berkaitan secara
langsung dengan permasalahan penyelidikan. Mungkin juga terdapat dapatan-dapatan sampingan
yang tidak secara langsung berkaitan dengan topik kajian. Akhirnya penyelidik akan membuat
rumusan daripada hasil kajian dan membuat cadangan-cadangan yang berkaitan. Adalah menjadi
kebiasaan setiap penyelidikan sosial mencadangkan kajian-kajian lanjut berdasarkan dapatan-
dapatannya. Sungguhpun dari beberapa segi setiap projek penyelidikan adalah unik tetapi semua
projek itu melibatkan kelima-lima peringkat asas yang sama. Peringkat-peringkat asas ini ialah
memilih permasalahan ; merumuskan rekabentuk penyelidikan ; mengumpul data ; pengkodan
dan menganalisis data dan mentafsirkan hasil kajian. Tiap-tiap peringkat itu saling bergantung
antara satu sama lain dan keseluruhan proses penyelidikan itu seolah-olah membentuk suatu
kelingkaran. Jika hipotesisnya ditolak, penyelidik mesti mengkaji semula kajian-kajian dan
membuat kajian sekali lagi. Malah jika hipotesisnya betul, penyelidik selalu berhajat untuk
membuat replikasi atau mengulang semula kajiannya untuk memastikan penemuan-penemuan
adalah tepat’. (Kenneth D. Bailey,1992) Perbincangan setakat ini telah menggariskan langkah-
langkah umum yamg dapat dijadikan sebagai panduan dalam melaksanakan penyelidikan
sosiologi. Sayugia dijelaskan bahawa perbincangan di sini bukanlah merupakan suatu
pembentangan yang lengkap mengenai penyelidikan. Sememangnya penyelidikan yang
akademik sifatnya memerlukan perincian-perincian yang lebih mendalam. Namun begitu apa
yang diharapkan adalah perbincangan ini dapat memberikan gambaran awal tentang
penyelidikan dan mendorong mereka yang berminat untuk menyelidik.
61
4.2 Dapatan kajian
Melalui dapatan kajian yang diperolehi, didapati bahawa terdapat 20% murid tidak dapat
menguasai kemahiran menyalin semula. 35% pula didapati bermasalah menyusun abjad dan
menyambung perkataan. Manakala itu, 49 % pula didapati bermasalah melengkapkan ayat. 45%
pula bermasalah dalam menyalin semula ayat yang disdebut oleh guru.
Jadual 4.1
Bentuk Soalan dan Peratus Penguasaan Murid Disleksia
Bil Soalan Bentuk Soalan Peratus Tidak Menguasai
1. Menyalin Semula 20%
2. Menyusun Abjad 35%
3. Menyambung Perkataan 35%
4. Lengkapkan Ayat 49%
5. Menyalin Semula Ayat 45%
62
4.3 Peratus Jantina Murid Perempuan dan Murid Lelaki Disleksia
Dapatan kajian menunjukkan terdapat masalah disleksia dalam kalangan murid pendidikan Khas
yang terlibat. Secara keseluruhan,20 orang murid dalam kelas Pendidikan Khas atau 80%
didapati termasuk dalam kategori individu yang mempunyai tahap disleksia. Dari segi jantina
pula, peratusan individu dalam kategori tinggi yang lebih besar adalah pelajar lelaki dengan 75%
manakala hanya 25% individu dalam kalangan lelaki berada di kategori yang sama. Dapatan
transkrip temu bual menunjukkan pendapat yang agak berbeza dalam kalangan guru terhadap
persoalan cabaran yang dihadapi dan peranan yang boleh dimainkan oleh guru dalam
permasalahan ini. Masalah penulisan yang kebanyakan terjadi pada murid-murid ini ialah
terbalik abjad, tertinggal dan menambah abjad, mereka abjad yang baru, tulisan tidak kemas dan
tidak dapat menyusun abjad atau perkataan.
Jadual 4.2
Peratus Jantina Jumlah Murid Disleksia Perempuan dan Murid Disleksia Lelaki
Jantina Peratus
Lelaki 75%
Perempuan 25%
4.4 Peratus Murid Lelaki dan Perempuan Disleksia
Setelah dilihat melalui kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji,didapati bahawa daripada 25
orang murid yang dinilai sebanyak 80% atau 20 orang yang mengalami masalah Disleksia.20
63
orang murid ini telah mempamerkan cirri-ciri Disleksia seperti mempunyai masalah dalam
penulisan, pembacaan dan pemahaman dalam bahasa.
4.5 Rumusan
Masalah murid dalam pembelajaran terutamanya dalam penulisan merupakan satu isu yang perlu
dititikberatkan kerana ianya boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Isu ini merupakan masalah yang umum bagi murid-murid sekolah. Masalah kemahiran
tulisan mekanis merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada murid yang bermasalah
pembelajaran (Abdullah bin Yusof, 2006). Smith (1998) menjelaskan bahawa ramai murid
bermasalah pembelajaran menghadapi masalah menulis dan kemahiran tulisan mekanis ini
memerlukan seseorang menterjemah pemahaman bahasa ke dalam sistem simbol. Pengamatan
terhadap bentuk-bentuk huruf yang pelbagai dan mengikut kategori huruf besar dan kecil banyak
memberi kesan kepada murid pendidikan khas. Kanak-kanak disgrafia perlu dibimbing
mengggunakan teknik-teknik yang sesuai agar masalah menguasai kemahiran asas menulis dapat
dikurangkan. Kekurangan dari segi kemahiran menulis terutamanya tulisan tangan yang buruk
boleh membawa kepada pandangan yang buruk terhadap murid. Rasa rendah diri dan kurang
keyakinan terutamanya apabila menulis di hadapan rakan-rakan lain dan guru boleh
membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran serta kebolehan murid. Seterusnya,
pengaplikasian beberapa teknik bagi membantu murid agar berupaya menulis dengan
baikmenggunakan cara menyalin semula perkataan dan juga membina ayat turut dikaji. Ini
kerana memahami teknik menulis, bantuan dan kaedah yang betul mengikut langkah-langkah
tertentu akan dapat membantu Kamal dari segi perubahan penulisan yang lebih baik. Di samping
64
itu, murid-murid Disleksia dapat berupaya dan mengamalkan teknik kemahiran tulisan mekanis
yang betul.
65
BAB 5
PERBINCANGAN , KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Seperti yang diketahui, disleksia merupakan masalah dalam pembelajaran. Disleksia
adalah masalah kurang kemampuan dari segi pembelajaran menyebabkan mereka
bermasalah untuk membaca, mengeja dan memahami. Ia bukan masalah intelektual
kerana dari segi IQ mereka bijak tetapi ketidakupayaan membezakan huruf, nombor,
menterjemahkan bunyi dan visual dalam penulisan menyebabkan mereka gagal untuk
belajar. Disleksia sebenarnya berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa
penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi
dengan betul menyebabkan gangguan pada struktur otak. Jika dahulu, masyarakat kurang
diberi pendedahan mengenainya, namun sekarang ia semakin mendapat perhatian oleh
pelbagai pihak. Media-media elektronik dan media cetak turut menyumbang dalam
66
memberi maklumat mengenai disleksia. Para ibu bapa juga turut memberi perhatia
tentang masalah pembelajaran ini.
Kajian mengenai simptom disleksia ini amat penting dalam mengesan masalah
disleksia pada peringkat awal. Mengesan disleksia pada peringkat awal sangat membantu
dalam menentukan strategi yang sesuai. Strategi yang sesuai ini akan memberi peluang
kepada kanak-kanak yang menghidap disleksia untuk lebih berjaya dalam kehidupan
seperti insan normal lain.
Kewujudan persatuan-persatuan yang berkaitan seperti Persatuan Disleksia
Malaysia telah memberi ruang kepada kanak-kanak yang menghidap disleksia agar
mempunyai masa depan yang lebih berjaya dan mampu untuk berdikari dengan
sendirinya.Disleksia dikaitkan juga dengan masalah komunikasi,sosialisasi,linguistik,
pertuturan serta penulisan. bahasa merupakan campuran kebolehan yang diperlukan
untuk berkomunikasi berbahasa atau pengeluaran perkataan. Menurut Heward, W.I &
Orlansky, M.D (1980), Bahasa adalah satu sistem yang digunakan oleh sekumpulan
manusia untuk memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol
untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Manakala, menurut
Bloom & Lahey (1978) Bahasa ialah pengetahuan menggunakan simbol untuk
menggerakkan idea dan pendapat. Penggunaan bahasa membolehkan kita menggenalkan
sesuatu objek, peristiwa atau peristiwa tanpa (reproducing) penghasilan semula.
Pertuturan pula ialah tingkah laku untuk menghasilkan kod bahasa dengan membuat
bentuk bunyi vokal yang sesuai (Hubbell, 1985;, Howard, W.L, 1996). Suara pertuturan
dihasilkan daripada empat produk melalui proses yang berkaitan iaitu pernafasan, bunyi,
resonasi dan juga artikulasi. Menurut American Speech- Language- Hearing
67
Association(ASHA) iaitu sebuah pertubuhan di Amerika yang arif dalam mengendalikan
masalah bahasa telah mendifinasikan kecelaruan bahasa sebagai kelemahan dalam
sebutan serta penggunaan bahasa lisan di mana ia melibatkan suara, bunyi-bunyi
pertuturan serta kelancaran semasa berkomunikasi. Kecelaruan ini berbentuk samada
bahasa dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis), dari segi makna bahasa itu sendiri
(semantik) dan juga fungsi bahasa (pragmatik).
Murid berkeperluan khas adalah mereka yang istimewa dan perlukan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Pada tahun 1977 satu
peruntukan di bawah perlembagaan Amerika Syarikat (Public Law 94 – 142) diluluskan
bagi mengiktiraf hak kanak-kanak Amerika yang mengalami masalah pembelajaran. Ia
khusus bagi mendapatkan pemeriksaan serta kaedah yang bersesuaian bagi menangani
masalah mereka. Dalam tahun 1981 England dan Scotland meluluskan Akta Pendidikan
yang menyatakan bahawa semua kanak-kanak yang mengalami apa jua jenis masalah
pembelajaran wajar mendapat pemeriksaan dan bantuan yang sesuai dengan keperluan
khas mereka.
Di Malaysia, pendidikan murid berkeperluan khas diletakkan di bawah Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara umumnya disleksia merujuk
kepada masalah persepsi dalam otak yang menyebabkan kesukaran membaca dan
menulis bahasa. Murid disleksia sering tidak dapat membaca walaupun mereka
mempunyai IQ yang tinggi atau sama dengan murid normal.Perkataan “disleksia”
(dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud
kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran
menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang
68
Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan
‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges,
1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan
Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf
intelek” (World Federation Of Neurology, 1968). Melalui masalah penulisan di kalangan
murid-murid Disleksia ini, Graham dan Harris (l989) serta Morrocco dan Newman (l986)
mendapati bahawa murid yang menghadapi masalah pembelajaran selalunya mendapat
kebaikan apabila penekanan terhadap proses-proses menulis dapat ditumpukan seperti
membuat perancangan, draf, ulangkaji dan mengubahsuai. Selain itu, dengan ada kajian
ini, pengkaji dapat melihat dengan lebih jelas lagi definisi yang dikaitkan dengan
disgrafia dan memberi sedikit pendedahan mengenai isu ini yang mungkin diambil ringan
oleh sesetengah guru. Penyampaian mesej yang baik membantu dalam komunikasi dan
guru dapat melihat perkembangan prestasi murid terutamanya dalam pemahaman yang
memerlukan murid untuk menulis. Penulisan tangan yang baik banyak membantu
pengkaji dan murid-murid Disleksia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
adanya kajian ini, kaedah-kaedah yang sesuai boleh digunakan kepada Kamal dan
terutamanya kepada murid pendidikan khas agar terapi yang sesuai dapat membantu
mereka menulis dengan lebih baik dan berupaya membuat ayat dengan sempurna. Graves
(1983) melihat bahawa tulisan tangan merupakan satu daripada kaedah komunikasi yang
baik terutamanya kepada murid pendidikan khas yang bermasalah dalam bercakap.
Kebiasaannya penghidap disleksia ini dapat di kesan pada peringkat awal
persekolahan. Ini kerana pada peringkat ini mereka baru mula di dedahkan dengan
pembelajaran. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam pembelajaran seperti
69
lambat membaca dan sukar menulis dengan baik. Mereka sering keliru di antara huruf-
huruf dan sering mengurang atau menambah sesuatu perkataan ketika membaca. Sukar
untuk memberikan perhatian terhadap pembelajaran. Oleh sebab itu kanak-kanak
disleksia sukar menghabiskan kerja yang diberi kepada mereka. Mengikut perasaan
sendiri tanpa memikirkan orang lain. Kanak-kanak yang lahir tidak cukup
bulan,mengalami kecederaan di kepala,anak kembar dan ibu yang sudah berumur semasa
melahirkan mempunyai risiko yang tinggi menghidap disleksia. Masalah disleksia ini
juga boleh berlarutan sehingga dewasa.Disleksia sebenarnya berpunca daripada
perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai
sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada struktur
otak. Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah 5.2.1 Peratus murid Disleksia
Amirin, berkata disleksia adalah disebabkan perbezaan otak memproses tulisan dan
pertuturan.
5.2 Perbincangan dapatan kajian
Melalui dapatan kajian yang diperolehi, didapati bahawa terdapat 20% murid tidak dapat
menguasai kemahiran menyalin semula. 35% pula didapati bermasalah menyusun abjad
dan menyambung perkataan. Manakala itu, 49 % pula didapati bermasalah melengkapkan
ayat. 45% pula bermasalah dalam menyalin semula ayat yang disebut oleh guru.
Manakala itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat masalah disleksia dalam
kalangan murid pendidikan Khas yang terlibat. Secara keseluruhan,20 orang murid dalam
kelas Pendidikan Khas atau 80% didapati termasuk dalam kategori individu yang
mempunyai tahap disleksia. Dari segi jantina pula, peratusan individu dalam kategori
70
tinggi yang lebih besar adalah pelajar lelaki dengan 75% manakala hanya 25% individu
dalam kalangan lelaki berada di kategori yang sama. Dapatan transkrip temu bual
menunjukkan pendapat yang agak berbeza dalam kalangan guru terhadap persoalan
cabaran yang dihadapi dan peranan yang boleh dimainkan oleh guru dalam permasalahan
ini. Masalah penulisan yang kebanyakan terjadi pada murid-murid ini ialah terbalik
abjad, tertinggal dan menambah abjad, mereka abjad yang baru, tulisan tidak kemas dan
tidak dapat menyusun abjad atau perkataan.
5.2.1 Perbezaan Peratus Murid Lelaki dan Perempuan Disleksia
5.2.2 Masalah Penulisan Di Kalangan Murid-Murid Disleksia
Kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses
penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu
mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan
itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca
atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai
disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran
membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam
Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu. Murid-murid sekolah rendah merupakan aset
negara pada masa hadapan bagi meneruskan kesinambungan bangsa dalam memajukan
negara menjelang Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, wujudnya jurang pemisah
dalam membangunkan generasi muda dalam keseimbangan potensi individu. Penekanan
dalam konsep kepelbagaian kecerdasan serta perbezaan individu murid menjadikan
pendidikan pemulihan sebagai pilihan dalam membantu mereka agar berjaya mencapai
71
matlamat kehidupan dan kejayaan sistem pendidikan di negara ini. Sehubungan itu,
pemulihan merupakan satu pendekatan yang berbeza daripada kelas biasa dalam sistem
persekolahan kebangsaan. Pendidikan pemulihan berfokuskan objektif memulihkan
sesuatu kekurangan atau sesuatu kecacatan dalam membentuk kemahiran pembelajaran
murid. Permasalahan murid-murid lembam amat merisaukan bukan sahaja ibu bapa tetapi
juga masyarakat dan kerajaan.
5.2.3 Langkah-langkah yang perlu diambil dalam membantu murid Disleksia
Disgrafia merupakan masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi kemahiran
tulisan dan pengaplikasian kemahiran menulis untuk menjana idea. Banyak kajian
berkaitan disgrafia telah dijalankan. Adi-Japha et al. (2007) telah membuat kajian ke atas
kanak-kanak ADHD mengalami disleksia yang mempunyai masalah mengeja dan
menulis. Kajian ini mendapati kanak-kanak ADHD disleksia mempunyai masalah dalam
kesalahan ejaan di samping penambahan, penggantian dan pelenyapan perkataan atau
huruf. Di samping itu, kajian oleh Auclair, Sieroff dan Kocer (2008) tentang seorang
kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun menghidapi penyakit Wilson yang
mengalami disgrafia mendapati kanak-kanak tersebut telah mengabaikan ruang semasa
menulis. Manakala kajian oleh Rosebek, McNeil, Teetson, Odell dan Collins (1980) pula
mendapati bahawa kanak-kanak yang mengalami disgrafia menunjukkan beberapa
masalah dalam tulisan iaitu pembalikan huruf, transposisi huruf, masalah menyalin
semula huruf ‘M’, ‘N’, ‘W’ dan ‘U’, penggantian huruf dan pelenyapan huruf. Grave
72
(1983) menyatakan bahawa murid sekurangkurangnya mesti menulis setiap hari atau
minimun empat hari dalam seminggu yang mana pada hari-hari menulis sekurang-
kurangnya 30 minit sesi menulis. Guru perlu menilai prestasi murid dengan apa yang
telah ditulis oleh murid dengan menyuruh mereka membaca apa yang telah ditulis.
Dengan ini murid akan lebih memahami dan menilai apa yang ditulis dan apa yang
difahami. Bagi Graves, disgrafia ini terbahagi kepada dua kategori iaitu visual dan
Disleksia boleh terjadi pada peringkat yang sangat lemah (mild), sederhana atau teruk.
Namun, perlu diketahui tiada ubat untuk menyembuhkan disleksia melainkan kesabaran
dalam mengajar mereka, memberi mereka sokongan dan bantuan sedaya upaya. Sebagai
langkah yang pertama, terutamanya ibu bapa dan guru haruslah peka terhadap
perkembangan pembelajaran anak-anak mereka supaya mereka tidak jauh ketinggalan
jauh di belakang.
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di
bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat
tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi
untuk meningkatkan kemahiran linguistik, kognitif dan sosial. Jika dalam sesebuah kelas
mengandungi kanak-kanak disleksia, kanak-kanak itu perlu diberi tempat duduk yang
yang paling hadapan di dalam bilik darjah. Dengan cara ini, guru dapat memerhatikan
kanak-kanak tersebut secara berterusan bagi memastikan arahan guru dapat diikuti
dengan jelas. Misalnya, apabila guru mengarahkan murid-murid memerhati teks di muka
surat 32, kanak-kanak itu tidak akan tercari-cari dihalaman 23. Selain itu, Seperti yang
sedia maklum, kemahiran menulis adalah berkait rapat dengan kemahiran membaca.
Kebiasaannya kemahiran menulis ini dikaitkan dengan kebolehan untuk menterjemahkan
73
lambang-lambang bunyi bahasa kepada penulisan. Definisi bagi menulis adalah,
kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea.
Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan
membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991).
tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan dan
mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi.Dalam mentaksir kemahiran
guru boleh membuat rujukan berdasarkan senarai semak, temubual, temuduga,
perbincangan bersama dan persembahan kendiri oleh murid tersebut. Ujian diagnostik
penulisan akan dilakukan setelah guru membuat pemerhatian dan penilaian terhadap
beberapa aspek seperti melihat hasil kerja murid. Melalui ujian diagnostik guru akan
dapat melihat masalah murid yang terdapat dalam penulisan.Bagi merawat masalah
tersebut, ibu bapa hendaklah membawa anak berjumpa dengan pakar pisikologi
pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan mengenal pasti
tahap masalah yang dihadapi serta untuk meningkatkan potensi pembelajaran anak
mereka. Disamping itu juga, sebagai seorang guru kita perlulah kreatif dalam mengajar
murid-murid supaya mereka tidak berasa bosan dan memberi tumpuan terhadap
pengajaran yang diberikan. Khusus kepada kanak-kanak disleksia, untuk latihan
pendengaran kita gunakan alat bantu mengajar yang sesuai seperti komputer dengan
memasang muzik-muzik yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran untuk merangsang
otak mereka supaya lebih aktif.
Selain itu, kita juga boleh menggunakan kaedah cermin. Seperti yang kita telah
belajar, kanak-kanak ini cenderung melihat sesuatu dalam keadaan terbalik contohnya,
huruf ‘b’ sebagai ‘d’. Semasa mengajar mereka, untuk mengenal huruf ‘b’.Guru itu
74
haruslah menggunakan keadaan dan kedudukan badan yang sama seperti murid-murid.
Jadi, supaya kedudukan guru itu sama dengan murid jika menulis dengan tangan kanan,
guru itu haruslah memusingkan badannya menghadap papan hitam supaya murid-murid
tidak akan keliru. Dengan cara ini, murid-murid akan meningkatkan kemahiran menulis
mereka dan dapat membezakan anatara kiri dan kanan.
Tambahan lagi, guru juga boleh gunakan kaedah gerak bibir. Guru menyebut
dahulu huruf dengan menggerakkan bibir dan kemudiannya membunyikan huruf yang
digerakkan tadi. Menekankan huruf yang selalu membuatkan murid-murid itu keliru dan
mengulang-ulang sehinggalah murid itu dapat menguasai kemahiran tersebut. Seterusnya,
untuk meningkatkan kemahiran berbahasa juga, kita boleh membacakan buku-buku cerita
dengan menggunakan laras-laras bahasa yang mudah difahami oleh murid. Kemudian,
guru menyoal murid tersebut berdasarkan cerita yang disampaikan tadi. Dengan ini,
kemahiran bahasa murid-murid dapat dipertingkatkan dan secara tidak langsung akan
menggalakkan murid tersebut untuk berkomunikasi.
Banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran
tersebut. Khususnya, dalam mengingat perkataan. Jadi, guru boleh melatih mereka
membaca ataupun menyebut perkataan dengan kuat dan betul. Dengan cara ini, ingatan
mereka lebih kukuh dan mantap di samping dapat bertutur dengan baik. Selain itu, dalam
aktiviti seharian. Untuk mengarahkan murid-murid kita melakukan aktiviti. Kita
hendaklah menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh mereka kerana mereka
tidak berupaya mengingati perkataan yang panjang di sebabkan oleh masalah memproses
maklumat.
75
Guru juga boleh menggunakan kaedah latih tubi iaitu pendekatan pelbagai deria
(Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran). Kita boleh menggabung
kesemua deria secara serentak ataupun menggunakan satu deria sahaja. Seperti
menggunakan deria sentuhan, aktiviti yang dapat dijalankan adalah melakar huruf-huruf
di atas pasir. Guru hendaklah menyebut bunyi daripada huruf-huruf. Murid melihat huruf
yang ditulis oleh guru di papan hitam. Kemudian murid tersebut mengulang kembali
huruf yang disebut dan menulis huruf di atas pasir.
Setelah semua aktiviti ataupun latihan yang diberikan tamat. Untuk memberi
galakkan kepada mereka kita perlu mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian
contohnya bagus, pandai dan sebagainya. Ini akan menujukkan diri mereka dihargai.
Menurut kajian saintifik berkaitan pelaziman klasik oleh Ivan Pavlov, beliau berpendapat
tindak balas ada kaitan dengan proses peneguhan. Hal ini berkaitan bagaimana
rangsangan semulajadi menjadi kebiasaan apabila sesuatu rangsangan kerap diberikan
5.3 RUMUSAN
Melalui kajian ini pelbagai pihak semakin sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka
untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai symptom risiko disleksia agar dapat
menangani masalah yang dihadapi. Hal ini seterusnya membantu kanak-kanak untuk
menguasai proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Akhirnya akan membentuk
generasi akan dating yang tinggi pengetahuan dan menjadi pelapis Negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Keputusan kajian telah mendapati sindrom disleksi
tidak semestinya dihadapi kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.
Namun begitu terdapat beberapa peratus kanak-kanak yang menghadapinya harus
76
diberikan bantuan dan sokongan. Oleh itu ujian yang digunakan untuk mengenalpasti
symptom disleksia boleh diaplikasi dalam ujian seterusnya. Dengan pengenalpastian ini,
langkah-langkah pada peringkat awal dapat dilakukan bagi membentuk kanak-kanak
yang menguasai pembelajaran dan pengajaran yang diberikan.
Individu pertama yang menemukan tentang masalah ini ialah Dr. W. Pringle
Morgon dari England. Bailet (2006) pula mengaitkan masalah disleksia sebagai masalah
pembelajaran yang mana pesakit akan menghadapi masalah dalam memproses perkataan
dan nombor.Gejala fizikal yang dapat dikesan untuk mengenal pasti pesakit disleksia
ialah antaranya pesakit mengalami kesukaran untuk membaca. Mereka sebenarnya
mengalami masalah mengenal pasti fonem iaitu unit terkecil dalam sistem bahasa. Pesakit
akan keliru dengan perkataan yang bunyinya hampir sama seperti “volcano” dengan
“tornado”. Apabila ditunjukkan gambar “volcano”, mereka mungkin menyebutnya
sebagai “tornado”. Sebenarnya mereka tahu apakah objek itu tetapi mereka tidak dapat
menyebut perkataan yang tepat untuk objek tersebut.
Walaupun disleksia merupakan suatu masalah pembelajaran, guru dan pihak
sekolah seharusnyamengambil tanggungjawab yang sewajarnya agar mereka ini tidak
akan ketinggalan dan diberi peluang untuk belajar. Pihak sekolah seharusnya
menganalisa para pelajar mereka dari peringkat awal lagi untuk mengenal pasti siapa
yang menghidapi disleksia dan menyediakan program-program yang sepatutnya. Pihak
sekolah juga boleh membantu kanak-kanak disleksia ini dengan memberikan masa
menjawab peperiksaan yang lebih panjang berbanding kanak-kanak lain kerana pesakit
disleksia mengambil masa yang lama untuk membaca soalan dan menjawab soalan
peperiksaan (Kuwana, 2009).
77
Guru juga tidak ketinggalan dalam membantu kanak-kanak istimewa ini. Guru
seharusnya memulakan langkah rawatan awal ke atas murid-murid yang telah dikenal
pasti menghidapi masalah ini. Program latihan awal membaca fonem perlulah dilakukan
semenjak peringkat pra-sekolah lagi agar mereka akan dapat membaca dengan lebih baik.
Selain hal itu, guru juga perlu memberikan sokongan moral dan emosi kepada murid-
murid yang menghidapi masalah ini. Selain hal itu, untuk kanak-kanak pada peringkat
awal remaja mereka perlu dibenarkan untuk merakam kuliah atau pengajaran guru selain
dibenarkan untuk menyalin nota guru (Bailet, 2006).Selain itu, guru juga perlu
memberitahu bahawa tiada jawapan yang salah dan betul. Mereka cuma perlu berminat
dengan cara kanak-kanak disleksia ini menyampaikan jawapan mereka apabila ditanya
soalan (Pollock, Waller & Politt, 2004). Kaedah ini akan mengelakkan kanak-kanak
disleksia daripada merasa rendah diri apabila tidak dapat membaca jawapan mereka
dengan betul dan dapat menanamkan keyakinan kepada mereka bahawa jawapan itu
sendiri tidak semestinya betul atau salah.Seharusnya guru-guru kelas yang mempunyai
murid-murid disleksia perlu mempunyai hubungan yang erat dengan guru pakar agar
mereka dapat merujuk jika terdapat apa-apa masalah yang berlaku semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilakukan (Pollock, Waller & Politt, 2004). Hal ini adalah
penting kerana guru pakar adalah guru yang sudah mempunyai kepakaran menguruskan
murid-murid yang menghadapi masalah ini.Oleh kerana disleksia merupakan suatu
masalah pembelajaran, mereka tidaklah ditutup peluangnya untuk menimba ilmu
pengetahuan. Mereka perlu diberi ruang dan peluang agar dapat menonjolkan diri
mereka. Individu-individu yang menghidapi masalah ini merupakan seorang yang sangat
cemerlang dalam penyelesaian masalah (problem solving), pemikiran kritikal (critical
78
thinking) dan perbendaharaan kata. Mereka juga cemerlang dalam bidang arkitek,
kejuruteraan, sains, seni dan muzik (Kuwana,2009).Sejarah telah membuktikan bahawa
dunia ini sendiri maju dari banyak aspek kerana hasil usaha individu-individu yang
menghidapi disleksia seperti Leonardo da Vinci, Michelangelo, Albert Einsten, Thomas
Edison, Walt Disney, Will Smith, Orlando Bloom, Tom Cruise, Bruce Jenner, Greg
Louganis, Cher dan lain-lain.
Beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi pengajaran
dan pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis murid
sekolah rendah di luar bandar antaranya, iaitu pengajaran asas kemahiran membaca dan
menulis seharusnya diberikan penekanan yang serius agar murid dapat menguasainya.
Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih
menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang
menarik dan mampu memperkembang lagi keupayaan kemahiran membaca dan menulis
murid. Kepelbagai kaedah dapat membentuk murid tidak cepat bosan dan penat semasa
proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Selain itu, penggunaan bahan bantu
mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek
murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan
bermotivasi untuk terus belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara
optimum dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan
meninggalkan kesan positif dalam diri murid. Menurut Muhamad Hasan (2000),
penggunaan media bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau
perhubungan dua hala yang dapat menarik minat penerima untuk bertindak balas. Usaha
yang berterusan pihak pengurusan sekolah seharusnya konsisten menggembeleng
79
usahamencapai matlamat membantu murid-murid Disleksia menguasai pengajaran yang
disampaikan
80
RUJUKAN
Bold. 2000. Disleksia : kit penerangan asas. Pulau Pinang: Bureau on Learning.
Carolie, L.1998. Dyslexia: Petanda dan gejala. Buletin Persatuan Kesukaran PembelajaranSpesifik Wilayah Persekutuan. Bil.1/98 Mac 1998: 4. Institute Paediatric, Hospital Kuala Lumpur.
Drake, C. 1989.The terminology trap. Dlm R. E. Cocen, & J. C. Needly (pnyt) Learningdisability law. New York: Committee on Juvenile Justice, Dyslexia and other Language Disabilities of the Appellate Division of the Supreme Court of the State of New York.
Hammond, L & Hughes, P. 1990. When bright kids fail: how to help children overcomespecific learning difficulties. Australia: Simon and Schuster.
Haniz Ibrahim. (2003). Program bermasalah pembelajaran spesifik disleksia Kementerian Pendidikan Malaysia. Kertas kerja Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan ke-3. Kuala Lumpur, 29 September – 2 Oktober.
Irwin, G. 2000. Dyslexia. Manila: BSM SEN Conference
Mercer, C. D.1997. Students with learning disabilities. U.S.A: Merrille, Prentice Hall. Miles, T. R. 1983. Dyslexia: The pattern of difficulties. Blackwell: Oxford.
Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Annuar Abdullah. 2001. Tinjauan terhadap pengetahuan guru guru Pendidikan PemulihanKhas mengenai disleksia di Daerah Hilir Perak. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan pengajaran berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Musa Abdul Wahab. 2002. Tinjauan ciri-ciri disleksia di kalangan murid pemulihan di zonPudu, Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nocolson, R. I, Fawcett, A. J. & Dean, P. 1995. Time estimation deficits in developmental dyslexia: evidence for celebellar involvement. Proceedings of Royal Society of London,Biological Sciences. 259: 43-421.
81
Norani Mohd. Salleh, Abdul Razak Habib, Nor Azizah Mohd Salleh, Adnan @ NanKhamis & Siti Esah Mohd. 1999. Educational provisions for preschool age ofspecial needs children in Malaysia. Kajian bersama Kementerian Pendidikan Malaysiadan Unicef : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Rubiah Kulop Hamzah (2002). Panduan Membimbing Remaja. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Sofiah Ali (2000) Disleksia Panduan Untuk Ibu Bapa, Guru & Kaunselor PTS Publication,Kuala Lumpur.
Sofiah. 2000. Anak Lembap…mungkin disleksia. Utusan Malaysia, 13 November.Yahya Othman. (2004). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Zabidi. 2000. Disleksia: kanak-kanak boleh dirawat. Utusan Malaysia, 20 November
82
Ujian
KANAK- KANAK DISLEKSIA
1. Tulis semula abjad- abjad di bawah:
1. b
2. c
3. d
4. e
5. f
83
2. Susun semula abjad-abjad di bawah secara menaik :
a) b, c, a, e, f, h, g
3. Salin semula abjad-abjad di bawah:
a) c, e, f, g, h, I ,j ,k ,l
b) m, n, o,p, q, r, s ,t, u
4. Lengkapkan perkataan berikut :
a) b k u
b) c w n
5. Salin semula ayat di bawah :
a) Nama saya ialah Erwan Shah
84
85
Aiken, L. R. dan Groth-Marnat, G. (2006). Psychological testing and assessment (12th ed.).
Boston, MA: Pearson Education Group, Inc.
Anastasi, A. dan Urbina, S. (1997). Psychological testing (7th ed.). New Jersey: Prentice-Hall.
Awang Sariyan. (2004). Teras pendidikan bahasa Melayu: Asas pegangan guru. Bentong,
Pahang: PTS Publications Sdn. Bhd.
British Psychological Society (BPS). (1999). Dyslexia, literacy and psychological assessment:
Report by a Working Party of the Division of Educational and Child Psychology. Leicester: BPS.
86
Catts, H. W., Adlof, S. M. dan Weismer, S. E. (2006). Language deficits in poor comprehenders:
A case for the simple view of reading. Journal of Speech, Language and Hearing Research, 48,
278–293.
Fitzgerald, J. dan Stanahan, T. (2000). Reading and writing relations and their development.
Educational Psychologists, 35, 39–50.
Fraenkel, J. R. dan Wallen, N. E. (2006). How to design and evaluate research in education (6th
ed.). New York: McGraw-Hill.
Gay, L. R., Mills, G. E. dan Airasian, P. (2006). Educational Research (8th ed.). Upper Saddle
River, NJ: Pearson.
Haniz Ibrahim. (2003). Program bermasalah pembelajaran spesifik disleksia Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kertas kerja Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan ke-3. Kuala Lumpur,
29 September – 2 Oktober.
Lee Lay Wah. (2004). Understanding dyslexia in Malaysia from the parents’ perspective.
Proceedings of the Hawaii International Conference on Education 2004, 3709–3722.
Reading and Dyslexia in Different Orthographics(2010) .Psychology Press
The Routledge Companion To Dyslexia (2009). Edited by Gavin Reid
Dyslexia Included A Whole School Approach. Edited by Michael Thomson
Preparing To Include Special In Mainstream Schools A Practical Guide . Liz Flavell
87
Meeting Sen In Curriculum: ICT . Mike North and Sally McKEOWN.
Gifted and Talentefd Children 4-11 Understanding and Supporting their development. Christine
Macintyre
Kepimpinan dan Penguruan Pendidikan Khas. Zhareulnizam Shah Z.A
Dyslexia and Literacy Theory and Practice. Gavin Reid and Janice Wearmouth
International Book Of Dyslexia . Ian Smith , John Everett and Robin Salter
Penilaian , Pemulihan dan Penggayaan Dalam Pendidikan. Mok Soon Sang
Special Education In A Diverse Society (1995). Herbert Grossman.
Handbook For Remediation For Remediation Of Reading Difficulties (1986). Jerry L. Johns
Huffman, K., (2007). Psychology in Action. (8th Ed.). John Wiley & Sons : USA
Harwood, R., Miller, A.S. & Vasta, R., (2008). Child Psychology: Development in a
Changing Society. (5th Ed.). John Wiley & Sons : USA.
88
Jamila K.A Mohamad (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. (3rd Ed.).
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. : Selangor.
Mohd. Sharani Ahmad (2007). Psikologi Kanak-Kanak. PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd :Selangor.
89