Download - Kajian Tulisan Buruk - Hakim Yahya
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
KAJIAN KES: TULISAN BURUK DAN CARA MEMBANTU
KE ATAS MURID PEMULIHAN
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kajian tindakan yang
bertajuk TULISAN BURUK DAN CARA MEMBANTU KE ATAS MURID PEMULIHAN dapat
disempurnakan walaupun menghadapi banyak rintangan untuk menjayakan kajian kes ini. Dalam
pengajian TP 1034 Psikologi Pendidikan, seseorang guru perlu peka dengan keadaan murid, masalah
sekolah dan isu-isu psikologi yang perlu diselesaikan. Pada akhir pengajian ini, saya berharap ilmu yang
dipelajari dapat memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid.
Faktor utama yang mendorong saya membuat kajian tulisan buruk adalah kerana saya mendapati
banyak murid linus (lambat menguasai membaca dan menulis) yang mengikuti kelas Program Bimbingan
Mutiara (PROBIM) mempunyai masalah dalam tulisan. Kebanyakan huruf yang ditulis tidak mengikut
peraturan, tidak mengikut ruang yang betul dan menulis dengan ejaan yang salah atau tertinggal huruf.
Dengan adanya kajian ini dapatlah kiranya saya membantu murid untuk membentuk disiplin penulisan
agar kemas dan mudah difahami. Kebanyakan guru Bahasa Melayu kurang memberikan perhatian dalam
perkara ini. Menerusi kajian ini, semua pihak sewajarnya memahami tentang bentuk huruf adalah sangat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran terutama dalam subjek bahasa.
Sepanjang proses pelaksanaannya, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak
pengurusan sekolah dan pihak Ikram Musleh yang memberi peluang kepada saya untuk mengikuti
pengajian Syahadah Perguruan Ikram-Musleh khususnya pengajian TP 1034 Psikologi Pendidikan.
Sekalung penghargaan ditujukan khas kepada Cikgu Che’ Azmi bin Harun mewakili Institut Pengajian
Raja Melewar yang merupakan pensyarah Psikologi Pendidikan telah memberi dorongan dan tunjuk ajar
kepada saya untuk melakukan kajian ini bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru Bahasa Melayu yang mengajar
murid ini iaitu Muallimah Yusliza bt Shahrial, guru mentor murid iaitu Muallimah Nurul Farihah bt Alias
yang sudi untuk ditemuramah dan memberikan banyak maklumat kepada saya dalam segala aspek kajian.
Semoga dengan adanya kajian tindakan ini dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak yang
memerlukannya pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
1
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah dalam kemahiran tulisan murid yang buruk, tidak ikut
peraturan dan tidak kemas. Kajian ini melibatkan seorang murid bernama Hakim bin Yahaya dari kelas
Program Bimbingan Mutiara (PROBIM) di Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah dalam Tahun 3. Kaedah
pemerhatian dibuat terhadap hasil penulisan murid seperti buku latihan, lembaran kerja serta beberapa
pemerhatian terhadap tingkah laku yang dikaitkan dengan tulisan buruk. Selain itu, ujian menulis turut
diberikan kepada Hakim bagi melihat dengan lebih mendalam masalah kemahiran tulisan. Hasil kajian
mendapati bahawa terdapat beberapa mekanisma tindakan bagi memperbaiki tulisan tangan iaitu secara
fizikal, latih tubi menulis dan membina keseragaman tulisan tangan. Di samping itu, teknik dalam
perubahan tingkah laku dari segi ganjaran dan motivasi serta latihan menyebut dan menulis memberi
kesan yang baik kepada Hakim dalam menyalin dan membina ayat yang lengkap dan sempurna.
BAHAN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Antara peralatan atau bahan yang digunakan dalam mengkaji tulisan buruk ini adalah :
1. Buku tulis murid
2. Buku aktiviti murid
3. Catatan guru subjek yang mengajar
4. Temubual dengan guru subjek dan guru mentor
5. Buku rujukan
6. Bahan daripada internet
7. Temubual subjek
8. Temubual menerusi telefon (ibu bapa)
9. Keputusan peperiksaan dan ujian
10. Fail peribadi murid
11. Kamera
12. Kertas dan alat tulis
2
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
PENGENALAN
Masalah murid dalam pembelajaran terutamanya dalam penulisan merupakan satu isu yang perlu
dititik beratkan kerana ianya boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Isu ini merupakan masalah yang umum bagi murid-murid sekolah. Masalah kemahiran tulisan mekanis
merupakan satu daripada ciri-ciri yang terdapat pada murid yang bermasalah pembelajaran (Abdullah bin
Yusof, 2006). Smith (1998) menjelaskan bahawa ramai murid bermasalah pembelajaran menghadapi
masalah menulis dan kemahiran tulisan mekanis ini memerlukan seseorang menterjemah pemahaman
bahasa ke dalam sistem simbol. Pengamatan terhadap bentuk-bentuk huruf yang pelbagai dan mengikut
kategori huruf besar dan kecil banyak memberi kesan kepada murid pendidikan khas. Dalam kes ini,
tulisan tangan yang buruk, tidak konsisten dan seragam, masalah dalam penggunaan ruang-jarak, huruf,
perkataan atau ayat tertinggal, dan kesilapan dalam memasukkan huruf-huruf yang sesuai dalam ayat
selalunya dikaitkan dengan disgrafia.
Definisi bagi disgrafia adalah luas dan lazimnya ditakrifkan sebagai masalah pembelajaran yang
sering dikaitkan dengan kesukaran dalam mengeja, tulisan tangan yang tidak kemas, tidak betul dan sukar
dibaca serta bermasalah dalam memindahkan maklumat pada kertas. Ini adalah kerana menulis
memerlukan satu set kemahiran motor halus dan kemahiran memproses maklumat (Deuel, 1995). Secara
amnya, ciri-ciri dalam disgrafia ini adalah seperti pegangan pensel dan posisi badan yang tidak betul,
mudah penat apabila menulis atau menyalin ayat, pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan (contoh:
“Sabtu” ditulis “sabut”), ayat yang tidak lengkap, susunan ayat tidak kemas dan seragam serta
menunjukkan ciri-ciri tingkah laku seperti mengelak apabila diarahkan menulis pada papan putih dan
membaca. Terdapat tiga kategori disgrafia yang dikenal pasti iaitu Dyslexic Dysgraphia yang mana hasil
penulisan spontan adalah sukar dibaca. Walau bagaimanapun, tulisan mereka boleh dibaca apabila
menggunakan kaedah menyalin semula perkataan atau meniru perkataan. Kanak-kanak dalam kategori ini
juga menghadapi kesukaran dalam mengeja tetapi tidak semestinya mereka mengalami masalah membaca
atau disleksia. Kategori kedua adalah Motor Dysgraphia yang didefinisikan sebagai masalah yang
disebabkan oleh kekurangan dari segi kemahiran motor halus. Kanak-kanak ini sering menunjukkan
tulisan yang tidak boleh dibaca walaupun ianya menulis menggunakan kaedah menyalin semula ayat.
Spatial Dysgraphia pula merupakan kategori ketiga. Kanak-kanak kategori ini sebenarnya mempunyai
kebolehan mengeja yang normal. Namun begitu, hasil tulisan tangan masih sukar dibaca sama ada
penulisan secara spontan atau menyalin semula (Deuel, 1995).
LATAR BELAKANG MURID YANG DIKAJI
3
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
Ahmad Hakim bin Yahya atau lebih mesra dengan nama Hakim, seorang anak bongsu daripada
11 orang adik-beradik. Berumur 9 tahun, murid ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sibuk dengan
perniagaan. Kebanyakan adik-beradik Hakim berjaya mencapai tahap pendidikan yang membanggakan
iaitu sampai ke peringkat pengajian tinggi. Sembilan orang adik-beradiknya telah menjangkau umur lebih
dari 16 tahun dan ke atas. Hanya Hakim dan abangnya yang berumur 11 tahun sahaja yang masih
bersekolah rendah. Perwatakannya yang pemalu dan agak pendiam, menjadikan dirinya kurang menonjol
berbanding dengan adik-beradik yang lain.
Ibu bapa Hakim sangat sibuk menjalankan urusan perniagaan bermula jam 3 petang hingga 11
malam. Kebanyakan urusan hidupnya pada waktu persekolahan diuruskan oleh kakak yang bersekolah
menengah dan selebihnya dia terpaksa berdikari. Menerusi temubual perseorangan dengannya, Hakim
lebih banyak menggunakan masa senggangnya untuk bermain bola dan bermain permainan internet
daripada mengulang kaji pelajaran atau membaca buku. Kerja rumah hanya dibuat apabila disuruh oleh
ibunya. Murid ini kekurangan bimbingan daripada orang tuanya untuk menelaah pelajaran apalagi untuk
latihan menulis. Persekitaran kehidupan turut mempengaruhi tingkah laku Hakim seperti faktor masa
senggang yang tidak diurus dengan baik, pengaruh rakan sebaya yang lebih suka mengajak bermain dan
tiada disiplin atau peraturan di dalam rumah untuk menentukan jenis aktiviti yang berfaedah seperti
jadual belajar. Oleh itu, murid tiada kesediaan untuk belajar di rumah mahupun di sekolah. Menurut guru
bahasa Melayu yang mengajarnya, Hakim masih bermasalah untuk menguruskan peralatan sekolah
seperti tertinggal alat tulis, buku tulis dan buku teks mengikut jadual harian.
Di dalam kelas, Hakim juga suka mendiamkan diri dan kurang bercakap. Dari segi pembelajaran,
Hakim lebih mendiamkan diri jika tidak memahami arahan atau tidak faham dengan topik yang
dibincangkan oleh guru. Hakim mula mengikuti kelas pemulihan yang dikenali dengan nama Program
Bimbingan Mutiara sejak tahun 2012. Pada mulanya, murid ini didapati lambat membaca dan menulis.
Setelah menjalani program tersebut, Hakim telah menunjukkan perubahan positif iaitu dapat membaca
dengan baik walaupun agak lambat sebutannya. Dari segi penulisan pula, Hakim mempunyai masalah
tulisan yang buruk serta sukar dibaca serta menulis dengan lambat. Oleh itu, fokus kajian ini lebih
menumpukan kepada kaedah pembaikan tulisan.
PERNYATAAN MASALAH
4
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
Kemahiran menulis adalah asas kepada pendidikan yang lebih baik bagi murid menguasai kemahiran asas
3M. Guru perlu peka terhadap bagaimana dan apakah mekanisme yang boleh membantu murid
bermasalah dalam menulis. Ini adalah kerana terdapat perkaitan antara menulis dengan bagaimana proses
motor halus dan psikologikal murid itu sendiri (Deuel, 1995). Secara umumnya, proses dalam pengajaran
dan pembelajaran banyak menumpukan kepada satu kaedah yang sesuai bagi murid pendidikan khas.
Poses mengajar akan lebih mencabar dengan beberapa pengubahsuaian dalam pengajaran dan
pembelajaran. Murid perlu dibimbing dan memerlukan tunjuk ajar yang lebih dan ini akan dapat
membantu murid.
Murid sekolah kebanyakannya boleh menulis tetapi sesetengahnya dalam cara yang tidak betul.
Cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan (Sassoon, 1993). Dalam
mengajar celik huruf, kadang-kadang guru kurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk
huruf mengikut pergerakan yang betul. Sassoon (1993) mendapati guru kurang memberi penekanan
kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf
mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan
perkataan. Pendedahan kepada cara dan teknik menulis yang betul pada peringkat awal boleh membantu
murid membentuk kemahiran dalam menulis. Ini termasuklah dalam keseragaman tulisan, tatacara
menulis yang betul dan tumpuan dalam menulis. Namun, mengikut Sassoon, bagi kanak-kanak disgrafia,
...your writing is distorted and incorrect. In children, dysgraphia usually starts when they begin writing
for the very first time. The alphabets may be of different sizes in a single word or inappropriately spaced.
They may keep on writing the wrong words or get their spelling incorrect despiteyou teaching them the
same thing many times.... (ms 96)
Kanak-kanak yang mempunyai tulisan buruk perlu dibimbing mengggunakan teknik-teknik yang
sesuai agar masalah menguasai kemahiran asas menulis dapat dikurangkan. Kekurangan dari segi
kemahiran menulis boleh membawa kepada pandangan yang buruk terhadap murid. Rasa rendah diri dan
kurang keyakinan terutamanya apabila menulis di hadapan rakan-rakan lain dan guru boleh
membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran serta kebolehan murid tersebut.
TUJUAN KAJIAN
5
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
Tujuan kajian dijalankan adalah bagi melihat dengan lebih dekat tulisan tangan Hakim yang buruk dan
cara membantu murid mengatasinya. Seterusnya, pengaplikasian beberapa teknik bagi membantu murid
agar berupaya menulis dengan baik menggunakan cara menyalin semula perkataan dan juga membina
ayat turut dikaji. Ini kerana memahami teknik menulis, bantuan dan kaedah yang betul mengikut langkah-
langkah tertentu akan dapat membantu Hakim dari segi perubahan penulisan yang lebih baik. Di samping
itu, Hakim dapat berupaya dan mengamalkan teknik kemahiran tulisan mekanis yang betul.
Kajian ini juga bertujuan untuk mengubah proses penulisan secara fizikal dan perubahan tingkah
laku Hakim. Graham dan Harris (l989) serta Morrocco dan Newman (l986) mendapati bahawa murid
yang menghadapi masalah pembelajaran selalunya mendapat kebaikan apabila penekanan terhadap
proses-proses menulis dapat ditumpukan seperti membuat perancangan, draf, ulangkaji dan
mengubahsuai. Selain itu, dengan ada kajian ini, pengkaji dapat melihat dengan lebih jelas lagi tentang
tulisan buruk dan memberi sedikit pendedahan mengenai isu ini yang mungkin diambil ringan oleh
sesetengah guru. Penyampaian mesej yang baik membantu dalam komunikasi dan guru dapat melihat
perkembangan prestasi murid terutamanya dalam pemahaman yang memerlukan murid untuk menulis.
Penulisan tangan yang baik banyak membantu pengkaji dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adanya kajian ini, kaedah-kaedah yang sesuai boleh digunakan kepada Hakim dan
terutamanya kepada murid pemulihan agar terapi yang sesuai dapat membantu mereka menulis dengan
lebih baik dan berupaya membuat ayat dengan sempurna. Graves (1983) melihat bahawa tulisan tangan
merupakan satu daripada kaedah komunikasi yang baik terutamanya kepada murid pendidikan khas yang
bermasalah dalam bercakap.
Secara amnya objektif kajian ini adalah untuk:
Memerhatikan tulisan Hakim sama ada menunjukkan ciri-ciri disgrafia berdasarkan teori dan
pemerhatian yang telah dilakukan;
melihat punca kepada masalah penulisan Hakim yang buruk
dan menggunakan kaedah yang sesuai bagi membantu Hakim menulis dengan lebih baik.
BATASAN KAJIAN
6
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
Terdapat beberapa batasan kajian yang telah dikenal pasti dalam membuat kajian ini. Batasan awal yang
menyebabkan kurang pengumpulan maklumat ialah jangka masa pemerhatian yang singkat. Pengkaji
selaku guru menyedari bahawa perlunya masa yang panjang dalam mengenal pasti lebih banyak masalah
murid dalam kemahiran tulisan mekanis. Dengan masa yang lebih panjang, maka pengkaji mungkin akan
dapat mengenal pasti serta memilih lebih ramai peserta kajian dan juga dapat melakukan diagnostik yang
lebih baik.
Selain itu, kaedah-kaedah yang digunakan juga memerlukan masa yang panjang untuk
menganalisis hasil kerja murid mengikut proses dan cadangan kaedah yang diutarakan oleh pengkaji
selaku guru. Di samping itu, penggunaan ujian pengukuran yang sebenar boleh digunakan bagi melihat
masalah ini iaitu dengan menggunakan alat pengukuran IQ seperti Stanford-Binet Intelligence Scales dan
Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC). , Wechsler Adult Intelligence Scale®—Third Edition
(WAIS®–III) dan Wechsler Preschool and Primary Scale of Intelligence™—Third Edition (WPPSI™–
III). Alat-alat pengukuran ini boleh melihat dengan lebih dekat mengenai koordinasi visual, persepsi dan
sebagainya. Namun alat-alat pengukuran ini hanya digunakan di luar negara. Justeru, hanya alat
pengukuran yang sesuai dengan konteks kajian ini telah dihasilkan dan digunakan.
KAEDAH KAJIAN
Seorang murid berumur sepuluh tahun bernama Hakim telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Hakim
menghadapi masalah tulisan mekanis. Terdapat dua kaedah utama yang telah digunakan dalam
menjalankan kajian ini. Kaedah yang pert ama ialah kaedah pemerhatian. Dalam kaedah ini, proses
pemerhatian telah dilakukan ke atas Hakim. Dia telah diperhatikan bermula dari cara memegang pensel
sehingga ke proses pembentukan huruf, perkataan dan ayat. Kaedah ini memberi fokus kepada kesilapan
yang dilakukan oleh Hakim semasa menulis. Pengkaji melakukan pemerhatian ke atas murid secara
individu selama dua belas minggu.
Hakim dikehendaki menulis perkataan yang telah disediakan serta menulis ayat mudah dalam
perenggan pada sesi pengajaran dan pembelajaran semasa kelas Program Bimbingan Mutiara selama tiga
puluh minit, dua kali setiap minggu. Di samping itu, tingkah laku dan reaksi murid sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas juga diperhatikan.
Teori Pelaziman Parlov turut diaplikasi dalam membantu murid iaitu dengan mengajar murid
menulis pada buku garis dua bermula dari minggu pertama dipanggil masuk ke kelas PROBIM
sehinggalah sekarang. Murid diajar menulis mengikut ruang dalam garis dan menunjuk ajar murid
menulis mengikut peraturan pelaziman huruf sama ada huruf itu tinggi atau rendah. Sekiranya murid
7
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
menulis terkeluar daripada ruang garisan atau terlalu kecil, guru akan menyuruh murid membuat
pembetulan semula. Kaedah ini sentiasa diulang-ulang sehingga murid dapat menulis menulis dengan
kemas.
Kaedah ketiga untuk menyokong kaedah kajian yang disebutkan ialah kaedah penilaian dengan
cara memberi ujian melalui lembaran kerja. Penilaian dilakukan dengan melihat kekemasan kerja yang
dibuat oleh Hakim terutamanya dari segi tulisan tangan. Selain itu, Hakim juga diminta untuk menulis
atau membina ayat mudah berasaskan suku kata yang telah diberikan. Dia kemudian membina suku kata
dan pada masa ini, kaedah pemerhatian digunakan yang mana pengkaji melihat hasil kerja Hakim dalam
bentuk lembaran kerja. Lembaran kerja yang diberikan serta ujian mudah boleh membantu pengkaji
melihat kesalahan-kesalahan perkataan dan ayat yang dilakukan oleh Hakim. Data tulisan Hakim direkod
menggunakan senarai semak oleh pengkaji bagi tujuan menyemak maklumat yang dikumpul.
Kaedah keempat adalah memberi ganjaran dan pujian untuk memotivasikan murid melakukan
penambahbaikan tulisan. Menurut Teori Skinner, tingkah laku akan berubah apabila diberi peneguhan
dengan cara memberi ganjaran dan pujian. Murid diberi ganjaran gula-gula apabila mendapati
menunjukkan perubahan tingkah laku dengan menunjukkan perubahan tulisan. Murid dipuji dan diberi
tepukan apabila dapat menulis ayat yang dikehendaki dengan kesalahan yang minima.
DAPATAN KAJIAN
Hasil pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa teknik menulis
yang telah ditunjukkan oleh Hakim. Cara Hakim memegang pensel didapati adalah normal. Dia juga
didapati berupaya membentuk huruf dengan baik dan mengikuti cara membentuk huruf yang betul. Dari
segi ruang perkataan, Hakim didapati sukar untuk membentuk ruang antara perkataan dan saiz huruf juga
tidak konsisten iaitu bercampur aduk dengan saiz besar dan kecil. Selain itu, postur badan Hakim tidak
sesuai kerana terlalu membongkokkan badan.
Berikut merupakan masalah tulisan yang dikenal pasti.
1. Pegangan pensel: Cara memegang pensel adalah normal dan menggunakan tangan kanan. Walau
bagaimanapun, menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan
yang dihasilkan.
2. Pembentukan huruf: Hanya sesetengah mengikut tatacara urutan pembentukan huruf yang betul, iaitu
mula menulis huruf pada titik permulaan yang tepat dan terus menulis dengan menggunakan arah
pergerakan yang betul.
3. Saiz huruf: Saiz huruf tidak konsisten, saiz besar dan kecil bercampur aduk.
8
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
4. Teknik penulisan: Perlu mengikut tata cara yang betul dalam menulis.
Jadual 1.
Persamaan Melalui Pemerhatian Dan Perbandingan Ciri-Ciri
Disgrafia Hakim
Bentuk huruf dan tulisan tidak konsisten Ciri-ciri terdapat pada murid
Penggunaan huruf besar dan huruf kecil masih
bercampur
Ciri-ciri terdapat pada murid– terdapat huruf
besar pada isi ayat
Saiz dan bentuk huruf tidak seragam Ciri-ciri terdapat pada murid
Perkataan yang ditulis tidak lengkap Ciri-ciri terdapat pada murid
Pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan
(Contoh: Sabtu – sabut; Ada – daa)
Ciri-ciri terdapat pada murid
Tulisan banyak salah / terbalik / huruf hilang
(Contoh: Paku – pku)
Ciri-ciri terdapat pada murid
Sukar menulis dengan lurus pada kertas yang
tidak bergaris
Ciri-ciri terdapat pada murid – barisan perkataan dan
ayat yang ditulis adalah menurun dan menaik
Tiada penjarakkan tulisan Ciri-ciri terdapat pada murid – perkataan-perkataan
yang ditulis bersambung di antara satu sama lain,
menyebabkan tulisan amat sukar dibaca
Posisi badan yang tidak
betul semasa menulis
Postur badan sangat bongkok semasa menulis dan
kedudukan kepala sangat tertunduk dan rapat dengan
buku / kertas
Tahap keyakinan diri yang sangat rendah
terutamanya apabila diminta menulis di khalayak
ramai
Murid mengelak apabila diminta menulis di papan
putih
Sangat lambat dalam menyiapkan kerja penulisan Murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan
kerja penulisan yang diberi, meskipun dengan
menggunakan kaedah menyalin semula ayat /
perkataan
Mudah penat apabila menulis Murid kelihatan sering berhenti menulis dan bercerita
dengan rakan sekelas yang lain sebelum meneruskan
semula kerja penulisan yang diberi
9
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
Berdasarkan Lembaran Kerja yang telah diberikan kepada Hakim, pengkaji telah
mengkategorikan dua aspek utama dalam melihat dengan lebih dekat masalah tulisan buruk yang
dihadapi Hakim. Aspek yang dikategorikan ialah dari segi penulisan dan tulisan Hakim. Masalah
penulisan yang ketara ini merangkumi masalah ejaan, penggunaan rangkap yang tidak betul serta
penggunaan ruang pada setiap ayat yang tidak baik iaitu jarak antara setiap ayat amat dekat.
Dari segi penulisan, beberapa masalah ketara yang dihadapi oleh Hakim adalah seperti berikut:
1. Masalah ejaan: Dalam setiap aktiviti pada lembaran kerja yang diberikan, didapati satu daripada lima
barisan ayat mempunyai masalah ejaan.
2. Pengunaan rangkap: Tidak tahu bila menggunakan rangkap yang sepatutnya.
3. Ruang di antara perkataan: Ruang pada ayat yang disalin / dibina secara umumnya menunjukkan
masalah ruang yang amat serius iaitu jarak antara dua perkataan amat dekat dan sukar untuk dibezakan.
4. Perkataan tidak lengkap: Contoh ’panggilan’ ditulis ’penggila’ (Sila lihat Rajah 1)
5. Pembalikan huruf : Contoh ’kita’ ditulis ’tika’
Rajah 1 hingga Rajah 6 menunjukkan tulisan tangan Hakim. Hasil pemerhatian daripada lembaran
kerja ini menunjukkan berapa kelemahan yang diperolehi. Huruf tidak seragam, ruang yang tidak baik
serta mempunyai beberapa kesalahan ejaan dan perkataan yang tidak lengkap.
10
Rajah 1
1. Tulisan menunjukkan kesalahan ejaan seperti ‘jenayah’ ditulis ‘janayah’, ‘panduan’ ditulis ‘penduan’
2. Berlaku pembalikan huruf/perkataan seperti ‘kita’ ditulis ‘tika’
3. Tulisan tidak seragam dan tidak mengikut peraturan penulisan seperti ‘p’ kecil ditulis ‘P’ besar.
4. Huruf tertinggal seperti ‘panggilan’ ditulis ‘penggila’.
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
Tulisan Hakim menunjukkan ketidak seragaman dan huruf tidak konsisten mengikut saiz dan
perkataan yang salah seperti “kerja ditulis kerje”. Ruang antara perkataan juga tidak sesuai dan ayat
masih tidak lengkap.
Hakim kemudian telah diberi tunjuk ajar cara penulisan huruf yang betul. Penggunaan jarak
menggunakan pensel dan juga garisan lurus sebagai bantuan kepada Hakim menunjukkan keseragaman
dalam jarak dan juga kecil besar huruf tersebut. Lembaran kerja yang diberikan oleh Hakim adalah amat
panjang. Ini bagi memerhati sejauhmana kesalahan yang mungkin dilakukan oleh Hakim dan juga
menilai tingkah lakunya semasa menulis. Hakim diminta menulis pada lembaran kerja yang diberikan
menggunakan kaedah salin semula ayat tanpa bantuan guru.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Rajah 3 menunjukkan kaedah yang digunakan untuk menjarakkan setiap perkataan yang ditulis
menggunakan pensel atau sebatang kayu kecil.
Rajah 3. Hakim menulis dan menjarakkan ruang menggunakan sebatang pensel.
Hasil daripada pemerhatian mendapati Hakim kelihatan lebih selesa menggunakan pensel. Hakim
kelihatan tidak janggal menggunakan kaedah ini dan menyatakan bahawa dia amat selesa menggunakan
11
Rajah 2
1. Tulisan murid tidak kemas dan tidak tersusun dengan baik selain banyak kesalahan ejaan.
2. Percampuran huruf besar dalam perkataan huruf kecil seperti ‘kerja’ ditulis ‘kerJa”.
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
pensel dalam membantunya membuat ruang perkataan. Kesalahan ejaan dan juga perkataan yang tidak
lengkap sering ditunjukkan oleh Hakim. Pengkaji telah mengunakan kaedah motivasi dan juga peneguhan
positif bagi melihat sebarang perubahan tingkah laku pada Hakim terutamanya apabila menulis. Hakim
didapati berhati-hati dengan apa yang ditulis terutamanya ejaan dan juga ayat yang tidak lengkap. Kaedah
motivasi dan juga peneguhan ini banyak memberi kesan kerana jika Hakim dapat membuat kerja dengan
baik iaitu penulisan amat baik dari segi ejaan dan perkataan yang sempurna, maka dia akan diberi
peluang untuk bermain komputer riba. Graves (1983) mendapati bahawa fokus dan tumpuan boleh
membantu dalam sesuatu perubahan tingkah laku. Ini bermaksud, Hakim memberi tumpuan yang lebih
kepada kerja yang dilakukan jika ganjaran diberikan.
Selain itu, pengkaji juga meminta Hakim membaca dahulu sebelum menyalin ayat atau perkataan
dengan jelas. Hakim menyebut dengan jelas ayat atau perkataan dan menulisnya pada lembaran kerja.
Kaedah ini amat berkesan dalam memberi pemahaman kepadanya tentang apa yang ditulis sama dengan
apa yang disebut. Cara pegangan pensel yang betul seperti yang ditunjukkan serta tatacara penulisan
huruf seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4 juga didedahkan kepada Hakim dalam setiap pengajaran
agar dia dapat menulis abjad dengan lebih cepat dan tepat.
Rajah 4. Contoh tatacara menulis yang perlu dipatuhi oleh murid.
Gabungan pegangan pensel dan tatacara yang betul menulis huruf banyak membantu Hakim daripada
membuat kesalahan dari segi abjad dan juga keseragaman dari segi saiz huruf yang ditulis. Pensel mesti
dipegang secara menegak oleh hujung ibu jari dengan kuku hampir menyentuh pensel dengan seboleh-
bolehnya ibu jari diletakkan bawah pensel. Graves (1983) menunjukkan kepantasan menulis mempunyai
kaitan dengan cara memegang pensel. Selain itu, Graves mendapati terdapat empat kesilapan ketika
memegang alat tulis iaitu posisi lengan, penggunaan ibu jari dan jari ketika menyokong dan mengerakkan
alat tulis. Faktor ini mempengaruhi kualiti menggaris dan membentuk huruf. Daripada pemerhatian,
didapati bahawa guru-guru jarang mengajar murid cara untuk memegang alat tulis.
12
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
Sebelum
Selepas
Penggunaan garisan merupakan satu daripada teknik yang dicadangkan sebagai latihan berterusan kepada
murid agar koordinasi tangan dapat dilakukan iaitu dari segi keseimbangan serta keseragaman penulisan
tersebut. Walau bagaimanapun, penulisan Hakim masih menunjukkan kelemahan seperti perkataan yang
tidak lengkap. Namun begitu, ruang serta keseragaman penulisan huruf boleh dikatakan ada
perkembangan yang baik.
Rajah 5. Tulisan Hakim semasa menjalani kaedah kajian dan selepas melalui pemulihan tulisan.
5A (semasa kajian)
5B (selepas pemulihan)
Rajah 6. Tulisan Hakim setelah melalui pemulihan tulisan.
13
Rajah 4
Murid menulis dalam keadaan terlalu membongkok
Rajah 4
Murid menulis dengan posisi badan yang sesuai dengan jarak mata
Rajah 5A
Tulisan menjadi semakin baik tetapi masih banyak kelemahan seperti huruf p kecil masih ditulis salah, percampuran huruf besar ‘H’ dalam perkataan huruf kecil.
Rajah 5B
Tulisan murid menunjukkan kemajuan setelah menggunakan buku garis dua. Murid boleh menyalin semula perenggan dengan baik.
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
Berdasarkan Rajah 6, tulisan Hakim telah menunjukkan kemajuan seperti susunan huruf yang teratur,
kemas dan mengikut peraturan huruf walaupun masih ada kelemahan lagi seperti keseimbangan huruf
tinggi dan rendah dan kesalahan ejaan.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan, beberapa cadangan tindakan pemulihan berikut boleh dilakukan
dalam kalangan murid-murid yang menghadapi isu kemahiran menulis dan penulisan.
1. Isu Ruang: Menggunakan pensel sebagai alat menjarakkan setiap ayat.
2. Keseragaman huruf: Menggunakan buku petak atau bergaris.
3. Pembentukan huruf: Mengikuti kaedah tatacara yang betul dalam menulis (huruf besar dan kecil).
4. Teknik pegangan pensel dan posisi badan: Memegang pensel mengikut kaedah yang betul dan selesa
bagi murid.
5. Masalah ejaan: Membaca sambil menulis.
6. Perkataan tidak lengkap: Konsentrasi, motivasi dan memberi masa yang lebih kepada murid untuk
menulis berbanding dengan murid yang lain.
Antara motivasi yang digunakan dalam membimbing murid yang bermasalah pembelajaran ini adalah
seperti:
6.1 Pendekatan kasih sayang
Menggunakan pendekatan kasih sayang seperti yang terapkan oleh Rasullullah saw dalam menyampaikan
ilmu pengetahuan dan dakwah kepada umatnya. Pengkaji perlu bersikap lemah-lembut sesuai dengan
murid seperti maksud Allah dalam firman-NYa dalam Surah Ali Imran : 159 yang bermaksud :
14
Rajah 6
Tulisan murid menunjukkan kemajuan setelah menggunakan buku garis dua. Murid boleh menyalin semula perenggan dengan baik.
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
Sesungguhnya dengan rahmat daripada Allah, engkau (Muhammad saw) bersikap lemah-lembut
kepada mereka (orang beriman yang telah melakukan kesalahan itu), kerana sekiranya engkau bersikap
kasar lagi keras hati tentu sekali mereka menjauhkan diri daripada sekeliling engkau. Maafkanlah
mereka dan mintalah keampunan untuk mereka serta ajaklah mereka bermusyawarah dalam urusan
(kehidupan) itu. Apabila hati kamu telah nekad, maka bertawakallah kepada Allah (kerana)
sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal.
Seorang pendidik mestilah bersikap lemah-lembut terhadap anak-anak didik supaya nasihat yang
disampaikan berkesan terhadap murid. Berdasarkan kajian, murid-murid lebih sayang akan guru yang
bersikap lemah-lembut terhadap murid mereka.
6.2 Pendekatan ‘one to one learning’
Selain itu, pengkaji juga menggunakan pendekatan ‘one to one learning’ iaitu mengambil masa
yang khusus dalam tempoh tertentu bagi menumpukan perhatian pengkaji dalam membantu murid.
Pengkhususan seperti ini banyak membantu mengenal pasti kelemahan murid dan masalah lebih mudah
diatasi. Hubungan dua hala dapat dijalinkan kerana murid lebih kerap bertanya guru dan guru banyak
memberi pendapat dan cadangan agar murid menjadi lebih berkeyakinan.
6.3 Ganjaran dan pujian; Teori Skinner
Apabila murid telah menunjukkan perubahan sikap dan peningkatan dalam pembelajaran, pengkaji telah
memberi pujian dan hadiah bagi mendorong emosi murid agar terus meningkatkan kecemerlangan diri.
Murid kelihatan lebih ceria dan bersemangat dan telah menunjukkan kerajinan untuk menulis dengan
lebih kemas.
PENUTUP
Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan yang pengkaji dapati semasa menjalankan kajian ini.
Kelebihan dan kekurangan ini akan membantu pengkaji dari segi penambahbaikan dan pencarian kaedah
yang lebih baik untuk kajian lapangan pada masa hadapan. Kelebihan daripada kajian ini adalah masalah-
masalah yang dihadapi oleh Hakim dapat dilihat dengan lebih jelas dan masalah ini mungkin diabaikan
oleh sesetengah guru. Kajian ini juga dapat membantu Hakim menangani masalah di dalam kelas dan
membantunya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, latihan serta terapi yang sesuai
15
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
boleh digunakan apabila masalah telah dikenal pasti bagi membolehkan pengkaji untuk memerhati dan
melihat masalah lain yang mungkin wujud pada murid-murid yang lain.
Beberapa kelemahan telah dikenal pasti dalam kajian ini. Antaranya ialah pengujian sebenar perlu
dilakukan agar pengkaji dapat mengetahui dengan lebih lanjut masalah tulisan Hakim. Latihan demi
latihan yang berpanjangan perlu dilakukan bagi membantu Hakim dalam menangani masalah yang
dihadapi. Pelaksanaan yang berperingkat dan sistematik perlu dilakukan dalam membantu Hakim.
Kaedah pemerhatian saja mungkin tidak cukup dalam melihat dengan lebih dekat. Maka adalah baik juga
kaedah atau ujian-ujian diagnostik dijalankan. Persoalan mengapa penulisan dan tulisan tangan Hakim
penting mungkin sesuai ditujukan kepada siapakah yang membimbingnya. Guru yang prihatin tentang
muridnya pasti akan cuba membantu muridnya agar sentiasa berada di dalam gelung ilmu yang sebenar.
Penulisan dan tulisan tangan Hakim merupakan satu daripada kaedah bagi menunjukkan pemahaman
murid. Namun, apa yang lebih penting adalah ianya termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang menjadi tanggunjawab guru untuk membantunya.
RUJUKAN
1. Abdullah bin Yusof. (2006). Pengenalan kepada Pendidikan Khas. Open University Malaysia:
Unitem.
2. Adi-Japha, E., Landau, Y.E., Frenkle, L., Teicher, M., Gross-Tsur, V., & Shalev, R.S. (2007).
ADHD and dysgraphia: Underlying mechanisms. Cortex, 43, 700-709.
3. Auclair, L., Sieroff, E., & Kocer, S. (2008). A case of spatial neglect dysgraphia in Wilson’s
disease. Archive of Clinical Neuropsychology, 23, 47-62.
16
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
4. Deuel, Ruthmary K., (1995). Developmental dysgraphia and motor skills disorders. Journal of
Child Neurology, 10, Supp.1, S6-S8.
5. Graves, D. (1983). Writing: Teachers and children at work.New Hampshire: Heinemann.
6. Suppiah Nachiappan dan Kamarulzaman Kamarudin. 2012. Pembelajaran dan Perkembangan
pelajar. Oxford Fajar Edisi Kedua.
7. Abdullah Nasih ‘Ulwan. 1998. Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam. Jilid 1, 2 dan 3.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
LAMPIRAN 1
BIODATA MURID
17
Psikologi Pendidikan TP 1034 – Kajian Kes Masalah Tulisan Buruk 2013
No Nama Ahmad Hakim b Yahya
1 No Sijil Kelahiran 04072801/0831
2 Jantina Lelaki
3 Tempat Lahir Hospital Penawar, Pasir Gudang Johor
4 Keturunan Melayu
5 Bilangan adik-beradik 11 orang
6 Anak ke berapa Bongsu
7 Alamat rumah No. 24, Lorong Bunga Raya 14, Taman Tasik Jaya, 70400 Paroi,
Seremban.
8 Hobi Bermain bola dan bermain game internet
9 Cita-cita Saintis
10 Subjek yang diminati Matematik (kerana tidak perlu banyak menulis)
11 Nama bapa Yahya bin Arshad
12 Pekerjaan bapa Berniaga Kopi Oragano
13 Umur Bapa 55 tahun
14 Nama ibu Zuraidah bt Yusof
15 Pekerjaan ibu Berniaga
16 Umur ibu 51 tahun
18