Download - Kajian Tindakan Aku
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
1/26
Restoran Mak Limah Atau Mak Limah Restoran?
Suatu Rungkaian : Yang Mana Dahulu?
Oleh :
Mohd Faizal Bin Abdul Razak
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis, Pahang
PENGENALAN
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan merupakan program yang saya ikuti di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.Selama setahun
setengah saya berada di program persediaan, saya meneruskan pengajian dalam bidang
ijazah Bahasa Melayu selama lapan semester lagi.Setelah berada di semester tujuh ini,
saya telah melalui dua buah sekolah berpraktikum dan mendapat pengalaman idea dalam
penulisan kajian tindakan melaluinya.
Melalui pemerhatian yang dilalui semasa berpraktikum di kedua-dua sekolah,
saya mendapati murid-murid masih berlaku kekeliruan dalam mengenal pasti
penggunaan hukum D-M yang betul.Walaupun rata-ratanya dalam tahap sederhana,
namun potensi untuk terus meningkat dapat dilihat.Oleh itu, cadangan merancang suatu
rumus bagi merungkaikan permasalahan yang berlaku di kalangan murid Sekolah
Kebangsaan Sungai Marong ingin saya usahakan.
Hukum D-M digolongkan dalam Frasa Nama. Kerap kita mendengar orang
berkata goreng pisang untuk merujuk kepada frasa nama pisang yang digoreng.
Seharusnya bentuk yang betul ialah pisang goreng kerana kita merujuk kata nama
pisang sedangkan perkataan goreng merujuk kata kerja goreng dan merupakan
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
2/26
penerang bagi perkataan pisang dalam frasa berkenaan. Namun disebabkan kebiasaan
pertuturan dan diterima, tambahan pula difahami oleh masyarakat, sesetengah kita
menerimanya sebagai betul sedangkan hakikatnya dari sudut tatabahasa
pembentukannya adalah salah. Hal yang sama dapat dilihat pada frasa lain-lain hal
sedangkan hakikatnya kita merujuk hal bukannya lain-lain. Seharusnya pembetukan
frasa berkenaan ialah hal-hal lain kerana hal tersebut yang banyak bukannya lain.
Kesilapan dalam bahasa ini berlaku bukanlah disebabkan penutur jati itu tidak
cekap atau tidak berpengetahuan dalam bahasanya.Menurut Corder (1974:25) sebab
pengguna sesuatu bahasa melakukan kesalahan antaranya termasuklah berkaitan dengan
bentuk bahasa formal yang terikat oleh peraturan yang mesti dipatuhi. Peraturan tersebut
melibatkan situasi penggunaan yang kadang-kadang dalam masa menggunakan bahasa
formal seseorang akan terbawa-bawa dengan bentuk yang tidak formal. Menurut beliau,
penggunaan bentuk bahasa yang tidak formal dalam konteks penggunaan bahasa formal
di anggap kesalahan bahasa. Malah Corder menganggap kesilapan biasanya berpunca
dari tindakan penutur melakukan penukaran, pengalihan atau penghilangan sesuatu
bahagian ujaran seperti sesuatu bunyi, morfem, perkataan atau rangkai kata hingga
menyebabkan ayat-ayat yang dibentuknya mengandungi kesilapan (Corder, 1973:258)
dalam Arpan (1998).
Hal ini berpunca daripada kebiasaan sebutan dan kesedapan bunyi sebutan yang
diterima oleh penutur lisan bahasa Melayu kerana pada sesetengah keadaan sebutannya
konsisten.
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
3/26
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini dilakukan adalah bagi melihat kesalahan lazim dalam hukum D-
M {diterangkan (D), menerangkan (M)}.Hukum D-M ini menitikberatkan inti yang
ingin disampaikan melalui suatu pernyataan.Hukum ini meletakkan frasa diterangkan
(D) iaitu perkara yang ditujukan, diletakkan pada kedudukan frasa pertama manakala
frasa menerangkan (M) iaitu gambaran kepada perkara yang ditujukan pada kedudukan
frasa kedua.Dengan kata lain, frasa nama unsur D di hadapan frasa M, kecuali pada
nama-nama jawatan yang dikecualikan daripada hukum D-M.
Pada dasarnya, terdapat peraturan tertentu untuk mengatur susunan kedudukan
konstituen-konstituen kata nama dalam pembentukan frasa nama. Peraturan-peraturan
tersebut menentukan perkara yang hadir dahulu dan yang perlu hadir kemudian ataupun
selepas konstituen pertama. Hukum D-M tergolong dalam bahagian frasa nama.
Penggunaan (D) merujuk aspek yang Diterangkan manakala (M) merujuk aspek yang
Menerangkan.Menurut hukum tatabahasa, sesuatu perkara yang mahu diterangkan
harus dinyatakan dahulu sebelum disusuli perkataan yang menerangkan. Misalnya
apabila kita mahu merujuk pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan pisang
sebagai kata nama yang mahu diterangkan barulah disusuli goreng sebagai perkataan
yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, seharusnya susunan frasanya menjadi
pisang goreng bukannya goreng pisang kerana goreng pisang merujuk goreng
sebagai perkataan yang mahu diterangkan iaitu kata kerja dan pisang sebagai kata yang
menerangkan perkataan goreng. Maka apabila disebut goreng pisang kita seharusnya
merujuk frasa kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama.
Dengan kata lain, dalam pembentukan hukum D-M, unsur yang Diterangkan
merupakan unsur inti yang diletakkan pada kedudukan pertama dan unsur yang
Menerangkan merupakan unsur penerang yang diletakkan pada kedudukan kedua
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
4/26
Langkah yang ingin dilakukan ini adalah untuk melihat murid menggunakan
frasa nama yang tepat dan sesuai mengikut konteks yang diujarkan supaya tidak salah
mengikut hukum D-M yang telah ditetapkan.Hal ini lebih tertumpu pada tahun 4
sehingga tahun 6 khususnya berikutan murid-murid ini berhadapan dengan pelbagai kosa
kata yang mungkin dipengaruhi kawasan setempat dan masyarakat. Tambahan pula bagi
bidang penulisan, asas frasa nama yang kurang teratur menyebabkan pemeriksa
mendapat gambaran bahawa murid belum dapat menguasai aspek tatabahasa lebih-lebih
lagi hukum D-M.
Oleh sebab itu, saya mencari alternatif yang mampu membawa perubahan dalam
penguasaan frasa nama mengikut hukum D-M yang sebenar. Justeru, pemantapan pada
fokus D-M ini menjadikan murid dapat membetulkan kesilapan yang acap kali diguna
pakai, namun membawa konotasi yang salah dari segi hukum dan makna.Walaupun
kebiasaan telah berlaku pada persekitaran, namun pembetulan kepada yang biasa ini
perlu dididik sejak di awal pengenalannya dahulu supaya menjadi pegangan murid
sebagai asas penyempurnaan bahasa.Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada
rebungnya.
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
5/26
TINJAUAN LITERATUR
Menurut Nik Safiah Karim(et al.) dalam Tatabahasa Dewan Edisi ketiga ini
menyatakan bahawa, hukum D-M iaitu diterangkan menerangkan melihat kepada unur
inti (diterangkan) pada kedudukan pertama, manakala menerangkan diikuti selapas unsur
inti tersebut dan hanya wujud semata-mata dalam frasa nama. Seperti contoh :
Frasa Nama
Diterangkan (D) Menerangkan (M)
orang
askar
kelapa
baju
pam
lelaki
Melayu
sawit
kemeja
angina
Seterusnya, unsur yang songsang iaitu unsur diterangkan mendahului
menerangkan, tidak dapat diterima dan salah mengikut hukum D-M seperti contoh
Chong Klinik Gigi atau Kadir Restoran.Hal ini kerana, inti yang diujarkan terletak
selepas penerangannya.
Namun begitu, terdapat beberapa kekecualian yang berlaku di mana unsur
menerangkan, mampu berada dihadapan unsur diterangkan kerana berlaku kebiasaan
yang telah ditetapkan penggunaannya.Contohnya :
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
6/26
Frasa Nama
Penerang (M) Yang Diterangkan (D)
Perdana
Timbalan
Naib
Pembantu
Menteri
Presiden
Yang Dipertua
makmal
Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam
bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia. Awang Sariyan menyatakan dalam
bukunya bertajuk Kunci Bahasa Malaysia (1986) keluaran Sasbadi Sendirian Berhad,
kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan,
disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan
kata nama majmuk bahasaInggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah
seperti berikut:
Kesalahan Padanan Bahasa Inggeris Pembetulan
dalam lain perkataan in other words dengan kata-kata lain
lain-lain perkara other matters perkara-perkara lain
Minah Restoran Minah Restaurant Restoran Minah
Dunlop tayar Dunlop tyre tayar Dunlop
goreng pisang fried banana pisang goreng
cili sos chilli sauce sos cili
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
7/26
Dalam buku karangan Awang Sariyan bertajuk Kesalahan Umum Penggunaan
Bahasa Malaysia, huku D-M adalah ciri atau sifat susunan kata dalam Bahasa Malaysia
yang kebetulan berbeda daripada sifat susunan kata dalam Bahasa Inggeris. Jika dalam
Bahasa Inggeris, penerang mendahului kata utamanya, maka dalam Bahasa Malaysia
sebaliknya.
Menurut Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka Abdul Rahman Juri, hukum ini
dinamakan D-M sedemikian bukan kerana nama individu yang memperkenalkannya
tetapi kerana singkatan daripada dua perkatan iaitu Diterangkan dan Menerangkan.
Hukum D-M ini hanya digunakan dalam binaan Frasa Nama dan tidak melibatkan Frasa
Kerja, Frasa Adjektif mahupun Frasa Sendi Nama. Mengikut Hukum D-M, jika terdapat
dua atau lebih perkataan dalam binaan frasa nama, unsur yang hendak diterangkan (yang
dibei penekanan) hendaklah mendahului unsur yang menerangkan (penerangan tentang
unsur tadi). Tegasnya, unsur D terletak di hadapan unsur M. Hal ini dapat dilihat seperti
dalam penjelasan dalam Tatabahasa Dewan karangan Nik Safiah Kariam (et al.)
Mengikut pendapat Abdul Jalil Othman yang menerbitkan buku rujukan segera
Bahasa Malaysia KBSM, hukum D-M iaitu D bermaksud diterangkan manakala M
bermaksud menerangkan. Hukum D-M dapat terlihat sewaktu pembinaan ayat, seperti
contoh :
1. Adik gemar memakan goreng pisang [ salah ]
2. Adik gemar memakan pisang goreng [ betul ]
Ayat 1 melanggar hukum D-M kerana perkataan goreng pisang yang sepatutnya
pisang goreng kerana pisang merupakan perkara diterangkan. Maka semestinya perkara
diterangkan mendahului perkataan goreng yang menerangkan.
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
8/26
Contoh-contoh lain adalah seperti :
Salah Betul
mini telekung telekung mini
mini bas bas mini
Tom Yam Restoran Restoran Tom Yam
Taha Kedai Runcit Kedai Runcit Taha
lain-lain perkara perkara-perkara lain
Ramu Klinik Klinik Ramu
Walaupun demikian, masih terdapat beberapa pengecualian dalam penggunaan
hukum D-M. Kekecualian berlaku akibat pelaziman penggunaan oleh masyarakat seperti
berikut :
Penerang ( M ) Yang diterangkan ( D )
ibu Pejabat
Ibu Negeri
Perdana Menteri
Pembantu Penyelidik
Naib Pengerusi
Tambahan ini disokong melalui blog guru Bahasa Melayu di Kelantan M.Sahardi
yang menyatakan Hukum D-M ialah Hukum Diterang (D) dan Hukum Menerang (M).
Dalam frasa nama, unsur inti yang berada pada kedudukan pertama adalah unsur
diterangkan, dan pada kedudukan kedua merupakan unsur menerangkan.
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
9/26
Contoh : Guru bahasa ; Guru inti / (D)
bahasa penerang /(M)
Hukum D-M mempunyai beberapa kekecualian, antaranya ialah jawatan tertentu
yang biasa digunakan seperti Perdana Menteri (sepatutnya Menteri Perdana) dan naib
presiden (sepatutnya presiden naib).
Mengikut blog Cikgu Azemi juga salah seorang Munsyi Bahasa meringkaskan hukum
D-M digunakan untuk memastikan frasa nama digunakan dengan betul. (D)bermaksud
diterangkan benda kemudian(M)bermaksud menerangkan perihal benda tersebut.
ringkasnyauntuk menyebut frasa nama, kita mestilah menyebut nama benda dahulu,
barulah diikuti dengan menerangkan sifatnya;-
y ikan besar bukannya besar ikan
y kipas putih bukannya putih kipas
y
pisang goreng bukannya goreng pisang
y perkara-perkara lain bukannya lain-lain perkara
y negeri lain bukannya lain negeri
y Restoran Ali bukannya Ali Restoran
y KlinikGigi bukannya Gigi Klinik
y Hal-hal lain bukannya lain-lain hal
Kata yang dihitamkan itu ialah benda (kata nama) yang kemudiannya diikuti dengan
keterangan (menerangkan) sifatnya.
Walau bagaimanapun, terdapat juga frasa nama yang terkecuali daripada hukum D-M.
Hal ini demikian kerana frasa nama tersebut telah digunakan secara meluas, contohnya;-
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
10/26
1. perdana menteri
2. timbalan menteri
3. naib presiden
4. ibu pejabat
5. pembantu penyelidik
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Doloresa, Lesley D. Edang dan Mawar
melalui hamparan elektronik yang di dapati daripada laman web www.dbp.com.my
menyatakan hukum D-M ( D diterangkan, M menerangkan), merupakan frasa nama
yang dibina berdasarkan hukum D-M yang bermaksud yang diterangkan haruslah
berada di hadapan yang menerangkan.. Contoh penjelasan hukum D-M yang diberikan :
(D) Diterangkan (M) Menerangkan
Orang Lelaki
Kawan Baru
Guru Sains
Kelapa Sawit
Namun, terdapat juga kekecualian dalam hukum D-M iaitu pada aspek :
y Kekecualian dalam kata nama khas dan jawatan :
Perdana Menteri, Pembantu Penyelidik, Ketua Hakim, Ibu Pejabat
y Kata nama bilangan - Kata bilangan berfungsi sebagai penerang dalam frasa
nama :
dua ekor kucing, sebilangan kecil pelajar, sekumpulan pelancong
y Kata panggilan dan gelaran - Unsur ini perlu hadir di depan kata nama :
Tun Abdul Razak, Profesor Sutan Alisjahbana, Tunku Kudin
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
11/26
Muhammad Salaebing dalam kajian tentang pencemaran bahasa menyatakan
hukum D-M ini adalah ciri atau sifat susunan kata dalam bahasa Melayu yang kebetulan
berbeda daripada sifat susunan kata dalam bahasa Inggeris.Jika dalam bahasa Inggeris
penerang (modifier) mendahului kata utamanya (head), maka dalam Bahasa Melayu
sebaliknya pula. Oleh sebab itulah dalam Bahasa Melayu big house disebut rumah besar
dan bukan besar rumah atau other words disebut kata-kata lain bukan lain-lain kata.
Tetapi secara tidak disedari, susunan kata dalam Bahasa Melayu sekarang banyak yang
terpengaruh oleh susunan kata dalam bahasa Inggeris. Contohnya:
Kesalahan Sepatutnya
120. Anita Klinik Klinik Anita
121. Gigi Klinik Klinik Pergigian
122. Ipoh Kedai Pajak Gadai Kedai Pajak Gadai Ipoh
123. Minang Restoran Restoran Minang
124. Syarikat Sri Jaya Kenderaan Syarikat Kenderaan Sri Jaya
125. Maggie dua minit mi Mi Maggie dua minit
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
12/26
OBJEKTIF
Setelah melaksanakan kaedah rekonstruktur ini, murid-murid dapat :
i. Mengenal pasti hukum D-M yang betul melalui pembacaan atau penulisan.
ii. Menggunakan frasa nama yang betul mengikut hukum D-M dalam komunikasi
lisan.
iii. Menulis frasa nama mengikut hukum D-M yang betul pada kesesuaian situasi
yang berlaku.
SOALAN KAJIAN
i. Adakah kaedah Yang Mana Dahulu yang digunakan ini mampu membantu
murid mengenal pasti frasa nama mengikut hukum D-M yang tepat?
ii. Adakah kaedah Yang Mana Dahulu ini dapat diaplikasikan murid dalam
komunikasi seharian?
iii. Adakah selepas ini, murid sentiasa cakna dengan tulisan persekitaran mereka
dengan pemahaman tentang hukum D-M ini dengan lebih mendalam?
KUMPULAN SASAR
Sasaran yang terlibat bagi menjalankan kaedah Yang Mana Dahulu ini terdiri daripada
7 orang murid tahun 4 Amanah Sekolah Kebangsaan Sungai Marong, Bentongyang
dapat berkomunikasi dengan baik namun menghadapi kekeliruan dalam penentuan frasa
nama hukum D-M.
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
13/26
CADANGAN TINDAKAN
i. PELAN TINDAKAN
Proses perlaksanaan pelan tindakan bagi menjayakan program Yang Mana
Dahulu sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Sungai Marong adalah
mengikut perancangan berikut :
Langkah 1 Temu bual guru pembimbing / guru Bahasa Melayu yang mengajar
kelas untuk mendapatkan gambaran awal keadaan dan tahap
pembelajaran murid.
Langkah 2 Melakukan pemerhatian dan melihat secara kasar tingkah laku dan
tahap murid di dalam kelas secara realistik.
Langkah 3 Mengenal pasti kelemahan / kekeliruan yang terdapat pada murid
tentang komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 (
tatabahasa )
Langkah 4 Berbincang dengan guru pembimbing tentang kajian yang ingin
dijalankan serta teknik yang ingin diaplikasikan bersesuaian atau tidak.
Langkah 5 Membina item soalan / bahan yang mampu mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah yang timbulan dalam pembelajaran Bahasa
Melayu.
Langkah 6 Menjalankan ujian pra dan mengenal pasti murid yang benar-benar
memerlukan perhatian.
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
14/26
Langkah 7 Merekod dan menganalisis tindakan yang ingin dijalankan mengikut
kemampuan tahap murid .
Langkah 8 Melakukan teknik tindakan Yang Mana Dahulu. Teknik ini di mana
guru akan menunjukkan cerakinan perkataan daripada frasa nama yang
terkandung hukum D-M daripada keseluruhan ayat. Seterusnya, guru
akan memfokuskan murid pada konteks ayat. Kemudian, guru akan
membezakan perkataan diterangkan atau menerangkan atau dalam ayat
ini, perkara manakah yang dikehendakkan dahulu. Seterusnya nyatakan
Yang Manakah Dahulu sebagai perkara yang ingin difokuskan
dahulu. Selanjutnya, guru akan menggunakan frasa nama hukum D-M
pada ayat yang betul.
Langkah 9 Menjalankan ujian pasca setelah tamat menjalankan teknik.
Langkah 10 Menganalisis kajian dan dapatan daripada ujian pasca yang dijalankan.
Langkah 11 Membuat kesimpulan / rumusan tentang dapatan dan hasil perolehan
melaui penganalisisan.
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
15/26
ii. Kaedah Pengutipan Data
Pemerolehan data yang dibuat bagi kajian tindakan saya adalah
berlandaskan pada kaedah pengumpulan data secara kualitatif.Pengumpulan data
secara kualitatif ini berdasarkan reka bentuknya pada bidang kajian kes. Hal ini
mampu melihat secara terperinci permasalahan yang berlaku dan hasil yang bakal
diperoleh melalui program Yang Mana Dahulu.
Temu bual
Proses temu bual ini dilihat menekankan pada aspek kualitatif di mana
maklumatnya secara terus dan mampu ditafsir dengan carat emu bual semi
struktur yang bakal dijalankan. Temu bual ini dijalankan dengan hubungan terus
di mana penemu bual mampu menyelami dan menghayati perkara yang
disampaikan dan menjadi kerangka konsep dalam pembawaan proses temu bual
ini berlangsung. Temu bual ini berlangsung antara saya bersama guru
pembimbing / guru Bahasa Melayu yang mengajar dan saya bersama murid
secara individu. Perkara yang ditemu bualkan adalah seperti berikut :
Guru
- Bagaimanakah cikgu melihat penguasaan murid dalam bidang
tatabahasa?
- Adakah terdapat murid yang dapat menguasai hukum D-M dengan
baik?
- Siapakah yang cikgu kenal pasti murid yang lemah dalam penggunaan
hukum D-M dan menggunakan hukum D-M yang salah baik dalam
tulisan mahupun lisan?
- Apakah cadangan penyelesaian cikgu dalam menangani masalah ini?
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
16/26
Murid
- Perbandingan antara dua perkataan yang menguji tentang
kefahaman hukum D-M
- Bagaimanakah hendak membezakan perkataan manakah
diterangkan (D) dengan menerangkan (M)?
- Siapakah yang tidak memahami penggunaan hukum D-M?
- Mengapakah ditekankan tentang hukum D-M?
Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan apabila proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas serta perbualan murid secara tidak langsung. Saya ingin melihat sejauh mana
murid menggunakan frasa nama hukum D-M ini dengan tepat mengikut struktur yang
ditulis / diujarkan mereka. Secara formalnya, saya melakukan ujian lisan tanpa rekod
untuk melihat kemampuan awal murid tentang hukum D-M ini.Oleh itu, pengumpulan
data melalui pemerhatian sentiasa dilakukan secara berkala supaya saya dapat melihat
corak peningkatan murid tentang penggunaan hukum D-M.
Data Dokumentasi
Data dokumentasi ini merupakan data maujud yang akan dinilai sepenuhnya
untuk melihat tahap penguasaan ilmu murid tentang hukum D-M ini. Pengutipan data
melalui dokumentasi ini menyokong pemerhatian dan temu bual yang dijalankan dan
menilai murid tentang kefahaman hukum D-M ini hingga objektifnya terhasil.Ujian pra
dan ujian pasca juga diuji dan diklasifikasikan pada data dokumentasi.
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
17/26
Kaedah Menganalisis Dokumen
Mengikut kaedah pengutipan data yang dirancangkan, pemerolehan data ini akan
diteliti dan diproses seterusnya dianalisis mengikut instrument tersendiri. Pelaporan
analisis dipersembahkan seperti berikut :
Temu bual
Temu bual yang dijalankan untuk murid dan guru merupakan struktur yang berbeza
namun ingin menjurus pada satu pernyataan kefahaman yang serupa iaitu mengenal pasti
kelemahan murid dalam bidang tatabahasa khususnya hukum D-M dalam frasa nama.
Hasil perbualan ini adalah untuk melihat hubungan respon murid dan guru selari dengan
perkara yang diperkata.Oleh itu, hasil ini dapat dilihat sebagai medium perantaraan
awalan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran tentang pandangan yang diujarkan
ketika temu bual dijalankan. Temu bual ini akan direkod / didokumentasikan sebagai
bukti temu bual dijalankan. Oleh itu, satu laporan ringkas berkaitan proses temu bual
akan dilakukan.
Pemerhatian
Pemerhatian yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta
komunikasi harian yang sering digunakan, akan dianalisis dan dicatat oleh guru untuk
perlaksanaan kajian tindakan ini. Pemerhatian ini juga mempengaruhi sampel pemilihan
murid yang akan digunakan sebagai kajian kes untuk kajian tindakan ini. Pemerhatian ini
dijalankan dari semasa ke semasa untuk dilihat keberhasilannya terhadap tindakan yang
dijalankan.
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
18/26
Data Dokumentasi
i. Ujian pra : Hukum D-M
Semasa proses ujian pra dijalankan, 10 item soalan akan diuji kepada murid.
Kesemua murid tahun 4 Amanah akan diuji tentang kefahaman hukum D-M
sebelum diajar dengan hanya memilih frasa nama yang betul dengan penggunaan
ayat yang diujarkan. Ujian pra ini dijalankan untuk proses saringan murid yang
manakah terpilih menyertai teknik Yang Mana Dahulu. Rekod pencapaian murid
dicatatkan pada seperti :
Nama S1 S2 S3 S4 S5
Ahmad Darwish B. Zainudin
Muhammad Adib B. Darus
Ainzatul Nadthirah Bt Mohammad
Huwaida Khamisah Bt Anuar
Nur Dhamirah Bt Omar Dani
Nur Syuhada Bt Ahmad Junaidi
Nurul Amira Bt Dzulkiflee
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
19/26
Nama S6 S7 S8 S9 S10
Ahmad Darwish B. Zainudin
Muhammad Adib B. Darus
Ainzatul Nadthirah Bt Mohammad
Huwaida Khamisah Bt Anuar
Nur Dhamirah Bt Omar Dani
Nur Syuhada Bt Ahmad Junaidi
Nurul Amira Bt Dzulkiflee
Hasil ujian pra ini akan dijadikan supaya kayu pengukur supaya apabila teknik
Yang Mana Dahulu diaplikasikan, maka terdapat peningkatan yang dapat dilihat
melalui jumlah soalan yang betul dapat dijawab oleh murid.
ii. Ujian Pasca : Penilaian semula hukum D-M
iii. Nama S1 S2 S3 S4 S5
Ahmad Darwish B. Zainudin
Muhammad Adib B. Darus
Ainzatul Nadthirah Bt Mohammad
Huwaida Khamisah Bt Anuar
Nur Dhamirah Bt Omar Dani
Nur Syuhada Bt Ahmad Junaidi
Nurul Amira Bt Dzulkiflee
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
20/26
Nama S6 S7 S8 S9 S10
Ahmad Darwish B. Zainudin
Muhammad Adib B. Darus
Ainzatul Nadthirah Bt Mohammad
Huwaida Khamisah Bt Anuar
Nur Dhamirah Bt Omar Dani
Nur Syuhada Bt Ahmad Junaidi
Nurul Amira Bt Dzulkiflee
Setelah selesai dilihat pada ujian pasca ini, dapat disimpulkan ke dalam jadual di
bawah :
Bil Nama Hasil Ujian
1 Ahmad Darwish B. Zainudin
2 Muhammad Adib B. Darus
3 Ainzatul Nadthirah Bt Mohammad
4 Huwaida Khamisah Bt Anuar
5 Nur Dhamirah Bt Omar Dani
6 Nur Syuhada Bt Ahmad Junaidi
7 Nurul Amira Bt Dzulkiflee
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
21/26
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL ITEM KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH
1 Kertas A4 (double A) 1 rim RM 12.50 RM 12.50
2 Dakwat Printer Canon (hitam) 1 catridge RM 50.00 RM 50.00
3 Dakwat Printer Canon (warna) 1 catridge RM 75.00 RM 75.00
4 Pensel 2B 1 kotak RM 7.50 RM 7.50
5 Coklat (ganjaran) 1kotak RM 6.00 RM 6.00
6 Kamera Sony ( rakaman ) 1 unit Hak milik
persendirian
7 Fotostat Mengikut
Keperluan
(Jangkaan)
RM0.10 RM 10.00
Jumlah Keseluruhan RM 161.00
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
22/26
JADUAL PELAKSANAAN TINDAKAN
Bil ITEM
MINGGU 1 MINGGU 2 MI
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2
1. Berbincang dengan guru pembimbing
Bahasa Melayu untuk mendapatkan
maklumat.
2. Melakukan pemantauan secara holistik
terhadap pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas.
3. Melakukan temu bual
4. Pemerhatian
5. Pra ujian
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
23/26
6. Menyemak dokumen dan mengenal pasti
murid
7. Penyediaan bahan yang bersesuaian
dengan kajian
8. Menjalankan teknik Yang Mana Dahulu
berserta latih tubi.
9. Pasca ujian
10. Mengumpul dan menganalisis maklumat
daripada perolehan dapatan
11. Merekod tindakan yang berlaku berserta
perkembangan dan pelaporan.
12. Kesimpulan
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
24/26
Refleksi Kendiri
Alhamdulillah setelah hampir berada di separuh perjalanan praktikum fasa
ketiga, akhirnya sempurna sudah sebuah episod dalam perjalanan menjadi bakal guru
bersiswazah iaitu penyempurnaan kerja kursus BMM3113 ( Penyelidikan Tindakan I )
yang memerlukan guru pelatih semester 7 membuat satu kertas cadangan kajian tindakan
mengikut permasalahan murid di sekolah yang ditempatkan berpraktikum.
Setelah lebih kurang dua bulan tempoh pelaksanaan, maka sempurnalah
penyediaan kertas cadangan kajian tindakan ini yang melihatkan kematangan guru
pelatih berfikir secara kreatif dan kritis, bagaimana penyelesaian bagi sesuatu masalah
yang dihadapi berdasarkan amalan pengajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah.
Kursus pada semester ini membawa kepada satu darjah kesukaran / kemampuan
guru pelatih memanipulasikan kognitif mengikut acuan masing-masing, demi mencapai
objektif yang dirancang.Jika sebelum ini, banyak dikaji tentang teori tokoh-tokoh
mahupun pendapat yang secara literalnya tidak berada pada persekitaran yang kita
berada. Walaupun pelbagai teori telah kita pelajari dan amalkan, kemungkinan beberapa
cara / amalan yang dicadangkan tidak bersesuaian mengikut permasalahan yang dihadapi
oleh murid. Justeru, kursus pada semester ini membawa kepada suatu tindakan yang
difikirkan oleh guru pelatih bersesuaian dan berkesan kepada murid mengikut
kelemahan murid / guru yang cuba membawa proses hasil pembelajaran berjalan dengan
lancar dan tercapai.
Sewaktu penulisan kertas cadanagn ini, saya sendiri mengalami beberapa
kesukaran yang perlu ditempuh.Lebih-lebih lagi dalam pemilihan tajuk.Pada awalnya,
saya mendapat kelas yang agak lemah iaitu tahun 4 Amanah.Terdapat pelbagai ragam
dan masalah untuk dilihat dan diatasi. Pada permulaannya, saya memikirkan untuk
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
25/26
membuat tajuk kewujudan atau pengguguran konsonan k pada suatu ayat dasar yang
diimbuhkan dengan imbuhan akhiran kan. Namun setelah lama berfikir, saya
mengambil keputusan menukarkan kepada hukum D-M kerana aras kesukaran untuk
tajuk pertama agak tinggi dan kompleks. Saya bimbang, objektifnya tidak tercapai dan
perancangannya tidak akan mendatangkan manfaat.
Seterusnya, saya mempunyai masalah dalam penulisan kertas cadangan ini.Saya
tidak begitu memahami struktur penulisan dan pengolahan kepada tajuk yang
diberikan.Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berkolaborasi bersama rakan kelas
serta rakan cohort yang masing-masing bersedia membantu dalam penulisan struktur
kertas cadangan ini.Walaupun memakan masa, namun akhirnya inilah hasil cadangan
yang dapat saya sediakan.
Walaupun halangan yang menimpa ini merupakan satu tekanan kepada diri, saya
merasakan ini merupakan satu peluang untuk saya mempraktikkan kemampuan yang
telah saya timba di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan dan
menguji kewibawaan sebagai seorang guru kelak.Hal ini kerana, guru bakal
mencorakkan kehidupan murid. Oleh itu dengan acuan yang baik, maka hasil murid itu
juga akan menjadi baik.
Semasa penyediaan kertas cadangan ini, saya juga menyimpan cita-cita untuk
memajukan diri dalam arena pendidikan ini. Umum mengetahui, kini terdapat gelaran
guru cemerlang bagi guru-guru yang berjaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bidang masing-masing. Oleh itu, sudah menjadi antara impian yang terpahat
dalam sanubari untuk menerima anugerah guru cemerlang tersebut yang bertitik tolak
daripada kajian tindakan yang dijalankan. Sebagai bonus juga, terdapat anugerah inovasi
-
8/7/2019 Kajian Tindakan Aku
26/26
dalam bidang ini untuk melihat proses reka cipta guru dalam meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran.
Tidak lupa pada rakan-rakan yang sama-sama berusaha dan membantu antara
satu sama lain untuk menyempurnakan tugasan ini. Bak kata pepatah, Yang Berat Sama
Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing menjadi antara sematan dalam diri rakan-
rakan.Kepada Pn Rogayah Osman tidak dilupakan jasa beliau yang sentiasa memberi
sokongan dan panduan serta merasakan betapa pentngnya kajian tindakan ini bagi
kami.Saya mendoakan agar Pn Rogayah Osman sekeluarga sentiasa berada dalam
naungan Illahi.Tidak terbalas jasa dan curahan ilmu yang diberikan.Hanya Allah sahaja
yang mampu membalas. Pantun menyebut ;
Pulau Pandan juah ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanag
Budi yang baik dikenang juga
Akhir kalam daripada saya, semoga kajian tindakan ini memberi manfaat kepada murid
dan guru serta kepada mereka yang menginginkan arena pendidikan negara ini terus
bersinar. Sekian, Wassalam