Download - KAI 1043 pn
BERMAIN SEBAGAI PEDAGOGI PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK (KAI 1043)
KURIKULUM DAN BERMAIN
NURUL ZATY AFIQAH BINTI MURATE20112003299
YASMIN BINTI ALI E20112003303
MICHELLELYN JONG SZEE ENN E20112003304
NOR ZAKIAH BINTI ZAINAL E20112003306
NUR SYAHIRAWATI BINTI ROSEDIE20112003307
KURIKULUM & BERMAIN.
Kurikulum merupakan sebuah kursus pengajian untuk sesebuah sekolah.
Merangkumi mata pelajaran akademik, objektif dan matlamat, strategi pengajaran, aktiviti pembelajaran, kaedah penilaian rakan sebaya, dan sebagainya terdapat dalam kandungan kurikulum tersebut. Dalam erti kata lain, kurikulum merupakan program akademik secara keseluruhan.
Kita akan mengkaji sesuatu yang berkaitan dengan kurikulum dan bermain di peringkat umum dengan memeriksa hubungan keseluruhan kurikulum-bermain di peringkat yang lebih khusus dengan mengkaji peranan yang dimainkan secara meluas dalam program pendidikan kanak-kanak awal
LATAR BELAKANG MARIA MONTESSORI
Maria wanita pertama yang berkelulusan dalam
bidang perubatan di universiti Itali.
1906 beliau menubuhkan satu sekolah bernama
Casa dei Bambini untuk kanak-kanak istemewa
dan dikenali juga sebagai sekolah Montessori.
Beliau menyokong pendapat Frobel iaitu kanak-
kanak belajar melalui aktiviti bermain.
• Maria mempercayai kanak akan menunjukkan
minat kepada aktiviti pembelajaraan apabila
mereka cukup matang.
• Beliau menyediakan persekitaran yang lengkap
dan kanak-kanak dapat menerokai pada masa
dan tahap yang sesuai.
• Guru merupakan pemudah cara dalam proses
pembelajaran.
• Guru menyokong kanak-kanak
apabila menunjukkan kesediaan
mempelajari sesuatu secara
menjawab soalan dan membantu
mereka ketika bantuan diperlukkan.
KONSEP ASAS MARIA MONTESSORI DALAM
PEMBENTUKKAN KURIKULUM DAN
PERMAINAN
1. Minda yang mudah menyerap.
-Minda kanak-kanak mudah menyerap melalui deria
mereka dan menyusun pengalaman ini saat kelahiran
lagi.
2. Persekitaran yang tersedia.
-Persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan
menyokong pembentukkan konsep dan pengetahuan
kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya.
-Contohnya, meja dan kerusi perlu bersaiz kanak-kanak
dan selesa.
3. Didikan diri
- Didikan diri melalui penerokaan dan
pengalaman.
-Guru tidak perlu mengajar secara formal pada
kanak-kanak.
-Guru perlu menunjuk ajar dan membimbing
dalam pemilihan bahan.
-Contoh Bahan Pembelajaraan Montessori adalah
‘betul diri’(self correcting).
4. Bahan pembelajaran
- 4 jenis bahan pembelajaraan Montessori
• Latihan untuk kemahiran hidup
• Sensori
• Akademik
• Seni dan Budaya
-Guru hanya mengajar cara yang betul dan
kanak-kanak akan memilih aktiviti dengan
bebas dan sukarela.
- Antara matlamat kurikulum Montessori
• Penumpuan perhatian.
• Kemahiran bahasa.
• Keseimbangan pergerakan.
• Kemahiran memerhati dan meneliti.
• 5. Tempoh sensitif.
• -Tempoh kanak-kanak menguasai sesuatu
kemahiran
• -Tempoh ini dapat dikesan apabila kanak-kanak
sentiasa menanyakan soalan dan tertarik bagi
memerhati ,menyentuh sesuatu bahan
pembelajaran.
REGGIO EMILIA
Dinamakan bersempena sebuah
bandar dalam Itali Utara di mana
ia bermula selepas sahaja Perang Dunia.
Pengasasnya,Loris Malaguzzi(1920-
1994), menyokong constructivism sosial
Dalam kerja piaget, vygoysky ,
dan dewey dia melihat kanak-kanak
sebagai seorang warganegara akan
datang dan protagonis.
-Kanak-kanak adalah seorang manusia yang sangat pintar dalam menjadi satu produser dalam masyarakat.
-Bilik darjah ialah satu ruang yang besar untuk kerja dan bermain dengan pelbagai pameran produk-produk yang dihasilkan daripada aktiviti kanak-kanak.
-pengucapan kreatif ialah pekerjaan utama dalam kurikulum
-Kepercayaan besar ialah diberikan kepada idea anak-anak yang mempunyai banyak potensi dan keterbukaan dan mahu berkomunikasi.
-Mereka menyatakan diri mereka menggunakan beratus-ratus bahasa zaman kanak-kanak
Bahasa- bahasa termasuk arca/ukiran, mainan bayang-bayang, kolaj, muzik,permainan dramatik dan sebagainya.
kanak-kanak belajar dengan mencari cara-cara untuk berkomunikasi kefahaman mereka.
Sekolah-sekolah yang diasaskan oleh Reggio Emilia mempunyai satu studio seni dan seorang guru seni khas ,satu pelukis professional untuk bekerja dengan kanak-kanak di sekolah tersebut.
Kanak-kanak ialah anak-anak patung dan barang-barang pengemasan, blok-blok kecil yang besar, dan puzzles.
Guru-guru percaya bahawaapabila kanak-kanak bermain dapat membantu remaja berlatih dan mengulas lanjut kemahiran pembangunan dan keupayaan kognitif mereka.
WALDORF
• Pengasas Pendekatan Waldorf ialah Rudolf Steiner (1861-1925).
• Pendekatan Waldorf diasaskan selepas Perang Dunia Pertama.
• Beliau berpandangan pendidikan formal tidak sesuai untuk kanak-kanak.
• Tetapi, kanak-kanak digalakkan bermain dan meneroka imiginasi mereka sendiri.
• Dari aspek perkembangan sosial, kurikulum Waldorf percaya kanak-kanak belajar kemahiran bersosial dan berinteraksi dalam kumpulan rakan sebaya melalui bermain.
• Kurikulum Waldorf menekankan supaya kanak-kanak belajar melalui penyertaan pelbagai aktiviti.
• Tiruan adalah secara sendiri membolehkan kanak-kanak untuk belajar tanpa bergantung pada orang lain.
• Kanak-kanak ingin tahu tentang kerja orang dewasa dan mahu
meniru apa yang mereka lihat untuk mendalamkan pemahaman mereka sendiri.
• Kanak-kanak tidak dipaksa untuk melakukan kerja ini tetapi kerelaan mereka untuk seronok dalam pekerjaan yang mereka lakukan.
• Bermain sangat penting untuk kanak-kanak bagi mengembangkan diri dalam masyarakat.
• Dengan adanya permainan sosial ini, kanak-kanak dapat mengamalkan kemahiran sosial mereka dan belajar bagaimana untuk berfungsi dalam kumpulan.
• Jangka masa yang panjang untuk permainan imaginatif dalam kelas kanak-kanak mengukuhkan lagi kematangan emosi mereka.
• Di samping itu, dengan ruang yang selesa, kanak-kanak mempunyai bahan yang sesuai untuk bermain.
• Mereka tidak digalakkan mempunyai persekitaran permainan yang berprestij seperti
-pejabat pos, -hospital / pusat perubatan.
• Waldorf percaya bahawa bahan permainan hendaklah mempunyai potensi yang baik.
• Dalam persekitaran kanak-kanak awal Waldorf, banyak blok kayu, reben, bakul dan cengkerang digunakan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bermain pemainan tersebut.
• Permainan dilihat sebagai manifestasi akan kanak-kanak melalui pengalaman mereka.
• Contohnya ialah melihat pekerja yang membaiki jalan atau mendengar cerita dongeng yang diceritakan oleh guru.
PENDEKATAN PROJEK
Diasaskan oleh John Dewey dari Universiti of Chicago.
Pendekatan projek adalah berlandaskan tradisi lama dalam pendidikan progresif di Amerika.
Menurut beliau, pendekatan projek merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi kanak-kanak berusia 3 - 8 tahun di kebanyakan sekolah.
Bagi kanak-kanak pra-sekolah, aktiviti bermain adalah satu pendekatan projek yang lebih formal bagi mereka berbanding pembelajaran akademik merupakan pendekatan yang paling formal bagi kanak-kanak yang lebih dewasa.
Pendekatan projek memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak dengan menggunakan kemahiran dan penyelidikan.
Pendidik boleh mendapatkan idea bagi projek-projek dengan menonton permainan mengenai projek rangsangan bagi kurikulum tersebut.
Sebagai contoh, seorang guru akan berbincang dengan kanak-kanak berkaitan prospek atau cara untuk menjalankan projek disamping memberi idea bagi memudahkan kanak-kanak tersebut.
Kemudian, kanak-kanak akan menjalankan projek tersebut dengan mengambil masa selama satu hingga dua minggu.
Pada fasa awal kanak-kanak, pendekatan projek boleh dilaksanakan dengan melukis gambar dan membuat cerita dari pengalaman mereka sendiri.
Kaedah pendekatan projek ini melibatkan kerja lapangan, penyelidikan, dan lawatan sambil belajar, serta merekod dan menyusun maklumat.
Sebagai contoh, kelas kindnergarten mungkin membuat satu cerita dan melakonkan skrip yang melibatkan projek tersebut.
Pendekatan projek mengikut teori konstruktivis merupakan penekanan penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif kanak-kanak dalam pembelajaran.
Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai
oleh kanak-kanak adalah pembinaan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran.
Kanak-kanak membina pengetahuan
menerusi penyelesaian masalah berdasarkan pengalaman mereka.
Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah (2006), pendekatan projek ini ditentukan oleh guru atau inisiatif kanak-kanak tersebut.
Hala tuju pembelajaran adalah mengikut minat kanak-kanak tersebut dan guru adalah sebagai pemudah cara ataupun pembimbing mereka.
Pendekatan projek boleh dijalankan dalam jangka masa pendek dan panjang.
Jangka masa itu diperlukan kerana setiap topik yang dipilih akan dikaji secara mendalam.
Daripada pendekatan projek ini, kanak-kanak akan dapat belajar untuk menghormati perbezaan keupayaan dan pengetahuan rakan-rakan mereka yang lain.
Selain itu, dengan pendekatan projek ini minda kanak-kanak akan lebih kreatif untuk menyelesaikan projek yang dijalankan.
Daripada hasil kajian tersebut, kanak-kanak akan belajar untuk berkomunikasi bagi menerangkan hasil projek mereka kepada rakan-rakan yang lain.
Hal ini dapat melatih kanak-kanak untuk berkomunikasi dan bersikap lebih berani apabila berhadapan dengan orang lain.
Bank street
Falsafah Pendekatan Bank Street dibangunkan oleh Lucy Sprague Mitchell (Dekan pertama Wanita di University of California di Berkeley).
Melalui analisis rapat proses pembelajaran anak-anak kecil seperti asas untuk Pendekatan Bank Street iaitu kurikulum berdasarkan idea sekiranya kanak-kanak boleh belajar mengkaji dunia manusia.
Cara terbaik untuk berbuat demikian untuk kanak-kanak tersebut adalah dengan memberi tumpuan kepada 5 kunci kajian sosial mata pelajaran utama iaitu antropologi budaya, sejarah, sains politik, ekonomi, dan geografi.
Di dalam kelas, Kanak-kanak biasanya bermain dengan alat permainan dan bahan-bahan yang memberi banyak imaginasi kepada mereka seperti blok, air, bahan-bahan seni, tanah liat, puzzle, dan sebagainya.
Mereka boleh memilih apa yang mereka mahu bermain dengan dan boleh bekerja dengan sendiri serta dalam kumpulan.
Ini membantu mereka belajar dengan cara mereka sendiri, pada kadar mereka sendiri.
Kolej pendidikan Bank Street di bandar New York telah lama bersekutu dengan pendekatan pembangunan-interaksi untuk pendidikan awal.
Bank Street menekankan tentang perkembangan kanak-kanak iaitu interaksi di kalangan pelbagai dimensi pembangunan seperti sosial, emosi dan kognitif serta interaksi di antara kanak-kanak dan lain-lain yang penting dalam persekitaran.
Pembelajaran sosial ialah teras kurikulum kerana anak-anak didorong untuk mempelajari tentang hubungan-hubungan di kalangan rakyat , dan hubungan dengan persekitaran dan sejarah.
Hidup secara demokratik adalah ditekankan iaitu celik huruf, matematik , dan mata pelajaran lain berintegerasi dengan sains sosial.
Guru ialah panduan yang menghubungkan dunia kanak – kanak dengan kurikulum, termasuk kemahiran akademik dan praktikal.
Membina kerusi dan meja menggunakan blok
KESIMPULAN :
Bahan dan perkembangan kanak-kanak mempunyai hubungan dua hala antara satu sama lain.Bahan secara langsung atau tidak langsung boleh membentuk bidang-bidang tertentu untuk pembangunan kanak-kanak.Tahap pembangunan kanak-kanak juga mempengaruhi jenis bahan atau untuk memilih bermain dengan bahan bagi memahirkan tingkah laku di dalam kelas atau pusat.Potensi bahan dan kurikulum mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan positif bergantung kepada guru.Guru perlu berusaha untuk membuat penyambungan antara aktiviti pengayaan, pembelajaran akademik dalam kurikulum dan permainan kanak-kanak untuk memberikan pelbagai faedah.