Download - Jurnal m7

Transcript
Page 1: Jurnal m7

Bilangan Jurnal : 7

Minggu Praktikum : Ketujuh

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : Sepanjang Minggu Ketujuh

Tajuk Jurnal : Kawalan Kelas

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini, saya telah menghadapi masalah di mana murid-murid tidak berada dalam keadaan terkawal pada awal pengajaran. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana saya kurang tegas dan suara saya kurang lantang. Masalah ini menyebabkan murid-murid bersembang ketika saya memberikan arahan di hadapan kelas. Disebabkan oleh masalah tersebut, beberapa orang murid tidak faham arahan saya.

3. Cadangan Tindakan Susulan

i. Saya perlu berlatih untuk melantangkan suara saya.ii. Saya perlu bersikap lebih tegas kepada murid selepas ini.iii. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah

penyelia dan guru pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa seminggu. Kawalan kelas yang baik dapat memcapai objektif pembelajaran dan murid mendapat keseronokan belajar. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan:

Nama:

Tarikh:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan:

Nama:

Tarikh:


Top Related