Download - Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
1/18
Isu-isu Penyelewengan dalam Aqidah
Ajaran Sesat
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
2/18
DEFINISI AJARAN SESAT
Ajaran salah atau sesat boleh diertikan sebagai
sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh
orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa
ajaran atau amalan yang dibawanya itu adalah
ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam;sedangkan pada hakikatnya ajaran atau amalan
yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam
yang berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnahserta bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.
(Definisi yang disepakati oleh MABIMMS dan diterima oleh JAKIM.)
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
3/18
Hj. Mohamed Amin Salleh, mantan PengarahYADIM, mendefinisikan ajaran salah atau sesatsebagai semua bentuk ajaran atau amalan yangdidapati bertentangan dengan syariat Islam ataubertentangan dengan mana-mana sumber hukumIslam (al-Quran, Hadis, Ijma dan Qias) sedangkan
ajaran dan amalan yang bertentangan itu didakwaatau dikatakan dari ajaran Islam, serta diajarkankepada masyarakat sama ada dengan secara sulitatau rahsia atau untuk ahli sahaja atau diajarkan
dengan secara terbuka kepada orang ramai,seterusnya ajaran itu diamalkan atau menjadipegangan kepada individu atau kumpulan yangberkenaan.
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
4/18
SEJARAH PENYELEWENGAN
AQIDAH
Ajaran sesat telah mula wujud semenjak kewafatan Rasulullah S.A.W. dengan
kemunculan Musailamah al-Kazzab yang mendakwa dirinya sebagai nabi.
Adalah dipercayai ajaran sesat telah muncul di Malaysia pada awal abad ke 19 di
Kampung Seronok, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ia dikenali sebagai Ajaran Taslim
yang diasaskan oleh Hj. Mohammad bin Shafie atau lebih dikenali sebagai Hj.
Ahmad Matahari. Di Selangor, ajaran sesat yang mula bertapak adalah Ajaran
Ahmadiah/Qadiani bertempat di Jeram, Kuala Selangor pada tahun 1930-an.
Ajaran ini telah difatwakan oleh para ulama seluruh dunia sebagai terkeluar
daripada ajaran Islam.
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
5/18
CIRI-CIRI AJARAN SESAT
Ajaran yang meletakkan ketua atau guru padataraf yang amat tinggi dan melebihi had yang
biasanya diberikan kepada manusia, atau
menyamatarafkan ketua atau guru denganpara wali atau para nabi/rasul. Ajaran seperti
ini juga menghendaki supaya menghormati
ketua atau guru dan meyakini bahawa tidak
akan berhasil sesuatu maksud itu kecuali
dengan usaha atau kekuasaan ketua atau guru
tersebut.
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
6/18
Meyakini bahawa setiap keberkatan yang
diperolehi di dunia dan diakhirat kelakadalah hasil atau disebabkan oleh
keberkatan dari ketua atau gurunya.
Menggunakan syarat-syarat tertentu kepada
pengikut atau anak murid seperti perlu
melunaskan bayaran yang tertentu kepadaguru sebagai jaminan untuk menghapus
atau menebus dosa.
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
7/18
Ketua atau guru kebiasaannya menghina,memperlekeh serta merendahkan kebolehandan tahap ilmuan para ulama. Merekamendakwa para alim ulama yang ada pada
hari ini hanya mengetahui danmemperbesarkan persoalan zahir (kulit)sahaja dan tidak membongkar rahsia yang
ada dalam hukum-hukum Islam. Merekamenuduh para alim ulama yang ada hari inimenyembunyikan ajaran Islam yangsebenar.
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
8/18
Mengamalkan penggunaan azimat dan
tangkal sebagai pelindung.
Mendakwa bahawa ajaran dan ilmu yang
diterima itu melalui ilham dan ilmu laduni
yang diterima terus daripada Allah s.w.t.atau Rasulullah s.aw. secara jaga atau
melalui mimpi.
Ketua atau guru mendakwa dirinya masum
(terpelihara daripada dosa).
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
9/18
CONTOH-CONTOH AJARAN SESATQadiani
1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggaldunia pada tahun 1908 Masihi.
2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya diQadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana MuhammadSadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
10/18
Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:
(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna(tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitabsuci yang bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
(d) menghapuskan jihad;
(e) Mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayatpertama surah Al-Qadr;
(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
11/18
Bahai
1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yangmeninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar
sebagai Baha'ullah.3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah
yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang
meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.
4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953
melalui Yan Kee Leong.
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
12/18
.Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:
(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;
(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;
(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;
(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;
(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;
(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;
(h) memansukhkan agama Islam;
(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan
dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan
Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
13/18
Taslim
1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau
lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad
Matahari.
2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di
Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di
Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan
dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
14/18
Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:
(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir
manusia ialah nur Muhammad;
(b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
(c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
(f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli
(perbuatan);
(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin
yang maksum.
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
15/18
KESAN BURUK MENGAMALKAN
AJARAN SESATKesan terhadap individu:
(a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal
dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan
kembali kepada ajaran Islam;
(b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat danbertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan
syirik serta khurafat;
(c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh
pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka
menjadi tidak rasional dan fanatik;
(d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada
pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
16/18
Kesan terhadap masyarakat:
(a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku dikalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan
perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;
(b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat
terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan merekatidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan
perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;
(c) berlaku keganasan. Kepatuhan membuta tuli kepada
pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakanuntuk melakukan keganasan.
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
17/18
Kesan terhadap negara:
(a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaransesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan
membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan
prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada
sumbangan dan produktiviti individu;
(b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran
sesat akan mengancam perpaduan dan
keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugatkestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya
negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan
perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.
LANGKAH LANGKAH MENANGANI
-
7/27/2019 Isu-Isu Penyelewengan Dalam Aqidah
18/18
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI
AJARAN SESAT
1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran
sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses
pembelajaran secara formal atau tidak formal.
2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan
kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik,ceramah, seminar, forum, dan simposium.
3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-
undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan
ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat
memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa
buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri
Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.