International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
1
IJTIHAD DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA : TUMPUAN
KHUSUS TERHADAP KONSEP SYAHADAH
AZIZAH MOHD RAPINI
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Hubungan ijtihad dengan proses penggubalan undang-undang pasti berlaku walaupun pihak
penggubal atau pihak yang bertanggungjawab merangka undang-undang tersebut tidak
memenuhi kelayakan ijtihad secara maksima sebagaimana yang ditetapkan oleh majoriti ahli
perundangan silam. Oleh sebab itulah aktiviti ijtihad dalam bentuk yang lebih kontemporari
sesuai dengan perubahan dan realiti semasa tanpa mengabaikan pandangan fiqh klasik
adalah perlu dalam memberikan nafas baru kepada sistem perundangan Islam. Kertas kerja
ini akan membincangkan sejauh mana mekanisma ijtihad digunakan dalam proses
menggubal peruntukan-peruntukan berkaitan syahadah dalam statut keterangan mahkamah
syariah di Malaysia (SKMS). Secara umumnya kajian mendapati prinsip-prinsip yang
berkaitan syahadah dalam (SKMS) dari aspek definisi, syarat, dan bilangan khususnya
adalah hasil usaha para penggubal yang diberikan mandat oleh pihak kerajaan untuk
mengaplikasikan ijtihad melalui metode usul fiqh dan pendekatan maqasid shari’ah supaya
ia relevan dan mudah digunakan dalam pentadbiran keadilan di mahkamah syariah.
Kata kunci: ijtihad, undang-undang keterangan mahkamah syariah, syahadah.
PENDAHULUAN
Salah satu jalan untuk mencapai keadilan pelaksanaan sesuatu undang-undang terutamanya di
Mahkamah Syariah ialah dengan adanya satu undang-undang keterangan dan acara yang
kemas, tersusun serta lengkap dari segenap sudut dan ruang. Dalam konteks Malaysia
undang-undang keterangan mahkamah syariah dalam bentuknya yang khusus atau statut
keterangan mahkamah syariah (SKMS) wujud dengan lahirnya SKMS yang pertama di
Kedah melalui Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Kedah 1989. Berbeza dengan
undang-undang yang sebelumnya di negeri-negeri di Malaysia yang meletakkan aspek
keterangan sebagai sebahagian dari statut pentadbiran agama Islam negeri-negeri, SKMS
telah memperkenalkan aspek-aspek penting undang-undang keterangan Islam berdasarkan
hukum syarak supaya ia boleh ditadbir dengan lebih adil tetapi bersesuaian dengan situasi di
Malaysia, terutama dari aspek keterbatasan bidang kuasa mahkamah syariah. Konsep-konsep
berkaitan bayyinah, syahadah, iqrar, qarinah, beban pembuktian, keterangan dokumen, dan
pemeriksaan serta testimoni saksi dijadikan sebagai peruntukan-peruntukan utama bagi
melengkapkan keperluan keterangan mahkamah syariah selari dengan tuntutan hukum
syarak. Walau bagaimanapun kertas kerja ini akan menumpukan perhatian kepada sejauh
mana ijtihad diaplikasikan dalam penggubalan peruntukan undang-undang keterangan Islam
khususnya syahadah dalam SKMS.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
2
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan lapangan.
Kajian kepustakaan tertumpu kepada sumber-sumber sejarah berkaitan undang-undang Islam
di Malaysia serta sumber-sumber fiqh, usul fiqh dan maqasid shari’ah bagi mengenalpasti
asas penggubalan peruntukan berkaitan syahadah dalam SKMS. Manakala kajian lapangan
melibatkan beberapa protokol temubual bersama beberapa informan bagi mendapatkan
maklumat berkaitan sejarah penggubalan SKMS.
SEJARAH RINGKAS PENGGUBALAN STATUT KETERANGAN MAHKAMAH
SYARIAH (SKMS) DI MALAYSIA
Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang berlaku pada tahun 1988 telah
membuka lembaran baru kepada bidang kuasa mahkamah syariah termasuk pelaksanaan
undang-undang keterangan Islam. Secara prinsip asasnya, melalui pindaan tersebut,
mahkamah syariah telah diberi kuasa penuh untuk menyelesai dan memutuskan perkara-
perkara yang terletak di bawah bidang kuasanya, seperti yang diperuntukkan dalam Jadual 9
Senarai Negeri, dan tidak ada lagi ruang bagi mahkamah awam atau sivil untuk memutuskan
kes-kes yang terletak di bawah bidang kuasa mahkamah syariah. Dengan pengiktirafan
bidang kuasa mahkamah syariah ini juga bermakna undang-undang keterangan Islam untuk
kegunaan mahkamah syariah yang khusus dan tersendiri, kemas serta padat sangatlah
diperlukan.1
Kerajaan pusat dengan kerjasam kerajaan negeri mengambil langkah menggubal undang-
undang keterangan bagi mahkamah syariah berasaskan kehendak hukum syarak. Pihak yang
sangat bertanggungjawab menggubal undang-undang keterangan mahkamah syariah atau
SKMS ialah Bahagian Undang-undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)2 dengan
kerjasama Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil (JTUSS). JAKIM dan
JTUSS bertanggungjawab merangka dan menyiapkan draf undang-undang keterangan
mahkamah syariah untuk diterima pakai setelah diubahsuai oleh negeri-negeri di Malaysia.3
Secara umumnya, SKMS yang digubal diperingkat awal ini adalah hasil kombinasi Akta
Keterangan Malaysia (AK)1950, Majallah al-Ahkam dan undang-undang yang terpakai di
Pakistan bersama-sama pandangan mazhab yang muktabar melalui kitab-kitab fiqh. Kaedah
sebegini dilakukan bertujuan untuk mengatasi masalah pelaksanaan undang-undang
keterangan Islam sebelum ini dan sebagai bukti bahawa undang-undang keterangan Islam
merupakan undang-undang yang lebih baik, mantap dan unggul berbanding undang-undang
ciptaan manusia.4 Pendekatan pihak penggubal menggunakan lebih dari satu mazhab sebagai
panduan adalah untuk membuktikan undang-undang Islam tidak ketat dan tidak rigid malah
1 Mahmud Saedon A. Othman, “Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah: Satu Analisis”, dalam
Undang-undang Keterangan Dan Prosedur Mahkamah, ed. Abdul Monir Yaacob, (Kuala Lumpur: IKIM).
m.s. 86. 2 Dahulunya dikenali sebagai Bahagia Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri.
3 Mahmud Saedon A. Othman, “Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah: Satu Analisis”, m.s.87.
4 Ibid.m.s.88
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
3
dasar penggubalannya juga mengambil kira kesesuaiannya dengan masa, tempat dan
persekitaran setempat.5 Sebagai contoh peruntukan yang membezakan di antara bayyinah dan
syahadah adalah berdasarkan kepada pendapat Ibnu al-Qayyim6 dan peruntukan berkaitan
pemakaian sumpah saksi jika tazkiyah al-shuhud tidak dapat dilakukan adalah berdasarkan
kepada pendapat Ibnu Hazm7 serta pemakaian prinsip radd al-yamin yang berasaskan kepada
mazhab Shafie.8
Negeri Kedah, Kelantan, Pahang dan Sarawak9 telah antara yang terawal meluluskan
enakmen keterangan mahkamah syariah negeri masing-masing dengan harapan
pelaksanannya akan lebih sesuai dengan kehendak Islam serta lebih mudah difahami untuk
dipraktikkan.10
SKMS yang digubal tersebut memperuntukkan lebih banyak lagi aspek-aspek
keterangan Islam seperti yang dibicangkan dalam kitab-kitab fiqh atau hukum syarak yang
penggubalannya juga berpandukan kepada undang-undang keterangan Malaysia atau AK
1950 11
termasuk qarinah, iqrar, keterangan dokumen, saksi, bayyinah, syahadah dan
pemeriksaan saksi.
Setiap SKMS mengandungi peruntukan yang menegaskan bahawa hukum syarak dijadikan
rujukan terakhir dan muktamad. Manakala mana-mana peruntukan yang bercanggah dengan
hukum syarak adalah terbatal. Sementara itu istilah ‘hukum syarak’ pula telah ditafsirkan
pemakaiannya di kebanyakan negeri dengan tidak membataskan kepada satu mazhab sahaja,
malah ia juga termasuk pendapat mana-mana mazhab yang sah,12
walaupun mazhab rasmi
yang dipegang oleh orang Islam di Malaysia adalah mazhab Shafi’i.13
Penambahbaikan SKMS seterusnya berlaku dalam usaha untuk menyeragamkan peruntukan-
peruntukan undang-undang keterangan Islam yang ada dalam statut negeri melalui beberapa
pindaan supaya lebih selaras walaupun tidak dapat dipusatkan seperti undang-undang yang
diluluskan oleh Parlimen14
dan Perlis merupakan negeri yang paling lewat menguatkuasakan
5 Ibid.
6 Ibnu Qayyim, al-Turuq al-Hukmiyyah Fi Siyasah al-Shar’iyyah, (Kaherah: Dar al-Hadith, 2002).m.s.16.
7 Ibnu Hazm, al-Muhalla bi a-Athar (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1984), m.s.489.
8 Shamsuddin Muhammad Bin Muhammad al-Khatib al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj (Kaherah: Dar al-Hadith,
2006) m.s.6:451 9 Statut-statut terawal yang digubal khusus berkaitan undang-undang keterangan Islam ialah Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah Kedah 1989,Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Pahang 1990, Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah Kelantan 1991 danOrdinan Keterangan Syariah Sarawak 1991.
10 Mahmud Saedon A. Othman, Institusi Pentadbiran Undang-undang & Kehakiman Islam, (Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996), m.s.268. 11
Mahmood Zuhdi, Pengantar Undang-undang Islam Di Malaysia (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 1997), m.s. 192. 12
Seksyen 3 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 mentafsirkan istilah hukum
syarak sebagai hukum syarak mengikut mana-mana mazhab Shafi’i atau mengikut mana-mana satu mazhab
Hanafi, Maliki atau Hambali, berbeza sedikit dengan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1997, seksyen yang sama mentafsirkan hukum syarak sebagai hukum syarak mengikit mana-mana
mazhab yang muktabar, tanpa menyebut nama mazhab tertentu. 13
Mahmud Saedon A. Othman, Institusi Pentadbiran Undang-undang & Kehakiman Islam, m.s.270. 14 Seperti yang terawal Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Melaka) 1994, Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Kelantan) 2002, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Melaka) 2002 (menggantikan
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
4
SKMSnya yang tersendiri selepas sekian lama bergantung kepada satu peruntukan keterangan
Islam dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991 melalui Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Perlis) 2006.15
Penyeragaman dan pindaan SKMS tersebut telah
mengambil Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997
sebagai model untuk negeri-negeri lain sesuai dengan statusnya yang diluluskan oleh Badan
Perundangan yang lebih besar iaitu Parlimen.16
PENDEKATAN IJTIHAD DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG
KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH
Sifat SKMS yang tidak terikat dengan satu-satu mazhab tertentu menunjukkan ciri keanjalan
hukum syarak yang boleh berubah mengikut perubahan masa, tempat dan suasana dan prinsip
tersebut telah menjadi asas kepada penggubalan SKMS.17
Dan apa yang paling penting
SKMS yang digubal telah memberikan alternatif kepada penggunaan syahadah melalui
pentafsiran istilah ‘keterangan’ yang telah memasukkan ‘bayyinah’ sebagai salah satu bentuk
keterangan yang memiliki konsep yang lebih luas berbanding syahadah mengambil
pentafsiran bayyinah yang telah diberikan oleh Ibnu Qayyim. Malah, telah diperuntukkan
dalam SKMS negeri-negeri mana-mana saksi yang gagal memenuhi syarat syahadah
keterangan masih boleh diterima sebagai bayyinah seperti saksi yang mencapai umur baligh,
yang mempunyai risiko tohmah, mempunyai hubungan kekeluargaan seperi ibu, bapa, anak,
suami, isteri, saksi bukan Islam, fasik, atau pun saksi buta, mengambil kira prinsip keadilan
yang menjadi matlamat sistem kehakiman Islam.
Hubungan ijtihad dengan proses penggubalan undang-undang pasti berlaku walaupun pihak
penggubal atau pihak yang bertanggungjawab merangka undang-undang tersebut tidak
memenuhi kelayakan ijtihad secara maksima sebagaimana yang ditetapkan oleh majoriti ahli
perundangan silam. Oleh sebab itulah aktiviti ijtihad dalam bentuk yang lebih kontemporari
sesuai dengan perubahan dan realiti semasa tanpa mengabaikan pandangan fiqh klasik adalah
perlu dalam memberikan nafas baru kepada sistem perundangan Islam.18
Ijtihad sebagai
proses yang melibatkan kesungguhan daya fikir intelektual memainkan peranan yang sangat
penting dalam konteks penggubalan dan pengkodifikasian undang-undang Islam. Proses ini
bukan hanya melibatkan pentafsiran hukum-hukum syarak secara literal dan tradisional
bersandarkan kepada apa yang pernah dibincangkan oleh ulama silam, tetapi juga melibatkan
sifat liberal dan fleksibel terhadap nas-nas syarak secara umum berasaskan ruh syariah atau
Enakmen tahun 1994), Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Selangor) 2003, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Johor) 2003, Enakmen
Keterangan Keterangan Mahkamah Syariah (Pahang) 2005
15 Hamid Jusoh, “Undang-undang Keterangan Islam dan Perkembangan Pelaksanaannya Di Malaysia”, dalam
Undang-undang Islam: Jenayah, Keterangan Dan Prosedur, ed. Nasimah Hussin et al. (Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2007), m.s. 150. 16
Ibid. 17
Ahmad Mohamed Ibrahim, The Administratioan Of Islamic Laws in Malaysia (Kuala Lumpur: IKIM,
2000), m.s.688. 18
Abdulaziz Berghout, “Islamic Law And Public Interest: Urgency Of Creative Ijtihad”, [2005] 1 ShLR 25.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
5
maqasid shari’ah sebagai satu pendekatan melalui metode dan teknik ijtihad yang lebih
kontemporari serta berhati-hati seperti kaedah talfiq dan takhayyur, sesuai dengan keperluan
dan situasi semasa.19
Menurut Abdul Monir Yaacob, proses penggubalan atau pengkanunan undang-undang
keterangan mahkamah syariah dalam bentuk enakmen atau akta (SKMS) juga merupakan
hasil ijtihad atau secara spesifiknya ijtihad jamai’e pihak penggubal bagi memudahkan
undang-undang Islam ditadbir dengan lebih baik dan berkesan sebagai panduan kepada
hakim-hakim di mahkamah. Mengambil pandangan ulama atau memilih pandangan dari
mazhab yang lebih mudah dan bersesuaian untuk mentadbir keadilan di mahkamah syariah
dalam konteks Malaysia ke dalam sebuah statut atau dikenali sebagai proses taqnin adalah
satu bentuk ijtihad bagi mencapai maqasid shar’iah.20
Malah penubuhan JTUSS yang
bertanggunjawab dalam proses penggubalan undang-undang Islam juga sebagai satu ijtihad
bagi merealisasikan maksud siyasah ‘adilah21
dan maqasid shari’ah untuk mencapai keadilan
dalam pentadbiran undang-undang sesebuah negara.22
Proses mentaqnin undang-undang
Islam ke bentuk statut dianggap sebagai satu keperluan bagi mencapai maslahah dalam
pentadbiran undang-undang untuk memudahkan mahkamah melaksanakan hukum-hukum
Islam, membantu hakim-hakim mengenalpasti hukum-hukum yang hendak dilaksanakan
tanpa perlu mencari rujukan yang banyak, mengelakkan daripada berlaku percanggahan
hukum dalam sesuatu perkara dari pelbagai pendapat ulama dan yang paling penting
memudahkan orang ramai mengetahui hukum-hukum Islam yang sedang dikuatkuasakan.
Malah, pihak-pihak yang secara langsung terlibat dengan pengendalian kes-kes di mahkamah
syariah terutama pihak pendakwaan dan peguam boleh menjimatkan masa membuat
perujukan melalui hukum-hukum yang telah dikanunkan.23
Penggunaan Metode Ijtihad Melalui Proses Harmonisasi Dalam Penggubalan Undang-
undang : Tumpuan Khusus Terhadap Konsep Syahadah
Secara umumnya peruntukan tentang syahadah dalam SKMS meliputi aspek definisi, syarat,
bilangan dan peruntukan khas berkaitan testimoni saksi atau tazkiyah al-shuhud. Manakala
peruntukan berkaitan syahadah yang diperuntukkan secara tidak langsung boleh dilihat
melalui peruntukan berkaitan keterangan dengar cakap atau shahadah ‘ala shahadah dan
shahadah al-tasamu’ berkaitan fakta relevan oleh orang yang telah mati atau hilang,24
19
Sayed Sikandar Shah Haneef, “Modern Legislative Ijtihad: The Need for A Holistic” [2009] 1 ShLR 35. 20
Abdul Monir Bin Yaacob (Professor, Naib Presiden 2, Universiti Islam Malaysia) dalam temubual dengan
penulis, 29 Disember 2014. 21
Siyasah ‘adilah dijelaskan oleh Mahmud Saedon Awang Othman sebagai ciri penting siyasah syar’iyyah
dalam konteks pentadbiran sebuah negara bertujuan mengelakkan kerosakan, kesusahan, kezaliman dan pada
masa yang sama mendapatkan manfaat dan faedah, menjaga maslahah dan kepentingan rakyat di dalam
pentadbiran dan pengurusan negara dan ummah bagi mencapai maqasid syariah. Lihat Mahmud Saedon Awang
Othman, “Pendekatan Siyasah Syar’iyyah Dalam Pentadbiran Negara”, Jurnal Undang-undang IKIM 4, no. 1
(Januari-Jun 2000), m.s.81. 22
Temubual, 29 Disember 2014. 23
Abdul Monir Yaacob, “Undang-undang Pentadbiran Agama Islam: Pengkanunan, Reformasi Dan
Penyelarasan”, Jurnal Undang-undang IKIM 2, no. 2 (1998), m.s.58. 24
Seksyen 20 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
6
keperluan saksi yang ‘aqil, baligh dan ‘adil terhadap iqrar yang dibuat di luar mahkamah25
dan sumpah saksi26
. Persoalannya apakah asas kepada penggubalan peruntukan-peruntukan
tersebut? Adakah wujud satu mekanisme ijtihad yang khusus yang digunapakai oleh pihak
penggubal dalam menggubal peruntukan tersebut?
Dalam menghasilkan SKMS negeri-negeri di Malaysia, harmonisasi beberapa metode atau
sumber adalah jelas melalui peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalamnya. Asas-asas
pengharmonian melalui penggubalan oleh JAKIM dan JTUSS adalah berdasarkan teknik
peminjaman dan perujukan kepada undang-undang bertulis yang lain, penggunaan takhayyur
dan talfiq, pendekatan secara maqasid shar’iah serta siyasah shar’iyyah dan yang paling
utama adalah perujukan kepada kitab-kitab fiqh yang pastinya berasaskan nas-nas syarak
dalam meletakkan prinsip-prinsip utama undang-undang keterangan Islam. Kesemua kaedah
tadi pastinya akan melibatkan aktiviti ijtihad terutama oleh ulama dan pakar perundangan
Islam yang menjadi anggota utama JTUSS.
Secara umumnya perujukan kepada Akta Keterangan Malaysia (AK) 1950, Majallah Al-
Ahkam Al-‘Adliyyah27
, Qanun-E-Shahadat Pakistan 1984 dan The Islamic Law of Evidence
of Pakistan (Draf Ordinance 1982) dijadikan asas kepada penggubalan undang-undang
keterangan mahkamah syariah di Malaysia di samping kitab-kitab fikah utama seperti
Mughni Muhtaj28
dari mazhab Syafi’i dan pandangan Ibnu Qayyin dalam al-Turuq
Hukmiyyah29
. Akta Keterangan Malaysia 1950 (AK 1950) yang dijadikan sebagai dasar atau
manhaj untuk menderaf SKMS adalah bertujuan untuk memudahkan proses penggubalan
dengan kajian terperinci terlebih dahulu walaupun pada zahirnya kedua-dua undang-undang
tersebut (AK 1950 dan SKMS) memiliki format yang hampir sama.30
Ditambah baik lagi
dengan rujukan terhadap Qanun-E-Shahadat Pakistan 1984 bersama-sama cadangan yang
dikemukakan oleh Hakim Tanzil-il Rahman dan Majlis Ideologi Pakistan untuk menggubal
undang-undang keterangan Islam yang tersendiri melalui pengubahsuaian undang-undang
keterangan sivil dengan cara menolak peruntukan yang bercanggah dengan hukum syarak
dan seberapa boleh peruntukan-peruntukan dibuat mengikut al-Quran, Sunnah serta kitab-
kitab fiqh.31
25
Seksyen 17 (2) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. 26
Seksyen 129 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan Enakmen
Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. 27
The Mejelle, terj. C.R. Tyser, D.G. Demetriades & Ismail Haqqi Effendi, (Kuala Lumpur:The Other Press,
2001), m.s.294. 28
Shamsuddin Muhammad Bin Muhammad al-Khatib al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, (Kaherah Dar al-
Hadith, 2006), m.s 6:370. 29
Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah Fi Siyasah al-Shar’iyyah, m.s.16. 30
Tan Sri Syeikh Ghazali Bin Abdul Rahman (Pebasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara) dalam
temubual dengan penulis, 2 Disember 2014. 31
Lawatan telah diadakan oleh Profesor Emiritus TanSri Ahmad Mohamed Ibrahim, Tan Sri Syeikh Ghazali
Abdul Rahman bersama Tiga yang lain ke Pakistan, Kuwait, Arab Saudi pada tahun 1983 untuk melihat
undang-undang yang terpakai di negera-negara tersebut bagi mendapatkan idea penggubalan undang-undang
Islam di Malaysia dan hasil lawatan tersebut lima buah undang-undang berjaya digubal iaitu undang-undang
Islam berkaitan acara mal, acara jenayah, jenayah syariah, kekeluargaan Islam dan keterangan Islam, Temubual
2 Disember 2014. Lihat juga Ahmad Mohamed Ibrahim, “ Ke Arah Penyelarasan Undang-undang Islam di
Malaysia, Jurnal Hukum 5, (1987) m.s.241.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
7
Penggubalan dan penyusunan SKMS, atas cadangan Profesor Dr Mahmud Saedon A.
Othman,32
adalah tidak terikat secara rigid dengan pendapat mazhab yang tertentu kerana
dasar penggubalannya ialah memilih pendapat ulama, yang lebih sesuai dengan keadaan,
masa dan persekitaran tempat termasuk bahagian dalam statut tersebut yang membezakan
bayyinah dengan syahadah berdasarkan pandangan Ibnu Qayyim.33
Dengan merujuk kepada
Ordinan Keterangan Mahkamah Syariah 1991 Negeri Sarawak, yang pernah terpakai di
Sarawak, dan peruntukan masih tidak berubah sehingga ke hari ini dalam SKMS negeri-
negeri, adalah jelas bahawa definisi dan syarat yang ketat berkaitan dengan syahadah seperti
yang diperuntukkan dalam statut, dan akan mengikat hakim jika diterima, hampir tidak boleh
dilaksanakan pada hari ini. Sebab itulah statut menerima pandangan Ibnu Qayyim berkaitan
keluasan konsep bayyinah untuk menyelesaikan banyak masalah dan menghapuskan salah
faham terhadap undang-undang keterangan Islam terutama dalam penerimaan keterangan
orang fasik, kanak-kanak, orang kafir dan orang yang pelupa.34
Walau bagaimanapun,
definisi syahadah yang diperuntukkan dalam statut merupakan definisi yang diterima oleh
kebanyakan ulama.35
Ini menunjukkan kaedah harmonisasi undang-undang dan sumber
mazhab dijadikan sebagai satu pendekatan berasaskan ijtihad pihak penggubal undang-
undang dalam menghasilkan undang-undang keterangan Islam untuk kegunaan mahkamah
syariah.
Istilah harmonisasi bukan merupakan istilah yang asing dalam konteks penggubalan undang-
undang. Secara umumnya perkataan harmonisasi melalui kata kerjanya, ‘mengharmonikan’
boleh ditakrifkan menyelaraskan, menyesuaikan dan menyepadankan36
. Istilah ‘harmonize’
dalam Bahasa Inggeris pula memberi maksud titik pertemuan di antara dua unsur sama ada
tujuan, metode, gaya dan warna sehinggan melahirkan satu persetujuan.37
Perkataan lain yang
seerti dengan istilah ‘harmonize’ ialah agree, balance, blend, cooperate, coordinate,
correspond, go together, match, suit each other, tally , tone in 38
yang bermaksud setuju,
seimbang, sebati, kerjasama, selaras, serupa, seiring, sesuai, sepadan dan selari. Definisi-
definisi tersebut menggambarkan satu suasana atau situasi yang positif dan berfaedah hasil
dari gabungan atau padanan dua unsur yang berbeza sehingga melahirkan satu bentuk
keselarian dan keserasian. Abdulmumini A Oba telah memberikan beberapa istilah yang
setara dengan maksud harmonisasi iaitu uniformity, hybrid, dan intergration yang setiap
satunya memberikan konotasi yang sama dengan takrifan harmonisasi.39
32
Temubual 29 Disember 2014. 33
Mahmud Saedon, “Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah:Satu Analisis”, m.s.88. 34
Ibid., m.s.95. 35
Ibid., m.s.93. 36
Kamus Dewan, ed. Ke-3(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,1997) m.s.442. 37
Longman Dictionary of Contemporary English, (England: Longman, 1991), m.s.479. 38
Little Oxford Thesaurus, (Oxford: Clarendon Press, 1998), m.s.219. 39
Abdul Mumini A Oba, “Harmonisation of Shari’ah, Common Law And Customary Law in Nigeria: Problems
And Prospects” (2008) 3 JMCL 126. Latar belakang sistem perundangan di Nigeria telah memberi kesan
kepada pentakrifan istilah harmonisasi melalui usaha pihak pemerintah Nigeria menyerapkan undang-undang
Islam dalam sistem undang-undang mereka yang sebelum ini menggunakan sistem common law dan undang-
undang adat. Apatah lagi kedua-dua sistem perundangan tersebut telah sebati dalam kehidupan masyarakat
sehingga undang-undang Islam sukar mendapat tempat dalam usaha untuk mengislamisasikan undang-undang
sedia ada. Kesukaran usaha mengharmonisasikan undang-undang lebih ketara apabila ada pihak yang
menganggap harmonisasi di antara common law dengan undang-undang Islam tidak boleh berlaku langsung
kerana perbezaan bentuk dan prinsip.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
8
Dalam konteks sistem perundangan Islam, Mohammad Hashim Kamali berpandangan istilah
harmonisasi sebagai satu konsep dan juga boleh menjadi sebagai satu metode dan prosedur.
Beliau telah mendefinisikan istilah tersebut sebagai penyesuaian atau keserasian dua unsur
atau dua bentuk undang-undang yang mempunyai prinsip-prinsip yang sama.40
Atau dengan
kata lain proses harmonisasi hanya berlaku sekiranya wujud persamaan prinsip di antara
undang-undang sivil dan undang-undang Islam dan mana-mana prinsip yang bertentangan
dengan undang-undang Islam hendaklah diabaikan atau tidak dimasukkan. 41
Ini berbeza
dengan istilah islamisasi yang lebih luas konteksnya dan biasanya ia lebih menjurus kepada
dua bentuk undang-undang yang berbeza dari aspek prinsip dan proses islamisasi berlaku bila
sesuatu undang-undang itu hendak diserapkan dengan nilai-nilai Islam yang sebelum ini
bertentangan dengan Islam. Walau bagaimanapun, harmonisasi undang-undang kadang-
kadang boleh dikatakan sebagai satu proses Islamisasi dalam erti kata untuk membentuk satu
undang-undang yang selari dengan prinsip perundangan Islam.42
Atau dengan kata lain,
harmonisasi juga mebatkan proses islamisasi dalam konteks mana-mana peruntukan undang-
undang sivil yang sudah selari dengan prinsip Islam akan diterima sebagai tidak
bertentangan dengan Islam.43
Beliau dalam tulisannya yang lain44
pernah juga merumuskan
bahawa istilah harmonisasi dalam konteks penggubalan undang-undang atau taqnin boleh
berlaku dalam dua bentuk iaitu harmonisasi di antara undang-undang sivil atau prinsip
common law Inggeris dengan undang-undang Islam melalui proses mengislamisasikan
undang-undang sivil supaya selari dengan hukum syarak45
atau pun berlaku dalam undang-
undang Islam sendiri melalui harmonisasi di antara prinsip-prinsip hukum syarak disesuaikan
dengan realiti atau keperluan semasa.46
Kedua-dua bentuk harmonisasi ini merupakan satu
bentuk ijtihad zaman moden dengan tidak mengabaikan prinsip-prinsip hukum syarak dan
maqasid shari’ah. Malah dalam sesetengah aspek perundangan, sebagai contoh undang-
undang keterangan Islam sendiri, seperti apa yang berlaku sekarang dengan mengadaptasi
beberapa prinsip dari undang-undang keterangan di mahkamah sivil adalah untuk
memudahkan pentadbiran mahkamah syariah.47
Dengan itu matlamat perundangan Islam
untuk kemaslahatan dalam pentadbiran undang-undang sesebuah negara dapat dicapai
melalui pendekatan harmonisasi undang-undang.
Ruzman Md. Noor telah menggunakan istilah Islamisasi/harmonisasi/kacukan bagi
menggambarkan SKMS yang telah disebut oleh tokoh-tokoh perundangan Islam yang juga
40
Mohammad Hashim Kamali, “Shari’ah And Civil Law: Towards A Methodology Of Harminization”, Islamic
Law And Society 14, no.3 (2007), m.s.392. 41
Ibid. 42
Ibid., m.s.398. 43
Lihat juga Mohamad Ismail Hj. Mihamad Yunus & Shamshina Mohamad Hanifa, “Harmonisation Of
Prescribed Punishment (Hadd) In Islamic Law And Under The Malaysian Penal Law: A Mere Fantasy Or
Reality, IKIM Law Journal 9, no. 1 (2005), m.s.212 44
Mohammad Hashim Kamali, “Harmonisation of Shari’ah And Civil Laws: The Framework And Modus
Operandi”, IIUMLJ 11 (2003), 152. 45
Sebagai contoh pemakaian beberapa prinsip dalam sulh atau tahkim dalam aplikasi penyelesaian pertikaian
alternatif (Alternative Dispute Resolution) dalam isu-isu berkaitan komersil . Lihat Mohammad Hashim Kamali,
“Harmonisation of Shari’ah And Civil Laws: The Framework And Modus Operandi” (2003), m.s.155. 46
Pemakaian adat sebagai sumber dalam undang-undang keluarga Islam sebagai contoh harta sepencarian yang
menjamin hak pasangan suami isteri selepas berlaku perceraian. Lihat Mohammad Hashim Kamali,
“Harmonisation of Shari’ah And Civil Laws: The Framework And Modus Operandi” (2003), m.s.155. 47
Mohammad Hashim Kamali, “Harmonisation of Shari’ah And Civil Laws: The Framework And Modus
Operandi”, m.s.158.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
9
anggota JTUSS iaitu Profesor Ahmad Ibrahim,48
Mahmud Saedon49
, Abdul Monir Yaacob50
serta Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman51
sebagai hasil modifikasi undang-undang dari
AK 1950 dan hukum syarak dengan cara mengekalkan peruntukan yang bertentangan dengan
hukum syarak dan memasukkan beberapa aspek hukum syarak berkaitan undang-undang
keterangan Islam ke dalam SKMS. Beliau seterusnya merumuskan bahawa proses Islamisasi
dan harmonisasi di antara AK 1950 dengan prinsip-prinsip undang-undang keterangan Islam
dalam SKMS dilakukan melalui tiga metodologi ijtihad iaitu kaedah pemansuhan
(repugnancy method), pengekalan peruntukan yang tidak bercanggah (istishab al-asl)52
dan
pemakaian pelbagai pendapat mazhab53
dan ulama.54
Ketiga-tiga kaedah tersebut juga
sebenarnya telah disebut oleh Profesor Ahmad Ibrahim, Mahmud Saedon dan Abdul Monir
Yaacob dalam tulisan mereka tentang sejarah penggubalan SKMS seperti yang telah
dijelaskan sebelum ini. Kaedah pertama dengan memansuhkan atau tidak mengambil
peruntukan-peruntukan dalam AK 1950 yang bercanggah dengan hukum syarak seperti
seksyen 112 AK 1950 tentang penentuan kesahtarafan anak, kaedah kedua dengan
mengekalkan mana-mana peruntukan dalam AK 1950 yang tidak bercanggah dengan hukum
syarak55
dan kaedah ketiga melalui pendekatan talfiq dan takhayyur seperti yang akan
dibincangkan kemudiaan dalam kajian ini. Pendekatan talfiq dan takhayyur digunakan secara
meluas dalam bab saksi atau syahadah melalui pengambilan dan perujukan lebih dari satu
sumber mazhab yang meletakkan titik perbezaan besar di antara SKMS dengan AK 1950
yang tidak mementingkan bilangan dan syarat saksi. Sebagai contoh definisi syahadah
diambil dari mazhab Shafi’i56
tetapi pada masa yang sama membezakan maksud syahadah
dengan bayyinah dengan mengambil pentafsiran bayyinah dengan maksud yang lebih luas
48
Ahmad Ibrahin menggunakan ungkapan ‘Rujukan telah dibuat kepada Akta Keterangan 1950….peruntukan
yang bercanggah dengan hukum syarak telah ditolak dan seberapa boleh peruntukan dibuat mengikut al-Quran,
Sunah dan Kitab-kitab Fiqh’. Lihat Ahmad Mohamed Ibrahim, “Ke Arah Penyelarasan Undang-undang Islam di
“m.s.270. 49
Mahmud Saedon menggunakan ungkapan ‘ Undang-undang keterangan Malaysia 1950 telah dijadikan
sebagai asas penggubalan. Mana-mana peruntukan yang bertentangan dengan hukum syarak dibuang dan mana
yang sesuai atau tidak bertentangan dengan hukum syarak diterima kerana sesuatru yang tidak bertentangan
dengan hukum syarak adalah diterima syarak. Mana-mana yang memerlukan ubahsuai maka pengubahsuaian
pun dilakukan agar menepati kehendak hukum syarak’. Lihat Mahmud Awaang Saedon Othman, “Undang-
undang Keterangan Mahkamah Syariah: Satu Analisis”, m.s.88. 50
Temubual 29 Disember 2014. Lihat juga Abdul Monir Yaacob, “Undang-undang Pentadbiran Agama Islam,
Pengkanunan, Reformasi dan Penyelarasan”, m.s.74. Penulis menggunakan ungkapan ‘mengikut contoh
undang-undang keterangan dan acara mal di mahkamah sivil, dengan tanbahan dan pindaan supaya sesuai
dengan hukum syarak’. Beliau juga dalam temumual menggunakan istilah ‘sesuaikan SKMS berpandukan AK
1950’. 51
Temubual 2 Disember 2014. Dalam temubual beliau menggunakan istilah ‘mengikut format AK 1950’ dan
‘ubahsuai’. 52
Pandangan yang sama sebagai proses harmonisasi melalui pengekalan peruntukan undang-undang sivil yang
selari dengan prinsip hukum Islam oleh Mohamad Ismail Hj. Mohamad Yunus & Shamsina Mohamad Hanifa,
(2005), m.s.212 dan Mohammad Hashim Kamali,(2007), m.s.395. 53
Pandangan yang sama oleh Abdul Monir Yaacob sebagai proses harmonisasi melalui pemilihan dan
pemakaian pandangn dari mazhab lain selain mazhab Shafi’e. Temubual 29 Disember 2014. 54
Ruzman Md. Noor, “Kedudukan Bayyinah, Syahadah dan Qarinah Dalam Penggubalan Undang-undang
Keterangan Islam di Malaysia” Jurnal Syariah 16, no. 2 (2008), m.s.350. 55
Hampir 75% kandungan AK 1950 adalah tidak bercanggan dengan hukum syarak dan dianggap telah harmoni
dengan hukum syarak, Temubual 29 Disember 2014. 56
Lihat Abi Bakr ‘Uthman Bin Muhammad Shatta al-Dimyati al-Bakri, I’anah al-Talibin, (Beirut: Dar al-
Fikr,1995), m.s.3:452, Shamsuddin Muhammad Bin Abi al-‘Abbas Ahmad Bin Hamzah Ibnu Shihabuddin al-
Ramli, Nihayah al-Muhtaj Ila Sharhi al-Minhaj (Beirut: Dar al-Fikr, 1984), m.s.8:292, Muhammad al-
Sharbini al-Khatib, al-Iqna’ (Beirut: Dar al-Fikr,t.t), m.s.1: 314. Definisi yang sama dari mazhab Shafi’i iaitu
memberitahu atau memberi keterangan dengan menggunakan lafaz yang khusus (ashhadu).
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
10
menurut Ibnu Qayyim57
sedangkan menurut mazhab Shafi’i tidak membezakan bayyinah
dengan syahadah. Manakala dari aspek syarat saksi seperti yang diperuntukkan dalam
seksyen 83 hingga 85, bilangan saksi dalam seksyen 86 dan kedudukan kesaksian atas
kesaksian dalam seksyen 20 (walaupun tidak menggunakan istilah kesaksian atas kesaksian)
di kebanyakan SKMS negeri-negeri, banyak dipengaruhi oleh mazhab Shafi’i melalui kitab-
kitab utama iaitu58
al-Umm59
, Mughni al-Muhtaj60
, Nihayah al-Muhtaj61
dan al-Iqna’62
.
Proses pengharmonian di antara undang-undang keterangan Islam dengan undang-undang
keterangan sivil melaui AK 1950 dalam proses penggubalan undang-undang keterangan
mahkamah syariah seperti yang dibincangkan oleh Ruzman Md. Nor pernah dibincangkan
oleh Donald L. Horowitz. Dengan menggunakan beberapa istilah seperti hybridization
(kacukan), borrowing (peminjaman) dan convergence (penyatuan), Horowitz dalam
kajiannya merumuskan bahawa statut keterangan syariah di Malaysia digubal mengikut acuan
AK 1950 yang digunakan di mahkamah sivil tetapi dalam beberapa aspek undang-undang
keterangan Islam atau pun hukum syarak dijadikan sebagai asas, sebagai contoh keperluan
dua orang saksi dalam pengakuan luar mahkamah, penerimaan keterangan kanak-kanak dan
orang bukan Islam sebagai bayyinah dan juga aspek bilangan saksi. Horowitz juga
menimbulkan isu istilah ‘semua orang Islam’63
yang digunakan untuk menentukan
kebolehterimaan keterangan seseorang saksi sebagai syahadah yang masih menimbulkan
persoalan tentang sejauh manakan istilah tersebut ditafsirkan terutama dari aspek gender
saksi kerana terdapat peraturan dalam hukum syarak tentang penerimaan keterangan saksi
wanita. Walau bagaimanapun, dari sesetengah aspek yang lain undang-undang keterangan
mahkamah syariah masih mengekalkan sebahagian besar prinsip common law yang terdapat
dalam AK terutama peruntukan berkaitan kerelevenan, keterangan dokumen, anggapan
tentang dokumen, pendapat pakar, keterangan watak dan beban pembuktian. Cuma dalam
kajiannya Horowitz melihat proses gabungan dua bentuk undang-undang atau hybridization
bukan sahaja berlaku dalam aspek keterangan, malah ia juga berlaku dalam undang-undang
prosedur jenayah yang terpakai di mahkamah syariah. 64
Terdapat juga pandangan-pandangan yang kurang bersetuju jika dikatakan wujud proses
pengharmonian undang-undang dalam menggubal SKMS dan apa yang berlaku adalah proses
pengubahsuaian semata-semata dengan mengekalkan mana-mana peruntukan AK 1950 yang
tidak bertentangan dengan hukum syarak dan tidak memasukkan mana-mana peruntukan
yang bertentangan dan yang paling utama ialah menjadikan hukum syarak sebagai asas utama
57
Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah Fi Siyasah al-Shar’iyyah, m.s.16. 58
Ibid., 351, lihat juga Ruzman Md. Noor, “Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah
Syariah di Malaysia: Analisis Dari Perspektif Mazhab Syafie”, Jurnal Fiqh 5 (2008), m.s.143. 59
Muhammad bin Idris al-Shafi’e, al-Umm (Beirut: Dar al-Fikr, 2009), m.s.4:47. 60
Shamsuddin Muhammad Bin Muhammad al-Khatib al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, m.s.370. 61
Shamsuddin Muhammad Bin Abi al-‘Abbas Ahmad Bin Hamzah Ibnu Shihabuddin al-Ramli, Nihayah al-
Muhtaj Ila Sharhi al-Minhaj , m.s.292. 62
Muhammad al-Sharbini al-Khatib, al-Iqna’, m.s.314. 63
Seskyen 83 (1) AKMS dan juga hampir kesemua enakmen negeri memperuntukkan ‘…semua orang Islam
adalah kompeten untuk memberikan syahadah atau Bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka
adalah ‘aqil, baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka’. 64
Horowitz, Donald L, “The Quran and the Common Law: Islamic Law Reform and the Theory of Legal
Change”, The American Journal of Comparative Law 42 (1994), m.s.267.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
11
perujukan melalui Quran dan Sunnah serta kitab-kitab fiqh.65
Pandangan ini melihat istilah
tersebut hanya sesuai dalam proses harmonisasi di antara undang-undang sivil dengan
undang-undang Islam dengan menyerapkan prinsip-prinsip hukum Islam ke dalam undang-
undang sivil.66
Namun perkara ini tidak berlaku dalam AK 1950 kerana masih ada lagi
peruntukan yang bertentangan dengan undang-undang Islam seperti seksyen112 berkaitan
kesahtarafan anak. Apa yang berlaku adalah membawa masuk atau mengubah suai
peruntukan dalam AK 1950 ke dalam SKMS sehingga beberapa peruntukan dalam SKMS
menyamai AK 1950.67
Walau bagaimanapun, menurut Abdul Monir Yaacob, proses
harmonisasi wujud dalam bentuk yang berbeza dalam konteks kandungan SKMS itu sendiri,
bukan dengan undang-undang sivil, iaitu apabila berlaku pemilihan dan pengambilan
pandangan dari beberapa mazhab selain mazhab rasmi iatu mazhab Shafi’i atau
menyesuaikan dan memasukkan beberapa pandangan dari mazhab lain selain mazhab Shafi’i
supaya sesuai dengan suasana dan sistem pentadbiran keadilan mahkamah syariah di
Malaysia.68
Menurut beliau lagi proses harmonisasi juga boleh dan akan wujud dengan
mengadakan ‘common law’ Malaysia dalam konteks undang keterangan khususnya, apabila
segala konsep, prinsip, nilai, dan penilaian kehakiman sendiri berasaskan prinsip undang-
undang Islam di samping uruf dan budaya yang boleh diterima oleh segenap lapisan
masyarakat tanpa perlu lagi terikat dengan pengaruh atau prinsip undang-undang sivil atau
common law yang berasal dari England. Proses ini juga boleh dianggap sebagai satu bentuk
‘independent ijtihad’ dalam konteks mewujudkan sistem undang-undang yang selari dengan
prinsip hukum syarak sekiranya proses harmonisasi undang-undang benar-benar hendak
dilaksanakan.69
Walau apa pun pandangan tentang wujud atau tidak proses harmonisasi dalam SKMS tetap
menunjukkan berlakunya proses harmonisasi atau apa pun istilah yang menggambarkan
asimilasi atau gabungan atau penyesuaian, di antara prinsip common law melalui AK 1950
dengan prinsip-prinsip keterangan menurut hukum syarak. Dan metodologi yang telah
digunapakai atas nama harmonisasi atau pengubahsuaian udang-undang sedia ada tetap
merupakan ijtihad hasil usaha pihak penggubal, JTUSS terutamanya. Mekanisme ijtihad
yang digunapakai adalah tidak bertentangan dengan prinsip hukum syarak dan sebagai
membantu usaha penyeragaman dan penyelarasan SKMS negeri-negeri di Malaysia.70
Malah
65
Menurut Abdul Monir Yaacob, usaha JTUSS untuk mengharmonikan undang-undang sivil dan syariah masih
lagi diperingkat usaha dan hasrat kerana jika proses harmonisasi undang-undang berlaku di Malaysia sudah
tentu tiada timbul isu konflik bidangkuasa di antara Mahkamah Sivil dan mahkamah syariah. Beliau melihat
undang-undang Islam di Malaysia hakikatnya masih mengikit arus gelombang mahkamah sivil terutama dari
aspek prosedur dan keterangan. Istilah harmoni sepatutnya melibatkan proses ‘timbal balik’, bukan setakat
pengubahsuaian undang-undang Islam tetapi juga berlaku dalam undang-undang sivil supaya peruntukannya
semua selari dengan prinsip hukum syarak. Istilah harmoni juga perlu ada bertemu di ‘puncak’ yang sama iaitu
kedua-dua undang-undang sama ada sivil dan Islam mempunyai sumber utama yang sama iaitu al-Quran dan Sunnah seperti yang berlaku di Pakistan, sedangkan di Malaysia Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-
undang utama negara. Temubual 29 Disember 2014. 66
Pihak JAKIM melihat pengharmonian undang-undang hanya berlaku dalam undang-undang sivil dengan
memasukkan elemen undang-undang Islam ke dalamnya, bukan sebaliknya tanpa mengubah nama statut yang
asal. Sebagai contoh memasukkan elemen undang-undang Islam seperti kesalahan tanpa rela di antara suami
isteri tidak masukkan sebagai kesalahan di bawah kategori rogol. Temubual 14 Januari 2015. 67
Temubual 29 Disember 2014 dan 14 Januari 2015. 68
Temubual 29 Disember 2014. 69
Abdul Rahman Awang dan Mohamad Ismail Hj Mohamad Yunus, “Harmonisation of Shariah and Civil Law:
A Special Reference To The Concept Of Punishment”, IKIM Law Journal 9, no. 2 (2005), m.s.106 70
Bahagian Penasihat Undang-undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), “Penyeragaman Undang-
undang Islam di Malaysia”, Jurnal Hukum 15, no. 2 (Disember 2002), m.s.128
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
12
pengambilan atau pemilihan pandangan ulama yang sesuai dan lebih mudah diaplikasi untuk
mentadbir keadilan di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia (sebagai contoh konsep
bayyinah menurut Ibnu Qayyim) dan proses mengkodifikasikan hukum-hukum fiqh ke dalam
sebuah statut (SKMS) menjadi satu ‘landmark’ ijtihad yang utama dalam penggubalam
SKMS selain pengubahsuaian terhadap AK 1950. 71
Apatah lagi apabila kajian yang
terperinci melalui pengumpulan dan perujukan terhadap nas-nas al-Quran dan hadis dari
sumber bersifat primer serta kitab-kitab fiqh72
menjadi perhatian utama pihak penggubal
khususnya JTUSS dalam membentuk kerangka undang-undang keterangan mahkamah
syariah. Dalam hal ini Profesor Emiritus Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim yang pernah
menerajui JTUSS pernah dengan tegas menyatakan bahawa apa yang hendak dihasilkan ialah
‘sebuah undang-undang, bukan sebuah buku atau kitab’ yang memerlukan kerja keras dan
kajian terperinci untuk menghasilkan undang-undang keterangan yang sesuai dalam konteks
Malaysia walaupun mengikut format AK 1950.73
Penggunaan Takhayyur Dan Talfiq Dalam Penggubalan SKMS
Takhayyur bermaksud mengambil salah satu pendapat mazhab yang paling rajih disebabkan
kekuatan dalilnya dan sesuai serta selari dengan maslahah umum.74
Atau dalam istilah yang
paling mudah takhayyur bermaksud penyesuaian beberapa doktrin undang-undang dari
sesuatu mazhab dengan keperluan dan tuntutan semasa masyarakat dan negara.75
Sebagai
contoh dalam peraturan perundangan, mazhab Hanafi telah dijadikan sebagai asas
penggubalan Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah atau The Mejelle76
dengan disesuaikan dengan
keperluan dan tuntutan semasa masyarakat dan negara.77
Pendekatan secara takhayyur bukan
asing lagi terutama di kebanyakan negara-negara Islam khususnya dalam penggubalan
undang-undang kekeluargaan atau undang-undang sivil Islam atas dasar maslahah umum dan
selari dengan kaedah-kaedah fiqh.78
Sebagai contoh Pakistan, Sudan, Iran, Libya. Nigeria
dan Mesir yang telah melakukan proses harmonisasi undang-undang Islam dari bersifat teori
fiqh dalm kitab-kitab turath ke dalam bentuk statutori bersama-sama prinsip dari undang-
undang sivil yang bersifat sekular tetapi selari dengan hukum dan objektif syariah.79
Dalam konteks undang-undang keterangan mahkamah syariah di Malaysia, penggunaan
mazhab Shafi’i yang mendominasi kebanyakan peruntukan statut terutama syahadah80
71
Temubual 29 Disember 2014. 72
Sebagai contoh kitab Nazariyyat al-Ithbat Fi al-Fiqh al-Jinai al-Islami oleh Ahmad Fathi Bahnasi dan kitab
Min Turuq al-Ithbat Fi al-Shari’ah wa al-Qanun oleh Ahmad ‘Abdul Mun’im al-Bahai, yang di antaranya telah
menjadi rujukan utama dalam penggubalan SKMS. Temubual 2 Disember 2014. 73
Temubual 2 Disember 2014. 74
Muhammad Siraj, Usul al-Fiqh al-Islami, (Iskandariyah: Mansha’ah al-Ma’arif, 1988), m.s.383. 75
Abdullah @ Alwi Haji Hassan, “Ijtihad Dan Peranannya Dalam Pengharmonian Pengamalan Undang-undang
Syariah Di Dunia Islam Masa Kini”, Jurnal Syariah 15, no.2 (Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, 2007), m.s.6. 76
Ini diperakui oleh Hakim Mahkamah Agung Pakistan S.A. Rahman pada tahun 1967, Mohd Daud Bakar
bahawa mazhab Hanafi merupakan asas kepada kandungan Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah, lihat The Mejelle,
v. 77
Muhammad Siraj, Usul al-Fiqh al-Islami, m.s.382. 78
Ibid., m.s.383. 79
Abdullah @ Alwi Haji Hassan, m.s.18. 80
Ruzman Md. Noor, “Kedudukan Bayyinah, Syahadah dan Qarinah”, m.s.350.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
13
merupakan satu teknik takhayyur hasil ijtihad JTUSS dalam mengkodifikasikan SKMS dan
undang-undang Islam yang lain untuk kegunaan mahkamah syariah. Mengiktiraf amalan
taqlid dan penggunaan ijtihad dalam konteks dunia moden, peruntukan SKMS negeri-negeri
telah memberi ruang, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, untuk merujuk hukum syarak
dalam keadaan tiada peruntukan khusus dalam SKMS tentang sesuatu perkara atau sekiranya
berlaku lakuna81
, sama halnya dengan apa diamalkan di Brunei Darussalam.82
Dalam situasi
ini, seseorang hakim boleh merujuk mana-mana sumber fiqh atau kitab-kitab fiqh dari mana-
mana mazhab seperti yang telah ditafsirkan oleh SKMS terhadap istilah hukum syarak
sekiranya sesuai dan selari dengan nilai-nilai semasa dalam keadaan tidak ada peruntukan
khusus tentang sesuatu perkara tetapi perlu putuskan berdasarkan fakta-fakta kes yang
dikemukakan. Ini merupakan ‘semangat’ takhayyur yang diserapkan dalam SKMS oleh
pihak JTUSS. Sebagai contoh penggunaan konsep shahadah ‘ala shahadah, shahadah al-
tasamu’ atau khabar sebagai sebahagian dalam perbahasan konsep syahadah tetapi tidak
diperuntukkan secara khusus dalam SKMS. Oleh yang demikian ruang ijtihad yang
diberikan oleh SKMS secara tidak langsung membuka jalan kepada aplikasi ijtihad secara
takhayyur melalui pemilihan pandangan yang paling rajih dari mazhab-mazhab yang
muktabar dengan mengambilkira juga kesesuaiannya kepada maslahah, keadaan atau situasi
semasa.
Istilah talfiq pula boleh ditakrifkan sebagai melaksanakan hukum syarak yang tidak pernah
disebut oleh mujtahid dalam konteks bertaqlid dengan mengambil pendapat dari mazhab
selain dari mazhab rasmi yang dipegang dalam masalah atau situasi tertentu.83
Talfiq juga
ditakrifkan sebagai menggabungkan pendapat dari dua mazhab atau lebih secara bertaqlid
dalam sesuatu perbuatan atau perkara atau rukun dalam satu permasalahan induk.84
Talfiq
merupakan salah satu mekanisme ijtihad selepas berlalunya zaman yang dikatakan zaman
penutupan pintu ijtihad dan bermulanya zaman bertaqlid. Mohd Salleh telah merumuskan
talfiq sebagai menghimpun atau mencampuradukkan dua pendapat atau mazhab dalam satu-
satu permasalahan sehingga membentuk satu hukum atau konsep tertentu walaupun kaedah
sedemikian tidak mendapat pengiktirafan dari mazhab tersebut. 85
Takrifan yang lebih moden
dan ringkas diberikan oleh Abdullah @ Alwi Haji Hassan sebagai peminjaman secara bebas
dari pelbagai sumber atau mazhab secara tidak eksklusif pada satu-satu mazhab.86
Muhammad Siraj telah membahagikan talfiq kepada dua kategori iaitu talfiq dalam bertaqlid
dan talfiq dalam perundangan. 87
Talfiq kategori pertama merupakan talfiq dalam pengertian
yang biasa di kalangan ulama berkaitan hukum-hukum fiqh walaupun tidak diiktiraf oleh
majoriti ulama atas hujah seolah-olah hendak mempermudah-mudahkan hukum.88
Talfiq
kategori kedua pula berlaku dalam perundangan atau dalam proses menggubal undang-
undang. Talfiq ini berlaku apabila pihak pemerintah atau badan perundangan
menggabungkan beberapa mazhab sebagai asas kepada sesuatu undang-undang dan talfiq
81
Seksyen 130 AKMS 1997 dan EKMS 2003. 82
Sessyen 163 Perintah Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah 2001. 83
Al-Zuhaili, Wahbah, Usul al-Fiqh al-Islami (Beirut: Dar al-Fikr, 1996), m.s.2:1142. 84
Muhammad Siraj, Usul al-Fiqh al-Islami, m.s.382. 85
Mohd Salleh Ahmad, Pengantar Syariat Islam, (Batu Caves: Pustaka Haji Abdul Majid, 2014), m.s.186. 86
Abdullah @ Alwi Haji Hassan, m.s.7. 87
Muhammad Siraj, Usul al-Fiqh al-Islami, m.s.382. 88
Lihat juga Mohd Salleh Bin Ahmad, “Penggunaan Taqlid Dan Talfiq Dalam Fatwa: Satu Penilaian’, dalam
Risalah Ahkam (Petaling Jaya: Intel Multimedia & Publication, 2005), m.s.216.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
14
jenis inilah yang menjadi amalan badan perundangan masa kini dan dianggap kaedah yang
paling sesuai bagi mempastikan undang-undang Islam terlaksana selari dengan matlamat
syarak dan maslahah umum.89
Apatah lagi dalam konteks Malaysia contohnya, walaupun
mazhab Shafi’i merupakan mazhab rasmi negara, proses pengeluaran fatwa atau penggubalan
undang-undang mahupun dalam konteks penghakiman di Mahkamah syariah, perujukan
kepada mazhab-mazhab lain yang muktabar selain mazhab Shafi’e adalah dibenarkan
sekiranya pandangan dari mazhab Shafi’e tidak sesuai dengan uruf atau keperluan semasa.
Pemakaian talfiq dalam peruntukan syahadah adalah sangat jelas walaupun secara umumnya
mazhab Shafi’i mendominasi konsep-konsep syahadah dalam SKMS sama ada dari aspek
definisi, syarat dan bilangan saksi.90
Ini boleh dilihat dalam peruntukan tentang konsep
bayyinah yang mempunyai pengertian yang lebih luas mengikut konsep bayyinah yang
dibawa oleh Ibnu Qayyim91
di samping memudahkan sistem pentadbiran keadilan untuk
hakim menerima keterangan berbentuk bayyinah sekiranyaa keterangan saksi tidak boleh
diterima sebagai syahadah.92
Manakala dari aspek bilangan saksi pula penentuan tiga orang
saksi dalam kes dakwaan fakir oleh orang yang dikenali sebagai kaya93
adalah berasaskan
Hambali94
. Begitu juga dengan penerimaan kesaksian tunggal wanita dalam kes-kes khusus
wanita95
seperti sakit puan adalah berasaskan mazhab majoriti terutama mazhab Hanafi96
kerana mazhab Shafi’i hanya menerima kesaksian wanita dengan bilingan minima empat
orang.97
Pandangan ini dilihat lebih sesuai dan praktikal kerana adalah amat sukar sekiranya
empat orang saksi wanita menjadi prasyarat diterima keterangan yang berhubung dengan
perkara-perkara di bawah pengetahuan wanita sahaja dan secara tidak langsung boleh
mengelakkan berlakunya ketidakadilan dan kemudaratan.
Oleh kerana talfiq melibatkan penggunaan pandangan mazhab-mazhab yang lain dari mazhab
rasmi masyarakat Malaysia, maka ia boleh disifatkan sebagai mengharmonisasi sumber
undang-undang Islam dalam bentuk penggabungan atau kombinasi sumber mazhab.98
89
Muhammad Siraj, m.s.383. 90
Ruzman Mohd Noor, “Kedudukan Bayyinah, Syahadah dan Qarinah”, m.s.351. 91
Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah Fi Siyasah al-Shar’iyyah, m.s.16. 92
Seksyen 83, 84 dan 85 EKMS2003 dan AKMS 1997. 93
Seksyen 86 (1) AKMS 1997 dan EKMS 2003. 94
Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah Fi Siyasah al-Shar’iyyah, m.s.138, Taqiyuddin Abi
al-Baqa Muhammad Bin Ahmad Ibnu al-Najar al-Fatawhi, Sharhu Muntaha al-Iradat, (Beirut: Dar al-Kutub
al-‘Ilmiyyah, 2005) m.s.4:486. 95
Seksyen 86 (4) AKMS 1997 dan EKMS 2003. 96
‘Alauddin Abi Bakr Bin Mas’ud al-Kasani al-Hanafi, Badai’ al-Sanai’ Fi Tartib al-Sharai’ (Kaherah:
Matba’ah al-Imam, t.t) m.s.4050, Burhanuddin Abi al-Hasan ‘Ali Bin Abi Bakr al-Farghani al-Marghinani, al-
Hidayah Sharh Bidayah al-Mubtadi ( Beirut: Sharikah Dar al-Arqam Bin Abi al-Arqam, t.t) m.s.2:116, Ibnu
al-Humam, Sharhu Fathul Qadir, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1995) m.s.7:345. 97
Abi Ishaq Ibrahim al-Shirazi, al-Muhadhab, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1995), m.s.3:454, Abi Bakr
‘Uthman Bin Muhammad Shatta al-Dimyati al-Bakri, I’anah al-Talibin (Beirut: Dar al-Fikr,1995), m.s.3:457,
Shamsuddin Muhammad Bin Muhammad al-Khatib al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, m.s.397. 98
Tan Sri Syeikh Ghazali Bin Hj Abdul Rahman pernah menyatakan dalam kertas kerjanya bahawa dalam
menggubal peruntukan undang-undang dan enakmen-enakmen, metodologi ijtihad dan talfiq telah digunakan
secara meluas demi memperlihatkan kesesuaian hukum Allah SWT mengikut peredaran zaman dan masa,
sekaligus gama Islam dilihat sebagai suatu agama yang unik oleh masyarakat bukan Islam, lihat Tan Sri Sheikh
Ghazali Hj. Sbdul Rahman, “Beberapa Manifestasi Penggunaan Ijtihad dan Talfiq Dalam peruntukan-
peruntukan Statut Moden Di Malaysia”, (Kertas kerja, Seminar Taqlid, Ijtihad dan Talfiq: Skop, Amalan Dan
Batasan , anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dewan Besar, IKIM, Kuala Lumpur, 12-13
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
15
Mohammad Hashim Kamali pernah menyatakan bahawa takkayyur dan talfiq merupakan
metode atau kaedah yang boleh digunakan dalam proses harmonisasi undang-undang. Malah
kedua-dua metode tersebut merupakan metode usul fiqh yang biasa digunakan dalam
melaksanakan prinsip-prisip siyasah shar’iyyah dalam proses pembentukan polisi atau
undang-undang yang berorientasikan syariah.99
Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa
penggunaan ijtihad dalam penggubalan SKMS khususnya peruntukan berkaitan syahadah
telah juga mengambil kira pendekatan secara talfiq dan takhayyur bagi mempastikan prinsip-
prinsip asas syahadah dapat diaplikasikan dengan cara yang lebih fleksibel atau anjal sesuai
dengan maslahah, keperluan, ‘uruf dan situasi semasa di Malaysia. Dalam hal ini Ruzman
Md Noor pernah merumuskan bahawa undang-undang keterangan mahkamah syariah
(SKMS) telah menggunapakai pendekatan ini secara agak liberal terutama peruntukan yang
berkaitan dengan konsep syahadah dan bayyinah serta bilangan saksi.100
Ini dikukuhkan lagi
dengan penegasan Mahmud Saedon bahawa pemakaian hukum syarak dalam SKMS adalah
tidak terikat kepada satu-satu mazhab sahaja iaitu mazhab Shafi’i tetapi termasuk juga
pendapat mana-mana mazhab yang sah kerana dasar penggubalannya ialah memilih pendapat
ulama yang lebih sesuai dengan keadaan, masa dan persekitaran setempat.101
Perkembangan
sistem perundangan Islam di Malaysia yang tidak taasub atau fanatik kepada satu-satu
mazhab sahaja dilihat sebagai satu perkembangan positif menunjukkan para ulama tempatan
bersama-sama pihak pemerintah telah mula bersikap terbuka dengan menerimapakai
pandangan selain mazhab Shafi’i terutama apabila pandangan tersebut dalam satu-satu situasi
boleh membawa kepayahan kepada umat Islam untuk diamalkan.102
Dalam hal ini, Mohd
Badrol Awang dan Mohd Lotpi Mohd Yusob pernah menyatakan dalam tulisan mereka
bahawa pihak pemerintah (atau wakilnya, seperti JAKIM) mempunyai kuasa yang luas untuk
menggubal undang-undang serta tidak terikat kepada mana-mana mazhab walaupun mazhab
penduduk setempat. Pemerintah berhak menilai dan mengambil pendapat fiqh dari mana-
mana fukaha serta menilai kepelbagaian interpretasi al-Quran dan hadis yang dibuat oleh para
ulama dalam bidang tersebut bagi dijadikan sebagai sebuah undang-undang.103
Pembukaan pintu ijtihad dan pembaharuan penggunaan kaedah takhayyur dan talfiq secara
tidak langsung memberi ruang yang luas kepada para hakim di mahkamah syariah untuk
berijtihad mengikut skop bidang kuasa yang diperuntukkan, terutamanya bila menghadapi
permasalahan semasa yang tidak dijangka bersifat kontemporari, bukan hanya dalam konteks
undang-undang keterangan malah dalam skop undang-undang Islam yang lain yang
digunapakai di mahkamah syariah.104
Kaedah penggubalan SKMS yang tidak terikat secara
rigid dengan pendapat mazhab yang tertentu dan penggunaan dasar memilih pendapat ulama
yang lebih sesuai dengan keadaan, masa dan persekitaran tempat (termasuk bahagian dalam
November 2009), 2. Pandangan yang sama mengenai talfiq sebagai satu bentuk harmonisasi oleh Ruzman Md.
Noor , “Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah di Malaysia”, (2008), 152
dan Abdul Monir Yaacob, Temubual 29 Disember 2014. 99
Mohammad Hashim Kamali, “Shariah And Civil Law: Towards A Methodology Of Harmonization”, m.s.1. 100
Ruzman Md. Noor, “Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah di
Malaysia”,(2008), m.s.152. 101
Mahmud Awang Saedon Othman, Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah: Satu Analisis, m.s.88. 102
Ridzwan Bin Ahmad, “Sikap Liberal Dalam Memahami Fiqh Mazhab Syafi’i: Realiti Dan Fenomena Di
Malaysia”, Jurnal Fiqh 4 (2007),137. 103
Mohd Badrol Awang & Mohd Lotpi Mohd Yusob, “Penggubalan Dan Pelaksanaan Undang-undang Oleh
Pemerintah: Satu Pandangan”, m.s.120. 104
Lihat Abdullah @ Alwi Haji Hassan, “Ijtihad Dan Peranannya Dalam Pengharmonian Pengamalan Undang-
undang Syariah Di Dunia Islam Masa Kini”, Jurnal Syariah 15 no. 2 (Kuala Lumpur: Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya, 2007), m.s.12.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
16
statut tersebut yang membezakan bayyinah dengan syahadah berdasarkan pandangan Ibnu
Qayyim) adalah bukti mekanisma ijtihad melalui kaedah takhayyur dan talfiq merupakan
kaedah yang sangat relevan dalam usaha mentransformasi undang-undang syariah daripada
bentuk teoritikal atau shakliy dari kitab-kitab turath kepada undang-undang bersifat legislasi
statutori.105
Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa penggunakan kaeadah takhayyur dan talfiq
dalam penggubalan SKMS secara umum dan peruntukan berkaitan syahadah secara
khususnya, tidaklah melibatkan pembentukan hukum baru dalam konteks fiqh. Sebenarnya
ia lebih kepada tujuan kepentingan umum atau maslahah dalam konteks undang-undang
negara, tanpa terkeluar dari maqasid shari’ah dan bersandarkan kepada pandangan ulama
yang sesuai dengan situasi di Malaysia walaupun mungkin bukan dari pandangan majoriti
ulama.106
Apatah lagi proses penggubalannya dilakukan secara berstruktur melalui kajian
terperinci, perbincangan dan dialog yang berasaskan kepada sumber syarak dan maqasid
shari’ah.107
Pendekatan Maqasid Shariah dan Siyasah Syar’iyyah: Keadilan Dan Maslahah sebagai
Dasar Penggubalan Undang-undang
Syahadah dalam sistem kehakiman Islam secara umum dilihat merupakan satu mekanisme
untuk membantu hakim mencapai keadilan yang menjadi salah satu matlamat syarak atau
maqasid shari’ah yang utama seperti yang telah dijelaskan dalam bab kedua kajian ini.
Syarat-syarat yang agak ketat dalam syahadah terutama dalam syarat tahammul 108
seperti
yang diperuntukkan dalam seksyen 83 di kebanyakan SKMS negeri-negeri, peruntukan
tentang bilangan saksi dan keperluan tazkiyah al-shuhud atau testimoni saksi adalah tidak lain
dan tidak bukan bertujuan memelihara keadilan melalui pembuktian yang jauh dari sebarang
keraguan bagi mengelakkan berlakunya kesilapan atau kekhilafan dalam penghakiman. Oleh
sebab itulah kesaksian dalam Islam sangat mementingkan kualiti dan kuantiti saksi semata-
mata untuk memelihara keadilan semua pihak dalam sesuatu kes109
berbeza dengan prinsip
kesaksian dalam sistem perundangan sivil dan common law yang lebih menekankan sejauh
mana seseorang saksi dipercayai walaupun hanya seorang dan boleh memahami soalan-
soalan yang dikemukakan di samping boleh menjawab soalan dengan rasional.110
105
Ibid.Lihat juga Abdulah @ Alwi Hassan, 18. 106
Seperti dalam peruntukan berkaitan bilangan tiga orang saksi dalam dakwaan fakir oleh seseorang yang
dikenali sebagai seorang yang kaya. 107
Temubual 2 Disember 2014, 29 Disember 2014 dan 14 Januari 2015. 108
Syarat tahammul ialah syarat penyampaian kesaksian yang secara umumnya mestilah saksi itu seorang Islam,
baligh, berakal, merdeka, kuat ingatan, ‘adil, tiada tohmah, bermaruah, boleh bercakap dan boleh melihat. 109
Amir Husin Mohd Nor, Zuliza Kusrin & Che Maryam ahmad, “Kesaksian Dalam Undang-undang
Keterangan Islam” dalam Al-Syariah Jilid 3: Undang-undang Keterangan Islam, ed. Siti Zalikha Md. Nor
et. Al, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2006), m.s.51. 110
Seksyen 118 Akta Keterangan 1950.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
17
Untuk menyerlahkan lagi prinsip maqasid shari’ah111
dalam peruntukan berkaitan syahadah,
SKMS telah memberi ruang kepada penerimaan keterangan-keterangan lain atau bayyinah
mengikut pandangan Ibnu Qayyim112
seperti yang telah dijelaskan sebelum ini dan
keterangan dokumen sekiranya saksi-saksi yang dikemukakan tidak dapat memenuhi syarat-
syarat syahadah atau bilangan saksi tidak mencukupi. Maknanya syahadah bukanlah
pembuktian yang bersifat mandatori dalam SKMS, malah bagi merealisasikan maksud
keadilan hakim mempunyai kuasa untuk menerima sebarang keterangan lain yang boleh
membantu menjelaskan sesuatu fakta yang menjadi isu. Malah SKMS telah memperuntukkan
tatacara untuk memeriksa kredibiliti saksi yang bukan berstatus syahadah melalui proses
pemeriksaan saksi secara berperingkat iaitu pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan
pemeriksaan semula,113
sama saperti apa yang dipraktikkan di mahkamah awam berdasarkan
Akta Keterangan (AK) 1950. Manakala proses testimoni saksi atau tazkiyah al-shuhud pula
diperuntukkan khusus bagi memeriksa keadilan saksi berasaskan konsep syahadah.114
Syahadah dalam SKMS bukan sahaja dilihat sebagai hasil ijtihad pihak penggubal berasaskan
maqasid syari’ah,115
malah pada masa yang sama ia juga merupakan hasil ijtihad berasaskan
keperluan dalam sistem pentadbiran negara atau siyasah shar’iyyah yang juga bersandarkan
kepada maqasid sharia’ah dan doktrin maslahah. Dalam konteks siyasah shar’iyyah, adalah
menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menjaga dan mempertahankan syariah dan negara,
melindungi dan menjaga kepentingan rakyat dengan apa cara sekali pun selari dengan
maqasid shari’ah untuk menjaga maslahah dan monolak kerosakan atau kemudaratan demi
kebahagian manusia dunia dan akhirat.116
Demi mencapai objektif tersebut, pemerintah perlu
mempastikan agar negara diurus dan ditadbir selari dengan hukum dan matlamat syarak atau
maqasid shari’ah termasuklah dalam konteks penggubalan undang-undang. Bukan setakat
berpegang kepada prinsip menarik maslahah dan menolah kerosakan yang menjadi dasar,
malah prinsip dan amalan syura serta amalan merujuk kepada pakar dan golongan bijaksana
amat penting117
dalam konteks siyasah shar’iyyah khususnya dalam soal penggubalan
111
Hubungkait takhayyur dan talfiq dengan maqasid shari’ah ialah takhayyur dan talfiq merupakan kaedah
penyelidikan hukum dalam ilmu Usul Fiqh manakala maqasid shari’ah pula ialah pendekatan dalam
menggunakan kaedah penyelidikan tersebut, dan kedua-dua kaedah serta pendekatan tersebutkan merupakan
cabang ijtihad atau penyelidikan (kaedah dalam ijtihad dan pendekatan dalam ijtihad), lihat Mahmood Zuhdi
Haji Abdul Majid, “Ijtihad. Taqlid dan Talfiq Dari Perspektif Maqasid Al-Syariah”, (Kertas kerja, Seminar
Taqlid, Ijtihad dan Talfiq: Skop, Amalan Dan Batasan , anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),
Dewan Besar, IKIM, Kuala Lumpur, 12-13 November 2009), 1. 112
Temubual 29 Disember 2014. 113
Bab 3 Pemeriksaan saksi dan seksyen 91 tentang pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan
semula dalam AKMS 1997 dan EKMS 2003. 114
Ahmad Mohamed Ibrahim, The Administratioan Of Islamic Laws in Malaysia (Kuala Lumpur: IKIM,
2000), m.s.780. 115
Abdul Monir Yaacob berpandangan pendekatan maqasid shari’ah dalam penggubalan SKMS adalah untuk
mencapai matlamat keadilan dalam pentadbiran sesebuah negara, bukan secara langsung untuk mencapai
maksud daruriyyah al-khamsah atau dikenali sebagai ‘matlamat sosial’ iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan
harta kerana lima aspek itu merupakan tanggunjawab institusi-instutusi lain. Temubual 29 Disember 2014. 116
Khairil Azmin Mokhtar dan Nayel Musa Shaker Al-Omran pernah merumuskan dalam konteks harmonisasi
di antara undang-undang sivil dan syariah, bahawa matlamat dan tujuan utama ‘good governence’ atau siyasah
‘adilah di antara Barat dengan prinsip Islam mempunyai banyak persamaan, di antaranya ialah keadilan,
kesaksamaan, syura, ketulusan, amanah dan kebebasan. Lihat Khairil Azmin Mokhtar & Nayel Musa Shaker
Al-Omran, “Theories And Principles Of Good Governence In The Shariah And The Civil Law: Its
Constitutional Framework In The United States And Egypt” [2011] 4 MLJ cli, 11. 117
Menjadi amalan JTUSS dalam mempastikan undang-undang Islam digubal mengikut metode dan pendekatan
yang betul, sesuai dan adil melalui kajian terperinci, mesyuarat, diskusi dan majlis-majlis dialog. Temubual 2
Disember 2014, 29 Disember 2014 dan 14 Januari 2015.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
18
undang-undang supaya undang-undang tersebut dapat dilaksanakan dengan adil.118
Penggunaan ijtihad melalui pendekatan harmonisasi119
, pengubahsuaian, kaedah takhayyur
dan talfiq120
di samping prinsip-prinsip maslahah atau maqasid shari’ah seperti yang
dijelaskan sebelum ini dalam penggubalam SKMS dan peruntukan berkaitan syahadah
khususnya merupakan inisiatif para penggubal merealisasikan prinsip siyasah sha’iyyah
dalam pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia.
Mahmud Saedon sendiri pernah menjelaskan bahawa satu contoh paling mudah menunjukkan
amalan ijtihad berdasarkan siyasah shar’iyyah ialah penggubalan undang-undang Islam bagi
kegunaan mahkamah syariah121
seperti undang-undang pentadbiran hukum syarak, undang-
undang keluarga Islam, undang-undang tatacara jenayah syariah dan mal termasuklah juga
undang-undang keterangan mahkamah syariah melalui arahan pihak pemerintah kepada
badan-badang yang bertanggungjawab untuk merangka, menderaf, menggubal seterusnya
menguatkuasakan undang-undang tersebut. Beliau seterusnya merumuskan bahawa selain
menjadi satu keperluan dalam urusan pentadbiran agama dan ummah, siyasah shar’iyyah
juga merupakan sebahagian dari syarak bertujuan menegakkan keadilan, mendapatkan
maslahah atau manfaat dan mengelakkan kesusahan serta kerosakan. Oleh itu ijtihad sangat
memainkan peranan dalam merealisasikan siyasah syar’iyyah122
terutama untuk membantu
sistem kehakiman ditadbir dengan lebih sempurna dan adil. Sistem kehakiman pula
merupakan sebahagian daripada keperluan sistem pemerintahan dan pentadbiran sesebuah
negara atau dikenali sebagai badan kehakiman (judiciary) yang duduk sama tinggi dengan
badan-badan penting yang menjadi tulang belakang sesebuah kerajaan iaitu badan
pentadbiran (executive) dan badan perundangan (legislative).
Oleh yang demikian, peruntukan berkaitan syahadah dan penggubalan SKMS secara
umumnya adalah hasil ijtihad pihak JTUSS yang bertanggungjawab merangka dan menderaf
undang-undang keterangan mahkamah syariah mengikut acuan undang-undang keterangan
Islam seperti yang dibahaskan oleh ulama fiqh dengan mengambil kira juga aspek maqasid
shari’ah dan siyasah shar’iyyah sebagai nilai tambah kepada sumber ijtihad mereka. Proses
harmonisasi jelas berlaku dalam konteks penggabungan di antara teori fiqh berkaitan dengan
syahadah bermula dari definisi, syarat, bilangan dan proses tazkiyah al-shuhud dengan
pendekatan maqasid shari’ah berdasarkan realiti semasa di Malaysia dengan mengambilkira
prinsip-prisnip keadilan dalam menghasilkan undang-undang yang selari dan hukum syarak
dan objektif shariah.123
Segala usaha pihak penggubal, JTUSS khususnya, sebagai mewakili
pihak pemerintah, adalah untuk memenuhi keperluan siyasah shar’iyyah dalam
menghasilkan satu undang-undang yang sangat penting membantu sistem kehakiman ditadbir
dengan lebih sempurna dan adil.
118
Mahmud Saedon Awang Othman, “Pendekatan Siyasah Syar’iyyah Dalam Pentadbiran Negara”, m.s.81. 119
Mohammad Hashim Kamali pernah merumuskan bahawa siyasah shar’iyyan boleh digunakan dalam proses
harmonisasi di antara Syariah dan undang-undang. Lihat Mohammad Hashim Kamali, “Shariah And Civil Law:
Towards A Methodology Of Harmonization”, m.s.410. 120
Kedua-dua kaedah takhayyur dan talfiq menurut Mohammad Hashim Kamali merupakan sebahagian dari
aplikasi dalam siayasah shari’yyah untu membentuk sistem atau polisi yang berorientasikan syariah. Lihat
Mohammad Hashim Kamali, “Shariah And Civil Law: Towards A Methodology Of Harmonization”, m.s.409. 121
Ibid, m.s.98. 122
Ibid, m.s.99. 123
Temubual 2 Disember 2014.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
19
DAPATAN KAJIAN DAN KESIMPULAN
Perkembangan SKMS banyak bergantung kepada usaha pihak penggubal iaitu JAKIM dan
JTUSS yang dibentuk sebagai mewakili pihak pemerintah atau kerajaan Malaysia dalam
merealisasikan konsep siyasah shar’iyyah untuk pentadbiran keadilan mahkamah syariah
mengikit acuan dan realiti semasa di Malaysia. Kronologi dan proses penggubalannya telah
memperlihatkan usaha yang sangat berhati-hati atau boleh dianggap sebagai ijtihad dalam
menghasilkan undang-undang atau taqnin yang sesuai dengan realiti di Malaysia dan
memudahkan sistem pentadbiran di mahkamah syariah. Walaupun secara zahirnya SKMS
dilihat banyak dipengaruhi oleh AK 1950 yang terpakai di mahkamah sivil, secara asasnya
hukum syarak tetap menjadi sumber utama undang-undang tersebut, kerana walaupun
terkandung di dalamnya beberapa peruntukan yang menyamai AK 1950 pemakaiannya
adalah berasaskan prinsip mana-mana yang tidak bertentangan dengan hukum syarak adalah
diterima.
Aktiviti ijtihad menggunakan takhayyur dan talfiq sebagai metode usul fiqh dan maqasid
shari’ah sebagai pendekatan dalam proses penggubalan undang-undang boleh berlaku dalam
satu masa dalam bentuk yang lebih harmoni. Ini boleh dilihat melalui sikap keterbukaan
pihak penggubal terhadap pandangan-pandangan selain mazhab Shafi’i dalam beberapa
peruntukan berkaitan syahadah walaupun mazhab Shafi’i dianggap mazhab rasmi Malaysia
dan menjadi mazhab pertama yang perlu diutamakan berbanding mazhab lain dalam
pembentukan undang-undang mahu pun fatwa. Malah kedua-dua metode dan pendekatan
ijtihad ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dan releven dengan siyasah shar’iyyah
dalam konteks pentadbiran undang-undang sesebuah negara. Prinsip-prinsip yang berkaitan
syahadah dalam SKMS dari aspek definisi, syarat, dan bilangan khususnya telah digubal
sebegitu rupa adalah hasil usaha para penggubal yang diberikan mandat oleh pihak kerajaan
untuk mengaplikasikan ijtihad melalui metode dan pendekatan tersebut supaya ia relevan dan
mudah digunakan dalam pentadbiran keadilan di mahkamah syariah.
Begitu juga dengan pendekatan mengambil AK 1950 sebagai format untuk menghasilkan
undang-undang yang baru juga merupakan satu mekanisme ijtihad bagi memudahkan proses
penggubalan tanpa mengabaikan ciri-ciri keunggulan syariah sebagai sumber utama.
Menggunakan kaedah mengambil prinsip dalam AK 1950 yang tidak bercanggah dengan
hukum syarak, ‘membuang’ peruntukan yang bertentangan dan memasukkan peruntukan-
peruntukan baru bersumberkan Quran, Sunnah, kitab-kitab Fiqh dan teks perundangan
Islam yang lain (seperti The Mejelle dan Qanun-e-Shahadat Pakistan 1984) bukan satu
perkara yang mudah untuk dilakukan kerana ia melibatkan kajian yang terperinci dan berhati-
hati pihak penggubal dalam proses mentaqnin undang-undang Islam. Ini membuktikan
dinamisma ijtihad yang sentiasa relevan dalam usaha menjadikan undang-undang keterangan
mahkamah syariah umunya dan peruntukan berkaitan syahadah khususnya sesuai dengan
keadaan dan ‘uruf di Malaysia serta selari dengan prinsip-prinsip hukum syarak.
RUJUKAN
‘Abdul Karim Zaydan. (1983).Nizam a-Qada’.Baghdad: Matb’ah al-Ma’ani.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
20
‘Alauddin Abi Bakr Bin Mas’ud al-Kasani al-Hanafi.(t.t). Badai’ al-Sanai’ Fi Tartib al-
Sharai’. Kaherah: Matba’ah al-Imam.
Abi Ishaq Ibrahim al-Shirazi.(1995). al-Muhadhab. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah
Abi Bakr ‘Uthman Bin Muhammad Shatta al-Dimyati al-Bakri.1995. I’anah al-Talibin.
Beirut: Dar al-Fikr.
Abdulaziz Berghout, “Islamic Law And Public Interest: Urgency Of Creative Ijtihad”,[2005]
1 ShLR 25.
Abdul Basir Mohamad, “Iqrar, Syahadah Dan Qarinah Dalam Undang-undang Sivil Islam”
dalam Siti Zalikhah Md. Nor et al.(2006) Al-Syariah Jilid 3: Undang-undang
Keterangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Abdul Hamid Bin Haji Mohamad, “ Civil And Syariah Courts In Malaysia: Conflict of
Jurisdictions”, [2002] 1 MLJ cxxx-cxliv.
Abdul Monir Yaacob, “Undang-undang Pentadbiran Agama Islam: Pengkanunan, Reformasi
Dan Penyelarasan”, Jurnal Undang-undang IKIM 2, no. 2 (1998)58.
Abdul Mumini A Oba, “Harmonisation of Shari’ah, Common Law And Customary Law in
Nigeria: Problems And Prospects” (2008) 3 JMCL 126.
Abdullah @ Alwi Haji Hassan, “Ijtihad Dan Peranannya Dalam Pengharmonian Pengamalan
Undang-undang Syariah Di Dunia Islam Masa Kini”, Jurnal Syariah 15,
no.2.(2007). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. m.s.6.
Abi Bakr ‘Uthman Bin Muhammad Shatta al-Dimyati al-Bakri. (1995) I’anah al-Talibin.
Beirut: Dar al-Fikr.
Ahmad Mohamed Ibrahim. (2000). The Administratioan Of Islamic Laws in Malaysia
Kuala Lumpur: IKIM.
Amir Husin Mohd Nor, Zuliza Kusrin & Che Maryam Ahmad, “ Kesaksian Dalam Undang-
undang Keterangan Islam” dalam Siti Zalikhah Md. Nor et al (2006) Al-Syariah Jilid
3: Undang-undang Keterangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Al-Khatib, Muhammad al-Sharbini.(t.t) Al-Iqna’. Juzuk 1. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Shafi’i, Abi ‘Abdillah Muhammad Bin Idris.(2009). Al-Umm. Jilid ke-5. Beirut: Dar al-
Fiqh.
Al-Syarbini, Shamsuddin Muhammad al-Khatib. (2006). Mughni al-Muhtaj. Juzuk ke-
6. Kaherah: Darul Hadith.
Al-Zuhayli, Wahbah. (1997).Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Juzu’ 8. Damsyiq: Dar al-
Fikr,1997.
_________________. (1996). Usul al-Fiqh al-Islami. Juzuk ke-2. Beirut: Dar al-Fikr.
Bahagian Penasihat Undang-undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
“Penyeragaman Undang-undang Islam di Malaysia”, Jurnal Hukum 15, no. 2
(Disember 2002), m.s.128
Burhanuddin Abi al-Hasan ‘Ali bin Abi Bakr al-Farghani al-Marghinani.(t.t) Al-Hidayah
Sharh Bidayah al-Mubtadi. Jilid ke-2. Beirut: Sharikah Dar al-Arqam bin Abi al-
Arqam.
Ibnu Farhun. (1301H). Tabsirah al-Hukkam Fi Usul al-‘Aqdiyyah wa Manahij al-Ahkam.
Jilid ke-2. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Ibnu Hazm.(1984) al-Muhalla bi a-Athar. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Ibnu al-Humam.(1995). Sharhu Fathul Qadir. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
21
Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah.(2002). Al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siyasah al-
Shar’iyyah. Kaherah: Darul Hadith.
Ibnu Rushd. (2009).Sharh Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. Jilid ke-4.
Kaherah: Dar al-Salam.
Hamid Jusoh.(2007). Tazkiyah al-Syuhud dalam Nasimah Hussin et. al. Undang-undang
Islam: Jenayah, Keterangan dan Prosedur. Jil. Ke-13. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
___________. (2007). Undang-undang Keterangan Islam Dan Perkembangan
Pelaksanaannya Di Malaysia dalam Nasimah Hussin et. al. Undang-undang Islam:
Jenayah, Keterangan dan Prosedur. Jil. Ke-13. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Horowitz, Donald L. “The Qur’an And The Common Law: Islamic Law Reform And The
Theory Of Legal Change”. The American Journal of Comparative Law 42 (1994):
233-293.
Kamus Dewan. Ed. Ke-3. (1995).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Khairil Azmin Mokhtar & Nayel Musa Shaker Al-Omran, “Theories And Principles Of
Good Governence In The Shariah And The Civil Law: Its Constitutional Framework
In The United States And Egypt” [2011] 4 MLJ cli, 11.
L B Curzon. Dictionary of Law.(1995). Kuala Lumpur: International Law Book Services.
Little Oxford Thesaurus, (Oxford: Clarendon Press, 1998), m.s.219.
Mahmood Zuhdi Abd. Majid. (1997). Pengantar Undang-undang Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mahmood Zuhdi Abd. Majid. “Ijtihad, Taqlid dan Talfiq Dari Perspektif Mawasid al-
Syariah”. Seminar Taqlid, Ijtihad dan Talfiq: Skop, Amalan Dan Batasan. IKIM, 12-
13 November 2009.
Mahmud Saedon Awang Othman. (1991). Undang-undang Keterangan Islam. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
____________________________. (1995) Institusi Pentadbiran Undang-undang Dan
Kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
_____________________________. “Pendekatan Siyasah Syar’iyyah Dalam Pentadbiran
Negara”, Jurnal Undang-undang IKIM 4, no. 1 (Januari-Jun 2000), m.s.81.
______________________________. (1995).“Undang-undang Keterangan Mahkamah
Syariah:Satu Analisis”, Dalam Undang-undang Keterangan Dan Prosedur di
Mahkamah, ed. Abdul Monir Yaacob.Kuala Lumpur: IKIM, 1995.
Md. Saleh Hj. Md. @ Hj. Ahmad. (2005). “Penggunaan Taqlid dan Talfiq Dalam Fatwa:
Satu Penilaian” Dalam Risalah Ahkam, ed. Hajjah Salihah Hj. Ab. Halim. Petaling
Jaya: Intel Multimedia & Publication.
_________________________. (2014). Pengantar Syariat Islam. Batu Caves: Pustaka Haji
Abdul Majid.
Mohammad Hashim Kamali.(2000). Islamic Law In Malaysia Issues And Developments.
Kuala Lumpur: Ilmiah Publishers.
______________________. “Shari’ah And Civil Law: Towards A Methodology Of
Harminization”, Islamic Law And Society 14, no.3 (2007), m.s.392.
______________________. “Harmonisation of Shari’ah And Civil Laws: The Framework
And Modus Operandi”, IIUMLJ 11 (2003), 152.
Mohamad Ismail Hj. Mihamad Yunus & Shamshina Mohamad Hanifa, “Harmonisation Of
Prescribed Punishment (Hadd) In Islamic Law And Under The Malaysian Penal Law:
A Mere Fantasy Or Reality, IKIM Law Journal 9, no. 1 (2005), m.s.212
Mohd Shahrizad Mohd Diah, “Child’s Testimony In Islamic Law – An Appraizal”,
International Islamic University of Malaysia (IIUM) Law Journal 10 (2002): 77-98.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
22
Muhammad Siraj. (1988). Usul al-Fiqh al-Islami. Iskandariyah: Mansha’ah al-Ma’arif.
Nasimah Hussin et al. (2007). Siri Perkembangan Undang-undang Di Malaysia :
Undang-undang Islam Jenayah, Keterangan dan Prosedur. Jilid ke-13. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nehaluddin Ahmad, “ Islamic Law Of Evidence And The Merit of Women Witnessses: An
Overview”, [2010] 1 MLJ xcii-cii.
Siti Zalikhah Md. Nor et al. (2006). Al-Syariah : Undang-undang Keterangan Islam. Jilid
ke-3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2006.
The Mejelle. (2006). terj. C.R. Tyser. D.G. Demetriades & Ismail Haqqi Effendi. Petaling
Jaya: The Other Press.
Ruzman Md. Noor. “Kajian Semula Terhadap Undang-undang Keterangan Islam”. Prosiding
Seminar Semakan Semula Korpus Undang-undang Islam di Malaysia: Keperluan Dan
Cabaran, IKIM. 1-2 April 2008.April 1-2, 2008 .
_____________________. “Kedudukan Bayyinah, Syahadah dan Qarinah Dalam
Penggubalan Undang-undang Keterangan Islam Di Malaysia”, Jurnal Syariah 16
(2008):345-366.
_____________________. “Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan
Mahkamah Syariah di Malaysia: Analisis Dari Perspektif Mazhab Syafie”, Jurnal
Fiqh 5 (2008): 143-167.
Ridzwan Bin Ahmad, “Sikap Liberal Dalam Memahami Fiqh Mazhab Syafi’i: Realiti Dan
Fenomena Di Malaysia”, Jurnal Fiqh 4 (2007),137.
Sayed Sikandar Shah Haneef, “Modern Legislative Ijtihad: The Need for A Holistic” [2009]
1 ShLR 35.
Shamsuddin Muhammad Bin Abi al-‘Abbas Ahmad Bin Hamzah Ibnu Shihabuddin al-
Ramli.(1984). Nihayah al-Muhtaj Ila Sharhi al-Minhaj. Beirut: Dar al-Fikr.
Sheikh Ghazali Hj. Abdul Rahman, “Beberapa Manifestasi Penggunaan Ijtihad dan Talfiq
Dalam Peruntukan-peruntukan Statut Moden di Malaysia”. Seminar Taqlid, Ijtihad
dan Talfiq: Skop, Amalan Dan Batasan. IKIM, 12-13 November 2009.
Taqiyuddin Abi al-Baqa Muhammad Bin Ahmad Ibnu al-Najar al-Fatawhi. (2005). Sharhu
Muntaha al-Iradat. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.