Download - Hubungan Etnik - Tutorial Minggu 13
Hubungan EtnikTutorial Minggu 12Atieqah binti Khairudin Norfarahida binti Ahmad Shalih (T2TESL2)
SOALAN TUTORIAL:
Mengalurkan proses pembentukan perlembagaan
Konsep PerlembagaanPerlembagaan Kumpulan peraturan atau undang-undang (bertulis/tidak
bertulis) yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip umum bagaimana kuasa tersebut dilaksanakan. Sumber undang-undang tertinggi.
Undang-undang asas pemerintahan negara. Panduan membentuk undang-undang sama ada pihak kerajaan
atau rakyat.
Perlembagaan bertulis
Bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam
satu dokumen.
Cth: Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan tidak bertulis
Merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak
dikumpul dalam satu dokumen seperti undang-undangyang diluluskan oleh Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.
Cth: Perlembagaan di Britain
Kepentingan Perlembagaan Menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan
negara yang cekap dan adil. Mewujudkan satu rangka politik, ekonomi, sosial yang
dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.
1946 Perlembagaan Malayan Union 1948 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1949 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) 1957 Perlembagaan Tanah Melayu
1963 Perlembagaan Malaysia
Malayan Union (1 April 1946) British Military Administration (BMA) telah dibubarkan pada
bulan Mac 1945 dan diganti dengan Malayan Union. Malayan Union diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Sir Edward Gent sebagai Gabenor pertama. Terbentuk hasil daripada Perjanjian Mac Michael pada tahun 1945. Perjanjian ini memberi peruntukan kepada British bagi mentadbir Tanah Melayu dalam perintah-dalam-Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal Decree) bertarikh 23 Mac 1946.
Semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai
Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu 1946. Bagaimanapun, perlembagaan dan perjanjian ini mendapat
tentangan yang hebat daripada Raja-Raja Melayu dan rakyat Tanah Melayu.
Sebab-sebab penentangan: Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran
negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu. Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain
melalui prinsip jus soli . Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa
iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. Cara Harold Mac Michael mendapat tandatangan Raja-raja Melayu
yang menggunakan cara paksaan dan ugutan.
Jawatankuasa Kerja Ekoran penentangan kuat dan berterusan daripada orang
Melayu, British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai
1946. Terdiri daripada empat orang wakil Raja Melayu, dua orang
wakil UMNO, dan enam orang pegawai British. Bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baru
yang boleh diterima oleh orang Melayu.
Jawatankuasa Perundingan Ditubuhkan pada Disember 1946. Terdiri daripada lima orang Eropah, dua orang Cina dan dua
orang India. Mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf
perlembagaan yang disediakan oleh Jawatankauasa Kerja.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 (1 Februari 1948) Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948. Hasil daripada perjanjian ini, satu perlembagaan baru telah digubal
berkuatkuasa pada 1 Februari 1948. Dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Mengikut perjanjian ini, Kerajaan Pusat akan mengandungi seorang
Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan. Majlis Perundangan (Legislative Council) mempunyai anggota rasmi
dan sebilangan besar anggota tidak rasmi yang dipilih dan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
Sultan diberi semua hak dan kuasa memerintah tetapi
dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Perundangan Negeri. Syarat kewarganegaraan diperketatkan. Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum
Bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalamKerajaan Persekutuan dan Negeri.
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee CLC) Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (1949) terdiri daripada
pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi. Ia wujud akibat permintaan berlainan daripada pelbagai etnik. CLC ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu
seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan. Melalui CLC, pemimpin daripada pelbagai golongan etnik
berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan mencari jalan penyelesaian.
Tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato
Onn Jaafar, Dato Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lok, C.C. Tan, Dr. J. S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham. Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukan ke dalam usul-usul
perundangan yang diluluskan oleh Majlis PerundanganPersekutuan. Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara
pemimpin pelbagai kaum. Kerjasama antara etnik apabila British membuat perubahan
dasar ke arah berkerajaaan sendiri.