Download - HUbungan Etnik Esei Ku
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
1/18
Nama ahli kumpulan:
Fernandez Anak Deru
Pui Kuet Poh
Shaza Amirah Binti Abdul Kadir
Yvonne Asong Anak Anthony
Mata Pelajaran:
WAJ 3106- Hubungan
Etnik
Pengajian:
PISMP BI 4 JAN 2012
Soalan 1 (Tugasan Berkumpulan) :
Huraikan dan berikan komen tentang cabaran-cabaran pemupukan perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pengenalan:
Sesungguhnya, perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan &
kemajuan negara. Dalam tempoh lebih hampir lima dekat pasca kemerdekaan, hubungan
etnik di Malaysia telah melalui pelbagai liku peristiwa pasang surut, pahit dan manis.
Karangan ini akan membincangkan cabaran-cabaran hubungan etnik di Malaysia pada
peringkat nasional dan global.
Cabaran 1: Membina perso nal i t i rakyat yang berj iwa Malaysia.
Cabaran pertama yang dihadapi oleh Malaysia dalam memupuk semangat perpaduan
antara rakyatnya ialah membina masyarakat yang memiliki personaliti dan watak sebagai
rakyat Malaysia. Maksudnya ialah seorang rakyat Malaysia harus dapat menumpahkan taat
setianya kepada raja dan negara, mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, bersedia
mempertahankan kedaulatan negaranya serta dapat dijadikan contoh tauladan bagi yang
lain dalam pelbagai aspek termasuk sahsiah, keperibadian dan kecemerlangan dirinya.
Aspek personaliti yang ingin disemaikan dalam diri rakyat Malaysia ini termasuklah dari segi
aspek: agama, bahasa, budaya dan nilai serta semangat jati diri.
Negara kita sangat beruntung kerana kita datang daripada pelbagai latar belakang
yang berbeza. Justeru itu, semua rakyat haruslah sedar bahawa perbezaanlah yang
sebenarnya membuatkan kita unik. Perbezaan ini boleh dilihat dari segi bangsa, fahaman
dan termasuklah agama. Rukun negara yang pertama menggariskan prisip Kepercayaan
Kepada Tuhan. Di sini kita dapat melihat bahawa untuk membina personaliti rakyat yang
berjiwa Malaysia, negara kita menyeru supaya rakyatnya supaya memiliki iltizam
keagamaan yang kuat. Hal ini kerana mereka yang memiliki iltizam yang sebegini sudah
tentu tidak bersedia melakukan penganiyaan kepada orang lain. Di samping itu, dalam
konteks hubungan kemanusiaan dan aspek sejagat, lazimnya seorang yang beragama akan
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
2/18
berpegang kepada nilai yang baik yang diajarkan oleh agama supaya menghormati orang
lain, berkasih sayang, saling membantu dan bersedia membuat kebaikan. Kita juga dapat
melihat kerajaan amat mengambil berat akan hal ini sehingga memperkenalkan mata
pelajaran seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam sistem pendidikan negara
bagi melahirkan rakyat yang berpegang teguh kepada nilai sejagat yang baik. Oleh yang
demikian, pengalaman dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi salah satu pemangkin
utama dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.
Seterusnya, aspek bahasa merupakan medium yang boleh digunakan untuk
memupuk perpaduan. Seperti yang kita semua sedia maklum, bagi membolehkan
seseorang memahami orang lain adalah dengan berhubung atau berkomunikasi antara satu
sama lain. Di Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah dimaktubkan sebagai
bahasa rasmi. Pekara 152 Pelembagaan Persekutuan menyebut bahasa Melayu ialah
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Kedudukan dan taraf bahasa kebangsaan
terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67 dan Akta Pendidikan (Zaid Ahmad, 2006). Oleh kerana bahasa adalah satu alat
penting yang berupaya memupuk perpaduan dan penyatuan, maka semua rakyat Malaysia
perlu menguasainya dengan baik bukan sekadar untuk tujuan berkomunikasi semata-mata
tetapi dijadikan sebagai lambang martabat dan keperibadian rakyat dan kedaulatan negara.
Dengan ini, lahirlah ungkapan seperti Bahasa Jiwa Bangsa yang melambangkan martabat
dan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai identiti kepada bangsa Malaysia.
Di samping itu, rakyat Malaysia dengan latar belakang pluraliti seharusnya
mempunyai kekuatan budaya dan nilai yang bersifat keMalaysiaan. Cabaran dalam
menerapkan budaya dan sistem nilai yang dapat dihayati dalam kehidupan masyarakat juga
bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini kerana masyarakat yang amat pelbagai sifatnya
secara semula jadinya memiliki pelbagai kelainan dan perbezaan sama ada dari segi hidup
mahupun penghayataan amalan dan sistem nilai. Walaupun demikian, kita juga tidak harus
lupa akan persamaan yang boleh dijadikan panduan untuk masyarakat berkongsi nilai,amalan dan tatacara kehidupan.
Rakyat yang berjiwa Malaysia seharusnya mempunyai jati diri yang merangkumi
nilai, budaya, bahasa, pegangan, fahaman dan pandangan jagat sesuatu kaum. Hal ini
berkait rapat dengan budaya dan nilai. Contohnya, orang yang mempunyai jati diri yang
tinggi tidak akan melupakan asal usulnya malahan berbangga akan tradisi bangsa dan jati
diri kaumnya. Hal ini yang menjadi cabaran dalam masyarakat muda pada generasi ini
kerana perkembangan globalisasi menenggelamkan identiti keMalaysiaan itu. Oleh itu, jati
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
3/18
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
4/18
pelajar diberi kesempatan untuk mempraktikkan secara langsung budaya bertolak ansur dan
tolong-menolong antara kaum. Sekolah Wawasan ini juga membuka peluang untuk
mewujudkan perkongsian kemahiran pengajaran dan kemudahan.
Pada perinkat global pula, banyak pergolakan telah berlaku dalam negara yangdidiami masyarakat yang pelbagai kaum. Antara negara yang boleh disenaraikan
termasuklah di Afrika (di Rwanda dan Burundi), Eropah Timur (Bosnia Hezergovina) dan
juga di Ambon, Indonesia. Konflik yang telah berlaku di negara tersebut membuka mata
masyarakat kita bahawa konflik kaum boleh tercetus dan berlaku pada bila-bila masa atas
sesuatu sebab. Justeru, konflik kaum ini boleh menjadi pengajaran kepada masyarakat kita
betapa pentingnya keharmonian antara kaum. Dengan ini, aspek-aspek penting seperti
keadilan sosial, hak asasi dan peluang pendidikan perlu dijaga supaya keharmonian antara
kaum boleh dikekalkan.
Hubungan intraetnik pula merujuk kepada hubungan antara sesama kumpulan
ataupun satu keturunan (Zaid Ahmad, 2010). Dalam konteks Malaysia, faktor yang dianggap
menyumbang kepada cabaran hubungan intraetnik adalah kewujudan politik kepartian. Hal
ini demikian kerana terdapat parti politik yang berbeza mewakili atau didominasi oleh kaum
atau kumpulan etnik yang sama. Sebagai contoh, dua parti politik besar UMNO dan juga
PAS telah mewakili kaum Melayu dan sedikit sebanyak menyumbang kepada masalah
hubungan antara orang Melayu Islam (Zaid Ahmad, 2010). Walau bagaimanapun, juga perludifahami bahawa negara yang mengamalkan demokrasi di mana pemerintah dipilih
mengikut pilihan raya, amalan politik berparti seperti yang disebutkan tadi sememangnya
dibenarkan. Sehubungan dengan itu, persaingan yang sihat dan membina seperti politik
berparti haruslah digalakkan dan disuburkan kepada rakyat negara kita.
Dalam usaha untuk menjalin hubungan yang harmoni interetnik dan intraetnik,
terdapat juga beberapa cabaran untuk mencapainya. Antara cabaran-cabaran yang menjadi
halangan ialah cabaran pengaruh luaran, cabaran dalaman dan juga cabaran psikologi.
Kesemua cabaran ini sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap usaha untuk menjalin
hubungan yang harmoni dalam hubungan interetnik dan intraetnik.
Bagi cabaran pengaruh luaran, ia terbahagi kepada beberapa cabang. Antaranya
ialah politik antarabangsa di mana Amerika dan juga sekutunya telah menguasai dan
mendominasi kuasa politik antarabangsa. Perkara ini berlaku apabila perang dingin yang
telah berakhir pada akhir 1980-an. Penguasaan mereka bukan sahaja dalam konteks
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), tetapi juga dasar luar sesuatu negara untuk
memastikan kepentingannya terjamin. Perkara ini dapat dilihat apabila mereka campur
tangan dalam hal negara-negara lain. Ketegangan etnik yang pernah berlaku di Balkan dan
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
5/18
Eropah Barat telah menarik perhatian masyarakat seluruh dunia. Kesan politik antarabangsa
ini terhadap hubungan etnik ialah orang ramai mula sedar bahawa pihak berkuasa perlu
bersikap lebih telus, adil dan saksama dalam mengendali masalah perkauman di negara
masing-masing. Badan dunia seperti PBB perlu memastikan pihak berkuasa atau negara-
negara yang terlibat perlu melaksanakan keadilan sosial dan lebih adil kepada rakyat
pelbagai kaum.
Selain itu, ideologi sering digunakan untuk mendapatkan sokongan dalam sesuatu
misi atau perjuangan. Dalam konteks pembinaan negara, fahaman nasionalisme sering
memainkan peranan besar. Tidak dapat dinafikan bahawa pembinaan jati diri dan keyakinan
sesuatu bangsa melibatkan kesedaran nasionalisme, namun kesedaran nasionalisme yang
sempit akan mendorong kepada kesan yang tidak baik dalam konteks hubungan kaum.
Extremisme atau sikap yang melampau dalam apa-apa tindakan biasanya akan
memberikan kesan negatif. Tindakan yang melampau akan pastinya membawa kepada
pelbagai tragedy buruk. Misalnya, tragedi 13 Mei 1969 yang telah berlaku kerana sikap
melampau sesebuah pihak. Oleh itu, sikap ini tidak sepatutnya ada kompromi untuk
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Globalisasi pula merupakan fenomena dunia yang bukanlah satu ancaman.
Globalisasi ini sebenarnya banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Namun,
ini menjadi masalah apabila ada segelintir pihak yang suka mengambil kesempatan dengan
mengenakan tekanan kepada pihak lain secara tidak adil, khususnya dalam konteks
hubungan antara negara.
Seterusnya ialah cabaran dalaman. Bagi konteks cabaran dalaman, Malaysia sendiri
banyak menghadapi cabaran termasuklah dari segi sosial, ekonomi, agama dan juga ras.
Dari segi sosioekonomi, dapat dilihat masalah yang memerlukan langkah penyelesaian
adalah jurang di antara orang yang kaya dan miskin serta jurang di antara Bandar dan luar
Bandar. Sememangnya negara kita terdiri daripada pelbagai agama dan keturunan, namunperkara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang perpaduan antara pelbagai kaum.
Kemudian, cabaran dari segi psikologi pula terdiri daripada 5 jenis iaitu persepsi,
prejudis, diskriminasi, stereotaip dan etnosentrisme. Pertama sekali, persepsi atau
tanggapan sebenarnya memberikan kesan yang memudaratkan keharmonian antara kaum.
Oleh itu, rakyat Malaysia sepatutnya mengelakkan wujudnya unsur persepsi yang serong
terhadap sesuatu niat atau tindakan sesebuah kaum itu supaya tiada salah faham akan
berlaku.
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
6/18
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
7/18
peristiwa 13 Mei adalah disebabkan pengenalan dasar pecah dan perintah oleh
pihak penjajah. Berikutan pengenalan dasar tersebut, jurang sosial antara etnik dan
polirasi kaum di Malaysia semakin melebar. Malahan, sistem pengenalan kaum
berasaskan sektor ekonomi dan lokasi yang diamalkan oleh puak kolonial tersebut
telah membatalkan misi untuk mengintegrasikan kaum di Malaysia.
Berdasarkan kepada sistem pengenalan kaum berasaskan ekonomi dan sosial
yang dijalankan di Malaysia sebelum pasca kemerdekaan adalah seperti Rajah 1
berikut.
Bil. Kaum/Etnik Kawasan Sektor Ekonomi Pekerjaan
1 Melayu Luar bandar dan
perkampungan
tradisional
Tanaman dan
perikanan
Petani dan
nelayan kecil
2 Cina Bandar dan lombong Perniagaan dan
perusahaan
Peniaga dan
usahawanan
3 India Ladang Perladangan
(penorehan getah)
Buruh kasar
kerajaan dan
pekerja ladang
Rajah 1: Sistem Pengenalan Kaum Berasaskan Ekonomi dan Sosial di Malaysia.
Merujuk kepada Rajah 1 di atas, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa sektor
ekonomi bagi etnik Melayu dan India adalah bercorak sara diri jika dibandingkan
dengan etnik Cina. Namun, kaum bukan Bumiputera seperti orang Cina telah
menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap hak istimewa yang diberikan kepada orang
Melayu Bumiputera dalam perlembagaan dan mendakwa bahawa hak kaum-kaum lain
diketepikan dan tidak dilayan secara adil. Pendek kata, faktor kepada tercetusnya
peristiwa 13 Mei sangat berkait rapat dengan perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang Melayu. (Jomo, 1988).
Selain itu, cabaran lain yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam menangani
masalah hubungan etnik adalah kerana isu bahasa. Isu bahasa bangkit apabila
terdapat pihak daripada parti-parti pembangkang seperti DAP dan GERAKAN
mengeluarkan kata-kata yang menghina kaum Melayu semasa perarakan
kemenangan mereka dalam pilihan raya. Insiden ini bermula apabila keputusan pilihan
raya pada 10 Mei 1969 menunjukkan kemerosotan pengaruh Perikatan dalam
kalangan rakyat di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan
Perak. Terdapat juga faktor yang menunjukkan bahawa parti-parti pembangkang pada
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
8/18
ketika itu adalah kebanyakkannya daripada golongan Cina dan dipercayai bahawa
beberapa pemimpin parti politik tersebut berjaya meniupkan sentimen perkauman
antara Melayu dengan bukan Melayu.
Ekoran daripada peristiwa yang berlaku, pihak kerajaan telah mengambil beberapa
langkah untuk memperbaiki dan merapatkan jurang hubungan kaum di Malaysia
melalui pengenaln dan penggubalan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Sosial Negara.
3.2 Peristiwa Kampung Medan 12 Mac 2001
Berikutan daripada kronologi daripada peristiwa Kampung Medan 12 Mac 2001,
peristiwa 13 Mei 1969 seakan-akan berulang kembali. Berdasarkan kepada kajian
yang telah dilakukan, didapati bahawa punca kepada tercetusnya peristiwa 12 Mac
2001 adalah disebabkan perselisihan faham. Walaupun begitu, konteksnya adalah
berbeza.
Jika dahulu, peristiwa hitam tersebut tercetus kerana pilihan raya, sektor ekonomi,
jurang sosial dan isu bahasa yang berlaku antara kaum tetapi sekarang masalahnya
adalah disebabkan isu budaya yang dipraktikkan oleh etnik-etnik di Malaysia.
Peristiwa itu bermula pada 4 Mac 2001 di mana sebuah keluarga Melayu sedang
mengadakan kenduri kahwin dan satu keluarga India yang tinggal berdekatan sedang
bersiap sedia untuk mengebumikan salah seorang ahli keluarga mereka yang
meninggal. Menurut kepada pemahaman kami, situasi yang dialami oleh kedua-dua
kaum tersebut adalah tidak dirancang. Kami beranggap bahawa mereka adalah
mangsa keadaan pada waktu itu kerana tiada sesiapapun akan menyangka bahawa
dua majlis yang amat berbeza akan diadakan pada masa yang sama di mana
berlakunya majlis perkahwinan dan majlis pengebumian. Tanpa toleransi dan
kerjasama daripada kedua-dua pihak, perselisihan faham akan berlaku. Kesannya,
akan menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara kedua-dua kaum yang
mengadakan dua majlis yang berbeza tersebut. Tambahan pula mereka adalahberjiran.
Sekiranya kedua-dua pihak berfikiir secara rasional dan mengambil tindakan yang
bijak, kemungkinan peristiwa 12 Mac 2001 tidak mungkin akan berlaku. Namun,
disebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati seorang lelaki India yang melihat
khemah dinaikkan di atas jalan di luar kawasan kenduri tersebut, dia telah mengambil
tindakan yang melulu. Dengan menunggang motosikal, lelaki itu masuk ke dalam
khemah dan menendang kerusi serta meja kemudian meninggalkan tempat tersebut.
Tidak cukup dengan itu, lelaki itu kembali lagi bersama 10 orang lelaki bersenjata dan
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
9/18
bertindak menyerang bapa pengantin dan salah seorang keluarga pengantin
berkenaan. Pada pendapat anda, adakah wajar tindakannya itu? Kesan daripada
kejadian tersebut, satu kumpulan orang-orang yang tidak dikenali memasuki kawasan
India dan merosakkan beberapa buah kenderaan di situ. Sampai bilakah perkara ini
akan berakhir seandainya kedua-dua kaum tersebut tidak mahu mengalah?
Seharusnya, lelaki India itu boleh mencapai kata sepakat dengan keluarga Melayu
tersebut dengan menjelaskan situasi mereka yang sebenar dengan jelas dan secara
baik. Manakala, keluarga Melayu pula boleh memberi kerjasama dengan membuka
ruang laluan kepada keluarga India tersebut untuk melaksanakan perarakan mayat
tersebut. Perkara seperti ini yang kita mahu dalam masyarakat Malaysia. Tetapi,
perkara ini tidak berhenti di sini sahaja apabila berlakunya insiden di mana seorang
budak lelaki Melayu yang bermain lastik telah menyebabkan cermin sebuah lori lelaki
India pecah. Kemudian iikuti dengan isu bahasa kasar yang digunakan oleh empunya
lori semasa meminta ganti rugi dengan bapa budak berkenaan. Perkara ini telah
menyebabkan berlakunya konflik di antara kedua-dua kaum sehingga membawa
kepada kejadian ugut mengugut. Mujurlah perkara ini tidak berlanjutan dan berakhir
setelah kedua-duanya mengalah.
Ekoran daripada peristiwa-peristiwa yang asalnya kecil telah mencetuskan
perasaan dendam dan marah antara kedua-dua belah pihak sehingga mencetuskan
pergaduhan antara etnik Melayu dan India pada 12 Mac 2011. Kesan daripada
kejadian tersebut, sebanyak 5 orang terkorban, 37 orang tercedera dan 153 orang
ditahan setalah berlakunya ketegangan kaum di Kamoung Medan, Petaling Jaya.
Secara keseluruhannya, jelaslah bahawa berdasarkan kejadian-kejadian yang
berlaku menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia adalah berkaitan
dengan penjagaan sensitiviti antara kaum. Sekiranya sesitiviti tersebut tidak dijaga
dengan baik, ketegangan kaum akan berlaku dalam sekelip mata sahaja.
Sememangnya agak sukar untuk menjaga sensitiviti ini seandainya ada pihak lain
yang mengapi-apikan permusuhan dan melakukan tindakan provokatif. Makadiingatkan bahawa betapa pentingnya kita sebagai masyarakat plural di Malaysia
untuk peka akan isu yang berkaitan dengan sensitiviti kaum untuk menjamin
perpaduan dan keamanan negara pada masa mendatang.
Kesimpulan:
Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin
akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Justeru,
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
10/18
rakyat harus sedar akan cabaran tersebut dan berusaha untuk mengekalkan perpaduan
kaum demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
11/18
Soalan 2 (Tugasan Individu)
Membincangkan sejauh manakah dasar kerajaan Malaysia telah mencapai
tujuannya dalam memupuk perpaduan rakyat Malaysia (dengan merujuk
kepada mana-mana TIGA dasar kerajaan).
Pengenalan:
Tiada sesiapa pun yang hidup di dunia ini yang mengharapkan persengketaan. Pastinya
semua orang inginkan kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan seharian.
Khususnya buat penduduk di Malaysia yang berbilang kaum ini, perpaduan antara
masyarakat berbilang bangsa dan budaya amatlah dituntut oleh semua penduduk.
Sesungguhnya, perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak bagi mengekalkan
keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat
menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Oleh sebab yang demikian, pihak
kerajaan Malaysia telahpun mengambil langkah bijak dalam mengatur strategi dalam
memupuk nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Semenjak merdeka sehingga kini, pihak kerajaan telah membentuk pelbagai dasar demi
untuk membina perpaduan antara semua rakyat di negara tercinta ini. Hal ini kerana pihakkerajaan telah menyedari betapa pentingnya perpaduan agar tragedi berdarah seperti
tragedi 13 Mei 1969 tidak akan berlaku lagi di negara kita. Sememangnya perpaduan
bukannya perkara yang mudah untuk kita capai begitu sahaja. Jika kita teliti maksud di
sebaliknya sedalam-dalamnya, perpaduan bermaksud telah benar-benar bersatu dan
intergrasi antara kaum pula bermaksud penggabungan dua beberapa unsur yang disatukan
menjadi satu yang kuat dan kukuh. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengorak langkah dan
berusaha bersungguh-sungguh dengan membentuk pelbagai jenis dasar dan juga pelan
tindakan untuk menyemai nilai perpaduan dalam setiap jiwa rakyat negara ini. Antara dasar-
dasar atau polisi yang telah dibentuk oleh pihak kerajaan termasuklah Dasar Ekonomi Baru,
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
12/18
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar pertama yang akan dibincangkan di sini ialah Dasar Ekonomi Baru atau juga dikenali
sebagai DEB. Pihak kerajaan telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru ini di mana tujuan
asalnya ialah untuk memupuk nilai-nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Jika kita lihat, terdapat dua langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini.
Yang pertamanya ialah untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan
dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan
kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa pernah mengira kaum atau bangsa seseorang itu.
Seterusnya, langkah kedua pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat Malaysia bagi membaiki dan juga seterusnya memulihkan keadaan ekonomi
yang tidak seimbang dan tidak stabil. Perkara ini dijalankan supaya dapat mengurangkan
dan sekaligus menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Jika kita kaji, sebenarnya pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah punca
utama di mana telah berlakunya tragedi hitam iaitu rusuhan kaum pada tanggal 13 Mei 1969
apabila wujudnya pihak yang tidak ada sifat tegas dalam melaksanakan apa yang telah
termaktub dalam kontrak sosial terutama sekali perkara yang melibatkan isu-isu kemiskinan
orang-orang Melayu dan juga orang-orang Bumiputera dalam semua bidang yang ada.
Amalan pengasingan kaum yang mengikut fungsi-fungsi ekonomi juga turut mewujudkan
ketidakstabilan ekonomi negara. Selain daripada itu, taraf pendidikan serta jurangperbezaan ekonomi juga kelihatan sangat ketara. Jurang yang ketara ini berlaku di antara
kaum Melayu dan Bumiputera dengan kaum bukan Bumiputera semakin berleluasa. Hal ini
sehingga mengakibatkan jumlah kemiskinan dan pengangguran di kawasan kampong atau
luar bandar semakin bertambah teruk dari semasa ke semasa dan perkara ini seterusnya
memaksa anak-anak muda kaum Melayu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan demi
untuk menanggung kehidupan.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini sebenarnya telah dirancang untuk satu tempoh masa.
Dasar yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga 1990
mempunyai matlamat tersendiri. Pada dasarnya, dasar ini dibentuk dengan harapan pihak
kerajaan pada masa itu iaitu Kerajaan Perikatan agar dapat mengurangkan
ketidakseimbangan atau ketidakstabilan antara orang Bumiputera dengan orang bukan
Bumiputera dari segi semua bidang yang wujud. Terdapat banyak matlamat pihak kerajaan
dalam pembentukan dasar ini. Antara matlamat pihak kerajaan melalui dasar ini untuk
tempoh 20 tahun adalah untuk meningkatkan peratusan penanaman modal dalam syarikat-
syarikat berhad kerana peratusan kaum bumiputera pada ketika berlakunya peristiwa hitam
iaitu rusuhan berdarah 13 Mei 1969 hingga semasa dasar ini baru diperkenalkan adalah
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
13/18
sangat rendah dan wujud jurang yang sangat besar di antara kaum Bumiputera dengan
kaum yang bukan Bumiputera dan pihak asing juga. Seterusnya, matlamat akhir dasar ini
ialah pada tahun 1990, peratusan penanaman modal Bumiputera dalam syarikat-syarikat
berhad akan dapat ditingkatkan daripada sekadar hanya 1.5 peratus sahaja pada tahun
1971 dinaikkan kepada 30 peratus pada tahun 1990. Sementara itu pula, kaum bukan
Bumiputera yang menguasai sebanyak 23.7 peratus penanaman modal pula akan cuba
untuk ditingkatkan kepada 40 peratus pada tahun yang sama iaitu tahun 1990. Manakala,
bagi pihak asing yang telahpun menguasai sebanyak 62.1 peratus pada tahun 1971,
sebaliknya akan cuba dikurangkan kepada hanya 30 peratus sahaja pada tahun yang sama
juga iaitu apabila cukupnya tempoh 20 tahun yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan
pada ketika itu.
Seterusnya, dengan terlaksananya dasar ini, sebenarnya telah membawa Malaysia
untuk terus mengorak langkah ke hadapan untuk menuju ke arah negara maju melalui
Wawasan 2020. Hal ini dibantu dengan usaha untuk menghapuskan tahap kemiskinan tegar
secara mutlak seperti yang juga pernah diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri kita
yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir b. Mohamad pada suatu ketika dahulu. Dalam
ungkapan beliau mengatakan bahawa, Daripada serampang dua mata Dasar Ekonomi
Baru(DEB), tiada sesiapa pun yang menentang pembasmian kemiskinan secara mutlak
tanpa mengira kaum dan kedudukan geografi. Semua rakyat Malaysia, sama ada mereka
yang tinggal di kawasan bandar atau luar bandar, sama ada mereka di selatan, utara, timur
atau barat, mesti dinaikkan daripada garis kemiskinan mutlak.
Pihak kerajaan turut menyedari bahawa adalah lebih baik jika semangat perpaduan dan
integrasi ini boleh dipupuk serta disemai sejak dari awal lagi dalam jiwa rakyat Malaysia.
Seeloknya, dari bangku sekolah lagi, anak-anak kecil sudah disemai dengan nilai-nilai
perpaduan yang sungguh berharga dan tidak mungkin dapat dijual beli. Bak kata pepatah
Melayu juga, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika kita hendak menunggu sehingga
anak-anak generasi muda ini sudah besar dan matang, pastinya tindakan kita untukmenyemai nilai-nilai murni itu akan menjadi perbuatan yang sia-sia sahaja.
Selain daripada itu juga, dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini, secara
tidak langsung telah membawa kesan yang sangat positif dalam memupuk perpaduan dan
integrasi di negara kita, bumi Malaysia. Sesungguhnya, tidak dapat dinafikan bahawa
dengan terlaksananya dasar ini, ia telah berjaya mengubah keadaan negara yang tidak
aman serta huru-hara pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu
pendidikan, pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke
dalam dasar-dasar dan program-program yang tertentu.
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
14/18
Secara kesimpulannya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini sememangnya telah Berjaya
menyatupadukan rakyat seluruh Malaysia. Tiada lagi jurang antara pelbagai kaum seperti
yang sedia ada pada zaman dahulu. Secara amnya, DEB telah Berjaya dalam misinya untuk
memupuk perpaduan antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup di bawah satu
bumbung.
Dasar Pendidikan Kebangsaan:
Dasar Pendidikan Kebangsaan ini telah dibentuk apabila timbulnya kesedaran dalam
kalangan para pemimpin negara serta rakyat yang mula sedar akan betapa pentingnya
pendidikan untuk menempuhi dunia ini. Maka dengan itu, sistem pendidikan baru ini dibina
bertujuan untuk menggantikan sistem pendidikan yang terdahulu. Wujudnya dasar ini adalah
melalui Penyata Razak 1956 dan juga di dalam Ordinan Pelajaran 1957. Selain itu,
kesedaran ini turut wujud untuk menggantikan sistem pelajaran yang tidak memuaskan yang
mana telah disusun oleh penjajah pada suatu ketika dahulu. Hal ini berlaku kerana, pihak
penjajah tidak mahu menggalakkan kaum bumiputera untuk terus menimba ilmu ke tahap
yang tertinggi dan jika ada sekalipun, anak-anak Melayu ini hanya diberi pendidikan untuk
menghasilkan satu generasi bertani. Namun, keadaan ini hanya disedari selepas
tercapainya kemerdekaan. Melalui kesedaran ini juga telah membentukkan Dasar Pelajaran
Kebangsaan pada tahun 1961.
Jika kita lihat kepada objektif atau matlamat pelaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan yang telah termaktub di dalam Akta Pelajaran 1957, ia merupakan satu sistem
pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan juga dapat menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Di samping itu, beberapa strategi
telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini. Antaranya ialah
menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama, mengadakan
kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan
sistem peperiksaan yang sama bagi setiap jenis sekolah, melicinkan tatacara pengurusan
pendidikan dan mengadakan peluang pendidikan asas sembilan tahun. Dengan ini, sistem
pendidikan akan menjadi lebih lancar dari segi pelaksanaanya di setiap sekolah di Malaysia.
Jelas sekali dasar ini telahpun mencapai tujuan dan matlamat asalnya. Ini terbukti
apabila bahasa kebangsaan negara iaitu Bahasa Melayu telah diggunakan sebagai bahasa
pengantar utama dalam kalangan masyarakat negara kita ini. Sekolah-sekolah di Malaysia
kini bukan sekadar dipenuhi pelajar Melayu, namun juga mempunyai pelajar yang berbilangkaum seperti Cina, India dan juga bangsa-bangsa bumiputera yang lain. Kebanyakan
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
15/18
pelajar di sekolah Malaysia begitu fasih berbahasa Melayu walau dalam apa situasi dan
pada bila-bila masa sekalipun. Oleh yang demikian, tanpa kita sedari, penggunaan satu
bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain telah
diwujudkan tanpa timbulnya rasa curiga. Langkah ini membantu kita dalam
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Secara
kesimpulannya, dasar ini telah Berjaya membawa penduduk Malaysia untuk bersatu padu
dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan:
Sesungguhnya, semua mengakui bahawa negara Malaysia kaya dengan pelbagai budaya
yang unik dan tidak ada di negara-negara lain. Pelbagai etnik di Malaysia menyumbang
kepada warna warni budaya yang menyinari imej negara kita. Oleh yang demikian, negara
kita ini memerlukan satu dasar kebudayaan kebangsaan bagi mencerminkan keperibadian
negara yang terindah ini. Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan
dan juga mengekalkan identiti Malaysia di mata persada dunia. Seperti dasar-dasar yang
telah dibincangkan terlebih dahulu juga, dasar ini turut berpegang pada matlamat yang
sama. Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan lagi perpaduan melalui
kebudayaan. Misalnya, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia, yang
menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, pelbagai
pertandingan seperti pertandingan tarian, pertandingan permainan alat muzik telah
dijalankan di seluruh negara. Tujuannya tetap sama iaitu untuk memupuk perpaduan. Di
samping itu juga, memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan
rakyat Malaysia.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini merupakan satu daripada kunci perpaduan di
negara Malaysia. Dengan jelas perkara ini dapat dibuktikan apabila kita dapat lihat bahawa
dasar ini sebenarnya dapat membantu dalam menyemarakkan semangat patriotik dalam
jiwa setiap rakyat. Jika dilihat pada Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang telah
ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia (SUKMA), ia dapat
mengeratkan perpaduan kaum dan juga hubungan antara negeri. Bukan itu sahaja, jika kita
kaji keadaan pada masa kini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah
menyemarakkan lagi semangat patriotik rakyat negara kita. Acara sukan sebegini sudah
pastinya dapat membakar lagi semangat seluruh rakyat Malaysia yang terlibat secara
langsung mahupun tidak. Kesimpulannya, Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini telah berjaya
juga dalam misinya iaitu tidak lain dan tidak bukan menyemai sikap dan nilai-nilai perpaduan
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
16/18
dalam seluruh rakyat Malaysia. Dengan itu, smua bangsa di negara kita ini telah bersatu
padu dalam apa situasi sekalipun dan dengan adanya perpaduan, pastinya negara kita akan
melangkah setapak lebih jauh lagi dan terus maju ke hadapan.
Sebagai kesimpulannya, dasar-dasar dan pelan tindakan yang telahpun dibentukoleh pihak kerajaan telah berjaya mencapai matlamatnya. Pastinya matlamat untuk
membina perpaduan dalam kalangan rakyat dalam kita saksikan. Dengan adanya
perpaduan yang utuh, sedikit sebanyak kemajuan negara akan dapat dicapai dengan lebih
baik. Seterusnya, kita akan dapat saksikan negara kita akan terus melangkah ke hadapan
standing dengan negara-negara maju yang lain.
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
17/18
Bibliografi:
1 Klik. (2008, November 14). Dasar-dasar negara. Diperoleh pada Februari 21, 2013, dari
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/13-maklumat-
kenegaraan/190-dasar-dasar-negara.html
Aspek pendidikan dalam hubungan etnik. (2009). Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif
Teori Dan Praktik. Universiti Teknologi Malaysia: Kassim Thukiman. & Zaliza Mohd.
Nasir. Diperoleh pada Februari 26, 2013, dari
http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/2009/malay/Book10/Bab08.pdf
Azmah Abdul Manaf. (2005). Siri pengajian sejarah: Sejarah sosial masyarakat Malaysia.
Selangor Darul Ehsan: Lohprint Sdn Bhd.
Dasar-dasar kerajaan. (t.t.). Dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. Diperoleh pada
Februari 20, 2013, dari
http://www.moe.gov.my/bppk/pdf/penerbitan/DASAR%20AWAM%203.pdf
Jamhariah Jaafar. (2010, September 16). Hari Malaysia penyatu seluruh bangsa: 16
September tanggal keramat persefahaman kaum, semarak gagasan 1Malaysia.
Utusan Malaysia Online, 27. Diperoleh pada Februari 27, 2013, dari
Kesinambungan pembangunan luar bandar diteruskan dalam GTP 2.0. (2012, July-
September). Rakan Sarawak, PPK 235/11/2012(030651), 60-61.
Madya Sivamurugan Pandian. (2012, Julai 17). Perlembagaan dan perpaduan etnik. Utusan
Melayu Online. Diperoleh pada Februari 21, 2013, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Rencana&pg=re_05.htm
Malaysia kita: Panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan. (2005). Kuala Lumpur:
Direct Art Company
Mohd. Ayop Abdul Razid. (2009, Disember 28). Pertahan nikmat perpaduan. Utusan Melayu
Online. Diperoleh pada Februari 25, 2013, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1228&sec=Rencana&pg=re_
02.htm
-
8/12/2019 HUbungan Etnik Esei Ku
18/18
Muhammad Said Ramadan Al-Buti. (2006). Islam Hadhari dalam pembangunan insan: Asas
kepada pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Hazrah
Enterprise.
Nurul Fasihah Abu Bakar. (2012, Ogos). Negara bangsa menjelang 2020. DewanMasyarakat. Diperoleh pada Februari 25, 2013, dari
http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=2722
Shamsul Amri Baharuddin. (1990). Masyarakat Malaysia yang membangun. Selangor Darul
Ehsan: Percetakan Dewan Bahasa & Pustaka.
Tajuddin Hussein. (2009). Malaysia negara kita. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn Bhd.
Zaid Ahmad., Ruslan Zainuddin., Ling, H. H., Ku Halim Ku Arifin, Fee, L. Y., Najeemah Mohd
Yusof.,...Nazri Muslim. (2010). Buku teks: Hubungan Etnik (ed. 2). Selangor Darul
Ehsan: Laser Press Sdn Bhd.
Harian, B. (2012, Februari 13). Pusat Berita Cari. Dicapai daripada Pembinaan jati
diri: http://berita.cari.com.my/news.php?id=23252
Adam Jebat. (2011). Dasar-dasar dan Pelan Tindakan Kerajaan untuk Memupuk Perpaduan
dan Integrasi di Malaysia. Dicapai daripada http://adam
jebat.blogspot.com/2011/05/dasar-dasar-dan-pelan-tindakan-kerajaan.html