HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
DALAM KALANGAN PELAJAR DARI KELAS PREMIER DI DUA BUAH
SEKOLAH MENENGAH
AINUL HAKIMAH BINTI KARIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
DALAM KALANGAN PELAJAR DARI KELAS PREMIER DI DUA BUAH
SEKOLAH MENENGAH
AINUL HAKIMAH BINTI KARIM
Laporan projek ini dikemukakan bagi memenuhi
sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinnya, saya dapat
menyiapkan projek ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak
terhingga kepada Dr Yeo Kee Jiar selaku guru dan penyelia Projek Sarjana Muda ini atas segala
bimbingan, bantuan dan nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh saya
menjalankan kajian ini. Segala ilmu yang diberikan amat berharga dan akan dikenang sepanjang
hayat.
Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada ayahanda Prof Madya Dr Hj Karim bin
Deraman serta bonda Puan Hajah Sabariah binti Mohd Amin dan adik-beradik yang disayangi di
atas sokongan dan dokongan dari segala aspek sehingga tamatnya kajian ini. Semoga mendapat
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. We’re the best family 4 eva.. Barakallah fikum!
Buat rakan-rakan seperjuangan Abby, Anis dan Wai Wai, terima kasih di atas bantuan
dan sokongan yang diberikan selama ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak dalam menjalankan kajian ini. Semoga Allah membalas budi
baik kalian dengan yang lebih baik.
v
ABSTRAK
Kerja rumah telah menjadi komponen penting dalam sistem persekolahan di
Malaysia. Kerja rumah memainkan peranan yang penting untuk membantu pelajar
supaya lebih memahami pelajaran yang diajarkan di dalam kelas. Kerja rumah juga
berperanan untuk menyumbangkan pencapaian yang tinggi terhadap sesuatu mata
pelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kerja rumah dengan
pencapaian mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah dalam kalangan
pelajar tingkatan dua dari kelas premier di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Mutiara Rini dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Skudai, Johor Bahru. Kajian ini
menumpukan tiga faktor yang berkaitan dengan kerja rumah, iaitu peruntukan masa,
jenis-jenis kerja rumah, dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah. Seramai 106
orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian: dua kelas tingkatan dua premier dari
SMK Sri Skudai dan satu kelas tingkatan dua premier dari SMK Taman Mutiara Rini.
Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Borang ini terdiri daripada dua
bahagian. Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan dengan demografi pelajar,
pencapaian mata pelajaran dan faktor peruntukan masa. Manakala Bahagian B pula
terdiri daripada 30 soalan berkaitan dengan faktor jenis kerja rumah dan faktor cara
pengelolaan guru terhadap kerja rumah pelajar. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini
ialah α = 0.929. Keputusan peperiksaan akhir tahun dijadikan sebagai ukuran pencapaian
pelajar dalam setiap mata pelajaran yang dikaji. Analisis deskriptif (kekerapan dan
peratusan) dan inferensi (korelasi Pearson) digunakan dalam tatacara menganalisis data.
Secara keseluruhannya, tahap pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran berada
pada tahap tinggi (60–79%). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan
signifikan tetapi sederhana antara faktor cara pengelolaan guru semasa dan selepas
pemberian kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran Matematik.
vi
ABSTRACT
Homework has become an important component in schooling system in
Malaysia. Besides this, homework is also an essential tool contributing towards higher
achievement. This research is aimed to study the relationship between homework with
students’ achievement in the subjects of Mathematics, English, and History among the
form two premier students at Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini and
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Skudai, Johor Bahru. In this research, the researcher
focused on three factors, which include time spent, types of homework, and teacher
supervision. The samples in this study were selected from two form two premier classes
at SMK Sri Skudai and class at SMK Taman Mutiara Rini. Questionnaire was chosen by
the researcher as the instrument to investigate the outcome of this study. This
questionnaire consists of 2 sections. Section A includes the demographic items, students’
achievement, and time management. Section B includes 30 questions on the types of
homework and teachers’ supervision on homework. The reliability of this instrument is
α = 0.929. The students’ result in end-year examination was used as students’
achievement in this study. In analyzing the data, researcher used two types of analysis:
descriptive and inference statistic (Pearson correlation). Overall, the majority of
students tend to have high achievement (60 – 79 %). The findings of this study showed
significant correlation at medium level was found in two aspects: (1) teacher’s
supervision during homework was assigned in Mathematics homework; and (2)
teacher’s supervision after homework was assigned in Mathematics homework.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN PENGAKUAN PENYELIDIK iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Rasional Kajian 9
1.8 Kepentingan Kajian 10
1.8.1 Penyelidik 10
1.8.2 Para Guru 10
1.8.3 Para Pelajar 11
1.8.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 11
1.9 Skop dan Batasan Kajian 11
viii
1.10 Kerangka Teori 12
1.10.1 Teori Tingkahlaku 12
1.10.2 Teori Kognitif 14
1.11 Kerangka Konsep 15
1.12 Definisi Istilah 16
1.12.1 Peruntukan Masa 16
1.12.2 Jenis Kerja Rumah 16
1.12.3 Cara Pengelolaan Guru 17
1.12.4 Pencapaian Akademik 17
1.12.5 Pelajar dari Kelas Premier 18
1.13 Penutup 18
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 19
2.2 Perkembangan yang berkaitan dengan kerja rumah 19
2.2.1 Kajian Dalam Negara 20
2.2.2 Kajian Luar Negara 22
2.3 Kepentingan kajian 24
2.4 Teori yang berkaitan dengan kerja rumah 25
2.4.1 Teori Tingkahlaku 26
2.4.2 Teori Kognitif 27
2.5 Penutup 28
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Reka Bentuk Kajian 30
3.3 Prosedur Pengumpulan Data 30
3.4 Pemboleh ubah Kajian 31
3.5 Populasi dan Sampel 32
3.6 Instrumen Kajian 33
3.7 Penganalisisan Data 34
ix
3.8 Penutup 36
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisis Deskriptif 37
4.2.1 Taburan Pelajar Mengikut Jantina 38
4.2.2 Taburan Pelajar Mengikut Bangsa 38
4.2.3 Taburan Pelajar mengikut Pencapaian Mata Pelajaran 39
4.2.4 Taburan Pelajar Mengikut Peruntukan Masa 40
4.3 Analisis Inferensi 41
4.3.1 Hubungan Antara Peruntukan Masa dengan Pencapaian 41
4.3.2 Hubungan Antara Jenis Kerja Rumah dengan Pencapaian 43
4.3.2.1 Hubungan Antara Kerja Rumah Jenis Ulangkaji dengan
Pencapaian 43
4.3.2.2 Hubungan Antara Kerja Rumah Jenis Persediaan dengan
Pencapaian 45
4.3.2.3 Hubungan Antara Kerja Rumah Jenis Penerokaan dengan
Pencapaian 46
4.3.3 Hubungan Antara Cara Pengelolaan Guru dengan Pencapaian 48
4.3.3.1 Hubungan Antara Cara Pengelolaan Guru Semasa
Pemberian Kerja Rumah terhadap Pencapaian 48
4.3.3.2 Hubungan Antara Cara Pengelolaan Guru Selepas Kerja
Rumah Disempurnakan terhadap Pencapaian 50
4.4 Penutup 52
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN, DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Perbincangan 54
5.2.1 Hubungan Antara Peruntukan Masa dengan Pencapaian 55
5.2.2 Hubungan Antara Jenis Kerja Rumah dengan Pencapaian 56
5.2.3 Hubungan Antara Cara Pengelolaan Guru dengan Pencapaian 58
x
5.3 Rumusan 59
5.4 Cadangan 60
5.4.1 Pelajar 61
5.4.2 Guru 62
5.4.3 Pihak Sekolah 63
5.4.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 64
5.5 Cadangan Kajian akan Datang 64
5.6 Penutup 65
RUJUKAN 67
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL
TAJUK MUKASURAT
3.1 Taburan sampel dalam kajian penyelidik 32
3.2 Taburan item dalam soal selidik (Bahagian B) 33
3.3 Nilaian Skala Likert 34
3.4 Julat Markah dan klasifikasi pencapaian pelajar 35
3.5 Garis Panduan Guilford 35
4.1 Taburan pelajar mengikut Jantina 38
4.2 Taburan Pelajar mengikut Bangsa 38
4.3 Taburan Pelajar mengikut Pencapaian mata pelajaran
Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah
39
4.4 Taburan Pelajar mengikut Peruntukan Masa bagi mata
pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah
40
4.5 Analisis korelasi Pearson hubungan antara peruntukan
masa untuk membuat kerja rumah dengan pencapaian
mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah
42
xii
4.6 Analisis korelasi Pearson hubungan antara antara kerja
rumah jenis ulangkaji dengan pencapaian mata pelajaran
Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah
44
4.7 Analisis korelasi Pearson hubungan antara antara kerja
rumah jenis persediaan dengan pencapaian mata pelajaran
Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah
45
4.8 Analisis korelasi Pearson hubungan antara antara kerja
rumah jenis penerokaan dengan pencapaian mata
pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah
47
4.9 Analisis korelasi Pearson hubungan antara cara
pengelolaan guru semasa pemberian kerja rumah dengan
pencapaian mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris
dan Sejarah
49
4.10 Analisis korelasi Pearson hubungan antara cara
pengelolaan guru selepas kerja rumah disempurnakan
dengan pencapaian mata pelajaran Matematik, Bahasa
Inggeris dan Sejarah
51
4.11 Keputusan penuh hipotesis dalam hubungan antara kerja
rumah dengan pencapaian pelajar.
52
xiv
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPSS - Statistical Package for the Social Science
(Sejenis perisian berkomputer untuk menganalisis data)
JPJ - Jabatan Pelajaran Johor
RMK-9 - Rancangan Malaysia Ke-9
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat Pengesahan Status Pelajar daripada Fakulti 72
Surat Pengesahan Status Pelajar daripada EPRD 73
Surat Pengesahan Status Pelajar daripada JPJ 74
Surat Pengesahan Pakar Soal Selidik 75
B Borang Soal Selidik 76
C Keputusan Penuh Kajian 77
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang telah dilancarkan pada 31 Mac
2006 iaitu rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun akan
memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini merupakan
kesinambungan perancangan kerajaan membentuk sebuah negara yang maju
ekonominya, seimbang pembangunan sosialnya, memiliki warga yang bersatu padu,
berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh.
Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan misi nasional, dan dua daripada
lima teras RMK-9 iaitu teras kedua dan teras ketiga menyatakan peranan pendidikan
secara langsung.
Pendidikan merupakan agenda yang amat penting dalam pembangunan sebuah
negara kerana sistem pendidikanlah yang akan mempengaruhi corak kehidupan
masyarakat negara ini. Dalam memastikan pendidikan menjadi agen perubahan
pembangunan masyarakat, pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan generasi yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Lantaran itu, setiap mata pelajaran yang
digubal oleh Pusat Pembangunan Kurikulum sudah mengambil kira aspek-aspek
tersebut. Peralihan bahasa pengantar daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris
dalam mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah sejak 2003 juga sudah dikaji
supaya tidak menjejaskan dasar dan aspirasi pendidikan di Malaysia.
2
Pendidikan Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah di sekolah-sekolah dalam
Malaysia telah mengalami banyak perkembangan bermula dengan perubahan dari segi
falsafah dan kurikulum sehinggalah kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Pada dasarnya perubahan demi perubahan yang dilaksanakan adalah untuk memperbaiki
pencapaian para pelajar, di samping untuk memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan
lebih ramai teknokrat ke arah menuju pembentukan negara Malaysia sebagai sebuah
negara industri.
Selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat yang maju dan
berdaya saing, pelbagai teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran telah
diusahakan pelaksanaannya di sekolah-sekolah dengan berorientasikan sains dan
teknologi. Para pelajar didedahkan dengan pelbagai kaedah untuk menggalakkan mereka
sentiasa berfikir dan mengurangkan hafalan semata-mata untuk menguasai ilmu yang
dipelajari.
Selain aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah disebut,
kerja rumah (homework) juga merupakan satu aktiviti P&P yang telah lama dipraktikkan
yang harus dikaji keberkesanannya. Kerja rumah (homework) didefinisikan sebagai
kerja atau tugasan yang diberikan kepada pelajar oleh guru di sekolah sewaktu pelajar
masih di sekolah untuk disiapkan atau diperpanjangkan pada bukan waktu persekolahan.
(Cooper, 1989). Kerja rumah yang diberikan mungkin disiapkan ketika masa belajar
peribadi, masa penggunaan perpustakaan, mahupun di kelas tambahan.
Kerja rumah dapat disimpulkan sebagai aktiviti latihan yang mengukuhkan
tugasan harian. Kerja rumah mampu memotivasikan pelajar untuk menyiasat, meneroka
serta mengkaji. Dengan menguruskannya dengan baik serta sesuai dengan minat pelajar,
kerja rumah boleh menjadi kunci kepada pembelajaran sepanjang hayat (lifelong
learning). Kerja rumah juga merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berpusatkan pelajar iaitu pelajar harus bertanggungjawab terhadap tugasan yang
diberikan oleh guru mereka.
3
Lazimnya, kerja rumah yang diberikan oleh guru kepada pelajar menghubungkan
secara terus pelajaran yang dipelajari di dalam kelas. Oleh itu, pelajar akan berpeluang
untuk mengukuhkan pelajaran tersebut, terutamanya apabila ia melibatkan pembinaan
konsep yang baru dipelajari.
Dalam aspek yang lebih meluas, kerja rumah menggambarkan pengetahuan dan
kelangsungan pendidikan. Banyak negara yang mengamalkan falsafah Timur sangat
mempercayai bahawa seorang individu akan semakin maju apabila diberi
tanggungjawab, cabaran dan sentiasa berhadapan dengan pengharapan yang tinggi.
Setelah diperhatikan dengan teliti, penyelidik mendapati bahawa apabila harapan tinggi
yang diberikan kepada pelajar, pencapaian yang tinggi akan terhasil. Kajian ini
diharapkan dapat menilai bagaimanakah persepsi pelajar dan guru terhadap kerja rumah,
dan melihat bagaimana kerja rumah dapat menjadi alat yang berkesan dalam sistem
pendidikan di negara kita.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam era wawasan 2020 yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4,
Tun Dr. Mahathir kira-kira 10 tahun yang lalu beliau telah menyatakan hasrat untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berasaskan ekonomi yang
berkembang pesat melalui pertumbuhan pelbagai industri dan pembangunan untuk
mencapai matlamat menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna dan penyumbang
kepada teknologi. Ini menjadi teras bagi sebuah negara yang maju. Untuk merealisasikan
hasrat ini, masyarakat Malaysia perlu melahirkan lebih ramai ahli sains dan teknologi.
Hasrat ini akan tercapai melalui pendidikan yang berkesan di peringkat sekolah. Pelajar
perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi dan sesuai
dengan peredaran masa.
4
Sebahagian daripada pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran Matematik,
Bahasa Inggeris dan Sejarah adalah mata pelajaran yang susah kerana mereka sukar
untuk memahami dan menguasai satu-satu topik dengan jelas. Mereka juga menyatakan
bahawa kerja rumah atau tugasan yang diberi tidak dapat memudahkan lagi mereka
memahami dengan lebih baik pelajaran yang diajar di sekolah. Keadaan ini mungkin
disebabkan terdapat sebahagian guru yang memandang enteng dengan pemberian kerja
rumah. Sebahagian pelajar yang diberi tugasan atau kerja rumah oleh guru untuk dibawa
pulang tidak diselia tentang keadaan mereka serta tidak diambil kisah sejauh mana kerja
rumah yang diberi dapat dilaksanakan dengan baik.
Manakala ada pelajar yang diberi kerja rumah pula tidak memperuntukkan masa
yang sewajarnya dalam menyiapkannya. Kerja rumah yang diberikan juga seringkali
tidak ditentukan jenisnya sama ada sebagai latih tubi, persediaan mahupun
pengembangan daripada apa yang dipelajari disekolah. Pelajar memerlukan kerja rumah
yang pelbagai jenis sesuai dengan tajuk yang dipelajari supaya ia dapat membantu
pelajar lebih memahami apa yang diajar guru, seterusnya membantu meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini.
Dewasa ini, corak kehidupan masyarakat kita telah menjadi semakin sibuk. Kita
sering mendengar ibu bapa yang melahirkan kesangsian mereka terhadap tugasan harian
ini. Masyarakat juga sentiasa menginginkan alasan yang munasabah di sebalik
pemberian kerja rumah kepada pelajar. Corak kehidupan hari ini yang sentiasa dipenuhi
dengan aktiviti keagamaan, sukan, muzik, permainan, hiburan serta komitmen lain
menyebabkan pelajar dan ibu bapa hanya mempunyai sedikit masa bersama keluarga.
Begitu juga dengan masa yang diperuntukkan bagi menyiapkan kerja rumah.
Kerja rumah telah kerap menimbulkan percanggahan pendapat antara institusi
sekolah serta rumah berbanding aktiviti pengajaran yang lain. Banyak ibu bapa
meluahkan perasaan yang kurang menyenangkan terhadap kerja rumah yang diberikan,
seperti kerja rumah yang terlalu panjang atau terlalu pendek, terlalu susah atau terlalu
5
senang, mahupun terlalu kabur. Pihak guru pula bersungut kerana kurangnya sokongan
daripada ibu bapa dan pentadbir, kurangnya latihan kemahiran, serta kurangnya masa
untuk menyediakan kerja rumah yang efektif kepada para pelajar. Manakala para pelajar
pula merungut kerana banyak masa mereka terpaksa digunakan untuk menyiapkan kerja
rumah yang diberikan guru sehinggakan mereka tiada masa lapang untuk beristirehat
dan beriadah.
Rungutan sebegini bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan, apabila
melihatkan kerja rumah seringkali dikaitkan dan dipengaruhi oleh banyak faktor
berbanding strategi arahan. Guru boleh menstruktur dan mengarah kerja rumah dalam
banyak cara. Persekitaran rumah akan mempengaruhi proses menyiapkan kerja rumah
dengan membina suasana yang kondusif mahupun menjadikan suasana yang
menghalang pelajar daripada belajar atau menyiapkan kerja rumah.
Kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan pengetua dan penyelidik Australia
mendapati pelajar di Malaysia menghabiskan masa purata 3.8 jam sehari untuk membuat
kerja rumah dan bagi mereka perkara itu hanya membazirkan masa. Sehubungan itu,
pihak Kementerian Pelajaran mengeluarkan garis panduan umum mengenai pemberian
kerja rumah kepada murid sekolah dengan memberi tumpuan kepada tiga aspek utama
iaitu perancangan, pelaksanaan dan pemantauan. (laporan Berita Harian pada 11
Februari 2005). Pada 27 Februari 2005, akhbar The Star juga telah melaporkan
penggunaan buku rekod kerja rumah (homework record booklet) yang bertujuan
merekodkan pemberian kerja rumah oleh guru yang memerlukan guru mencatatkan
beberapa maklumat kerja rumah seperti tarikh kerja rumah diberi, mata pelajaran, jenis
kerja rumah yang diberi, serta tarikh kerja rumah tersebut disempurnakan.
6
1.3 Penyataan Masalah
Senario pendidikan di negara ini telah menunjukkan bahawa kerja rumah telah
memainkan peranan yang amat penting dalam sistem persekolahan di negara ini
khususnya. Oleh itu, kajian yang teliti ke atasnya dengan tujuan penambahbaikan adalah
sesuatu yang amat diperlukan. Tambahan lagi, penyelidik mendapati sangat kurang
penyelidikan berkenaan kerja rumah secara meluas di negara ini dan didokumentasikan.
Oleh itu, penyelidik amat cenderung untuk mengkaji kerja rumah dari aspek
peruntukan masa, jenis-jenis, serta cara pengelolaan guru dan menghubungkan ketiga-
tiga aspek ini dengan pencapaian mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan
Sejarah dalam kalangan pelajar tingkatan dua dari kelas premier di sekolah-sekolah di
sekitar Skudai. Kajian ini diharapkan agar dapat membantu pelbagai pihak untuk
memandang serius pelaksanaan kerja rumah serta berusaha ke arah keberkesanannya.
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara
peruntukan masa, jenis, serta cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah bagi mata
pelajaran Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik pelajar
dalam setiap mata pelajaran tersebut dalam kalangan pelajar tingkatan dua dari kelas
premier di Sekolah Menengah Harian di sekitar Skudai. Secara khusus, objektif kajian
ini adalah seperti berikut;
1.4.1 Mengenalpasti hubungan antara peruntukan masa untuk membuat kerja rumah
bagi mata pelajaran Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian
akademik pelajar.
7
1.4.2 Mengenalpasti hubungan antara jenis kerja rumah bagi mata pelajaran
Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik pelajar.
1.4.3 Mengenalpasti hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah bagi
mata pelajaran Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian
akademik pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Daripada objektif yang telah dibentuk, Penyelidik telah mengenalpasti beberapa
persoalan kajian dalam kajian ini, antaranya ialah;
1.5.1 Apakah hubungan antara peruntukan masa untuk membuat kerja rumah bagi
mata pelajaran Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian
akademik pelajar?
1.5.2 Apakah hubungan antara jenis kerja rumah bagi mata pelajaran Matematik,
Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik pelajar?
1.5.3 Apakah hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah bagi mata
pelajaran Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik
pelajar?
8
1.6 Hipotesis Kajian
Daripada objektif dan persoalan kajian yang dibentuk, penyelidik telah
menetapkan beberapa hipotesis dalam kajian ini, antaranya ialah;
1.6.1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa untuk
membuat kerja rumah bagi mata pelajaran Matematik dengan pencapaian
akademik Matematik.
1.6.2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa untuk
membuat kerja rumah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan pencapaian
akademik Bahasa Inggeris.
1.6.3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa untuk
membuat kerja rumah bagi mata pelajaran Sejarah dengan pencapaian akademik
Sejarah.
1.6.4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis ulangkaji
Matematik dengan pencapaian akademik Matematik
1.6.5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis ulangkaji
Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik Bahasa Inggeris
1.6.6 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis ulangkaji
Sejarah dengan pencapaian akademik Sejarah
1.6.7 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis persediaan
Matematik dengan pencapaian akademik Matematik
1.6.8 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis persediaan
Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik Bahasa Inggeris
1.6.9 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis persediaan
Sejarah dengan pencapaian akademik Sejarah
1.6.10 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis penerokaan
Matematik dengan pencapaian akademik Matematik
1.6.11 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis penerokaan
Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik Bahasa Inggeris
9
1.6.12 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis penerokaan
Sejarah dengan pencapaian akademik Sejarah
1.6.13 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru semasa
pemberian kerja rumah Matematik dengan pencapaian akademik Matematik
1.6.14 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru semasa
pemberian kerja rumah Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik Bahasa
Inggeris
1.6.15 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru semasa
pemberian kerja rumah Sejarah dengan pencapaian akademik Sejarah
1.6.16 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru selepas
kerja rumah Matematik disempurnakan dengan pencapaian akademik Matematik
1.6.17 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru selepas
kerja rumah Bahasa Inggeris disempurnakan dengan pencapaian akademik
Bahasa Inggeris
1.6.18 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru selepas
kerja rumah Sejarah disempurnakan dengan pencapaian akademik Sejarah
1.7 Rasional Kajian
Setelah mengkaji serta meneliti beberapa kajian yang pernah dijalankan,
pengkaji lebih cenderung memilih tajuk “Hubungan antara kerja rumah dengan
pencapaian akademik bagi mata pelajaran matematik, bahasa inggeris dan sejarah dalam
kalangan pelajar premier sekolah menengah harian”.
Penyelidik cenderung terhadap kajian ini disebabkan kurangnya kajian sebegini
yanag dilakukan dengan meluas sedangkan penyelidik berasakan aspek-aspek yang
dikaji ini amat penting untuk dikaji keberkesanannya terutama dalam meningkatkan lagi
pencapaian pelajar dalam peperiksaan mereka di samping memdedahkan pelajar dengan
pembelajaran sepanjang hayat.