Download - HBPE2103
_____________________________________________________________________________
HBPE 2103
PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF
SEMESTER MEI 2015______________________________________________________________________________
TUGASAN
Nama : Abdullah IsmailNo Matrik : 720511065515001No Tel. : 019-7368565Nama Tutor : En. Rosdi Mohd KusnanPusat pembelajaran : Mentakab
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan............................................................................................................................1
2.0 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani.............................................................2
3.0 Senarai Semak....................................................................................................................10
4.0 Latih Tubi...........................................................................................................................11
4.1 Tekan Tubi......................................................................................................................11
4.2 Curl-Ups..........................................................................................................................11
4.3 Bermain Tali Skip...........................................................................................................12
4.4 Bicep Curl.......................................................................................................................13
4.5 Tricep Dip.......................................................................................................................14
Rujukan......................................................................................................................................16
1.0 PENGENALAN
Untuk mempelajari gimnastik artistik murid-murid seharusnya telah boleh menguasai
semua asas gimnastik dengan cemerlang. Gimnastik artistik merupakan strategi pengajaran dan
pembelajaran secara formal dan terancang. Ia menggunakan teknik dan gaya pelaksanaan sesuatu
kemahiran pergerakan secara khusus.
Aktiviti utama yang ditekankan dalam gimnastik artistik ialah ketangkasan, lombol dan
imbangan. Dalam aktiviti ketangkasan, antara yang diperkenalkan ialah guling depan, guling
balak, guling belakang dan banyak lagi. Manakala pergerakan asas bagi aktiviti lombol ialah
lombol bujur lalu, lombol kangkang, lombol hamburan kepala dan lombol hamburan tangan.
Imbangan asas yang dipelajari ialah imbangan kepala, imbangan tangan, imbangan bahu,
imbangan harimau dan sebagainya.
Rajah 1. Gerakan guling hadapan
1
2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 10 Jun 2015
Tunjang : Kemahiran Masa : 7.45 – 8.20 pagi
Tajuk : Gimnastik Tahun : 4 Dinamik
Kemahiran : Guling Hadapan Bil. Murid : 24 orang
Hasil pembelajaran :
Aras 1 : Melakukan pergerakan guling hadapan secara ansur maju dengan
menggunakan kesedaran aliran
: Menyatakan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam
melakukan aktiviti manipulasi alatan
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid akan dapat
Psikomotor : Melakukan guling hadapan dengan berjaya
Kognitif : Menyatakan anggota badan yang terlibat dalam melakukan pergerakan
guling hadapan
Afektif : Bertanggungjawab terhadap alatan sekolah dengan menyusun semula
semua alatan yang telah digunakan di tempat yang disediakan
Pengalaman Sediaada : Murid telah mempelajari pergerakan guling hadapan
Penerapan nilai : Amanah
KBKK : Menganalisis dan membuat gambaran mental
Penggabungjalinan : Tunjang kecergasan – koordinasi
Kesepaduan : Sains – pusat graviti semasa mebuat gulingan
Alatan : 1. Tilam ketangkasan - 10
2. Skital - 4
3. Gelung - 12
4. Bola - 6
5. Wisel -1
2
BAHAGIAN/ MASA
AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI CATATAN/ ALATAN
Permulaan
(5 minit)
Memanaskan Badan
Sarang burung
lari atas bebola kaki bergerak ke hadapan dan mengelilingi
kawasan permainan
semua murid berlari dalam barisan mengelilingi kawasan permainan.
Bila isyarat wisel dibunyikan. Murid berlari ke gelung yang terdekat.
Murid yang gagal menakluki gelung didenda dengan tugasan
Contohnya: guling hadapan
= gelung
= skital
TKP – -Kinestetik-Visual spatial-Verbal linguistik-intra personal
Gelung -12Skital- 4
3
Regangan
Tangan
Badan dan pinggang
Kaki dan paha
berdiri tegak, kaki buka seluas bahu luruskan kedua belah tangan di belakang
punggung dan siku dihalakan ke dalam tolak tangan perlahan-lahan ke atas dan
kira dalam kiraan 8 ulang aktiviti sebanyak 3 kali
berdiri tegak dan kaki dibuka seluas paras bahu
tangan kanan menyilang ke kiri di hadapan tangan kiri memegang siku kanan dan tarik
ke arah bahu kiri ulang dengan tangan kiri buat 3 set untuk setiap aktiviti
Berdiri tegak, kaki dibuka seluas paras bahu Bongkokkan badan dan siku dibengkokkan
sedikit Cuba sentuh lantai dengan kedua belah
tangan dan tahan dalam kiraan 8 Ulang aktiviti 3 kali
Duduk kangkang dan buka kaki seluas bahu Bengkokkan badan ke dalam Cuba sentuh hujung jari kaki dengan
menggunakan hujung jari tangan dan tahan dalam kiraan 8
Kedudukan murid membentuk huruf U atau O
Murid tidak mengadap matahari
Guru mengawasi regangan yang dilakukan oleh murid
= guru = murid
Keselamatan semasa melakukan regangan
4
BAHAGIAN/ MASA
AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI CATATAN/ ALATAN
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
Gerakerja Kelas
Gulingan Hadapan dengan lonjakan kehadapan
Murid dalam keadaan berdiri dan dalam keadaan bersedia
Murid dikehendaki membengkokkan sedikit lutut ke hadapan dan tangan diangkat lurus kehadapan
Seterusnya, murid melompat kehadapan dengan menggunakan lonjakkan kaki
Kemudian, murid perlu menyambut berat badan dengan kedua belah tangan (tapak tangan)
Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula
Mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling kehadapan sehingga murid berdiri semula dalam keadaan yang seimbang dan stabil
Semasa berdiri, angkatkan kedua belah tangan untuk mengekalkan keseimbangan
Aktiviti individu
= guru = pergerakan
= murid
= tilam ketangkasan
Murid mendengar, melihat dan melakukan pergerakan secara ansur maju
Murid melakukan PAK
Kesepaduan –Sains-Kesan graviti terhadap gulingan
Tilam - 10
5
BAHAGIAN/ MASA
AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI CATATAN/ ALATAN
Langkah 2
(10 minit) Guling hadapan
berhalangan Murid dalam keadaan berdiri dan bersedia Murid perlu berlari anak Kemudian, apabila semakin menghampiri
halangan (seorang yang murid dalam keadaan sujud), murid perlu bersedia untuk melakukan lonjakkan kehadapan dengan menggunakan lonjakkan kaki
Seterusnya, murid melompat kehadapan dengan menggunakan lonjakkan kaki untuk melepasi halangan dihadapannya
Kemudian, murid perlu menyambut berat badan dengan kedua belah tangan(tapak tangan) dengan kedudukan dagu yang dirapatkan didada atau badan.(elakkan menggunakan kepala)
Seterusnya, Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula
Semasa berdiri, murid perlulah mengangkat kedua belah tangan dan murid perlulah melihat kehadapan untuk mendapatkan kesimbangan
Aktiviti berkumpulan
= guru = pergerakan
= murid
= tilam ketangkasan
Murid melakukan PAK
Kesepaduan - Sains
Memperbetulkan pergerakan murid yang salah
Tilam - 10
6
BAHAGIAN/ MASA
AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI CATATAN/ ALATAN
KemuncakPermainan kecil (5 minit)
Permainan hantaran bola segar
Aplikasikan semua teknik yang dipelajari dalam kemahiran Guling Hadapan
Hanya kemahiran Guling Hadapan sahaja dibenarkan.
Undang-undang permainan ditetapkan- Murid dibahagikan kepada 6
kumpulan.- Murid beratur dalam kumpulan
masing-masing. - Tunduk sambil lutut
dibengkokkan. - Bola dipegang dan dimasukkan
dicelah peha. - Murid belakang mengambil bola
daripada murid dihadapan. - Murid yang terakhir membawa
bola kehadapan semula. - Lakukan sehingga habis satu
pusingan. - Kumpulan yang paling awal
menghabiskan satu pusingan dikira menang.
Pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan
B = murid = arah pergerakan bola segar = bola segar = arah pergerakan murid
Penggabungjalinan kemahiran-Koordinasi mata dan tangan
Bola - 6
Skital - 4
7
mula
BBB BBB
BBB
BAHAGIAN/ MASA
AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI CATATAN/ ALATAN
Penutup
(5 minit) regangan lengan
regangan pinggang
Tarik nafas sambil melakukan perbincangan
berdiri tegak, kaki dibuka melebihi luas bahu
kuncikan jejari kiri dan kanan tangan tolak tangan lurus ke hadapan sambil
membongkok 90 darjah. Kira dengan kiraan 8 Ulang aktiviti sebanyak 3 kali
Berdiri seperti kedudukan di atas Tangan lurus di atas kepala Bengkok badan ke sisi kanan, tahan
dengan kiraan 8 Ulang aktiviti ke sisi kiri Ulang aktiviti sebanyak 3 kali
Tarik nafas dan tahan dengan kiraan 8 Hembus perlahan-lahan Nyatakan keadaan udara di persekitaran
tersebut hari ini Nyatakan bagaimana hendak mengekalkan
udara yang nyaman
Berselerak dalam kawasan yang telah ditandakan
Menghadap guru Guru membuat demostrasi
jika perlu
TKP-Kesedaran naturalis
8
BAHAGIAN/ MASA
AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI CATATAN/ ALATAN
Perbincangan
Menyimpan alatan
Membuat soalan berdasarkan KBKK :1. Menyatakan anggota badan yang
terlibat2. Menyatakan aspek keselamatan yang
perlu dititikberatkan
Pembahagian tugasan Tempat penyimpanan Susunan alatan
Guru bertanya soalan dan murid menjawab
Guru memastikan murid mengikut peraturan penyimpanan alatan yang ditetapkan
KBKK kenalpasti
Penerapan Nilai Amanah
9
3.0 SENARAI SEMAK
BORANG SENARAI SEMAK KEMAHIRAN ASAS GULING HADAPAN
SEK. KEB. ________________________
PERKARA : PEMERHATIAN BERSTRUKTUR DIJALANKAN
SEBELUM/SELEPAS INTERVENSI DIJALANKAN.
TARIKH :
Sampel (S)Senaraisemak
S1 S2 S3 S4 S5 S6
1) Berdiri tegak dengan tangan di sisi
2) Berdekam dan luruskan tangan ke hadapan
3) Letakkan tangan di atas tilam
4) Naikkan punggung, rapatkan dagu ke dada dan bengkokkan tangan
5) Gulingkan badan ke hadapan, bermula dengan bahagian tengkuk
6) Kembali ke posisi berdekan
7) Berdiri tegak semula dengan tangan lurus di sisi
Sumber: Borhannudin Abdullah, Abd. Razak Sulaiman, Mohd Fauzi Abd. Rahman etc.
(2006). Buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan
Tahun 5. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. m/s 76.
10
4.0 LATIH TUBI
4.1 Tekan tubi
Pumping atau dikenali juga sebagai push up adalah nama sinonim bagi tekan tubi.
Budaya kita lebih tahu perkataan "push up" daripada "tekan tubi" yang mana maksudnya sama
cuma bahasa yang berlainan. Tekan tubi dapat menguatkan otot bahagian atas badan terutama
deltoids, pectoralis major, dan triceps. Otot bahagian atas amat berguna semasa melakukan
guling hadapan kerana otot-otot inilah yang menampung berat badan. Tekan tubi dapat
meningkatkan daya tahan otot pada bahagian lengan yang penting dalam melakukan guling
hadapan. Kepada murid yang menghadapi kesukaran melakukan tekan tubi dalam posisi biasa,
mereka boleh mengaplikasikan versi modifikasi dengan melakukan tekan tubi dengan
menggunakan lutut sebagai pasak. Murid-murid digalakkan melakukan sekurang-kurangnya 8 -
12 kali tekan tubi setiap sesi.
Rajah 2. Posisi tekan tubi biasa dan modifikasi
4.2 Curl-ups
Kekuatan di bahagian perut juga memainkan peranan penting semasa melakukan
gulingan hadapan ini kerana ianya bertindak sebagai penyokong bagi otot-otot yang menanggung
beban. Terdapat berbagai senaman yang berkaitan dengan perut dan ada juga yang boleh
11
merosakan bahagian belakang. Dengan itu, cara yang selamat untuk melakukan senaman yang
berkaitan dengan perut adalah dengan melakukan separa curl-ups atau abdominal crunches.
Dengan mengangkat kedua belah kaki, pangkal peha yang bengkok dapat dihindarkan, dengan
itu menghadkan pergerakan dan bahaya bahagian belakang. Murid-murid digalakkan membuat
sekurang-kurangnya 1-2 set dari 8-12 ulangan curl-ups setiap sesi.
Rajah 3. Posisi curl-ups
4.3 Bermain tali skip
Bermain tali skip dilakukan dengan melibatkan pelbagai otot pada tubuh murid-murid.
Diantara otot-otot yang dimaksudkan ialah otot lengan, bahu, dada, betis dan lutut. Secara tidak
langsung bermain tali skip sebenarnya melatih otot-otot bahagian atas tubuh dan juga bahagian
bawah tubuh. Selain itu, bermain tali skip dapat meningkatkan stamina, kelenturan, koordinasi
dan keseimbangan tubuh murid-murid.
Bermain tali skip juga mengkombinasikan irama gerakan dan ketepatan waktu. Ini akan
membuat otak bekerja cepat dan tepat dalam menganggarkan gerakan dan waktu yang tepat
untuk melompat, yang membawa maksud dengan melakukan gerakan lompat tali maka murid
melatih otak mereka agar terbiasa bekerja dengan cepat dan tepat. Dengan kata lain, bermain tali
12
skip akan meningkatkan kemampuan koordinasi tubuh, memperbaiki kemampuan gerak reflex
dan keseimbangan tubuh.
Untuk permulaan, ayunkan tali dan pusing tali di sisi. Jika sudah selesa, murid boleh
mula melompat setiap kali tali yang dipusing apabila ia mencecah lantai. Jangan melompat
terlalu tinggi (melebihi 30cm) kerana ia boleh menyebabkan kecederaan. Bagi menguatkan otot
kaki, murid boleh cuba melompat dengan menjengketkan kedua belah kaki dan melompat
setempat. Jadikan ia menarik dengan mempelbagaikan cara lompatan, menambah muzik dan
bermain dengan keluarga dan rakan-rakan.
Rajah 4. Bermain tali skip
4.4 Bicep curl
Bicep curl adalah satu aktiviti yang mensasarkan otot pada bahagian lengan. Bicep curl
dapat meningkatkan kekuatan otot dan daya tahan otot secara khusus untuk mengurangkan risiko
kecederaan dan meningkatkan prestasi lakuan motor secara keseluruhannya. Kaedah latihan ini
dapat memberikan lebihan beban yang bersesuaian kepada murid untuk mencapai objektif
latihan. Ia adalah kaedah yang sesuai untuk melatih kekuatan dan dapat meningkatkan
penguasaan dalam kemahiran guling hadapan.
13
Rajah 5. Posisi-posisi semasa melakukan bicep curl
Alatan diperlukan: Sepasang dumbell, tidak terlalu ringan, tidak terlalu berat.
Cara melakukan bicep curl: Pastikan lengan lurus ke bawah, menegak 90 darjah (posisi 1).
Kemudian gerakkan tangan ke atas, namun pastikan yang bergerak itu adalah anggota di bawah
siku (tangan yang memegang dumbell), anggota di atas siku sehinggalah bahu anda tidak
sepatutnya bergerak dan kekal dalam posisi menegak sepanjang masa (posisi 2). Pergerakan dari
1 kepada 2 adalah cepat (1 saat).
Ulang kembali langkah-langkah di atas untuk 8 hingga 12 kali dalam satu set. Buat dalam 3
hingga 4 set untuk satu sesi. Rehat di antara set adalah 30 hingga 90 saat.
4.5 Tricep dip
Tricep dip adalah satu lagi aktiviti yang mensasarkan otot pada bahagia lengan. Tricep
dip dapat melatih kekuatan otot dan daya tahan otot secara khusus untuk mengurangkan risiko
14
kecederaan dan meningkatkan prestasi lakuan motor secara keseluruhannya. Kaedah latihan ini
dapat dilakukan dimana-mana sahaja oleh murid-murid. Ia adalah kaedah yang sesuai untuk
melatih kekuatan dan dapat meningkatkan penguasaan dalam kemahiran guling hadapan.
Rajah 6. Posisi-posisi semasa melakukan tricep dip
Alatan diperlukan: Kerusi, hujung katil, atau apa-apa medium sokongan yang sesuai.
Cara melakukan tricep dip: Berada dalam keadaan separa mencangkung sambil memegang
kerusi pada bahagian belakang, pastikan belakang berada dalam keadaan tegak (posisi 1).
Kemudian gerakkan badan ke atas menggunakan lengan (tricep akan bekerja di sini), namun
pastikan belakang sentiasa berada dalam keadaan tegak sepanjang masa (posisi 2). Pergerakan
dari 1 kepada 2 adalah cepat (1 saat).
Ulang kembali langkah-langkah di atas untuk 8 hingga 12 kali dalam satu set. Buat dalam 3
hingga 4 set untuk satu sesi. Rehat di antara set adalah 30 hingga 90 saat.
15
RUJUKAN
Abdullah, B., Sulaiman, A. R. & Rahman, A. F. (2006). Buku teks Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur, pp. 76.
Harrell, R. (2005). The forward roll. CrossFit Journal, 38.
Mohd Arshad, A., Ishak, H. & Wong, S. F. (2012). Aktiviti fizikal. Dilayari pada Jun 12, 2015,
dari http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/gaya-hidup/aktiviti-fizikal
Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA:
Benjamin Cummings.
Rapani, N., & Mohd Yusoff, R. (2014). Penggunaan teknik ansur maju wheelbarrow membantu
menguasai kemahiran guling hadapan di sekolah kebangsaan tok jembal. Penyelidikan
Tindakan PISMP 2014, 1(7).
16