-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
1/17
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SMP PPG SEPTEMBER 2012
HBEF3203
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
PUSAT PEMBELAJARAN : PPT OUM
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
2/17
KANDUNGAN
Halaman
Isi Kandungan i
1.0 PENGENALAN 12.0 ENAM PERINGKAT YANG TERDAPAT DALAM TAKSONOMI
BLOOM
1
2.1. Pengetahuan 2
2.2. Kefahaman 2
2.3. Aplikasi 2
2.4. Analisis 2
2.5. Sintesis 2
2.6. Penilian 2
3.0 JADUAL KEPUTUSAN INDEKS KESUKARAN ITEM DAN
INDEKS DISKRIMINASI ITEM 4
4.0 PERBANDINGAN KEPUTUSAN INDEKS KESUKARAN ITEM
DAN JPU
9
5.0
.
PENGUBAHSUAIAN ITEM YANG MEMPUNYAI ITEM YANG
MEMPUNYAI INDEKS DISKRIMINASI YANG RENDAH 9
5.1. Pengubahsuaian item berindeks diskriminasi negatif dan
kurang dari 0.3 (selepas diubahsuai) 10
6.0 KESIMPULAN 15RUJUKAN ii
Lampiran
i
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
3/17
HBEF21031.0. Pengenalan
Jadual Penentuan Ujian atau singkatannya iaitu JPU membantu para guru
dalam menghuraikan kriteria-kriteria pencapaian yang hendak diukur serta
memberikan panduan untuk mendapatkan sampel item-item soalan. Ini menujukkan
bahawa JPU adalah sangat penting dalam pembinaan sesuatu ujian kerana ia dapat
membantu guru dalam melakukan ujian secara rapi dan terancang. Di samping itu,
JPU juga membolehkan guru membuat perbandingan antara satu ujian dengan ujian
yang lain di mana kemahiran yang berbeza dapat diuji dalam setiap ujian yang
dijalankan. Kebiasaannya, JPU yang dibina mempunyai maklumat-maklumat seperti
aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji kerana aras yang dipilih mestilah
bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang diuji. Penentuan aras bagi ujian
adalah berdasarkan Domain Kognitif dalam Taksonomi Bloom di mana terdapat
enam peringkat penting yang bermula dengan tahap yang rendah atau mudah
sehinggalah tahap yang susah ataupun sukar. Berikut adalah enam peringkat yang
terdapat dalam Taksonomi Bloom iaitu:
2.0. Enam Peringkat Yang Terdapat Dalam Taksonomi Bloom
2.1. Pengetahuan
Menurut Abu Bakar (1986) dan Azizi (2011) pengetahuan adalah
keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang
berlaku. Aras pengetahuan memerlukan pelajar untuk mengingat semula.Ini
bermaksud, keupayaan mengingat kembali adalah penting dalam peringkat ini
kerana pelajar akan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menjawab soalan
yang dikemukakan.
2.2. Kefahaman
Kefahaman bermaksud keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan
secara yang bermakna (Azizi, 2011). Aras kefahaman ini memerlukan pelajar
untuk memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau illustrasi
dalam bahasanya sendiri. Pelajar perlu memberi penjelasan atau menerangkan
mengikut kefahaman sendiri.
2.3. Aplikasi
Aplikasi menurut Abu Bakar (1986) dalam Azizi (2011) ialah keupayaanmenggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam
ii
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
4/17
HBEF2103situasi khusus dan situasi am. Aras aplikasi adalah peringkat di mana pelajar perlu
membuat penyelesaian masalah di mana ia diselesaikan dengan cara tersendiri
iaitu dengan menggabungkan pelbagai teori, pengalaman dan kaedah.
2.4. Analisis
Azizi (2011) mendefinisikan analisis sebagai keupayaan memecahkan sesuatu
perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-
unsur tersebut. Aras analisis adalah proses untuk mengenal pasti dan
menentukan perkaitan antara unsur-unsur yang terlibat dalam sesuatu situasi atau
dokumen.
2.5. Sintesis
Sintesis pula membawa maksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan
bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen menjadi lebih berstruktur, tersusun
dan menyeluruh (Azizi, 2011). Ini menunjukkan bahawa aras sintesis penting dalam
merealisasikan sesebuah rancangan atau operasi. Aqilah et. al (2008) membuat
kesimpulan sintesis sebagai menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri,
menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi.
2.6. Penilian
Penilaian menurut Azizi (2011) adalah keupayaan menilai sesuatu perkara
berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar berdasarkan piawaian tertentu
manakala Aqilah et. al (2008) menafsirkan penilaian sebagai membuat
pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir
dan mengkritik.
Keenam-enam aras dalam Taksonomi Bloom ini adalah penting kerana setiap
peringkat saling berhubungan. Ia bermula dengan peringkat yang mudah untuk
dicapai iaitu peringkat yang lebih rendah atau mudah dan seterusnya diikuti
dengan peringkat yang lebih susah untuk dicapai. Adalah penting untuk guru
mengetahui aras atau peringkat dalam Taksonomi Bloom kerana domain kognitif ini
dapat memperlihatkan perkembangan pemikiran pelajar. Penguasaan pelajar terhadap
matapelajaran boleh diuji atau dinilai dengan merancang item-item atau soalan
berdasarkan enam aras atau peringkat dalam domain kognitif Taksonomi Bloom.
iii
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
5/17
HBEF2103Untuk tujuan ini, JPU (Rujuk lampiran B) yang dibina adalah berdasarkan skop
sukatan matapelajaran Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Tahun 4 (Rujuk lampiran
A). Pemilihan item-item atau soalan adalah untuk Bahasa Inggeris Kertas 1. Ujian
terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagia A dan Bahagian B. Bahagian A
terdiri daripada 35 soalan objektif seperti item beraneka pilihan, item mengisi
ruang kosong dan item betul- salah manakala Bahagian B pula terdiri daripada 5
soalan daripada item subjektif iaitu jawapan pendek (Rujuk lampiran C). Markah
keseluruhan bagi Kertas 1 adalah 40 iaitu 35 markah dari Bahagian A manakala 5
markah lagi adalah dari Bahagian B.
Soalan-soalan diperoleh dari beberapa buku latihan dan rujukan serta megikut
skop sukatan matapelajaran Bahasa Inggeris Tahun 4. Pemilihan soalan adalah
mengikut JSU yang telah dibuat supaya tujuan sebenar pembinaan JSU dapat
dipenuhi. Soalan ujian kemudiannya ditadbirkan kepada satu kelas Tahun 4 yang
terdiri daripada 20 orang pelajar. Tempoh masa menjawab adalah selama satu jam
dan kesemua pelajar berjaya menjawab kesemua soalan dalam masa yang
ditetapkan. Kertas ujian diperiksa berdasarkan skema pemarkahan yang telah
dibuat (Rujuk lampiran D). Markah kemudiannya dicatat untuk tujuan pengiraan
indeks kesukaran item dan juga indeks diskriminasi item terhadap item yang
digunakan dalam ujian yang telah dijalankan.
3.0. Jadual Keputusan Indeks Kesukaran Item Dan Indeks Diskriminasi Item
Berdasarkan keputusan ujian yang telah ditadbirkan terhadap 20 orang
pelajar Tahun 4, pengiraan telah dibuat untuk mencari markah purata bagi Bahagian
A, Bahagian B dan juga jumlah markah keseluruhan. Berikut adalah keputusan yang
diperoleh daripada ujian yang telah dijalankan:
Markah
Bahagian (A)
Markah
Bahagian (B)
Jumlah
Markah
575 90 665
Jadual 3.1: Keputusan ujian
Seterusnya, kesemua item dianalisis untuk mencari indeks kesukaran item bagi
setiap soalan dalam kedua-dua bahagian. Mok (1995) dalam Low (2004)
menyatakan bahawa indeks kesukaran digunakan untuk menunjukkan sama ada
iv
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
6/17
HBEF2103soalan yang dibina terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah. Azizi (2011) juga
berpendapat indeks kesukaran item dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item,
iaitu sama ada item itu mudah dijawab atau susah dijawab. Formula untuk
menghitung nilai indeks kesukaran adalah seperti berikut:
Indeks kesukaran, p = Bil calon yang memberi jawapan betul
Jumlah calon yang menjawab
Setelah pengiraan terhadap indeks kesukaran setiap item dilakukan, jadual berikut
boleh dijadikan panduan dalam menafsir atau menentukan aras kesukaran dan
penilaian item.
Nilai (p) Pengkelasan Item
0.00 0.20 Terlalu sukar 0.21 0.40 Sukar
0.41 0.60 Sederhana sukar
0.61 0.80 Mudah
0.81 1.00 Terlalu mudah
Jadual 3.2: Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item
Berikut adalah keputusan yang diperoleh dalam penentuan indeks kesukaran item-item
dalam Bahagian A dan juga Bahagian B:
No Item Bilangan Betul Indeks Kesukaran Pengkelasan Item
1 13 0.65 Mudah
2 20 1.00 Terlalu mudah
3 20 1.00 Terlalu mudah
4 4 0.20 Terlalu sukar
5 20 1.00 Terlalu mudah
6 20 1.00 Terlalu mudah
7 20 1.00 Terlalu mudah
8 20 1.00 Terlalu mudah
9 12 0.60 Sederhana sukar
10 15 0.75 Mudah
11 20 1.00 Terlalu mudah
12 12 0.60 Sederhana sukar
13 13 0.65 Mudah14 14 0.70 Mudah
15 20 1.00 Terlalu mudah
16 13 0.65 Mudah
17 20 1.00 Terlalu mudah
18 8 0.40 Sukar
19 13 0.65 Mudah
20 11 0.55 Sederhana sukar
21 16 0.80 Mudah
22 16 0.80 Mudah
23 15 0.75 Mudah
24 20 1.00 Terlalu mudah
25 12 0.60 Sederhana sukar
26 18 0.90 Terlalu mudah
27 17 0.85 Terlalu mudah28 20 1.00 Terlalu mudah
29 19 0.95 Terlalu mudah
v
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
7/17
HBEF210330 18 0.90 Terlalu mudah
31 20 1.00 Terlalu mudah
32 20 1.00 Terlalu mudah
33 16 0.80 Mudah
34 20 1.00 Terlalu mudah
35 20 1.00 Terlalu mudah
Jadual 3.3: Keputusan Indeks Kesukaran Item Bahagian A
No item Bil Betul Indeks Kesukaran Pengkelasan Item36 20 1.00 Terlalu mudah
37 16 0.80 Mudah
38 17 0.85 Terlalu mudah
39 20 1.00 Terlalu mudah
40 17 0.85 Terlalu mudah
Jadual 3.4: Keputusan Indeks Kesukaran Item Bahagian B
Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan keputusan pengiraan indeks kesukaran item ialahBahagian A mempunyai satu sahaja soalan yang terlalu sukar iaitu soalan 4, sukar iaitu
soalan 18, sederhana sukar iaitu soalan 9, 12, 20 dan 25. Soalan-soalan lain dalam bahagian
A adalah mudah (10 soalan) dan terlalu mudah (19 soalan). Manakala untuk soalan dalam
Bahagian B, 4 soalan adalah terlalu mudah dan 1 soalan dalam kategori mudah. Oleh itu,
dapat dilihat bahawa nilai indeks kesukaran yang tinggi bermaksud soalan yang lebih
senang sebaliknya jika indeks kesukaran rendah, maka lebih sukar lah item atau soalan itu.
Indeks diskriminasi item pula digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar di
mana ia mempunyai kuasa untuk menunjukkan sama ada setiap satu soalan itu membezakan
pencapaian di antara pelajar yang baik dengan yang lemah dan seterusnya sama ada setiap
satu soalan itu membezakan pelajar [Azman (1982) dalam Low (2004)]. Menurut Azizi
(2011) pengiraan bagi indeks diskriminasi boleh dilakukan mengikut langkah-langkah
Mehrens & Lehmann (1991) seperti berikut:
i) Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan
- Pelajar berpencapaian rendah (27% pelajar berpencapaian terendah) = 5
orang
- Pelajar berpencapaian sederhana (46% pelajar berpencapaian antara
terendah dan tertinggi) = 10 orang
- Pelajar berpencapaian tinggi (27% pelajar berpencapaian tertinggi) = 5
orang
ii) Mengira bilangan pelajar yang menjawab betul di kalangan pelajar
berpencapaian rendah, bilangan relajar yang menjawab dengan betul di
vi
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
8/17
HBEF2103kalangan relajar berpencapaian tinggi dan jumlah pelajar berpencapaian
rendah dan tinggi.
Formula yang terbentuk untuk mengira indeks diskriminasi item ialah:
Indeks
diskriminasi, d = Jumlah calon kumpulan - Jumlah calon kumpulan
tinggi menjawab dengan betul rendah jawab dengan betul
Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan rendah
Setelah pengiraan terhadap indeks kesukaran setiap item dilakukan, jadual berikut boleh
dijadikan panduan dalam menafsir atau menentukan aras diskriminasi dan pengkelasan item.
Nilai (d) Pengkelasan Item
0.00 0.10 Tidak baik
0.11 0.20 Kurang baik
0.21 0.30 Sederhana baik
0.31 0.40 Baik
0.41 1.00 Sangat baik
Jadual 3.5: Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item
Berikut adalah keputusan yang diperoleh dalam penentuan indeks diskriminasi item-item
dalam Bahagian A:
No Item Bil Betul Tinggi Bilangan Betul
Rendah
Indeks Diskriminasi Pengkelasan Item
1 4 3 0.20 Kurang baik
2 5 5 0.00 Tidak baik
3 5 5 0.00 Tidak baik
4 1 0 0.20 Kurang baik
5 5 5 0.00 Tidak baik
6 5 5 0.00 Tidak baik 7 5 5 0.00 Tidak baik
8 5 5 0.00 Tidak baik
9 2 3 -0.20 Kurang baik
10 5 3 0.40 Baik
11 5 5 0.00 Tidak baik
12 4 3 0.20 Kurang baik
13 5 3 0.40 Baik
14 4 4 0.00 Tidak baik
15 5 5 0.00 Tidak baik
16 4 3 0.20 Kurang baik
17 5 5 0.00 Tidak baik
18 3 0 0.60 Sangat baik
19 4 2 0.40 Baik
20 3 3 0.00 Tidak baik
21 5 3 0.40 Baik
22 5 4 0.20 Kurang baik
vii
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
9/17
HBEF210323 5 4 0.20 Kurang baik
24 5 5 0.00 Tidak baik
25 4 2 0.40 Baik
26 5 5 0.00 Tidak baik
27 3 4 -0.20 Kurang baik
28 5 5 0.00 Tidak baik
29 5 5 0.00 Tidak baik
30 5 4 0.20 Kurang baik
31 5 5 0.00 Tidak baik
32 5 5 0.00 Tidak baik
33 4 2 0.40 Baik
34 5 5 0.00 Tidak baik
35 5 5 0.00 Tidak baik
Jadual 3.6: Keputusan Indeks Diskriminasi Item Bahagian A
Berdasarkan keputusan yang diperoleh hasil daripada pengiraan indeks diskriminasi setiap
item dalam Bahagian A, dapat dirumuskan bahawa sebanyak 19 soalan mempunyai item
diskriminasi yang tidak baik, 9 soalan adalah kurang baik tetapi 2 daripadanya mempunyai
nilai negatif iaitu soalan 9 dan 27. 6 soalan mempunyai nilai diskriminasi yang baik dan
hanya 1 soalan mempunyai nilai diskriminasi yang sangat baik iaitu soalan 18.
4.0. Perbandingan Keputusan Indeks Kesukaran Item Dan JPU
Penelitian terhadap JPU yang telah dibina menunjukkan bahawa kebanyakan
soalan ataupun item yang dibina adalah dalam kategori ataupun aras yang rendah
dan sederhana sahaja. Pengiraan indeks kesukaran item jelas memperlihatkan
bahawa kebanyakan soalan adalah mudah dan terlalu mudah dijawab oleh pelajar
kerana nilai indeks kesukaran yang diperoleh adalah tinggi yang membawa maksud
soalan yang dibina adalah mudah atau senang dijawab. Hanya 2 soalan dalam kedua-
dua Bahagian A dan B ditandakan sebagai mempunyai aras yang tinggi iaitu soalan
4 dan 10. Walaubagaimanapun, hasil pengiraan indeks kesukaran item menunjukkan
bahawa hanya indeks kesukaran bagi soalan 4 adalah terlalu sukar manakala bagi
soalan 10 adalah mudah. Bagi soalan nombor 18, walaupun ditandakan sebagai
sederhana, indeks item menunjukkan bahawa ia sukar untuk dijawab oleh pelajar.
5.0. Pengubahsuaian Item Yang Mempunyai Item Yang Mempunyai Indeks
Diskriminasi Yang Rendah
Secara keseluruhannya, indeks diskriminasi bagi item dalam ujian ini tidak
berupaya membezakan pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah kerana jumlahsoalan yang mempunyai nilai kesukaran kurang dari 0.20 adalah lebih banyak iaitu
viii
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
10/17
HBEF2103sejumlah 28 soalan. Terdapat dua soalan yang mempunyai nilai negatif iaitu soalan 9
dan 27 yang menunjukkan lebih ramai pelajar lemah berjaya menjawab soalan-
soalan ini dengan betul berbanding pelajar yang pandai. Oleh yang demikian, soalan-
soalan ini perlu diperbaiki atau diubah suai supaya dapat membezakan atau
mendiskriminasikan pelajar yang berkeupayaan tinggi dan yang berkeupayaan
rendah.
5.1. Pengubahsuaian item berindeks diskriminasi negatif dan kurang dari
0.3 (selepas diubahsuai)
Soalan 1- 4
1. Dinesh enjoys playing computer ___________.
A games C screen
B song D keyboard
2. He has a toothache because he likes to eat _____________.
A junk food C ice cream
B chicken D vegetables
3. School prefect must wear a ______________.
A bandanna C bow
B scarf D necktie
4. Johan likes to go _____________ trekking with his friends.
A jungle C school
B park D house
Soalan 5, 6 dan 7
Puan Jamilah is preparing breakfast for her family. She is __________.
Encik Rahman, her husband, is drinking a ___________ while
reading the newspaper. Lisa is putting two ____________ into the
ix
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
11/17
HBEF2103
toaster.
5. A cooking some noodles C collecting some eggs
B frying some eggs D breaking the eggs
6. A glass of juice C carton of milk
B cup of coffee D jug of coffee
7. A slices of bread C loaves of bread
B slices of cheese D slices of tomato
Soalan 8 dan 9
8. A The chef is serving the customers.
B The chef is eating his own cooking.
C The chef is looking at the chicken.
D The chef is putting the chicken into the oven.
9. A The nurse is checking the boys teeth.
B The doctor is taking the boys temperature.
C The boy is taking some medicine fro the doctor.
D The nurse is giving some medicine to the boy.
Soalan 11, 12, 14 dan 15
11. A Please help me packing my things.
B Im going camping with some friends.
C Can you please send me there?
D I am going to the market later.
x
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
12/17
HBEF2103
12. A When will the rain stop?
B I should walk in the rain.
C I cant go back in the rain.
D Youve no umbrella.
14. A Did you see my shoes?
B Why the shoes are here?
C Why are your shoes so dirty?
D Whose shoes are that?
15. A I shall drink your coffee.
B I dont like coffee.
C You can add as much sugar as you like
D Youre right. We cannot take too much
sugar.
Soalan 16,17 dan 20
16. Do not put too much __________ in the bowl of noodles.
A salt C oil
B sand D soil
17. Danny is resting under the tree. __________ is feeling very tired.
A He C His
B Him D I
20. Siti is __________ coffee every morning.A drinks C drank
xi
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
13/17
HBEF2103B drink D drinking
Soalan 22 dan 23
21. Mother bought me a pair of__________.
A sneekers C sneaker
B sneakers D sneeker
22. __________ are good for health.
A veggetables C vegetables
B vegetable D vegtables
Soalan 24
24. A Did you rinse your mouth after eating? asked mother.
B Did you rinse your mouth after eating? asked mother.
C Did you rinse your mouth, after eating? asked mother. D
Did you rinse, your mouth after eating? asked mother.
Soalan 26-30
Study the pie chart. Then, write down five sentences which true or false about the chart in the space
provided.
Kaji carta pai di bawah. Kemudian, tuliskan lima ayat yang betul atau salah mengenai carta pai di
ruang yang diediakan.
xii
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
14/17
HBEF2103
No Sentences True or False
26.
27.
28.
29.
30.
Soalan 31,32,34 dan 35
Based on the picture and the passage, fill in the blanks with correct answer.
Berdasarkan gambar, isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
The children are in the kitchen. (31) They __________ making a salad fordinner. Suraya (32) is __________ at the sink. She is washing some carrots and
tomatoes. Rahim is holding a (34) ___________ knife. He is using it to peel the onion.
Encik Malik, their father, is watching (35) ___________ and smiling.
xiii
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
15/17
HBEF2103
6.0. Kesimpulan
Setiap ujian yang dijalankan atau ditadbirkan kepada pelajar mempunyai
tujuan dan objektif untuk menilai tahap penguasaan pelajar dalam sesuatu topik yang
dipelajari. Bukan itu sahaja, ujian yang dibina juga dapat ditentukan nilai kesukaran
juga nilai diskriminasi terhadap pelajar. Nilai kesukaran menunjukkan tahap atau
aras soalan yang senang atau sukar manakala nilai diskriminasi dapat
memperlihatkan sama ada sesuatu soalan atau item yang dibina dapat membezakan
antara pelajar yang lemah dan pelajar yang pandai.
Berdasarkan pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi ujian
yang telah dibina dan ditadbirkan ini, keputusan menunjukkan bahawa kebanyakan
soalan atau item yang dibina adalah mudah di mana indeks kesukarannya adalah
tinggi dan kebanyakan soalan juga tidak dapat membezakan antara pelajar yang
lemah dan yang pandai kerana indeks diskriminasinya juga adalah rendah.
xiv
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
16/17
HBEF2103
RUJUKAN
Cronbach, L. J. (1970). Essential of psychological testing (3rd ed.) New York: Harper &
Row.\
Gay, L. R. (1985).Educational and evaluation and measurement. Competencies for analysis
and application. 2nd ed. Charles E. Merril.
Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Popham, W. J. (1975).Educational evaluation. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Popham, W.
J. (2000). Testing: What every parent should know about school tests. London:
Allyn & Bacon.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Penilaian
kendalian sekolah.
Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya
pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Linn, R. L., & Gronlund, N. E. (2000). Measurement and assessment in teaching (8th ed.)
New Jersey: Prentice Hall.
Stufflebeam, D. L. (1971). Evaluation s enlightment for decision making in Beatty, W. H
(Ed.) Improving educational assessment and an inventory of measures of affectivebehaviour. Washington D. C: ASCD.
xv
-
7/30/2019 HBEF3203 Pengukuran & Penilaian Dalam Pendidikan (Asignment)
17/17
HBEF2103
xvi