1FOKUS KesihatanMac 2014 Bilangan 153Mac 2014 Bilangan 153
Terbitan Kementerian KesihatanNegara Brunei Darussalam
bilangan 153
HARI TIBI SEDUNIA 2014
MAC 2014
“Reach the three million: A TB test, treatment and cure” atau “Mencapai tiga juta:
ujian TB, rawatan dan ubat untuk semua” adalah tema Sambutan Hari Tibi Sedunia bagi
tahun 2014. Hanya 1 tahun saja lagi sebelum 2015 iaitu had waktu bagi dunia memenuhi
sasaran “Millenium Development Goals (MDG)” sebelum 2015. Di antara sasaran ini ialah
penurunan kes penyakit tibi kepada 50% berbanding dengan tahun 1990. Pengesanan
kes adalah penting di dalam usaha pengawalan penyakit tibi, dengan ini pesakit tibi
dapat dirawat dan penularan seterusnya kepada orang lain dapat dicegah.
Selaras dengan tema sambutan pada tahun ini, Pusat Koordinasi Tibi Kebangsaan (NTCC)
akan mengadakan ceramah perdana mengenai penyakit tibi dan jerayawara di keempat-
empat daerah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit tibi.
Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit tibi akan membolehkan
mereka mengenali akan tanda-tanda penyakit tibi dan menampilkan diri ke pusat-pusat
kesihatan sekiranya mengalami tanda-tanda penyakit untuk mendapatkan rawatan yang
sepatutnya. Tarikh bagi jerayawara bagi setiap daerah akan ditetapkan kemudian.
1FOKUS Kesihatan
2
3
8
12
Program Cara Hidup Sihat Bagi Warga Emas
Taklimat Perintah Kanun Jenayah Syariah di Kementerian Kesihatan
Majlis Forum Kesihatan Mental Bagi Daerah Belait
PUSAT PROMOSI KESIHATANProgramme ‘HPC Oh Best! Camp’
2 Mac 2014 Bilangan 153FOKUS Kesihatan2
BeritaPROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI WARGA EMAS
Kementerian Kesihatan hari ini, Rabu, 25 Mac 2014 mengadakan Program Cara Hidup Sihat Bagi Warga Emas di Dewan
Kemasyarakatan, Kampong Perpindahan Lambak Kanan. Program ini khusus kepada warga-warga emas untuk membudayakan
cara hidup sihat dengan melakukan pemakanan yang sihat dan aktif melakukan kegiatan fizikal bagi meningkatkan kualiti
kehidupan mereka dengan peningkatan usia. Hadir sebagai Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Johan
Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof,
Menteri Kesihatan serta Datin Paduka Hajah Salmah binti Haji Hanafiah.
Program ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran golongan warga emas mengenai langkah-langkah cara hidup sihat
yang dapat diamalkan seperti pemakanan sihat, melakukan kegiatan fizikal dan mengelakkan penggunaan tembakau bagi
peningkatan usia yang aktif dan sihat. Tempoh program ini adalah selama dua belas (12) minggu yang bermula pada hari ini
dan akan diadakan setiap hari Rabu dan Sabtu. Hari-hari yang ditetapkan akan diisi dengan taklimat-taklimat kesihatan dan
sesi kegiatan fizikal.
3FOKUS KesihatanMac 2014 Bilangan 153
BeritaTAKLIMAT PERINTAH KANUN JENAYAH SYARIAH
DI KEMENTERIAN KESIHATAN
Kementerian Kesihatan hari ini, Isnin, 31 Mac 2014 mengadakan Taklimat Perintah Kanun Jenayah Syariah bertempat di Dewan
Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan juga turut serta mendengar taklimat berkenaan ialah
Yang Berhormat Pehin Orang Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri
Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.
Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran orang ramai khususnya pegawai-pegawai dan
kakitangan Kementerian Kesihatan yang beragama Islam mengenai undang-undang syariah sekurang-kurangnya secara
umum.
4 Mac 2014 Bilangan 153FOKUS Kesihatan
Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn
PERUTUSAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN SEMPENASAMBUTAN HARI KESIHATAN MULUT SEDUNIA 2014
Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam menyertai negara-negara lain dalam menyambut Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2014 pada 20hb Mac. Tujuan Hari Kesihatan Mulut Sedunia adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan individu, keluarga, masyarakat dan kerajaan untuk mengambil tindakan dan membantu mengurangkan beban global penyakit oral atau mulut. Pada tahun ini FDI World Dental Federation telah memilih tema “Meraikan senyuman sihat” kerana nikmat kesihatan oral yang baik atau mulut yang sihat memang sewajarnya disyukuri dan diraikan.
Kesihatan mulut atau oral adalah merupakan komponen penting yang meyumbang kepada tahap kesihatan secara menyeluruh dan kesejahteraan seseorang individu. Faktor risiko utama seperti pengunaan tembakau dan pemakanan yang mengandungi kandungan lemak, garam dan gula yang tinggi menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik tidak berjangkit termasuk penyakit mulut. Menurut FDI World Dental Federation jika tindakan wajar diambil kemungkinan 90% daripada penduduk di seluruh dunia akan mengalami penyakit mulut dalam hidup mereka termasuk karies gigi (kerosakan gigi), penyakit periodontal (penyakit gusi) serta kanser mulut manakala 60-90% kanak-kanak sekolah mengalami kerosakan gigi. Sakit gigi adalah penyebab terutama bagi ketidakhadiran dari sekolah dan kerja.
Beban penyakit mulut adalah tinggi di Negara Brunei Darussalam. Dari data yang dikumpul oleh Bahagian Perkhidmatan Pergigian Sekolah-Sekolah bagi tahun 2013 menunjukkan secara purata, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mempunyai lima gigi yang berlobang atau hilang atau bertambal manakala kanak-kanak berusia 12 tahun mempunyai satu gigi yang berlobang atau hilang atau bertambal. Manakala, menurut data dari Pemeriksaan Kesihatan Bersepadu (Integrated Health Screening) bagi Kakitangan Awam 2007-2010, jumlah kerosakan gigi yang tidak dirawat adalah tinggi (59%) di kalangan orang dewasa berumur 18 hingga 24 tahun.
Beban penyakit mulut yang tinggi ini menyebabkan banyak permintaan untuk perkhidmatan pemulihan atau restoratif yang memerlukan sumber yang besar. Oleh yang demikian, penekanan mestilah diberikan kepada strategi pencegahan yang terbukti lebih ‘cost effective’ dan kita harus menangani punca masalah penyakit kesihatan mulut atau oral ini melalui usahasama yang bersepadu.
Sebagai langkah utama penjagaan kesihatan mulut yang telah dikenalpasti sangat penting ialah di peringkat individu, melalui
4
Inti Sari Teks-Teks UcapanInti Sari Teks-Teks UcapanInti Sari Teks-Teks UcapanInti Sari Teks-Teks UcapanMenteri Kesihatan Menteri Kesihatan
Mac 2014
saranan-saranan seperti memberus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi yang mengandungi 1100-1450 ppm (parts per million/bahagian setiap juta) fluorida; menghadkan makanan dan minuman yang manis pada waktu makan; dan pemeriksaan pergigian setahun sekali atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor gigi/jururawat pergigian awda. Adalah penting untuk semua rakyat dan penduduk negara ini tidak mengira umur, tua dan muda atau kanak-kanak untuk menjaga kebersihan dan kesihatan mulut mereka. Ibu bapa juga perlu bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka memberus gigi dengan cara yang berkesan. Dalam pada itu, penyusuan susu ibu juga adalah yang terbaik dan disyorkan. Penggunaan botol untuk menyusu, terutama apabila ia digunakan secara berpanjangan dan semasa tidur, boleh menyebabkan kerosakan gigi di kalangan anak-anak damit dan boleh membawa kepada susunan gigi yang tidak betul.
Untuk tahun 2014 ini, pihak Kementerian Kesihatan akan terus gigih mengatur program bagi mencegah kerosakan gigi dan antara kumpulan sasaran ialah di kalangan kanak-kanak sekolah di Negara Brunei Darussalam. Oleh yang demikian inisiatif Program Memberus Gigi berfluorida Harian di Sekolah Rendah yang merupakan usaha sama Bahagian Promosi Kesihatan Mulut, Jabatan Perkhidmatan Pergigian dan Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan akan terus digiatkan. Ianya semata-mata bertujuan untuk menggalakkan tabiat menjaga kebersihan mulut di kalangan kanak-kanak, mendidik dan meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan mulut dan mencegah karies gigi atau kerosakan gigi serta mengajar mereka akan tanggungjawab menjaga kesihatan mulut.
Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Pergigian adalah komited untuk bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan lain untuk menangani masalah penyakit mulut ini, walaupun pelbagai cabaran dihadapi. Perkhidmatan penjagaan kesihatan mulut yang berkesan dan berkualiti, mudah diperolehi secara saksama akan terus dipergiatkukuhkan termasuk aktiviti promosi kesihatan mulut dan pencegahan kerosakan gigi selaras dengan strategi dalam agenda kesihatan mulut bagi negara ini. Adalah diharapkan sokongan yang padu dan penglibatan aktif daripada pelbagai pihak yang berkepentingan akan sentiasa berterusan dan segenap lapisan masyarakat termasuk setiap individu untuk bersama-sama bertanggungjawab dan komited ke arah meningkatkan kesihatan mulut negara ini.
5FOKUS KesihatanMac 2014 Bilangan 153
Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn
MAJLIS SAMBUTAN HARI TIBI SEDUNIA
…Seperti kita sedia maklum, penyakit Tibi adalah sejenis penyakit berjangkit berpunca dari kuman bakteria Mycobacterium tuberculosis yang pada lazimnya menjejaskan anggota pernafasan paru-paru. Penyakit ini boleh merebak melalui udara daripada penghidap penyakit Tibi jika tidak ada sebarang pengawalan. Penyakit ini yang sebenarnya perlu difahami oleh orang ramai, ianya boleh dicegah, dirawat dan disembuhkan sekiranya ianya dapat dikesan pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak dikesan ataupun dirawat dengan sempurna, ianya boleh mengakibatkan penyakit yang serius dan mungkin juga mengakibatkan kematian. Di antara faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit Tibi ialah kekurangan zat makanan (malnutrition), kesesakkan tempat tinggal (overcrowded) dan peredaran udara yang tidak sempurna.
…Penurunan kadar insiden penyakit Tibi ini jelas membuktilan kesan positif dari hasil usaha yang telah dilaksanakan yang meliputi langkah-langkah pengesanan, pencegahan dan pengawalan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan yang terus menerus meningkatkan inisiatif untuk menangani penyakit Tibi melalui penubuhan Program Tibi Kebangsaan pada tahun 2000 dengan hasrat bukan sahaja kita untuk mengurangkan kadar penyakit Tibi malahan jauh daripada itu untuk mencapai penghapusan penyakit Tibi di Negara ini. Di antara langkah-langkah yang giat dilaksanakan seperti kaedah-kaedah penyaringan (Health Screening) dan pengesanan awal kes penyakit Tibi melalui ujian Tibi dan juga rawatan secara Directly-Observed Therapy Short course (DOTS) yang diiktiraf sebagai langkah yang lebih efektif dan berkesan dalam menangani penyakit Tibi.
…Apa yang ingin saya sarankan semua profesional kesihatan mestilah memahami dan mengikuti Standard Operating Procedure (SOP) atau garispanduan terhadap penyaringan dan rawatan penyakit Tibi dan seterusnya mempraktikkan sepenuhnya bagi mempastikan penyakit Tibi dapat dikesan dan diberikan rawatan pada peringkat awal, pemantauan secara berterusan dan sekaligus memastikan kejayaan rawatan penyakit Tibi. Di samping itu, para individu, ahli keluarga dan juga masyarakat hendaklah juga bersama-sama memahami tandatanda penyakit ini dan bertindak secepat mungkin jika mengetahui mereka mempunyai simptom seperti saya maksudkan sebelum ini untuk terus berjumpa Doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut supaya akan dapat dirawat dan disembuhkan dengan segera. Ini adalah seperti yang saya sarankan diawal tadi bahawa penyakit Tibi boleh dirawat dan disembuhkan. Apa yang mustahak, pesakit itu sendiri hendaklah bertindak segera bagi menerima rawatan sepenuhnya secara komprehensif serta mengikut nasihat dan prosedur yang telah ditetapkan.
…Saya ingin menyarankan betapa mustahaknya kerjasama dan penglibatan semua stakeholders dari pelbagai agensi Kerajaan dan pihak Swasta, NGO’s dan masyarakat untuk kita bersama-sama berperanan dalam memantapkan dan memperkesankan lagi Program Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Tibi di negara ini dan sekaligus insyaAllah akan dapat menghasilkan lebih signifikan langkah-langkah pengesanan, pencegahan dan pengawalan kearah kita bersama-sama menurunkan trend insiden bukan sahaja ketahap bebanan lebih rendah bagi penyakit Tibi malahan insyaAllah akan dapat mencapai sasaran untuk menghapuskan penyakit Tibi di negara kita Negara Brunei Darussalam.
PROGRAM CARA HIDUP SIHAT BAGI WARGA EMAS
...Kunci utama dalam mencegah dan mengawal faktor-faktor risiko penyakit-penyakit tidak berjangkit yang saya nyatakan awal tadi adalah dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti pengambilan permakanan yang sihat dan seimbang, mengambil makanan yang kurang gula, kurang garam dan kurang lemak serta membanyakkan kita makan buah-buahan dan sayur-sayuran, tidak merokok dan melakukan kegiatan fizikal secara kerap mengikut kemampuan masing-masing. Kita seharusnya juga mengambil iktibar dan pengajaran dari perspektif ajaran ugama Islam tentang penjagaan kesihatan yang patut kita serapkan dan hayati bersama sebagaimana sabda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam, riwayat Imam an-Nasai, Ibnu Majah dan At-Tirmizi iaitu “Tidak ada kantung yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk dari perutnya. Cukuplah seorang anak Adam itu makan dengan kadar beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak dapat dielak, maka jadikan 1/3 dari kantung perutnya untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasan”. Pengajaran untuk menjaga dan memelihara kesihatan telahpun wujud sekian lama sejak zaman Rasullullah di mana saya berpendapat ianya masih relevan sehingga masa kini dan akan datang cara mengamalkan hidup sihat. Kaedah ini juga digunapakai dan disarankan oleh Pakar Perubatan.
…Dalam mengembangluaskan, memantapkan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada golongan warga emas, pelbagai inisiatif telah dan InsyaAllah akan dilaksanakan. Antara lainnya:• Menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan khusus bagi
warga emas iaitu perubatan geriatrik. Pada masa ini, Alhamdulillah kita telah mempunyai dua orang konsultan tempatan dalam bidang Geriatrik dan InsyaAllah seorang konsultan dalam bidang ini insyaAllah akan balik ke negara ini pada tahun 2016.
• Berusaha meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai profesion kesihatan seperti doktor penjagaan kesihatan asasi, kejururawatan dan Allied Health Professionals seperti pegawai kebajikan perubatan, pegawai jurupulih anggota (physiotherapist), pegawai permakanan serta pegawai-pegawai sokongan (supporting staff) yang khusus dalam bidang geriatrik.
• Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang juga disediakan di hospital adalah:
• Perkhidmatan pesakit dalaman di wad dan perkhidmatan pesakit luar; dan
• Kemudahan kaunter khas untuk warga emas bagi pengambilan ubat dan darah.
• InsyaAllah, di masa akan datang kemudahan Subacute Care akan menyediakan wad-wad dan program-program rehabilitasi yang lebih kondusif dan lebih mesra-usia bagi warga emas dan kemudahan-kemudahan lain juga diambil kira dalam menyediakan Projek Pelan Induk Menaiktaraf dan Pembaikan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan juga Pelan Induk Sistem dan Infrastruktur Kesihatan Negara Brunei Darussalam.
• Home Based NursingSepertimana yang saya maklumkan pada Majlis Mesyuarat Negara 2014 barubaru ini, Kementerian Kesihatan juga sedang merancang untuk mempertingkatkan lagi kapasiti dan peranan yang diberikan oleh perkhidmatan rawatan Jururawat iaitu melalui program perkhidmatan kejuruwatan ke rumah-rumah atau Home Based Nursing yang ada pada masa ini akan diperluaskan perkhidmatannya khusus kepada warga emas. Ini adalah rancangan strategik Kementerian dalam usahanya untuk mengintegrasi perkhidmatan khusus bagi warga emas dari hospital, pusat kesihatan ke rumah secara berperingkat-peringkat dengan berdasarkan kepada penilaian dan sokongan doktor.
6 Mac 2014 Bilangan 153FOKUS Kesihatan
AKTIVITI-AKTIVITI KEMENTERIAN KESIHATANMac 2014
6
Kunjungan Muhibbah Mr Jaya Ratnam, Singapore High Commisionkepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan
27 Mac 2014
Kunjungan Muhibbah Ambassador Benedicto Yujuico,Confederation of Asia-Pacific Chambers of Commerce & Industry kepada
Yang Berhormat Menteri Kesihatan27 Mac 2014
7FOKUS KesihatanMac 2014 Bilangan 153
AKTIVITI-AKTIVITI KEMENTERIAN KESIHATANMac 2014
Penglibatan Kementerian Kesihatan di Majlis Mesyuarat Negara Yang Ke-10yang telah berlangsung di Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara,
Bangunan Dewan Majlis6 – 22 Mac 2014
8 Mac 2014 Bilangan 153FOKUS Kesihatan
BeritaBeritaMAJLIS PENYERAHAN SURAT LANTIKAN AHLI-AHLI LEMBAGA PELAWAT
HOSPITAL-HOSPITAL SESI 2014-2016 DAN PENYERAHAN SURAT PENGHARGAAN AHLI-AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL-HOSPITAL SESI 2012-2014
Majlis Penyerahan Surat Lantikan Ahli-Ahli Lembaga Pelawat Hospital-Hospital Sesi 2014- 2016 dan Penyerahan Surat Penghargaan Ahli-Ahli Lembaga Pelawat Hospital-Hospital Sesi 2012-2014 diadakan hari ini, Sabtu, 15 Mac 2014 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis ini ialah Yang Mulia Datin Paduka Doktor Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan.
Majlis ini bertujuan untuk mendapatkan input dan pandangan mengenai kualiti perkhidmatan penjagaan pesakit (patient care) secara menyeluruh di semua Hospital-Hospital Kerajaan di Negara Brunei Darussalam serta mendapatkan maklumbalas dalam memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kualiti dan mutu perkhidmatan dan penjagaan kesihatan kepada orang ramai.
Ahli-ahli Lembaga Pelawat Hospital memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan penerangan dan maklumat-maklumat yang jelas kepada orang awam mengenai kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di hospital-hospital.
Lantikan ahli-ahli lembaga pelawat hospital-hospital adalah bagi tempoh selama dua (2) tahun mulai 1 Mac 2014 hingga 29 Februari 2016 iaitu terdiri daripada Sembilan (9) ahli daripada Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, tujoh (7) ahli daripada Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait, enam (6) ahli daripada Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan empat (4) ahli daripada Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam Temburong.
8
MAJLIS FORUM KESIHATAN MENTAL BAGI DAERAH BELAIT
Program Forum Kesihatan Mental sempena Hari Kesihatan Mental 2013 diteruskan di Daerah Belait dengan Majlis Forum Kesihatan Mental yang telah diadakan di Pusat Pembelajaran dan Perkembangan Kesihatan, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait pada 1 Mac 2014. Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis itu ialah Yang Mulia Dayang Hajah Siti Mariam binti Haji Md Jaafar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Kesihatan.
Sesi Forum berkenaan membincangkan “Kesihatan Mental di Kalangan Warga Emas” yang disampaikan oleh:-
1. Dr Hildo Ho Ming Choo, Konsultan Psikiatri, Jabatan Psikiatri, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha;
2. Awang Yusri bin Kifle, Klinikal Psikologis, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha;
3. Dayang Siti Nurhamizah binti Haji Awang, Juru Pulih Cara Kerja, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha; dan
4. Cikgu Haji Ali Yusri bin Haji Abd Ghafor, Pegawai Kaunseling Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan
Di Majlis tersebut juga diselajurkan dengan perasmian Pameran 40 Tahun Perkhidmatan Jabatan Psikiatri (Sinar Sejahtera) oleh Tetamu Kehormat majlis.
9FOKUS KesihatanMac 2014 Bilangan 153
INFO PERUBATANPRODUK KESIHATAN DIDAPATI DICEMARI DENGAN UBAT-UBATAN BARAT
Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan 54 jenis produk kesihatan yang telah ditarik balik dari pasaran oleh Badan Pengawas Obat dan Makanan, Indonesia setelah dikesan dicemari dengan ubat-ubatan yang tidak diisytiharkan. Produk-produk ini adalah produk-produk yang tidak berdaftar di negara berkenaan serta mempunyai maklumat dan keterangan yang tidak betul di dalam label produk tersebut.
Produk-produk berkenaan adalah seperti berikut:
No. Nama Produk Pengilang / Pengedar Dicemari dengan
1 Cantik Langsing Tazkia Herbal Jatim, Indonesia Bisacodyl
2 Ramuan Tradisional (Demuk) Gemuk Sehat dan Nafsu Makan PJ Demuk Sehat, Indonesia Cyproheptadine
3 Zinkzhae Majelis Spiritual Hikmah, Indonesia Cyproheptadine dan Prednisone
4 Istimewa Gemuk Sehat PJ Guna Istimewa, Indonesia Dexamethasone
5 Zhui Feng Tan Guangzhou San You Brothers Biotechnology Co. Ltd., ChinaGuangzhou San You Brothers Biotechnology Co. Ltd., China DexamethasoneDexamethasone
66 Ramuan OT Husada Dewa Plus Sirih MerahRamuan OT Husada Dewa Plus Sirih Merah CV Berlian Mega Farma, Indonesia Dexamethasone dan Paracetamol
7 Amuraten PT Herba International, Indonesia Dexamethasone, Piroxicam dan Paracetamol
8 Sari Pinang PT Sari Pinang Diclofenac
9 Asmur TOP (Topnya Anti Asam Urat) PJ Warisan Satu, Purwokerto Diclofenac dan Paracetamol
10 Akar Ginseng PJ Yogatama, Indonesia Paracetamol
11 Asam Urat Flu Tulang Cikunguya Cap Suramadu PJ Suramadu, Indonesia Paracetamol
12 Buah Merah Plus Sea Horse dan Ginseng PT Rajafarma, Indonesia Paracetamol
13 Istimewa Gemuk Sehat PJ Guna Istimewa, Indonesia Paracetamol
14 Jamu Tradisional Jaya Prima Gemuk Sehat A1 PJ Jaya Prima, Indonesia Paracetamol
15 Jamu Tradisional Wali Songo PJ Sami Jaya, Indonesia Paracetamol
16 Jinten Hitam Surya Bintang Lampung, Indonesia Paracetamol
17 Pegal Linu dan Asam Urat Herbalin PT Yakin Anugerah Utama, Indonesia Paracetamol
18 Saplingtan Ling Chi Medicine Co. (H.K.) Ltd., Hong Kong Paracetamol
19 Surya Java PJ Surya Java, Indonesia Paracetamol
20 Tupai Jantan PJ Ramuan Shin She, Indonesia Paracetamol
21 Daun Binahong Surya Bintang Lampung, Indonesia Phenylbutazone, Piroxicam dan Paracetamol
22 Buah Naga Merah PJ Alam Papua, Indonesia Phenylbutazone
23 Jamu Jawa Dwipa Cap Tawon Klanceng UD Putri Kinasih, Indonesia Phenylbutazone
24 Jamu Tradisional Asam Urat Cap Madu Klanceng UD Gading Oci Purnama Setya, Indonesia Phenylbutazone
25 Jamu Tradisional Asam Urat Cap Madu Klanceng UD Telaga Ayu Mandiri, Indonesia Phenylbutazone
26 Obat Herbal Pegal Linu dan Asam Urat Madu Twn Klanceng UD Sambiroto, Indonesia Phenylbutazone
27 Pegal Linu Lalurat Cap Madu Klanceng PT Gading Oci Purnama Setya, Indonesia Phenylbutazone
28 Pegel Linu Mahkota Dewa CV Prima Sentosa, Indonesia Phenylbutazone
29 Asam Urat Jamur Mas PT Gading Oci Purnama Setya, Indonesia Phenylbutazone dan Dexamethasone
30 Pegal Linu Cap Madu Klanceng PT Gading Oci Purnama Setya, Indonesia Phenylbutazone dan Dexamethasone
31 Berkah Husada Pegal Linu PJ Berkah Rizki Sejahtera, Indonesia Phenylbutazone dan Paracetamol
32 Sumber Syariat Cap Kuda Liar PJ Sumber Syariat, Indonesia Phenylbutazone dan Paracetamol
33 Thing Bao Sari Mahkota Dewa PJ Rempah Shing Sae, Indonesia Phenylbutazone dan Paracetamol
34 Dewi Pelangsing PJ Cahaya Mas, Indonesia Sibutramine
35 Guar Gum Suplemen Serat Tinggi Tidak diketahui Sibutramine
36 Lida Slimming PT Sinar Maju Makmur, Indonesia Sibutramine
37 Honeymoon Powerfull Sdn Bhd, Malaysia Sildenafil
38 Jak-Ban PD Jamu Moro Sehat, Indonesia Sildenafil
39 Jamu Gali-Gali CV Kuda Terbang, Indonesia Sildenafil
40 Long Hwa Tibet Tianxiong 100mg Tidak diketahui Sildenafil
41 Obat Kuat Tahan Lama Gali-Gali Asli CV Buaya Jantan, Indonesia Sildenafil
42 On Man Pembangkit Tenaga Perkasa CV Prima Sakti, Indonesia Sildenafil
43 One Night 8 Times Tidak diketahui Sildenafil
44 Urat Dewa PJ Waluhur, Indonesia Sildenafil
45 Viagra X PJ Duta Perkasa Mandiri, Indonesia Sildenafil
46 Kopi Rempah Cap Luwak Cobra PT Iztana Zawiyah, Indonesia Sildenafil dan Paracetamol
47 Obat Kuat Tahan Lama Pusaka Madu Ekstra Strong PJ Ragil Jaya, Indonesia Sildenafil dan Paracetamol
48 Shuyga Mega Raya, Indonesia Sildenafil dan Paracetamol
49 Urat Kuda PT Kuda Sembawa, Indonesia Sildenafil dan Paracetamol
50 Urat Madu Black PJ Air Madu, Indonesia Sildenafil dan Paracetamol
51 Ibnu Sinna PJ Ibnu Sina, Indonesia Sildenafil dan Tadalafil
52 Performa Epimedium TJ – TYT Pharmaceutical (M) Sdn. Bhd., Malaysia Tadalafil
53 Alma Ramping Ayu PJ Gatra Sanjaya, Indonesia TheophyllineTheophylline
5454 Sesak Nafas Batuk AsmaSesak Nafas Batuk Asma CV Mahkota Dewa Ferbindo, Indonesia Theophylline
Seterusnya, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan empat (4) ubat-ubatan tradisional yang tersenarai di bawah ini yang mana telah didapati dicemari dengan bahan racun berjadual dan ubat-ubatan yang tidak diisytiharkan. Sampel produk-produk berkenaan telah diperolehi dari aktiviti pemantauan dalam pasaran di kedai-kedai runcit dan pusat pemprosesan mel yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi.
Produk-produk berkenaan adalah seperti berikut:
No. Nama Produk Pengilang / Pengedar Dicemari dengan
1 Flu Tulang Sido Waras Tidak dinyatakanAcetaminophen, Chlorpheniramine danDexamethasone
2 GorgeouSlim Herbal Tidak dinyatakan Sibutramine
3 Singha – Obat Kuat & Tahan Lama PJ Sir Madu Magelang, Indonesia Sildenafil
4 Tong Mai DanTongsheng Pharmaceutical Co. Ltd, HK / Sinhong Medical Sdn. Bhd.
Chlorpheniramine danDexamethasone
Bahan-bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat dan negatif yang membahayakan kesihatan.
10 Mac 2014 Bilangan 153FOKUS Kesihatan
Bagi menyokong aspirasi negara iaitu “ Ke Arah Negara Bebas Asap Rokok 2025 “, Pusat Promosi Kesihatan (HPC), Kementerian Kesihatan akan melancarkan fasa pertama “Talian Berhenti Merokok” (Quitline) pada 1 Jamadilawal 1435 bersamaan 3 Mac 2014. Menurut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 90% kes kanser paru-paru, 75% kes bronkitis kronik serta emfisema dan 25% daripada penyakit jantung iskemia (serangan jantung dan angina) adalah disebabkan oleh asap rokok. Di Negara Brunei Darussalam pula, asap rokok telah dikaitkan dengan punca-punca utama kematian di negara ini, terutamanya penyakit kanser.
Alhamdulillah, Perintah Tembakau 2005 dan Peraturan-peraturannya (2007), telah melarang merokok di kebanyakan tempat-tempat awam, dan ianya juga telah menggalakkan sebilangan besar perokok di
Negara Brunei Darussalam untuk berhenti merokok. Kajian yang dijalankan terhadap bekas perokok-perokok di negara-negara lain juga telah menunjukkan bahawa kebanyakan perokok akan mencuba untuk berhenti merokok seberapa banyak kali sebelum akhirnya berjaya membebaskan diri daripada ketagihan ini.
Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok, yang baru-baru ini diselaraskan di bawah pengurusan Pusat Promosi Kesihatan, kini sedang giat menyediakan bantuan dan intervensi-intervensi yang berkesan untuk semua perokok yang ingin berhenti merokok. Talian Quitline adalah salah satu perkhidmatan yang telah diperluaskan di bawah Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok tersebut. Matlamatnya ialah:
• Untuk menggalakkan perokok-perokok berhenti merokok dengan menggunakan perkhidmatan telefon yang mesra, profesional dan tidak judgemental
• Untuk memudahkan akses kepada Klinik Berhenti Merokok bagi terapi yang lebih intensif
• Untuk menyokong bekas perokok dan membantu mereka mengelak dari relapse (kembali ke tabiat lama) selepas berjaya berhenti merokok
• Untuk melindungi mereka yang tidak merokok daripada asap rokok melalui pendidikan dan bantuan berasaskan perkhidmatan bertelefon
Tarikh pelancaran hari ini telah dipilih untuk memberikan masa untuk melatih kakitangan-kakitangan yang akan mengendalikan Quitline dalam amalan-amalan dan teknik-teknik terbaik di peringkat antarabangsa untuk berhenti merokok melalui perkhidmatan bertelefon, dan juga kerana ianya adalah selaras dengan rancangan perkembangan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok di Negara Brunei Darussalam.
Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam berhasrat melalui perkhidmatan baru ini, perokok-perokok akan dapat diperkasa dalam menggunakan perkhidmatan ini bagi mengatasi ketagihan merokok mereka. Pihak Kementerian juga mengingatkan perokok-perokok yang ingin berhenti merokok bahawa banyak kajian telah menunjukkan yang mana perokok menghentikan tabiat merokok mereka akan mendapat manfaat kesihatan sejurus sahaja selepas berhenti merokok, manakala mana-mana bekas perokok yang berhenti merokok selama sepuluh tahun akan menurunkan risiko kanser mereka ke hampir normal. Dengan itu, pihak Kementerian Kesihatan mengalu-alukan perokok-perokok untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk memulakan kehidupan tanpa rokok.
INFO KESIHATAN
10
TALIAN BERHENTI MEROKOK QUITLINE
11FOKUS KesihatanMac 2014 Bilangan 153
DARI MEJA PENTADBIRAN
Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan.
Nama Kursus / Mesyuarat / Bengkel / Seminar
Dr Sofian bin Dato Paduka Dr Hj Johar “Clinical Examiner Training in International MRCP (UK) Centre”, India (1 – 4 Mac 2014)
Kamaludin bin Md Yassin“2nd ADVA Workshop and 3rd ADVA Steering Committee Meeting”, Malaysia (4 – 5 Mac 2014)
Hajah Nora binti Hj Md YusofChiang Mei Mei
“Navigator ASIA 2014”, Malaysia (4 – 6 Mac 2014)
Dr Aammton bin Hj Alias @ Md ImbranDr Justina JillehDr Hjh Norafizan bte Hj Hazipin
“A Scientific Symposium and Speaker Forum for ASIA”, Korea (14 – 16 Mac 2014)
Abd Al Bari bin Hj Muhammad KasimDr Md Elham bin Hj Md Ismail
“The 12th International Congress on Obesity (ICO)”, Malaysia (17 – 20 Mac 2014)
Dr Siti Waznah binti Hj Abd WahabDr Jacqueline Maryam binti Lt Kol Hj Kamaludin
“24th Australian Orthodontic Congress”, Australia (29 Mac 2014 – 1 April 2014)
PEGAWAI-PEGAWAI MENGHADIRI KURSUS / PERSIDANGAN / MESYUARAT / SEMINAR
PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BARU BERKHIDMAT
Nama & Jawatan Tarikh Melapor Bertugas
Dk Nurahlina binti Pg Hj AlliPsikologi
1 Mac 2014
Nur Farijah binti AhmadPembantu Pergigian
1 Mac 2014
Md Aizat Husaini bin Hj ZainiPembantu Pergigian
1 Mac 2014
Md Saadan bin RoslanPembantu Pergigian
4 Mac 2014
Abd Mu’iz bin Hj IbrahimPentadbir Kanan Hospital
11 Mac 2014
PEGAWAI DAN KAKITANGAN BERSARA
Nama & Jawatan Tarikh Bersara
Tieng Boon WeiPegawai Jururawat
3 Mac 2014
Hjh Masni binti Hj IbrahimPegawai Penjaga Zat Makanan Kanan
13 Mac 2014
Hj Zainal Abadin bin Hj AhmadJurutera Perubatan Hayat Kanan
24 Mac 2014
Hj Harris @ Hj Md Ali bin Hj BiniPenyeleggera Stor Tkt 2
25 Mac 2014
Suhaili bin AmitPenolong Pegawai PenyeleggeraPerkakas Perubatan
27 Mac 2014
Hj Hishamuddin bin Hj SabtuPenolong Pegawai Perbekalan
28 Mac 2014
12 Mac 2014 Bilangan 153FOKUS Kesihatan
AKTIVITI KESIHATANMAJLIS CERAMAH PERLAKSANAAN PERINTAH KANUN JENAYAH SYARIAH
DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM(PERSATUAN JURURAWAT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM)
Persatuan Jururawat Negara Brunei Darussalam telah mengendalikan Majlis Ceramah Perlaksanaan Perintah Kanun Jenayah Syariah di Negara Brunei Darussalam pada 15 Mac 2014 bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.
Tujuan mengadakan ceramah ini adalah memberikan kefahaman dan pengetahuan mengenai dengan perintah tersebut kepada Jururawat, Bidan dan Paramedik daripada Hospital Kerajaan dan Swasta di seluruh Negara.
12
PUSAT PROMOSI KESIHATANPROGRAMME ‘HPC OH BEST! CAMP’
Pusat Promosi Kesihatan telah mengadakan programme ‘HPC Oh Best! Camp’ selama dua hari bermula pada 19 Februari hingga 20 Februari 2014 di Pusat Promosi Kesihatan, Berakas.
Program ini bertujuan untuk mempromosi cara pemakanan yang sihat, perilaku kegiatan fizikal yang sihat, penurunan dalam berat badan yang tidak sihat, pembesaran yang sihat bagi kanak-kanak umur 9 – 10 tahun yang sihat dan untuk meningkatkan kesedaran sebuah keluarga pentingnya mengenai pemakanan yang sihat dan kegiatan fizikal.
Beberapa aktiviti juga diadakan yang akan membantu peserta-peserta menangani masalah obes dan menggunakan teknik kegiatan fizikal baru yang boleh dipraktikkan di rumah.