Download - Group Assignment Obesity
-
OBESITI PUNCA, KESAN DAN HUBUNGKAIT ANTARA OBESITI DAN
WABAK GLOBAL PEYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NON
COMMUNICABLE DISEASES)
DISEDIAKAN OLEH:
NURMAINA BINTI JAMALUDDIN
LEE ZHI KWONG
CHEW YEU MING
-
Isi Kandungan Pengenalan ....................................................................................................................................... 1
Punca Penyebab Peyakit Obesiti ..................................................................................................... 2
Cara hidup tidak sihat ............................................................................................................. 3
Genetik .................................................................................................................................... 3
Pengaruh pengiklanan syarikat makanan segera ................................................................... 5
Recombinant bovine somatotropin (rBST) ............................................................................. 6
Persekitaran yang tidak sihat (Peningkatan Kadar Jenayah Sedunia) .................................... 6
Umur ....................................................................................................................................... 8
Kesan Daripada Peyakit Obesiti ....................................................................................................... 8
Ancaman mortaliti kepada individu ........................................................................................ 8
Ancaman kesihatan individu ................................................................................................... 9
Ganguan psikologi individu ..................................................................................................10
Beban ekonomi negara .........................................................................................................11
Beban persekitaran ...............................................................................................................12
Hubungkait Antara Peyakit Obesiti dan Peyakit Tidak Berjangkit ...............................................12
Kesan Secara Global Peyakit Obesiti dengan Peyakit Tidak Berjangkit .......................................13
Tindakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) .........................................................................15
Obesiti dengan Peyakit Tidak Berjangkit .......................................................................................15
Obesiti dengan Diabetis dan Tekanan Darah Tinggi .............................................................16
Obesiti dengan Peyakit Jantung............................................................................................17
Obesiti dengan Peyakit Paru-paru ........................................................................................18
Obesiti dengan Peyakit Sendi ...............................................................................................18
Obesiti dengan Kerosakan Organ Dalaman ..........................................................................19
Kesimpulan .....................................................................................................................................19
Rujukan ...........................................................................................................................................20
-
1
Punca, Kesan dan Hubungkait Antara Obesiti dan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Pengenalan
Pada era lepas, negara-negara membangun lebih memberi tumpuan kepada penyakt
berjangkit, namun, corak globalisasi kini telah menimbulkan wabak obesiti global disertai
dengan peningkatan penyakit kronik di seluruh dunia (Nishida et al., 2004 dan Darnton-
Hill et al., 2004). Buat kali pertama dalam sejarah, populasi dunia ini menghadapi lebih
banyak yang obes dan berlebihan berat badan berbandingkan kepada yang kekurangan
berat badan. Corak tersebut telah dirujukan sebagai globesity oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam seluruh dunia ini, 500 juta orang dewasa atau 10
peratus lelaki dan 14 peratus wanita menghadapi obes dengan ditakrifkan sebagai indeks
jisim badan, atau BMI, sebanyak 30 atau lebih tinggi. Pada tahun 2010, 43 juta kanak-
kanak prasekolah didapati berlebihan berat badan atau obes. Menjelangi tahun 2030, 1
bilion orang dewasa dijangka menjadi gemuk (Harvard Sekolah Kesihatan Awam,
Pencegahan Obesiti).
WHO melaporkan bahawa 200 juta orang adalah obes pada tahun 1995 (WHO.
Pemakanan. Mengawal Wabak Obesiti). Menjelangi tahun 2000, orang yang gemuk
dalam seluruh dunia telah meningkat hingga ke 300 juta orang (WHO. Pemakanan.
Mengawal Wabak Obesiti.). Pada masa ini, 115 juta orang daripada jumlah orang gemuk
secara global didapati berada di negara-negara membangun. Ini corak didokumenkan
sebelum ini didapati di negara-negara maju dan perindustrian, kini perkara biasa di
seluruh rendah kepada negara berpendapatan pertengahan di Asia, Afrika, Timur Tengah,
dan Amerika Latin (Bahasa dan Pustaka, 2006). Kadar obesiti yang lebih tinggi
dicatatkan dalam maju Bangsa Barat termasuk Amerika Syarikat di mana 69% daripada
penduduk adalah berat badan berlebihan atau obes. Kadar tersebut semakin meningkat,
tetapi bukan di kalangan negara-negara yang sangat miskin seperti kawasan di Sub-
Sahara Afrika. Afrika Selatan, khususnya, mempunyai beberapa kadar tertinggi obesiti di
rantau ini. Taburan kes obesiti di seluruh dunia telah di tunjukan dalam rajah 1. Di Afrika
Selatan obesiti membentangkan di tengah-tengah di bawah-pemakanan, kebuluran, dan
pelbagai penyakit tidak berjangkit termasuk malaria dan HIV atau AIDS.
-
2
Rajah 1 Taburan Kes Obesiti di Seluruh Dunia
Walaupun globalisasi telah berjaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
dan pengurangan kebuluran dalam banyak negara berpendapatan rendah, peningkatan
kadar obesiti akan membawa kesan dengan wabak penyakit kronik bersama dengan
penyakit berjangkit dan poket kebuluran di negara-negara dengan sumber yang
dikekangkan (Bahasa dan Pustaka, 2005). Menurut laporan WHO tentang Strategi Global
terhadap Diet, Aktiviti Fizikal dan Kesihatan, beberapa negara membangun telah
mengalami peningkatan dalam penyakit jantung, kanser, dan penyakit buah pinggang.
Menurut Nugent (2008), 49% daripada kematian di negara membangun adalah
disebabkan oleh penyakit kronik yang berkaitan dengan obesiti, 40% adalah disebabkan
oleh penyakit berjangkit dan 11% kadar kematian daripada kecederaan. Oleh itu, wabak
obesiti adalah isu kitikal dan haruslah dikajikan dengan punca-punca berlakunya obesiti,
kesan-kesan obesiti terhadap kita dan hubungankait antara obesiti dengan penyakit tidak
berjangkit.
Punca Penyebab Peyakit Obesiti
Peningkatan kadar obesiti diseluruh dunia mencapai tahap membimbang. Pelbagai usaha
yang dilakukan bagi membendung penyakit ini dari terus menular dan menjadi tidak
-
3
terkawal. Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkan seseorang itu menghidap
peyakit obesiti, dan punca tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu punca
secara langsung dan punca secara tidak langsung.
Salah satu punca secara lansung ialah cara hidup yang tidak sihat. Cara hidup
seseorang secara langsung mempengaruhi pola kesihatan setiap individu tersebut. Pepatah
Inggeris ada mengatakan you are what you eat yang membawa maksud tahap kesihatan
anda bergantung kepada apa yang anda makan. Hal ini menunjukan bahawa, setiap
individu seharusnya lebih berhati-hati dalam memilih menu seharian. Makan makanan
yang berlemak dan mengandungi gula yang tinggi boleh meyebabkan kegemukan
sekiranya diambil melebihi sukatan yang diperlukan oleh tubuh badan. Setiap hari kita
dihidang dengan pelbagai hidangan sajian makanan yang sedap dan lazat, dan setiap
individu diberi kebebasan untuk memilih makanan yang hendak di makan. Selain
daripada pengambilan makanan berlemak dan bergula, gaya hidup yang tidak aktif juga
boleh menjadi peyumbang utama kepada peyakit obesiti. Pada zaman yang serba canggih
ini, seseorang individu lebih cenderung menghabiskan masa di depan skrin berbanding
melakukan aktiviti yang mengeluarkan tenaga. Tuntutan kerja yang meyebabkan
seseorang individu terpaksa duduk di depan skrin sekurang-kurangnya selama lapan jam
sehari juga menjadi salah satu punca meningkatnya kadar obesiti. Namun, hal ini bukan
penghalang bagi seseorang untuk tidak melakukan pergerakan sewaktu bekerja.
Seseorang individu yang bekerja di pejabat boleh melakukan gaya hidup yang aktif
dengan menaiki tangga di tempat kerja dan sebagainya. Kurang aktif dalam melakukan
aktiviti harian meyebabkan tubuh badan tidak dapat membakar kalori yang tersimpan
dalam tubuh dan ini meyebabkan pengumpalan lemak yang berlebih dan seterusnya
mengakibatkan obesiti.
Seterusnya, kita sering mendengar luahan sesetengah orang yang menghidap
peyakit obesiti mengeluh bahawa tiada guna mengamalkan pemakanan yang sihat,
melakukan aktiviti yang hanya memenatkan badan namun tidak menunjukan hasil yang
diinginkan disebabkan keluarga mereka terdiri daripada golongan yang menghidap
obesiti. Benar, seseorang yang mempunyai sejarah keluarga menghidap peyakit obesiti
lebih cenderung untuk menghidap peyakit obesiti seperti kajian yang dijalankan
-
4
menunjukan bahawa peluang untuk seseorang itu mendapat peyakit obesiti sebanyak 40-
50 peratus sekiranya salah seorang daripada ibu bapa individu tersebut menghidap
peyakit obesiti dan meningkat ke 70-80 peratus sekiranya kedua-dua ibu bapanya
menghidap obesiti berbanding hanya 10 peratus bagi individu daripada keluarga yang
normal. Walaupun genetik dikatakan menjadi punca secara langsung kepada sesetengah
individu yang menghidap peyakit obesiti, namun ia kebiasaanya berlaku kepada individu
yang mempunyai kekacauan dalam gen yang di kenali sebagai sindrom Bardet Biedi dan
sindrom Prader Willi.
Rajah 2 Struktur Sel Cilia yang bertindak sebagai kunci dalam meyelesaikan masalah
obesiti yang disebabkan oleh genetik.
Penemuan terbaru oleh kumpulan saintis daripada Pusat Perubatan Asan dan Pusat
Perubatan Universiti Gachon mendapati bahawa saiz kepanjangan kepada struktur sel
yang di namakan cilia dalam sel tikus yang obesiti 40 peratus lebih pendek berbanding
tikus normal (Rajah 2). Sel cilia dianggap sebagai kunci bagi merawat obesiti. Kajian
sedang giat dijalankan untuk mengatasi masalah obesiti yang disebabkan masalah genetik
terhadap individu yang menghidap obesiti. Walaupun terdapat sesetengah individu yang
menghidap obesiti disebabkan oleh faktor genetik namun ianya jarang berlaku, dan
kebiasaanya kes obesiti yang melibatkan beberapa gen tidak seimbang biasanya akan
-
5
dikaitkan dengan faktor luar contohnya seseorang itu tidak mengamalkan pemakanan
yang tidak seimbang dan kurang aktif dalam aktiviti seharian.
Siapa tidak kenal dengan perkataan Im lovin it, Finger Licken Good
dan yang terbaru So Good slogan kata bagi dua buah syarikat gergasi yang terkenal
dengan makanan segara iaitu Mc Donald dan Kentucy Friend Chicken atau KFC sering
diwar-warkan melalui media massa. Keberkesanan dalam mempromosi produk makanan
segera oleh syarikat multi nasional seperti Mc Donald, KFC, Pizza Hut dan beberapa
buah syarikat lain juga secara tidak langsung menjadi punca meningkatnya peyakit
obesiti. Minda kita sering didedahkan dengan betapa lazatnya makanan daripada
pengeluar makanan-makanan segera seperti ayam yang ranggup daripada KFC, makanan
itali daripada Pizza Hut, burger daripada Mc Donald dan Burger King, namun berapa
ramai orang yang sedar tentang kandungan kalori yang dibawa oleh makanan-makanan
tersebut. Hidangan Happy Meal daripada Mc Donald yang mensasarkan golongan kanak-
kanak dalam pengiklanan mereka, secara tidak langsung mempengaruhi minda kanak-
kanak bahawa makanan tersebut adalah elok untuk dimakan dan lebih menarik perhatian
berbanding makan makanan berkhasiat. Oleh sebab, kanak-kanak kita telah terbiasa
dengan makan makanan yang tidak sihat sejak kecil, potensi untuk tabiat tersebut dibawa
sehingga ke dewasa sangat tinggi atau lebih teruk apabila kanak-kanak tersebut telah
menghidap obesiti seawal umur 5 tahun. Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak
mencapai tahap membimbangkan apabila sebanyak disasarkan sebanyak 42 juta kanak-
kanak yang berumur 5 tahun diseluruh dunia mengalami masalah obesiti.
Sebagai ibu bapa, seharusnya lebih bijak dalam memilih menu pemakanan
keluarga agar kesihatan keluarga lebih terjaga. Namun secara ironinya, ibu bapa pada
masa kini lebih gemar mengambil jalan mudah untuk membeli makanan-makanan segera
yang tersedia di setiap pelusuk kerana faktor masa yang tidak mengizinkan. Terdapat juga
sebilangan orang yang sering terpengaruh dengan hidangan menu yang sihat yang
dipromosi daripada syarikat-syarikat makanan segera sebagai umpan untuk lebih ramai
orang membeli produk yang diiklankan. Sememangnya kita tidak boleh seratus peratus
meyalahkan pihak syarikat-syarikat pengeluar makanan segera sebagai punca utama
meningkatnya kadar obesiti kerana sebagaimana hebat pengiklanan yang dikeluarkan oleh
-
6
syarikat sesebuah pengeluar makanan segera, ia berbalik semula kepada penguna untuk
memilih. Walaupun terdapat beberapa syarikat yang telah menukar beberapa menu sajian
kepada menu yang lebih sihat sebagai contoh hidangan happy meal darpada Mc Donald
yang dahulunya menghidangkan kentang goreng dalam menu sajian kini, ditukarkan
kepada apel wedges untuk mempromosi hidangan yang sihat bagi kanak-kanak, namun
tindakan tersebut dilihat sebagai salah satu umpan kepada ibu bapa untuk membeli
makanan tersebut dan semestinya dalam setiap satu kotak hidangan Happy Meal
mengandungi beberapa makanan lain yang mengandungi kalori yang tinggi. Ketamakan
segelintir pengeluar makanan segera dianggap satu ancaman kepada generasi masa depan,
dan apa yang berlaku di Amerika Syarikat, sedang giat menjalankan kempen
pengharaman pengiklanan makanan segera di sekolah-sekolah bagi menjaga minda
kanak-kanak ini daripada dipengaruhi oleh syarikat-syarikat pengeluar makanan segera.
Recombinant bovine somatotropin (rBST) atau lebih dikenali sebagai
hormon pembesaran merupakan salah satu faktor yang secara tidak langsung boleh
menyebabkan seseorang menghidap obesiti. Penyuntikan horman kepada binatang
ternakan seperti ayam dan lembu adalah bertujuan untuk mempercepatkan lagi kadar
penghasilan susu dan tumbesaran binatang ternakan tersebut. Pada asalnya penyuntikan
hormon keatas binatang-binatang ternakan seperti lembu dan ayam adalah untuk untuk
mengurangkan kos pengeluaran disamping memenuhi permintaan pengguna. Namun,
penggunaan penyuntikan hormone secara tidak terkawal dan ke atas binatang-binatang
ternakan mengakibatkan kesan yang berpanjangan kepada pengguna. Satu permerhatian
yang dijalan oleh para pengkaji pusat kawalan makanan mendapati bahawa sejak
penggunaan penyuntikan sekitar tahun 1993, kadar peningkatan peyakit obesiti dan
beberapa lagi penyakit kanser yang lain jelas menunjukan hubungkait antara satu sama
lain. Oleh yang demikian, penggunaan hormone pembesaran terhadap binatang-binatang
ternakan boleh dianggap sebagai satu jenis peyelewengan yang dilakukan oleh sesebuah
pihak yang hanya menginginkan keuntung tanpa mengambil kira resiko yang akan di
tanggung oleh pihak pengguna pada masa hadapan.
Seterusnya, faktor lain yang boleh meyebabkan peningkatan kadar obesiti
adalah sebab dipengaruhi oleh persekitaran seseorang. Persekitaran yang sihat memberi
-
7
peluang kepada kita untuk menjalankan aktiviti seharian dengan aktif tanpa sebarang
gangguan baik dari segi metal dan fizikal. Mengikut statistik yang di keluarkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukan bahawa Amaerika Syarikat
merupakan antara Negara yang paling tinggi penghidap obesiti dalam kalangan
masyarakatnya. Rakyat Amerika Syarikat lebih cendurung menghidap peyakit obesiti
kerana menu sajian yang dihidangan di Amerika Syarikat kebiasaanya menghidangkan
makanan dalam saiz hidangan yang banyak. Oleh itu dapat di simpulkan bahawa
pengambilan makanan yang berlebihan dengan kata lain bagi mengelakkan pembaziran
makanan seseorang individu itu akan makan makanan dalam jumlah yang banyak,
seterusnya meyebakankan banyak lemak yang tidak diperlukan berkumpul dalam badan
dan meyebabkan kegemukan.
Satu kajian yang dijalankan oleh kumpulan pengkaji daripada Universiti of
Florida mendapati bahawa jumlah penduduk luar bandar menghidap peyakit obesiti lebih
ramai berbanding penduduk yang tinggal di bandar. Hal ini terjadi disebabkan oleh
beberapa faktor perkitaran yang mana kebanyakan daripada penduduk di luar bandar pada
masa kini mempunyai banyak masa yang terluang dan tidak aktif menjalankan aktiviti
seharian kerana kebanyakan aktiviti yang mereka lakukan di ganti dengan penggunaan
alatan teknologi. Seterusnya, ketiadaan pusat penjagaan badan atau pengurusan berat
badan di kawasan luar bandar juga menjadi salah satu faktor yang meyebabkan
peningkatan kadar obesiti di luar bandar berbanding di bandar.
Peningkatan kadar jenayah secara global juga menjadi salah faktor secara
tidak langsung berhungrapat dengan meningkatnya kadar obesiti. Analisis statistik kadar
jenayah di Amerika Syarikat lebih tinggi berbanding di negara-negara lain dan
peningkatan ini seiring dengan peningkatan obesiti di dalam negara tersebut. Hal ini
terjadi disebabkan oleh persekitaran yang tidak selamat mendorong seseorang untuk tidak
menghabis banyak masa di kawasan luar rumah, dan ini meyebabkan kebanyakan
daripada mereka menghabiskan masa dihadapan skrin televisyen dan lain-lain tanpa
melakukan sebarang aktiviti yang membakar lemak. Selain itu juga, kita sering
mendengar bahawa ketiadaan fasiliti untuk menjalan aktiviti senaman di kawasan rumah
dijadikan salah satu faktor mereka tidak bersenam. Di negara ini sebagai
-
8
contoh,kebiasaanya pihak pembangunan kawasan perumahan akan menyediakan fasiliti
taman permainan untuk keluarga menjalankan aktiviti bersenam dan beriadah. Namun
apa yang terjadi sebenarnya, orang tidak menggunakan fasiliti yang telah disediakan atas
faktor takut membenarkan anak-anak mereka bermain diluar rumah kerana tidak selamat.
Oleh yang demikian, perkitaran turut sama mempengaruhi kadar peningkatan obesiti yang
terjadi dalam masyarakat dunia kini.
Seterusnya, faktor umur juga dikait secara tidak langsung boleh menjadi
peyebab kepada obesiti. Seseorang yang lebih berumur didapati lebih cenderung
menghidap peyakit obesiti berbanding orang yang lebih muda. Namun ini tidak bermakna
golangan yang muda tidak berpotensi menghidap peyakit obesiti, malah peningkatan
dalam statistik kanak-kanak obesiti mencapai tahap yang membimbangkan.Obesiti di
peringkat usia yang lanjut biasanya disebabkan tenaga yang dikeluarkan tidak seimbang
dengan kadar kalori yang dimakan. Hal ini terjadi apabila seseorang itu berumur antara
sekitar 50 tahun keatas jumlah tenaga yang digunakan berkurangan dan secara tidak
langsung mengakibatkan kegemukan. Beberapa kajian yang telah dijalan, kadar
pengambilan kalori pada tubuh seseorang biasanya tidak menurun sejajar dengan
peningkatan umur individu seseorang. Oleh itu faktor umur juga boleh menjadi peyebab
berlaku obesiti dalam kalangan masyarat dunia pada masa kini.
Kesan Daripada Peyakit Obesiti
Selepas mengetahui punca-punca yang mengakibatkan wabak obesiti global, mari
kita lihat pada kesan-kesan yang dibawa oleh wabak obesiti tersebut. Kesan-kesannya
boleh dipecahkan kepada beberapa aspect yang boleh dibincangkan, iaitu kesan pada
mortaliti, kesihatan individu, kesan yang dibawakan kepada social dan kesan terhadap
ekonomi.
Pertam, kita akan melihat kesan-kesan wabak obesiti yang mengancami mortaliti
individu. Jumlah kematian dalam setahun telah dianggapi lebih daripada 300,000 dan ini
didapati disebabkan oleh wabak obesiti dan 80% dalam 300,000 ini mempunyai BMI
melebihi 30. Hubungan antara BMI dan kematian biasanya merupakan keluk berbentuk U
dengan kadar kematian meningkat pada kedua-dua peringkat rendah dan lebih tinggi.
-
9
Titik terendah itu kelihatan berbeza dengan etnik dan umur, dan mungkin hampir 25
kg/m2 untuk penduduk Caucasian dewasa. Peningkatan risiko kematian secara beransur-
ansur dengan peningkatan BMI dalam julat BMI di atas 30. Risiko kematian sebenarnya
berkaitan dengan obesiti, peningkatan usia dan BMI, tetapi kehilangan kehidupan yang
diakibatkan oleh obesiti dalam anggaran tahunan adalah terbesar dalam orang dewasa
muda yang obes.
Analisis Framingham jantung kajian susulan mendapati bahawa perokok wanita
berusia 40 tahun hilang 7.1 tahun dan bukan perokok lelaki berusia 40 tahun hilang 5.8
tahun kerana obesiti. Punca peningkatan kematian yang berkaitan dengan berat badan
berlebihan dan obesiti termasuk penyakit kardiovaskular, kencing manis dan penyakit
buah pinggang, dan kematian akibat kanser berkaitan obesiti. Penurunan berat badan yang
dialami melalui pembedahan bariatric telah terbukti untuk mengurangkan semua sebab
kematian dan kematian tertentu yang berkaitan dengan penyakit jantung, kencing manis
dan kanser. Oleh itu, wabak obesiti membawa kesan yang besar terhadap mortaliti
seseorang dan harus dikurangkan supaya memanjangkan jangka hayat.
Selain mortaliti individu diancamkan, wabak obesiti juga membawa kesan kepada
kesihatan individu. Keancaman terhadap kesihatan individu boleh dibahagikan kepada
dua aspect, iaitu kesihatan fizikal dan mental. Ancaman obesiti terhadap kesihatan fizikal
merupakan kesan utama kerana kita boleh langsung notis kesan-kesan yang dibawakan
oleh obesiti terhadap penampilan, seperti saiz tubuh individu akan menjadi gemuk dengan
lemak. Walaupun peningkatan saiz tubuh merupai salah satu masalah kepada kita,
penyakit-penyakit akan disebabkan oleh obesiti adalah isu yang perlu memberi perhatian
dalam aspect kesihatan fizikal. Penyakit Jantung Koronari (CHD) adalah salah satu impak
yang kritikal daripada wabak obesiti. Penyakit Jantung Koronari berlaku apabila bekalan
darah jantung anda tersumbat atau diganggu oleh pengumpulan bahan-bahan lemak dalam
arteri koronari. Lama kelamaan, dinding arteri anda boleh menjadi feniks dengan lemak.
Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis dan lemak dipanggil ateroma. Aterosklerosis
disumbangkan oleh wabak obesiti. Hal ini sedemikian kerana obesiti adalah hasil
daripada peningkatan pengambilan makanan yang berlemak tinggi. Selain itu, kekurangan
dalam aktiviti fizikal juga merupakan faktor obesiti kerana sifat menjadi semakin tidak
-
10
aktif daripada pelbagai bentuk kerja, mod pengangkutan yang dimodernkan, dan
peningkatan pembandaran. Di samping itu, wabak obesiti juga dikatakan mengakibatkan
diabetes jenis kedua. Diabetes adalah penyakit di mana paras glukosa darah atau gula
darah seseorang terlalu tinggi. Biasanya, tubuh akan memecahkan makanan menjadi
glukosa dan glukosa tersebut akan dihantar kepada sel-sel di seluruh tubuh. Kemudian,
sel-sel yang menerima glukosa tersebut akan ditukarkan kepada tenaga dengan insulin.
Dalam diabetes jenis kedua, sel-sel badan tidak menggunakan insulin dengan betul. Pada
mulanya, badan bertindak balas dengan membuat lebih banyak insulin. Sepanjang masa,
badan akan mengurangkan pembuatan insulin untuk mengawal paras gula darah. Diabetes
merupakan penyumbang utama kepada kematian awal, CHD, strok, penyakit buah
pinggang, dan buta. Kebanyakan orang yang mempunyai diabetes jenis 2 mempunyai
wabak obesiti. Oleh itu, wabak obesiti harus dielakkan supaya mengurangkan
kemungkinan penyakit yang lain mengacam kesihatan kita. Hal ini sedemikian kerana
apabila kita mempunyai kesihatan fizikal yang kurang baik, selain kita akan mengalami
pelbagai penhyakit, kita juga akan menghadapi kesan-kesan dari aspect psikologikal.
Dalam aspect psikological, obesiti meningkatkan tahap yang dikaitkan dengan
pelbagai beban psikologi dan sosial yang paling ketara di kalangan wanita muda. Imej
tubuh yang negatif dan harga diri, pesta minum-minum gangguan makan, kemurungan,
kebimbangan dan gangguan psikologi adalah biasa, dan seperti gangguan metabolik
obesiti berkaitan, akan dikelompakkan dalam individu-individu yang paling mudah
terpengaruh. Terdapat juga hubungan yang positif antara peningkatan obesiti dan
kemurungan dalam subjek yang lebih tua yang lemah dan penyakit kronik. Ini adalah
selaras dengan penemuan kemurungan dalam kumpulan dengan penyakit kronik termasuk
artritis, penyakit kardiovaskular, kanser dan kencing manis Kemurungan juga dikaitkan
dengan sebuah negara radang dan hasil miskin dalam mereka yang mempunyai penyakit
jantung dan kencing manis. Bagi penyakit kronik lain, terdapat kecenderungan bagi pakar
perubatan untuk mengada-adakan tanda-tanda kemurungan dalam subjek obesiti kepada
keadaan fizikal pesakit, mungkin membawa kepada pengiktirafan di bawah dan pada
masa-masa, pengurusan tidak sesuai kemurungan. Oleh itu, isu-isu kesihatan mental
subjek kronik gemuk perlu dipertimbangkan dengan teliti, didiagnosis dan dirawat
dengan sewajarnya.
-
11
Peningkatan tahap obesiti mempunyai kesan yang besar kepada kesihatan fizikal,
mental, psikososial dan ekonomi pesakit. Ini akan memberi kesan kepada kesihatan
pesakit yang berkaitan dengan kualiti kehidupan. Di samping itu, dari perspektif pesakit,
kualiti kehidupan boleh dikatakan sebagai salah satu sebab yang paling penting untuk
mencari apa-apa intervensi perubatan. Ia telah dianggarkan bahawa obesiti mempunyai
kesan negatif yang lebih besar pada kualiti hidup daripada 20 tahun penuaan. Kesan
negatif dalam kualiti kehidupan masih berkekalan walaupun mengambil kira demografi,
tabiat kesihatan, keadaan perubatan dan kemurungan.
Selain itu, wabak obesiti mengakibatkan kesan-kesan terhadap beban ekonomi.
Obesiti sememangnya memberikan harga yang besar ke atas individu berlebihan berat
badan, yang membawa kepada keadaan kesihatan kronik yang serius, kecacatan dan
penderitaan psikologi. Dalam masyarakat ini, beban ekonomi yang dijadikan oleh obesiti
juga sama ketara, tindakan pencegahan segera amat diperlukan daripada syarikat insurans
kesihatan, perniagaan, kerajaan dan pihak lain yang berkaitan.
Penggubal polisi telah lama menerima bahawa campur tangan awam amat sesuai
apabila akibat keputusan individu dikenakan ke atas orang lain (merupakan sebagai
eksternaliti dalam bidang ekonomi) membawa kesan yang ketara kepada masyarakat
secara keseluruhan. Kesan-kesan kesihatan yang negatif daripada asap rokok terpakai
adalah contoh yang baik luaran ditangani dengan campur tangan kerajaan. Obesiti
mengenakan kos luaran yang besar ke atas masyarakat melalui perbelanjaan penjagaan
kesihatan dan bayaran untuk kecacatan dikumpulkan melalui insurans kesihatan
kumpulan dan program awam.
Di samping itu, obesiti juga membawa kesan yang ketara dalam aspek
perbelanjaan dalam penjagaan kesihatan negara. Bukti-bukti boleh didapati daripada kos-
kos daripada obesit yang besar terhadap individu dan masyarakat. Di peringkat individu,
kos penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan obesiti dianggarkan sebanyak purata 40
peratus di atas mereka untuk individu yang mempunyai berat badan yang normal. Secara
keseluruhan, kos langsung dan tidak langsung ekonomi yang berkaitan dengan obesiti
melebihi $ 100 bilion setahun dan jumlah itu dijangka akan berkembang pada masa
depan. Walaupun statistik ini yang menenangkan, kesan penuh dengan trend obesiti sejak
-
12
tahun 1980-an masih belum dijelaskan sepenuhnya kerana masalah kesihatan yang
disebabkan oleh berat badan mengambil masa untuk dikenal pasti.
Selain itu, wabak obesiti juga dikaitkan dengan tempat kerja. Memandangkan
beban kewangan yang ketara yang dikenakan oleh obesiti, majikan juga memainkan
pernanan yang penting dalam mengurangkan obesiti dalam tenaga kerja. Pekerja yang
gemuk kurang hadir lebih banyak hari kerja dan kos majikan berlebihan dalam tuntutan
perubatan dan hilang upaya dan juga tuntutan pampasan pekerja. Hasilnya, sebuah firma
rata-rata dengan 1,000 pekerja menghadapi $ 285,000 setiap tahun dalam kos tambahan
yang berkaitan dengan obesiti. Selain kos obesiti kepada perniagaan, pekerja gemuk
adalah tertakluk kepada diskriminasi yang ketara di tempat kerja disebabkan oleh berat
stigma. Oleh itu, kita boleh nampak betapa ketaranya kesan-kesan yang diakibatkan oleh
wabak obesiti terhadap ekonomi dalam satu masyarakat.
Kesimpulannya, wabak obesiti membawa banyak kesan yang ketara terhadap
individu-individu dan masyarakat kita. Individu-individu yang mempunyai obesiti
berpeluang tinggi menghadapi penyakit-penyakit dari segi fizikal dan mental. Penyakit-
penyakit yang diakibatkan oleh wabak obesiti akan mengurangkan jangka hayat
seseorang dan hal ini merupakan kejadian yang harus diambil perhatian. Selain itu, wabak
obesiti juga menyebabkan beban dalam aspek ekonomi sebuah masyarakat, yang mana
perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan masyarakat yang mengalami obesiti perlu
ditingkatkan. Kos-kos yang diambilkan untuk mengendalikan wabak obesiti boleh
digunakan di aspek lain, seperti pendidikan, jikalau masyarakat berhidup dengan sihat
dan mengurangkan wabak obesiti dalam kalangan masyarakat.
Hubungkait antara Obesiti dengan Penyakit tidak Berjangkit
Penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease, NCD) merupakan penyakit
yang tidak memerlukan vektor atau perantaraan seperti virus. Dua ciri utama penyakit
tidak berjangkit adalah tempoh sakit yang lama dan sebab penyakit yang kompleks.
Penyakit ini yang juga dikenali sebagai penyakit kronik, sekali diserang, ia akan kekal
sepanjang hayat dan memerlukan disiplin pengurusan ketat yang membabitkan ubat-
ubatan dan perubahan gaya hidup.
-
13
Berikut adalah senarai contoh penyakit tidak berjangkit
1. Obesiti
2. Kencing Manis
3. Penyakit Jantung
4. Tekanan Darah Tinggi
5. Barah/Kanser (semua jenis)
6. Penyakiy Paru-Paru
7. Cihorsis Hati
8. Penyakit Buah Pinggang
9. Alzheimer
10. Batu Karang
11. Athma (semput), Resdung
12. Penyakit-penyakit Genetik
13. seperti: Fibrosis Sistol
14. Penyakit autoimun
15. seperti: Arthritis Sendi
16. Penyakit kekurangan zat
17. seperti: Beri beri, Anemia
(kekurangan zat besi)
18. Penyakit gangguan mental
19. atau neurologik seperti:
Schizophrenia
Terdapat dua punca utama yang menyebabkan berlakunya penyakit tidak berjangkit, iaitu
keturunan atau genetik dan gaya hidup tidak sihat.
Kesan Global Penyakit tidak Berjangkit
Ancaman dan beban global yang dibawa oleh penyakit tidak berjangkit telah
menjadi cabaran utama abad ke-21 ini. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), daripada 57 juta kematian yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 2008, 36
juta (63%) kematian adalah akibat daripada penyakit tidak berjangkit, ia termasuk
penyakit kardiovaskular (48%), kanser (21%), penyakit kronik paru-paru (12%) dan
kencing manis (3.5%). Hampir 80% kematian yang disebabkan oleh penyakit tidak
berjangkit berlaku di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. WHO
meramalkan bahawa jika keadaan ini berterusan, pada tahun 2030, bilangan kes kematian
penyakit tidak berjangkit akan meningkat kepada 55 juta daripada 36 juta. Graf 1
menunjukkan jumlah kes kematian yang berlaku di seluruh dunia akibat kecederaan,
penyakit tidak berjangkit dan penyakit berjangkit, penyakit berkaitan dengan ibu serta
-
14
penyakit nutrisi. Graf ini menunjukkan bahawa penyakit tidak berjangkit adalah penyebab
utama kes kamatian.
Graf 1 Jumlah kes kematian yang berlaku di seluruh dunia mengikut kawasan dan taraf
pendapatan pada tahun 2010 (WHO, 2012)
Penyakit tidak berjangkit bukan sahaja membawa kesan buruk kepada seseorang,
malah ia menghalang pembangunan sesebuah negara. Kos rawatan yang tinggi dan
tempoh rawatan yang panjang bagi penyakit kardiovaskular, kanser, kencing manis,
penyakit paru-paru dan penyakit kronik yang lain menyebabkan seseorang menghadapi
masalah kewangan. Kehilangan upaya untuk mencari nafkah juga memaksa berjuta-juta
orang mengalami kemiskinan setiap tahun.
Bagi negara-negara yang berpendapatan rendah, peningkatan kes penyakit tidak
berjangkit membebankan kerajaan mereka untuk membekalkan perkhidmatan kesihatan
dan menampung kos rawatan. Dengan ini, penyakit tidak berjangkit mengancam
kemajuan ke arah Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB), iaitu membasmi kemiskinan dan kebuluran.
Akhir kata, penyakit tidak berjangkit telah menghalang pembangunan sosial dan
ekonomi di seluruh dunia.
-
15
Tindakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Pada tahun 2000, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperkenalkan
Pelan Tindakan 2008-2013 Strategi Global bagi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak
Berjangkit. Objektif utama pelan tindakan ini adalah mengurangkan kematian pra matang
yang disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit dan menambahbaik kualiti hidup rakyat di
seluruh dunia. Pelan tindakan ini dirancang untuk memberi garis panduan dalam
pengawasan, pencegahan dan pengurusan NCD di kalangan negara anggota, WHO dan
masyarakat antarabangsa.
Berikutan dengan Pelan Tindakan 2008-2013 Strategi Global bagi Pencegahan
dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, pada tahun 2012, satu lagi pelan tindakan yang
berasaskan Pelan Tindakan 2008-2013 Strategi Global bagi Pencegahan dan Kawalan
Penyakit Tidak Berjangkit diperkenalkan. Matlamat pelan tindakan 2013-2020 ini adalah
untuk mencapai pengurangan 25% kematian pra matang yang disebabkan oleh NCD pada
tahun 2025.
Obesiti dengan Penyakit tidak Berjangkit
Graf 2 Kadar pesakit obesiti menghadapi penyangkit tidak berjangkit adalah jauh lebih
tinggi daripada orang biasa
00.5
11.5
22.5
33.5
44.5
5
Gan
daa
an
Peyakit Tidak Berjangkit
-
16
Obesiti merupakan asas kepada kebanyakan penyakit tidak berjangkit. Kadar
pesakit obesiti menghadapi penyangkit tidak berjangkit adalah jauh lebih tinggi daripada
orang biasa. Graf 2 menunjukkan kadar pesakit obesiti menghadapi penyakit tidak
berjangkit berbanding dengan orang normal.
a) Obesiti dengan Penyakit Kencing Manis (diabetes) dan Tekanan Darah Tinggi
Obesiti, penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi adalah saling
berhubung-kait dalam sistem metabolik. Oleh itu, risiko pesakit obesiti menghidap
diabetes dan tekanan darah tinggi meningkat dua ke tiga kali ganda berbanding dengan
orang normal.
Penyakit obesiti boleh menganggu sistem metabolik badan seseorang supaya
bertindak balas dengan sepatutnya. Pesakit obesiti mengalami paras insulin sentiasa tinggi
tetapi menghadapi insulin resistance iaitu suatu keadaan di mana insulin tidak dapat
berfungsi dengan baik selepas makan. Oleh sebab penyakit kencing manis terjadi akibat
kegagalan hormon insulin untuk menguraikan molekul glukosa selepas makan, pesakit
obesiti yang menghadapi rembesan hormon insulin berkurangan selepas makan
mempunyai risiko tinggi untuk menghadapi penyakit kencing manis. Fenomena
pembentukan gula dalam darah mudah terjadi bagi pesakit obesiti. Selain itu, kajian juga
menunjukkan sel badan pesakit obesiti kurang insulin reseptor, ini boleh menyebabkan
kenaikan risiko penyakit kencing manis.
Punca utama tekanan darah tinggi adalah rintangan insulin yang tinggi pada
sindrom metabolik pesakit obesiti. Kesan rintangan insulin ini menghasilkan lemak
trigleserida (TG) tinggi dan rendah lemak High-density lipid (HDL). Tekanan darah tinggi
berlaku apabila dinding saluran arteri mengeras akibat daripada mendakan plak dan
lemak, iaitu arterosklerosis. Arterosklerosis juga boleh menyebabkan kerosakan dan
pembengkakkan dinding kapilari darah yang menyempitkan aliran darah. Dengan ini,
kerosakkan organ seperti buah pinggang, jantung dan otak boleh berlaku. Di sampling
itu, kepekatan insulin yang tinggi meningkatkan kekerapan penerapan ion natrium, ini
menggalakkan pembentukan darah tinggi.
-
17
Apabila berat badan diturunkan, aliran darah akan menjadi lebih sistematik, output
jantung yang normal dapat mengurangkan tekanan darah. Kajian menunjukkan penurunan
sebanyak 10% daripada berat badan dapat menurunkan 20 mmHg tekanan darah sistolik
dan 10 mmHg tekanan darah diastolik.
b) Obesiti dengan Penyakit Jantung
Obesiti disebabkan oleh pengumpulan lemak atau kolesterol di pelbagai bahagian
tubuh badan seseorang. Pengumpulan kolesterol pada salur darah menyebabkan
penebalan dinding arteri dan seterusnya menyekat pengaliran darah. Keadaan ini
menyebabkan jantung untuk bekerja keras untuk mengepam darah yang secukupnya ke
seluruh badan dan akhirnya mengakibatkan penyakit jantung. Lebih teruk lagi, kejadian
angina dan kematian mengejut boleh berlaku apabila salur darah (kardiovaskular)
tersumbat akibat timbunan lemak. Selain itu, strok berlaku apabila bahagian otak
seseorang tidak mendapat oksigen kerana gangguan bekalan darah ke bahagian-bahagian
otak yang disebabkan oleh salur darah tersumbat. Keadaan ini boleh membawa kematian
atau lumpuh separuh badan. Kepekatan lipid darah yang tinggi merupakan punca kepada
penyakit jantung koronari. Penyelidikan menunjukkan bahawa jika mengekalkan berat
badan yang ideal, kejadian penyakit kardiovaskular dan kegagalan jantung kongestif
dapat dikurangkan.
Tubuh badan yang besar juga akan meningkatkan beban kerja jantung untuk
mengepam darah ke seluruh jaringan tubuh. Keterlaluan kerja jantung meningkatkan
risiko penyakit jantung pesakit obesiti. Fenomena sesak nafas dan pembesaran jantung
dengan ini sering berlaku pada pesakit obesiti.
Di samping itu, lemak yang terkumpul di sekitar tisu jantung mengurangkan
fungsi jantung dan seterusnya mengurangkan output jantung setiap rentak. Pergerakan
pesakit obesiti dengan ini dihadkan kerana kelemahan jantung kerana sukan dan aktiviti
cergas menyebabkan mereka mengalami asma, debaran jantung, berpeluh dan pening
embolisme.
-
18
c) Obesiti dengan Penyakit Paru-paru
Kegemukan yang serius akan menyebabkan disfungsi pengudaraan atau
pernafasan, sejenis penyakit khas jantung paru-paru (hypoventilation). Sindrom penyakit
ini termasuk susah nafas, kadar jantung yang pesat atau aritmia, mudah letih dan lesu.
Secara amnya, pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian toraks dan perut
mengehadkan aktiviti pernafasan. Penimbunan lemak di dinding perut dan mesenteri
dapat menekan paru-paru sehingga meningkatkan kedudukan diafragma dan seterusnya
mengurangkan kapasiti paru-paru yang boleh menjejaskan fungsi diastolik. Dengan
penurunan keupayaan alveolar untuk bertukar-tukar gas oksigen dan karbon dioksida, sel-
sel darah mengalami kekurangan gas oksigen malah penyimpanan karbon dioksida
berlaku. Ini menjejas sistem saraf pusat dan mengakibatkan pesakit obesiti mudah
mengalami sesak nafas dan debaran jantung. Lebih teruk lagi, gangguan pernafasan ini
boleh berlaku semasa tidur dan menyebabkan terhentinya pernafasan untuk sementara
waktu (tidur apneu). Fenomena ini boleh menyebabkan pesakit obesiti mengantuk pada
waktu siang dan kegagalan jantung. Oleh sebab itu, permintaan oksigen bagi pesakit
obesiti adalah 30-40% lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai berat badan normal.
d) Obesiti dengan Penyakit Sendi
Pesakit obesiti memerlukan kekuatan sendi yang lebih besar untuk menanggung
berat badan. Ini memberikan tekanan tambahan ke atas lutut, pinggul dan sendi belakang
pesakit dan juga menghauskan tulang rawan perlindungan mereka yang seterusnya boleh
mengakibatkan osteoarthritis. Penuaan sendi dan kecederaan sendi lebih mudah berlaku
pada pesakit obesiti. Gejala-gejala lain penyakit sendi termasuk ngilu pada sendi dan
pembengkakan bahagian sendi.
Selain itu, pesakit obesiti juga mempunyai kecenderungan untuk mendapat gout.
Gout berlaku apabila asid urik berkumpul dalam darah. Hujung saraf yang sensitif
menyebabkan mereka yang membawa berat badan tambahan mengalami kesakitan teruk
pada bahagian sendi.
-
19
e) Obesiti dengan Kerosakan Organ Dalaman
Pengumpulan lemak yang berlebihan di hati (fatty liver) boleh menyebabkan
kerosakan hati akibat hati menjadi keras dan tidak berfungsi. Hati berfungsi untuk
menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak trigliserid yang boleh digunakan oleh
tubuh badan untuk tenaga dan pembentukan sel baru. Dalam kes hati berlemak, jumlah
lemak yang diproses melebihi keperluan badan dan seterusnya mengakibatkan banyak
lemak trigliserid disimpan dalam sel hati. Saiz hati boleh bertambah tiga kali ganda
daripada saiz normal dalam kes yang serius. Pemakanan yang berlebihan atau
berkolesterol tinggi bukan sahaja mengakibatkan seseorang mengalami obesiti, malah ia
membebankan hati dan mewujudkan pengumpulan lemak di sel-sel hati.
Kegagalan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi kepada organ-organ
badan yang disebabkan oleh pengumpulan lemak di salur darah juga menyebabkan
kerosakan organ kerana kekurangan bekalan oksigen. Lemak berlebihan boleh
mengganggu fungsi pankreas untuk menghasilkan insulin yang mengawal paras gula
dalam darah dengan mempengaruhi sistem hormon dalam tubuh badan seseorang.
Pengumpulan lemak di perut akan meningkatkan tekanan vena di bahagian ginjal.
Keadaan ini menyebabkan penukaran aliran darah dalam ginjal dan akhirnya berlaku
kegagalan ginjal seseorang.
Kesimpulan
Penyakit obesiti berbahaya kepada kesihatan manusia kerana ia merupakan asas
kepada kebanyakan penyakit tidak berjangkit. Penyakit tidak berjangkit adalah sebab
utama kematian pra matang dan ia membawa impak yang besar kepada sosioekonomi
sedunia. Oleh itu, kerjasama sedunia adalah penting dalam pencegahan penyakit obesiti
dan penyakit tidak berjangkit yang lain.
-
20
Rujukan
Faith, M.S., Kral, T.V.E., 2006. Social Environmental and Genetic Influences on Obesity
and Obesity-Promoting Behaviors: Fostering Research Integration [WWW
Document]. URL http://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK19935/ (accessed
4.27.14).
Fatin Hafizah Mohd Shahar (2014, Jan 1). Penyakit tidak berjangkit ancaman baru. Berita
Harian. Retrived April 6, 2014, from
http://www.bharian.com.my/articles/Penyakittidakberjangkitancambaru/Article/
John B. Dixon, 2010. The effect of obesity on health outcomes. Molecular and Cellular
Endocrinology Volume 316, Issue 2, 25 March 2010, Pages 104108
Lin, W.Y., Yao,C.A., and Wang, H.C. (2006). Impaired lung function is associated with
obesity and metabolic syndrome in adults.Obesity. 09, 1654-1661.
Maes, H.H., Neale, M.C., Eaves, L.J., 1997. Genetic and environmental factors in relative
body weight and human adiposity. Behav. Genet. 27, 325351.
Martinez-Gonzalez, M.A., Martinez, J.A., Hu, F.B., Gibney, M.J., Kearney, J., 1999.
Physical inactivity, sedentary lifestyle and obesity in the European Union. Int. J.
Obes. 23, 11921201. doi:10.1038/sj.ijo.0801049
National Institutes of Health, 2014. What Are the Health Risks of Overweight and
Obesity? Department of Health and Human Services,USA. Retrieved from
http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/obe/risks.html
Public Health England, 2014. The Impact of Obesity. Retrieved from
http://www.noo.org.uk/LA/impact
Rudd Center, 2013. Economic Impact of Obesity. Retrieved from
http://www.yaleruddcenter.org/what_we_do.aspx?id=82
Terrence P McGarty (2010). Obesity and Type 2 Diabetes: Cause and Effect. New Jersey:
The Telmarc Group.