Transcript

Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya tahan otot, kuasa, fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.

Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:

Pendaratan

Statik

Gerak edar

Putaran

Hamburan

Ayunan


Top Related