Download - Forum Lengkap

Transcript
Page 1: Forum Lengkap

Teks Forum Lengkap

Pengerusi : Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam

Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada hadirin

hadirat yang hadir sekalian.

Warga dewan sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Tuhan kerana dengan izin serta limpah kurnia

daripada-Nya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang forum

bersama saya Mohd Kashful Anuar Bin Joni pada pagi yang sungguh

indah ini.

Hadirin sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita

pada hari ini, izinkan saya untuk memberi mukadimah bagi tajuk forum

kita pada hari ini iaitu “Wajib Lulus Sejarah Dalam SPM Untuk Layak

Dapat Sijil”. Topik yang bakal kita bincangkan pada kali ini merupakan

satu pengumuman terbaru dan terhangat yang menjadi buah mulut

semua warga pendidik dan juga pelajar. Pada 23 Oktober 2010 yang

lalu, Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun

membuat pengumuman bahawa sejarah akan dijadikan subjek wajib

lulus untuk mendapat sijil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) mulai tahun 2013. Pengumuman tersebut diumumkan semasa

beliau menyampaikan ucapan penggulungan semasa Perhimpunan

Agung UMNO ke-61.

Baiklah, sekarang kita sudah pun mendapat sedikit gambaran mengenai

isu yang kita bakal bincangkan sebentar sahaja lagi. Orang kata, tak

kenal maka tak cinta. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih

mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan 4 orang ahli

Page 2: Forum Lengkap

panel kita pada hari ini yang kesemuanya terdiri daripada wanita-wanita

yang cantik-cantik belaka. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga

dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari

ini.

Pengerusi :Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, Professor Madya

Rebecca Nira yang merupakan profesor dari Jabatan Sejarah Universiti

Malaya (UM). Apa khabar saudari?

Profesor : Khabar baik, tuan pengerusi.

Pengerusi : Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung Cik Chuah Qin Ying

yang kini memegang jawatan sebagai ketua panitia dari Sekolah

Menengah Kebangsaan Anchi. Selamat datang saudari.

Panitia :Terima kasih, tuan pengerusi.

Profesor :Di sebelah kiri saya pula Puan Lee Kar Yan yang merupakan Pengerusi

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Asajaya.

Selamat datang saya ucapkan kepada saudari.

PIBG :Terima kasih, tuan pengerusi.

Pengerusi :Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari Pui

Chin Yee yang merupakan wakil pelajar dari Sekolah Menengah

Kebangsaan Saint Elizabeth. Selamat datang juga buat saudari.

Pelajar : Ya, terima kasih tuan.

Pengerusi : Sebelum saya menyimpang terlebih jauh, maklumlah saya ini orangnya

sangat suka bercakap, soalan saya pada panel pertama, apakah

pendapat professor mengenai penyataan yang telah dikemukakan oleh

Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebut berkaitan dengan wajib lulus bagi

subjek Sejarah untuk layak mendapatkan sijil?

Profesor : Terima kasih, tuan pengerusi. Salam sejahtera kepada tuan

Page 3: Forum Lengkap

pengerusi dan juga ahli-ahli panel yang hadir pada hari ini. Seperti yang

kita tahu, berkumpulnya kita semua di sini adalah untuk membincangkan

tentang perkara yang telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri

kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana cadangan tersebut dijangka

akan berkuat kuasa pada tahun depan iaitu tahun 2013. Suka cita saya

nyatakan di sini bahawa saya amat bersetuju dengan rancangan kerajaan

yang mewajibkan mata pelajaran Sejarah lulus dalam peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan para pelajar mendapatkan

sijil SPM mereka. Jika kita lihat statistik peratus pelajar lulus untuk mata

pelajaran Sejarah dalam SPM adalah sangat rendah iaitu,______ jika

hendak kita bandingkan dengan subjek-subjek wajib yang lain seperti

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dengan adanya langkah

seumpama ini, sekurang-kurangnya pihak kerajaan dapat meningkatkan

peratus lulus pelajar-pelajar yang mengambil SPM.

Menurut Pofesor Madya Datuk Dr.Mohamad Hassan, langkah yang

mewajibkan mata pelajaran Sejarah lulus dalam SPM akan menjadikan

pelajar-pelajar bersikap lebih serius dan mengambil perhatian terhadap

subjek itu. Ada rasionalnya mengapa pihak kerajaan mengambil tindakan

sedemikian rupa. Pada pendapat saya, jika pelajar-pelajar yang juga

bakal menjadi peneraju negara kita pada masa yang akan datang buta

sejarah. Kurangnya penghargaan terhadap apa yang negara kita kecapi

pada ketika ini akan berlaku angkara tindakan generasi muda yang tidak

jelas dengan asal-usul negara semenjak dari kita dijajah hinggalah ke

zaman kemerdekaan kini. Bukan itu sahaja, melalui mata pelajaran ini

jugalah para pelajar dapat mengenali asal-usul masyarakat yang

berbilang kaum di negara kita.

Saya juga ingin berkongsi dengan ahli panel yang ada di sini mengenai

kata-kata yang telah dinyatakan oleh Profesor Sosio-linguistik Bahasa

Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Teo Kok Seong

yang menyatakan bahawa penekanan dalam subjek Sejarah oleh

kerajaan adalah tepat pada masanya. Hal ini kerana sebilangan generasi

muda kini semakin buta dengan sejarah negara dan menurut beliau, hal

Page 4: Forum Lengkap

ini telahpun dibuktikan melalui perdebatan beberapa isu seperti kontrak

sosial tersirat dalam perlembagaan negara.

Pada saya, semua pihak amnya dan pelajar khususnya harus menyedari

bahawa mata pelajaran Sejarah ini merupakan subjek yang amat penting

untuk meningkatkan kesedaran kita terhadap perjuangan para pejuang

negara yang sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara

kita daripada dijajah. Bukan itu sahaja, mata pelajaran ini juga dapat

dijadikan medium untuk kita tingkatkan nilai patriotisme dalam kalangan

remaja. Saya berasa terkilan melihat ramai generasi muda kita sekarang

yang masih lagi terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti membakar

bendera negara iaitu Jalur Gemilang, mengubah sesuka hati lirik lagu

Negaraku menjadi Negarakuku. Antara sedar atau tidak, masyarakat

yang berkelakuan sedemikian sedikit sebanyak dipengaruhi oleh

kurangnya pemahaman tentang sejarah negara di mana mata pelajaran

tersebut banyak menerangkan kita tentang susah payah, jerih-perih

pejuang dan pemimpin kita dahulu dalam usaha untuk mendapatkan

negara yang aman seperti zaman sekarang. Saya tegaskan sekali lagi

bahawa saya sangat bersetuju dengan cadangan yang telah diutarakan

oleh pihak kerajaan ini.

Pengerusi :Begitulah ulasan yang diberikan oleh Professor Madya Rebecca Nira

mengenai penyataan yang telah dikemukakan oleh Menteri Pelajaran

kita. Nampaknya, panel kedua kita kelihatan bersemangat sungguh

untuk memberikan pandangan beliau. Baiklah, saudari Cik Chuah Qin

Ying, bagaimana pula persepsi ataupun pandangan saudari selaku

ketua panitia mata pelajaran sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan

Anchi?

Panitia : Saya amat menyokong cadangan kerajaan bahawa mata pelajaran Sejarah

akan dijadikan subjek wajib lulus untuk mendapat sijil di peringkat

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013. Hal ini adalah

kerana semangat cinta tanah air mesti dipupuk dalam kalangan pelajar dan

salah satu caranya adalah melalui mata pelajaran Sejarah. Kisah tragis

Page 5: Forum Lengkap

atau sejarah hitam negara pada masa dulu, jika difahami dengan

mendalam oleh pelajar akan menimbulkan kesedaran kepada mereka

betapa sukarnya hidup masyarakat zaman dulu ketika negara masih

berada di bawah naungan penjajah di samping menyemai rasa cinta

terhadap tanah air. Oleh hal itu, subjek ini perlu ditekankan supaya subjek

itu mampu memberi impak maksimum kepada para pelajar dalam konteks

memahami dan menghayati sejarah negara dan juga peristiwa penting

yang perlu diketahui oleh para pelajar.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita atas lontaran konsep yang utuh

lagi berisi. Seterusnya, bagaimana pula dengan pandangan panel yang

ketiga, iaitu Puan Chuah selaku pengerusi PIBG SMK Asajaya

mengenai penyataan yang telah dikemukakan tersebut?

PIBG : Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi. Saya selaku Pengerusi

Persatuan Ibu Bapa Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya berasa

sangat bertuah dan berbesar hati kerana dapat bersama dengan semua

hadirin pada hari ini. Sesungguhnya, saya memang terkejut apabila

mendengar tentang berita yang Menteri Pendidikan nyatatakan baru-baru

ini.Tidak dapat dinafikan bahawa kita perlu mempelajari sejarah ,

mengetahui asal usul sejarah , namun persoalannya di sini adalah perlunya

sejarah diwajibkan lulus demi mendapat sijil SPM? Adakah tahap

pengetahuan sejarah semata-mata yang diuji dalam peperiksaan? Seperti

yang kita ketahui , format peperiksaan sejarah SPM mempunyai soalan

struktur dan esei yang lebih berfokuskan apa yang ditulis .Oleh itu , pelajar

haruslah memahami dan mengingati fakta yang ada. Calon dikehendaki

menulis jawapan dengan ejaan yang betul dalam masa yang ditetapkan.

Bagi calon yang cemerlang , memanglah hal ini bukan masalah bagi

mereka. Namun kita perlu memikirkan situasi calon yang lemah dalam

penulisan dan juga dalam menghafal fakta sejarah. Mereka mungkin sudah

berusaha menghafal fakta sejarah tetapi keupayaan menjawab soalan

adalah terhad sekiranya mereka terlupa akan fakta yang telah dihafal.

Mereka yang lemah tidak dapat menyampaikan jawapan yang ingin mereka

sampaikan kerana kurangnya fahaman terhadap soalan tersebut. Oleh itu ,

pada pandangan saya, pengumuman yang mewajibkan sejarah lulus dalam

Page 6: Forum Lengkap

SPM untuk mendapatkan sijil merupakan satu beban bagi calon yang

lemah dan memaksa mereka mengambil jalan lain seperti cubaan meniru

dalam peperiksaan. Secara kesimpulannya, saya tidak menyokong perkara

yang diusulkan oleh timbalan perdana menteri kita.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel ketiga atas pandangan yang amat bernas

sebentar tadi. Sememangnya setiap individu panel mempunyai

pendapat ataupun komen yang berlainan mengenainya. Baiklah, ahli

panel kita yang keempat iaitu saudari Pui Chin Yee selaku pelajar,

sudah semestinya mereka mempunyai pendapat mereka sendiri

mengenai perkara ini. Apakah pandangan saudari selaku wakil pelajar

dari Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Elizabeth berkaitan dengan

perkara ini.

Pelajar : Selamat pagi Tuan Pengerusi dan ahli panel sekalian, saya amat

berbangga dapat berkongsi pendapat mengenai isu yang dibangkitkan

pada hari ini. Seperti yang diketahui umum, Timbalan Perdana Menteri,

yang juga Menteri Pendidikan kita iaitu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah

mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus

di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013. Pada

pendapat saya, keputusan ini merupakan satu beban kepada murid dan

pengumuman tersebut telah mengecewakan dan memeranjatkan para

pelajar, terutama pelajar yang akan mengambil SPM pada tahun depan.

Selain itu, beliau juga mengumumkan bahawa mata pelajaran Sejarah

akan dijadikan subjek teras di sekolah rendah mulai 2014. Sejarah

merupakan satu saluran atau medium untuk membangkitkan semangat

patriotisme dan semangat cinta akan negara dalam kalangan murid,

namun apabila subjek Sejarah dijadikan sebagai subjek yang harus lulus

dalam ujian semata-mata tanpa memahami kandungan maka para pelajar

akan mempelajari dan menghafal fakta Sejarah untuk lulus dalam SPM

agar layak mendapat sijil. Tujuan utama subjek ini diperkenalkan pula

akan dilupakan dan ditepikan oleh pelajar kerana bagi mereka menghafal

Page 7: Forum Lengkap

adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan diri daripada gagal dalam

hidup.

Pengerusi : Terima kasih saya ucapkan kepada panel yang keempat. Kita telah pun

mendengar pelbagai pandangan dan persepsi yang berlainan daripada

setiap ahli-ahli panel kita mengenai penyataan tersebut. Kesemua

pandangan yang telah diberikan tidak salah, kerana ianya merupakan

pendapat bagi setiap individu, tentang apa yang mereka rasa mengenai

perkara ini.

Seterusnya, di sini, saya ingin mengajukan soalan kepada profesor

berikutan wujudnya masalah ada dalam kalangan pelajar yang tidak

minat mata pelajaran sejarah ini, apakah cara ataupun inisiatif yang

profesor rasakan dapat dipraktikkan dan dilaksanakan bagi memupuk

minat pelajaran dalam subjek ini? Dipersilakan.

Profesor : Seperti yang kita tahu, mata pelajaran Sejarah ini merupakan satu mata

pelajaran yang berbentuk abstrak dan semua isi kandungannya adalah

fakta yang tidak boleh ‘digoreng’ jawapannya semasa menjawab kertas

ujian. Saya juga merupakan seorang pelajar suatu ketika dahulu di mana

saya pernah mengalami perkara yang kebanyakan pelajar rasai. Tidak

dapat dinafikan bahawa subjek abstrak seperti ini amatlah membosankan

tambahan pula dengan cara pengajaran guru yang hanya menggunakan

buku teks sebagai bahan bantu mengajar, dan kaedah ‘chalk-and-talk’

sebagai kaedah pengajaran untuk sepanjang tempoh pengajaran

sehinggalah seseorang pelajar itu tamat persekolahan.

Jika pada zaman dahulu, kaedah seperti ini masih dapat diterima

memandangkan teknologi yang ada masih belum mencukupi untuk para

guru gunakan untuk mengajar subjek seperti ini. Namun, negara kita

sudah pun mencapai tahap negara membangun, di mana kemahiran

teknologi yang kita ada sudah semakin maju dan hampir setaraf dengan

negara membangun yang lain seperti negara Brunei dan negara

Page 8: Forum Lengkap

Singapura. bagi saya, tenaga pengajar di negara kita juga sudah

tentunya mempunyai ‘basic knowledge’ mengenai ICT.

Oleh itu, terdapat beberapa cara yang guru-guru boleh aplikasikan dalam

pengajaran. Contohnya, guru boleh menggunakan kaedah pengajaran

berasaskan komputer dalam usaha untuk memperkenalkan para pelajar

mengenai tokoh-tokoh sejarah yang terdapat dalam sukatan pelajaran

sejarah. Bukan itu sahaja, guru-guru juga boleh menggunakan kaedah

audio-visual yang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti video,

dan tayangan gambar. Sebagai contoh, guru boleh membantu pelajar-

pelajar memahami dan menghayati erti sebuah kemerdekaan dengan

membawa pelajar menonton filem yang berkaitan dengan perjuangan

para pejuang kita seperti Bukit Kepong dan Leftenan Adnan.

Saya rasa tidak sukar untuk guru mendapatkan sumber-sumber seperti

itu kerana teknologi yang ada sudah cukup untuk membantu guru

mendapatkan bahan-bahan yang dikehendaki. Guru-guru boleh juga

melibatkan para pelajar dalam pengajaran mereka di mana guru boleh

meminta para pelajar melakonkan peristiwa-peristiwa bersejarah

berdasarkan tajuk-tajuk yang diajar. Terdapat pelbagai jenis lakonan

yang dapat digunakan dalam pengajaran seperti pantomin dan drama.

Kaedah seperti ini dapat menggantikan kaedah ‘chalk-and-talk’ yang

guru-guru biasa gunakan. Bak kata pepatah, sambil menyelam, minum

air. Selain daripada membantu para pelajar meningkatkan minat dan

pemahaman dalam mata pelajaran sejarah, guru juga dapat memupuk

semangat kerjasama antara murid dan hal ini sekaligus membuatkan

para pelajar semakin minat belajar kerana mereka juga turut

menyumbang tenaga dan usaha dalam pengajaran dan pembelajaran

subjek sejarah.

Perbincangan juga dapat dilaksanakan sama ada antara guru dengan

pelajar ataupun antara pelajar dengan pelajar. Dengan adanya

perbincangan semasa mempelajari sejarah, nescaya topik yang diajar

akan dapat difahami dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan

kaedah guru yang hanya menyampaikan pengajaran dan pelajar hanya

Page 9: Forum Lengkap

mendengar isi yang disampaikan. Kaedah brainstorming iaitu kaedah

penyelesaian konflik juga dapat digunakan untuk mencungkil pemikiran

pelajar agar mereka dapat memberikan pendapat mereka dalam tajuk-

tajuk tertentu.

Akhir sekali, pengajaran berasaskan komputer juga dapa diselitkan dalam

sesi pengajaran sejarah. Memandangkan semua sekolah telah pun

dibekalkan dengan peralatan komputer oleh kerajaan, jadi saya rasa tidak

salah untuk guru-guru sejarah mengaplikasikan penggunaan komputer

dalam pengajarannya. Melalui kaedah seperti ini, sudah tentulah para

guru yang mengajar menggunakan komputer perlu mempunyai maklumat

dan sumber yang bersesuai dengan topik yang diajar.

Pengerusi : Terima kasih saya ucapkan kepada profesor. Pelbagai cara yang telah

dikemukakan oleh profesor untuk memupuk minat dalam kalangan murid

terhadap mata pelajaran Sejarah. Baiklah, sekarang kita beralih pula

kepada panel yang kedua. Cik Chuah Qin Ying, selaku ketua panitia dan

guru subjek Sejarah, apakah teknik, kaedah, pendekatan ataupun strategi

yang boleh dilakukan bagi menjadikan pembelajaran subjek Sejarah satu

pembelajaran yang menarik?

Panitia : Pendidikan merupakan satu syarat asas untuk meneruskan serta

mengekalkan sesuatu kebudayaan. Maka dengan ini sekolah menjadi

salah satu agen sosialisasi dan juga merupakan alat bagi menguatkan

kawalan sosial. Masalah sukar mengingat fakta sejarah perlu diatasi

kerana ia akan menjadi halangan untuk mendapatkan pencapaian yang

lebih tinggi dalam mata pelajaran sejarah. Sebagai seorang pendidik,

guru boleh menggunakan kaedah mneumonik. Kaedah mneumonik ialah

satu kaedah yang boleh membantu ingatan pelajar dengan mengaitkan

sesuatu bahan atau rangkai kata berdasarkan huruf-huruf pangkal untuk

diingat dengan sesuatu yang bermakna kepada pelajar itu.

Pengerusi : Pandangan yang cukup bernas dan sememangnya boleh diaplikasikan

dalam pengajaran subjek ini. Baiklah, seterusnya saudari panel ketiga

iaitu Puan Lee Kar Yan. Pada pendapat saudari, apakah kelemahan

Page 10: Forum Lengkap

ataupun masalah yang saudari panel rasakan yang berlaku dalam

pengajaran mata pelajaran sejarah ini di sekolah?

PIBG : Saya selaku seorang ibu kepada seorang pelajar perempuan yang kini

berada di Tingkatan 4 kerap mendengar raguan anak berkenaan sejarah itu

membosankan dan banyak fakta sejarah yang perlu dihafal. Namun , apa

yang anak saya kesalkan ialah fakta yang dihafal tidak ditanya dalam

peperiksaan malah apa yang tidak dihafal pula yang kebanyakannya disoal.

Pada pendapat saya, masalah ini mungkin berpunca daripada kaedah

pengajaran guru sejarah. Biasanya , pengajaran sejarah adalah berpusatkan

guru serta mementingkan kaedah hafalan manakala penglibatan pelajar

kurangnya dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh

sebab itu , mereka tidak dapat menerima apa yang guru ingin sampaikan

dan akhirnya hilang minat terhadap sejarah dan secara automatic mereka

menganggap sejarah amat membosankan. Pada persepsi saya, kaedah

pengajaran guru boleh diperbaiki dengan mempelbagaikan teknik mengajar ,

misalnya penggunaan ICT , peta minda , tayangan video clip atau lawatan

sambil belajar. Saya percaya sekiranya teknik pengajaran guru berubah

serta semakin inovatif dan kreatif , para pelajar akan lebih mudah

mempelajari sejarah dan meminati subjek tersebut. Pada masa itu , barulah

kita boleh mempertimbangkan sama ada sejarah wajib atau tidak lulus dalam

SPM untuk mendapatkan sijil.

Pengerusi : Adakah saudari Pui Chin Yee selaku pelajar sekolah mempunyai

masalah untuk mempelajari subjek sejarah? Berikan ulasan dan sebab

mengapa saudari berpendapat sedemikian.

Pelajar : Sebagai salah seorang pelajar, saya membantah cadangan yang

mewajibkan subjek Sejarah lulus dalam SPM untuk layak mendapat sijil. Hal

ini kerana, pelajar akan terasa terbeban kerana mereka perlu mempelajari

Sejarah dengan lebih lagi untuk lulus dalam ujian. Lama-kelamaan, pelajar

akan terlalu bersikap exam-oriented iaitu belajar hanya untuk lulus. Sejarah

merupakan satu subjek yang membolehkan kita mengenali asal usul

sesuatu perkara dan belajar dari kesilapan yang telah dilakukan pada masa

lampau. Namun murid rajin menghafal fakta dalam buku teks kerana

Page 11: Forum Lengkap

mereka lebih mementingkan lulus dalam Sejarah. Secara tidak langsung

mereka mengabaikan tujuan sebenar mempelajari Sejarah. Izinkan saya

berbicara seketika lagi. Sejarah telah menjadi satu subjek yang tidak

diminati oleh pelajar disebabkan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran

Sejarah yang membosankan. Banyak pelajar juga mengadu bahawa

mereka menghadapi masalah untuk memahami dan mengingati fakta serta

perkara yang diajar dalam Sejarah. Cikgu juga menghadapi kekangan dari

segi masa untuk menghabiskan silibus Sejarah. Cikgu akan sepintas lalu

mengajar tajuk dalam silibus sejarah untuk menghabiskan silibus manakala

pelajar pula akan belajar berdasarkan nota yang diberi supaya mereka

dapat menjawab soalan dalam ujian. Pembelajaran Sejarah telah diwajibkan

hanya dalam peperiksaan sedangkan nilai yang dipelajari tidak

dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Kebanyakan pelajar hanya

menghafal fakta sejarah tanpa memahami dan menghayatinya. Kebanyakan

pelajar belajar sejarah hanya untuk lulus! Mungkin juga kebanyakan pelajar

tidak tahu kenapa perlunya dan matlamat sebenar subjek sejarah itu diajar.

Mungkin pada pendapat mereka, sejarah diajar dan wajib dipelajari kerana

guru memaksa mereka lulus dalam subjek tersebut. Selain itu, pelajar juga

akan beranggapan bahawa mereka harus cemerlang agar peratusan lulus

sejarah kekal 100%.

Pada pendapat saya, Sejarah penting dalam kehidupan seharian dan wajar

diwajibkan sekiranya rentetan peristiwa sejarah itu sendiri difahami dan

dihayati; bukan untuk diwajibkan lulus dalam ujian dan mendapat A+

semata-mata hanya untuk mendapatkan sijil SPM.

Pengerusi : Terima kasih saya ucapkan atas ulasan yang telah saudari berikan. Di

sini kita telah sedia maklum setelah mendengar daripada ahli-ahli panel,

masalah-masalah yang dihadapi dalam mempelajari subjek ini

khususnya kepada individu pelajar dan apakah yang boleh dilakukan

oleh pihak sekolah dan guru dalam membendung dan menjadikan

subjek sejarah ini salah satu subjek yang menarik dan seronok untuk

dipelajari.

Page 12: Forum Lengkap

Secara keseluruhannya, adakah saudari setuju ataupun menyokong

dengan penyataan yang telah dikemukakan oleh Menteri pelajaran kita?

Profesor : Kesimpulan yang dapat saya rumuskan di sini ialah cadangan kerajaan

untuk menjadikan subjek sebagai mata pelajaran wajib untuk pelajar

layak mengambil sijil SPM mereka adalah satu tindakan yang wajar.

Seperti yang telah saya jelaskan pada awal tadi, sejarah merupakan

titik permulaan untuk kita mendapatkan sebuah negara yang aman dan

damai seperti sekarang ini. Sekiranya pemahaman generasi muda yang

bakal menjadi peneraju negara begitu cetek, bagaimana mereka dapat

mengekalkan perpaduan negara dan mengenang jasa pejuang kita

pada masa dahulu. Sejarah yang diajar semasa di peringkat sekolah

bukan sahaja mendedahkan tentang sejarah negara kita, tetapi juga

tentang tamadun dan juga tentang penjajahan negara lain terhadap

Tanah Melayu.

Perkara yang paling penting dalam pengajaran sejarah adalah lebih

kepada nilai yang wujud dan juga semangat patriotisme yang ada

dalam diri pelajar selepas mempelajari sejarah. Selain itu, para pelajar

juga dapat mengenal erti perpaduan yang sebenar kerana mereka

diajar untuk menghargai perpaduan yang ada walaupun negara kita

terdiri daripada pelbagai kaum, adat resam dan kepercayaan.

Pengerusi : Bagaimana pula dengan pendapat saudari Cik Chuah? Adakah anda

setuju dengan tindakan tersebut.

Panitia : Seperti yang kita sedia maklum, subjek Sejarah mempunyai kepentingan

tersendiri. Sejarah diajar bukan hanya untuk mengimbau kisah menarik dan

tragis pada masa lalu, tetapi kepentingannya juga menjangkau kepada

usaha menyemai semangat patriotisme yang perlu ada dalam jiwa setiap

warganegara terutamanya para pelajar. Kurangnya rasa cinta kepada

negara dan pengetahuan sejarah yang lemah dalam kalangan masyarakat

akan membawa kesan buruk kepada negara. Perpecahan kaum akibat

ketidakseimbangan ekonomi sehingga mencetuskan huru-hara antara

kaum, bunuh-membunuh dan memecahkan keharmonian masyarakat juga

pernah berlaku di negara kita sehingga kita terpaksa mengenakan perintah

Page 13: Forum Lengkap

berkurung. Semua ini berpunca daripada sikap acuh tak acuh terhadap

sejarah negara. Kita tentunya tidak mahu perkara tersebut berulang. Mana-

mana titik hitam yang pernah tercatat dalam sejarah negara mesti dijadikan

iktibar oleh generasi muda. Para pelajar perlu diperkukuhkan pemahaman

dan pengetahuan sejarah tanah air mereka dengan harapan mereka akan

mengekalkan perpaduan, keharmonian dan semangat cinta akan tanah air.

Oleh yang demikian, adalah wajar golongan yang masih berada di bangku

sekolah didedahkan dengan sejarah. Subjek ini tidak harus diajar dan

dipelajari tetapi pemahaman dan penghayatan mereka terhadap sejarah

mestilah dipertingkat sesuai dengan kehendak semasa dan masa depan

negara.

Pengerusi : Dalam perkara ini, apakah pertimbangan Puan Lee pula?

PIBG : Saya telah mendengar pelbagai pendapat tentang kepentingan sejarah lulus

dalam SPM untuk mendapatkan sijil dan saya amat hargai semua pendapat

tersebut. Namun , bagaimana pula dengan subjek lain , contohnya subjek

Bahasa Inggeris yang dikenali sebagai bahasa antarabangsa? Kenapa

Bahasa Inggeris tidak diwajibkan lulus untuk mendapatkan sijil? Dengan

penggunaan Bahasa Inggeris, kita boleh berinteraksi dengan orang asing

kerana pelajar –pelajar adalah bakal pemimpin negara mereka perlu fasih

berbahasa Inggeris. Oleh itu , adakah Bahasa Inggeris patut diwajibkan lulus

dalam SPM juga? Inilah yang menjadi persoalannya. Kesimpulannya , saya

masih membangkang keputusan tersebut iaitu sejarah wajib lulus dalam

SPM demi mendapat sijil dan saya berharap rancangan tersebut dapat

dipertimbangkan semula kerana saya sama pendapat dengan ktivitis sosial,

ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu perisian subjek

Sejarah diteliti terlebih dahulu sebelum kerajaan betul-betul memutuskan

sejarah sebagai subjek wajib lulus untuk mendapatkan sijil dalam SPM.

Pengerusi : Seterusnya tidak ketinggalan saudari Pui Chin Yee. Apakah saudari

setuju dengan tindakan tersebut?

Pelajar : Seperti yang telah dibincangkan, jika pengajaran Sejarah dapat

dipelbagaikan dan pembelajaran menyeronokkan, murid akan terhibur dan

Page 14: Forum Lengkap

tertarik untuk mempelajari Sejarah. Sejarah harus dipelajari dan dihayati

secara sukarela tanpa dipaksa. Murid menghadapi masalah dalam Subjek

Sejarah disebabkan mereka terpaksa untuk belajar untuk lulus dalam SPM

dan mendapat sijil. Guru harus memberi dorongan dan membimbing murid

untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai sejarah dan tidak

mengulangi kesilapan masa lampau. Pembelajaran Sejarah harus dipraktik

dan diamalkan bukannya dihafal untuk menangani ujian. Saya berharap

Sejarah dapat diajar dan diminati oleh ramai murid tanpa perasaan dibebani

dan subjek ini ketika mereka menduduki ujian nanti. Apabila sejarah

dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) mulai 2013, maka statusnya sama dengan mata pelajaran

Bahasa Melayu. Oleh itu selain Bahasa Melayu, kelulusan sejarah bukan

sahaja diperlukan untuk mendapatkan sijil SPM tetapi juga menjadi syarat

asas kemasukan ke institusi pengajian tinggi, institusi kemahiran, pemberian

biasiswa dan tawaran pekerjaan dalam sektor kerajaan, badan berkanun,

syarikat berkaitan kerajaan serta syarikat swasta. Masa depan murid untuk

meneruskan pengajian akan terjejas hanya kerana gagal dalam subjek

Sejarah yang menyebabkan mereka tidak layak untuk mendapat sijil.

Secara keseluruhannya, subjek Sejarah merupakan subjek yang wajib

diambil oleh semua pelajar dalam SPM, tetapi tidak semestinya mesti lulus

untuk mendapat sijil.

Pengerusi : Terima kasih saya ucapkan kepada keempat-empat ahli panel kita

kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing.

Moga apa yang kita dapat hari ini dapat kita renungkan dan berharap

agar pihak tertentu bertindak dalam hal ini. Sama ada setuju ataupun

tidak, adalah penting bagi masyarakat untuk melakukan sesuatu yang

boleh menyumbang dan memberi manfaat kepada diri, keluarga,

masyarakat dan negara. Nampaknya masa amat mencemburui kita,

sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan tanda terima

kasih kita kepada ahli-ahli panel yang sudi meluangkan masa pada hari

ini. Kesimpulannya perkara yang berkaitan dengan isu ini haruslah

diberi perhatian bagi memberikan jawapan yang memuaskan hati semua

pihak dan memberikan impak yang positif kepada individu pelajar

Page 15: Forum Lengkap

terutamanya iaitu yang bakal menjadi tonggak negara pada masa

hadapan.

Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap

pantun dari saya,

Tuailah padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan;

Intailah kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon

dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang

Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya daripada

kekhilafan diri kami sendiri.

Wallahu’alam. Terima kasih.


Top Related