Download - Folio Sejarah

Transcript
Page 1: Folio Sejarah

FOLIO SEJARAHHAQEEM FARIEZSHAH BIN

HAMISHARIZAL

28 SEPTEMBER 2004

EN. MUBARAQ

11 TAHUN

5 JATI

Page 2: Folio Sejarah

Kemerdekaan Tanah Melayu

Page 3: Folio Sejarah

bahagian satu

Page 4: Folio Sejarah

Perjuangan Menuntut

KemerdekaanPendudukan Jepun 1942 -1945

Rakyat hidup sengsara semasa pendudukan jepun. Timbul kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menentang penjajahan.

Mucul pemimpin tempatan iaitu Ibrahim Haji Yakoob dan Burhanuddin Al-Helmy yang menggerakkan perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bersama

Malayan Union 1946 – 1948

rakyat membantah tindakan Btitish memperkenalknan Malayan Union yang merupakan satu penjajahan.

Dato, Onn Ja,afar telah memimpin orang Melayu untuk membantah pelaksanaan Malayan Union

Malaya Union telah ditarik balik dan

Page 5: Folio Sejarah

Malayan Union 1946 – 1948

rakyat membantah tindakan Btitish memperkenalknan Malayan Union yang merupakan satu penjajahan.

Dato, Onn Ja,afar telah memimpin orang Melayu untuk membantah pelaksanaan Malayan Union

Malaya Union telah ditarik balik dan

Ancaman Komunis 1948

Parti Komunis Malaya melakukan peibagai keganasan seperti membunuh, memusnahkan lombong biji timah dan ladang getah.

Ancaman Komunis telah mengganggu keamanan negara sehingga diisytiharkan darurat.

Rundingan Baling telah diadak pada

Parti-Parti Politik

Parti-parti politik yang ditubuhkan pada waktu ini ialah United Malays National Organisation (UMNO), Malaysian Chinese Association(MCA), Malaysian Indian Congress(MIC) dan Independence of Malaya Party (IMP).

Parti perikatan telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC.

Semua parti ini menuntut untuk mengadakan pilihanraya sebagai satu

Page 6: Folio Sejarah

Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

Parti Perikatan menang dalam pilihanraya ini.

Tunku Abdul Rahman yang menjadi ketua Parti Perikatan dilantik sebagai Ketua Menteri.

Parti Perikatan yang dipimpin oleh Tunku

Rundingan London 1956

Rombongan kemerdekaan yang diwakili oleh wakil Raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan telah ke London untuk berunding dengan British mengenai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Mereka berjaya menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London.

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31

Page 7: Folio Sejarah

bahagian DUA

Page 8: Folio Sejarah

Tokoh Kemerdekaan

Dato’ Onn bin Ja’afar

Merupakan pengasas UMNO Menggerakkan orang Melayu

untuk bersatu padu menentang penubuhan Malayan Union

Menteri Besar Johor Pengasas IMP

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Menubuhkan Parti Perikatan Mengetuai Rombongan

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

Diberi gelaran Bapa Kemerdekaan.

Page 9: Folio Sejarah

Dato’ Haji Abdul Wahab bin Haji Aziz (Panglima Bukit

Gantang)

Setiausaha UMNO yang pertama dan menentang penubuhan Malayan Union.

Menjadi wakil Raja-raja Melayu dalam Rombongan Kemerdekaan.

Tun Tan Cheng Lock

Presiden MCA yang pertama Membawa MCA bergabung

dengan UMNO dalam penubuhan Parti Perikatan.

Mendapatkan kerakyatan bagi masyarakat Cina.

Menanamkan perasaan taat setia kepada negara.

Tun Abdul Razak bin Hussein

Ahli dalam Rombongan Kemerdekaan.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu

Diberi gelaran Bapa Pembangunan

Page 10: Folio Sejarah

Tun H.S. Lee

Presiden MCA Selangor. Penggerak kerjasama UMNO-

MCA Anggota Sistem Ahli Menteri Kewangan Persekutuan

Tanah Melayu yang pertama

Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman

Berjuang secara aktif untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Wakil UMNO untuk bertanding dengan MCA bagi membentuk Parti Perikatan.

Anggota Sistem Ahli

Tun V.T. Sambanthan

Presiden MIC pada tahun 1955 Terlibat dalam proses

mencapai kemerdekaan negara

Mendapatkan kerakyatan untuk masyarakat India

Menteri Kesihatan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

Page 11: Folio Sejarah

bahagian TIGA

Page 12: Folio Sejarah

Sambutan Kemerdekaan

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos 2007, Malaysia telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-50.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan Hari Kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari Kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Persekutuan Malaysia, yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura dijadualkan diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963, bersamaan ulang

Page 13: Folio Sejarah

tahun ke-6 kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan umum di Borneo Utara dan Sarawak. Bagaimanapun, Borneo Utara dan Singapura masih lagi mendapat kemerdekaan daripada British pada 16 September 1963. Sarawak telah merdeka sebulan lebih awal pada 22 Julai 1963.

Pembentukan Malaysia kemudian diisytiharkan pada 16 September 1963, dan disambut sebagai Hari Malaysia. Sambutan kemerdekaan besar-besaran tetap diadakan pada 31 Ogos, tarikh asal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Hari Malaysia cuma menjadi cuti umum di Sabah. Bagaimanapun, mulai 2000-an terdapat sedikit ketidakpuasan hati di Malaysia Timur yang mendakwa sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos terlalu bertumpuan Semenanjung Malaysia. Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa bermula 2010, Hari Malaysia 16 September disambut sebagai cuti umum persekutuan bersama-sama dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos. Manakala bermula 2015, Menteri Ahmad Shabery Cheek menyatakan sambutan hari kemerdekaan mungkin disambut tanpa menyebut bilangan tahun agar tidak meminggirkan penduduk Sabah dan Sarawak.

Berikut merupakan tema-tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini.

Tahun Tema

1970 Muhibah dan Perpaduan

1971 Masyarakat Progresif

1972 Masyarakat Adil

1973 Masyarakat Kebudayaan Malaysia

Page 14: Folio Sejarah

1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan

1975 Masyarakat Berdikari

1976 Ketahanan Rakyat

1977 20 Tahun Bersatu Maju

1978 Kebudayaan Seni Perpaduan

1979 Bersatu Berdisiplin

1980 Berdisiplin Berbakti

1981 Berdisiplin Berharmoni

1982 Berdisiplin Giat Maju

1983 Bersama ke Arah Kemajuan

1984 Amanah Asas Kejayaan

1985 Nasionalisme Teras Perpaduan

1986 Bangsa Tegas Negara Teguh

1987 Setia Bersatu Berusaha Maju

1988-1989 Bersatu

1990 Berjaya

1991 Wawasan 2020

1992 Wawasan Asas Kejayaan

1993 Bersatu Menuju Wawasan

1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan

1995 Jatidiri Penggerak Wawasan

1996 Budaya Penentu Kecapaian

1997 Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya

Page 15: Folio Sejarah

1998 Negara Kita Tanggungjawab Kita

1999 Bersatu Ke Alaf Baru

2000-2006 Keranamu Malaysia

2007 Malaysiaku Gemilang

2008 Perpaduan Teras Kejayaan

2009 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

2010 1Malaysia Menjana Tranformasi

2011 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

2012 1Malaysia. Janji Ditepati

2013 Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

2014 Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

2015 Sehati Sejiwa

Semangat perpaduan yang perlu wujud dalam kehidupan bermasyarakat adalah perasaan hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain perpaduan adalah penting dalam mengekalkan kedamaian dan keharmonian sesebuah negara. Pelbagai cara digunakan untuk mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara dengan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dan menghayati prinsip-prinsip rukun negara. Melalui penghayatan terhadap rukun negara ini akan membuatkan seseorang itu menghormati kaum lain.

Selain itu sikap taat kepada raja dan pemimpin dan tidak mengkhianati negara juga perlu ada dalam diri setiap rakyat. Hal ini perlu kerana sebagai rakyat sebuah negara perlu mempunyai

Page 16: Folio Sejarah

rasa sayang dan semangat cintakan negara. Sekiranya rasa cinta kepada negara itu ada dalam diri setiap rakyat, negara akan berada dalam keadaan yang aman, stabil dari segi politiknya dan hidup bermasyarakat dengan harmoni.

Berikut adalah logo-logo sepanjang sambutan Hari Kebangsaan (1976 – 2015)

2013 2014

2015

Page 17: Folio Sejarah

Bibliografi

Shakila Darween Yacob, Sivarajan a/l Ponniah, Sharifah

Afidah binti Syed Hamid & Muslimin bin Fadzil (2014).

Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Sejarah Tahun 5

Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Sambutan Hari Kemerdekaan Meriah: Bukti Kerajaan Komited

Retrieved August 30, 2015 from http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/14239-sambutan-hari-kemerdekaan-meriah-bukti-kerajaan-komited.html

Hari Kebangsaan Malaysia

Retrieved August 30, 2015 from https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kebangsaan_Malaysia


Top Related