Download - Folio Kerjaya

Transcript
Page 1: Folio Kerjaya

MRSM KEPALA BATAS

FOLIO KERJAYAPegawai Tentera Laut

Nama : Mohamad Faezal bin NorizanNo. Kad Pengenalan : 941126-08-6247

No. Maktab : 10517Kelas : 503/2011

Nama Guru : En. Johari/Pn. Haslina2011

Page 2: Folio Kerjaya

Senarai Kandungan Muka Surat

Pendahuluan

Sejarah Penubuhan TLDM

Teknik ‘WINNERS’

Hasil Temubual Seorang Professional

Resume

Lampiran

Page 3: Folio Kerjaya

Pendahuluan

Alhamdulillah, dengan izinNya, saya dapat menyiapkan folio kerjaya sebagai

seorang pegawai tentera laut ini. Penghasilan folio ini merupakan salah satu syarat graduasi

untuk pelajar MRSM di seluruh Malaysia. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru

kaunselor, En. Johari dan Pn. Haslina yang banyak membimbing saya untuk menetapkan cita-

cita saya yang sebenar, ibubapa saya, Norizan bin Shariff & Norzailin Lim binti Abdullah

yang telah membantu saya untuk menyiapkan folio ini, dan tidak lupa juga trima kasih

kepada Kapten Abdul Malek bin Hj. Mohd. Daud, Pegawai Memerintah Pasukan Khas Laut

(PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia.

Page 4: Folio Kerjaya

Sejarah TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dengan pembentukan Tentera Laut

Sukarelawan Simpanan Negeri Selat (TLSSNS) - Straits Settlement Naval Volunteer Reserve

(SSNVR) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British di Tanah Melayu pada 27

April 1934 di Singapura. TLSSNS ditubuhkan untuk membantu Royal Navy

mempertahankan kawasan perairan Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakkan

politik di Asia di mana Empayar Jepun sedang memperluaskan kuasa dan pengaruhnya.

Apabila Perang Dunia Ke-2 meletus di Eropah, TLSSNS telah meningkatkan

pengrekrutan demi mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu memandangkan aset-aset Royal

Navy diperlukan di medan operasi Eropah. TLSSNS juga telah dikerahkan untuk

perkhidmatan aktif sebagai unit Royal Navy Malay Section, ataupun Malay Navy dengan

kekuatan seramai 400 orang anggota. Golongan ini telah menjalani latihan di kem latihan

HMS Pelandok. Keanggotaan Malay Navy kemudiannya meningkat kepada 1450 orang

apabila perang meletus di Asia Tenggara.

Sepanjang Perang Dunia ke-2, Malay Navy berkhidmat di bawah Tentera Bersekutu

atau lebih tepat lagi di bawah panji-panji Royal British Navy. Malay Navy berkhidmat

bersama Royal Navy di medan operasi di Lautan Hindi dan Pasifik. Apabila perang tamat

dengan penyerahan kalah Jepun pada tahun 1945 hanya 600 anggota melapor diri semula.

Pada tahun 1947, Malay Navy terpaksa dibubarkan akibat kemelesetan ekonomi.

Page 5: Folio Kerjaya

HMS MALAYA Woodlands, Singapura

Pada 24 Disember 1948, Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu akibat ancaman

pengganas komunis. Menyedari kepentingannya, pihak British mengaktifkan semula Malay

Navy dan dikenali sebagai Malayan Naval Forces (MNF). Tarikh 4 Mac 1949 menyaksikan

hari perasmian dan penubuhan MNF yang berpangkalan di HMS Malaya,Woodlands,

Singapura.

Misi utama MNF ialah pengawasan pesisir pantai bagi menghalang pengganas

komunis daripada memperoleh bantuan bekalan melalui jalan laut. Angkatan ini juga diberi

tugas mengawal laluan ke Singapura dan pelabuhan-pelabuhan lain. MNF juga dibekalkan

dengan sebuah Frigat kelas River HMS Test yang turut digunakan sebagai kapal latihan. Pada

bulan 29 Ogos 1952, Her Royal Majesty Queen Elizabeth (Ratu Elizabeth 2) telah

mengurniakan gelaran ‘Diraja’ kepada MNF, menjadikan MNF kini dikenali sebagai Tentera

Laut Diraja Malaya (Royal Malayan Navy) di atas perkhidmatan MNF yang cemerlang.

Pada 5hb Ogos 1955 Ketua Menteri Singapura, David Marshall telah melawat

Pangkalan Woodlands. Beliau merasa kagum dengan perkembangan pesat di pangkalan itu.

Dalam tahun itu juga beberapa buah kapal Royal Malayan Navy telah menyertai beberapa siri

latihan dengan Royal Navy dan Tentera Laut negara Komanwel yang lain. Tugas-tugas yang

dilakukan oleh Royal Malayan Navy di tahun lima puluhan tertumpu kepada mengawal

keselamatan perairan Tanah Melayu dan juga Singapura. Kapal-kapal Royal Malayan Navy

sentiasa meronda di sekitar kawasan perairan pantai bagi menghalang kegiatan penyeludupan

senjata api kepada pengganas komunis. Dalam masa darurat tumpuan rondaan ialah di

perairan Pengerang Batu Pahat, di mana kegiatan pengganas komunis dipercayai berleluasa.

Page 6: Folio Kerjaya

Sementara itu HMMS PELANDOK banyak membantu dalam rondaan di sekitar

kawasan pantai Semenanjung Tanah Melayu dan juga memberi bantuan kepada anggota-

anggota polis dengan membuat tembakan dari laut.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957, perkara utama

yang difikirkan oleh pemimpin-pemimpinnya ialah mengenai keselamatan negara. Peristiwa

Tanah Melayu dijajah Jepun pada tahun 1941 telah menjadi pengajaran supaya ia tidak

berulang setelah negara mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan Tanah Melayu menamatkan

penjajahan British dan sekaligus kuasa mutlak berpindah sepenuhnya kepada pemimpin

negara. Ini termasuklah juga dalam hal ehwal keselamatan yang masih lagi dirunding bagi

menentukan penempatan pasukan tentera di Tanah Melayu.

Royal Malayan Navy akhirnya diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Persekutuan

Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Penaikkan bendera Tentera Laut Persekutuan secara

rasminya menandakan Roayal Malayan Navy memikul tanggung jawab untuk

mempertahankan perairan Persekutuan. Royal Malayan Navy memulakan tugasnya hanya

dengan sebuah pangkalan pusat di HMS Malaya Woodland, Singapura dan sebuah armada

kecil yang terdiri daripada sebuah kapal LCT, 2 buah kapal penyapu ranjau (minesweeper)

kelas HAM, dan 7 buah kapal patrol.

Page 7: Folio Kerjaya

Pangkalan TLDM Woodland, Singapura

Sekali lagi pada 16 Sep 1963, pasukan ini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia dan

agronim ‘HMMS’ (Her Majesty’s Malayan Ship) telah ditukar ke ‘KD’ bermaksud Kapal

Diraja. Apabila TLDM diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Malaysia pada 1 Jul 1958, ia

mula berkembang dengan penuh pesat dan cemerlang. Sewaktu pemerintahan Panglima

Tentera Laut yang Pertama, salah satu usaha beliau yang boleh dijadikan sejarah ialah

perancangan untuk memindahkan Pangkalan TLDM Woodlands ke Lumut. Usaha beliau

telah menjadi realiti dan rancangan ini telah mula direalisasikan pada tahun 1979. Walaupun

tapuk pemerintahan Tentera Laut bertukar ganti, wawasan yang sedia ada tetap dilaksanakan

dengan jayanya oleh Panglima-Panglima seterusnya.

Page 8: Folio Kerjaya

Tetamu Istimewa: Commodore Thanabalasingam menjemput ketibaan Tunku Abd

Rahman di Pangkalan TLDM Woodlands, Singapura pada tahun 1970

Namun demikian,apabila Perang Dunia Ke-2 meletus di Eropah, TLSSNS telah

meningkatkan pengrekrutan demi mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu memandangkan

aset-aset Royal Navy diperlukan di medan operasi Eropah. TLSSNS juga telah dikerahkan

untuk perkhidmatan aktif sebagai unit Royal Navy Malay Section, ataupun Malay Navy

dengan kekuatan seramai 400 orang anggota. Golongan ini telah menjalani latihan di kem

latihan HMS Pelandok. Keanggotaan Malay Navy kemudiannya meningkat kepada 1450

orang apabila perang meletus di Asia Tenggara.

Sepanjang Perang Dunia ke-2, Malay Navy berkhidmat di bawah Tentera Bersekutu

atau lebih tepat lagi di bawah panji-panji Royal British Navy. Malay Navy berkhidmat

bersama Royal Navy di medan operasi di Lautan Hindi dan Pasifik. Apabila perang tamat

dengan penyerahan kalah Jepun pada tahun 1945 hanya 600 anggota melapor diri semula.

Pada tahun 1947, Malay Navy terpaksa dibubarkan akibat kemelesetan ekonomi.

Page 9: Folio Kerjaya

Jeti Tentera Laut Diraja Malaya di Woodlands, Singapura

Ensign Berkibar di Pangkalan TLDM Woodlands, Singapura

Pangkalan TLDM Woodlands masih lagi beroperasi sebagai pangkalan bantuan

logistik kepada kapal-kapal yang beroperasi di bahagian selatan semenanjung. Pangkalan ini

dinamakan ‘BEREK TLDM WOODLANDS’ dan diletakkan bawah organisasi pemerintahan

Markas Wilayah Laut 1.

Page 10: Folio Kerjaya

Upacara tradisi di Pangkalan TLDM Woodlands, Singapura

Manakala Pusat Latihan Rekrut terus dilaksanakan di KD PELANDOK, Pangkalan

TLDM Lumut. Dengan bertambahnya pelatih yang mengikuti kursus-kursus kerjaya

termasuk pendekatan yang diambil oleh TLDM untuk mengasingkan pelatih-pelatih muda

ini, sekali lagi Pusat Latihan Rekrut telah berpindah ke Berek TLDM Woodlands di

Singapura dalam tahun 1984, iaitu selepas perpindahan KD MALAYA ke Lumut. Pusat

Latihan Rekrut berada di bawah organisasi KD PELANDOK sementara Berek TLDM

Woodlands yang bertindak sebagai unit Bantuan masih di bawah pemerintahan MAWILLA

1. Pada tahun 1996, Pusat Latihan Rekrut telah dikenali dengan nama Fakulti Rekrut

(FAREK). Ini adalah kesinambungan dari perubahan yang dibuat oleh KD PELANDOK.

Pada pertengahan tahun 1994, berita paling hangat tersebar ke serata tempat.

Pangkalan TLDM Woodlands akan diserahkan kepada Kerajaan Singapura. Akhirnya, berita

tersebut menjadi realiti apabila Tg Pengelih yang terletak lebih kurang 129 km dari Bandar

Johor Bahru telah terpilih untuk dijadikan pusat latihan yang baru dengan singkatan

PULAREK TLDM. Seterusnya, penyerahan Berek TLDM Woodlands kepada Kerajaan

Singapura telah dilaksanakan pada 3 Dis 1997.

Page 11: Folio Kerjaya

WINNERS

Teknik ‘WINNERS’ merupakan satu teknik yang digunakan untuk

memperincikan tentang sesuatu pekerjaan supaya ia boleh disusun dalam satu bentuk yang

sistematik agar suatu pekerjaan boleh dibandingkan dengan pekerjaan yang lain. Pada

lumrahnya manusia ingin menjadi pemenang (WINNER) kejayaan hidup dan kepuasan kerja.

Jadi, gunakan mnemonik ‘WINNERS’ dan kita akan menjadi seorang pemenang dengan

menggunakan teknik ini.

Keadaan Kerja (Work Condition)

Biasanya, kerja sebagai seorang tentera laut akan selalu berkait rapat dengan

kapal- kapal. Dalam sesebuah kapal tentera laut, terdapat berbagai-bagai keadaan.terdapat

tiga bidang utama dalam pekerjaan sebagai seorang tentera laut iaitu logistik dan bekalan,

teknikal dan kepakaran sebagai seorang pelaut (seaman). Jikalau saya minat dalam bidang

kejuruteraan seperti kejuruteraan marin, kejuruteraan IT dan lain- lain. Maka hampir

sepanjang masa saya akan bekerja diatas sebuah kapal. Bergantung kepada bidang yang

dipilih, suasana kerja sememangnya berbeza, tetapi semua kepakaran memang memerlukan

kerjasama yang amat tinggi ketika melaksanakan kerja diatas sebuah kapal. Kejuruteraan

marin mahupun mekanikal memerlukan seseorang bekerja mengendalikan enjin-enjin kapal

dan generator. Biasanya, terdapat lima hingga lapan buah enjin di dalam sebuah kapal,

bergantung kepada saiz kapal. Sudah semestinya saya akan mendengar bunyi bising, merasa

panas dan basah (sekiranya bilik enjin dimasuki air). Bidang IT pula memerlukan saya

mempunyai kepakaran membaca dan mengendalikan radar- radar, sensor dan lain- lain. Jadi,

saya akan duduk bekerja dalam anjungan (kokpit di dalam pesawat). Keselamatan amat

dititikberatkan dalam apa jua bidang pekerjaan sebagai tentera laut. Oleh itu, anggota-

Page 12: Folio Kerjaya

anggota perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan supaya kecederaan atau

kemalangan- kemalangan yang tidak diingini berlaku. Keadaan bahaya merupakan sesuatu

yang subjektif. Ini kerana negara sememangnya memerlukan tentera yang bersedia sepanjang

masa untuk mempertahankan keselamatan tanah air. Oleh itu, tentera laut perlu bersiap sedia

sepanjang masa walaupun negara berada dalam keadaan yang aman damai. Terdapat dua

situasi iaitu bahaya yang dapat dijangka tahapnya dan tidak dapat dijangka. Contoh bahaya

yang dapat dijangka adalah serangan penyeludup kerana penyeludup akan bertindak

sekiranya aktiviti haram mereka disekat. Manakala contoh bahaya yang tidak dapat dijangka

adalah bencana alam, bot bocor, kapal dimasuki air, kapal berlanggaran ataupun pengendali

kapal tidak mahir. Sebagai seorang anggota tentera laut, seseorang itu juga perlu bersiap

siaga sepanjang masa untuk ditukarkan bekerja di pengkalan- pengkalan TLDM yang lain di

perairan Malaysia mahupun ditugaskan belayar ataupun dihantar menyertai misi- misi

pengaman seperti di Bosnia ataupun ancaman lanun di Teluk Aden. Terdapat juga anggota-

anggota PASKAL yang ditempatkan di kapal- kapal MISC (Malaysia International Shipping

Company) yang memerlukan tugas luar kawasan selama tiga hingga enam bulan. Secara

kesimpulannya, seorang anggota tentera laut mestilah mempunyai mentaliti yang bagus dan

kesungguhan dalam melaksanakan tugas sepanjang masa dalam tempoh 24/7 iaitu 24 jam

satu hari dan 7 hari seminggu.

Bayaran gaji kepada anggota tentera laut biasanya dibuat secara bulanan.

Dalam satu tahun bekerja, terdapat 45 hari peluang untuk bercuti dan cuti hujung minggu

sekiranya tidak mempunyai tugasan- tugasan yang penting. Seorang tentera laut akan

memulakan tugas seawal jam 8 pagi dan habis pada jam 5 petang. Tiada kerja lebih masa

walaubagaimanapun, terdapat satu atau dua hari dalam seminggi di mana seseorang anggota

itu perlu bekerja selama 24 jam ataupun selama 48 jam, sekiranya tugas itu di pengkalan.jika

seseorang anggota bekerja diatas kapal dan kapal itu merapat di jeti, maka jadual kerja adalah

Page 13: Folio Kerjaya

sepertiman jadual kerja di pengkalan. Jika kapal itu belayar, anggota perlu bertugas sepanjang

masa cuma mereka akan mengambil giliran bekerja seperti contoh dua jam sekali. Terdapat

kemudahan perubatan di mana pemeriksaan percuma akan diberikan dua tahun sekali dan

jikalau terdapat sakit, Hospital Angkatan Tentera (HAT) sedia merawat dan pada masa

sekarang, peralatan perubatan di HAT sememangnya ‘up-to-date’. Ganjaran bonus pula

diberikan mengikut kepakaran anggota. Pada masa sekarang, kepakaran juruterbang (PILOT),

Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Penyelam merupakan kepakaran yang paling tinggi

ganjaran bonusnya. Kemudahan makanan hanya diberikan percuma kepada anggota yang

bertugas 24 atau 48 jam, manakala anggota yang bertugas harian perlu menyediakan

makanan sendiri.

Implikasi Terhadap Cara Hidup (Implication For Lifestyle)

Bekerja sebagai seorang tentera laut sememangnya banyak member implikasi

terhadap kehidupan seharian seseorang anggota itu. Secara keseluruhannya, anggota tentera

laut dikatakan mempunyai taraf hidup yang baik kerana Kementerian Pertahanan sentiasa

mengambil berat tentang kebajikan anggota- anggotanya. Secara lumrahnya, seseorang

anggota akan berkahwin setelah wang yang dikumpul hasil daripada bekerja telah cukup.

Elaun akan diberikan untuk bayaran kenderaan, duit minyak dan juga perumahan disediakan.

Bagi anggota yang tidak dapat kemudahan perumahan ataupun menetap di luar pengkalan,

elaun akan diberikan bagi menampung pembiayaan perumahan. Sebagai seorang tentera laut,

anggotanya boleh memilih untuk berkhidmat di mana- mana sahaja pengkalan TLDM yang

terdapat di seluruh Malaysia. Pengkalan- pengkalan TLDM terdapat di Lumut, Perak iaitu

pengkalan TLDM terbesar di Malaysia, Langkawi, Kedah, Labuan dan Kota Kinabalu, Sabah

dan Tanjung Pengelih di Johor. Sememangnya kerja sebagai tentera laut mengutamakan

Page 14: Folio Kerjaya

keselamatan. Oleh itu, cogan kata ‘Keselamatan Diutamakan’ perlu diingat dan diaplikasikan

oleh setiap anggota sepanjang masa. Walau bagaimanapun, tugas sebagai PASKAL, PILOT

ataupun Penyelam sememangnya berisiko tinggi kerana tugas- tugas ini boleh mengorbankan

nyawa anggota TLDM jika tidak dijalankan dengan sempurna. Anggota keluarga terdekat

perlu memahami tugas seseorang yang bekerja sebagai tentera laut. Tugas luar kawasan

sememangnya perlu, namun bergantung kepada keadaan semasa. Oleh itu, anggota keluarga

perlu memahami bahawa tanggungjawab dan tugas tentera laut sememangnya berat kerana

TLDM merupakan salah satu pasukan yang bertanggungjawab untuk memastikan

keselamatan dan keamanan negara. Sekiranya seseorang anggota itu minat bersukan ataupun

mempunyai hobi atau bakat- bakat tertentu, menjadi seorang anggota tentera laut bukanlah

suatu penghalang kepada minat- minat tersebut. Malahan, TLDM menggalakkan anggotanya

untuk beriadah setiap minggu. Bagi yang betul- betul berminat dan berbakat dalam sesuatu

acara sukan, mereka akan menjalani latihan apabila terdapat kejohanan- kejohanan. Antara

kejohanan yang disertai TLDM ialah Kejohanan Tertutup ATM, KRM Liga Super dan

terdapat juga anggota- anggota yang menyertai kejohanan- kejohanan golf di peringkat

kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa.

Jenis Pekerjaan Yang Dilakukan (Nature of The Work)

Seperti yang sedia maklum, terdapat tiga kepakaran utama dalam TLDM iaitu

logistik dan bekalan, teknikal dan pelaut (seaman). Apa yang tentera laut lakukan setiap hari

adalah bergantung kepada kepakaran apa yang mereka kuasai. Di dalam sebuah kapal TLDM,

biasanya anggota- anggota tentera laut akan bertugfas mengikut kepakaran masing- masing.

Walau bagaimanapun, semua anggota mesti mempunyai pengetahuan asas dalam semua

bidang supaya apabila sesuatu perkara terjadi seperti kapal terlanggar sesuatu dan dalam

keadaan yang tidak stabil, anggota tidak akan hanya duduk tercegat sahaja tanpa tahu

melakukan apa- apa. Jika bekerja di atas sesebuah kapal, anggota biasanya hanya perlu bawa

Page 15: Folio Kerjaya

barang- barang keperluan diri kerana makanan dan kemudahan lain telah disediakan di dalam

kapal. Kabin disediakan bagi setiap anggota yang bertugas di atas kapal supaya mereka

mempunyai tempat untuk menyimpan barang dan berehat. Bagi anggota PASKAL, mereka

mempunyai kelengkapan masing- masing ataupun kepunyaan individu seperti jaket

keselamatan, tangki oksigen, kompas, ‘echosounder’ dan lain- lain supaya apabila berlaku

situasi yang mana memerlukan mereka bertindak dengan segera, mereka dapat menyiapkan

diri dalam masa yang singkat. Anggota tentera laut perlu mengembara mengikut keperluan

tugas semasa. Kerja sebagai tentera laut sememangnya memerlukan pelaksanaan kerja secara

berkumpulan kecuali pada masa- masa yang tertentu seperti kerja mengikut syif.

Keperluan Terhadap Komuniti dan Masyarakat (Need by Society and Community)

Tentera laut sememangnya diperlukan oleh komuniti dan masyarakat

sepanjang masa. Ini kerana tentera laut secara umumnya perlu menjaga keamanan perairan

negara. Dalam masa yang sama, tentera laut perlu bekerjasama dengan agensi- agensi

keselamatan yang lain untuk memastikan keselamatan negara. Ini adalah untuk memastikan

aktiviti- aktiviti harian rakyat berjalan dengan lancar dan keselamatan serta keamanan negara

terjaga sepanjang masa.

Kemasukan, Latihan dan Peluang Untuk Berjaya (Entry, Training and Prospects)

Untuk melanjutkan pelajaran dan seterusnya menjadi seorang pegawai tentera

laut, seseorang itu perlu memperoleh sekurang- kurangnya lima kredit ketika peperiksaan

SPM. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan

Biologi merupakan subjek ‘wajib A’ untuk melayakkan seseorang pelajar melanjutkan

pelajaran ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). UPNM merupakan sebuah

universiti yang ditubuhkan oleh Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) bagi memudahkan

pemilihan anggota untuk berkhidmat dalam ketiga- tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia

Page 16: Folio Kerjaya

(ATM) iaitu Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara

Diraja Malaysia. Pelajar yang berminat juga perlu melepasi beberapa ujian khas seperti ujian

fizikal, ujian perubatan IQ serta ujian bertulis. Setelah berkhidmat selama beberapa tahun

sebagai tentera laut, setiap anggota sememangnya mempunyai peluang melanjutkan

pelajaran. Ini kerana untuk kenaikan pangkat, setiap anggota TLDM perlu melanjutkan

pelajaran supaya mereka lebih menguasai kepakaran yang diceburi. Latihan juga akan

diberikan mengikut keperluan kenaikan pangkat dan keperluan semasa. Biasanya, anggota

tentera laut yang melanjutkan pelajaran akan menumpukan terhadap pelajaran 100% sehingga

tamat belajar barulah anggota berkenaan akan bekerja semula.

Kerja- kerja Yang Berkaitan (Related Occupations)

Sekiranya saya tidak berkebolehan untuk mendapat pekerjaan sebagai seorang

tentera laut, terdapat kerja- kerja lain yang memerlukan kebolehan dan kepakaran yang sama

seperti yang diperlukan oleh seorang tentera laut. Antaranya ialah, penguatkuasa Agensi

Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Marin (PGM) Polis DiRaja

Malaysia dan juga jurutera profesional.

Sifat- sifat Individu Berjaya (Successful Personal Attributes)

Sebagai salah satu agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi

pengawasan dan pertahanan maritim negara, TLDM semestinya memerlukan anggota yang

berdisiplin tinggi. Selain itu, seorang tentera laut perlulah mempunyai bakat kepimpinan yang

tinggi, seorang yang cerdik, mempunyai kemahiran dalam pengucapan awam, sihat fizikal

dan mental, dan pandai bersukan. Kesemua sifat- sifat ini boleh membantu seseorang untuk

melayakkan dirinya menjadi seorang tentera laut dan membantunya untuk mendapat kenaikan

pangkat.

Page 17: Folio Kerjaya

Menemubual Seorang Profesional

LANGKAH 1

Kerjaya pilihan yang telah dikenalpasti semasa sesi 6:

Pegawai tentera laut

LANGKAH 2

Orang yang ingin ditemubual:

Nama orang yang diwawancara:

Kapten Abdul Malek bin Hj. Mohd. Daud

Jawatan yang disandang:

Kapten

Nama Syarikat/Institusi dan Bandar :

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Tarikh dan masa temubual:

8 Jun 2011

Telah dihubungi pada:

7 Jun 2011

Page 18: Folio Kerjaya

LANGKAH 3: Temubual

1. Apakah cita- cita asal anda?

Tentera laut

2. Apakah persedian/kelulusan yang diperlukan untuk memasuki bidang yang anda buat

sekarang?

Lima kredit dalam SPM , matapelajaran wajib ialah BM, BI, Fizik, Kimia, Biologi,

Matematik Moden dan Matematik Tambahan.

3. Apakah yang anda lakukan semasa bekerja setiap?

Pada awal semasa mula bekerja, saya pernah ditugaskan sebagai PASKAL, mengawal

perairan Pulau Spratly di Sabah, yang mana ketika itu Malaysia sedang menuntut

kawasan kepulauan di sana. Saya juga pernah ditugaskan di kapal- kapal antaranya KD

Sri Indera Sakti iaitu kapal logistik, KD Rahmat iaitu kapal frigat yang dilucutkan tauliah

pada tahun 2004, KD Sundang dan KD Klewang iaitu kapal peronda, dan KD Hang Tuah

iaitu kapal latihan yang mana saya telah menjadi pegawai memerintah pada tahun 2001-

2003. Sekarang ini, saya bertugas sebagai pegawai memerintah PASKAL.

4. Apakah ‘kelebihan/keseronokan- keseronokan’ utama dan apakah ‘beban- beban’ berat

dalam tugas anda?

Banyak kelebihan atau keseronokan kerana saya sememangnya meminati kerjaya ini

antaranya gaji yang lumayan dan saya rasa tiada apa yang membebankan kerana sudah

lama berkhidmat.

5. Adakah peluang cerah/tidak untuk pekerjaan hari ini dan masa depan?

Peluang sememangnya amat cerah kerana negara sentiasa amat memerlukan pasukan

keselamatan yang mampu melindungi negara daripada ancaman bahaya.

Page 19: Folio Kerjaya

6. Bagaimana pekerjaan anda member kesan kepada cara hidup anda?

(Pakaian, masa lapang, hidup keluarga, cuti hidup bermasyarakat…)

Dari segi pemakaian, saya akan memakai pakaian yang kemas dan segak terutamanya

dalam tempoh bekerja, terdapat sedikit masa lapang pada hujung minggu sekiranya tiada

kerja tambahan, kerja ini tidak mengganggu hidup keluarga saya kerana mereka

sememangnya memahami tugas saya, cuti memang banyak tetapi saya hanya mengambil

cuti sekiranya terdapat hal- hal penting ataupun pada hari yang perlu, dan kerja ini

langsung tidak memberi kesan terhadap saya dalam hidup secara bermasyarakat.

7. Berapakah pendapatan anda sebulan?

8. Apakah lain- lain pekerjaan yang membolehkan anda menggunakan kemahiran yang

sama?

APMM dan Pasukan Gerakan Marin.

9. Apakah nasihat anda untuk saya jika saya berminat dalam bidang yang sama?

Walau apapun bidang yang anda ceburi, berusahalah bersungguh- sungguh, beri impak

yang baik terhadap minat anda. Keikhlasan semasa menjalankan tugas itu amat penting,

kita juga mesti jujur semasa menjalankan tugas. Tidak lupa, walau bagaimana sekalipun,

anda mesti dapatkan keputusan akademik yang cemerlang dan jangan abaikan bidang

kokurikulum anda kerana semua itu boleh mempengaruhi bidang apapun yang anda

ceburi.

Page 20: Folio Kerjaya

LANGKAH 4 : Reaksi saya setelah temubual

1. Mengapa kerjaya ini sesuai bagi saya?

Kerjaya ini sesuai bagi saya kerana saya sememangnya minat untuk menjadi tentera laut,

saya mempunyai badan yang yang sihat dan kerja- kerja yang mencabar menjadi pilihan

saya.

2. Apakah yang agak merunsingkan?

Saya mempunyai masalah rabun warna.

3. Lain- lain reaksi?

Tiada.

Page 21: Folio Kerjaya
Page 22: Folio Kerjaya
Page 23: Folio Kerjaya
Page 24: Folio Kerjaya
Page 25: Folio Kerjaya
Page 26: Folio Kerjaya

Top Related