Download - Folio Kerjaya
JURUTERAmekatronik
Kejuruteraan mekatronik ialah hasil daripada gabungan sinergi tiga cabang
utama bidang kejuruteraan iaitu kejuruteraan mekanik, elektronik dan
perisian. Tujuan bidang kejuruteraan antara disiplin ini ialah kajian tentang
automaton dari perspektif kejuruteraan dan bertujuan pengawalan sistem
hibrid termaju.
Mekatronik berpusat pada mekanik, elektronik dan pengkomputeran yang
apabila digabungkan, membolehkan penjanaan sistem yang lebih mudah,
ekonomi, boleh diharap dan serba guna. Kata lakur "mekatronik" dicipta oleh
En. Tetsuro Mori, seorang jurutera kanan di sebuah syarikat Jepun, Yaskawa
pada 1969. Mekatronik boleh juga dirujuk sebagai "sistem elektromekanik"
atau kadang kala "kejuruteraan kawalan dan automasi".
Sinergi gabungan dalam bidang mekanikal, elektronik dan komputer serta
kawalan ini menghasilkan ciptaan seperti robot, teleskop 'Hubble', pengesan
pintar dalam sistem kawalan anti-brek mati dan pemain cakera padat. Bukan
itu sahaja, malahan perkakas elektronik di rumah seperti mesin basuh,
perakam video dan kamera digital.
Apabila diperhatikan dengan lebih lanjut didapati gabungan daripada tiga
bidang iaitu mekanik, elektronik dan perisian menghasilkan model sistem,
manakala simulasi adalah hasil daripada gabungan mekanik, perisian dan
kawalan. Mikropengawal adalah hasil daripada gabungan elektronik, kawalan
dan perisian. Penderia pula adalah hasil daripada gabungan elektronik,
mekanik dan kawalan. Gabungan dua bidang pula seperti mekanikal dan
elektronik menghasilkan bidang elektromekanik. Manakala gabungan
mekanikal dan perisian menghasilkan reka bentuk berbantukan
komputer/pembuatan berbantukan komputer (CAD/CAM). Litar kawalan
adalah hasil daripada gabungan elektronik dan kawalan, sementara kawalan
digital adalah hasil daripada gabungan perisian dan kawalan. Mekatronik
merangkumi semua ini.
Sibernetik kejuruteraan menangani soalan kejuruteraan kawalan sistem
mekatronik. Ia digunakan untuk mengawal atau melaraskan sistem seperti
ini; lihat teori kawalan. Paradigma berasaskan-komponen merupakan sejenis
sistem pengeluaran kawalan teragih yang menggunakan CAN atau LAN untuk
menghubungkan modul mekatronik berautonomi. Dengan berkerjasama,
modul mekatronik menjalankan matlamat pengeluaran dan mewarisi ciri
pembuatan fleksibel dan tangkas dalam rancangan pengeluaran.
Kelengkapan pengeluaran moden terdiri dari model mekatronik yang
disepadukan mengikut satu seni bina kawalan. Seni bina yang paling terkenal
melibatkan hierarki, poliarki, heterarki dan hibrid. Kaedah yang digunakan
untuk mecapai kesan teknik dierangkan oleh algoritma kawalan, yang
mungkin menggunakan kaedah formal dalam reka bentuknya.
Ijazah kejuruteraan mekatronik biasa akan mengandungi kelas dalam
matematik kejuruteraan, mekanik, reka bentuk komponen mesin, reka
bentuk mekanik, termodinamik, litar dan sistem, elektronik dan komunikasi,
teori kawalan, pemprosesan isyarat digital, kejuruteraan kuasa dan robotik.
Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE) mengkategorikan bidang
mekatronik untuk merangkumi produk dan proses dari segi [1]:
sistem pemodelan dan rekaan
penyatupaduan atau integrasi sistem
penderia (sensor) dan penggerak (actuator)
sistem kawalan pintar
robotik
sistem pengeluaran
sistem kawalan gerakan
sistem kawalan bunyi dan getaran
sistem peralatan mikro dan opto-elektronik
sistem automotif
Satu kelainan terbaru dalam bidang ini ialah biomekatronik, yang bertujuan
menggabungkan mesin dan manusia, biasanya dalam bentuk alat boleh
tanggal seperti rangka luar (exoskeleton). Ini merupakan versi nyata untuk
peralatan siber (cyberware).
Adalah dijangkakan sektor industri di Malaysia akan terus berkembang
dengan pesat disebabkan permintaan yang meningkat dari pasaran-pasaran
yang kian bertambah seperti pasaran peralatan elektronik dan
telekomunikasi serta hasil pelaburan yang dibuat oleh pelabur-pelabur asing.
Sehubungan dengan itu, ramai tenaga kerja yang terlatih dalam semua
bidang kejuruteraan, merangkumi bidang kejuruteraan kawalan dan
instrumentasi diperingkat ikhtisas diperlukan.
Para graduan secara amnya boleh mendapat pekerjaan sebagai jurutera di
industri-industri berikut :
Firma-firma pembuatan dan pemasangan kenderaan;
Firma-firma pembuatan peralatan rumah seperti mesin basuh, TV,
radio, periuk elektrik, dll;
Firma-firma pembuatan barangan elektronik seperti kamera, mesin
pendua dll;
Kilang-kilang pemproses makanan;
Syarikat-syarikat minyak & gas;
Firma-firma teknologi tinggi seperti industri angkasa lepas;
Firma-firma perunding;
Firma-firma kejuruteraan & pembangunan produk;
Firma-firma pembuatan sistem automatan;
Firma-firma kejuruteraan bioperubatan;
Firma-firma pembangunan perisian;
Badan-badan penyelidikan & pembangunan seperti institusi pengajian
tinggi, SIRIM, dll.
Mengikut jawatan pula, para graduan kursus ini boleh mengisi jawatan
seperti berikut :
* Jurutera Mekatronik * Jurutera E & M (Elektro-Mekanik)
* Jurutera Elektrik * Jurutera Penyelenggaraan
* Jurutera Elektronik * Jurutera Pemasangan
* Jurutera Pengeluaran * Jurutera Pemasaran
* Jurutera Rekabentuk * Pegawai Perancang
* Jurutera Proses * Pegawai Penyelidik
* Ahli Akademik * Pegawai Pemasaran
FOLIOFIZIK
CHAPTER 3
Nama: Mohammad Amirul Ariff B. Mohammad
Tarmizi
Tingkatan: 4 Hambali
No Maktab: 10223
Nama Guru: Cikgu Azmi
FOLIOKERJAYA
Nama: Mohammad Amirul Ariff B. Mohammad
Tarmizi
Tingkatan: 4 Hambali
No Maktab: 10223