Download - First Aid for Mental Health
Internal
Dzafri Sham Ahmad
Vice President
Group HSSE, PETRONAS
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 1 daripada 4 orang mengalami
penyakit mental di peringkat global. Di Malaysia pula, Banci Morbiditi Kesihatan Peringkat
Kebangsaan 2015 menunjukkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa pernah mengalami
penyakit mental pada suatu ketika dalam kehidupan mereka. Dalam tempoh 9 tahun,
kadar penyakit mental di Malaysia telah meningkat dua kali ganda, iaitu daripada 11.2%
(2006) kepada 29.2% (2015)
Penyakit mental tidak mengenal mangsa; sesiapa sahaja boleh menghidapnya tanpa
mengira peringkat usia, jantina, lokasi, pendapatan, status sosial, bangsa, agama,
kecenderungan seksual, latar belakang atau aspek identiti budaya yang lain.
Kesihatan mental sering dikaitkan dengan stigma masyarakat yang kuat. Inilah sebabnya
mereka yang menghidap penyakit mental mungkin berhadapan dengan diskriminasi
dalam semua aspek kehidupan mereka. Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang
kepada individu-individu tersebut daripada mendapatkan bantuan profesional dan rawatan
awal. Inilah punca mengapa kebanyakan pesakit mental tidak mendapat rawatan.
Di PETRONAS, penyakit mental merupakan antara penyebab utama Penyakit Kronik dan
Pemberhentian Kerja Akibat Penyakit (Medical Board Out) semenjak tahun 2012. Inilah
sebabnya kami mewujudkan Program Bantuan Kakitangan (Employee Assistance
Program) bagi membolehkan kakitangan mendapatkan bantuan terapi psikologi. Kami
turut memperkenalkan Bimbingan Gaya Hidup Sihat Digital (Digital Healthy Lifestyle
Coaching-DHLC) sebagai bimbingan membina ketahanan mental.
Seseorang yang menghidap penyakit mental tidak perlu berasa malu dengan
keadaannya. Ia merupakan masalah kesihatan yang boleh dirawat, sama seperti penyakit
fizikal lain seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung atau diabetes. Sebahagian besar
individu yang menghidap penyakit mental dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa
masalah.
Buku Panduan MIND-A-CARE ini dihasilkan oleh pasukan Kesihatan Pekerjaan, GHSSE
untuk menggalakkan kesedaran dan menangkis stigma terhadap penyakit mental.
Matlamat kami adalah untuk membantu kakitangan mengenal pasti tanda-tanda awal
penyakit supaya ia boleh ditangani dengan segera.
Internal
BAB 1 : PENGENALAN
• Gambaran Keseluruhan Kesihatan Mental
• Mengenal Pasti Kesihatan Mental
• Stigma terhadap Kesihatan Mental
• Mitos berbanding Fakta
• Faktor Risiko dan Perlindungan
• Penyebab Penyakit Mental
BAB 2 : TEKANAN
• Apakah yang dimaksudkan dengan Tekanan (Stress)?
• Jenis Tekanan (Stresor)
• Tindak balas tubuh terhadap Tekanan
• Kesan Kesusahan atau Kegelisahan
• Peranan Hormon dalam Tekanan (Stress)
BAB 3 : KEADAAN BIASA PENYAKIT MENTAL
• Kesihatan Mental yang Lemah berbanding Penyakit Mental
• Kemurungan
• Keresahan
• Gangguan Personaliti
• Mencederakan diri
• Bunuh diri
BAB 4 : MIND-A-CARE
• Pertolongan Cemas untuk Kesihatan Mental
• Sebelum Mengambil Tindakan C.A.R.E.
• 4 Langkah C.A.R.E
• Bagaimana untuk mengambil tindakan MIND-A-C.A.R.E
• Check for signals
• Apply Non-Judgemental Conversation.
• Reassure support with Information
• Ensure Help is Received
BAB 5 : PEKHIDMATAN KESIHATAN MENTAL DI MALAYSIA
• Perkhidmatan sokongan dalam PETRONAS
• Perkhidmatan sokongan oleh Organisasi lain
Internal
4
4
5
6
6
7
7
8
8
9
9
10
11
11
12
14
15
16
17
18
18
18
19
20
24
3
Dalam kehidupan ini, kita melalui pelbagai pengalaman yang
menimbulkan pelbagai emosi seperti sedih, gembiran, dan
sebagainya. Dari kecil lagi, pengalaman, yang dikumpul daripada cara
kita diasuh dan dididik, membolehkan kita mempelajari cara untuk
memahami dan mengendalikan emosi ini.
Proses ini membawa kita melalui alam remaja, peringkat awal
dewasa, alam kerjaya dan seterusnya dengan mendedahkan kita
kepada faktor risiko dan faktor perlindungan. Mujurlah emosi atau
keadaan kesihatan mental kita tidak statik. Kita boleh mempelajari
pelbagai proses baru. Cabaran dan dugaan kehidupan pula, sama
ada diduga atau sebaliknya, akan boleh menyebabkan kita berada
dalam lingkungan spektrum Kesejahteraan Mental hinggalah kepada
kemungkinan mengalami Penyakit Mental.
Setiap orang inginkan kesejahteraan mental. Namun, masalah
keluarga atau hubungan yang ditambah pula dengan kelemahan
berkomunikasi dan beban kewangan boleh menjadi faktor yang
menambah beban. Inilah yang dikatakan sebagai ketakseimbangan
kerja dan kehidupan, membuatkan seseorang itu tidak dapat
mengimbangkan antara keperluan peribadi, tanggungjawab keluarga
dan desakan kerja. Sekiranya tidak ditangani lebih awal dan dibiarkan
berpanjangan, masalah kerja dan keluarga ini boleh mengakibatkan
Kesihatan Mental yang Lemah. Aspek yang membezakan antara
Kesihatan Mental yang Lemah dengan Penyakit/Gangguan Mental
adalah tahap gejala, tempoh menghidapinya dan kesannya terhadap
hubungan dan prestasi di tempat kerja. Walaupun begitu,
kesemuanya mempunyai satu persamaan. Ia boleh dirawat dan
dicegah.
Gambaran Keseluruhan Spektrum Kesihatan
Mental
Internal
Ketidakseimbangan
kerja dan kehidupan
(distres)
Kesihatan mental yang lemah
(Tekanan tidakterurus)
Penyakit/
gangguan Mental
Kesejahteraan
Mental
4
Penyakit/gangguan mental: Penyakit mental adalah keadaankesihatan yang melibatkan perubahan emosi, berfikir atau kelakuan(atau kesemuanya sekali) yang berpanjangan selama lebih 2 minggu.Biasanya, ia dikaitkan dengan distres dan/atau kesukaran berfungsidalam aktiviti sosial, kerjaya atau keluarga yang tahapnya mungkinringan atau berat. Penyakit mental boleh dirawat. Sebahagian besarindividu yang menghidap penyakit mental dapat meneruskankehidupan mereka seperti biasa.
Kesejahteraan Mental: Merupakan keadaan fikiran seseorang yangmenyedari kemampuan dirinya untuk berhadapan dengan stress yangbiasa dialami dalam kehidupan, boleh berfungsi dengan produktif danbermakna, serta berupaya menyumbang kepada masyarakat.
Kesihatan Mental yang lemah: Pada peringkat tertentu kehidupan,setiap orang mungkin mengalami kesihatan mental yang lemahdisebabkan stresor yang tidak ditangani. Ia ketara menerusi mood yangtidak baik, rasa resah, keliru, mudah marah, sedih atau leka selamatidak lebih 2 minggu. Sekiranya berlarutan melebihi 2 minggu tanpasebarang bantuan psikologi, ia mungkin petanda awal penyakit mental.Kesihatan mental yang lemah tidak semestinya menandakanseseorang itu mengalami penyakit mental, namun mungkin menjadipenyakit mental sekiranya tidak ditangani lebih awal.
Ketakseimbangan kerja dan kehidupan: Tidak berupayamengekalkan dan membahagikan masa yang secukupnya dalammemenuhi keperluan peribadi dan kerjaya. Melakukan pelbagai tugassecara berlebihan dan bekerja mengikut kadar yang tidak stabil bolehmengakibatkan distress yang berpunca daripada ketakseimbangankerja dan kehidupan. Ini mungkin membuatkan seseorang itu berasatertekan dan letih dari segi mental. Sekiranya tidak ditangani denganberkesan, ia boleh menyebabkan kesihatan mental yang lemah.
Kesihatan Mental: Sepertimana kesihatan fizikal, kesihatan mental
adalah keadaan seseorang yang melibatkan keadaan psikologi dan
emosinya. Rangkuman emosi mood dan pengalamannya adalah
seperti berikut:
Ketakseimbangan
kerja dan
kehidupan
(Distres)
Kesihatan Mental
yang lemah
(Tekanan tidak
terurus)
Penyakit dan
gangguan
mental
Kesejahteraan
Mental
Mengenal Pasti Spektrum Kesihatan Mental
Internal
5
Stigma diri: Ini berlaku apabila mereka yang mengalami
masalah kesihatan mental percaya bahawa segala yang
diperkatakan mengenai keadaan mereka adalah betul.
Stigma Masyarakat: Termasuk tidak menyukai, bersikap
negatif dan diskriminasi oleh masyarakat atau individu
tertentu terhadap mereka yang menghidap penyakit mental.
Kesan Stigma
• Kebimbangan mendedahkan mengenai
kesihatan mental
• Keberatan mendapatkan sokongan
• Menjadi mangsa, mengalami gangguan
dan kekerasan fizikal
• Kesukaran berkomunikasi dengan
rakan-rakan dan terlibat dalam aktiviti
• Kurang kefahaman daripada orang
yang rapat
• Diskriminasi/rasa malu daripada
keluarga dan rakan-rakan
Masalah kesihatan mental menyebabkanprestasi lemah di tempat kerja.
Mereka sebenarnya secekap kakitangan lain
atau mungkin berprestasi lebih baik.
Mereka memilih menjadi pesakit
mental. Penyakit itu boleh hilang
sekiranya mereka berusaha
bersungguh-sungguh..
Mereka yang mempunyai masalah
kesihatan mental itu ganas dan sukar
diramal.
Penghidap penyakit mental yang teruk
berkemungkinan 10 kali ganda menjadi
mangsa jenayah ganas.
Saya tidak dapat berbuat apa-apa
untuk membantu seseorang yang
mempunyai masalah mental.
Rakan-rakan dan keluarga boleh menjadi
pendorong penting untuk membantu
seseorang itu mendapatkan rawatan.
Masalah kesihatan mental tidak
mempengaruhi kesihatan fizikal.
Masalah kesihatan mental boleh
menyebabkan pengaruh negatif
kepada kesihatan fizikal.
Banyak faktor yang menjadi penyebab
kepada kesihatan mental seperti biologi,
pengalaman hidup atau sejarah kesihatan
mental keluarga.
Internal
Menangani Stigma
• Dapatkan maklumat yang boleh dipercayai
untuk memahami kesihatan mental dengan
lebih mendalam
• Dapatkan bantuan profesional: jangan
biarkan kebimbangan menjadi penghalang
• Nyatakan bantahan terhadap stigma
• Sertai kumpulan sokongan untuk berbincang
mengenai penyakit mental anda
• Jangan asingkan diri anda
• Jangan samakan diri dengan penyakit anda
Stigma Kesihatan Mental
MITOS BERBANDING FAKTA
6
Faktor Risiko dan Perlindungan untuk Penyakit Mental
Internal
Trauma / kegagalanpsikologi yang teruk
dalam kehidupan
Mangsa seksual, fizikal, mental atau
penderaan emosi
Penyakit perubatan kronik
atau jangkitan tertentu
Faktor biologi, sepertigenetik atau
ketidakseimbangankimia
Pendedahan kepada
racun, bahan kimia
toksik, atau
penyalahgunaan bahan
Trauma otak / kecacatan atau
kecederaan
Kehilangan awal ataukeluarga yang tidak
berfungsi
Faktor berkaitankehamilan yang
mempengaruhi ibu dan / atau anak
xxx
Pembawaan yang mudah
Kemahiran sosial dan emosi yang baik
Kemahiran kognitif yang baik & stabil
Kesihatan fizikal yang baik
Kemahiran bahasa yang baik
Pembawaan yang sukar
Harga diri yang rendah
Perkembangan kognitif yang terencat
Kesihatan fizikal yang lemah
Kemahiran bahasa yang lemah
Zaman Kanak-kanak
Keluarga porak peranda atau tidak bersatu
Sejarah penderaan kanak-kanak atau terabai
Kurang teladan ibu bapa yang positif
Keluarga dengan sejarah penyakit mental
Keluarga yang menyalahguna bahan terlarang
Persekitaran kediaman yang stabil
Ibu bapa penyayang dan memberi galakan
Teladan ibu bapa yang positif
Pemantauan Ibu bapa
Fungsi keluarga yang positif
Hubungan
Keluarga
Pekerjaan yang terjamin atau stabil
Rasa dihargai dan saling berhubung
Hubungan mesra dan saling menyokong
Kejayaan di sekolah atau tempat kerja
Harga diri/sikap/nilai yang positif
Pengangguran atau daya tenaga kerja minima
Hubungan atau sokongan rakan yang lemah
Pembulian/gangguan/keganasan
Celik huruf yang rendah/Diskriminasi
Kegagalan di sekolah atau tempat kerja
Pendidikan
/Kerjaya
Keluarga yg mesra dan memberi sokongan
Kumpulan rakan-rakan yang baik
Akses kepada mentor kehidupan
Gaya hidup yang sihat
Peristiwa hidup yang selalu tegang
Kematian ahli keluarga terdekat
Mengalami trauma/menyaksikan keganasan
Hidup dalam gelandangan/kemiskinan
Peristiwa
Hidup
Komuniti
Diskriminasi/Rasisme
Mengasingkan diri dan kesunyian
Kurang akses perkhidmatan sokongan
Kemiskinan dan keganasan kejiranan
Kurang peluang ekonomi.
Kejiranan yang ambil tahu dan prihatin
Akses perkhidmatan sokongan yang baik
Kestabilan ekonomi
Penglibatan masyarakat yang kerap.
Punca Penyakit Mental
7
Risiko Perlindungan
EUSTRESStres positif iaitu apabila stresmendatangkan kesan bermanfaatterhadap kesihatan dan kesejahteraanemosi.
Membantu kita untuk
• Sentiasa berwaspada
• Menyesuaikan diri secara berkesan
• Memenuhi cabaran harian
• Motivasi
• Menghampiri matlamat
Penting untuk
• Membina kecekalan
• Merangsang kuasa minda
• Mengelakkan selesema
DISTRES Stres yang berpanjangan, tanpa hentiberlaku diantara penyebab stres.
Ia merupakan perasaan takterbendung memandangkan tubuh, minda dan emosi tidak dapatmemenuhi semua desakan.
Akibat
• Pandangan negatif terhadap
persekitaran, orang lain dan diri
sendiri
• Produktiviti & kualiti kerja yang
rendah
• Kesihatan mental dan fizikal yang
teruk
Internal
Faktor Berkaitan Kerja
• Beban kerja yang banyak/terlalu kuat bekerja
• Burnout
• Desakan dan kawalan kerja yang tidak seimbang
• Kerja yang tidak serasi
• Kerjaya yang tidak stabil
• Perubahan dalam organisasi
• Konflik dengan rakan sekerja/orang bawahan
• Konflik dengan penyelia/pengurus
• Tanggapan terhadap diskriminasi
• Buli/keganasan/gangguan di tempat kerja
• Gangguan seksual di tempat kerja
• Penempatan semula/pergerakan tempat kerja
Faktor Bukan Berkaitan Kerja
• Keluarga dengan keperluan khas
• Penjagaan kanak-kanak
• Berpisah/bercerai
• Keganasan rumah tangga
• Hubungan jarak jauh
• Suami/isteri hujung minggu
• Isu undang-undang
• Keadaan berkaitan kesihatan
• Isu kewangan
• Berkabung
• Perjalanan
Stres adalah tindak balas tubuh anda terhadap sebarang desakan atau ancaman.
Tubuh manusia sememangnya dicipta untuk merasai dan bertindak balas kepada
stres. Stres penting dalam hidup kita kerana ia adalah kunci kepada perjuangan
hidup. Terdapat dua jenis stres:
Apakah yang dimaksudkan dengan Tekanan (Stres)
Jenis-jenis penyebab stres
8
Mental
Emosi
Fizikal
Cemas/sentiasa bimbangSukar membuat keputusan
Kurang tumpuanHarga diri yang rendah
Kecewa Tekanan yang keterlaluan
Perubahan luar biasa dlm merokok atau minum arak
Perubahannafsu seks
Kurang/terlebihmakan
Mengasing diri
Melepaskankemarahan
Resah
Pening
Sakit kepala
Tegang otot
Rasa loya
Penat
Sakit dada
Kesan Distres
Kelakuan
Internal
Anak mata terbeliak Kulit menjadi pucat atau
kemerahan
Degupan jantung dan
pernafasan menjadi pantasMenggeletar atau menggigil
Reaksi Tubuh Terhadap StresStres mencetuskan tindak balas lawan atau lari (fight or flight response)
iaitu sindrom penyesuaian yang memainkan peranan penting dalam
memberitahu tubuh untuk berwaspada, sama ada untuk menghadapi
sesuatu ancaman atau lari untuk menyelamatkan diri. Tindak balas
lawan atau lari akan mengakibatkan perkara berikut:
9
• Berlengah-lengah• Harga diri yang rendah• Kurang motivasi• Kurang tenaga• Susah menumpukan
perhatian• Rasa berdebar-debar• Rasa putus harapan• Perubahan mood
Dapatkan D.O.S.E harian anda untuk mencegah Distres
Internal
Peranan Hormon dalam Stres
Stres mencetuskan beberapa hormon yang memberi kesan kepada tindakbalas tubuh sewaktu stres.
Kortisol: melepaskan glukosa dalam
darah untuk tenaga, meningkatkan tekanan
darah, menahan sistem imun,
mengurangkan penghadaman.
1. Apakah Kimia Ceria?
• Rasa kesunyian
• Stres
• Kurang motivasi
• Kurang tenaga/keletihan
• Terputus hubungan
• Rasa berdebar-debar
• Insomnia
• Harga diri yang rendah
• Sensitif keterlaluan
• Kebimbangan
• Serangan panik
• Perubahan mood
• Rasa putus harapan
• Fobia bersosial
• Obsesi/memaksa
• Insomnia
• Kebimbangan
• Kemurungan
• Perubahan mood
• Sengal-sengal dan
kesakitan
• Insomnia
• Tingkah laku impulsif
• Emosi yang sensitif
• Sakit kepala/migrain
2. Bagaimana kekurangannya memberi kesan kepada anda ?
• Meditasi
• Senaraikan aktiviti
harian
• Matlamat jangka
panjang
• Kerap bersenam
• Berkarya, menulis,
muzik/seni
• Makanan yang kaya
dengan Tirosina &
Phenylamine (telur,
daging, susu, kacang,
biji-bijian, kekacang,
lentil, soya & ikan)
• Sentuhan fizikal
• Berpelukan
• Bersosial/memberi
• Urutan/akupunktur
• Mendengar bunyi/muzik
yang tenang
• Senaman
• Cahaya matahari
• Mandi air sejuk
• Meditasi/menarik nafas
dalam-dalam
• Membelai
• Bercium
• Senaman• Cahaya matahari
• Mandi air sejuk
• Urutan/akupunktur
• Makanan yang kaya
dengan Triptofan
(kacang & biji-bijian) &
magnesium (sayuran
hijau tua, ikan, pisang & kekacang)
• Vitamin B6 & B12
• Mengurangkanpengambilan gula
• Ketawa/menangis
• Menghasilkan
muzik/seni
• Makan coklat gelap
• Makan makanan pedas
• Senaman regangan/
yoga
• Urutan/akupunktur
• Meditatasi/menarik nafas
dalam-dalam
• Cahaya matahari yang
kerap
Adrenalina: meningkatkan kadar degupan
jantung, kadar penafasan, aliran darah kepada
otot dan otak, mengakibatkan peningkatan
kewaspadaan dan sensitif terhadap kesakitan.
3. Bagaimana untuk meningkatkan tahap keceriaan?
Serotonin EndorfinOksitosin
Hormon Ganjaran
Membantu tumpuan,
motivasi, pembelajaran,
keseronokan,
keperluan, keinginan,
dan kesungguhan untuk
mencapai matlamat
Hormon KasihAntistres denganmengendurkan otot, mengurangkan kadardegupan jantung dan tekanan darah. Memberirasa percaya, mendoronganda untuk membina dan mengekalkan hubungan
Hormon Ketenangan
Rasa mustahak atau
penting sesama rakan
sebaya. Ketenangan
menerima diri
seadanya bersama
orang di sekeliling
Hormon Gegas
Kesan keseronokan
seketika boleh hilangkan
rasa sakit. Bertindak balas
terhadap kesakitan dan
stres untuk mengurangkan
kebimbangan dan
kemurungan
Dopamin
10
✓ Berasa sedih/kecewayang luar biasa
✓ Sangat letih, tenagayang rendah
✓ Fikiran keliru
✓ Rasa terganggu
✓ Fikiran negatif
✓ Hilang selera/terlebih makan
✓ Sukar atau terlebih tidur
✓ Hilang minat terhadap aktivitiyang dahulunya digemari
✓ Mengurangkaninteraksi sosial
✓ Sakit kepala, bibirkering
✓ Sakit yang luar biasa & degupan jantung pantas
✓ Peningkatan pengambilan alkohol & penyalahgunaan bahan)
✓ Terpisah daripada realiti(tanggapan/khayalan)
✓ Mengelakkan bersosialatau mengasingkan diri
✓ Bertindak merosakkan diri(seperti melukakan, menggigit, memukul)
✓ Tidur yang terganggu/ perubahan corak tidur
✓ Tidak dapat menanganimasalah harian atau stres
✓ Perubahan ketara tabiat makan/ naik atau turun berat badan
✓ Berfikir untuk bunuh diri
✓ Kesedihan mendalam yang berterusan
✓ Perubahan tingkah laku atau perasaan/mood
✓ Tenaga yang sangat rendah/keletihan yang kerap
✓ Perubahan mood baik dan teruk yang ekstrem
Kesihatan Mental
yang LemahPenyakit/Gangguan
Mental
Internal
✓ Salah guna bahanterlarang
✓ Kerap ponteng kerja tanpa sebab
VS
11
✓ Tidak dapat menumpukan perhatian di tempat kerja
Kemurungan, juga dikenali sebagai
‘Kemurungan Klinikal’ atau ‘Penyakit
Depresif’ adalah kecelaruan mood
biasa yang mengakibatkan gejala
kesedihan teruk yang memberi kesan
kepada perasaan, pemikiran dan
fungsi seseorang dalam aktiviti harian
seperti bekerja, makan, tidur, atau
menikmati kehidupan.
Kita perlu memahami bahawa
kemurungan bukan sekadar menjadi
lemah dan bukan sesuatu yang boleh
‘disingkirkan’ atau ‘bingkas’
daripadanya memandangkan ia
berkaitan dengan ketakseimbangan
kimia dalam otak kita.
Sebelum ia boleh dianggap sebagai
kemurungan, gejalanya mestilah
berterusan selama sekurang-
kurangnya dua minggu. Kemurungan
tidak semestinya berpunca daripada
satu penyebab dan walaupun
keadaannya serius, tetapi yang
bagusnya, ia boleh dirawat.
Kemurungan bukan sekadar perasaan
sedih dan hiba
Sebagai manusia biasa, setiap orang akan
mengalami kesedihan atau hiba dalam
kehidupan kita kerana ia merupakan reaksi
semula jadi terhadap peristiwa hidup yang
menyakitkan. Sebagai contoh, kematian
orang tersayang, gagal dalam peperiksaan
penting, hilang kerja atau tamatnya sesuatu
hubungan merupakan pengalaman pahit
yang dihadapi oleh seseorang.
Kesedihan tidak sama dengan
kemurungan. Sesetengah ciri hiba dan
kemurungan mungkin sama seperti
kesedihan yang mendalam dan tidak
menyertai aktiviti yang biasa dibuat
sebelum ini. Namun begitu, ia amat
berbeza dalam beberapa aspek penting.
Individu yang berisiko menghidap penyakit
mental mungkin mengalami kemurungan
disebabkan hiba atau kesedihan yang
berlebihan dan berpanjangan selama lebih
2 minggu tanpa sebarang sokongan atau
rawatan psikologi.
▪ Kedukaan/kesedihan yang berlaku
berselang dengan kenangan manis
bersama dengan seseorang yang
baru meninggal dunia.
▪ Harga diri biasanya dijaga.
▪ Mood dan/atau minat (keseronokan)
kekal rendah sepanjang tempoh dua
minggu tersebut.
▪ Rasa tidak berguna dan meluat pada
diri sendiri menjadi kebiasaan.
Hiba/SedihKemurungan
Kemurungan
Internal
12
Tanda-tanda dan Gejala Kemurungan
Mereka yang mengalami kemurungan tidak semestinya mengalami gejala yang
sama. Gejalanya juga mungkin berlainan, bergantung kepada jenis penyakit
Kemurungan dan berbeza-beza mengikut keadaan seseorang. Antara gejalanya
adalah:
Rasa tidak berguna dan
harga diri yang rendah
Mood tidak baik, terganggu
dan menangis
Corak tidur yang
terganggu/insomnia
Perubahan pada selera atau
naik/hilang berat badan
Kurang motivasi dan
tumpuan
Mengelakkan hubungan
dengan keluarga dan
rakan-rakan
Hilang minat terhadap aktiviti
yang digemari sebelum ini
Kurang tenaga, sengal
dan sakit otot
Jenis KemurunganSesetengah jenis kemurungan dalam keadaan yang berbeza adalah:
Gangguan
Kemurungan Major
Rasa kesedihan yang
mendalam pada tempoh
yang lama dan sering
berasa bahawa hidup
tidak lagi bermakna. Ia
memberi kesan kepada
mood dan tingkah laku
serta fungsi fizikal.
Gangguan Bipolar
Seseorang yang
mengalami perubahan
mood luar biasa, daripada
perasaan ekstrem mood
yang lemah dan
kemurungan, hinggalah
kepada kegembiraan dan
sangat bertenaga.
Gangguan Kemurungan
Berterusan (Dysthymia)
Gejalanya mungkin tidak
seteruk gangguan
Kemurungan Major
namun ia mestilah kekal
selama dua tahun
sebelum boleh dianggap
sebagai gangguan
kemurungan berterusan.
Internal
Rawatan KemurunganSemua jenis kemurungan boleh dirawat menerusi pelbagai gabungan psikoterapi,
ubat-ubatan, perubahan gaya hidup dan sokongan, agar dapat berfungsi dengan
baik di tempat kerja dan dalam kehidupan.
13
Gejala dan Tanda-tanda Gangguan KeresahanSetiap jenis gangguan memperlihatkan gejala yang berbeza. Ini kerana terdapat
pelbagai faktor yang dikaitkan dengan keresahan.
Rasa tegang dan tidak
dapat bertenang
Rasa terganggu dan
sukar untuk
menumpukan perhatian
Mengasingkan diri
Rasa pening dan penat
Degupan jantung yang
kuat, pantas atau tidak
teratur
Menggigil atau
menggeletar
Berpeluh dan
sesak nafas
Bibir kering, rasa tidak
sihat dan sakit kepala
Risau? Bimbang? Terharu ? … Jangan khuatir!
Keresahan yang berlaku sekali-sekala adalah lumrah dalam hidup manusia.
Namun begitu, sekiranya seseorang itu berasa terlalu risau atau bimbang secara
berterusan selama lebih 2 minggu tanpa sebarang sebab dan mengakibatkan
gangguan kepada aktiviti hariannya, dapatkan nasihat perubatan.
Gangguan Obsesif
Kompulsif
Ketakutan/kebimbangan
yang tidak munasabah/tidak
diingini yang membawa
kepada pemikiran obsesif
dan menyebabkan tingkah
laku yang berulang dan
kompulsif
Serangan Panik
Perasaan sangat takut atau
bimbang yang datang
secara tiba-tiba dan tanpa
bahaya sebenar,
mencetuskan reaksi fizikal
seperti berpeluh, sakit
dada, degup jantung yang
tidak tetap, dan rasa lemas.
Gangguan Keresahan
Menyeluruh (GAD)
Keresahan yang
berlebihan dan kerisauan
yang mendalam tentang
aktiviti harian tanpa
sebarang sebab yang
jelas.
Jenis-jenis Keresahan
Keresahan
Internal
Rawatan KeresahanKeresahan adalah gangguan mental yang kerap berlaku dan boleh dirawat dengan
jayanya. Sebaik sahaja anda mengalami gangguan keresahan, cara terbaik untuk
adalah dengan mendapatkan nasihat ahli psikologi. Terapi tingkah laku kognitif
merupakan rawatan yang paling berkesan untuk gangguan keresahan menyeluruh.
14
Gangguan Personaliti
Personaliti melibatkan corak pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang konsisten.
Gangguan personaliti pula adalah apabila seseorang memiliki corak pemikiran,
perasaan dan tingkah laku yang tidak sihat; berbeza daripada norma tingkah laku
yang boleh diterima, mengakibatkan kesukaran membuat tanggapan dan
memahami situasi dan orang lain. Mereka beranggapan yang pemikiran mereka
adalah normal, dan sering menyalahkan orang lain terhadap masalah mereka.
Gejala setiap gangguan personaliti adalah sangat berbeza antara satu sama lain.
Kesan dari Gangguan PersonalitiGangguan personaliti biasanya memberi kesan kepada sekurang-kurangnya dua aspek
berikut:
Cara berfikir mengenai
diri dan orang lain
Cara memberi
reaksi emosi
Cara memahami
orang lain
Cara mengawal tingkah
laku diri
Gangguan Personaliti
Pinggiran
Corak perubahan mood,imej diri dan tingkah lakuyang berterusan.Menyebabkan seseorangitu bertindak secaraterburu-buru dan rasaamat takut ditinggalkan.
Gangguan Personaliti
Narsisistik
Ia dikaitkan dengan sifatmementingkan diri sendiriatau merasakan diri serbacukup yang melampau, rasadiri lebih penting, kagum,megah, prestij dan kuasa,serta kurang empati ataukeupayaan untuk menghargaipandangan orang lain.
Gangguan Personaliti
Antisosial
Seseorang yang secarakonsisten tidak menunjukkansebarang pertimbanganterhadap tindakan merekaterhadap orang lain, samaada betul atau salah. Tidakmenunjukkan rasa bersalahatau menyesal terhadaptingkah laku mereka.
Jenis-jenis Gangguan Personaliti
Rawatan Gangguan PersonalitiMemandangkan gangguan personaliti berakar umbi daripada genetik dan
pengalaman zaman kanak-kanak, tidak hairanlah ramai yang berpendapat ia sukar
dirawat. Namun begitu, jenis Pinggiran dan Narsisistik lebih mudah dirawat
berbanding yang lain. Di samping itu, jenis rawatan yang berbeza sesuai untuk
gangguan yang berbeza.
15
Membahayakan diriMembahayakan diri atau mencederakan diri merujuk kepada seseorang yang
membahayakan atau mencederakan tubuhnya dengan sengaja tanpa niat
membunuh diri, demi mendapatkan ketenangan yang seketika. Ia bukan penyakit
mental dan sememangnya biasa terjadi. Ia sebenarnya memerlukan kemahiran
menangani keadaan dengan lebih baik di samping memahami kepentingan
mendapatkan rawatan atau terapi yang boleh memberi manfaat.
Mengapa Sesetengah Orang Membahayakan Diri?Setiap orang menangani stres dengan cara yang berbeza. Dalam kebanyakan kes,
tindakan membahayakan diri sendiri adalah untuk membantu menangani kesakitan
emosi yang tidak tertanggung. Membahayakan diri mungkin dirasai seperti
kelegaan bagi seseorang yang tidak pasti cara untuk mengendalikan emosi atau
berasa ia tidak punya sesiapa untuk meluahkan perasaannya.
Tanda-tanda Membahayakan DiriPerhatikan tanda-tanda berikut sekiranya anda berpendapat seseorang itu
membahayakan dirinya:
• Luka atau lebam pada pergelangan tangan, lengan, paha atau dada mereka.
• Berpakaian yang menutup seluruh tubuh sepanjang masa, walaupun cuaca panas
• Meluat pada diri sendiri dan menyatakan keinginan untuk menghukum diri
• Tidak ingin meneruskan kehidupan dan ingin mengakhirinya
• Mengasingkan diri dan tidak bercakap dengan orang lain
• Tanda-tanda harga diri yang rendah dengan menyalahkan diri sendiri
• Tanda-tanda mencabut rambut sendiri
• Tanda-tanda penyalahgunaan alkohol atau dadah
Rasa seronok dan bertenaga
Melegakan stres atau tekanan
Menangani perasaan negatif
Rasa dapat mengawal mindadan tubuh
Mengalih perhatian dan/atau menyucikan diri
Untuk menangangi sejarah trauma
Untuk meluahkan perasaan
Internal
Rawatan untuk Membahayakan DiriLangkah pertama untuk menolong seseorang yang mempunyai kecenderungan
membahayakan diri adalah mendapatkan bantuan ahli psikologi. Ini disebabkan
teras rawatannya adalah strategi Psikososial dan Psikoterapi berasaskan sebab
tingkah laku membahayakan diri.
16
Bunuh Diri
Bunuh diri berlaku apabila seseorang menamatkan hidupnya dengan sengaja. Ia
merupakan cara seseorang melepaskan diri daripada kesakitan atau kesengsaraan.
‘Cubaan bunuh diri’ bermaksud seseorang yang cuba menamatkan hidupnya
namun tidak mati. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir 800,000
orang membunuh diri setiap tahun dan jumlah yang cuba membunuh diri adalah
lebih tinggi.
Mood
• Hilang minat
• Aib/malu
• Keresahan
• Kemurungan
Bercakap• Tentang ingin mati, kematian,
atau bunuh diri
• Mengenai putus asa atau
hilang punca
• Mengenai rasa terbeban
dengan kehidupan
• Mengalami sakit yang tidak
tertanggung
• Mengucapkan selamat tinggal
Tingkah Laku• Membuat persediaan kewangan,
dan mengemaskini wasiat
• Bertindak membahayakan diri
• Terlibat dengan tingkah laku
berisiko/bertindak dengan cuai
• Memberi barangan miliknya
• Peningkatan pengambilan
alkohol atau dadah
Potensi Risiko untuk Bunuh Diri
• Cubaan bunuh diri sebelum ini
• Masalah kesihatan mental
• Mangsa penderaan
• Terasing daripada masyarakat
• Mangsa buli atau gangguan
• Berkabung atas kehilangan
• Terputus hubungan yang penting
• Penyalahgunaan bahan terlarang
• Orang yang tersayang bunuh diri
• Disahkan menghidap penyakit serius
• Masalah kewangan
• Gelandangan
Internal
Tanda-tanda kearah Bunuh Diri
Tindakan Awal Boleh Menyelamatkan NyawaSituasi kecemasan terjadi apabila seseorang ingin atau bertindak untuk membunuh
diri. Sekiranya anda mengalaminya atau tahu mengenai seseorang yang sedang
mengalaminya, ambillah tindakan segera dengan mendapatkan sokongan psikologi
kerana Tindakan awal akan menyelamatkan nyawa.
17
ERAC
CHECK (Periksa)Periksa tanda-tanda
APPLY (Gunakan)Gunakan perbualan yang
tidak menghakimi
REASSURE (Yakinkan)Yakinkan sokongan berbekalkan
maklumat
ENSURE (Pastikan)Pastikan bantuan diterima
Internal
Pertolongan Cemas untuk Kesihatan MentalPertolongan cemas untuk kesihatan mental adalah sokongan peringkat terawal
yang diberi kepada seseorang yang mengalami distres atau tahap kesihatan mental
yang lemah, sebelum mendapatkan sokongan profesional. Kebiasaannya,
walaupun kita menyedari yang rakan kita menunjukkan tanda-tanda distres tertentu,
kita tidak tahu cara untuk membantu, tidak seperti rawatan pertolongan cemas
untuk luka atau kecederaan ringan. Sungguhpun agak sukar untuk mengenalpasti
jenis-jenis keadaan penyakit mental, MIND-A-CARE akan membantu anda
mengenali tanda-tanda awal distres atau kesihatan mental yang lemah, dan
memberi anda panduan untuk mengambil tindakan C.A.R.E menerusi panduan
langkah demi langkah memberi sokongan pertolongan cemas untuk seseorang
yang mengalami keadaan kesihatan mental.
3. Bersedia
• Peruntukkan masa dan pilih tempat
yang sesuai untuk berbual.
• Emosi yang stabil/bersedia menghadapi
sebarang akibat.
• Minda yang terbuka & jangan
menghakiminya.
4. Bertindak dengan Responsif
• Tunjukkan menerusi kata-kata, nada,
suara, pergerakan tubuh dan tingkah
laku anda..
1. Bersikap Peka
• Kesembuhan dan penerimaan seseorang
mengikut tempoh yang berbeza.
2. Bertimbang Rasa
• Anda bukan seorang ahli terapi/kaunselor.
• Tidak mengapa jika anda tidak dapat
menjawab semua soalan rakan anda itu.
• Kemahiran paling sangat penting adalah
menjadi pendengar yang baik.
18
Sebelum menggunakan kaedah CARE
Tanya “awak
okey ke?”
Tanya “awak
okey ke?”
KESEGERAAN
YANG RENDAHKESEGERAAN YANG
SEDERHANA
KESEGERAAN
YANG
TINGGI/KRITIKAL
Periksa sekali lagi sekiranya
tanda berterusan
Bolehkah situasi itu diuruskan
sendiri?
DengarDengar
Pertolongan Cemas
secara Fizikal
Diperlukan?
Sediakan nombor telefon bantuan psikologi dan periksa lagi kemudian sekiranya tanda-tanda berterusan
Yakinkan sokonganberbekalkan
maklumat
Bantu rakan anda
untuk mendapatkan
sokongan daripada
Ahli Psikologi
Periksa sekalilagi sekiranyatanda-tandaberterusan
Dapatkan Kit
Pertolongan
Cemas/Hub
ungi First
Aider (DFA)
yang dilantik
Meruncing:
Segera Maklumkan
Pegawai Atasan/No.
Kecemasan
Tempatan
Ya
Ya
Tidak
Tidak Tidak
Tidak
Ya
Tidak
Check
Ya
Empat Langkah C.A.R.E
Internal
19
CHECK
(Periksa tanda-
tanda)
APPLY Gunakan
perbualan yang tidak
menghakimi
REASSURE
Yakinkan
sokongan
berbekalkan
maklumat
ENSUREPastikanbantuanditerima
1. Periksa berdasarkan senarai tanda-tanda dan gejala• Perhatikan tanda-tanda sekiranya rakan anda perlukan sokongan pertolongan cemas.
• Rujuk senarai tanda-tanda & gejala untuk menentukan tahap kesegeraan.
Internal
“Mood awak macam
tak baik aja. Awak
okey ke?”
• Walaupun hanya SATU (1) gejala KESEGERAAN TINGGI/KRITIKAL, makaperlukan tindakan yang segera
• Jika KESEGERAAN RENDAH / SEDERHANA, dekati mereka dan tanyakan soalankhusus yang menunjukkan anda risau tentang keadaan mereka….seperti dibawah
“Anda nampak tak cergas macam biasa.
Ada yang awak nak kongsikan ke?”
“Awak nampakterganggu aja hari ini. Apa yang dah jadi?”
• Tunggu jawapan daripada rakan anda itu, sama ada SAYA TAK APA-APA atau
SAYA OKEY! atau jawapannya TAK, SAYA TAK OKEY atau sebarang respons
yang menunjukkan dia TIDAK OKEY
Bagaimana untuk MIND-A-C.A.R.E ?
KESEGERAAN YANG
SEDERHANA • Tidur yang terganggu (insomnia)
• Kurang/terlebih makan dalam
beberapa hari
• Mengelak menyertai aktiviti, tidak
seperti kebiasaan
• Mengelakkan diri daripada
keluarga dan rakan-rakan
• Kesedihan mendalam secara
berterusan
• Rasa putus harapan
• Mood yang sering terganggu
• Bimbang secara berlebihan
• Pemikiran negatif secara
berterusan
• Kerap kurang tenaga/letih
• Kerap sakit kepala
• Pengambilan alkohol &
penyalahgunaan bahan terlarang
• Tidak dapat menguruskan diri atau
melaksanakan/memikul
tanggungjawab
• Kerap ponteng kerja
KESEGERAAN YANG
TINGGI/KRITIKAL• Aggresif/berbahasa kesat
• Bertindak ganas
• Tingkah laku cuai/berisiko
• Bercakap, menulis tentang hidup
yang tidak bernilai lagi
• Meluahkan atau terlibat dalam
tingkah laku membahayakan
diri/potensi bunuh diri
• Kecederaan fizikal yang dapat
dilihat
• Luahan rasa marah atau ingin
membalas dendam
• Mendengar/melihat sesuatu yang
tidak wujud
• Bercakap dengan diri sendiri
berulang kali
• Meluahkan kepercayaan yang tidak
benar, tanpa bukti
• Pergerakan anggota tubuh secara
tiba-tiba/kekejangan
• Tidak sedarkan diri/pengsan
• Nadi yang lemah/sesak nafas
KESEGERAAN YANG
RENDAH• Sukar tidur
• Kurang/terlebih makan
• Hilang minat terhadap
aktiviti yang disukai
• Pengurangan interaksi
sosial/mengasingkan diri
• Sedih di luar kebiasaan
• Mudah terganggu
• Tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap tugasan
• Kerap bimbang
• Pemikiran negatif
• Kurang tenaga
• Sakit kepala
• Sakit dada & degup jantung
yang pantas
• Cuba merokok, minum
arak atau penyalahgunaan
bahan terlarang
• Lewat ke tempat kerja yang
bukan kebiasaan
20
Sekiranya dia menjawab, SAYA TAK APA-
APA / OKEY, lakukan yang berikut:
i. Hormati keputusannya tetapi katakan
“Cuma awak tak nampak macam biasa akhir-
akhir ni” dan
ii. Berikan dia masa untuk berfikir “Takpe.
ambil masa awak. Bila-bila awak nak
ceritakan, bagi tau saya okey?” atau
iii. Cadangkan dia bercakap dengan orang
yang dipercayainya “Ada sesiapa kat sini
yang awak rasa lebih selesa untuk
bercakap?” dan
iv. Ambil tindakan susulan, periksa
beberapa hari kemudian sama ada dia
okey “Macamana perasaan awak sekarang?
Dah dapatkan nasihat daripada sesiapa?”
Sekiranya jawapan yang diberi adalah
TAK, SAYA TAK OKEY atau
sebarang respons yang kelihatan
seperti TIDAK OKEY, Rujuk kepada
No. 2 Praktikkan Perbualan yang
Tidak Menghakimi
Internal
“SAYA TAK APA-APA
/OKEY JE”
“Saya betul-betul rasa
terganggu hari ni...
“TAK. SAYA TAK OKEY”
21
2. Praktikkan Perbualan yang Tidak Menghakimi
LAKUKAN• Bercakap dengan tenang dan jelas
menggunakan nada yang lembut dan ayat-ayat
yang pendek
• Mendengar tanpa menghakimi
• Pandang dia dengan gerakan tangan yang
terbuka dan anggukkan kepala anda sebagai
tanda memahami
• Beri kata-kata semangat untuk memberi
harapan & keyakinan:
• Halangi cubaan tingkah laku negatif atauniat sedemikian.
• Susun semula ayat untuk menunjukkan yang
anda memahami dan nyatakan sekiranya tidak
jelas.
• Sekiranya dia menangis, berikan tisu dan
katakan;
• Sekiranya kata-kata dia membayangkansebarang potensi bahaya (contohnya cubamembunuh diri/niat membahayakan diri), tanya untuk mengesahkan.
• Pastikan sama ada situasi itu dapat dikawalatau bantuan diperlukan
• Untuk situasi ‘Membahayakan Nyawa/
Kecenderungan Bunuh Diri’, jauhkan objek
yang berkemungkinan berbahaya
daripadanya & jangan berkompromi terhadap
keselamatan anda.
“Awak tak
keseorangan”
“Awak penting. Perasaanawak bermakna”
“Tolong jangan cederakan diri awak, masihada yang sayang dan ambil berat”
“Rasanya awak perlukan cuti rehat, betul kan?”
“Takde salahnya awak menangis”
“Betul ke apa yang awak cakap tu? Saya risaukat awak ni.”
“Awak rasa boleh hadapinya atau perlukanbantuan? Tak salah dapatkan bantuan, tak
bermakna awak lemah pun”
JANGAN LAKUKAN• Jangan menyampuk – biarkan dia habis
bercerita terlebih dahulu
• Jangan rasa tersinggung dengan tingkah
laku negatifnya; contohnya jika dia menjerit
atau menghempas objek, teruskan bertenang
• Jangan biarkan dia bersendirian apabila
anda merasakan bahaya
• Elakkan bahasa tubuh yang negatif &
ekspresi muka seperti berpeluk tubuh atau
leka dengan telefon anda.
• Jangan memperkecilkan/memandang
rendah seperti
• Jangan berjanji untuk menyimpan rahsia
melibatkan situasi yang membahayakan
nyawa seperti mencederakan diri atau cubaan
bunuh diri yang memerlukan tindakan segera.
• Jangan membuat andaian mengenai situasi
yang dihadapi.
• Jangan gunakan perkataan mengaibkan
atau tidak sensitif:
• Jangan ambil alih untuk menyelesaikan
masalahnya: Sekiranya ia melibatkan pihak
ke-3, jangan berhadapan dengan orang
tersebut (pihak ke-3) bagi pihaknya. Anda
mungkin membuatkan keadaan menjadi
lebih buruk
• Jangan dedahkan sebarang maklumat
sulit kepada invididu yang tidak sepatutnya
“Ini semua perasaan awak aja”“Awak ni terlampau
banyak berfikir”
“Biasa aja ni sebab kadang-kadang semua orang pun rasa stres”
“Sakit mental”
“Psiko”“Tak normal”
“Gila”
Internal
22
3. Yakinkan sokongan berserta maklumat
Yakinkan dia bahawa bantuan dan sokongan tersedia.
•“Awak tak perlu pikul beban ini bersendirian. Apa yang boleh saya tolong?”
•“Adakah awak ada terfikir nak berjumpa ahli psikologi profesional?
•“Saya harap sangat awak dapat hubungi ahli psikologi dari Employee
Assistance Program (EAP) atau Digital Healthy Lifestyle Coaching (DHLC)
cepat sebelum keadaan awak jadi lebih teruk”
• Kongsikan pengalaman positif anda dengan Psikologis dari EAP atau
DHLC, sek]iranya ada.
• Kongsikan pengalaman anda dalam menangani keadaan yang serupa,
sekiranya ada.
Tawarkan diri anda untuk membantu menghubungi bagi pihaknya...
• “Kalau awak nak, saya boleh hubungi mereka. Saya ada sebelah awak.”
• “Dapatkan bantuan perlukan kekuatan & keberanian dan saya percaya .
awak ada keduanya. Biar saya bantu awak hubungi ahli psikologi tu”
“Sebab, bercakap dengan ahli psikologi, dapat membantu untuk .......”
• Melegakan anda
• Keadaan akan kembali Pulih
• Pulih dengan lebih cepat
• Mengurangkan kesan emosi & negatif
• Menjadi lebih cekal
• Menghalang keadaan menjadi lebih buruk
Minta dia mendapatkan bantuan dan sediakan maklumat
Berikan sebabmengapa diaperlu dapatkanbantuan.
Kongsikanpengalamanperibadi anda
TawarkanbantuanuntukhubungiPsikologi
1
2
3
4
Semasa distres, anda mungkin perlu meyakinkan yang bantuan sentiasatersedia dan boleh diperolehi, seterusnya berikan dia maklumat nomboryang boleh dihubungi.
Jika dia bersedia untuk mendapatkan nasihat Ahli Psikologi dan bersetuju anda menghubunginya
bagi pihaknya, bantu dia segera dengan menghubungi profesional tersebut:
Dapatkan keizinan sebelum membantu untuk menghubungi. Sekiranya dia lebih suka
menghubunginya sendiri, berikan nombor telefon EAP/Pembimbing Kesihatan DHLC dan minta dia
menghubunginya serta-merta di hadapan anda.
Sekiranya melibatkan keadaan membahayakan nyawa/cubaan bunuh diri/kritikal, anda tidak
perlukan keizinan, namun anda perlu menghubungi penyelia/HR (sekiranya ada) atau no.
kecemasan tempatan serta-merta untuk bantuan segera sebelum mendapatkan bantuan
profesional.
“Ahli Psikologi dalam DHLC/EAP
boleh membantu menangani
keadaan awak”
“Saya akan bantu hubungi Psikologi yang
dapat membantu meringankan beban kerja
awak dan boleh merujuk awak kepada
profesional jika membantu”
Internal
4. Pastikan Bantuan Diterima
23
ORGANISASI LAIN
Perlukan sokonganemosi? Rasa inginbunuh diri?
Mencari kumpulan sokongan dan terapi kerohanian Islam?
Pusat Perkhidmatan Psikologi Dan
Kaunseling
Befrienders
Persatuan Kesihatan Mental Malaysia
Persatuan Kesedarandan Sokongan
Penyakit Mental
Relate Malaysia
SOLS Health
Mencari alternatifuntuk kaunselingsecara dalamtalian?
Memilih untukmendapatkanpsikoterapi secaradalam talian?
Perlukan bimbingandalam menanganikesihatan mental?
Mencariperkhidmatankesihatan mental yang berpatutandan berkesan?
+03 7956 8145 / +03 7627 2929
24 jam setiap hari
befrienders.org.my/
03-2780 6803
9am – 5pm (Isnin hingga Sabtu)
mmha.org.my/
03-7732 2412
9.30pm-6.30pm (Isnin - Jumaat) /
9.30pm -1.30pm (Sabtu)
miasa.org.my
+6018 664 0247
9am – 6 pm (Selasa hingga Sabtu)
sols247.org/
relate.com.my/
03-20961212
9am – 5.30pm (Ismin hingga Jumaat)
/ 9am – 1pm (Sabtu)
cpcs-helpuni.com/
Internal
Sokongan/bimbingandalam talian untukkesihatan mental dan membina kecekalan
Digital Healthy Lifestyle Coaching
(DHLC)
Rasa lemas? Stres? Perlu bercakapdengan seseorang?
Employee Assistance Program (EAP)
+03 8063 5019 / +6016 262 1675
9am - 9pm (Mon to Fri)
PETRONAS
Muat turun aplikasi Naluri daripada Apple
App atau Google Play Store
Hotline 24 jam (03-84081748)
Klik disini https://dhlc.naluri.net/